• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN."

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN.

Pada masa kini, kebanyakkan rakyat Malaysia gemar makan kerepek tidak kira usia muda dan tua. Antara kerepek yang biasa ada dijual dipasaran adalah kerepek pisang , kerepek ubi kentang, kerepek bawang dan kerepek ubi keledek. Kebiasaanya untuk penghasilan kerepek perlu menggunakan teknik hirisan. Bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan kerepek sangatlah memerlukan pelbagai hasil jenis saiz dan juga bentuk. Ini kerana lain orang lain cita rasanya , ada yang mungkin suka kepada kerepek pisang yang tebal manakala ada juga yang suka akan kerepek yang halus atau nipis. Ada juga sesetengah pelanggan yang memilih pada segi bentuk kerepek seperti bulat , memanjang ataupun beralun.

Disebabkan itu , tercetusnya idea untuk mencipta inovasi baru iaitu mesin pengiris yang baik dan pelbagai guna. Melalui ciptaan mesin pengiris ini dapat memberikan pelbagai manfaat terutamanya kepada Industri Kecil Sedarhana (IKS) yang mengeluarkan produk makanan. Ia dapat membantu industri pemakanan dari segi meningkatkan produktiviti. Hasil daripada hirisan mesin yang seragam dan dalam kuantiti yang banyak. Mata pisau penghiris juga dapat dilaraskan dan juga boleh ditukar bentuknya mengikut kehendak syarikat. Dengan itu, ia dapat menghasilkan pelbagai jenis saiz dan bentuk dengan hanya menggunakan satu mesin sahaja. Mesin ini juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik.

(2)

1.2 PENYATAAN MASALAH.

Penciptaan mesin ini bertujuan untuk menjaga keselematan sewaktu melakukan kerja penghirisan jika menggunakan kaedah manual dimannyebabkan kecederaan dan tidak selamat. Jadi , dengan menggunakan mesin ini yang bergerak secara automatik ia lebih selamat selain juga dapat menjimatkan tenaga kerja.

Selain itu, permasalahan perlu menggunakan mesin yang berlainan untuk menghasilkan saiz dan bentuk yang berlainan. Kebiasaannya satu mesin hanya boleh menghasilkan satu bentuk dan ketebalan yang sama ini kerana mata pemotongannya tidak boleh dilaraskan. Ia juga memakan perbelanjaan yang tinggi untuk membeli mesin bagi setiap jenis pemotongan yang berbeza.

Tambahan lagi , mesin ini juga dapat menghasilkan produktiviti dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti. Menjaga kualiti bahan sangat lah penting bagi sesebuah syarikat pengeluaran makanan untuk menjamin keyakinan pelanggan untuk membeli produk kita.

(3)

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian projek ini adalah untuk :

I. Mereka bentuk sebuah mesin pengirisan yang pelbagai guna dan selamat digunakan. II. Mencipta mesin pengiris yang mempunyai mata pisau yang boleh ditukar.

III. Menguji dan menganalisa keberhasilan bahan hirisan.

1.4 SKOP KAJIAN.

I. Saiz yang agak besar.

II. Memerlukan penggunaan eletrik. III. Berat.

IV. Sukar dibawa kemana-mana.

1.5 RUMUSAN BAB

Kesimpulan yang diperolehi daripada pengenalan ini ialah mengenal dan memilih tajuk projek yang sesuai untuk dilaksanakan dengan baik, terlebih dahulu pemberian idea bersama-sama ahli kumpulan bagi pemilihan projek yang akan dilaksanakan, kemudian dengan keizinan oleh penyelia telah bersetuju untuk memilih tajuk “Mesin Penghiris” sebagai tajuk projek yang akan dilaksanakan dan mendapat pengesahan daripada beliau untuk meneruskan dengan tajuk ini. Seterusnya, pemilihan projek juga penting supaya tajuk projek yang dipilih dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tidak akan menimbulkan masalah daripada pemilihan projek ini.

(4)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Bagi memperjelaskan lagi projek yang telah dihasilkan, di sini disertakantentang reka bentuk, cara binaan dan kelebihan “Mesin Pengiris” yang dihasilkan berbanding dengan alat yang telah sedia ada di pasaran pada masa kini.

