• Tidak ada hasil yang ditemukan

RISALAH DATA KESELAMATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "RISALAH DATA KESELAMATAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Menurut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Risalah Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) (CLASS) Malaysia, Risalah Data Keselamatan Kimia (SDS) hendaklah disediakan untuk bahan atau campuran

berbahaya. Produk ini tidak memenuhi kriteria pengelasan piawaian tersebut. Oleh sebab itu, dokumen sebegini adalah di luar ruang lingkup piawaian dan keperluan untuk kandungan dalam setiap bahagian tidak terpakai.

1. PENGENALPASTIAN BAHAN/PERSEDIAAN DAN SYARIKAT/PERUSAHAAN

Nama produk: NORITÒ PK 1-3

Kod produk: PK13

Sinonim: Karbon diaktifkan

Cadangan kegunaan: Penggunaan cecair dan wap (penulenan, penyahwarnaan, pemisahan, mangkin dan penyahbauan)

Pembatasan penggunaan: Tiada yang diketahui.

Pembekal:

Nombor Telefon Kecemasan: International CHEMTREC: +1 703-741-5970 atau +1-703-527-3887 CHEMTREC Malaysia: 1-800-815-308

2. PENGENALPASTIAN BAHAYA

Pengelasan

Status CLASS Malaysia: Bahan/campuran ini dianggap tidak berbahaya di bawah Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Risalah Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (CLASS).

Perkataan Isyarat:

Tiada

Disediakan menurut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Risalah Data Keselamatan Kimia Berbahaya) Malaysia 2013 (CLASS) dan Tata Amalan Industri berkenaan Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya 2014 (ICoP)

Tarikh

semakan: 24-Nov-2015

Cabot Norit Nederland B.V.

Mr. Ovingkanaal OZ 3 7891 EV

Klazienaveen Belanda

Tel: +31 591 319911 Faks: +31 591 319400

(2)

Kenyataan bahaya:

Tiada

pernyataan pencegahan:

Tiada

Bahaya yang tidak dikelaskan dengan cara lain (HNOC)

Karbon diaktifkan (terutamanya apabila basah) boleh menyusutkan oksigen dalam udara di dalam ruang tertutup, dan boleh mengakibatkan paras oksigen rendah hingga mencapai paras bahaya. Sebelum memasuki kawasan terkurung yang

mengandungi atau pernah mengandungi karbon diaktifkan, kepekatan oksigen dan karbon monoksida ruang tersebut, dan juga apa-apa bahaya yang lain, hendaklah dinilai oleh seorang yang bertauliah.

Pekerja juga hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya apabila mengendalikan karbon diaktifkan yang telah dipakai (digunakan) yang boleh menunjukkan sifat berbahaya yang dikaitkan dengan bahan terjerap.

Elakkan pembentukan debu. Bahan bentuk serbuk boleh membentuk campuran debu dan udara yang boleh meletup. Jika produk dipindahkan di bawah tekanan, elakkan pengeluaran debu jika terdapat sumber pencucuhan.

Karbon diaktifkan mempunyai luas permukaan yang besar yang boleh memanas sendiri sewaktu pengoksidaan. Lihat Bahagian 5.

Jaga supaya tidak terjadi debu kerana boleh menyebabkan silika berhablur boleh sedut berada di udara.

Kemungkinan kesan kepada kesihatan

Jalan Utama Berlakunya

Pendedahan: Penyedutan, Terkena mata, Sentuhan Pada Kulit

Terkena Mata: Boleh menyebabkan kerengsaan mekanikal. Elakkan daripada terkena mata.

Sentuhan Pada Kulit: Boleh menyebabkan kerengsaan mekanikal. Elakkan daripada tersentuh kulit.

Penyedutan: Debu mungkin merengsa saluran pernafasan. Sediakan pengalihudaraan ekzos setempat yang sesuai pada peralatan dan di tempat di mana habuk boleh dihasilkan. Lihat juga Bahagian 8.

Pengingesan: Tiada kecederaan kesihatan yang diketahui atau dijangka dalam penggunaan biasa.

Kekarsinogenan: Lihat Bahagian 11.

