• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Pembedahan Haiwan Dan Hubungannya Dengan Minat Pelajar Terhadap Biologi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Pembedahan Haiwan Dan Hubungannya Dengan Minat Pelajar Terhadap Biologi"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1831

Persepsi Pelajar Terhadap Aktiviti Pembedahan Haiwan Dan Hubungannya Dengan Minat Pelajar Terhadap Biologi

Kamelia Abdul Khadir Zanaton Iksan Fakulti Pendidikan, UKM

_____________________________________________________________________ Abstrak

Di dalam pendidikan biologi, kajian mengenai struktur dan fungsi organisma secara tradisinya melibatkan pembedahan. Respon pelajar terhadap pembedahan adalah pelbagai. Kebanyakannya merasakan bahawa melakukan pembedahan merupakan suatu pengalaman yang positif tetapi sebahagiannya pula memerhatikannya dari aspek negatif. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dan hubungannya dengan minat pelajar terhadap biologi. Kajian berbentuk kuantitatif deskriptif ini melibatkan kaedah tinjauan yang berpandukan satu set borang soal-selidik dan nilai Alfa Cronbach bagi konstruk persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan ialah 0.9 manakala nilai Alfa Cronbach bagi konstruk minat pelajar terhadap Biologi ialah 0.7. Seramai 33 orang peserta kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Lima daripada aliran Sains Tulen yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min, sisihan piawai dan pekali korelasi digunakan dalam penganalisisan data. Dapatan kajian mendapati persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan dan minat pelajar terhadap biologi adalah di tahap yang tinggi. Selain itu, didapati juga terdapat hubungan antara aktiviti pembedahan haiwan dengan minat pelajar terhadap biologi. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada guru biologi khususnya pendekatan yang diambil terhadap pembedahan haiwan di dalam makmal biologi di samping guru perlu menyedari respons yang pelbagai terhadap pembedahan haiwan yang mungkin timbul di kalangan kumpulan pelajar yang berbeza demografi.

Kata Kunci : pembedahan haiwan, anatomi, minat, biologi

__________________________________________________________________________ Pengenalan

Biologi adalah satu bidang dalam sains yang mengkaji tentang hidupan, persekitaran, interaksi antara hidupan dengan persekitaran dan fenomena yang berkaitan dengannya (Pusat Perkembangan Kurikulum 2000). Biologi ialah disiplin pembelajaran unik di mana eksperimen dengan organisma hidup boleh dilakukan sama ada di dalam makmal dan juga di lapangan (Prokop 2007). Proses pembedahan spesimen merupakan sebahagian daripada kurikulum biologi sejak tahun 1900-an (Kinzie 1993). Pembedahan haiwan hanya ditawarkan untuk pelajar yang mempelajari biologi. Eksperimen ini tidak dilakukan untuk mata pelajaran sains elektif lain seperti fizik dan kimia. Hampir kebanyakan pelajar yang mempelajari biologi mempunyai memori dan pengalaman pembelajaran yang hampir sama. Pengalaman melakukan pembedahan haiwan ialah sesuatu yang paling diingati dan tidak dapat dilupakan (Barr & Herzog 2000).

(2)

Menurut Maloney (2000), pembedahan ialah kajian mengenai kehidupan di dalam kelas biologi. De Villiers (2005) pula menyatakan bahawa di dalam pembelajaran biologi, kajian mengenai struktur dan fungsi organisma secara tradisionalnya melibatkan proses pembedahan. Hasil pembelajaran biologi melibatkan proses deria, kognitif, afektif, kemahiran dan prosedur (De Villiers & Sommerville 2005). Pembedahan dalam kelas biologi dicadangkan oleh banyak negara. Sebagai contoh, Persatuan Guru Sains Kebangsaan di Amerika Syarikat turut menyokong keputusan supaya guru sains mengintegrasikan pembedahan di dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, Persatuan ini juga menggalakkan lebih banyak kajian dilakukan untuk menentukan keberkesanan aktiviti pembedahan haiwan (NSTA 2005).

