KOMPOSISI “PRAISING” UNTUK POLA TARIAN TAMBURIN
INJIL SEPENUH, PENGHARAPAN, DAN PANJI DIIRINGI
TIUPAN SHOFAR (TEKIAH)
RESSI BINTI TAHIR
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik)
L\'I\ f R,III ,\I \L,\\ SIA S,\R \ \\ \1,. {II H.h,::: Plra,,' tirk <-Jl r111.11 YC.B I'n 1l l,.."\.:I I{CP(l11
o
M" ... h,::rs I'hOB
IH.<:L. \R.\ IIO'i (H ORH.I:\,\1. \lORK
I hl$ dt"c l<ir:.l ilOll IS Illi,d~ l\fllhc ,"illl r;;,lt lul1~ 2(1 I S.
I. ({1,5SI H1 1'. 11 I \HIR, 4"~5, L\Cl 'I I Y
or
,WI'III D ,\\1 ) Cit! \TI\'E AI( I S 11,·r,·o) ,kdar~ thai 'h" \\o,'k cnlilkcl K(l~IPOSISI "PRAISINc', ' U"iTLIo;. POL.\ 1 AR I Ii': 11\.111. SII'~,NUII.I'LR.lAN.l1 "oJ l)''i 1'''\!\JlllIIRINGI I IL'I',\N ,I/IOf III n~KI,\l11 I, H,V ongll1JI \""~, I h,,\'c 11<" (llPll.!'U tr(~111 :my (tIller ~IIH.h.>nh· \\01 1\ til' !rom an~ olht.'r "'(lUl·C~'" \."\.,:I.!pt \\ ht"l ~ due n: k r"::l1L':c (II'
i.l1;~ncJ\' h::Jg~mcllt is llt:!UI..: L."' pl ll..·j11) i11 ,lit.., [\.'\ l, ,m, Ins ilny r.Jr1 bt:'cll \\ I iII~H r,ll 1)1,,-In ~IIlDth\;'1 pen·oIl
_
~flf6f.-<"
jvlol€)01~
!lolle ~ubllllllC'<J
) ;0.:<'; Si t ,\1 hc«h)
"".II
r.",
Iha' Ihe " ''''k el111,kd K\J\II'I "hi "I'I(-\I~I ".JI> · " ;[1 K ~Ol " 'I \RI \i': IN.IIL ~LJ'I.!\l 'I I , I'IIU \ '.II \, '. I) \:-.; 1',\ , '.I I DIIRI"GI1Il'P\'\ S/io/: II? (1LKI.\JI) \\," PI ,;p;J(..:d by tI.l,," ,~hlHt..: n.ltn~\l .... \Ulk.·nL 'illd \~.b "'lJhmlH~,i In Ih~ . r·\( I I I ~ .. <I'" f p:1 rllil l I11II Itlll; Ilmel1' t"r ' he ,""'klllh"" "I H \UIr I OR,.r
AI'l'l 11'1) \ R 1~ \\'1111 II (l,<)1.'RS [\it 'S ICl. ,,,,d"
•.
,
...
"~,,,;
",.
"
,,,
'
,,,
".
,
...
'
~
"M
~
'
,
"".
,
,',
,.,,'
....
"",,
'
.'''''