2.2

KONSEP/TEORI

2.2.1 Sejarah mesin pengiris.

Otto Frederick Rohwedder ( manusia pertama yang mencipta mesin pengiris

)

Rajah 2.1: Pencipta pertama mesin Pengiris Roti

Otto Frederick Rohwedder Otto Frederick Rohwedder (7 Julai 1880 - 8 November, 1960) adalah seorang pencipta Amerika dan jurutera pertama yang mencipta mesin automatik untuk menghiris roti yang telah digunaan secara komersial. Ia pertama kali digunakan oleh Chillicothe Baking Company.

(5)

Pada tahun 1905, beliau menetap di St. Joseph, Missouri. Selepas tujuh tahun berikutnya dia Berjaya memperoleh tiga kedai barang kemas dan mula mencipta alat baru dan mesin dengan keuntungan yang sederhana.

Pada masa itu, semua roti telah dijual keseluruhannya bagi mengekalkan kesegaran. Tetapi Rohwedder mula mendengar aduan biasa di kalangan suri rumah: roti menghiris membebankan, memakan masa, dan kadang-kadang berbahaya (keras, roti basi diperlukan pisau sangat tajam).

Pada tahun 1927, dia hendak membina satu lagi mesin roti menghiris - satu lebih baik daripada satu dekad pertama sebelumnya. Kali ini, dan bukannya menggunakan pin, mesin ketat dibalut roti dihiris dalam kertas lilin, kedua-duanya untuk mendapatkan kepingan individu dan ia kekal segar.

Setahun kemudian, beliau memfailkan paten untuk "mesin penghirisan roti langkah tunggal," dan menubuhkan syarikat sendiri, Mac-Roh Sales & Manufacturing, mengikut skala pengeluaran ciptaannya.

Bagaimana mesin ini bekerja ?

Dua tebing nipis bilah keluli tajam digunakan. Bahagian memotong tepi adalah semua dalam satah yang sama dan berselang-seli supaya manakala bergerak bilah menaik dan menurun kebawah. Seperti bilah melalui roti lembut, menutup roti segera di belakang bilah dan disimpan dengan sempurna. Ini permukaan sempurna muat dengan satu sama lain dan sekali gus mengekalkan kesegaran roti. "

Mesin besar-besaran telah dipasang di Chillicothe, Missouri di Chillicothe Baking Company, dan, pada 7 Julai 1928, sebuku pertama roti dihiris secara komersial telah dijual. Roti dihiris, yang dihasilkan diberikan nama Kleen Maid itu, adalah amat popular.

(6)

Jadual 2.1 : Matlumat mesin Penghiris roti.

Nama objek Bread slicer

Tarikh Dicipta 1928

Pembuat Micro Machine Company

Bahan Fizikal Keluli

Ukuran 57 × 38 × 72 Kedalaman.

144.78 cm × 96.52 cm × 182.88 cm.

No. ID 1975.315261.1

Nombor Kesertaan 1975.315261

(7)

Rajah Skematik 2.3 : Bahagian operasi mesin pengiris roti

(8)

2.3 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN.

Spesifikasi rekabentuk di pasaran pada masa kini lebih kepada satu mesin yang complek yang hanya boleh menghiris dengan satu mata pemotongan. Ianya tidak dipelbagaikan dan hanya menghasilkan satu jenis hirisan. Seperti mesin-mesin dibawah :-

Mesin Pengiris Pisang yang memiliki body stainless steel sehingga dapat menjaga kualiti produk. Kegunaan dari mesin ini untuk pengirisan pisang dengan proses cepat dengan menghasilkan kerepek dengan bentuk dan ukuran yang sama.dalam kuantiti yang banyak.

2.3.1 MESIN PEMOTONGAN PISANG

Rajah 2.5 : Mesin pemotong pisang

Spesifikasi Mesin Pemotong Pisang:Jenis : PSG-100

 Kapasiti : 100-200 kg/jam (bergantung kepada operator)

 Dimensi : 63 cm x 66 cm x 84 cm

 Listrik : 200 watt

 Material : stainless steel

 Hasil potongan pisang : bulat dan memanjang

(9)

Rajah 2.6 : Mesin pengiris bawang

Mesin pengiris bawang ini sangat membantu proses pengirisan bawang. Mesin dengan body stainless steel ini memiliki pisau baja yang tajam, sehingga boleh mengiris bawang dengan hasil yang baik.