Permasalahan Kajian

Di dalam pendidikan biologi, kajian mengenai struktur dan fungsi organisma secara tradisinya melibatkan pembedahan. Proses pembedahan di dalam pendidikan biologi merupakan sebahagian bidang pembelajaran selain dalam latihan perubatan, bermula sejak tahun 1900 (Kinzie, Strauss & Foss 1993). Di sekolah, kolej dan universiti, perbahasan mengenai fungsi pembedahan di dalam pendidikan biologi timbul berkenaan isu penggunaan haiwan terutamanya haiwan mamalia. Pencinta haiwan mempersoalkan guru biologi dan pelajar tentang keperluan dan kerelevanan pembedahan. Seterusnya, alternatif yang lebih efektif terhadap pembedahan haiwan dicari. Terdapat beberapa percanggahan pendapat dalam pembedahan haiwan untuk mempelajari proses kehidupan. Beberapa pendidik dan saintis mencadangkan beberapa alternatif terhadap pembedahan haiwan (Gilmore 1991; Davis 1997), manakala terdapat beberapa orang lain yang menyokong proses pembedahan (Lock 1993; Kline 1995).

Respon pelajar terhadap pembedahan adalah pelbagai. Kebanyakannya merasakan bahawa melakukan pembedahan merupakan suatu pengalaman yang positif tetapi sebahagiannya pula memerhatikannya dari aspek negatif. Perasaan jijik merupakan salah satu emosi negatif yang utama yang berkait dengan pendidikan biologi semasa melakukan pembedahan (Maloney 2000). Perasaan jijik dan geli ialah emosi yang boleh memberikan pengaruh negatif terhadap motivasi. Ia boleh mengurangkan minat terhadap biologi dan turut mempengaruhi kognitif, afektif dan motivasi (Holstermann,

(3)

Grube & Bögeholz 2009). Walau bagaimanapun, pembedahan mempunyai potensi yang tinggi untuk mempengaruhi motivasi intrinsik pelajar secara positif jika pelajar tidak berasa jijik (Bixler & Floyd 1999). Kenyataan ini turut disokong oleh Tabinda (2011) iaitu pembedahan meningkatkan pemahaman mengenai anatomi kerana ia melibatkan proses pembelajaran aktif. Ia juga mengekalkan memori mengenai anatomi untuk jangka masa yang lebih panjang (Khadija 2010). Maka, pembedahan haiwan patut dipertimbangkan di dalam kelas biologi.

Memandangkan terdapat pelbagai cara pelajar boleh belajar tentang anatomi dan fisiologi tanpa menggunakan haiwan yang telah dibunuh, mengapa guru-guru terus menggalakkan pelajar aliran sains hayat untuk membedah? Penyelidikan yang dilakukan oleh Montgomery (2008) menunjukkan bahawa hasil pembelajaran yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi dapat dicapai dengan menggunakan pelbagai alternatif untuk melakukan pembedahan di mana pengetahuan pelajar adalah setaraf, dan kadang-kadang lebih daripada melakukan pembedahan secara tradisional. Menurut Maloney (2005), simulasi pembedahan maya, model 3D, spesimen ‘plastinated’, video, slaid, carta, dan persembahan Power Point menawarkan pelbagai cara untuk guru-guru mengelakkan kontroversi etika yang dikaitkan dengan pembedahan tanpa menjejaskan pembelajaran pelajar.

Kajian Jan Oakley (2009) terhadap 153 orang guru biologi mengenai perspektif mereka terhadap aktiviti pembedahan haiwan yang dilakukan oleh pelajar di dalam makmal mendapati bahawa guru-guru berpendapat:

i) Pembelajaran Masa Depan: ia adalah sebahagian daripada kurikulum dan disokong oleh Kementerian. Aktiviti ini menyokong pembangunan pelajar dan menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang biologi atau perubatan.

ii) Etika: Aktiviti pembedahan memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan rasa hormat dan kagum dengan kehidupan dan boleh mengajar tentang cara-cara pembedahan haiwan yang beretika.

iii) Penglibatan pelajar: aktiviti pembedahan haiwan akan menggalakkan sikap kerjasama di kalangan pelajar.

