• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah FCPO. Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah. Didagangkan di Bursa Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tanda Aras Harga Global Minyak Sawit Mentah FCPO. Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah. Didagangkan di Bursa Malaysia"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Tanda Aras Harga Global

Minyak Sawit Mentah

Didagangkan di Bursa Malaysia

FCPO

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

(2)

FCPO

• Akses Global • Pendedahan kepada minyak makan dan lemak yang paling banyak dikeluarkan dan dieksport • Tanda aras harga global untuk minyak makan • Kontrak Komoditi Niaga Hadapan yang diiktiraf dan boleh dagang di seluruh dunia • Pengguna kontrak yang pelbagai KOD TIK FCPO

• CME Globex® : BMD\FCPO\kod bulan kontrak yang relevan Contoh : BMD\FCPO\MAR14 • Bloomberg : KOA Comdty CT (Go) • Thomson Reuters : <FCPO> + <Kod Bulan> + <Kod Tahun> Contoh : <FCPOC3> Kontrak DEC3 • Interactive Data : F:FCPO\Mnn, yang M ialah kod bulan dan nn ialah nombor tahun Contoh : F:FCPO\F14

ANDA JENIS

PELABUR

YANG MANA SATU?

PELBAGAIPILIHANKHUSUSUNTUK

SETIAPPELABUR

DIBURSAMALAYSIA

Setiap pelabur mempunyai matlamat yang berbeza, dan pendekatan anda untuk mencapai matlamat tersebut bergantung kepada keinginan risiko/pulangan pelaburan anda. Anda boleh mengenal pasti anda jenis pelabur yang mana satu dalam carta ini dan di samping produk yang terdapat dalam brosur ini, anda juga boleh mempertimbangkan produk-produk lain untuk dimasukkan dalam portfolio anda. 1

NIAGA HADAPAN

MINYAK SAWIT

MENTAH MALAYSIA

KINI TERSENARAI DI

CME GLOBEX

®

(3)

FCPO ialah kontrak niaga hadapan minyak sawit

mentah dalam Ringgit Malaysia (“RM”) yang

didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives, memberi

peserta pasaran tanda aras harga global bagi Pasaran

Minyak Sawit Mentah sejak Oktober 1980 dalam Bursa

Niaga Hadapan Komoditi. Dengan rekod prestasi yang

mengagumkan selama lebih daripada 30 tahun, harga

FCPO di Bursa Malaysia Derivatives telah menjadi titik

rujukan bagi pemain pasaran dalam industri minyak

makan dan lemak.

Saiz Kontrak: Setiap kontrak FCPO adalah bersamaan dengan 25 tan metrik

Penyelesaian: Kontrak ini adalah kontrak boleh serah secara fizikal

1. Akses Global

FCPO didagangkan secara elektronik melalui CME GLOBEX®, sebuah

platform dagangan elektronik global. Akses kepada CME Globex® adalah

mudah dan membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia untuk mengakses kesemua produk Bursa Malaysia Derivatives.

2. Mengurus Risiko Harga

Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan FCPO untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga MSM yang tidak menentu dalam pasaran fizikal.

3. Membuat Spekulasi Pergerakan Harga

Pedagang boleh menggunakan FCPO untuk mendapatkan pendedahan leveraj kepada pergerakan harga MSM.

4. Dapatkan pendedahan segera kepada Pasaran Komoditi

Melalui FCPO, pengurus dana global, penasihat dagangan komoditi dan pedagang perusahaan boleh menjadi sebahagian daripada pasaran komoditi yang aktif.

2

1

APAKAH

FCPO?

MENGAPA BERDAGANG

DALAM

FCPO?

(4)

4

3

SERAHAN

FIZIKAL DAN

PROSES TENDER

Pemberitahuan Tender • Peserta dengan pemegang jualan bulan terkini boleh menghantar Pemberitahuan Tender untuk serahan MSM semasa tempoh tender (1hb – 20hb bulan terkini). • Pemberitahuan Tender hendaklah diserahkan kepada Pusat Penjelasan sebelum 12:00 tengah hari untuk pemprosesan pada hari yang sama

Resit Simpanan e-Negotiable (e-NSR)

• Penjual yang berhasrat untuk mendapatkan penilaian MSM untuk serahan kepada pasaran mestilah menyerahkan MSM ke Pepasangan Tangki Pelabuhan yang diluluskan oleh Bursa. • Selepas penilaian MSM, pemilik Pepasangan Tangki Pelabuhan

hendaklah mengeluarkan e-NSR.

Nasihat Tender dan Peruntukan Serahan

• Pusat Penjelasan akan memperuntukkan e-NSR kepada Peserta Penjelasan Pembelian masing-masing pada asas berkadar dan seterusnya memperuntukkan e-NSR pada asas rawak di peringkat pelanggan.