Mesin pengiris bawang ini akan sangat membantu usaha-usaha yang berhubungan dengan proses pengirisan bawang, misalnya : usaha bawang goreng, dan usaha kulinari lainnya.

Dengan menggunakan mesin ini maka Anda akan mendapatkan beberapa keuntungan, diantaranya :

1. Proses produksi akan jauh lebih cepat 2. Sangat mudah dalam mengiris bawang

3. Mata sakit pedih pada proses pengirisan bawang manual tidak akan terjadi lagi. 4. Waktu kerja lebih cepat

5. Kos tenaga kerja menurun.

Fungsi mesin : mengiris / merajang bawang dengan ukuran yang sesuai untuk digoreng.

 Jenis : PRJ-100 BW

 Dimensi : 66x63x88 cm

 Kapasiti : 100-150 kg/jam

 Listrik : 1/4 HP (200 watt)

 Jumlah pisau : 2 buah

 Pisau : 3 buah (baja)

 Disk : stainless steel

(10)

2.6

RUMUSAN BAB.

Kajian literatur perlulah dikaji terlebih dahulu supaya bahan yang dikaji menepati kajian literatur yang diingini. Kajian literatur projek ini menunjukkan tentang sejarah mesin pengiris, fungi komponen , reka bentuk dipasaran dan kajian komponenyang dilakukan untuk mengiris. Seterusnya kajian literatur projek ini juga menunjukkan ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan suatu kaedah atau pendekatan tertentu.

(11)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Kaedah mereka bentuk atau metodologi merupakan satu kaedah yang diguna pakai dalam membangunkan atau mereka bentuk sesuatu projek. Metodologi yang digunakan adalah untuk membantu menghasilkan satu projek yang kreatif dan inovatif untuk mencapai objektif penghasilan dalam projek pada semester akhir ini. Reka bentuk bagi projek mesin pengiris ini adalah direka sendiri berdasarkan cadangan dan juga pandangan semua ahli kumpulan serta selepas perbincangan dan persetujuaan penyelia projek. Rekaan bagi alat ini mengambil kira segala aspek dan juga mestilah mengikut dan kemudahan pengguna untuk menghasilkan pengirisan yang baik dan berkualiti. Reka bentuk yang telah kami hasilkan sangatlah selamat digunakan. Selain daripada itu, projek ini juga senang dan mudah untuk diterangkan kepada pensyarah ketika sesi pembelajaran dan sesi pengajaran berlangsung. Saiz dan keseimbangan bagi projek ini juga telah diambil kira untuk mempermudahkan sesi pembelajaran.

3.2

PROSES MEREKA CIPTA

Proses carta alir penyelidikn merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi menghasilkan sesuatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu projek atau lebih dikenali sebagai proses penambahbaikkan. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam proses mereka cipta ialah :

i. Mengenalpasti Masalah. ii. Pencetusan idea mereka cipta. iii. Rekaan dan pemilihan projek.

(12)

iv. Perancangan projek

3.2.1 Mengenalpasti Masalah

Bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini ialah melalui beberapa cara seperti masalah yang dikemukakan oleh penyelia, hasil perbincangan antara ahli kumpulan serta masalah-masalah lain yang timbul. Masalah boleh juga dikenalpasti melalui kaedah perbincangan dan pengalaman. Kajian dan rujukan yang telah didapati dan diperolehi daripada penyelia, ahli kumpulan dan laman sesawang yang berkaitan dengan projek ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah yang akan timbul apabila menghasilkan rekaan projek ini.

3.2.2 Pencetusan Idea Mereka Cipta

Cara penyelesaian yang terbaik akan dibuat sekiranya masalah yang timbul telah dikenalpasti. Terdapat beberapa cara yang boleh dilaksanakan atau dilakukan bagi mencetus idea mereka cipta. Pada kebiasaannya, pencetusan idea berlaku apabila terdapat beberapa masalah ataupun kesulitan untuk kita melakukan sesuatu pekerjaan. Di situlah tercetusnya idea untuk mereka cipta. Melalui penyelidikan,kajian keperluan dan pemerhatian yang penggunaan sekeliling. Projek yang dilaksanakan ini bukanlah suatu penghasilan projek yang baru tetapi penambahbaikkan , inovasi yang diperbaharui dan juga mereka bentuk stuktur yang bahaaru tetapi masih menggunakan teori yang sama. Pencetusan idea ini sebenarnya berdasarkan masalah yang diambil semasa proses pemerhatian dan penyelidikkan.