iv) Pengalaman: menyediakan pembelajaran secara hands-on, membolehkan pelajar untuk meningkatkan kemahiran sains dan kemahiran manipulatif

(4)

tentang penggunaan peralatan pembedahan serta mengamalkan kemahiran keselamatan makmal.

v) Realisme: menyampaikan realiti dan kerumitan, menunjukkan persamaan dan perbezaan antara organisma (termasuk daripada spesies yang sama), membolehkan perbandingan dibuat antara struktur haiwan dengan tubuh manusia, menyediakan model 3D iaitu penggunaan haiwan sebenar di mana struktur 3D kelihatan sama sekali berbeza daripada gambar rajah. vi) Pedagogi: mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai struktur, fungsi,

kedudukan dan saling hubungan antara organ-organ dan sistem, mengukuhkan konsep-konsep yang telah dipelajar dalam kelas dan menyediakan cara yang "terbaik", yang paling sahih dan memori yang tidak dilupakan apabila belajar tentang anatomi dan fisiologi.

Hasil keseluruhan kajian ini ialah guru-guru terus melihat pembedahan konvensional sebagai cara yang terbaik pelajar boleh belajar, menyifatkan ia sebagai amalan hands-on yang dapat meningkatkan minat pelajar dan menunjukkan kerumitan organisma biologi. Mereka berpendapat bahawa pembedahan alternatif adalah tidak sama dengan pembedahan tradisional.

Oleh yang demikian, bertitik tolak dengan sedikit kekeliruan dan berlakunya percanggahan inilah pengkaji ingin mengkaji hubungan pembedahan haiwan dengan minat pelajar terhadap biologi. Ini kerana maklumat mengenai kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan adakah pembedahan haiwan akan meningkatkan minat pelajar atau mengurangkan minat pelajar untuk mempelajari biologi. Jika hubungannya adalah positif, maka pembedahan haiwan patut dijadikan sebagai amali wajib di sekolah. Namun demikian, jika hubungannya adalah negatif, maka pihak yang berkenaan seperti guru Biologi dan Bahagian Perancangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan Malaysia dapat memikirkan strategi yang lebih berkesan dan alternatif lain untuk menggantikan aktiviti pembedahan haiwan sebenar bagi meningkatkan lagi minat dan kecenderungan pelajar untuk mempelajari biologi. Hasil dapatan kajian ini kelak dapat memberikan cadangan kepada guru bagaimana untuk mengurangkan perasaan jijik yang timbul di kalangan pelajar semasa eksperimen pembedahan dijalankan. Oleh itu, guru perlu menyedari respons yang pelbagai terhadap pembedahan haiwan yang mungkin timbul di kalangan kumpulan pelajar yang berbeza demografi. Peningkatan keterlibatan pelajar yang mempelajari biologi secara tidak langsung akan membantu

(5)

negara dalam melahirkan modal insan yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk: a. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan. b. Mengenal pasti minat pelajar terhadap biologi.

c. Mengenal pasti perkaitan antara persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dengan minat pelajar terhadap biologi.

Persoalan Kajian

Melalui kajian ini, pengkaji berusaha untuk mencari jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:

a. Apakah tahap persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan? b. Apakah tahap minat pelajar terhadap biologi?

c. Adakah terdapat hubungan antara persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dengan minat pelajar terhadap biologi?

Hipotesis Kajian

Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dengan minat pelajar terhadap biologi.

Metodologi Kajian

Rekabentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif deskriptif iaitu melibatkan kaedah tinjauan yang berpandukan satu set borang soal-selidik. Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah dalam kategori luar bandar yang terdapat di daerah Klang. Seramai 33 orang pelajar Tingkatan Lima daripada aliran sains tulen yang mengambil mata pelajaran Biologi telah dipilih secara rawak sebagai peserta kajian ini. Satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah disediakan iaitu Bahagian A mengenai maklumat demografi responden, Bahagian B tentang persepsi pelajar terhadap pembedahan haiwan dan Bahagian C mengenai minat pelajar terhadap Biologi. Secara keseluruhannya, borang soal selidik ini mengandungi 40 item yang merangkumi item positif dan item negatif. Set soal selidik ini telah diadaptasi berdasarkan soal selidik