Kesan Ke Atas Organ Sasaran: Paru-paru, Mata, Kulit

(3)

Keadaan Perubatan yang Bertambah

Teruk Akibat Pendedahan: Asma, Gangguan pernafasan, Penyakit kulit

Potensi Kesan Ke Atas Persekitaran: Tiada yang diketahui. Lihat juga Bahagian 12.

3. KANDUNGAN/MAKLUMAT BAHAN

Sinonim: Karbon diaktifkan.

Nama kimia No. CAS berat-% Rahsia perdagangan

Karbon Diaktifkan 7440-44-0 100

Produk ini, yang diperbuat daripada baham mentah semula jadi, mengandungi <5% jumlah keseluruhan silika berhablur (kuartza, CASRN 14808-60-7).

4. LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

LANGKAH-LANGKAH PERTOLONGAN CEMAS

Sentuhan Pada Kulit Basuh bersih-bersih dengan sabun dan air. Dapatkan perhatian perubatan jika simptom berlaku.

Terkena mata Pancut cuci mata dengan serta-merta dengan air yang banyak sekurang-kurangnya selama 15 minit. Dapatkan perhatian perubatan jika simptom berlaku.

Penyedutan Jika batuk, sesak nafas atau berlaku masalah pernafasan yang lain, beralih ke tempat berudara segar. Dapatkan perhatian perubatan jika simptom berterusan. Jika perlu, pulihkan pernafasan menggunakan langkah-langkah pertolongan cemas yang biasa.

Pengingesan: Jangan aruh muntah. Jika sedar, beri minum beberapa gelas air. Jangan sesekali beri orang yang pengsan apa-apa melalui mulut.

Simptom dan kesan paling penting, kedua-dua akut dan tertunda

Simptom: Kesan dan simptom paling penting yang diketahui diterangkan dalam Bahagian 2 dan/atau dalam Bahagian 11.

Tanda-tanda sebarang perhatian perubatan dan rawatan khusus diperlukan Catatan untuk pakar perubatan: Beri rawatan berdasarkan simptom.

5. LANGKAH-LANGKAH MEMADAMKAN KEBAKARAN

Media Pemadaman yang Sesuai: Gunakan busa, karbon dioksida (CO2), kimia kering, atau semburan air. Kabut disarankan jika air digunakan.

Media Pemadaman yang Tidak Sesuai:

JANGAN gunakan pancutan air kerana ia akan menyerakkan dan menyebarkan api.

JANGAN GUNAKAN media bertekanan tinggi yang boleh menyebabkan campuran debu dan udara berpotensi boleh meletup terbentuk. Jika berlaku kebakaran, tidak digalakkan menabur karbon diaktifkan yang banyak kerana berisiko terjadi pengeluaran debu yang tidak terkawal.

(4)

Bahaya tertentu yang terbit daripada

bahan kimia tersebut: Pembakaran menghasilkan wasap merengsa. Jika produk dipindahkan di bawah tekanan, elakkan pengeluaran debu jika terdapat sumber pencucuhan.

Karbon diaktifkan mempunyai luas permukaan yang besar yang boleh memanas sendiri sewaktu pengoksidaan. Dicadangkan supaya diadakan ruang udara yang mencukupi di antara bungkusan karbon diaktifkan untuk mengurangkan risiko kejadian tersebut merebak. Karbon diaktifkan susah dinyalakan dan cenderung terbakar secara perlahan (membara) tanpa mengeluarkan asap atau menyala.

Hasil pembakaran berbahaya: Bahan yang dibiarkan membara untuk tempoh yang lama di dalam ruang tertutup boleh mengeluarkan sejumlah karbon monoksida yang mencapai had letupan bahagian rendah (karbon monoksida LEL = 12.5% dalam udara). Karbon diaktifkan boleh mengeluarkan hasil pembakaran yang lain berdasarkan bahan-bahan yang dijerapnya. Karbon monoksida (CO). Karbon dioksida (CO2).

Peralatan perlindungan dan langkah berjaga-jaga untuk pemadam kebakaran:

Sekiranya berlaku kebakaran, pakai peralatan pernafasan serba lengkap. Pakai peralatan perlindungan yang sesuai.