3.2.3 Pemilihan Projek

Di dalam proses pemilihan projek, kriteria dan faktor-faktor tertentu perlu dititikberatkan di antaranya dari segi pemilihan bahan, kos, dan keselamatan dan juga bahan yang digunakan mesti bersesuaian dengan produk yang dihasilkan.

(13)

3.2.4 Perancangan Projek

Proses bagi membentuk rangka dan teknik pembuatan yang sesuai juga memerlukan ketelitian dan perancangan yang rapi kerana struktur yang hendak dibuat bersesuaian dengan produk antaranya mengkaji keperluan peralatan dan bahan yang sesuai, pemilihan bahan yang ekonomi, berkualiti serta mesra pengguna dan mesra alam. Untuk merancang proses membuat projek ini memerlukan perancangan yang rapi supaya dapat menepati apa yang dikehendaki di samping dapat menjimatkan kos supaya tidak terdapat sesuatu perlaksanaan yang salah atau membeli peralatan berlebihan dalam perlaksanaan projek ini.

3.2.5 Konsep Analisis

Mesin Pengiris merupakan projek yang sudah ada di pasaran tetapi ianya sudah ditambah baik dengan beberapa ciri dan penggunaan yang baru. Kelebihan Mesin Pengiris yang utama ialah dapat menjimatkan dari semua aspek masa , tenaga kerja dan berbelanjaan untuk membeli mesin yang berbeza bagi setiap jenis hirisan. Selain menjaga kualiti dan kuantiti bahan yang akan dihasilkan. Selamat digunakan dan mesra pengguna.

(14)

3.3 REKA BENTUK KAJIAN.

3.3.1 Rekabetuk yang pertama.

GAMBAR 3.1 : Mesin Penghiris Manual.

Gamabr 3.1 menunjukkan rekabentuk pertama bahawa rekabentuk tersebut lebih mudah untuk dipasang. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih ringan akan tetapi permasalahan yang dihadapi ialah ia memerlukan pergerakan secara manual.

(15)

3.3.2 Rekabentuk Kedua.

Gambar 3.2 : Mesin Penghiris rekabentuk kedua

Gambar 3.2 menunjukkan rekabentuk kedua bahawa rekabentuk tersebut complek dan sedikit tidak selamat digunakan kerana ia terlalu terdedah. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih berat berbanding rekabentuk yang pertama. akan tetapi ianya dapat mengiris dengan kuantiti yang banyak.

(16)

3.3.3 Rekabentuk Ketiga.

Gambar 3.3 : Mesin Penghiris rekabentuk ketiga.

Menunjukkan rekabentuk ketiga bahawa rekabentuk yang tidak memerlukan apa-apa pemasangan dan lebih selamat digunakan. Selain daripada itu, rekabentuknya juga lebih berat berbanding rekabentuk sedikit ringan berbanding rekabentuk yang pertama. Dapat menghasilkan hirisan dengan kuantiti yang banyak.

(17)

3.4 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN REKABENTUK

3.4.1 RekaBentuk Pertama

Jadual 3.1 Kelebihan dan Kekurangan Rekabentuk Pertama

Kelebihan Kekurangan

Lebih ringan Penghasilan yang sedikit

Mudah dipasang Memerlukan tenaga manual

3.4.2 RekaBentuk Kedua

Jadual 3.2 Kelebihan dan kekurang RekaBentuk Kedua.

Kelebihan Kekurangan

Tahan lasak Tidak selamat digunakan

Penghasilan hirisan yang banyak Berat

3.4.3 RekaBentuk Ketiga

Jadual 3.3 Kelebihan dan Kekurangan RekaBentuk Ketiga.

Kelebihan Kekurangan

Lebih kuat/kukuh Berat

(18)

3.5 CARTA ALIR.

Rajah 3.3 menunjukkan carta alir proses bagi menjayakan projek ini. Selain itu, terdapat juga beberapa langkah perlu dilakukan dan juga perlu dipatuhi dalam melaksanakan projek yang akan dijalankan ini. Antara langkahnya adalah seperti dibawah. Seterusnya perlaksanaan projek ini juga boleh dilihat berdasarkan aktiviti mingguan dalam bentuk carta yang mana telah dilampirkan pada Lampiran D. Oleh hal yang demikian, dengan adanya penggunaan carta alir ini, catatan aktiviti bagi menjayakan projek ini dapat dilakukan dengan lancar dan tersusun.