(6)

oleh Kinzie, Strauss dan Foss (1993) yang berkaitan dengan aktiviti pembedahan haiwan. Nilai Cronbach’s Alpha bagi item-item dalam konstruk persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan ialah 0.9 manakala nilai Cronbach’s Alpha bagi konstruk minat pelajar terhadap Biologi ialah 0.7. Menurut Hair (2003), nilai Cronbach’s Alpha 0.7 dan 0.9 dianggap nilai yang tinggi. Maka, nilai kebolehpercayaan yang diperolehi untuk instrumen ini menunjukkan bahawa item-item ini memiliki kebolehpercayaan konsistensi dalaman yang sangat baik. Jadual 1 menunjukkan interpretasi nilai pekali Alfa Cronbach.

Jadual 1: Interpretasi Nilai Pekali Alfa Cronbach

Nilai kebolehpercayaan Alfa, α Interpretasi nilai pekali Alfa Cronbach

< 0.6 Lemah 0.6 < 0.7 Sederhana 0.7 < 0.8 Baik 0.8 < 0.9 Sangat Baik 0.9 Terbaik Sumber : Hair (2003)

Maklum balas pelajar diukur berdasarkan skala Likert yang terdiri daripada kontinum 5 pilihan iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju dan Sangat Setuju dengan poin diberi pada setiap skala ialah 1, 2, 3, 4 dan 5. Penganalisisan data yang diperolehi dilakukan menggunakan analisis deskriptif iaitu mengira min, sisihan piawai, peratusan dan frekuensi. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) pula digunakan untuk membuat analisis statistik ke atas data kuantitatif. Disebabkan nilai skala Likert merupakan skala ordinal, analisis perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah dibuat menggunakan ujian bukan parametrik seperti analisis korelasi menggunakan Spearman’s rho. Jadual 2 menunjukkan aras kekuatan nilai pekali korelasi.

Jadual 2 : Aras Kekuatan Nilai Pekali Korelasi

(7)

0.50 hingga 1.00 atau - 0.50 hingga - 1.00 Kuat 0.30 hingga 0.49 atau - 0.30 hingga - 0.49 Sederhana 0.10 hingga 0.29 atau - 0.10 hingga – 0.29 Lemah Sumber: Cohen (1988)

Bagi menjawab persoalan kajian tentang tahap persepsi dan tahap minat pelajar, interpretasi skor min seperti Jadual 3 digunakan. Dalam perkara ini, pengkaji telah menggunakan petunjuk (indicator) intrepretasi skor min yang telah dibina oleh Jamil Ahmad (1993). Dalam interpretasi skor min ini, nilai bagi 1.00 hingga 2.33 adalah tahap rendah, 2.34 hingga 3.66 adalah tahap sederhana dan skor bagi 3.67 hingga 5.00 merupakan tahap tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Interpretasi Skor Min Tahap Persepsi Pelajar dan Tahap Minat Pelajar

Skor min Interpretasi

1.00 hingga 2.33 Tahap Rendah

2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana 3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi Sumber: Jamil Ahmad (1993)

Dapatan dan Perbincangan a) Profil Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan 33 pelajar Tingkatan Lima daripada aliran Sains Hayat. Profil pelajar yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Profil Pelajar

Jantina Bilangan Peratusan (%)

Lelaki 10 30.3

Perempuan 23 69.7

Jumlah 33 100

Merujuk Jadual 4, peserta kajian yang banyak terlibat dalam kajian ini ialah daripada jantina perempuan iaitu seramai 23 orang pelajar perempuan yang mewakili sebanyak 69.7% dan seramai 10 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian ini yang mewakili sebanyak 30.3% daripada keseluruhan peserta kajian.

(8)

b) Persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dan minat pelajar terhadap biologi

Skor min persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dan skor min minat pelajar terhadap biologi ditunjukkan dalam Jadual 5. Daripada Jadual 5, dapat disimpulkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai persepsi positif yang tinggi terhadap aktiviti pembedahan haiwan (min = 4.29, s.p = 0.54). Begitu juga dengan minat pelajar terhadap biologi di mana pelajar-pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap biologi (min = 3.83, s.p = 0.30).