6. LANGKAH-LANGKAH PELEPASAN TIDAK SENGAJA

Langkah berjaga-jaga peribadi, peralatan perlindungan dan tatacara kecemasan

Langkah berjaga-jaga peribadi: Halang pembentukan debu. Pengalihudaraan hendaklah dipastikan mencukupi. Gunakan peralatan perlindungan peribadi. Lihat juga Bahagian 8.

Awasan Persekitaran:

Awasan Persekitaran: Tidak memerlukan langkah berjaga-jaga untuk persekitaran yang khusus. Pihak berkuasa tempatan perlu dimaklumkan jika berlakunya tumpahan yang tidak dapat dibendung.

Kaedah dan bahan untuk pembendungan dan pembersihan

Kaedah pembendungan: Cegah daripada terus bocor atau tumpah jika selamat berbuat demikian.

Kaedah pembersihan: Elakkan menyapu dalam keadaan kering dan gunakan semburan air atau sistem

pembersihan vakum bagi mengelakkan penghasilan debu dalam udara. Jika produk yang tumpah mengandungi debu atau berpotensi membentuk debu, gunakan pembersih vakum tahan letupan dan/atau sistem pembersihan yang sesuai untuk debu boleh terbakar. Disarankan supaya menggunakan vakum dengan penurasan udara zarahan kecekapan tinggi (HEPA). Jangan hasilkan awan debu menggunakan berus atau gas termampat. Kutip dan pindahkan ke dalam bekas yang telah ditandakan dengan betul.

Karbon diaktifkan berbutir yang telah digunakan boleh dikitar semula. Lupuskan karbon (lebihan atau tumpahan) murni (tidak digunakan) di kemudahan yang mempunyai kebenaran melupuskan sisa tidak berbahaya. Karbon yang telah dipakai (digunakan) hendaklah dilupuskan menurut undang-undang terpakai. Jangan guna semula beg kosong: buang di kemudahan yang mempunyai kebenaran melupuskan sisa tidak berbahaya. Lihat Bahagian 13.

7. PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN

Awasan untuk pengendalian secara selamat

(5)

Nasihat untuk pengendalian secara selamat:

Elakkan tersentuh kulit dan mata. Halang pembentukan debu. Jangan sedut debu.

Sediakan pengalihudaraan ekzos setempat yang sesuai pada peralatan dan di tempat di mana habuk boleh dihasilkan. Jangan hasilkan awan debu menggunakan berus atau gas termampat. Debu boleh membentuk campuran boleh meletup dalam udara.

Karbon diaktifkan mempunyai luas permukaan yang besar yang boleh memanas sendiri sewaktu pengoksidaan. Ambil langkah berjaga-jaga terhadap buangan statik. Semua bahagian logam peralatan pencampur dan pemproses hendaklah dibumikan. Semua peralatan hendaklah dipastikan dibumikan secara elektrik sebelum memulakan proses pemindahan. Habuk halus dapat menembusi peralatan elektrik dan boleh menyebabkan litar pintas. Jika perlu melakukan kerja panas (mengimpal, memotong dengan penunu, dsb.), kawasan kerja di sekitarnya mesti dibersihkan daripada produk dan debu.

Keadaan penyimpanan yang selamat, termasuk sebarang ketidaksuaian

Keadaan Penyimpanan: Simpan di tempat dingin dan mempunyai alih udara yang baik. Jauhkan dari haba dan sumber pencucuhan. Jangan simpan bersama agen pengoksidaan keras. Jangan simpan bersama-sama bahan kimia meruap kerana ia mungkin dijerap ke dalam produk. Simpan di dalam bekas yang dilabel dengan betul. Karbon diaktifkan susah dinyalakan dan cenderung terbakar secara perlahan (membara) tanpa mengeluarkan asap atau menyala.

Endap Debu hendaklah dicegah daripada tertumpuk di permukaan, kerana ia boleh membentuk campuran mudah letup jika dilepaskan ke persekitaran dalam isi padu yang mencukupi. Sebelum memasuki kawasan terkurung yang mengandungi atau pernah mengandungi karbon diaktifkan, kepekatan oksigen dan karbon monoksida ruang tersebut, dan juga apa-apa bahaya yang lain, hendaklah dinilai oleh seorang yang bertauliah.

Bahan tidak serasi: Agen pengoksida kuat. Asid kuat.

