• Tidak ada hasil yang ditemukan

HURAIKAN PERJUANGAN POLITIK DR. BURHANUD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HURAIKAN PERJUANGAN POLITIK DR. BURHANUD"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG DR. BURHANUDDIN AL-HELMY

“Di atas runtuhan kota Melaka, kita bangunkan jiwa merdeka. Bersatu padulah

segenap baka, membela hak keadilan pusaka.” Itulah kata-kata keramat yang sering

diungkapkan oleh sosok tubuh seorang tokoh yang dikenali ramai dengan nama Dr.

Burhanuddin Al-Helmy. Nama Dr. Burhanuddin bukan lagi satu nama asing dalam lipatan

sejarah perjuangan kebangsaan dan politik di Malaysia. Anak jati Kampung Changkat

Tualang yang terletak di mukim Kota Bharu, daerah Taiping, Perak ini lahir pada 29

November 1911. Nama sebenar beliau ialah Burhanuddin bin Mohamad Noor dan beliau

dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana serta berlatarkan kehidupan di

kampung. Dr. Burhanuddin mempunyai keturunan darah campuran Minangkabau-Arab

yang mana bapanya iaitu Haji Mohamad Noor adalah merupakan perantau dari Batu

Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera.1

Gelaran Al-Helmy diperolehi beliau daripada bapanya yang digelar sebagai ‘Abi

Halim’. Bapa beliau disifatkan sebagai seorang yang tidak mementingkan kebendaan,

kesenangan dunia, sentiasa tersenyum dan tidak mudah marah sehinggakan bapanya ‘Abi

Halim’ oleh sesetengah rakan bapanya.2 Dengan itu, Dr. Burhanuddin menggunakan

gelaran ‘Al Hulaimi’ dan kemudiannya dipopularkan menjadi ‘Al-Helmy’ iaitu membawa

maksud orang yang tidak pemarah. Ibu Dr. Burhanuddin bernama Sharifah Zaharah

Habib Othman pula merupakan golongan atasan masyarakat Melayu yang berketurunan

Arab dan telah berhijrah ke Perak dari Melaka. Dr. Burhanuddin merupakan anak sulung

1 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 1.

(2)

daripada lapan orang adik beradik dan beliau lebih mesra dipanggil ‘Ayub’ dalam

kalangan ahli keluarganya.3

Sejak dari kecil beliau telah mendapat asuhan dan bimbingan daripada ibu

bapanya dari segi pendidikan agama. Beliau sudah bersembahyang fardu semenjak

usianya tiga tahun, khatam al-Quran ketika berumur sepuluh tahun dan mampu

menghafal lebih separuh dari isi kitab suci itu.4 Dari segi pendidikan pula, beliau

mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah Melayu seperti di Behrang Ulu, Bakap

dan Kota Bharu, Perak.5 Kemudian, beliau dan adiknya dihantar belajar di Sekolah

Agama Sungai Jambu di Sumatera oleh bapanya yang mahukan Dr. Burhanuddin

mempelajari bidang agama secara sepenuh masa. Di sana, beliau telah banyak menerima

pendedahan tentang gerakan menentang Belanda seperti gerakan yang dipimpin oleh

seorang agamawan bernama Haji Nordin dan secara tidak langsung telah menyemai

kesedaran beliau terhadap penjajahan Barat. Sekembalinya dari Sumatera, beliau telah

menyambung pengajiannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah.6 Selepas itu beliau

melanjutkan lagi pelajarannya di Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dari tahun 1927

hingga 1933 dan di sinilah beliau menerima pendedahan berkaitan dengan

majalah-majalah dari Timur Tengah serta gerakan Islam yang progresif.

Pendidikannya di peringkat tinggi pula bermula apabila beliau telah menerima

biasiswa yang dikeluarkan oleh sekumpulan saudagar India Islam di Pulau Pinang.

Menerusi biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran ke India pada tahun 1934

3 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 124. 4 Mohd Syakir Mohd Rosdi, ‘Dr. Burhanuddin Al-Helmi Dan Pembangunan Ekonomi Politik Islam Di Malaysia,’ Disertasi Sarjana, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2010, hlm. 80.

5 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 2.

(3)

iaitu di Universiti Aligarh, New Delhi dalam bidang falsafah dan sastera.7 Selepas dari

itu, beliau mendapat ijazah keduanya pada tahun 1939 dari Ismaeliah Medical College

pada tahun 1939 dalam bidang perubatan homeopati. Selain itu, beliau juga menerima

ijazah Doctor of Naturopathy (N.D) daripada School of Naturopathy, London dan Doctor

of Divinity daripada International Academy Canada serta beliau merupakan ahli

International Federation of Naturopath (I.F.N) dan Homoeopathic Physician Association

(H.P.A., London).8

Semasa di India beliau banyak menerima pendedahan berkaitan dengan

gerakan-gerakan menentang British yang dipimpin oleh tokoh seperti Mahatma Gandhi. Beliau

juga berkesempatan melawat Palestin yang ketika itu berada di bawah penjajahan British

sebelum beliau pulang ke kampung halamannya setelah tamat pengajian. Tidak lama

selepas itu, Dr Burhanuddin telah berhijrah ke Singapura yang terkenal dengan jolokan

syurga cerdik pandai Melayu berkumpul dan menerbitkan pelbagai akhbar bagi membina

kesedaran kebangsaan Melayu. Di sana, beliau telah bekerja di Madrasah al-Junid yang

dimiliki oleh keluarga al-Junid iaitu salah sebuah keluarga Arab yang kaya di Singapura.