11/
"/~
If'
R",,, cd I;", ,\""111.,11011 to)
~"
. I)",",C
CO\ rIDI'...\ TIAL ~ C Ollllli lh !,;ol1lid~nti.'1 Illf(llllKl(H,m lInJ':T th~ O rfi.:i"l SL:l,.r..:1 At.. I 1')71 J*r
I~ E~Iltl(' II I) !t"1..'IU.l,ns rio!' Inrh:d Inftll 11M' h111 .1" .... pl..' 1.:1 ti~d b.y Ibe nr~'lIll:'\:lllnn \\ h...~r(']"I..::-.r...11 \' h \\ oJ.$ dl,m<) +:
ltll\!ll.'I,'I": ul\" ,.Uirm \-\11 11 tr.:C' (,m'~IlI .lllil H I hn;!ly dr...·~ I<lI~ Ihill thl:-S.IIU IJr,'Ill!t..:1 fhe it;, ... h.,11 h~ pI.ICC... J
~lIJil:I.llly ill IhI.' ( .,:nIle I'm \"::1d~n\ic Inl\lnnalinn ~,-,"f\ i,'{';" \\ Ilh IhI,.' ~Ibldillg ink'!"'-... ' :md riL'hl~ " ... rl lll~\\I,·~
• Tills Prn'~..:1 I hc ... is I' (hI: "'ole C!!:tl propl.'ny oj llnl\~r';;;lIi ~1aI,'\''''I:l !--.~lra\\aJ.. (I 'N!\I S;. • lh~ Ccnllc
f,,',
.\r....u..k Jllic Infurm.1I 1011 SCJ\t..·!..:!> h.l .... th~ j,mful II J; lll to 111.1J...-t! ~l'l1h::-. 't" Ih~p urpo... .,: nr '11.,;,Jdl'llll(; :ttlU I"I,.'),,-"Jr-ch pnly .lI1d I1P' fOI "'her pUQ1O\:C.
• 1 he Cenlre! I<ll" A<caol.!l1lic Illf(tll1lallc..'11 SI,.'J\ ic~ has [h(.; 1,1\\ fu l ri).!ht II' th,l!.il,l [i .... ~ til...:: r...vnh.:l1 [
t(,lf the Ln...·Jl ('01111.:111 f).II,lhi.I'~ .
• 'I"~ t"Cnlr(" Ivr cadcmi,,"' Informali,," " .:n·I,,"· 'S 1).1~ the:: b\\ lui ri~hl H,. make C(lllic~ o f" Ihe
rn..lic.: (~I1..:~i~ rOI ,1,uJ mic e\C"h~llHt..., bt.:t\\ ...'\'n.Hi~h4..· 1 I '.llIlllIg IIl~ tmJ[L: .
• \co dl"-'putc ur :lil y ...I.1I11l ~hall :Jn5~ from the :'.IUd~111 ltsl'1f 1 h."Hhl'l thi rd p;'lTl~ 0 11 this Pnlfcci' 1'1I\... i, (ll1C(: II be(om~ Ih...' ~uk-rmpl.!frV or UN l\l\S
• 1111 .... Ph,jc.:,,1 rhl."'l~ III Hn\' In.:1l~nJI. J;}l;i anu inf.lrlllOlIlOn n.:bh.:d In 11 c;.hJIIIIC'" be di<"lnhult.:d.
pu hshc-d or up.do... !,,!,,1hI ,tn) part) b) the ~lu<Jt:nl ,:V•.'I.!PI \\ hit 1f 'I I \S IX"lIIj~~i llll
( X J UIIC 2(11~ )
l WI"I,."!U 1\4..IJrcss:
"hI rcgudufl. lin KI,.'IIJ r.lrJdi~~ \\I)"I I-1X~ I :i'I
KOla B~11J{1. ~"h.lh
)\."1," . * 1r Ihe 1',"le<1 I h<slS ,, ( 0 '~ lin"' II \I (I' H L ~ (lHe fED 1100>" ~1I"ch ,"~c'h<f 3' tll1l1':\Un:'1 kl' !.:1 flt.m Ih.: (~:!ani5ation \\ ilh I' lr...' CI ind ,1Iu..lll'a:!o(1n~ ... ,f ~olllid~ntji1lil} ,1111,) r...~lJ l ;,;'j(111
KOMPOSISI “PRAISING” UNTUK POLA TARIAN
TAMBURIN INJIL SEPENUH, PENGHARAPAN, DAN
PANJI DIIRINGI TIUPAN SHOFAR (TEKIAH
)
RESSI BINTI TAHIR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Projek bertajuk Komposisi “Praising” untuk Pola Tarian Injil Sepenuh, Perjanjian, dan
Panji Diiringi Tiupan Shofar (Tekiah) telah disediakan oleh Ressi Binti Tahir dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik).
