• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM4. Modul 401B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Tahap SM4. Modul 401B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 401B-1

Sistem & Aplikasi Bahasa

Nama : _____________________________

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

A. Morfologi Kata adverba

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata adverba jati dan dua kata adverba yang asalnya kata kerja. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan

bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Pada petang tadi, kami berkunjung ke dusun Datuk Fauzi. Kami memang kerap ke sana dan kadang-kadang tinggal berhari-hari di pondok kecilnya. Dusun Datuk Fauzi penuh dengan pokok buah-buahan. Sangat indah pemandangan di dusun itu. Di sebelah utara, sebatang sungai mengalir lesu. Di sebelah selatan pula, pokok angsana tinggi mengawan. Datuk Fauzi tidak pernah menyendiri di kebunnya. Selain kami, murid-murid dari sekolah tahfiz Kampung Paya selalu diundang untuk menikmati buah-buahan di kebunnya. Apabila kami diundang, cepat-cepat kami menerimanya dan segera ke sana. Anak lelaki beliau selalu menemani kami.

Kata adverba jati :

Kata adverba asalnya kata kerja :

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

iii. _________________________________________________________________

iv. _________________________________________________________________

[8 markah]

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

B. Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tulis pola ayat sama ada Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

(1) Banyak pihak yang tidak menyedari potensi industri desa untuk maju. (2) Industri ini ialah industri yang mampu meningkatkan ekonomi negara. Industri desa ini dapat dimajukan jika setiap pihak memainkan peranan untuk mengusahakannya. (3) Untuk memajukan industri desa, pihak kerajaan seharusnya memberikan sokongan dari segi bantuan kewangan. (4) Industri desa sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk dari luar bandar.

Oleh itu, (5) pihak yang bertanggungjawab harus ke kawasan luar bandar untuk memberikan penerangan kepada penduduk. (6) Penduduk dari kawasan luar bandar pula seharusnya mengiktiraf industri desa sebagai industri yang mampu memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

i. _______________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

iii. _________________________________________________________________

iv. _________________________________________________________________

v. _________________________________________________________________

vi. _________________________________________________________________

[6 markah]

C. Penyuntingan Bahasa

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi

setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

Petikan 1

Era globalisasi meletakkan Malaysia dengan berbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah negara membangun, rakyat Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan negara bertaraf dunia. Kanak-kanak pra-sekolah sering berdepan dengan masalah untuk menguasai kemahiran membaca pada peringkat awal. Kanak-kanak di pendalaman juga, khususnya Orang Asli mengalami masalah yang sama dalam menguasai kemahiran literasi awal. Berdasarkan perangkaan yang dimuatkan dalam Utusan Malaysia, Mei 2007, terdapat kurang lebih 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah menghabiskan persekolahan pada peringkat sekolah menengah.

No. Kesalahan Pembetulan

1 2 3 4 5 6

Petikan 2

Emma : Selamat pagi, cikgu. Maafkan saya sebab kerja rumah saya belum siap.

Cikgu Samad : Mengapa ?

Emma : Semalam emak saya tak sihat, saya terpaksa menjaga adik-adik saya dan juga memasak.

Cikgu Samad : Kamu bercakap benar ataupun sekadar bohong?

Emma : Benar, cikgu, saya tidak bohong! Cikgu boleh menelefon emak saya kalau cikgu tidak percaya kepada percakapan saya.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

Cikgu Samad : Baiklah, cikgu percaya. Kerja rumah itu mesti dihantarkan oleh kamu kepada cikgu esok.

Emma : Baik, cikgu. Terima kasih saya ucapkan kerana mempercayakan saya.

No. Kesalahan Pembetulan

1 2 3 4 5

[11 markah]

D. Alih Bahasa Nota :

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit

ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang

iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.

v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.

vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata umum.

viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.

Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud

secara keseluruhan.

b. Kenai pasti watak dan peranannya.

c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.

d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap, mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.

e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda dan lain-lain juga dikekalkan.

f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks bahasa standard.

h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi terpesong.

i. Keseluruhan leks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan mana-mana ayat atau bahagian teks.

j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan tidak mengubah maksud asal kata tersebut.

k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga menghasilkan alih bahasa yang tepat.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu, Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratinya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, "Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, "Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi."

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(6 markah)

E. Peribahasa

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam dialog ini.

Pak Long : Eh, selama ini tidak pernah pun kamu datang menolong Pak Long mengerjakan kebun!

Haikal : Sekali-sekala, Pak Long. Lagipun, hari ini saya ambil cuti. Biarlah saya tolong Pak Long tebas semak samun ni. Hari ini saya tolong Pak Long, esok-esok Pak Long pula tolong saya.

Pak Long : Suka hati kamulah, Haikal.

Haikal : Pak Long, emm . . . boleh saya minta tolong daripada Pak Long?

Pak Long : Apa masalahnya, Haikal? Cakaplah.

Haikal : Pak Long, tolong kenalkan saya dengan anak gadis Tok Mat, boleh?

Saya berkenan betul dengan sikapnya yang lemah lembut.

Program Bahasa

Melayu

Edubest

(9)

Pak Long : Oh, patutlah kamu sanggup tolong Pak Long! Rupa-rupanya ada hajat.

Baiklah, nanti Pak Long usahakan.

Haikal : Terima kasih, Pak Long. Isy, rupa-rupanya susah juga menggunakan sabit ni! Melecet tapak tangan saya dibuatnya, Pak Long.

Pak Long : Kamu tidak biasa membuat kerja-kerja yang berat begini. Tapi, kalau dibuat selalu, akhirnya kamu akan berasa senang untuk

menggunakannya. Jadi, rajin-rajinlah tolong Pak Long. Setuju?

[6 markah]

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(10)
(11)
(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Atskirų sektorių motyvacija dalyvauti socialinių paslaugų teikimo rinkoje yra skirtinga: valdžios sektoriaus įsipareigojimas organizuoti, teikti ir finansuoti socialines

GATOT SUBROTO II NO. AHMAD YANI NO. RAYA AIR KENANGA, KEC. JOMBANG MASJID NO. JL KH SOHARI NO. HONORIS RAYA KAV.. HOS COKROAMINOTO PERUMAHAN PONDOK LESTARI BLOK C1 NO. RAYA SERANG

Kondisi ini dapat menyebabkan tingkat mortalitas meningkat hingga di kisaran 5-10% dari total Day Old Chicken (DOC) yang dibesarkan dalam kandang. Sedangkan

Penelitian ini bertujuan untuk Mengidentifikasi jenis fungi mikoriza arbuskula (FMA) berdasarkan ukuran, warna, ornamen dari spora FMA yang di temukan pada sampel tanah pada

Berdasarkan temuan hasil refleksi/evaluasi dalam siklus III ini secara keseluruan pembelajaran dengan menggunakan alat peraga pias-pias pada pokok bahasan penjumlahan dan

Tentukan daerah himpunan penyelesaian dari sistem pertidaksamaan linear dua variabel yang terdapat pada masalah (irisan dari setiap pertidaksamaan linear dua variabel

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

erkumpul, B Gambar Sumb 2d Motif ba ber : www.r Kawung, mo ersinggunga l yang tamp sebuah mot dominan em tik pusat, p gala kekuas ng ana (Bhs aan Tuhan. Motif ber : www.r atik