8. KAWALAN PENDEDAHAN/PERLINDUNGAN PERIBADI

Garis panduan pendedahan: .

Had pendedahan untuk komponen atau komponen yang serupa dinyatakan di bawah.

(6)

Debu atau Zarah Yang Tidak Dinyatakan:

Austria MAK:10 mg/m³, STEL 2x30 min, Debu boleh sedut mg/m³, TWA, Debu boleh sedut

Belgium:10 mg/m³, TWA, Boleh sedut 3 mg/m³ TWA, Boleh hirup

Kanada (Saskatchewan):10 mg/m³, TWA, Boleh sedut mg/m³ TWA, Boleh hirup

China:8 mg/m³, TWA mg/m³, STEL

Perancis:10 mg/m³, TWA, Debu boleh sedut mg/m³, TWA Debu boleh hirup

Jerman - TRGS 900:10 mg/m³, TWA, Boleh sedut mg/m³, Pecahan boleh hirup

Hong Kong:10 mg/m³, TWA

Ireland:10 mg/m³, TWA, Jumlah boleh sedut 4 mg/m³ TWA, Boleh hirup

Itali:10 mg/m³, TWA, Boleh sedut 3 mg/m³ TWA, Boleh hirup Jepun:3 mg/m³ TWA, Boleh hirup Malaysia:10 mg/m³, TWA, Boleh sedut mg/m³, TWA, Boleh hirup

Belanda:3.5 mg/m³, Boleh sedut Sepanyol:10 mg/m³, VLA, Boleh sedut 3 mg/m³ VLA, Boleh hirup

Sweden:10 mg/m³, NGV, Jumlah boleh sedut 5 mg/m³, NGV, Boleh hirup

Britain - WEL:10 mg/m³, TWA, Jumlah boleh sedut mg/m³, TWA, Debu boleh hirup

ACGIH AS - PNOS:10 mg/m³, TWA, Boleh sedut mg/m³, TWA, Boleh hirup

OSHA AS - PEL:15 mg/m³, TWA, Jumlah debu mg/m³, TWA, Boleh hirup

(7)

Silika, Berhablur (Kuartz) CAS RN 14808-60-7:

Austria MAK: 0.15 mg/m³, TWA (Boleh sedut) Belgium: 0.1 mg/m³, TWA (Pecahan aveolus) Denmark: 0.1 mg/m³, TWA (Boleh sedut) Finland: 0.05 mg/m³, TWA (Boleh sedut) Perancis: 0.1 mg/m³, VME (Pecahan aveolus) Ireland: 0.1 mg/m³, TWA (Boleh sedut) Itali: 0.025 mg/m³, TWA (Boleh sedut) Jepun:(3 mg/m³)/( 1.19%SiO2 + 1) (Respirable)

Switzerland: 0.15 mg/m³, TWA (Boleh sedut) UK WEL: 0.1 mg/m³, TWA (Boleh sedut)

US OSHA PEL: (10 mg/m³) /( %SiO2 + 2) (Boleh sedut) (30 mg/m³)/( %SiO2 + 2) (Jumlah)

US ACGIH TLV: 0.025mg/m³ (Boleh hirup)

MAK: Maximale Arbeitsplatzkonzentration (Kepekatan Tempat Kerja Maksimum) NGV: Nivå Gräns Värde (Nilai Had Paras)

PEL: Had Pendedahan Yang Dibenarkan STEL: Had Pendedahan Jangka Pendek TLV: Nilai Had Ambang

TRGS: Technische Regeln für Gefajamstoffe (Peraturan Teknikal untuk Bahan Berbahaya) TWA: Purata Berwajaran Masa

ACGIH AS: Persidangan Juruhigin Industri Kerajaan Amerika Syarikat

OSHA AS: Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat VLA: Valore Límite Ambientales (Nilai Had Persekitaran)

WEL: Had Pendedahan Tempat Kerja

Kawalan Kejuruteraan: Pengudaraan hendaklah dipastikan mencukupi untuk mengekalkan pendedahan di bawah had pekerjaan. Sediakan pengalihudaraan ekzos setempat yang sesuai pada peralatan dan di tempat di mana habuk boleh dihasilkan.