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________ (Ng Sie Ai) Tarikh: ________________________
PENGAKUAN PELAJAR
Penulis mengaku bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau dilaporkan dalam tesis ini yang digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti atau institusi pengajian yang lain.
________________________ (RESSI BINTI TAHIR)
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana inspirasi, pertolongan, dan
berkat-Nya sepanjang menyiapkan penulisan ilmiah ini. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada penyelia saya iaitu Ng Sie Ai di atas komitmen yang padu dari segi masa, tenaga, ketelitian, kesabaran, motivasi, dan tunjuk ajar sepanjang proses penyiapan Projek Tahun Akhir. Komitmen beliau memberi impak yang positif kepada saya secara peribadi. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah iaitu Fairuz Zamani, Dr. Thia Sock Siang, Associate Professor Dr. Hasnizam Abdul Wahid, Drs. Yoesbar Djaelani, Connie Lim Keh Nie dan Iran Amri Musoddiq atas nasihat dan komen yang bernas. Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada keluarga dan kedua-dua ibubapa iaitu Tahir Balinu serta Sinom Kehid kerana saya berasa diberkati dengan sokongan mereka. Ucapan terima kasih kepada Dr. Rizoh Evied dan Ezra Alfandy M.Duin di atas masa dan kerjasama untuk validasi karya ini. Tidak lupa juga kepada pastor, pemimpin, dan jemaat gereja tempat kajian kerana memberikan kebenaran, sokongan, dan kerjasama untuk terlibat dalam penghasilan kajian ini. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penari tarian liturgi kerana memberikan komitmen yang baik semasa penglibatan mereka dalam kajian. Mereka merupakan tunjang kepada kajian dan saya berharap kajian ini memberikan impak yang baik kepada pelayanan mereka dalam tarian. Ucapan terima kasih kepada peniup shofar kerana menunjukkan usaha yang gigih sepanjang penglibatan beliau dalam kajian.
Akhir sekali, saya bersyukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana memberikan semangat serta pertolongan semasa kajian dan penulisan ilmiah ini. Seterusnya saya berterima kasih kepada Unimas Symphony Orchestra and
ISI KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA i
PENGAKUAN PELAJAR ii PENGHARGAAN iii ISI KANDUNGAN iv SENARAI JADUAL ix SENARAI RAJAH x SENARAI GAMBAR xi ABSTRACT xiv ABSTRAK xv
BAB SATU: PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Skop Kajian 2 1.3 Permasalahan Kajian 3 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Hipotesis 6 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Kajian Literasi 71.7.1 Latarbelakang Sejarah Sidang Injil Borneo dan Tarian Liturgi 7
BAB DUA: METODOLOGI KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Lokasi dan Populasi Kajian 21
2.3 Kaedah Penyelidikan Kualitatif 22
2.3.1 Data Primer 22
2.3.1.1 Kajian Lapangan 22
2.3.1.2 Kaedah Ethnografi 22
2.3.1.3 Pemilihan Teks Mazmur dan Rujukan Bunyi Tekiah 22
2.3.2 Data Sekunder 23
2.4 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif 23
2.4.1 Pra-ujian (pre-test) 23
2.4.2 Analisis Pra-ujian 24
2.4.3 Tinjauan Borang Soal Selidik 24
2.5 Analisis Data 25
2.6 Penghasilan Dalam Karya Baharu 25
2.7 Pendekatan Perisian dan Rakaman Video 26
2.7.1 Sibelius 8 26
2.7.2 Logic Pro X 26
2.7.3 Rakaman Video 26
BAB TIGA: DAPATAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 273.2 Analisis Pola Tarian 27
3.4 Analisis Sampel Lagu Kontemporari terhadap 30