TIDAK BERJAYA MULA PENYATAAN MASALAH IDEA PENGUBAHSUAIAN PENYELIDIKAN PENILAIAN TAMAT

(19)

3.5.1 PENERANGAN CARTA ALIR.

i. MULA

Perbincangan mengenai pemilihan bahan, pembahagian kerja kepada ahli kumpulan dan sebagainya.

ii. PERNYATAAN MASALAH

Merujuk kepada sesuatu isu/masalah yang memerlukan penyelesaian berpandukan latar belakang kajian yang diterangkan secara terperinci di bab 1.

iii. PENYELIDIKAN

Merujuk kepada kajian yang dilakukan terhadap projek dan ia diterangkan terperinci di dalam bab 2.

iv. IDEA

Percambahan idea terhadap projek yang dihasilkan, ia diterangkan secara terperinci di dalam bab 3.

v. PENGUBAHSUAIAN

Berkaitan pengubahsuaian produk atau menambah baik projek berdasarkan kelemahan projek untuk menjadikan projek lebih baik, ia diterangkan secara terperinci di dalam bab 3.

vi. PENILAIAN

Melakukan penilaian untuk mendapatkan data yang terhasil melalui analisa projek, ia diterangkan secara terperinci di dalam bab 4.

vii. TAMAT

(20)

3.6 PERALATAN, BAHAN DAN KOS.

3.6.1 Peralatan

Alatan bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan projek dan juga semasa proses untuk membina projek yang dilakukan. Tanpa alat bantuan kerja ini, projek yang dilakukan tidak akan dapat dibuat dan tidak akan dilakukan dengan sempurna. Antara alatan yang digunakan untuk membina “ mesin Pengiris”

Jadual 3.5 : Peralatan dan Kegunaan

Peralatan Kegunaan

Vernier Caliper

Digunakan untuk mengukur ketebalan bahan kerja dan juga digunakan untuk mengukur diameter lubang pada bahan kerja.

Mata Gerudi

Digunakan untuk menebuk lubang pada bahan kerja. Saiz mata gerudi juga berbeza mengikut saiz lubang yang hendak dibuat

Kikir

Digunakan untuk mengikir bahan kerja. Kikir digunakan bagi tujuan mengikir tempat yang mempunyai lebihan besi selepas dipotong. Kerja ini dilakukan bagi tujuan kekemasan projek.

(21)

Pita Pengukur

Alat ini digunakan untuk mengukur sesuatu yang panjang dan jangka Sudut

Spanar

Digunakan untuk mengetatkan bolt dan nat yang terdapat pada projek.

Cermin Mata Keselamatan

Alat ini digunakan untuk melindungi mata daripada terkena serpihan yang terpercik semasa melakukan kerja.

Mesin mencanai

Mesin ini digunakan untuk

mencantumkan sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan

(22)

3.7 BAHAN PROJEK

3.7.1 Motor Mesin Basuh

Rajah 3.6 : Motor Mesin Basuh

Merujuk pada rajah 3.5 projek ini menggunakan motor mesin basuh yangmempunyai nilai torque yang tinggi. Tujuan bagi memillih motor ini adalah keranaprojek ini memerlukan motor yang mampu untuk mengangkat beban yang berat.Motor mesin basuh ini mempunyai voltan sebanyak 220v bersamaan kuasa 70w dan 1320 rpm.

(23)

3.7.2 Hollow steel

Rajah 3.6 : Hollow steel

Rajah 3.6 menunjukkan besi hollow yang berukuran 66 cm lebar serta 37 cm tinggi hollow steel ini digunakan untuk membuat rangka badan pada projek ini.

(24)

3.7.3 Perspek

Rajah 3. 7: Perspek

Rajah diatas digunakan untuk menutupi bahagian proses pengirisan. Ia membolehkan kita melihat proses hirisan berlaku dari laur.

(25)

3.7.4 Aluminium

Rajah 3.8 : Aluminium

Rajah diatas menunjukkan bahan aluminium diguankan untuk membuat plat pemegang mata pisau. Ia digunakan kerana bersesuaian untuk bahan makanan.

