• Tidak ada hasil yang ditemukan

FKLI. indeks pasaran ekuiti. benchmark di Malaysia +32.4% +3.76% +8.5% +16.5% +24.7% Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FKLI. indeks pasaran ekuiti. benchmark di Malaysia +32.4% +3.76% +8.5% +16.5% +24.7% Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

BURSA1184_FKLI Brochure – BM •Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm Didagangkan di Bursa Malaysia

FKLI

Niaga Hadapan

FTSE Bursa Malaysia KLCI

+3.76%

+8.5%

+32.4%

+2.86%

+56%

+16.5%

+24.7%

+0.56%

The equity

market index

benchmark

in Malaysia

Tanda aras

indeks pasaran

ekuiti

di Malaysia

(2)

ANDA JENIS

PELABUR

YANG MANA SATU?

PELBAGAIPILIHANKHUSUSUNTUK

SETIAPPELABUR

DIBURSAMALAYSIA

Setiap pedagang mempunyai matlamat yang berbeza, dan pendekatan anda mencapainya bergantung pada cita rasa risiko/pulangan anda sendiri.

Anda boleh mengenal pasti anda jenis pelabur yang mana satu dalam Carilah sifat pedagang anda dalam carta ini dan kemudian lihat produk lain yang boleh dipertimbangkan untuk portfolio anda selain produk yang terdapat dalam risalah ini.

FKLI

NIAGA HADAPAN

MALAYSIAN FBM KLCI

KINI TERSENARAI

DI CME GLOBEX

®

• Akses Global

• Pendedahan kepada unsur-unsur pendasar FBM KLCI

• Barometer indeks yang mencerminkan pasaran ekuiti

• Pengguna kontrak yang pelbagai

KOD TIK FKLI

• CME Globex® : BMD\FKLI\kod bulan kontrak yang relevan Contoh : BMD\FKLI\MAR14 • Bloomberg : IKA Index CT (Go) • Thomson Reuters : <FKLI> + <Kod Bulan> + <Kod Tahun> Contoh : <FKLIC1> kontrak DEC4 • Interactive Data : F:FKLI\Mnn, yang M ialah kod

bulan dan nn ialah nombor tahun Contoh : F: FKLI\F14

(3)

BURSA1184_FKLI Brochure – BM •Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm BURSA1184_FKLI Brochure – BM •Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

1

2

1. Akses Global

FKLI didagangkan secara elektronik melalui CME GLOBEX®, sebuah platform dagangan elektronik global. Akses kepada CME Globex® adalah mudah dan membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses kesemua produk Bursa Malaysia Derivatives.

2. Mengurus modal secara berhemat

Syarikat insurans atau pengurus dana dengan portfolio ekuiti akan menjual FKLI sebagai pelindung nilai dari potensi penurunan nilai portfolio ekuiti.

3. Memaksimumkan dagangan dalam pasaran yang

tidak menentu

Pedagang boleh menggunakan FKLI untuk memperoleh pendedahan leveraj yang terbit dari ketaktentuaan harga dalam indeks FBM KLCI yang digunakan sebagai pendasar.

4. Kos kemasukan yang rendah

Sesebuah institusi dalam situasi aliran tunai yang ketat dan tidak mampu mendapatkan saham fizikal sekarang, boleh membeli FKLI sebagai satu pengganti sementara untuk memegang saham sehingga ia memiliki dana yang tersedia. Kedudukan FKLI akan dicairkan kemudian apabila saham diperoleh. Cara ini melibatkan satu kemasukan yang murah (hanya melalui deposit margin permulaan) dengan pendedahan yang sama kepada nilai saham pendasar TANPA kos pembelian langsung.

5. Kemampuan untuk menjual singkat

Berdagang dengan FKLI membolehkan anda menjual terlebih dahulu dan

APAKAH

FKLI?

FKLI ialah kontrak niaga hadapan Indeks Komposit

FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) dalam

Ringgit Malaysia (“RM”) yang didagangkan di Bursa

Malaysia Derivatives, yang memberi peserta pasaran

pendedahan kepada unsur-unsur pendasar FBM KLCI.

Ia digunakan secara aktif oleh institusi dan runcit

dalam portfolio dagangan masing-masing.

Saiz Kontrak: FBM KLCI didarab dengan RMR50.

Penyelesaian: Kontrak ini diselesaikan secara tunai.

MENGAPA BERDAGANG

DALAM

FKLI?