Struktur, Kod, dan Motif 3.5 Teks Daripada Pra-Ujian Mengikut Populariti 33
3.5.1 Pengenalan 33
3.5.2 Penentuan Lirik Lagu Komposisi 34
3.5.3 Urutan Empat Teks Kitab Mazmur Dalam Komposisi 36
3.6 Rujukan Transkripsi Jenis-Jenis Bunyi Shofar 37
3.7 Analisis Komposisi “Praising” 38
3.7.1 Pengenalan 38
3.7.2 Struktur Komposisi 38
3.7.3 Condensed Score untuk Komposisi “Praising” 40
3.7.4 Huraian Mengenai Komposisi 50
3.7.4.1 Melodi 50
3.7.4.2 Counter Melody 55
3.7.4.3 Melody Filler 58
3.7.4.4 Harmoni 60
3.7.4.5 Ritma (Rhythm) 62
3.7.4.6 Penggunaan Bunyi Shofar Dalam Komposisi 63
BAB EMPAT: PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 644.2 Maklum Balas Expert Panel 65
BAB LIMA: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 88
BIBLIOGRAFI
91
LAMPIRAN A Full Score Komposisi “Praising”
94
LAMPIRAN B Gambar Kajian Lapangan
108
LAMPIRAN C Borang Pra-ujian untuk Pemilihan
110
Pola Tarian dan Hasil Pra-ujian
LAMPIRAN D Borang Pra-ujian untuk Pemilihan
112
Teks Kitab Mazmur dan Hasil Pra-ujian
LAMPIRAN E Maklumat Peribadi Expert Panel
115
LAMPIRAN F Borang Soal Selidik untuk Expert Panel
117
LAMPIRAN G Borang Soal Selidik untuk Responden
123
LAMPIRAN H Panel untuk Pameran
126
Cetusan Inspirasi Projek Tahun Akhir (CIPTA)
LAMPIRAN I Produk Rakaman Video dan
127
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Pola tarian diukur mengikut konsep bar iaitu seksyen 28
Pendek divisi lagu yang mempunyai nilai yang sama
Jadual 2 Kekerapan lagu yang mengiringi tarian sepanjang penglibatan 30 pengkaji sebagai seorang penari tamburin di gereja Desa Ilmu
Jadual 3 Kod progresi dan cadence lagu “Praising” yang 61
menjadi asas kepada pengembangan harmoni komposisi
Jadual 4 Kod progresi sebelum berlaku pertukaran 62
tanda nada (modulation) ke seksyen B
Jadual 5 Kod progresi untuk menyambungkan lagu 62
SENARAI RAJAH
Rajah 1 Reka bentuk kajian 21
Rajah 2 Carta aliran menunjukkan perjalanan pola tarian 25
dalam struktur lagu
Rajah 3 Lirik komposisi “Praising” dalam struktur rondo 36
Rajah 4 Struktur lagu komposisi “Praising” 39
Rajah 5 Lukisan kata secara menaik dan menurun yang 51
SENARAI GAMBAR
Gambar 1 Kod progresi lagu kontemporari di bahagian 31
verse pertama untuk lagu Ku Dib’ri Kuasa Gambar 2 Kod progresi lagu kontemporari di bahagian 31
verse pertama untuk lagu Terpujilah Nama-Mu Tuhan Gambar 3 Kod progresi lagu kontemporari di bahagian 31
verse pertama untuk lagu Dia Raja Gambar 4 Motif lagu kontemporari di bahagian chorus untuk lagu 32
Ku Dib’ri Kuasa Gambar 5 Motif lagu kontemporari di bahagian chorus untuk lagu 32
Terpujilah Nama-Mu Tuhan Gambar 6 Motif lagu kontemporari di bahagian chorus untuk lagu 32
Dia Raja Gambar 7 Transkrip jenis-jenis bunyi shofar (Wulstan, 1973) 37
Gambar 8 Condensed score untuk komposisi “Praising” 49
Gambar 9 Motif lagu sebelum dan selepas lirik dimasukkan di seksyen A 50
Gambar 10 Motif lagu sebelum dan selepas lirik dimasukkan di seksyen B 50
Gambar 11 Motif lagu sebelum dan selepas lirik dimasukkan di seksyen C 50
Gambar 12 Contoh motif dan melodi yang mengaplikasikan word painting 52
Gambar 13 Contoh penggunaan doubling di bahagian alat muzik bertali 52
(string) (bar empat hingga enam) Gambar 14 Contoh penggunaan doubling di kolum a (bar 19 – 20) 53
kolum a (bar 19-20) dan kolum b (bar 22 – 23) Gambar 15 Motif di seksyen A 54
Gambar 16 Motif di seksyen B 54
Gambar 17 Motif di seksyen C 55