Beliau bukan sahaja menjadi guru agama di sana akan tetapi beliau juga turut

berkecimpung dalam bidang penerbitan majalahnya yang diberi nama Taman Bahagia.

Majalah ini berkisarkan masalah hak orang Palestin yang telah digugat oleh British.

Penerbitan majalah ini telah membawa Dr. Burhanuddin kemudiannya ditangkap oleh

British kerana penulisannya didakwa mengancam kedudukan politik British.9

Tidak hanya bidang penerbitan, beliau juga terlibat dalam sebuah Persatuan Islam

di Singapura yang dikenali sebagai Jama’atul Islamiah dengan menjadi setiausaha

7 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 9.

8 Mohd Syakir Mohd Rosdi, ‘Dr. Burhanuddin Al-Helmi Dan Pembangunan Ekonomi Politik Islam Di Malaysia,’ Disertasi Sarjana, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2010, hlm. 86.

(4)

persatuan tersebut. Beliau turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan

membuka klinik perubatan homeopati di Johor dan di Singapura bersama-sama dengan

seorang doktor India bernama Dr. Rajah.10 Selama beliau menetap di Singapura, Dr.

Burhanuddin banyak bergaul rapat dan terdedah dengan pergerakan-pergerakan pemuda

Melayu yang berusaha untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah. Hal ini telah

mendatangkan minat dalam diri beliau dalam bidang politik dan pada tahun 1939 beliau

telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebagai ahli.11 Secara

keseluruhannya dapat dilihat bahawa perjuangan dan penglibatan Dr. Burhanuddin dalam

kepimpinan politik Melayu bermula di Singapura dan KMM merupakan platform

awalnya dalam bidang ini. Sepanjang tahun 1945-1957 dapat dilihat merupakan tempoh

masa perjuangannya yang penuh liku terutamanya dalam bidang politik. Perjuangannya

dapat dilihat melalui beberapa parti yang telah dianggotainya seperti Kesatuan Melayu

Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Hizbul Muslimin, Parti

Rakyat Malaysia dan juga Parti Islam Se-Malaysia.

PERJUANGAN DALAM KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Dr. Burhanuddin kepada

KMM ialah Naib Presiden KMM sendiri iaitu Mustapha Hussein semasa pertemuan

mereka di klinik Dr. Burhanuddin.12 KMM melihat bahawasanya Dr. Burhanuddin adalah

calon yang sesuai untuk diserapkan ke dalam KMM kerana perwatakan beliau yang

sememangnya anti-British dan anti-penjajahan. Di dalam KMM beliau tidak memegang

sebarang jawatan penting, hanya sekadar menjadi ahli biasa sahaja dan disebabkan itu

beliau tidak ditangkap oleh British pada tahun 1940 seperti ahli-ahli KMM yang lain iaitu

Ibrahim Haji Yaacob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam serta Sultan Djenain.

10 Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Persejarahan Melayu : Tradisi dan Transformasi, Kuala Lumpur: Tinta Publishers, 2011, hlm. 161.

11 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 17.

(5)

Walaupun penglibatannya dalam KMM pada tahap awal tidak begitu menonjol seperti

mana tokoh-tokoh lain akan tetapi permulaan kehadiran beliau dalam arena politik Tanah

Melayu adalah sememangnya dikesan melalui KMM.

Kemunculan Dr. Burhanuddin sebagai pemimpin dalam KMM mula menonjol

apabila beliau berkenalan dengan Ibrahim Haji Yaacob yang merupakan ketua pengarang

Warta Malaya dan juga pemimpin utama KMM. Beliau telah diiktiraf oleh Ibrahim

sebagai pemimpin Melayu yang penting jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh lain

seperti Ishak Haji Mohamad atau Ahmad Boestamam dan pengiktirafan ini menyebabkan

beliau bekerjasama dengan Jepun walaupun sebelumnya beliau menentang sebarang

bentuk penjajahan.13 Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah dilantik ke

salah satu jawatan tertinggi bagi anak tempatan dalam pentadbiran Jepun iaitu sebagai

Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu yang beribu pejabat di Markas

Pentadbiran Tentera Jepun di Taiping.14 Kedudukan yang diperoleh Dr. Burhanuddin

memberikan kesempatan kepada beliau untuk meyakinkan pemerintah Jepun bagi

mengadakan kongres Islam di antara Tanah Melayu dan Sumatera pada tahun 1944.

Kongres ini bertujuan untuk mencari fatwa dan menyatukan perasaan kekitaan dalam

kalangan umat Islam di kedua-dua belah pihak.