Peralatan perlindungan peribadi [PPE]

Perlindungan Pernafasan: Alat pernafasan yang diluluskan mungkin perlu jika alih udara ekzos setempat tidak memadai.

Perlindungan Tangan: Pakai sarung tangan yang sesuai.

Perlindungan Mata/muka: Pakai pelindung mata/muka. Pakai kaca mata keselamatan dengan perisai sisi (atau gogal).

Perlindungan Kulit dan Tubuh: Pakai pakaian perlindungan yang sesuai. Basuh pakaian setiap hari. Pakaian kerja hendaklah tidak dibenarkan dibawa keluar dari tempat kerja.

Lain-lain: Kendalikan menurut amalan kebersihan industri yang baik dan selamat. Stesen basuh mata kecemasan dan pancuran mandi keselamatan hendaklah dibina berhampiran.

Kawalan pendedahan persekitaran: Tidak memerlukan langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang khas. Pihak berkuasa tempatan perlu dimaklumkan jika berlakunya tumpahan yang tidak dapat dibendung.

9. HAKMILIK KANDUNGAN KIMIA DAN FIZIKAL

Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan data yang diambil daripada bahan ini atau daripada bahan yang serupa.

(8)

Keadaan Fizikal: Pepejal Bau: Umumnya tidak berbau. Boleh mengeluarkan sedikit bau sulfur apabila basah.

Tampakan: Berbutir Ambang bau: Tidak Berkenaan

Warna: Hitam

Sifat Nilai Catatan • Kaedah

pH: Tidak Berkenaan

Takat lebur/takat sejuk beku: Tidak Berkenaan

Takat didih / julat didih: Tidak Berkenaan

Kadar Penyejatan: Tidak Berkenaan

Tekanan wap: Tidak Berkenaan

Ketumpatan Wap: Tidak Berkenaan

Ketumpatan: Tiada maklumat boleh didapati

Ketumpatan Pukal: 15-25 lbs/ft3 Tiada maklumat boleh didapati Graviti Tertentu pada 20°C: Tiada maklumat boleh didapati

Keterlarutan dalam air: Tidak boleh larut

Keterlarutan: Tiada maklumat boleh didapati

Partit Koefisien

‘Partition’(n-oktanol/air): Tiada maklumat boleh didapati

Suhu penguraian: Tiada maklumat boleh didapati

Kelikatan: Tiada maklumat

Kelikatan kinematik: Tiada maklumat boleh didapati

Kelikatan dinamik: Tiada maklumat boleh didapati

Sifat Pengoksidaan: Tidak berkenaan

Takat melembut: Tiada maklumat boleh didapati

Kandungan VOC (%): Tidak berkenaan

% Meruap (berdasarkan Jumlah):

Tiada maklumat boleh didapati

% Meruap (berdasarkan

Berat): Tiada maklumat boleh didapati

Tegangan Permukaan: Tiada maklumat boleh didapati

Sifat mudah letup: Tiada maklumat boleh didapati

Takat Kilat: Tidak berkenaan

kemudahbakaran (pepejal,

gas) Tiada maklumat boleh didapati

Had Kemudahbakaran dalam Udara

Tiada maklumat boleh didapati Had Mudah Letup Di Udara - Atas (g/m3): Tiada maklumat boleh didapati Had Mudah Letup Di Udara - Bahagian

Rendah (g/m3):

Tiada maklumat boleh didapati

Suhu Pengautocucuhan: Tiada maklumat boleh didapati

Suhu Pencucuhan Minimum: Tiada maklumat boleh didapati

Tiada maklumat boleh didapati Tenaga Pencucuhan Minimum: Tiada maklumat boleh didapati

Tenaga Pencucuhan: Tiada maklumat boleh didapati

Tekanan Mutlak Letupan Maksimum: Tiada maklumat boleh didapati Kadar Maksimum Kenaikan Tekanan: Tiada maklumat boleh didapati

Halaju Pembakaran: Tiada maklumat boleh didapati

(9)

10. KESTABILAN DAN KEREAKTIFAN

Kereaktifan: Boleh bertindak balas secara eksoterma melalui sentuhan dengan bahan pengoksida kuat.

Kestabilan: Stabil dalam keadaan pengendalian dan penyimpanan yang disyorkan.