Gambar 18 Contoh penggunaan teknik imitation bahagian 55
woodwind dan brass (bar lapan hingga sembilan)
Gambar 19 Contoh penggunaan imitation technique bahagian 56
alat muzik bertali (bar 27 – 29 )
Gambar 20 Contoh counter melody pada bahagian brass 57
di seksyen B (bar 39 – 42)
Gambar 21 Counter melody pada bahagian alat muzik bertali 57
di seksyen C (bar 56 – 60)
Gambar 22 Contoh peranan flute sebagai melody filler pada 58
seksyen A (bar 16 – 18)
Gambar 23 Melody filler pada seksyen A. 59
Gambar 24 Melody filler yang dimainkan oleh flute dan clarinet 59
pada seksyen B (bar 35 – 36)
Gambar 25 Melody filler yang dimainkan oleh flute, clarinet, 60
dan woodwind pada bahagian B (bar 39 – 42)
Gambar 26 Melody filler yang dimainkan oleh glokenspiel 60
pada seksyen C (bar 61 – 62 dan bar 69 – 70)
Gambar 27 Ritma pada alat perkusi masing-masing 62
pada bar 76 – 78, 70 – 72, dan 78
Gambar 28 Contoh penggunaan teknik imitation 63
(bar lapan hingga sembilan)
liturgi di gereja Desa Ilmu pada perayaan Paskah 2017 dan 2018
Gambar 30 Antara penari yang menjalankan pra-ujian pemilihan pola taria 108
Gambar 31 Jemaat gereja Desa Ilmu sedang menjalankan kaji soal selidik 108
Gambar 32 Pembentangan kajian semasa 109
Cetusan Inspirasi Projek Tahun Akhir (CIPTA) Gambar 33 Persembahan komposisi “Praising” semasa perasmian CIPTA 109
Gambar 34 Ezra Alfandy M. Duin 115
Gambar 35 Dr. Rizoh Bosorang 116
Gambar 36 Maklum balas dan berhubung dengan Ezra Alfandy M. Duin 120
melalui sosial media “WhatsApp” dan E-mail Gambar37 Maklum balas dan berhubung dengan Dr. Rizoh Bosorang 122 melalui “WhatsApp”
ABSTRACT
Liturgical dances within the church context are meant for praising God or lifting up praises to God during a church service. It is also known as praise and worship, a form of worship to God. The liturgical dance is practiced within the Protestant denomination. From my experience as a liturgical dancer, most of the dances are taken from the book
Bersorak-soraklah bagi Tuhan by Magrate Yap (1990). The purpose of this research is to create a new
composition that will accompany three dance-patterns: Injil Sepenuh, Perjanjian, and Panji. The bulk of research data collection is from qualitative method that involves primary and secondary data. Meanwhile the quantitative method comes from pre-test which is conducted to specifically choose the dance patterns, and the Psalm’s text to be included as lyrics for the composition. Most of the research material is based on exploration and experiences as a praise and worship dance. Song analysis that accompany the dance are analysed for its chord progression and use as a guideline for harmony and structure. Musical transcriptions are conducted to find suitable chord progression and motive that will apply into the composition. The selected Psalm text became the motive that influenced the original motive such as rhythm and melody that was created by the researcher. “Praising”, the title of my work encompasses praise and worship and the shofar instrument. The exploration of three liturgy dance patterns was conducted in Kota Samarahan church in Sarawak. The outcome of this work is to explore the tempo, melody, harmony, sacred music context, and the application of Psalms text as lyric for my composition. The combination of the elements: dance with shofar (a blowing instrument of an ancient Middle East era), Western orchestra, vocal, and choir was successful.