(26)

3.7.5 Mata Pisau bergerigi

Rajah 3.9: Mata Pisau penyagat

Rajah diatas digunakan sebagai mata pergiris bergerigi yang membolehkan hasil hirisan menjadi beralun. Asalnya ia digunakan pada penyagat makanan akan tetapi kami mengambil mata pisaunya sahaja untuk dipasang pada plat pengirisan.

(27)

3.8 BAHAN DAN KOS

Jadual 3.10 : Senarai Bahan Dan Kos

Bahan Kuantiti Kos

AC Motor mesin basuh 1 RM 52.00

Stainless steel 5 keping ( 40 x 30 cm ) RM 171.00 ( Seunit )

Skru and nat 2kg RM 4.00 ( Sekilo )

Besi Hallow 12 Batang ( 5 x 2 cm ) RM 58.00

Fibre 4 keping RM 51.00

Aluminium 4 keping RM23.50

Perspek 2 keping RM 33.50

(28)

3.9 PROSES MEMBINA

3.9.1 Membuat Lakaran Dan Lukisan Projek

Proses pertama untuk memulakan kerja atau membina projek ialah dengan membuat lakaran bagi tujuan untuk memudahkan proses atau perlaksanaan seterusnya dan secara tidak langsung dapat mempermudahkan perlaksanaan kerja dalam membina projek kami ini. Dengan terdapatnya lakaran atau lukisan ini perbincangan dapat dibuat dengan lebih jelas dan perlaksanaan kerja lebih teratur dan lebih lancar. Dimensi projek boleh dibuat dan juga dihasilkan. Rajah 3.6 menerangkan tentang lakaran awal projek ini.

Rajah 3.6 : Lakaran Mesin

Rajah ini menunjukkan lakaran dan lukisan pada mulanya dibuat pada kertas sahaja dan lukisan tersebut dilakar dengan mengunakan kaedah lukisan kejuruteraan. Lukisan dilakar atau dilukis dalam bentuk ortografik dan juga isometrik supaya mudah dilihat dan difahami. Ini kerana, projek boleh dilihat dan difahami dari tiga sudut serentak iaitu pada sudut pandangan atas, hadapan dan tepi. Lukisan ortografik dan juga isometrik dapat dilihat dengan jelas pada Lampiran A dan Lampiran B. Selepas proses membuat lukisan asas projek, setiap komponen pada projek dilukis secara berasingan bagi tujuan untuk memudahkan kerja-kerja dalam melaksanakan dan membina projek. Seterusnya projek ini terbahagi kepada empat bahagian yang asas. Antara bahagian asas tersebut adalah bahagian rangka projek, tapak dan landasan, sistem projek dan badan pro2923jek.

(29)

3.9.2 Proses Membina Rangka Projek

Gambar 3.7: Lukisan Isometrik

Lukisan atau lakaran bagi setiap bahagian asas tersebut telah dilukis dalam Software Autodesk

Inventor 2016 supaya lakaran atau lukisan tersebut nampak lebih jelas dan menarik. Dalam proses

melakar tersebut ukuran projek ini telah dikeluarkan dan dicatat dengan lebih tepat dan terperinci. Bahagian ini sangat penting kerana bahagian ini adalah bahagian utama projek ini dan bahagian ini adalah tempat perlaksanaan atau tempat sistem projek ini diletakkan. Setiap ukuran dan juga dimensi mestilah tepat supaya tidak berlaku perkara yang dapat menghalang pergerakan sistem projek ini. Rajah 3.7 menunjukkan tentang rangka projek.

(30)

3.9.3 Proses Mengimpal

Gambar 3.8 : Proses Kimpalan

Rajah menunjukkan proses kimpalan dengan meggunakan mesin kimpal Arka. Kimpalan adalah sesuatu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikan sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri. Proses kimpalan ini digunakan adalah kerana bahagian yang hendak dikimpal kecil dan juga hasil kimpalan lebih kemas dari jenis kimpalan yang lain dan jenis kimpalan ini lebih bersesuaian digunakan ke atas projek ini.