Kemungkinan berlaku tindak balas

berbahaya: Tiada dalam penggunaan biasa.

Pempolimeran berbahaya: Pempolimeran berbahaya tidak berlaku.

Keadaan yang perlu dielakkan: Jauhkan dari haba dan sumber pencucuhan. Halang pembentukan debu. Karbon diaktifkan (terutamanya apabila basah) boleh menyusutkan oksigen dalam udara di dalam ruang tertutup, dan boleh mengakibatkan paras oksigen rendah hingga mencapai paras bahaya.

Karbon diaktifkan mempunyai luas permukaan yang besar yang boleh memanas sendiri sewaktu pengoksidaan.

Bahan tidak serasi: Agen pengoksida kuat. Asid kuat.

Data letupan Sila rujuk Bahagian 9.

Kepekaan kepada Impak

Mekanikal: Tidak sensitif kepada impak mekanikal.

Kepekaan kepada Nyahcas Statik: Debu boleh membentuk campuran boleh meletup dalam udara. Halang pembentukan debu. Jangan hasilkan awan debu menggunakan berus atau gas termampat. Ambil langkah berjaga-jaga terhadap buangan statik. Semua bahagian logam peralatan

pencampur dan pemproses hendaklah dibumikan. Semua peralatan hendaklah dipastikan dibumikan secara elektrik sebelum memulakan proses pemindahan.

Hasil penguraian berbahaya: Bahan yang dibiarkan membara untuk tempoh yang lama di dalam ruang tertutup boleh mengeluarkan sejumlah karbon monoksida yang mencapai had letupan bahagian rendah (karbon monoksida LEL = 12.5% dalam udara). Karbon diaktifkan boleh mengeluarkan hasil pembakaran yang lain berdasarkan bahan-bahan yang dijerapnya. Karbon oksida.

11. MAKLUMAT TOKSIKOLOGI

Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan data berkenaan karbon diaktifkan kecuali dinyatakan sebaliknya.

KETOKSIKAN CERDAS Tidak dikelaskan.

Oral LD50: LD50/oral/tikus = >2000 mg/kg. (OECD 423).

Penyedutan LC50: LC50/penyedutan/1jam/tikus = >8.5 mg/L (OECD 403)

Dermal LD50: Tidak mungkin terserap, tiada kesan ke atas kesihatan yang diketahui.

Nilai Kst: Tiada maklumat boleh didapati

Pengelasan Letupan Debu: Tiada maklumat boleh didapati

(10)

Kakisan/kerengsaan kulit: Tidak dikelaskan

Ujian kerengsaan kulit, arnab (OECD 404): Tidak merengsa Kerosakan mata/kerengsaan mata

yang serius:

Tidak dikelaskan. Ujian kerengsaan mata, arnab (OECD 405): Tidak merengsa.

Pemekaan: Tidak dikelaskan. Tidak Peka berdasarkan Cerakin Nodus Limfa Setempat (OECD 429).

Kemutagenan: Tidak dikelaskan.

- Mutasi gen dalam bakteria (Assai/Ames Mutasi Songsang Bakteria) (OECD 471): tidak mutagen.

- In vitro Ujian Keaberan Kormosom Mamalia (OECD 473): tidak klastogen.

- In vitro Ujian Mutasi Gen Sel Mamalia (OECD 476).: tidak mutagen.

Kekarsinogenan Tidak dikelaskan.

Mengandungi suatu komponen (silika berhablur) yang disenaraikan oleh IARC sebagai kumpulan 1, ACGIH sebagai kumpulan A2, dan NTP sebagai karsinogen manusia yang diketahui.

Ketoksikan Pembiakan: Tidak dikelaskan. Ujian ketoksikan penyedutan dos yang dilakukan berulang-ulang menunjukkan tiada kesan ke atas organ sasaran pembiakan dan kajian toksikokinetik menunjukkan tiada produk yang berpindah ke organ pembiakan.

STOT - pendedahan tunggal: Tidak dikelaskan.