Kedudukan beliau juga telah beliau gunakan sebaiknya untuk memberi

perlindungan kepada Madrasah Gunung Semanggol yang berada di bawah pimpinan

Ustaz Abu Bakar al-Baqir daripada kekejaman pentadbiran tentera Jepun.15 Madrasah ini

juga dapat dilindungi daripada diceroboh dan dijadikan milik tentera Jepun. Beliau turut

menggunakan kedudukannya untuk melindungi penduduk di beberapa buah kampung di

Taiping daripada menjadi buruh paksa membina landasan kereta api maut di Burma. Pada

13 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 20.

14 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 26.

(6)

masa yang sama juga, pemimpin utama KMM iaitu Ibrahim Haji Yaacob telah merancang

kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama dengan Indonesia. Dr. Burhanuddin yang

sememangnya dipercayai oleh Ibrahim telah dibawa bersama dalam pertemuan antara

Ibrahim dengan Sukarno dan Dr. Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945 bagi

membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia di bawah Indonesia

Raya.

Kemudian, Dr. Burhanuddin telah diamanahkan oleh Ibrahim untuk mengadakan

satu persidangan bagi menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).

Tujuan KRIS ditubuhkan adalah untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang

Melayu bahawa mereka adalah sebahagian daripada Indonesia Raya.16 Mesyuarat pertama

KRIS dirancang diadakan pada 17 Ogos 1945 di Hotel Stesen, Kuala Lumpur dan akan

dihadiri oleh wakil-wakil pemuda Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan

Selatan Siam.17 Walaubagaimanapun, rancangan ini telah gagal dilaksanakan kerana pihak

Jepun telah menyerah kalah kepada pihak Berikat pada 14 Ogos 1945 berikutan

pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. KRIS juga terbubar begitu sahaja apabila Sukarno

telah mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 tanpa Tanah Melayu.18

Keadaan ini ditambah buruk lagi apabila Ibrahim telah meninggalkan Tanah Melayu dan

berangkat ke Indonesia sebagai pelarian politik kerana bimbang ditangkap oleh British

dengan meninggalkan Dr. Burhanuddin tanpa sebarang penjelasan. Dengan itu

berakhirlah perjuangan Dr. Burhanuddin dalam KMM yang telah dianggotainya sejak dari

tahun 1939 lagi.

PERJUANGAN DALAM PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)

16 Zainal Abidin Abdul Wahid, et al., Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 183.

17 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 27.

(7)

Selepas perjuangan Dr. Burhanuddin dalam KMM tidak menemui kejayaan dan

matlamat yang diinginkan, beliau kemudiannya telah beralih kepada sebuah lagi parti

politik yang tidak kurang pentingnya di Tanah Melayu iaitu Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM). PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 dan ditaja oleh Parti

Komunis Malaya (PKM) dengan tujuan untuk meluaskan pengaruh PKM dalam kalangan

orang Melayu.19 Dr. Burhanuddin pada asalnya telah dilantik menjadi Timbalan Yang

Dipertua PKMM walaupun beliau tidak hadir pada hari penubuhan PKMM kerana beliau

sedang berada di Singapura pada ketika itu. Kongres Pertama PKMM telah diadakan pada

30 November hingga 3 Disember 1945 dan selepas daripada kongres tersebut, Yang

Dipertua PKMM iaitu Mokhtaruddin Lasso telah menghilangkan diri. Rentetan dari itu,

Dr. Burhanuddin telah dilantik menggantikan Mokhtaruddin sebagai Yang Dipertua

PKMM manakala Ishak Haji Mohamad pula dilantik sebagai Naib Yang Dipertua

PKMM.20

Walaupun Dr. Burhanuddin berkesempatan menyandang jawatan selaku Yang

Dipertua PKMM, akan tetapi beliau bukanlah individu yang terlibat secara langsung

dalam pengasasan PKMM. Beliau sebaliknya telah dijemput untuk menjadi pemimpin

dan dengan itu beliau tidak dapat menentukan corak politik serta dasar PKMM sejak dari

peringkat awal lagi.21 Hal ini menyukarkan beliau untuk menolak pengaruh komunis

yang telah sedia ada menular dalam parti tersebut yang mana telah dibawa oleh PKM sejak dari awal. Penguasaan dan campur tangan PKM dalam PKMM dapat dilihat apabila ejen-ejen PKM melalui Mokhtaruddin Lasso dan Arshad Ashaari telah menyertai

akhbar Suara Rakyat yang baru sahaja diterbitkan. Akhbar ini dikatakan telah dirampas

19 Ramlah Adam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy : Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam PKMM 1946-1948,

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1993, hlm. 2.

20 Kamarudin Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy Pemikiran dan Perjuangan, Kuala Lumpur: Ikdas Sdn. Bhd., 2000, hlm. 6.

(8)

dari Ahmad Boestamam dan dijadikan suara rasmi PKM bagi orang Melayu.22 Bukan itu

sahaja, campur tangan PKM dalam PKMM turut dapat dilihat apabila beberapa orang

tokoh komunis seperti Sultan Djenain, Rashid Maidin dan Abdullah C.D. telah dilantik

menjadi penasihat dan anggota PKMM.