Jadual 5 : Skor Min bagi Persepsi Pelajar terhadap Aktiviti Pembedahan Haiwan dan Minat Pelajar terhadap Biologi

Min Sisihan Piawai N Tahap

Persepsi terhadap Aktiviti

Pembedahan Haiwan 4.29 0.54 33 Tinggi

Minat terhadap Biologi 3.83 0.54 33 Tinggi

Dapatan kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian Barr dan Herzog (2000) di mana pelajar kajian mereka turut mempunyai persepsi yang positif terhadap aktiviti pembedahan. Pelajar-pelajar ini berpendapat bahawa mereka mempelajari anatomi dengan lebih baik melalui proses pembedahan yang dilakukan kerana mereka percaya bahawa pemahaman mereka sangat baik kerana mereka berpeluang memotong kulit, merasakan sendiri tekstur dan organ haiwan serta mendengar bunyi tulang yang retak. c) Korelasi antara Persepsi Pelajar terhadap Aktiviti Pembedahan Haiwan dan Minat

Pelajar terhadap Biologi

Hubungan atau perkaitan di antara persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dan minat pelajar terhadap Biologi dapat diketahui melalui korelasi Spearman’s rho dalam Jadual 6.

Jadual 6 : Korelasi antara Persepsi Pelajar terhadap Aktiviti Pembedahan Haiwan dan Minat Pelajar terhadap Biologi

Minat pelajar terhadap Biologi Persepsi pelajar terhadap Kolerasi Spearman 0.536**

(9)

aktiviti pembedahan

haiwan Sig. (2-hala)N 0.001

33 ** Korelasi ialah signifikan pada 0.01 (2 hala).

Korelasi antara persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dengan minat pelajar terhadap Biologi telah dikaji dengan mengunakan korelasi koefisien Spearman’s rho. Menurut Cohen (1988), nilai korelasi 0.5 hingga 1.0 dianggap nilai pekali korelasi yang kuat. Didapati terdapat hubungan positif yang kuat di antara persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan dengan minat pelajar terhadap biologi (r = 0.536, n = 33, p < 0.05). Maka hipotesis nul berjaya ditolak. Ini bermakna apabila pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap aktiviti pembedahan, maka minat mereka terhadap biologi turut bertambah. Namun begitu, berbeza pula dengan dapatan daripada kajian Randler, Wüst-Ackermann, Vollmer dan Hummel (2012) yang mendapati bahawa pelajar yang mempunyai pengalaman pembedahan melaporkan bahawa minat mereka terhadap biologi berkurangan.

Kesimpulan

Konsep dalam subjek biologi adalah abstrak. Oleh itu, pelajar di sekolah mungkin menghadapi kesukaran dalam memahami konsep sains yang terkandung dalam subjek biologi. Selain itu juga, pelajar kerap menggunakan imaginasi sendiri untuk memahami konsep sains. Sangat bagus sekiranya pelajar dapat mengimaginasikan perkara yang betul, namun, kita bimbang jika tiada bimbingan yang betul, pelajar mungkin akan mengalami miskonsepsi yang serius. Justeru itu, aktiviti pembedahan haiwan seperti membedah tikus dan katak merupakan satu elemen PdP yang sangat menarik dan amat sesuai diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di makmal biologi. Pembedahan haiwan sebenar dapat menimbulkan rasa teruja di kalangan pelajar biologi kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Antaranya ialah ia dapat membantu untuk memperjelaskan konsep-konsep biologi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam topik biologi khususnya, sistem-sistem yang terdapat di dalam badan seperti sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem peredaran darah, organ-organ pembiakan, organ perkumuhan dan sebagainya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dapat dilihat dengan lebih jelas dan nyata.