STOT - pendedahan berulang: Tidak dikelaskan. Kajian ketoksikan dos berulang-ulang, penyedutan (tikus) 90 hari (OECD 413): NOAEC 7.29 mg/m3 (boleh hirup). Ujian ini dijalankan ke atas karbon diaktifkan yang mengandungi sedikit silika berhablur; oleh sebab itu karbon diaktifkan itu sendiri tidak dikelaskan untuk STOT-RE. Walaupun silika berhablur boleh hirup dikelaskan sebagai STOT-RE1, produk ini mengandungi <1% silika berhablur boleh hirup, oleh sebab itu ia tidak dikelaskan untuk STOT-RE.

Bahaya Penyedutan: Berdasarkan pengalaman dalam industri dan data yang boleh didapati tiada bahaya penyedutan dijangka.

12. MAKLUMAT EKOLOGI

Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan data berkenaan karbon diaktifkan kecuali dinyatakan sebaliknya.

Ketoksikan Akuatik: Tidak toksik. Bahan ini sangat tidak larut dalam air dan bahan ini tidak mungkin menembusi membran biologi. Tiada kesan buruk ekologi yang diketahui.

Ketoksikan Bumi: Kajian pembiakan cacing tanah (OECD 222), NOAEC untuk penyusutan berat tubuh 1000 mg/kg tanah; NOAEC untuk pembiakan 3200 mg/kg tanah. Tidak toksik di dalam tanah.

KESAN KEPADA PERSEKITARAN

Keterusan dan kebolehuraian Tidak dijangka akan mendegradasi

Biotumpukan Tidak dijangkakan memandangkan ciri fisikokimia bahan ini.

Peralihan: Tidak dijangka akan berpindah. Tidak boleh larut.

(11)

Pengagihan kepada Bahagian

Persekitaran: Tiada maklumat boleh didapati.

Kesan buruk yang lain: Tiada maklumat boleh didapati.

13. PERTIMBANGAN PELUPUSAN

Penafian: Maklumat dalam bahagian ini berkaitan dengan produk yang dihantar dalam komposisi yang diniatkan seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 3 MSDS ini. Pencemaran atau pemprosesan boleh mengubah ciri-ciri dan keperluan buangan.

Peraturan juga boleh terpakai ke atas bekas kosong, pelapik atau air bilasan cucian. Peraturan negeri/daerah dan tempatan mungkin berbeza daripada peraturan persekutuan.

Produk Tidak Digunakan dan Tidak Tercemar:

Produk ini, sebagaimana dibekalkan, hendaklah dilupuskan menurut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan yang berkenaan.

Pertimbangan yang sama juga hendaklah diberikan kepada bekas dan pembungkusan.

14. MAKLUMAT PENGANGKUTAN

Tidak diklasifikasikan sebagai berbahaya dalam makna peraturan pengangkutan.

DOT

Nombor UN/ID Tidak dikawalselia Nama wajar pengiriman Tidak dikawalselia Kelas Bahaya Tidak dikawalselia Kumpulan pembungkusan Tidak dikawalselia

ICAO (udara)

Nombor UN/ID Tidak dikawal selia Nama wajar pengiriman Tidak dikawal selia Kelas Bahaya Tidak dikawal selia Kumpulan pembungkusan Tidak dikawal selia IATA

Nombor UN/ID Tidak dikawal selia Nama wajar pengiriman Tidak dikawal selia Kelas Bahaya Tidak dikawal selia Kumpulan pembungkusan Tidak dikawal selia IMDG

Nombor UN/ID Tidak dikawal selia Nama wajar pengiriman Tidak dikawal selia Kelas Bahaya Tidak dikawal selia Kumpulan pembungkusan Tidak dikawal selia RID

Nombor UN/ID Tidak dikawal selia

(12)

Nama wajar pengiriman Tidak dikawal selia Kelas Bahaya Tidak dikawal selia Kumpulan pembungkusan Tidak dikawal selia ADR

Nombor UN/ID Tidak dikawal selia Nama wajar pengiriman Tidak dikawal selia Kelas Bahaya Tidak dikawal selia Kumpulan pembungkusan Tidak dikawal selia

15. MAKLUMAT KAWAL SELIA

Inventori Antarabangsa

TSCA - Akta Kawalan Bahan Toksik Amerika Syarikat Bahagian 8(b) Inventori Mematuhi DSL/NDSL - Senarai Bahan Domestik Kanada/Senarai Bahan Bukan Domestik Mematuhi EINECS/ELINCS - Inventori Bahan Kimia Sedia Ada Eropah/Senarai Bahan Kimia