(4)

Margin Permulaan hendaklah didepositkan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen anda sebelum memulakan dagangan. Semua deposit mata wang untuk Margin Permulaan adalah tertakluk pada kadar potongan seperti yang ditentukan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing dari semasa ke semasa. Walaupun, Margin Perubahan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM),Margin Permulaan diterima dalam bentuk mata wang lain seperti yang tersenarai di bawah: • Ringgit Malaysia (RM) • Dolar AS (USD) • Pound British (GBP) • Euro (EUR) • Dolar Hong Kong (HKD) • Yen Jepun (JPY) • Renminbi China (RMB) • Dolar Singapura (SGD) • Dolar Australia (AUD) Sila rujuk kepada Broker Niaga Hadapan berlesen anda mengenai bentuk cagaran lain yang diluluskan.

4

3

CONTOH

DAGANGAN

Senario 1 – Manfaat daripada Pasaran Menurun

Dengan kebimbangan harga barangan pengguna lebih tinggi dan keadaan ekonomi yang menurun secara keseluruhan, Sofea berpandangan bahawa pasaran akan menurun. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menurun, beliau boleh menggunakan kontrak FKLI dengan cara berikut:

Indeks Niaga Hadapan (FKLI) didagangkan pada 1780.0

Senario: FKLI dijangka MENURUN

Langkah 1: Jual satu kontrak FKLI pada 1780.0

Dengan andaian FKLI menurun kepada 1760.0

Langkah 2: Beli satu kontrak FKLI pada 1760.0 Untung kasar atas FKLI: RM1000 (RM 50 x 20 titik)

Senario 2 –

Manfaat daripada Pasaran Menaik

Ryan telah memerhatikan pasaran saham dengan teliti kerana Pilihanraya Umum yang akan berlangsung. Dia menjangkakan pasaran akan meningkat selepas pilihanraya. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menaik, beliau boleh menggunakan kontrak FKLI dengan cara berikut:

Indeks Niaga Hadapan (FKLI) didagangkan pada 1780.0

Senario: FKLI dijangka NAIK

Langkah 1: Beli satu kontrak FKLI pada 1780.0

Dengan andaian FKLI meningkat kepada 1790.0

Langkah 2: Jual satu kontrak FKLI pada harga 1790.0 Untung kasar atas FKLI: RM 500 (RM 50 x 10 titik)

MARGIN DAN

MATA WANG

DILULUSKAN

(5)

BURSA1184_FKLI Brochure – BM •Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm BURSA1184_FKLI Brochure – BM •Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

5

Derivatif Ekuiti • Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI) • Opsyen atas Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (OKLI) • Niaga Hadapan Saham Tunggal (SSFs) Derivatif Kewangan • Niaga Hadapan Kadar Ditawarkan Antara Bank KL 3-Bulan (KLIBOR) (FKB3) • Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 3-Tahun (FMG3) • Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 5-Tahun (FMG5) Derivatif Komoditi • Niaga Hadapan Emas (FGLD) • Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) • Opsyen atas Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (OCPO) • Niaga Hadapan Minyak Sawit Ditapis Olein USD RBD (FPOL) • Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO) • Niaga Hadapan Minyak Sawit Isirung Mentah (FPKO)

Senario 3 – Perlindungan Nilai

Suatu kedudukan dimantapkan di satu pasaran dalam cubaan untuk mengimbangi pendedahan kepada turun naik harga dalam kedudukan bertentangan dalam pasaran lain dengan tujuan untuk meminimumkan pendedahan kepada risiko yang tidak diingini.

Pengurus dana berterusan memegang saham di tangan, dengan itu dedahan risiko kepada pasaran akan meningkat dalam pasaran menurun. Pengurus dana menjangkakan dalam masa dua bulan, harga saham akan bertambah nilai. Walau bagaimanapun, beliau bimbang peristiwa yang tidak dijangka boleh menyebabkan harga menurun sebelum masa dia mahu menjual sahamnya. Beliau memilih untuk berdagang di BMD dan melindung nilai kedudukannya dengan menjual kontrak niaga hadapan FKLI . Dengan berbuat demikian, beliau secara efektif bersetuju untuk mengunci harga jualan masa hadapannya hari ini melalui kontrak yang akan tamat tempoh dalam masa dua bulan lagi

Senario 4 – Mengarbitraj

Apabila derivatif didagangkan di atas atau di bawah “nilai saksama” secara teori, adalah munasabah untuk melaksanakan strategi arbitraj dengan membeli atau menjual derivatif dan dengan serentak menjual atau membeli saham pendasar.

Pengurus dana menyedari bahawa harga hubung kait pasaran tunai dan pasaran hadapan FKLI telah melencong daripada spread biasanya, dan FKLI didagangkan pada harga premium kepada pasaran tunai. Dia mengambil keputusan untuk menjual FKLI dan membeli saham pendasar dalam pasaran saham untuk mengarbitraj. Kedudukan akan dicairkan kemudian apabila spread harga antara kedua-dua pasaran kembali kepada harga saksamanya.

Senario 5 – Dagangan

Pemerhatian pola dagangan dan data pasca reaksi kepada pengumuman pasaran memperuntukan anggaran kemungkinan pola menaik atau menurun.

Pengurus dana menjangkakan suatu peningkatan harga yang mendadak akibat jangkaan peningkatan aktiviti pembelian oleh dana asing berdasarkan data ekonomi Negara yang positif. Ia secara semula jadi akan meningkatkan pendedahan keatas pembelian saham dan niaga hadapan FKLI secara serentak untuk memaksimumkan pegangan portfolio ‘belian’ nya.

APAKAH PRODUK

LAIN YANG KAMI

(6)

Langkah 1

Buka Akaun Dagangan Niaga Hadapan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen di Bursa Malaysia Derivatives

Langkah 2

Deposit Margin Permulaan dengan Broker Niaga Hadapan anda.

Langkah 3

Mula berdagang FKLI.

Bagaimanakah saya ketahui lebih lanjut?

Sila hubungi Broker Niaga Hadapan pilihan anda yang akan menasihati dan memberikan maklumat terkini kepada anda sewajarnya. Anda juga boleh menghadiri pelbagai seminar pendidikan yang tersenarai di laman web Bursa Malaysia.

6

MEMULAKAN

(7)

BURSA1184_FKLI Brochure – BM •Open: h209mm X w200mm •Close: h209mm X w100mm

Penafian

Brosur ini telah disediakan bertujuan untuk memberikan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam brosur ini bukan merupakan nasihat undang-undang, kewangan atau pelaburan ataupun membuat sebarang cadangan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang disebut di sini.

Walaupun segala usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat dalam brosur ini, Bursa Malaysia tidak menjamin atau mewakili, sama ada secara nyata atau tersirat tentang ketepatan atau kelengkapan maklumat di sini. Bursa Malaysia tidak menerima sebarang liabiliti terhadap apa jua keputusan pelaburan atau dagangan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat bebas untuk setiap pelaburan dan/atau dagangan.

BURSA MALAYSIA BERHAD

Exchange Square Bukit Kewangan 50200 Kuala Lumpur Malaysia Tel: +(603) 2034 7000 Fax: +(603) 2026 3584 Email: futures@bursamalaysia.com

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian dengan judul “Pembelajaran Menulis Cerpen Dengan Menggunakan Pendekatan CTL Di Kelas IX B SMP Al-Rustala Kecamatan Tanjungsari Kabupaten Bogor Tahun

Berkaitan dengan hasil penelitian ini, dimana sebagian besar subjek memiliki profil lipid darah yang kurang baik, Penulis menyarankan kepada masyarakat terutama pada lansia

ulang adalah penerbitan ulang surat tanda pengakuan terhadap kemampuan seorang dokter spesialis atau dokter spesialis penyakit dalam konsultan gastroenterohepatologi

Fasilitas boiskop biasanya ditempatkan pada bagian atas bangunan vertikal, hal ini mempunyai alasan yaitu seluruh material pendukung bioskop merupakan material yang mudah

Dari permasalahan tersebut, dalam penelitian ini akan diusulkan sebuah sitem e-learning yang adaptif dan untuk mendukung sifat adatif sistem penulis

 Menyimak penjelasan dan arahan yang disampaikan guru  Digunakan agar siswa dapat bekerja sama dalam kelompok  Mengaitkan materi menu dan ikon dengan kehidupan

Hasil analisis regresi korelasi diperoleh persamaan Y=0,467X, dengan koefisien determinasi yaitu variasi panjang kaki depan tengah pedet dipengaruhi oleh panjang kaki depan

Laba bersih berpengaruh terhadap harga saham pada perusahaan food and beverages yang terdaftar di BEI periode 2012-2015 dengan diperoleh koefisien regresi untuk