c:1TEAM '- 1 TARGET
FREE & FUN TO LEARN
CKLE
JABATAN PENDIDIKA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Perak
GEOGRAFI TINGKATAN 4 BAB13
MIGRASI PENDUDUK
Kandungan
Sahagian A (Objektif) : Halaman 1 - 3 Sahagian S (Struktur) : Halaman 4 - 6
BeJaja,, �
�peta
�e-sukrut pewli.dikrut Sahagian C (Esei) : Halaman 7 - 8
l , • ��MoZ
Menguji �rut
� Kf&fjawab dmt soalrut objektit
•
1
NAMA: ... TINGKATAN: ...
GEOGRAFI TINGKATAN 4
BAB 13: MIGRASI PENDUDUK
__________________________________________________________________________________
Arahan: Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Jawab semua soalan.
BAHAGIAN A: OBJEKTIF
1. Penyataan manakah paling tepat menerangkan konsep migrasi?
A Perpindahan sementara penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan tertentu
B Perpindahan kekal penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan tertentu
C Perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain sama ada secara kekal atau sementara
D Perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain sama ada dengan tujuan atau tanpa tujuan.
2. Sekiranya Zii Jia telah berpindah dari pekan Kuala Kedah ke Alor Setar, maka Zii Jia telah melakukan migrasi
A luar bandar ke bandar B luar bandar ke luar bandar C bandar ke luar bandar D bandar ke bandar
Berikut adalah maklumat tentang salah satu situasi migrasi
• Kithamisu telah berpindah dari negara matahari terbit ke Kuala Lumpur bagi meluaskan kerjayanya.
3. Apakah jenis migrasi yang dilakukan oleh Kithamisu?
A Imigrasi ke Malaysia B Emigrasi ke Malaysia C Imigrasi ke Jepun D Emigrasi ke Jepun
4. Mengapakah penduduk di sesuatu tempat perlu bermigrasi?
A Terdapat banyak peluang pekerjaan B Mempunyai kemudahan perkhidmatan C Penawaran kadar upah yang minimum D Mempunyai peluang pendidikan yang banyak
2
8. Apakah kesan peningkatan pekerja asing kepada rakyat tempatan?
A Membangunkan kawasan baharu B Meningkatkan taraf hidup migran C Meningkatkan taraf hidup rakyat
D Meningkatkan kadar pengangguran rakyat
9. Kadar migrasi yang tinggi ke bandar besar akan memberikan kesan kepada kawasan yang ditinggalkan iaitu
A kawasan tersebut semakin membangun B menyebabkan kekurangan tenaga kerja C meningkatkan persaingan pekerjaan D peningkatan masalah sosial
10. Mengapakah kebanyakan rumah setinggan wujud di kawasan ibu kota yang membangun?
A Kekurangan tempat tinggal
B Kurang kemampuan untuk menyewa rumah
C Kadar upah tinggi membolehkan mereka membina rumah sendiri D Pekerja mempunyai kepakaran membina rumah setinggan
5. Antara berikut, padanan situasi dengan jenis migrasi manakah yang tepat?
I Rauf berpindah dari Felda Besout ke Felda Trolak – Luar bandar ke luar bandar
II Siva telah berpindah dari Kuching ke Ipoh – Luar bandar ke bandar
III Lim telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Yan, Kedah – Bandar ke bandar IV Lily telah berpindah dari Sri Aman ke Ipoh – Luar bandar ke bandar
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV
6. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor tarikan migrasi ke sesuatu tempat?
I Peluang pekerjaan yang banyak II Mempunyai institusi pengajian tinggi
III Banyak upah yang ditawarkan tidak setimpal IV Pasaran tempatan yang kecil
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV
7. Negara Malaysia sering menjadi lokasi pilihan pekerja asing untuk berhijrah kerana A mempunyai peluang pendidikan yang lebih banyak
B merupakan negara yang paling menjadi kebajikan pekerja C menawarkan pelbagai peluang pekerjaan
D merupakan negara yang politik tidak stabil
3
11. Bagaimanakah desakan ekonomi boleh membawa kepada migrasi antarabangsa?
A Berlaku peperangan di negara asal migran
B Kekurangan sumber makanan di negara asal migran
C Persaingan dapat mendapatkan peluang pekerjaan di negara asal migran D Berlaku bencana alam yang mengancam nyawa migran di negara asal
12. Rafidah yang merupakan seorang pakar perubatan di Malaysia ingin bermigrasi ke London. Apakah kesannya kepada Malaysia?