Dilaporkan Eropah

Mematuhi ENCS - Bahan Kimia Yang Wujud dan Yang Baharu Jepun Mematuhi

IECSC - Inventori Bahan Kimia Yang Wujud China Mematuhi

KECL - Bahan Kimia Yang Wujud dan Telah Dinilai Korea Mematuhi

PICCS - Inventori Kimia dan Bahan Kimia Filipina Mematuhi

AICS - Inventori Bahan Kimia Australia Mematuhi

NZIoC - Inventori Bahan Kimia New Zealand Mematuhi

TCSI- Inventori Bahan Kimia Taiwan Mematuhi

16. MAKLUMAT LAIN

MAK: Maximale Arbeitsplatzkonzentration (Kepekatan Tempat Kerja Maksimum) NGV: Nivå Gräns Värde (Nilai Had Paras)

PEL: Had Pendedahan Yang Dibenarkan STEL: Had Pendedahan Jangka Pendek TLV: Nilai Had Ambang

TRGS: Technische Regeln für Gefajamstoffe (Peraturan Teknikal untuk Bahan Berbahaya) TWA: Purata Berwajaran Masa

ACGIH AS: Persidangan Juruhigin Industri Kerajaan Amerika Syarikat

OSHA AS: Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat VLA: Valore Límite Ambientales (Nilai Had Persekitaran)

WEL: Had Pendedahan Tempat Kerja

Penafian:

Maklumat yang dibentangkan ini adalah berdasarkan maklumat yang Cabot Corporation percaya adalah tepat. Ia tidak bermaksud memberi jaminan yang nyata atau tersirat. Maklumat ini diberikan semata-mata untuk maklumat dan

pertimbangan anda. Cabot tidak bertanggungjawab di sisi undang-undang atas penggunaan atau pergantungan pada maklumat ini. Jika ada perbezaan antara maklumat dalam dokumen bukan berbahasa Inggeris dengan dokumen bahasa Inggeris,

maklumat yang sah ialah yang di dalam dokumen bahasa Inggeris.

Disediakan oleh: Cabot Corporation - Hal-ehwal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran

Tarikh semakan: 24-Nov-2015

(13)

Tanda dagangan DARCOÒ, GRO-SAFEÒ, PETRODARCOÒ, NORITÒ dan PURITÔ adalah milik satu atau lebih anak syarikat Cabot Corporation.

Akhir Risalah Data Keselamatan

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh kesimpulan bahwa pelaksanaan ekstrakurikuler pramuka penggalang di SD Jaranan Banguntapan Bantul dapat dilihat dari 1) perencanaan pihak

Wajib pajak terdaftar dapat dikatakan bahwa mereka adalah wajib pajak yang telah memiliki Nomor Pokok Wajib Pajak (NPWP). Namun, wajib pajak yang terdaftar tidak

Untuk perlakuan pada media formulasi limbah cair pabrik kelapa sawit hambatan makan yang paling rendah pada perlakuan LCPKS 75 % + 0,4 g gula merah + 30 ml air kelapa +

Apabila rasio keuangan dalam kinerja keuangan perusahaan mengalami pertumbuhan dengan menjaga keseimbangan antara pemeliharaan likuiditas yang cukup dengan pencapaian

Saran untuk penelitian berikutnya, dapat menambah dan mengembangkan fitur-fitur terbaru, karena pada penelitian yang dilakukan ini hanya terbatas untuk proses pengajuan judul,

Klasifikasi agregat menjadi kasar, halus dan filler adalah berdasarkan ukurannya yang ditentukan menggunakan saringan. Mutu agregat mempengaruhi kekuatan dan ketahanan konkrit. Adapun

Sam rad sastoji se od osam cjelina; od uvoda, zatim dijela o uzrocima i opisu bankarskih kriza i slomova, nakon čega slijede mogućnosti sanacije banaka, zatim se navode

Selanjutnya, dalam rangka meningkatkan pemberdayaan masyarakat di desa, Pemerintah Daerah telah mengalokasikan bantuan keuangan untuk pengadaan semen yang