(31)

3.9.4 Proses Mencanai

Gambar 3.9 : Proses Mencanai

Rajah menunjukkan proses mencanai. Proses mencanai adalah proses yang dilakukan selepas proses mengimpal atau menebuk lubang untuk melicinkan permukaan dari kesan tebuk dan kesan kimpalan yang tidak kemas. Dalam proses melicinkan ini alat yang telah digunakan ialah mesin canai dan prinsip keselamatan bengkel perlu dipatuhi seperti memakai safety goggle. Tujuan utama bagi prinsip keselamatan ini adalah supaya sebarang kecederaan teruk dapat dikurangkan atau dielakkan jika berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja mencanai.

(32)

3.9.5 Proses pemotongan besi

Gambar 3.10 : Proses Pemotongan Besi

Merujuk rajah proses memotong adalah proses untuk memotong besi Square Hollow Bar mengikut ukuran yang ditetapkan dalam lakaran Software Autodesk Inventor 2016 untuk dijadikan sebagai rangka utama bagi projek ini. Dalam melaksanakan projek ini beberapa prinsip-prinsip keselamatan bengkel seperti memakai penghadang muka dan ruang kerja yang selesa telah diterapkan.

(33)

3.10 Evaluation

Kaedah yang ditunjukkan adalah kaedah untuk menggunakan produk “ Mesin Pengiris”

i Langkah pertama dalam menggunakan mesin pengiris ialah masukkan kentang atau pisang kedalam lubang hirisan yang telah disediakan.

ii Susunkan kentang atau pisang didalam mesin dengan kemas dan teratur.

iii Jika sudah pastikan semua selamat boleh menghidupkan suiz

iv Biarkan mesin menghiris bahan hirisan sehingga semuanya selesai.

v Apabila sudah selesai mengiris matikan suis mesin.

vi Keluarkan barang hirisan

3.11 RUMUSAN BAB

Metodologi kajian perlulah dikaji terlebih dahulu supaya kajian yang dikaji mendapat metodologi kajian yang diingini. Metodologi projek ini menunjukkan kaedah atau pendekatan atau kerangka yang digunakan di dalam penyelesaian projek ini. Kajian metodologi menunjukkan kaedah dan pendekatan yang digunakan seperti kaedah pengumpulan data, model, carta alir, membuat pemilihan idea, pemilihan kaedah, dan bahan yang terbaik. Selain itu, 3membuat perubahan rekabentuk, ataupun sistem dan juga membuat pengujian pada bahan projek. Seterusnya, kajian metodologi projek ini juga menunjukkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan sesuatu kaedah atau pendekatan tertentu

Gambar

GAMBAR 3.1 : Mesin Penghiris Manual.
Gambar 3.2 : Mesin Penghiris rekabentuk kedua
Gambar 3.3 : Mesin Penghiris rekabentuk ketiga.
Gambar 3.7: Lukisan Isometrik
+4

Referensi

Dokumen terkait

Elektrokardiograf atau EKG adalah suatu alat dengan elektrode yang terpasang di permukaan kulit yang digunakan untuk mengamati aktivitas elektris otot jantung.. Elektokardiogram

Para pengunjung memiliki makna tersendiri mengenai kunjungan wisatanya ke Kampung Sampireun Garut adalah sebuah tempat yang sangat lain daripada yang lain, dimana tempat

yang sedang mengerjakan tugas. Ketidakdisiplinan anak Kelompok A TK Taman Indria Dlingo tersebut terlihat selama kegiatan belajar mengajar di kelas berlangsung dan

Kebutuhan lentur pada analisis ini terdiri dari 2 bagian yaitu kebutuhan tulangan lentur balok dengan menggunakan dimensi dan momen yang berbeda dan kebutuhan

Penelitian ini bertujuan untuk menjelaskan: (1) perencanaan pembelajaran keterampilan membaca pada siswa SMP Negeri 1 Wedi Klaten; (2) pelaksanaan pembelajaran

Kekuatan konsumen dapat menangkap nilai lebih dengan memaksa terjadinya penurunan harga, tuntutan untuk kualitas atau layanan yang lebih baik (yang otomatis akan

Pencahayaan tersebut dapat diubah menjadi instalasi pencahayaan yang lebih efisien untuk hasil yang sama atau lebih baik dengan konsumsi energi dan biaya yang lebih rendah..

selama 3 dan 4 menit menujukkan pola pandu gelombang yang jelas dan tidak terputus-putus, hal ini berkaitan dengan proses polimerisasi rantai organik yang telah