Dr. Burhanuddin sedia maklum akan hal ini dan telah menyedarinya sejak dari

awal lagi. Namun begitu, beliau bukanlah seorang komunis atau telah dipengaruhi oleh komunisme kerana latar belakang pendidikan Islam yang diterima oleh beliau sebelum ini adalah sangat kuat. Kepimpinan Dr. Burhanuddin dalam PKMM pada peringkat awal dapat dilihat melalui kongres-kongres PKMM yang diadakan di beberapa

buah tempat seperti di Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka. Beliau sering kali mengutarakan

resolusi utamanya iaitu “Malaya sebahagian dari Indonesia dan Sang Saka Merah Putih

adalah bendera kebangsaan”.23 Di bawah pimpinan beliau juga, PKMM telah turut serta

dalam perjuangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union. Dr. Burhanuddin

telah mewakili PKMM dalam perhimpunan pertubuhan-pertubuhan Melayu pada 11 Mei

1946 di Kelab Sultan Sulaiman yang kemudiannya membawa kepada penubuhan UMNO

di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar.24 Dr. Burhanuddin dilihat jelas menerima UMNO

dan kepimpinan Dato’ Onn Jaafar sehinggakan beliau selaku ketua delegasi PKMM telah

menandatangani Piagam UMNO 1946. Akan tetapi tindakan beliau ini tidak disenangi

oleh PKM yang merupakan penaja utama PKMM.

PKM menyatakan ketidakadilan UMNO kerana memberi undi yang kecil kepada

PKMM dan bagi PKM, PKMM harus diberi suara undi yang lebih besar kerana pengaruh

PKMM adalah lebih besar jika dibandingkan dengan persatuan-persatuan lain. pada masa

yang sama Ahmad Boestamam juga mempersoalkan pendirian Dr. Burhanuddin yang

22 Ramlah Adam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy : Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam PKMM 1946-1948, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1993, hlm. 3.

23 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 37.

(9)

menyokong UMNO. Ahmad Boestamam juga dilihat sama seperti PKM yang tidak begitu

bersetuju dengan pendirian Dr. Burhanuddin terhadap UMNO. Ahmad Boestamam

kemudiannya bertindak menarik PKMM keluar dari UMNO pada bulan Jun 1946 semasa

menghadiri persidangan UMNO di Ipoh dengan alasan PKMM kalah dalam undian

menentukan bendera rasmi UMNO.25 Namun begitu, PKMM di bawah pimpinan Dr.

Burhanuddin masih tidak dapat menyaingi pengaruh UMNO yang didukung oleh struktur

politik tradisional Melayu serta mendapat sokongan padu termasuklah dari golongan

bangsawan dan juga sultan-sultan Melayu.

Selepas sahaja keluar dari UMNO, PKMM dilihat telah memberikan sokongan

terhadap Malayan Union. Sokongan ini ternyata bertentangan dengan arus politik

sebilangan besar orang Melayu dan Raja-raja Melayu yang menentang Malayan Union.

Sokongan PKMM di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin terhadap Malayan Union dapat

dilihat apabila mereka menghantar wakil dalam upacara pelantikan Gabenor Malayan

Union yang mana upacara tersebut telah dipulaukan oleh UMNO dan Raja-raja Melayu.

Tujuan Dr. Burhanuddin dan PKMM menyokong Malayan Union adalah untuk meraih

sokongan dari pihak British dan sekiranya British memberikan kemerdekaan kepada

Tanah Melayu maka PKMM berharap ahli-ahli mereka akan diterima sebagai pemimpin

Melayu.26

Namun demikian, apa yang diharapkan oleh Dr. Burhanuddin dan PKMM tidak

kesampaian. Hal ini demikian kerana British lebih memilih untuk bekerjasama dengan

UMNO berbanding dengan PKMM. Sifat UMNO yang sederhana serta tidak dipengaruhi

oleh sebarang unsur radikal atau komunisme seperti PKMM adalah lebih sesuai dengan

British dan ditambah lagi dengan sokongan Raja-raja Melayu terhadap UMNO menjadi

25 Ramlah Adam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy : Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam PKMM 1946-1948, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1993, hlm. 14.

(10)

daya penarik kepada British untuk bekerjasama dengan UMNO. Keadaan ini

membuatkan Dr. Burhanuddin dan PKMM tidak berpuas hati dan menentang British,

UMNO dan Raja-raja Melayu. Tentangan yang dibuat dapat dilihat melalui bantahan

pembentukan Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan bertujuan untuk mendraf

perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. Bantahan ini dibuat kerana

PKMM tidak diajak berunding oleh British dan Raja-raja Melayu untuk mendraf

perlembagaan tersebut. Walaupun tentangan dilakukan, Dr. Burhanuddin dan PKMM

masih lagi tidak dapat mengatasi pengaruh UMNO yang didukungi oleh struktur politik

tradisional Melayu yang dipergunakan UMNO dengan sebaiknya. Dengan itu, Dr.

Burhanuddin dan PKMM telah mencari alternatif baru untuk menentang British dan

UMNO dan pada masa yang sama meraih sokongan masyarakat tempatan.

PERJUANGAN DALAM PUSAT TENAGA RAKYAT (PUTERA)

Kegagalan PKMM di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin dalam melakukan

penentangan terhadap British dan UMNO telah menyebabkan beliau mencari alternatif

baru untuk berpolitik. Rentetan itu, pada bulan Februari 1947 Pusat Tenaga Rakyat

(PUTERA) telah ditubuhkan oleh PKMM bersama-sama dengan Angkatan Pemuda Insaf

(API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan beberapa buah badan politik lain seperti

Barisan Tani Malaya (BATAS) dan Gerakan Angkatan Muda (GERAM).27 Selain

menubuhkan PUTERA, strategi lain yang menjadi pilihan Dr. Burhanuddin dan PKMM

ialah bekerjasama dengan bangsa lain. hal ini dapat dilihat menerusi persidangan PKMM

di Dewan TPCA, Kampung Baru pada 18 Oktober 1946 di mana dasar bekerjasama dengan bangsa lain untuk mendapatkan keamanan telah menjadi pendekatan politiknya yang baru.28 Oleh itu, PUTERA yang baru sahaja ditubuhkan telah

27 Kamarudin Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy Pemikiran dan Perjuangan, Kuala Lumpur: Ikdas Sdn. Bhd., 2000, hlm. 6.

(11)

bekerjasama dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) bagi menentang

British dan UMNO.

Penggabungan antara PUTERA dengan AMCJA dibuat pada 2 Disember 1947

bukan sahaja merupakan gabungan pergerakan politik Melayu dan bukan Melayu yang

pertama di tanah air bahkan gabungan ini juga bersatu di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin dan menerima konsep serta idea “Kebangsaan Melayu” dan “Hak Ketuanan Melayu”.29 Dr. Burhanuddin juga telah dilantik menjadi Penasihat Kehormat PUTERA manakala Ishak Haji Mohamad dilantik sebagai Pengerusi PUTERA dan Naib

Pengerusi PUTERA pula disandang oleh Ahmad Boestamam serta Mahmud Idris.30

Dengan jawatan sebagai Penasihat Kehormat PUTERA, ini bermakna kepimpinan Dr.

Burhanuddin tidak begitu menonjol jika dibandingkan dengan kepimpinan Ishak Haji

Mohamad yang memegang jawatan sebagai Pengerusi PUTERA. AMCJA pula telah

dipimpin oleh Tan Cheng Lock yang merupakan seorang tokoh perniagaan dan tokoh

politik Cina yang sangat penting. Kerjasama PUTERA yang disifatkan sebagai golongan

radikal Melayu dengan AMCJA kemudiannya telah membawa kepada lahirnya

“Perlembagaan Rakyat” pada 10 Oktober 1947.31

Perlembagaan ini mengandungi 10 prinsip perlembagaan rakyat yang tidak

memberikan tumpuan kepada taat setia Melayu terhadap Tanah Melayu dan turut tidak

mengiktiraf kuasa politik orang Melayu. Hal ini sangat bertentangan dengan hasrat

sebahagian besar orang Melayu dan menyebabkan Perlembagaan Rakyat ditolak sama

sekali. Sebagai satu tindak balas, Jawatankuasa Kempen Perlembagaan

PUTERA-AMCJA telah menganjurkan rapat-rapat umum dan hartal di seluruh negara yang

29 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 28.

30 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 72.

(12)

berlangsung pada 19 Oktober 1947.32 Hartal atau tindakan mogok perdagangan dan

perniagaan di seluruh negara ini dijalankan bertujuan untuk membantah cadangan

Perlembagaan British-UMNO dan juga sebagai tindakan susulan akibat kegagalan

Perlembagaan Rakyat. Namun demikian, hartal yang dijalankan tidak berjaya kerana

tidak mendapat sambutan serta sokongan masyarakat tempatan ketika itu. Kemudian,

dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan pada 21 Januari 1948 oleh Raja-raja Melayu

dan British di King’s House, Kuala Lumpur maka berakhirlah harapan dan impian Dr.

Burhanuddin dan kumpulannya untuk menjatuhkan UMNO dan Perjanjian 1948.33

PERJUANGAN DALAM HIZBUL MUSLIMIN (HM)

Selepas pimpinan Dr. Burhanuddin dalam PKMM dan PUTERA pada tahun 1947

tidak membawa sinar kejayaan, beliau telah mengambil keputusan dengan memilih untuk

bergerak dalam menegakkan idealisme Islam sebagai satu ideologi politiknya. Keadaan ini juga dapat dilihat sebagai satu strategi Dr. Burhanuddin untuk mencari tapak

baru dalam bidang politik. Oleh yang demikian, beliau lebih fokus untuk menyertai

gerakan politik yang lebih bersifat Islam dari segi ideologinya. Bibit-bibit sebelum Dr.

Burhanuddin beralih arah kepada gerakan yang bercorak Islam dapat dilihat semasa

beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PKMM lagi. Hal ini kerana semasa beliau

menjadi Yang Dipertua PKMM, beliau telah mendapatkan kawan-kawannya di Maahad

Il-Ihya Assyarif untuk menganjurkan Persidangan Ekonomi-Agama se-Malaya pada

22-24 Mac 1947.34 Melalui persidangan ini telah tercetusnya penubuhan Pusat Perekonomian

Melayu se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Agama Tertinggi se-Malaya (MATA).

32 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 29.

33 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 90.

(13)

Hizbul Muslimin (HM) pula ditubuhkan pada 14 Mac 1948 pada hari kedua

persidangan MATA yang diadakan di Madrasah Il Ihya Assyarif, Gunung Semanggol

dengan tujuan untuk mengawasi dan memajukan politik orang Islam, tegasnya orang

Melayu.35 Hal ini demikian kerana Dr. Burhanuddin merasakan bahawa UMNO tidak

memainkan peranan yang sewajarnya dalam menjaga kepentingan agama Islam manakala

PKMM pula dilihat telah diresapi unsur komunis yang dibawa oleh penajanya iaitu PKM.

Oleh kerana itu, sebuah parti baru yang berjuang menggunakan landasan Islam baik dari

segi falsafah mahupun dari segi pendekatan wajar ditubuhkan. Penubuhan HM yang

membawa dasar perjuangan “Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa

Melayu yang berdaulat, menciptakan masyarakat berdasarkan Islam dan mencapai Tanah

Melayu Darul Islam”36 dilihat sesuai dalam keadaan politik di Tanah Melayu yang masih

lagi tidak mempunyai sebuah parti memperjuangkan kepentingan Islam.

Namun begitu, pengaruh radikal PKMM melalui penglibatan

pemimpin-pemimpinnya seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Mohamad tidak dapat

membersihkan nama HM sebagai sebuah parrti yang benar-benar bersifat Islam. Hal ini

telah menyebabkan golongan Melayu konservatif tidak memberikan sokongan terhadap

HM. Bagi British pula, HM adalah satu kesinambungan kegiatan PKMM dan PKM

dalam politik orang Melayu Semenanjung. Undang-Undang Darurat yang diisytiharkan

oleh British pada bulan Julai 1948 telah membawa pengakhiran kepada penglibatan Dr.

Burhanuddin dalam HM. Hal ini demikian kerana pemerintahan British telah menangkap

pemimpin politik yang disifatkan sebagai radikal termasuklah

pemimpin-pemimpin HM.37 Namun demikian, Dr. Burhanuddin terlepas daripada penangkapan

35 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 93.

36 Zainal Abidin Abdul Wahid, et al., Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 204.

(14)

tersebut berikutan beberapa sebab. Antaranya termasuklah penglibatan beliau dalam HM

bukan suatu penglibatan yang tegas kerana beliau hanya menjadi ahli jawatankuasa

mendraf perlembagaan dan memungut derma untuk membantu rakyat Islam Palestin

sahaja.

PERJUANGAN DALAM GERAKAN NATRAH

Dengan berlakunya penangkapan terhadap pemimpin-pemimpin utama Hizbul

Muslimin, maka dapat dilihat perjuangan Dr. Burhanuddin dalam parti tersebut adalah

tidak kesampaian. Selepas daripada kejadian tersebut, Dr. Burhanuddin telah berhijrah ke

Singapura dan membuka klinik homeopati di Jalan Sultan, Geylang, Singapura.38 Semasa

keberadaan beliau di Singapura, Dr. Burhanuddin telah ditangkap pada bulan Disember

1950 kerana terlibat dalam tunjuk perasaan menentang keputusan Mahkamah Tinggi

Singapura yang menolak kesahihan perkahwinan Natrah iaitu seorang wanita

berketurunan Belanda yang telah berkahwin dengan seorang pemuda Melayu.39 Menurut

keputusan Mahkamah Tinggi Singapura, Natrah perlu kembali semula kepada keluarga

asalnya iaitu Adrianus Petus Hertogh dan kembali memeluk agama Kristian.

Natrah yang telah dibesarkan oleh ibu angkatnya Aminah telah dikahwinkan

dengan Mansor Adabi semasa berusia 14 tahun dan kemudian ibu bapa kandungnya telah

menuntut semula Natrah dengan menggunakan perundangan Barat.40 Keputusan

Mahkamah Tinggi Singapura yang menyatakan bahawa Natrah perlu kembali semula

kepada keluarga asalnya serta kembali memeluk Kristian dilihat oleh Dr. Burhanuddin

sebagai satu penghinaan dan pencabulan kepada agama Islam dan maruah orang Islam.

Dr. Burhanuddin telah menggunakan akhbar Melayu Raya untuk membantah keputusan

Mahkamah Tinggi Singapura bersama dengan rakan-rakanya dari PKMM. Bantahan Dr.

38 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 137. 39 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 103.

(15)

Burhanuddin dan rakan-rakannya telah menjadi sebuah gerakan politik Melayu yang

penting pada tahun 1950.

Satu Jawatankuasa Tindakan Perkara Natrah juga telah ditubuhkan pada 14

Disember 1950 dengan Dr. Burhanuddin dan Abdul Muhamad sebagai tokoh-tokoh

utamanya.41 Antara tindakan yang diambil oleh jawatankuasa ini termasuklah

mengadakan tunjuk perasaan yang membawa kepada pertempuran di antara anggota polis

dan orang ramai serta penangkapan Dr. Burhanuddin sendiri. Rentetan daripada

penangkapan itu, Dr. Burhanuddin telah dipenjarakan di Pulau Sekijang iaitu berhampiran

dengan Singapura dan beliau dibebaskan pada awal tahun 1952 dengan syarat beliau tidak

lagi boleh melibatkan diri dalam sebarang kegiatan politik.42 Berikutan itu, sebaik sahaja

dibebaskan Dr. Burhanuddin telah memberikan tumpuan kepada kedoktoran homeopati

yang dijalankan oleh beliau sebelum ini.

PERJUANGAN DALAM KONGRES PEMUDA MELAYU SE-MALAYA (KPMSM)

Selepas dibebaskan dari tahanan, Dr. Burhanuddin telah dijemput menghadiri

Kongres Pemuda Melayu Se-Malaya (KPMSM) yang diadakan pada 8 April 1955 dengan

tujuannya melahirkan satu barisan depan menentang UMNO dan Perikatan dalam Pilihan

Raya Persekutuan pada tahun 1955.43 Melalui kongres tersebut, lahir sebuah persatuan

politik iaitu Barisan Kebangsaan Melayu (BKM) yang dibentuk pada 10 April 1955 dan

Dr. Burhanuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Kongres

manakala Ishak Haji Mohamad dilantik sebagai naibnya, Dato’ Onn dilantik sebagai

bendahari, Abdul Wahab Majid dilantik sebagai setiausaha serta Zulkifli Mohamad

41 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 105.

42 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 30-31.

(16)

sebagai ketua jawatankuasa politik.44 Kongres ini telah menggunakan ikrar ‘satu bangsa,

satu negara dan satu agama’ untuk mencapai tujuan iaitu menyatukan seluruh tenaga

pemuda Melayu bagi membentuk kebangsaan Melayu.

Pada bulan yang sama, kongres ini juga telah melantik Dr. Burhanuddin sebagai

wakil mereka ke Persidangan Afro-Asia yang diadakan di Bandung.45 Persidangan ini

merupakan satu persidangan negara-negara Asia yang memilih dasar berkecuali dalam

hubungannya dengan negara-negara luar. Tujuan persidangan ini juga adalah untuk

menganjurkan forum antarabangsa bagi negeri-negeri yang masih terjajah supaya dapat

berbincang dan mencari langkah yang wajar bagi tindakan politik mereka. Semasa beliau

berada di Bandung, beliau telah bertemu dengan Ibrahim Haji Yaacob iaitu sahabat

lamanya. Pertemuan ini mengeratkan semula perhubungan politik yang telah terputus dan

juga dapat menghasilkan satu ikatan serta persefahaman politik yang baru. Kehadiran Dr.

Burhanuddin dalam persidangan tersebut telah membangkitkan perasaan berpolitik yang

begitu menggalakkan orang Melayu di luar UMNO dan beliau dilihat sebagai seorang

pemimpin yang berusaha untuk memerdekakan Tanah Melayu dengan kemampuannya

yang ada iaitu mencari simpati masyarakat antarabangsa.46 Dalam KPMSM juga, Dr.

Burhanuddin dilihat telah berjaya merapatkan dan menguatkan lagi sokongan Indonesia

terhadap kegiatan politiknya di Tanah Melayu. Beliau juga diiktiraf oleh parti-parti politik

Indonesia sebagai seorang tokoh politik di Tanah Melayu yang bersifat dinamik.

PERJUANGAN DALAM PARTI RAKYAT MALAYA (PRM)

Disebabkan oleh kredibiliti kepimpinan Dr. Burhanuddin yang ramai sedia

maklum, beliau telah didesak oleh beberapa orang pemimpin radikal seperti Ishak Haji

Mohamad, Harun Mohamad Amin dan A. M. Azahari untuk menubuhkan sebuah parti

44 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 117-119.

45 Talib Samat, Kenali Tokoh Berjasa, Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications, 2010, hlm. 223.

(17)

baru bagi kegiatan politik mereka. Oleh yang demikian, sebaik sahaja British bertindak

membebaskan tahanan-tahanan politik termasuk Ahmad Boestamam pada tahun 1955, Dr.

Burhanuddin telah merancang untuk menubuhkan Parti Rakyat Malaya (PRM)

bersama-sama dengan Ahmad Boestamam pada 11 November 1955.47 Dalam PRM, Dr.

