KAEDAH PENYELIDIKAN 1 SEM 2,
2012/2013
TUGASAN 1:
KOMPETENSI GURU
Pemetaan Penulisan
Penulisan
ISSMA IZZAILI BINTI ZAMRI (P66338)
KOMPETENSI
Pengunaan model – model pengajaran yang berkesan
Kompetensi Keperibadian
Menghargai kanak-kanak/pelajar
Memberi perhatian kepada pelajar
Menggalakan penyertaan pelajar dalam aktiviti sekolah
Menangani perbezaan individu pelajar
Sumber penilaian dalam bilik darjah
Kepentingan teori-teori dan amalan
Terima keperluan pembelajaran saintifik dunia.
Sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran.
Kompetensi Sosial
Kemampuan membina keyakinan diri pelajar.
Berkemahiran menambahbaik sikap pelajar
Keupayaan menjiwai ciri-ciri kemahiran sosial pelajar.
Memahami asas psikologi pendidikan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan.
Mapping
Kompetensi Professional A) Latihan Guru dan Pembangunan Profesional
Menggalakkan kesedaran diri dan tanggungjawab.
B) Pembangunan Profesional dan Pendidikan Guru
Metodologi
Pedagogi
Amalan
KOMPETENSI GURU
Issma Izzaili Zamri
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pengenalan
Peranan guru sangat penting dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan nasional. Guru merupakan agen pembelajaran yang mempunyai fungsi dan peranan yang sangat strategik dalam pembangunan pendidikan. Oleh hal demikian, profesion guru perlu dikembangkan sebagai profesion yang bermartabat.
“Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan profesional, serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020.”
(Bab 5: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia, RMK 10 )
Dalam Bab 5 ini, pihak yang berkaitan perlu mewujudkan penghayatan bagi setiap lapisan warga pendidik. Bagi merealisasikan perkara ini, guru perlu melengkapkan diri mereka dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran serta perlu mempunyai nilai tambah bagi menghadapi cabaran dunia global. Tahap kompetensi seseorang guru itu juga perlu berada sekurang-kurangnya pada tahap optimum untuk menjadikan mereka bersedia menghadapi cabaran pada masa kini. Justeru, guru-guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam dan luar bilik darjah. Ini kerana tugas guru telah menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Tujuan
Profesion perguruan sering kali dikaitkan dengan pembangunan insan. Hal ini kerana, guru merupakan golongan paling rapat dalam pembangunan modal insan yang berkualiti. Pembangunan dalam dunia pendidikan tidak bermula dalam masa sehari dua tetapi ianya merupakan satu permulaan yang tiada akhirnya. Usaha demi usaha dilakukan bagi memastikan peranan guru dalam bidang pendidikan sentiasa diterima baik oleh para pelajar khususnya.
Dalam konteks masyarakat kini, guru dilihat sebagai model sosial yang baik dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan akademik dan sahsiah pelajar. Hal ini memerlukan kecekapan guru yang optimum demi kepentingan modal insan yang bertaraf dunia. Jadi, guru-guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan isu-isu semasa, adat dan budaya serta rajin menambah ilmu dengan mengikuti kursus-kursus, seminar dan bengkel demi menjadikan mereka semakin kompeten dalam bidang tugas masing-masing.
Kecekapan guru atau tahap kompetensi golongan ini sering dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Permohonan untuk menyertai profesion perguruan kini telah menjadi satu ikutan dalam kalangan pelajar lepasan sekolah. Hal ini telah menyebabkan berlakunya satu persoalan adakah golongan ini mempunyai kompetensi sewajarnya dalam mendidik anak bangsa? Ekoran daripada permasalahan tersebut, tajuk kompetensi guru dipilih untuk menyelidik sejauh mana tahap kompetensi dalam kalangan guru melalui bahan-bahan bacaan yang berkaitan.
Kaedah
Seramai 436 orang murid tingkatan lima telah dipilih sebagai responden dari lima buah sekolah berprestasi rendah SPM Sejarah 2002, 2003, dan 2004 di Perlis dan Pulau Pinang yang memperoleh min 36.08 ke bawah. Responden terdiri daripada dua kumpulan dalam nisbah yang hampir sama; Melayu dan bukan Melayu serta lelaki dan perempuan. Satu set instrument soal selidik telah digunakan dalam kajian ini untuk mengukur persepsi murid terhadap pengajaran guru Sejarah mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya perbezaan bagi aspek pengajaran guru Sejarah mengikut bangsa murid dan di antara lima aspek pengajaran guru Sejarah yang dikaji. Kajian ini mendapati aspek Kemahiran Mengajar Guru Sejarah (KMG) menyumbang kepada pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah berbanding aspek lain. Manakala korelasi antara aspek pengajaran guru Sejarah dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah Aspek Pekali Korelasi Signifikan Bilangan Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah guru Sejarah mengajar dengan lebih berkesan, kerana dengan pengajaran yang berkualiti dan berkesan sahajalah yang akan memastikan matlamat pendidikan Sejarah tercapai. Kajian ini menunjukan kompetensi guru dari aspek pedagogi khususnya kemahiran mengajar guru memberi impak kepada tahap pencapaian murid.
Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam bahagian Bintulu, Sarawak mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT. Guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan ICT ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sikap yang sedemikian agak membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Perkara yang sedemikian ada kaitannya pendedahan kepada guru Bahasa Melayu terhadap ICT di daerah yang berkenaan. Lanjutan daripada isu tersebut menyebabkan juga keyakinan guru-guru Bahasa Melayu untuk menggunakan ICT dalam pengajaran adalah sederhana. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka berkemungkinan guru-guru kita akan terus ketinggalan ilmu ICT, khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini lebih mengetengahkan sikap guru iaitu suatu bentuk kompetensi keperbadian guru yang pastinya memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan kita.
yang berkualiti. Mereka ini mampu melihat perbezaan individu mengikut keperluan dan menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Manakala kompetensi guru dalam memberi motivasi kepada pelajar dibuktikan rendah dan kompetensi guru dalam penggunaan bahan-bahan juga masih rendah. Guru-guru kurang kreatif dan bersikap negatif terhadap hasil kerja murid. Secara keseluruhan, responden bersetuju kompetensi pengetahuan subjek, latihan profesional, memahami keperluan pelajar dan profesionalisme dan komitmen dapat menjadi ciri-ciri kepada keberkesanan seseorang guru. Pengkaji juga mengenalpasti perkara-perkara yang membuatkan seseorang guru itu cemerlang ialah menggalakkan murid menyelesaikan sesuatu masalah secara inovatif, guru menggunakan pelbagai kaedah untuk mencapai sesuatu objektif, guru bijak menggunakan alat pengajaran, guru mempunyai teknik pengukuhan yang berkesan dan guru bijak mengurus bilik darjah. Dalam kertas kerja ini juga, membuktikan majoriti guru maklum perkara-perkara yang membuatkan mereka cemerlang tetapi mereka tidak mengamalkannya. Sekali lagi, sikap guru memainkan peranan penting, tahap kompetensi guru tidak mencapai seoptimum mungkin jika guru sekadar menjalan tugas tanpa penghayatan. Jadi, kajian ini membincangkan kompetensi secara meluas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek pedagodi, aspek keperbadian dan aspek profesional guru.
fokus kepada kompetensi guru dari aspek sosial dan pastinya hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk mengaitkan kecekapan sosial guru dengan perkembangan sosial kanak-kanak.
Perbincangan
Kompetensi guru ialah penguasaan pengetahuan, keterampilan dan sikap yang positif dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai agen pembelajaran. Hasil penelitian dari bacaan bahan-bahan ilmiah dapat dikatakan guru yang berkesan ialah guru yang sentiasa ingin membangunkan profesionalisma profesyen keguruannya. Untuk membangunkan profesionalisma guru terdapat empat domain yang perlu dititik berat oleh seseorang guru iaitu;
Kompetensi profesional adalah kemampuan guru untuk menguasai masalah akademik yang sangat berkaitan dengan pelaksanaan proses belajar mengajar sehingga kompetensi ini dimiliki guru dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik dan pengajar. Dari bacaan artikel Siddiqui. (2010), untuk mencapai tahap kompetensi profesional guru dibahagiakan kepada dua komponen penting iaitu latihan guru dan pembangunan profesional dan pembangunan professional dan pendidikan guru.
Kompetensi pedagogi iaitu kemampuan intelektual seperti penguasaan mata pelajaran, pengetahuan mengenai cara mengajar, pengetahuan mengenai belajar dan tingkah laku individu, pengetahuan tentang bimbingan dan pengetahuan tentang pengelolaan kelas, penilaian selepas pembelajaran, pengetahuan tentang kemasyarakatan serta pengetahuan umum yang lain. Kajian terhadap kompetensi pedagogi ini dibuktikan dalam arikel Ahmad, Abd Rahman dan T. Abdullah. (2009).
Kompetensi sosial ialah kemampuan guru dalam pelbagai keterampilan atau perilaku seperti keterampilan mengajar, membimbing, menilai, berkomunikasi dengan pelajar, keterampilan menyusun persiapan mengajar, hubungan profesional ketika berhubung bersama pelajar, memiliki kemampuan berkomuniksai sosial, dan memahami pelajar mengikut keperluan individu pelajar. Hal ini ada ditunjukkan dalam artikel Abdul-Majied. (2010), peranan guru dalam mengawal tingkahlaku kanak-kanak mempengaruhi perkembagan kecekapan sosial kanak-kanak.
Hasil bacaan dan perbandingan, keempat-empat artikel ini menyatakan ciri-ciri kompetensi guru dalam pelbagai aspek, namun empat domain utama kompetensi yang dinyatakan di atas saling berhubungkait dan saling mempengaruhi serta mendasari satu sama lain.
Rumusan
Kompetensi guru merupakan syarat utama dalam proses pembelajaran. Kompetensi didefinisikan sebagai pemilikan pengetahuan (konsep dasar keilmuan), ketrampilan yang diperlukan dalam menyelesaikan suatu pekerjaan dilapangan dan kemampuan sebagai guru dalam melaksanakan tugasnya. Kompetensi guru meliputi;
1. Kompetensi professional 2. Kompetensi keperibadian 3. Kompetensi pedagogi 4. Kompetensi sosial.
Rujukan
Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia.34(1), 53 – 66
Hui Ching, M. C., dan Badusah, J. (2010). Sikap Guru Bahasa Melayu terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(1), 59-65
Siddiqui, T.K. (2010). A Study of teacher competencies and teaching practices for