(10)

Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, penyelidik telah mengenalpasti persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwan. Penyelidik mendapati, pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap aktiviti pembedahan haiwan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Biologi. Selain daripada itu, penyelidik telah mengenalpasti bahawa minat pelajar terhadap biologi juga adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap aktiviti pembedahan haiwandengan minat pelajar terhadap Biologi.Daripada dapatan kajian ini, guru seharusnya mengambil peluang untuk terus menekankan kepentingan pembedahan haiwan ini dengan mempraktikkannya di dalam makmal.Namun begitu,guru memainkan peranan penting bagi menentukan strategi pembelajaran yang sesuai dengan pelajar. Jika pembedahan haiwan menyebabkan pelajar mempunyai persepsi negatif dan tidak berminat untuk mempelajari biologi, langkah-langkah alternatif untuk menggantikan pembedahan haiwan boleh difikirkan agar mereka terus cenderung meneruskan pengajian biologi sehingga ke peringkat tertinggi. Ini kerana terdapat pelbagai cabang biologi yang boleh diceburi pelajar tanpa memerlukan pembedahan seperti bidang ekologi, botani, taksonomi dan sebagainya.

Rujukan

Afif Zeidan. 2010. The relationship between grade 11 Palestinian attitude towards Biology and their perception of the Biology learning environment. International Journal of Science and Mathematics Education 8(5): 783-800.

Bharvi Dutt & K. C. Garg. 2012. Ban on animal dissection: a bane to life science education. Current Science. Vol. 102 (9): 1245-1246.

Birdsall, S. & France, B. 2011. Attitudes towards using animal in research and teaching: opinions from a selected group of female secondary school students. Kotuitui: New Zealand Journal of Social Sciences Online 6: 15 - 25.

Christine S. Marszalek & James Lockard . 1999. Which way to jump: conventional frog dissection, CD tutorial or microworld?. Proceedings of Selected Research and Development at the National Convention of the Association for Educational Communications and Technology, hlm. 281-294.

Christoph Randler , Peter Wüst-Ackermann, Christian Vollmer, Eberhard Hummel. 2012. Learning and Individual Differences Journal 22(2012): 419 – 424.

(11)

Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan, Buku 1, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Cohen, J.W. 1988. Statistical Power Analysis for The Behavioral Sciences, 2nd Edition. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Gracia Barr & Harold Herzog. 2000. Fetal pig: the high school dissection experience. Society & Animals Journal 8(1): 53 – 69.

Isabella Michel Clark . 2003. A comparison of the effects of animal dissection and a computer simulation dissection program on students’ knowledge of frog anatomy and attitudes toward dissection. Disertasi Ph.D. University of Nevada, Reno.

Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam pelaksanaan sains KBSM di sekolah-sekolah menengah Negeri Kedah Darul Aman. Disertasi Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jan Oakley. 2009. Under the Knife: Animal Dissection as a Contested School Science Activity. Journal for Activist Science & Technology Education. 1(2): 59-67. Jan Oakley. 2012. Dissection and Choice in the Science Classroom: Student

Experiences, Teacher Responses, and a Critical Analysis of the Right to Refuse. Journal Of Teaching And Learning. Vol. 8(2): 15-29.

Jan Oakley. 2012. Science teachers and the dissection debate: Perspectives on animal dissection and alternatives. International Journal of Environmental & Science Education. Vol. 7(2): 253-267.

Johari Hassan & Norsuriani Ab Razi. 2011. Faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Universiti Teknologi Malaysia.

Joseph Paul Akpan & Thomas Andre . 1999. The effect of a prior dissection simulation on middle school students’ dissection performance and understanding of the anatomy and morphology of the frog. Journal of Science Education and Technology 8(2): 107 – 121.

Jo Elliott & Dominique Blache . 2010. Student attitudes and preferences towards non-invasive animal-based and computer-based practicals. Proceedings of the 19th Annual Teaching Learning Forum.

Khadija Iqbal . 2010. Impact of dissection. The Professional Medical Journal 17(3): 490 - 492.

(12)

Lynda Donaldson & Roger Downie . 2007. Attitudes to the uses of animals in higher education: has anything changed?. Bioscience Education Journal 10: 1 – 13.

Mable B. Kinzie, Richard Strauss & Jean Foss. 1993. The effects of an interactive dissection simulation on the performance and achievement of high school biology students. Proceedings of Selected Research and Development Presentations at the Convention of the Association for Educational Communications and Technology, hlm. 2 – 15.

