• Tidak ada hasil yang ditemukan

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

BUTIRAN JAWATAN

Jawatan : Penyelia (1 Kekosongan) Kadar Upah : RM2,000.00 sebulan Tempoh Perkhidmatan : 1 Tahun (maksimum)

Penempatan : Akademi Al-Quran Negeri Johor

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : (a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan

memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau;

(c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengajian Islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(2)

SENARAI TUGAS

1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau mengenai pentadbiran dan pengurusan dari segi perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan laporan mengenai program dan aktiviti Akademi Al-Quran Negeri Johor.

2. Mengurus dan menyelia Akademi Al-Quran Negeri Johor dari segi program tarannum, program tasmi’ dan tahfiz Al-Quran, program mengaji secara talaqqi dan musyafahah serta program tafaqquh.

3. Mengurus dan menyelia guru serta tenaga pengajar dari segi tuntutan dan elaun bertugas.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini berserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui email kepada muhyiddin.jaleni@johor.gov.my atau ariza@johor.gov.my sebelum atau pada 09 Mac 2022.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Muhyiddin Bin Jaleni (07-207 6311) / Puan Ariza Binti Safeie (07–207 6319)

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan, maka permohonan dianggap tidak berjaya.

(3)

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

BUTIRAN JAWATAN

Jawatan : Penyelaras (2 Kekosongan) Kadar Upah : RM1,800.00 sebulan Tempoh Perkhidmatan : 1 Tahun (maksimum)

Penempatan : Akademi Al-Quran Negeri Johor

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : (a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab, atau;

(c) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau;

(d) Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(4)

SENARAI TUGAS

1. Memantau tenaga pengajar tarannum/ tafaqquh/ pengajian tahfiz/ talaqqi dan musyafahah mengikut tahap dan dapat melaksanakan proses pengajaran dalam pembelajaran dengan sempurna.

2. Menetapkan modul atau sukatan pelajaran, masa, hari dan tempat kelas.

3. Memastikan setiap pelajar mendapat sijil pengiktirafan setelah tamat mengikuti kelas tarannum dan tafaqquh.

4. Memantau perjalanan kelas tarannum dan tafaqquh.

5. Memastikan rekod hal ehwal pelajar dicatat dalam Buku Rekod Khas dan memantau setiap tenaga pengajar.

6. Membuat laporan berkala setiap 3 bulan sekali kepada penyelia AQNJ mengenai hal ehwal perjalanan kelas dan hal ehwal pelajar kelas tarannum dan tafaqquh.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini berserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui email kepada muhyiddin.jaleni@johor.gov.my atau ariza@johor.gov.my sebelum atau pada 09 Mac 2022.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Muhyiddin Bin Jaleni (07-207 6311) / Puan Ariza Binti Safeie (07–207 6319)

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan, maka permohonan dianggap tidak berjaya.

(5)

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022

Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan berikut:

BUTIRAN JAWATAN

Jawatan : Pembimbing (6 Kekosongan)

Kadar Upah : RM1,600.00 sebulan Tempoh Perkhidmatan : 1 Tahun (maksimum)

Penempatan : Akademi Al-Quran Negeri Johor

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan

memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Berdisiplin dan berkemahiran dalam bacaan Al-Quran.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(6)

SENARAI TUGAS

1. Mengajar peserta tilawah Al-Quran dalam bidang tarannum dan seni suara.

2. Mengajar peserta tilawah Al-Quran dalam bidang tajwid dan fasohah.

3. Menghadiri mesyuarat, bengkel, forum, ceramah, kursus, seminar dan kelas perguruan Al-Quran yang diadakan pada peringkat pengurusan.

4. Mengajar peserta hafazan dalam bidang ilmu tarannum dan seni suara.

5. Membimbing peserta dalam mengukuhkan hafazan dan tasmi’ hafazan.

6. Sentiasa menyelenggara dan merekod kelas Pengajian Al-Quran yang dibuka seperti bilangan, kategori, pelajar, jumlah kelas di dalam buku rekod pelajar kelas pengajian Al-Quran.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini berserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui email kepada muhyiddin.jaleni@johor.gov.my atau ariza@johor.gov.my sebelum atau pada 09 Mac 2022.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Muhyiddin Bin Jaleni (07-207 6311) / Puan Ariza Binti Safeie (07–207 6319)

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan, maka permohonan dianggap tidak berjaya.

(7)

JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2022

BUTIRAN JAWATAN

Jawatan : Kerani (1 Kekosongan)

Kadar Upah : RM1,600.00 sebulan Tempoh Perkhidmatan : 1 Tahun (maksimum)

Penempatan : Akademi Al-Quran Negeri Johor

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan

memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint) d) Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(8)

SENARAI TUGAS

1. Membantu penyelia melaksanakan tugas pentadbiran dan kewangan di Akademi Al- Quran Negeri Johor.

2. Mengurus perihal surat menyurat, fail, dokumen dan lain-lain.

3. Membantu penyelaras dalam menyedia dan mengemaskini laporan-laporan mengenai pusat pengajian AQNJ.

4. Membantu penyelia menguruskan jemputan peserta qari dan qariah untuk hadir ke pusat AQNJ sebagai peserta program yang ditetapkan.

5. Membantu penyelia menyediakan belanjawan tahunan, menguruskan tuntutan elaun tenaga pengajar dan apa-apa jua arahan dari masa ke semasa.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume terkini berserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan salinan sijil akademik melalui email kepada muhyiddin.jaleni@johor.gov.my atau ariza@johor.gov.my sebelum atau pada 09 Mac 2022.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Muhyiddin Bin Jaleni (07-207 6311) / Puan Ariza Binti Safeie (07–207 6319)

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang pemakluman selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan, maka permohonan dianggap tidak berjaya.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah ditemukan masalahnya dicari akar penyebabnya (root cause) yang telah teridentifikasi melalui populasi kejadian yang dapat digunakan untuk target

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau

a) Bantal dan Sarung Bantal, Kain Cadar dan Kain selimut (warna bebas). b) Sepasang Baju Melayu berwarna HITAM dan Songkok HITAM (lengkap dan bersamping) bagi

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional

Pada formpengahasila, merupakan tampilan dari data gaji pegawai yang di mana terdapat dua menu yaitu info gaji dan riwayat gaji, pada info gaji merupakan informasi gaji

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional