@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM5
Modul 510B-2
Pemahaman. Novel. Rumusan
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir
(3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Program Bahasa
Melayu
Edubest
Pemahaman
1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.
b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.
c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Latihan:
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
BAHAN 1
Boling padang merupakan sukan yang digemari di negara-negara Komanwel.
Permainan ini memerlukan beberapa biji bola besi asimetri yang dipanggil bowl, bola kayu kecil berwarna putih atau kuning yang dinamakan jack, pita pengukur, dan tikar.
Gelanggang boling padang dikenali sebagai green. Terdapat tiga jenis gelanggang, iaitu gelanggang yang ditanam dengan rumput asli, diliputi rumput tiruan, dan dihampari karpet. Gelanggang rumput asli dan rumput tiruan berada di kawasan luar, manakala gelanggang berkarpet berada di dalam dewan. Gelanggang luar dikelilingi parit yang mengandungi pasir halus dan tebingnya diperbuat daripada kayu atau konkrit serta dilapik dengan karpet atau getah supaya tidak memberikan lantunan yang kuat.
Boling padang dipertandingkan dalam empat kategori, iaitu perseorangan, berpasangan, bertiga dan berempat untuk lelaki dan wanita. Bagi acara perseorangan dan berpasangan, pemain akan menggunakan empat biji bowl. Masing-masmg tiga biji dan dua biji bowl bagi acara bertiga dan berempat.
Permainan ini memerlukan strategi dan fokus yang tinggi kerana bola akan bergerak serong. Melalui boling padang, kecergasan badan dapat ditingkatkan kerana setiap leretan memerlukan banyak pergerakan fizikal, Sukan Komanwel merupakan pentas gemilang bagi acara ini kerana boling padang tidak dipertandingkan pada peringkat SukanOlimpik.
Bahan 2
Permainan petanque berasal dari negara Perancis pada tahun1910. Permainan ini diperkenalkan di Malaysia oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Hamid melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada tahun 1992. Bagi menggalakkan perkembangan sukan ini, di peringkat sekolah, maka pihak ANGKASA sendiri menganjurkan bengkel-bengkel teknik permainan petanque ke sekolah-sekolah di samping menganjurkan sukan tahunan petanque sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah Perinqkat Negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan.
Sehingga kini semua negeri di seluruh Malaysia telah mempunyai persatuan petanque masing-masing malah Malaysia telah mempunyai Persekutuan Petanque Malaysia yang aktif menganjurkan pertandmgan petanque sepanjang tahun bagi mencari bakat pemain yang akan menaikkan nama sukan permainan ini di peringkat Asia dan juga di peringkat dunia.
Petanque dipertandingkan dalam tiga format, iaitu perseorangan, berpasangan, dan bertiga. Bagi aeara perseorangan dan berpasangan, pernainakan menggunakan tiga biji boule. Bagi acara bertiga pula, pemain akan menggunakan dua biji boule. Permainan ini memerlukan beberapa biji bola besi (boule), sebiji bola kayu (jack), pita pengukur, dan tuala kecil. Petanque boleh dimainkan di gelanggang terbuka atau bertanda.
Gelanggang terbuka merupakan kawasan lapang sarna ada bertanah, berpasir atau berlumpur. Gelanggang bertanda pula ialah kawasan permainan yang dibina khas untuk permainan ini.
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mencari bakat? [2 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan cara bermain permainan boling padang dan petanque. [ 3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Bermain permainan petanque mempunyai banyak kebaikan kepada remaja. Pada pendapat anda, apakah kebaikan-kebaikan tersebut? [ 3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iv) Sekolah anda akan mengadakan pertandingan permainan tradisional. Kumpulan anda telah ditugaskan oleh guru anda untuk memilih satu permainan tradisional yang akan dimainkan dalam pertandingan permainan tradisional tersebut. Namun, tugasan tersebut tidak dapat diselesaikan kerana masalah peralatan. Sekiranya kumpulan anda diberikan lebih masa, anda dan ahli kumpulan bercadang untuk membuat sendiri permainan tradisional tersebut. Nyatakan cara-cara membuat permainan tradisional yang kumpulan anda pilih tersebut. [4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa
Melayu
Edubest
2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)
a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.
b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.
c. Empat soalan pemahaman disediakan.
d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
Cerpen Gerhana Manusia
Sinopsis
Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian nilai kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada jamuan tahunan kelab elit
mereka.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang koma dan semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu Doktor Murni berkaitan dengan bank darah yang sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia agar menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu menderma darahnya kepada Tuan Besar Musa.
Dalam keadaan dirinya yang sedang koma dan tenat itu, Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan kerana dia hanya hidup bergantung pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan menjenguknya.
Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahan Profesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap suatu pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut sahaja arahan itu.
Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit yang sedang koma serta menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovari. AI-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis rnalang yang koma dan tenat akibat didera, dan mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan bahawa selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor Doktor Juaidi, maka selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan di situ.
Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai ratusan ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya. Nusia memberitahu bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darah disebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan Tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak mahu memberikan darah tulen kepada Solehah.
Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia mengenai status perempuan yang sedang koma itu jika dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya, Nusia akur dengan arahan Profesor Doktor Juaidi dan mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darah.
Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah di dalam bank darah di hospital itu adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang koma serta memang tidak boleh diselamatkan. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah sahaja diperlukan untuk menghidupkan bayi buangan yang sedang koma.
Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih kembali. Juruteknik makmal darah itu menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalina, dopamin, serta atropine yang masih merangsang denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko atas
tindakannya itu.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan alHafiz yang boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil, Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam tubuh Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.
Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopa min dan atropina. Namun demikian, Tuan Besar Musa yang sedang tenat dan koma itu gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan kerana kematiannya menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu.
Doktor Murni datang dan memberikan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit.
Keadaan itu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor Murni itu. Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk disalurkan kepada semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.
Tema
Cerpen"Gerhana Manusia" bertemakan kepentingan ganjaran material membatasi nilai kemanusiaan dalam proses rawatan kepada pesakit.
Profesor Doktor Juaidi amat mementingkan ganjaran material dalam melaksanakan tanggungjawabnya hingga mengabaikan nilai kemanusiaan terhadap pesakit-pesakit di hospitalnya.
Persoalan
1. Perasaan kasih sayang sesama manusia. Contohnya, sebagai jururawat, Nusia amat prihatin dan sayang akan pesakit-pesakitnya seperti Solehah.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
2. Pengabaian nilai kemanusiaan akibat ganjaran material. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang dana kelab elit hospitalnya sebanyak RM100 ribu.
3. Ketabahan pesakit melawan penyakit yang dihadapi. Contohnya, mahasiswa yang sedang menghidap penyakit leukemia dan Solehah yang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari tabah melawan penyakit mereka itu.
4. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.
5. Tanggungjawab dan amanah dalam me1aksanakan tugas. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan yang baik terhadap pesakit- pesakitnya termasuklah Tuan Besar Musa dan Solehah.
6. Rasional dalam membuat tindakan. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu kerana yakin bahawa ada hospital lain yang akan mendapatkan khidmatnya.
7. Percaya kepada qada dan qadar. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi berusaha menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa daripada meninggal dunia tetapi perancangan Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
Watak & Perwatakan
1. Watak utama-Nusia.
2. Watak-watak sampingan - Doktor Murni, Profesor Doktor Juaidi, Tuan Besar Musa, juruteknik makmal darah, Solehah, al-Hafiz, seorang bayi buangan, seorang gadis yang tenat akibat didera, dan seorang mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia.
Nusia
1. Nusia ialah seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah
hospital.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
2. Dia merupakan seorang yang akur akan perintah ketua. Contohnya, dia menurut arahan Profesor Doktor Juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
3. Nusia seorang yang penyayang, iaitu dia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Nusia seorang yang bertanggungjawab, iaitu dia berusaha untuk memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya, Tuan Besar Musa dengan penuh tanggungjawab.
5. Dia seorang yang sangat bersimpati. Contohnya, dia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
6. Dia seorang yang berhati mulia. Contohnya, dia dan Doktor Murni bersarna-sama ke bank darah untuk menderma darah untuk kegunaan pesakit di hospital itu.
7. Nusia merupakan seorang yang pandai memujuk. Contohnya, dia berjaya memujuk juruteknik makmal darah di hospital itu agar menyerahkan lima pek darah tulen sejuk kepadanya untuk kegunaan pesakit lain yang sedang koma.
Latar
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap pesakit. Contohnya, Nusia berusaha memberikan khidmat rawatan terhadap pesakit-pesakitnya termasuklah Tuan Besar Musa, Solehah, dan pesakit-pesakit lain yang sedang koma.
2. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan pesakit. Contohnya, Profesor Doktor juaidi hanya merawat dan memberikan perhatian terhadap Tuan Besar Musa dan mengabaikan pesakit-pesakit lain yang sedang koma.
3. Masyarakat yang hanya mementingkan ganjaran material semata-mata. Contohnya, Profesor Doktor juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dan dia berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa meninggal dunia kerana kelab elit hospitalnya akan kehilangan tajaan dana berjumlah RM100 ribu.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
4. Masyarakat yang akur akan perintah ketua. Contohnya, Nusia menurut arahan Profesor Doktor juaidi supaya memberikan sebotol gelafundin kepada Solehah untuk menggantikan darah tulen.
5. Masyarakat yang bertugas di hospital. Contohnya, Profesor Doktor juaidi dan Doktor Murni sebagai pegawai perubatan manakala Nusia bertugas sebagai jururawat,
6. Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Nusia dan Doktor Murni amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakitpesakitnya.
7. Masyarakat yang berhati mulia dan murah hati. Contohnya, Nusia dan Doktor Murni bersama-sama ke bank darah untuk menderma darah bagi kegunaan pesakit di hospital itu.
8. Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, Profesor Doktor juaidi meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk tabung darah di hospitalnya yang kehabisan stok.
Nilai
1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya,
2. Nilai belas kasihan. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila rnelihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah, iaitu dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut daripada hospital lain dengan segera.
5. Nilai sayang akan nyawa. Contohnya, Nusia mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelarnatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma.
6. Nilai baik hati. Contohnya, Doktor Murni bersedia untuk menderrnakan darahnya bagi menampung bekalan darah yang kehabisan di bank darah, hospital.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
7. Nilai murah hati. Contohnya, Tuan Besar Musa merupakan seorang dermawan yang prihatin terhadap kebajikan kakitangan hospital Profesor Doktor juaidi,
8. Nilai keberanian. Contohnya, Nusia berani menanggung risiko berhubung dengan tindakannya yang rnendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya.
9. Nilai rasional. Contohnya, Nusia rnendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya untuk tujuan rnenyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma.
10. Nilai keyakinan. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana dia yakin ada hospital lain yang akan mengambilnya sebagai doktor perubatan.
Pengajaran
1. Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.
2. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.
3. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi. Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.
4. Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Contohnya, Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni menghubungi hospital lain untuk mendapatkan bekalan darah bagi rnengisi tabung darah di hospital mereka yang kehabisan.
5. Kita hendaklah bersedia menderma darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit/insan yang memerlukannya. Contohnya, Doktor Murni dan Nusia bermurah hati untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah yang tidak mencukupi di bank darah
hospital.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
6. Kita mestilah berani bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menghindari perbuatan yang rnungkar, Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Profesor Doktor Juaidi disebabkan nilai kemanusiaan yang diabaikan di hospital tersebut.
Latihan
Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Perengus itu tidak malang. Bertahun-tahun keladak minuman keras bergelodak di dalam perutnya. Dialah yang menjemput virus-virus esofagus itu merebak ke seluruh tubuhnya. Darah hanyir busuk hitam memancut keluar dari rongga hidung.
Alat sokongan hayat mengepam, menggelembungkan alveolus paru-paru. Mata terpejam rapat. Tubuh tua lelaki pemuja nafsu itu berkulit hitam berkedut seribu. Najis lendir berdarah - teramat busuk bertakung di punggung.
"Bank darah sudah kering."
"Dia Tuan Besar. Hebahkan ke media. Mustahil kalau tiada orang yang mahu menderma darah."
"Perlukah berbuat begitu, Doktor Murni?" Hujung getah sedutan kucecahkan ke hujung bibir pesakit yang koma itu. Lendir liur berdarah busuk amat, berpintal-pintal masuk ke dalam botol tadahan kumuh – sudah dibuang untuk kali ketiga dalam sehari.
Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih. Biar Tuan Besar Musa itu mati; lebih bermanfaat kepada yang hidup. "Dia sudah tidak boleh diselamatkan. Dia di ambang sakaratulmaut. Syahadah, Yasin lebih diperlukan. Kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?"
(Dipetik daripada cerpen "Gerhana Manusia" oleh Aminah Mokhtar dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
(i) Apakah maksud rangkai kata “terpejam rapat” ? [2 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(ii) Apakah perbezaan antara sifat Profesor Doktor Juadi dengan Nusia?
[3 markah]
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika sector perubatan bersifat materialistik
? [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk membendung pengambilan minuman keras dalam kalangan remaja? Berikan empat cadangan tersebut? [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
3.Pemahaman Novel (2 soalan; 10 %) Praktis 1 : Tirani
Soalan 1 :
Malam itu, Zahid tidak dapat tidur dengan lena. Benaknya asyik menerawang kelubung ilusi gadis misteri yang bersepuh wajah bekas isterinya, Waheeda Nurlyana.
Terumpil segala kenangan lama dan segala nostalgia ketika bersama-sama-sama bekas isterinya. Kedinginan malam dan syahdu yang mencengkam rasa membuatkan dia semakin berawan hati. 'Kenapalah malam ini terasa amat panjang daripada biasa,' nalurinya berbisik. Dalam resah gelisah mengulit kantuknya, dia bangkit semula untuk bersolat hajat, meminta agar Allah memberinya satu ketentuan yang amat diperlukannya.
Zahid terus bermunajat dan berdoa agar dikembalikan apa yang hak baginya. Dia sudah cukup derita menanggung ujian Allah selama ini. Pada waktu malam yang hening itu, sujudnya tertumpah pada sejadah. Selepas solat, timbul semula lonjakan dan impian untuk mendampingi gadis itu dengan lebih dekat lagi esok. Sukma Zahid penuh mengharap.
Dipetik daripada Novel Tirani Karya Beb Sabariah Kementerian Pendidikan Malaysia
Mengapakah Zahid tidak dapat lena daripada tidur pada malam itu? [4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Soalan 2 :
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a, Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip b. Tirani, karya Beb Sabariah
c. Silir Daksina, karya Nizar Parman
d. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Pendidikan menjadi agenda penting di sesebuah negara. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, watak utama telah menerima pendidikan yang sewajarnya. Jelaskan kepentingan pendidikan tersebut kepada watak. [6 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Praktis 2 : Silir Daksina
Soalan1 :
"See Hwa? Ong See Hwa?"
Tauke Ong berpaling ke arahnya. "Kamu Kenal?"
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
"Saya tidak kenal tetapi dia yang menghantar manuskrip ini kepada saya."
"Manuskrip itu? Sebab manuskrip itu kamu datang ke sini?" tanya Tauke Ong kehairanan.
Haiqal diam. Dia tunduk. Bagaimana harus dijawabnya pertanyaan Tauke Ongitu?
Baginya manuskrip itu sebenarnya hanyalah pemangkin kedatangannya ke sini.
Sebenarnya, ada alasan lain yang mendesak dia ke sini.
"Manuskrip itu arwah berikan kepada See Hwa dua hari sebelum dia meninggal dunia. Dia mahu See Hwa menyerahkan manuskrip itu kepada kamu setelah kamu dewasa kelak. See Hwa terlalu sayang akan manuskrip itu, Haiqal. Namun, dia mesti menyerahkannya kepada yang hak," jelas Tauke Ong.
Dipetik daripada Novel Silir Daksina, Karya NizarParman Kementerian Pendidikan Malaysia
Apakah tugas yang telah diamanahkan oleh arwah ayah Haiqal kepada See Hwa?
[4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
4. Rumusan (30%)
a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.
b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markah, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:
c.
Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ ---
Isi : 20 markah
Bahasa : 10 markah
---
Jumlah : 30 markah
d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.
e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.
f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.
g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,
h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:
(i) Punca-punca seseorang itu muflis
(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.
i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.
Program Bahasa
Melayu
Edubest
Latihan :
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.
Bahan 1 :
Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun. Autisme ialah sejenis penyakit gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang kanak-kanak yang mengganggu perkembangan otak dalam jangka masa panjang yang memberikan kesan dalam pemikirannya. Kadar autisme dalam kalangan kanak-kanak adalah satu atau dua orang dalam 1000 dan empat kali ganda lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki.
Ciri-ciri anak yang autisme boleh dilihat seawal usia enam bulan apabila bayi tersebut tidak mengukir senyuman dan tidak menunjukkan ekspresi gembira. Tanda lain autisme yang boleh dikenal pasti termasuklah perkembangan pertuturan yang lambat.
Jika didapati anak telah berusia empat tahun tetapi tidak langsung boleh bertutur, segeralah bertemu doktor. Selain itu, anak istimewa ini juga cepat marah dengan perubahan kecil dalam rutin atau persekitarannya. Penghidap autisme tidak menghiraukan keadaan sekeliling malah tidak merasai kewujudan orang lain. Sebagai contoh, anak tersebut boleh duduk sendirian di suatu sudut dan kelihatan bahagia dengan kehidupannya sendiri. Sesetengah daripada mereka boleh mengamuk dan tidak boleh mengawal tekanan apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi. Sesetengah daripada mereka mempunyai tindak balas luar biasa atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, cahaya, warna dan rasa. Misalnya mereka menjadi takut apabila mendengar bunyi yang kuat seperti mercun dan guruh.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Memiliki anak autisme merupakan tanggungjawab yang besar dan anugerah Tuhan yang tidak wajar dikesali. Pelbagai pihak telah tampil untuk membantu kanak- kanak autisme. Misalnya, kerajaan persekutuan, melalui Program PERMATA telah menubuhkan PERMATA Kurnia iaitu sebuah program yang menyediakan khidmat bantuan profesional dan rawatan bagi kanak-kanak autistik dan keluarga mereka.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah berkolaborasi dengan Program PERMATA melalui jabatan-jabatannya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Keluarga anak-anak autistik yang berdaftar dengan JKM juga menerima bantuan kewangan dan bantuan lain yang relevan. Pada peringkat negeri pula, Selangor dalam pengumuman belanjawan 2016 telah melancarkan program DIDIK Smart Selangor. Program ini dijangka menjadi pusat serenti bagi rawatan autisme, khusus untuk kanak-kanak autistik daripada keluarga berpendapatan rendah .
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Bahan 2 :
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my