Tempoh Sekatan Tender

• Sekatan untuk penutupan kedudukan kontrak bulan terkini dijalankan satu hari perniagaan sebelum Tempoh Tender bermula dan berlanjutan hingga Tempoh Tender berakhir.

Kitaran Tender dan Pembayaran

• Fi tender akan dipaparkan dalam akaun penjual dan pembeli pada Hujung Hari tender. • Kitaran serahan tender FCPO ialah dua hari perniagaan. Peserta Pembeli akan membayar jumlah tender dan Peserta Penjual akan menerima bayaran dua hari perniagaan selepas tender. • e-NSR akan dikeluarkan kepada Pembeli selepas bayaran diterima. Margin Permulaan hendaklah didepositkan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen anda sebelum memulakan dagangan. Semua deposit mata wang untuk Margin Permulaan adalah tertakluk pada kadar potongan seperti yang ditentukan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing dari semasa ke semasa. Walaupun, Margin Perubahan adalah dalam Ringgit Malaysia (RM), Margin Permulaan diterima dalam bentuk mata wang lain seperti yang tersenarai di bawah: • Ringgit Malaysia (RM) • Dolar AS (USD) • Pound British (GBP) • Euro (EUR) • Dolar Hong Kong (HKD) • Yen Jepun (JPY) • Renminbi China (RMB) • Dolar Singapura (SGD) • Dolar Australia (AUD) Sila rujuk kepada Broker Niaga Hadapan berlesen anda mengenai bentuk cagaran lain yang diluluskan.

4

MARGIN DAN

MATA WANG

DILULUSKAN

5

(5)

5

CONTOH

DAGANGAN

Senario 1 – Perlindungan Nilai Syarikat Perladangan

Sebuah syarikat perladangan menghasilkan 20,000 TM sebulan (240,000 TM setahun). Disebabkan oleh kelembapan ekonomi global, syarikat perladangan menjangkakan permintaan MSM yang lebih rendah. Kontrak FCPO Bursa Malaysia Derivatives membenarkan syarikat perladangan melindung nilai sehingga 2 tahun ke hadapan dengan menjual kontrak niaga hadapan. Syarikat perladangan membuat keputusan untuk melindung nilai 50% daripada pengeluarannya sehingga 6 bulan ke hadapan pada FCPO Bursa Malaysia Derivatives. Pada 13hb April 2012, pedagang menjual 400 kontrak atau 10,000 TM setiap bulan sehingga Sept 2012. Syarikat perladangan memperoleh RM 25.82 juta daripada jualan niaga hadapan 6 bulan ke hadapan dengan menggunakan kontrak FCPO Bursa Malaysia Derivatives.

Senario 2 – Perlindungan Nilai Penapisan

Sebuah syarikat penapisan MSM Malaysia menerima tempahan untuk menghantar 10,000 tan metrik minyak sawit diproses. Walau bagaimanapun, ia hanya mempunyai MSM yang mencukupi untuk memenuhi 80% daripada transaksi ini dan menghadapi kekurangan 2,000 tan metrik. Ia ke pasaran fizikal untuk menampung kekurangan ini tetapi tidak dapat mencari penjual dalam pasaran menaik. Oleh sebab pasaran menjangkakan harga yang lebih tinggi, beliau mengutamakan pembelian pada harga semasa untuk melindungi margin keuntungan beliau. Syarikat ke Bursa Malaysia Derivatives dan membeli 80 kontrak FCPO (80 kontrak x 25 tan metrik per kontrak = 2,000 tan metrik) pada harga lazim. Beliau kini telah mengunci harga belian dengan berkesan dan akan menunggu proses tender untuk menerima serahan MSM.

Senario 3 – Mengarbitraj

Pusat perdagangan melihat korelasi harga minyak sawit fizikal dan pasaran FCPO telah melencong daripada spread biasanya, dan FCPO didagangkan pada premium kepada pasaran fizikal. Ia memutuskan untuk menjual FCPO dan membeli MSM fizikal untuk mengarbitraj. Kedudukan akan dicairkan kemudian apabila spread harga antara kedua-dua pasaran kembali normal.

Bulan Harga Harga U/R U/R

Jualan selepas bersih untuk

tamat (per 400

tempoh tan kontrak

untuk metrik) serahan fizikal (RM/TM) (RM/TM) (RM) (RM) Apr 12 3,568 3,510 58 580 ribu Mei 12 3,517 3,225 292 2.92 juta Jun 12 3,510 2,848 662 6.62 juta Jul 12 3,497 3,065 432 4.32 juta Ogos 12 3,477 2,862 615 6.15 juta Sep 12 3,459 2,936 523 5.23 juta

(6)

Senario 4 - Manfaat daripada Pasaran Menurun

Merujuk kepada pengeluaran buah sawit yang tinggi tahun ini, Fairuz menjangkakan harga MSM akan jatuh. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menurun, beliau boleh menggunakan kontrak Niaga Hadapan FCPO dengan cara berikut:

Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) didagangkan pada RM2,360

Senario: FCPO dijangka JATUH

Langkah 1: Jual satu kontrak FCPO pada RM2,360

Dengan andaian FCPO menurun ke RM2,340

Langkah 2: Beli satu kontrak FCPO pada RM2,340 Untung kasar FCPO: RM500 (RM 25 x 20) Beliau juga boleh menggunakan strategi yang sama (jualan singkat) untuk mana-mana petunjuk lain semasa pasaran menurun.