ABSTRAK
Tarian liturgi ditarikan di gereja semasa jemaat menaikkan lagu. Ia juga dikenali sebagai pujian dan penyembahan kepada Tuhan dalam bentuk persembahan bersama iringan lagu. Biasanya, tarian ditarikan dalam denominasi Protestan. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan komposisi baharu yang mengiringi tiga pola tarian iaitu Injil Sepenuh, Perjanijian, dan Panji. Pengumpulan data kajian diperolehi melalui kaedah kualitatif yang merangkumi data primer dan data sekunder. Manakala kaedah kuantitatif pula, pengkaji menjalankan pra-ujian untuk mengumpul data mengenai pengkhususan pemilihan pola tarian dan teks daripada kitab Mazmur untuk dijadikan lirik komposisi. Kebanyakkan bahan dapatan kajian berdasarkan penemuan pengkaji dan penglibatan sebagai penari. Magrate Yap (1990) dijadikan tujuan bahan rujukan bagi meneliti pola, transkrip, dan maksud tarian. Seterusnya, analisis mengenai kod progresi lagu kontemporari yang mengiringi tarian liturgi dijadikan sebagai panduan dari segi harmoni dan struktur. Pengkaji juga menjalankan transkripsi dan analisis terhadap kod progresi serta motif lagu agar memudahkan pengkaji memilih kesesuaian motif untuk diaplikasi ke dalam komposisi. Pengaplikasian teks daripada kitab Mazmur yang dipilih ke dalam motif komposisi pengkaji mempengaruhi motif asal iaitu ritma (rhythm) dan melodi komposisi yang telah dicipta. Komposisi dipersembahkan bersama penari liturgi sambil menggunakan tamburin dan iringan Tekiah. Penciptaan komposisi “Praising” didasari eksplorasi terhadap tiga pola tarian liturgi di gereja tempat ibadah pengkaji iaitu di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Penerokaan terhadap tempo, melodi, harmoni, konteks kerohanian, dan pengaplikasian teks Kitab Mazmur sebagai lirik komposisi, disesuaikan dengan penggabungan tarian serta diiringi instrumen shofar zaman purba Timur Tengah, bersama orkestra Barat, vokal, dan koir.
BAB SATU PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Kajian ini mengenai tarian penyembahan yang ditarikan dalam kalangan orang Kristian di gereja khususnya denominasi Protestant. Idea kajian ini hasil daripada pengalaman pengkaji iaitu semenjak kanak-kanak yang telah mengamalkan tarian tersebut dalam gereja. Tarian tersebut ditarikan bersama iringan lagu-lagu gereja dalam berbagai
genre. Tarian ini juga ditarikan semasa para jemaat dalam gereja menaikkan lagu yang
dikenali sebagai pujian dan penyembahan kepada Tuhan.
Selama pengkaji mengamalkan pola tarian tersebut, ia tidak mempunyai lagu khas
yang berdasarkan lirik seperti puisi atau teks dari kitab Mazmur. Selain itu, pola tarian tersebut sudah pernah ditarikan dan diiringi bersama shofar namun tidak pernah digabungkan bersama untuk dipersembahkan dalam okestra. Tarian ini ditarikan bersama rebana. Menurut Margrate Yap (1990) “Buku pegangan ini ditulis untuk meneguhkan
bahawa rebana adalah salah satu instrumen yang ditahbiskan Allah, dan juga untuk mulai memakai tarian dalam pujian untuk mematuhi ayat Alkitab, ‘Pujilah Dia dengan rebana dan tarian’ (Mazmur 150:4)”. Hal ini juga menyeru untuk menaikkan puji-pujian kepada
Tuhan melalui pelbagai instrumen.