Mohammad Najafi. 2012. Students’ attitude towards science and technology. Interdisciplinary Journal of Contemporary In Business. 3(10): 129-134.

Nina Holstermann, Dietmar Grube & Susanne Bögeholz . 2009. The influence of emotion on students’ performance in dissection exercises. Journal of Biological Education 43(4): 164 – 168.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Patrick Kariuki & Ronda Paulson . 2001. The effects of computer animated dissection versus preserved animal dissection on the student achievement in a high school biology class. Paper presented at the Annual Meeting of the Mid South Educational Research Association. 30th, Little Rock, AR , 14 - 16 November. Pavol Prokop, Gaye Tuncer & Júlia Chudá. 2007. Slovakian students’ attitudes toward

Biology. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education 3(4): 287-295

Pavol Prokop, Matej Prokop & Sue Dale Tunnicliffe. 2007. Is biology boring? Student attitudes toward biology. Journal of Biological Education 42(1): 36 – 39.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 2000. Sukatan Pelajaran Biologi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rebecca S. Maloney. 2002. Virtual fetal pig dissection as an agent of knowledge acquisition and attitudinal change in female high school biology student. Disertasi Ph.D. University of New Orleans.

Rian de Villiers & Jaqui Sommerville. 2005. Prospective biology teachers’ attitudes toward animal dissection: implications and recommendations for the teaching of biology. South African Journal of Education 25(4): 247 – 252.

Ricardo Trumper. 2006.Factors affecting junior high school students’ interest in Physics. Journal of Science Education and Technology 15(1): 47-58

(13)

Samy A. Azer & Norm Eizenberg. 2007. Do we need dissection in an integrated problem-based learning medical course? Perceptions of first and second year students. Surgical Radiology Anatomy Journal 29: 173 – 180.

Siti Nurhanim bt Abd Halim. 2006. Kajian mengenai aspek-aspek yang mempengaruhi minat pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran Kimia KBSM di kawasan bandar dalam Daerah Kota Setar, Kedah. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.

Sue Franklin, Mary Peat & Alison Lewis. 2002. Traditional versus computer-based dissections in enhancing learning in a tertiary setting: a student perspective. Journal of Biological Education 36(3): 124 - 129.

Tabinda Hassan, Mohamed Salih Mahfouz, Deeba Hasan Barkat Irfan & Shaan Mohamed Husain . 2011. Is dissection a must for better knoeledge among future doctors?. Iranian Journal of Medical Hypotheses and Ideas 5(9): 1 – 10.

Terry L. McCollum. 1988. The effect of animal dissections on student acquisition of knowledge of and attitudes toward the animal dissected. Technical Report. Walnut Hills High School, Cincinnati, Ohio.

Thomas G. Moir . 2000. Attitudes towards dissection: student/ teacher conflict over animal dissection. Tesis Sarjana. D’Youville College, New York.

Referensi

Dokumen terkait

Dari penelitian pemanfaatan komposit dari kitosan pada cangkang kepiting dan pektin pada kulit jeruk sebagai adsorben limbah laundry dapat ditarik kesimpulan

(3) Hasil belajar pendidikan kewarganegaraan pada kelompok siswa dengan kecerdasan sosial tinggi yang menggunakan metode kolaboratif lebih baik dibandingkan dengan kelompok

Penelitian percobaan ini menggunakan rancangan acak kelompok pola faktorial dengan respon yang diamati beberapa sifat fisika Hasil penelitian menunjukkan bahwa Jenis dan dosis

1) Pengendalian Lingkungan: Adanya struktur organisasi yang membatasi garis wewenang dan tanggung jawab yang jelas untuk masing-masing bagian. 2) Penilaian Risiko: Proses

Problematika dan Solusi Guru Pendidikan Agama Islam dalam Meningkatkan Motivasi Belajar Siswa ABK Anak Berkebutuhan Khusus di SMP Muhammadiyah 2 Malang Dalam penerapan

Diharapkan perlakuan pemolesan dan pencucian dengan etanol pada tepung porang dapat digunakan sebagai alternatif untuk menurunkan kadar oksalat dan meningkatkan kualitas tepung