Senario 5 – Manfaat daripada Pasaran Menaik

Anda melihat peningkatan harga Minyak Mentah lazimnya dicerminkan dalam peningkatan harga MSM. Beliau menjangkakan harga Minyak Mentah akan meningkat. Untuk memperoleh keuntungan daripada pasaran menaik, beliau boleh menggunakan kontrak FCPO dengan cara berikut:

Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) didagangkan pada RM2,360

Senario: FCPO dijangka MENINGKAT

Langkah 1: Beli satu kontrak FCPO pada RM2,360

Dengan andaian FCPO meningkat ke RM2,400

Langkah 2: Jual satu kontrak FCPO pada RM2,400 Untung kasar FCPO: RM1,000 (RM25 x 40) Beliau juga boleh menggunakan strategi yang sama untuk mana-mana penunjuk lain semasa pasaran menaik. Derivatif Ekuiti • Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FKLI) • Opsyen atas Niaga Hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (OKLI) • Niaga Hadapan Saham Tunggal (SSFs) Derivatif Kewangan • Niaga Hadapan Kadar Ditawarkan Antara Bank KL 3-Bulan (KLIBOR) (FKB3) • Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 3-Tahun (FMG3) • Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 5-Tahun (FMG5) Derivatif Komoditi • Niaga Hadapan Emas (FGLD) • Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) • Opsyen atas Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (OCPO) • Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah USD (FUPO) • Niaga Hadapan Minyak Sawit Isirung Mentah (FPKO)

6

APAKAH

PRODUK LAIN

YANG KAMI

TAWARKAN?

8 9

(7)

7

MEMULAKAN

PERDAGANGAN

Langkah 1

Buka Akaun Dagangan Niaga Hadapan dengan Broker Niaga Hadapan berlesen di Bursa Malaysia Derivatives.

Langkah 2

Deposit Margin Permulaan dengan Broker Niaga Hadapan anda.

Langkah 3

Mula berdagang FKLI.

Bagaimanakah saya ketahui lebih lanjut?

Sila hubungi Broker Niaga Hadapan pilihan anda yang akan menasihati dan memberikan maklumat terkini kepada anda dengan sewajarnya. Anda juga boleh menghadiri pelbagai seminar pendidikan yang tersenarai di laman web Bursa Malaysia.

(8)
(9)

Walaupun segala usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat dalam brosur ini, Bursa Malaysia tidak menjamin atau mewakili, sama ada secara nyata atau tersirat tentang ketepatan atau kelengkapan maklumat di sini. Bursa Malaysia tidak menerima sebarang liabiliti terhadap apa jua keputusan pelaburan atau dagangan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat bebas untuk setiap pelaburan dan/atau dagangan.

BURSA MALAYSIA BERHAD

Exchange Square Bukit Kewangan 50200 Kuala Lumpur Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Nilai-nilai Islam yang disampaikan melalui media cetak dapat memperdalam pemahaman pembaca karena bisa dikaji ulang secara saksama. Dengan menggunakan media cetak,

Setiap guru harus dapat melakukan penilaian tentang kemajuan yang dicapai pada siswa, baik secara iluminatif-observatif maupun secara struktural-obyektif, guru Madrasah

terdengar bila ejeksi ventrikel terjadi dengan kekuatan yang lebih besar misalnya pada beban.. sistolik ventrikel kiri

Marketing Public Relations dapat mampu meningkatkan loyalitas konsumen guna mempertahankan, serta mengembangkan, dan mencapai tujuan utama perusahaan, karena bukan

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, sara yang dapat disampaikan dari peneliti adalah : (1) Model pembelajaran kooperatif STAD dapat digunakan

Berkaitan dengan hasil penelitian ini, dimana sebagian besar subjek memiliki profil lipid darah yang kurang baik, Penulis menyarankan kepada masyarakat terutama pada lansia

maka harga perolehan dan harga jual eceran dari persediaan awal tidak ikut diperhitungkan dalam menentukan besarnya rasio harga perolehan (cost ratio), sebab perhitungan harga

Pembuatan iklannya terdapat perbedaan yaitu pada media penyampaian “Pembuatan TVC (Televison Commercial) untuk PT.INDMIRA Yogyakarta” ditayangkan di stasiun TV