Semenjak tarian ini ditarikan oleh pengkaji, tarian ini dinamakan tarian tamburin atau tarian rebana. Dalam buku tersebut, Magrate Yap menyatakan nama lain rebana dalam Alkitab ialah tabrets, timbrel, tambour dan toph (Ibrani).
Kepentingan tarian penyembahan ini ialah penyembahan dalam ritual dalam gereja. Tarian tersebut penting kerana dalam Mazmur 149:3 berkata “Pujilah nama-Nya dengan
tarian; pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin”. Selain itu, dalam Mazmur
150:4-5 berkata “Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian! Pujilah Dia dengan kecapi dan
seruling! Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting! Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang!”.
Lagu yang biasanya mengiringi tarian tersebut ialah genre dalam kontemporari Kristian bertempo laju. Ketiga-tiga tarian yang dikaji akan diiringi oleh bunyi shofar (Tekiah). Shofar ialah alat yang digunakan dalam budaya Ibrani purba di Israel. Bunyi tekiah ialah bermaksud ‘blast’ ditiup untuk ritual dan pada hari perayaan Yahudi seperti hari Sabat dan Jubili (Felstiner 1990).
1.2 Skop Kajian
Pola tarian tamburin ialah tarian yang ditarikan bersama instrumen iaitu tamburin.
Alat instrumentasi yang akan digunakan dalam komposisi ialah tamburin, shofar (tekiah), orkestra, vokal, dan koir.Buku yang ditulis oleh Magrate Yap (1990) mempunyai 22 jenis pola tarian. Oleh itu, pengkaji hanya menumpukan tiga pola tarian iaitu Injil sepenuh, Pengharapan, dan Panji. Pemilihan Pola tarian tersebut berdasarkan pra-ujian (pre-test) dalam kalangan penari. Menurut Magrate Yap, tarian tamburin mempunyai nilai rohani. Beliau berkata bahawa
“Tuhan mempunyai maksud tertentu untuk menggabungkan rebana dan tarian kerana kedua-duanya memberikan pujian bagi-Nya”. Hal ini menjelaskan bahawa tarian tamburin
ini bertujuan untuk memuji dan menyembah kepada Tuhan. Selain itu, dinyatakan juga bahawa seseorang akan merasa diangkat dan merasakan hadirat Tuhan dalam dimensi yang berbeza apabila melihat rebana dipakai dalam penyembahan.
Untuk pemilihan teks ke dalam komposisi iaitu pemilihan lirik untuk dinyanyikan oleh vokal dan koir akan diambil daripada kitab Mazmur yang berkaitan dengan kata-kata pujian kepada Tuhan, tarian, dan instrumentasi. Teks yang dipilih akan melalui pra-ujian (pre-test) dalam kalangan penari dan jemaat yang beribadah di gereja tempat kajian.
Skop yang seterusnya ialah pemilihan bunyi shofar. Pengkaji hanya memilih bunyi Tekiah daripada empat jenis bunyi shofar untuk mengetahui sekiranya jenis bunyi tersebut sesuai untuk mengiringi pola tarian yang akan dikaji. Setelah itu, tarian rebana bersama iringan tiupan shofar dipersembahkan bersama UNIMAS Symphony Orchestra and Choir
Society.
Seterusnya ialah, pengkaji memilih denominasi Protestant khususnya gereja Sidang Injil Borneo (SIB) kerana pengkaji telah mengamalkan tarian tersebut semenjak kecil di gereja tersebut dan gereja tersebut aktif mengamalkan tarian rebana dalam gereja. Oleh itu, gereja yang dipilih ialah gereja tempat ibadah pengkaji di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak. Pemilihan penari ialah dalam kalangan penari dari denominasi gereja Sidang Injil
Borneo di Desa Ilmu. Hal ini untuk memudahkan pengkaji untuk untuk menjalankan kajian.
1.3 Permasalahan Kajian
Penggabungan tarian dan shofar bersama orkestra, koir, dan vokal menjadi sebuah komposisi baru belum pernah dilakukan. Maka penghasilan karya ini adalah suatu cabaran kerana analisis tarian dan muzik memerlukan pandangan berbeza dari segi elemen tekstual dan kontekstual (Felfodi 2001).