A Peningkatan penyakit berjangkit B Pengaliran keluar tenaga profesional C Pengurangan kepadatan penduduk D Pengaliran keluar mata wang Malaysia
13. Langkah yang manakah paling efektif untuk menyelesaikan masalah pengangguran penduduk di luar bandar?
A Membangunkan kemudahan asas di luar bandar seperti kemudahan rekreasi B Memodenkan sektor pertanian dengan meningkatkan penggunaan jentera
moden berbanding tenaga buruh
C Menyelerakkan kemudahan pendidikan dan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja
D Menyebarkan pembangunan industri dan pembangunan Indutsri Kecil dan Sederhana di luar bandar.
14. Bagaimanakah kerajaan boleh meningkatkan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing tanpa membebankan majikan untuk membayar kos upah yang tinggi kepada pekerja tempatan?
A Mengurangkan cukai keuntungan kepada majikan yang mengambil pekerja tempatan
B Menyediakan kemudahan asrama sebagai insentif kepada penduduk tempatan
C Meningkatkan kemahiran pekerja tempatan agar boleh membuat kerja dengan lebih produktif
D Mengetatkan undang - undang pengambilan pekerja asing untuk bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi
15. Antara masalah yang timbul akibat kebanjiran buruh asing di Malaysia ialah I Pasaran barangan terhad
II Pengaliran wang keluar menurun III Masalah sosial dan jenayah meningkat
IV Kadar pengangguran warga tempatan meningkat A I dan II
B I dan IV C II dan III D III dan IV
4
BAHAGIAN B: STRUKTUR
Carta 1: Taburan Peratus Migran Dalaman Mengikut Arah Aliran Migrasi (Strata) pada Tahun 2007 hingga 2014 di Malaysia.
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
1. (a) Nyatakan dua jenis migrasi yang dominan dalam carta 1.
………..
……….. [2 markah]
(b) Terangkan pola migrasi bagi penduduk yang bermigran dari bandar ke bandar.
………..……
……….
……….
[3 markah]
(c) Mengapakah migrasi luar bandar ke bandar berlaku?
………..……
……….
………..……
……….
[4 markah]
5
(d) Sekiranya emigrasi semakin meningkat di sesuatu kawasan, terangkan kesannya terhadap kawasan yang ditinggalkan.
………..……
……….
……….
………. [4 markah]
(e) Apakah impak positif migrasi ke atas sosioekonomi sesuatu tempat?
………..……
……….
[2 markah]
Peta 1 menunjukkan aliran migrasi dalaman yang berlaku di Sarawak.
Peta 1
2. (a) Nyatakan jenis migrasi dalaman yang berlaku dalam Peta 1.
……….. [1 markah]
(b) Jelaskan faktor tolakan yang menyebabkan migrasi dari X, Y dan Z ke A.
………..……
……….
……….
………..…… [4 markah]
A
X Y
Z
6
(c) Mengapakah lokasi yang dituju oleh migran boleh mendapat manfaat apabila berlaku migrasi?
………..……
……….
………..……
………. [4 markah]
(d) Peningkatan imigrasi warga asing akan memberikan impak terhadap ekonomi negara. Jelaskan impak tersebut.
………..……
……….
……….
………. [4 markah]
(e) Apakah langkah yang boleh dijalankan untuk mengurangkan kadar migrasi dalam negara?
………..……
………. [2 markah]
7
BAHAGIAN C: ESEI
Soalan 1 adalah berdasarkan data statistik terpilih migrasi penduduk Malaysia pada 2018 dalam Rajah 1.
Rajah 1
(a) Berdasarkan Rajah 1, lukiskan carta pai yang menunjukkan sebab- sebab utama migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia pada tahun 2018.
Gunakan skala jejari 5cm. [8 markah]
(b) Berdasarkan Rajah 1, mengapakah migrasi bandar ke bandar
adalah tinggi? [2 markah]
(c) Terangkan kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan
yang dituju. [4 markah]
8
(d) Sekiranya anda seorang perancang bandar, huraikan usaha yang boleh di lakukan untuk mengelakkan migrasi keluar penduduk dari luar bandar ke bandar.
[6 markah]
2(a) Jelaskan dua jenis migrasi yang berlaku di Malaysia. [4 markah]
(b) “Kadar migrasi yang tinggi dalam kalangan warga asing ke negara kita telah memberikan impak negatif terhadap aspek social”. Jelaskan
pendapat anda tentang penyataan ini. [6 markah]
(c) Jelaskan faktor yang menyumbang kepada peningkatan migrasi warga
asing terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia. [4 markah]
(d) Sekiranya anda merupakan pegawai kerajaan yang dilantik untuk menguruskan masalah pendatang tanpa izin (PATI) yang diambil bekerja di Malaysia, jelaskan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi
masalah ini. [6 markah]
SOALAN TAMAT