• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata pengantar contoh kata (30)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kata pengantar contoh kata (30)"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Apabila kita menyebut tentang kristianisasi, maka ia tidak boleh berpisah dengan golongan Evangelis. Persoalan pokoknya di sini, adakah kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan kristianisasi dan Evangelis? Adakah benar ia sekadar mainan politik untuk menakut-nakutkan orang Islam di negara kita?

Kristianisasi secara umumnya membawa maksud proses mengajak seseorang kepada agama Kristian, ataupun mencairkan pegangan orang dan mengeluarkan mereka daripada agama asal tanpa perlu memeluk agama Kristian.

Samuel Zweimer, pengasas pertubuhan Kristian Amerika di Semenanjung Arab pernah berkata, “Sejarah telah membuktikan bahawa orang Islam tidak akan menjadi seorang Kristian yang hakiki akan tetapi matlamat kita adalah untuk mengeluarkan mereka daripada agama Islam supaya mereka menjadi Mulhid (tidak bertuhan) dan menjadi penentang kepada agama mereka sendiri.” Katanya lagi,“Sesungguhnya tujuan missionary Kristian ini adalah untuk menghapuskan Islam dan memperhambakan orang Islam.” Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘Christian Missionary’ dan ia dipelopori oleh golongan Kristian yang lebih sinonim dengan gelaran Evangelis.

Dalam konteks Malaysia, kita boleh lihat mazhab-mazhab Kristian bersatu dalam satu pertubuhan. Di samping menjaga kebajikan penganut mereka, pertubuhan ini juga mempunyai agenda menyebarkan ajaran Kristian di seluruh Malaysia.

Antara persatuan yang bergerak aktif melakukan misi kristianisasi ini adalah National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (NECF). NECF dianggotai oleh beberapa gereja di Malaysia dan mazhab mereka berorientasikan evangelical. NECF merupakan salah satu organisasi yang kuat menentang larangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu. NECF juga secara jelas menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk

menyebarkan fahaman Kristian.

Mereka sangat bersungguh-sungguh dalam menjayakan misi mereka. Antara perkara yang telah mereka lakukan adalah mewujudkan Suruhanjaya Evangelisme. Tugas suruhanjaya ini adalah untuk membantu gereja-gereja untuk menyusun strategi dan cara-cara melalui perundingan, penyelidikan dan dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan misi mereka dan evangelisme. Mereka juga banyak melakukan kempen, antaranya adalah kempen Malaysia MyHome yang mengajak semua gereja di Malaysia untuk turun dan menyampaikan mesej Jesus. Hanya risalah yang berbahasa Melayu sahaja yang menggunakan kalimah Allah. Antara kempen kontroversi lain yang dianjurkan mereka adalah kempen Malaysian National Prayer Network (MNPN).

(2)

menyatukan 40 mazhab gereja terbesar termasuk Roman Katolik. Antara organisasi yang berpayung di bawahnya termasuklah NECF yang berorientasikan Evangelical, Council Churches of Malaysia (CCM) yang mewakili Protestan dan Roman Catholic Church yang mewakili Katolik.

CFM dianggap unik kerana berjaya membawa Mazhab Katolik bersama mazhab lain. Antara resolusi perhimpunan CFM pada bulan Febuari 1987 adalah meramaikan ahli politik dari kalangan pemimpin Kristian. Mereka ini wujud dalam parti pembangkang mahupun parti pemerintah, bahkan ada di antara mereka menjawat jawatan menteri dalam kabinet. Selain itu, dalam sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 yang ditulis oleh Bishop Datuk Ng Moon Hing, Pengerusi CFM menyeru supaya umat Kristian mengundi kerajaan yang akan membentuk sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan. Ini bertentangan sama sekali dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia hari ini.

Referensi

Dokumen terkait

Peraturan Pemerintah Nomor 10 Tahun 1961 tentang Pendaftaran Tanah yang?. menjadi dasar untuk mengatur lebih lanjut kegiatan

Dengan kata lain, pemilik sertifikat Berkaitan dengan sertifikat sebagai tanda bukti hak yang bersifat kuat,. sertifikat yang diterbitkan oleh Kantor Pertanahan

Tradisi yang dilakukan oleh masyarakat di desa penulis (desa Bakalan Kalinyamatan Jepara) dan juga di masyarakat Jawa pada umumnya dalam menghadapi peristiwa kematian, hampir

[r]

Al-Ghazali telah mengubah atau paling tidak telah berusaha merubah istilah-istilah yang sulit menjadi mudah bagi pemahaman orang awam.Melalui pendekatan sufistik, al-

[r]

- Republik Indonesia, Undang-Undang Nomor 5 Tahun 1960 tentang.. Undang-Undang

Aplikasi penelitian ini dimasa yang akan datang disarankan agar Hotel Grand Duta Syariah Palembang dapat membedakan fungsi penjualan dan fungsi kas agar tidak