Lagu yang selalu mengiringi tarian tamburin adalah bercirikan tempo yang laju. Sebagai contoh, In Jesus Name oleh Hillsong dan Ku Dib’ri Kuasa oleh True Worshipper. Pada kebiasaannya, penari memegang tamburin semasa tempo laju. Perspektif pengkaji
sebagai seorang penari, lagu kontemporari dalam tempo yang cepat dapat menimbulkan semangat, dan perasaan kesukaan. Maka, pengkaji ingin mengkaji tarian dalam tempo yang perlahan seperti 60bpm sambil penari memegang tamburin.
Komposisi yang dihasilkan ialah suci (sacred). Bahagian vokal dan koir memainkan peranan untuk menyanyi teks yang dipilih (sacred choral). Menurut Karen Shiel (2006), “…the use and importance of dance comes from more critical study of the text. For example,
in the Psalms the wording indicates that most dancing was done as a communal act.” Hal
ini menyatakan bahawa tarian yang diamalkan sangat berkaitrapat dengan teks lagu contohnya teks berdasarkan kitab Mazmur.
Berdasarkan pengalaman pengkaji sebagai penari, tarian liturgi tidak mempunyai lagu khas yang berdasarkan lirik daripada kitab Mazmur. Teks dalam kitab Mazmur sudah pernah diambil untuk menjadi lirik dalam lagu kontemporari Kristian. Namun pola tarian, koir, dan vokal yang berlirikan Mazmur dalam tempo perlahan tidak pernah diaplikasikan.
Selain itu, tarian rebana belum pernah bergabung dengan tiupan shofar yang dipersembahkan bersama orkestra. Instrumentasi yang selalunya digunakan ialah muzik
band yang terdiri daripada elektrik gitar, elektrik bass, gitar klasikal, keyboard dan drum
set. Oleh itu, pengkaji menggabungkan tarian dengan pelbagai instrumen dalam orkestra dan penggabungan shofar. Dalam kitab Mazmur 150:3 terjemahan bahasa Malaysia mengatakan, “Pujilah Dia dengan trompet! Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi”. Shofar juga dikenali sebagai trompet dalam zaman purba Yahudi (David Wulstan, 1973). Hal ini menyatakan bahawa pujian kepada Tuhan ialah termasuklah tari-tarian dan instrumen muzik.
Menurut Luz Iglesias (2006), tarian dapat mengungkapkan bahawa manusia merupakan ciptaan Tuhan melalui kreativiti. Selain itu, tarian juga merupakan komunikasi
dengan pencipta. Beliau juga mengatakan bahawa “…as a dancer attempts to compose
movement that is meaningful, ordered, beautiful, or expressive, he or she mimics God’s creative impulse.” Oleh itu, hal ini menggambarkan bahawa pola tarian beserta iringan lagu
perlu penghayatan, kerohanian, emosi, dan meditasi yang berkaitan dengan penyembahan.
Tekstual Kontekstual
• Komposisi yang dihasilkan ialah suci (sacred). Lalu, bahagian vokal dan koir akan memainkan peranan untuk menyanyi teks yang dipilih.
• Penggabungan tarian tamburin diiringi lagu yang berlirikkan Mazmur dalam tempo perlahan belum pernah diaplikasikan.
• Lagu yang selalu mengiringi tarian ialah lagu bertempo laju. Namun, tarian belum pernah ditarikan di gereja Desa Ilmu dalam tempo 60 bpm. sambil penari memegang tamburin.
• Tidak pernah ada interaksi antara Tekiah, orkestra, vokal, koir, dan doktrin yang berkaitrapat dengan pergerakan tarian yang melibatkan tempo, ritma, struktur, dan tekstur.
• Perspektif pada tempo cepat ialah semangat dan kesukaan. Namun tidak ada perspektif di sudut lain daripada jemaat dan penari mengenai tarian sambil menggunakan tamburin semasa tempo perlahan.