Burhanuddin boleh dianggap sebagai individu utama yang mencetuskan idea penubuhan

PRM. Walaupun Dr. Burhanuddin tidak menjadi anggota parti, beliau telah menerima

jawatan sebagai Penasihat PRM dan pengaruhnya dalam kalangan anggota PRM adalah

besar sehingga kebanyakan isu dan keputusan parti dirujuk kepada beliau sebelum

dirumus.48

Jawatan Presiden PRM pula disandang oleh Ahmad Boestamam setelah mendapat

persetujuan bersama dengan Dr. Burhanuddin. Dr. Burhanuddin tidak mahu menyandang

jawatan pemimpin tertinggi dalam PRM kerana beliau ingin mengumpulkan golongan

nasionalis dan agama, supaya golongon-golongan ini akan menyokong PRM dengan

kepimpinan yang telah ditetapkan. Namun begitu terdapat juga penulisan yang

menyatakan bahawa tindakan Dr. Burhanuddin untuk tidak terlibat sebagai pemimpin

tertinggi PRM adalah kerana beliau takut pisang berbuah dua kali.49 Hal ini bermaksud

bahawa Dr. Burhanuddin bimbang sekiranya beliau menyandang jawatan tertinggi dalam

PRM, pimpinan beliau akan dicemari dengan campur tangan pemimpin radikal Melayu

lain seperti yang berlaku semasa beliau memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua

PKMM.

47 Talib Samat, Kenali Tokoh Berjasa, Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications, 2010, hlm. 223.

48 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 32.

(18)

PERJUANGAN DALAM PARTI ISLAM SE-MALAYA (PAS)

Walaupun Dr. Burhanuddin merupakan antara tulang belakang yang melahirkan

PRM akan tetapi beliau dilihat masih lagi tidak bertemu dengan sebuah parti yang boleh

dikatakan secocok dengan jiwa serta perjuangan beliau. Kesempatan inilah yang diambil

oleh PAS dengan membawa Dr. Burhanuddin menjadi pemimpin parti mereka.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23

Ogos 1951 apabila para ulama yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan

sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama Se-Malaya yang kemudiannya

diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu

persidangan ulama Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai.50 PAS

sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan orang Islam di Tanah Melayu

pada ketika itu tidak berkembang dengan begitu cemerlang kerana faktor kelemahan

kepimpinannya.

Oleh yang demikian, tindakan membawa masuk Dr. Burhanuddin untuk dijadikan

sebagai pemimpin PAS adalah langkah yang disifatkan sebagai terbaik bagi mengatasi

masalah tersebut. Semasa persidangan PRM di Ipoh pada 10 November 1956, Dr.

Burhanuddin telah dilamar oleh pucuk pimpinan PAS secara rasmi iaitu melalui Haji

Wahab Nur yang telah mengemukakan hal ini kepada Dr. Burhanuddin sendiri.51 PAS

juga dilihat begitu bersungguh untuk mendapatkan khidmat Dr. Burhanuddin sebagai

pemimpin mereka. Hal ini dapat dilihat apabila beberapa orang delegasi PAS telah

menemui Dr. Burhanuddin yang ketika itu berada di Kampung Pacitan, Singapura dan

hasilnya Dr. Burhanuddin telah bersetuju menjadi anggota PAS pada 14 Disember 1956

50 http://www.tarbawi.my/p/sejarah-perjuangan-parti-islam-se.html (tarikh diakses 6 Nov. 2016).

(19)

sebelum dilantik menjadi Yang Di Pertua Agung PAS dalam Mesyuarat Agung Tahunan

PAS Kelima pada 25 Disember 1956.52

PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin banyak mengkritik kerajaan Parti

Perikatan dalam usahanya menuntut kemerdekaan. Sebagai contoh PAS telah

menganjurkan Kongres Melayu Yang Kedua pada Mac 1957 yang bertujuan untuk

membahas serta menolak dasar kerakyatan jus soli, menuntut supaya Bahasa Melayu

didaulatkan sebagai bahasa rasmi negara dan menegaskan dasar persamaan hak politik

bagi semua warganegara.53 Namun begitu apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957, Dr. Burhanuddin dan PAS terpaksa akur dan tunduk dengan

kehendak serta sokongan rakyat Tanah Melayu yang berbilang bangsa terhadap Parti

Perikatan. Walaubagaimanapun, Kehadiran Dr. Burhanuddin dalam PAS sememangnya

tidak dapat dinafikan telah membawa kecemerlangan kepada parti tersebut.

Hal ini dapat dibuktikan apabila PAS cemerlang dalam pilihan raya umum tahun

1959 kerana dapat menawan Kelantan dan Terengganu.54 Pada masa yang sama juga, Dr.

Burhanuddin sendiri telah memenangi kawasan Parlimen Besut dan berjaya menjadi salah

seorang daripada 13 orang wakil PAS bagi mengisi kerusi parlimen. Beliau diberi

kepercayaan untuk menjadi Ahli Parlimen sehingga tahun 1964 dan sepanjang tempoh

masa tersebut, beliau dilihat begitu lantang menentang kerajaan terutamanya apabila idea

Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau masih lagi mendukung ideologi

Melayu Raya yang sering diperjuangkannya sejak sekian lama akan tetapi cita-citanya

yang besar itu tidak terlaksana dan dilihat telah gagal apabila Malaysia ditubuhkan pada

16 September 1963 dengan menggabungkan negeri-negeri jajahan takluk British di

52 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 33.

53 Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997, hlm. 34.

(20)

Borneo, Singapura serta Persekutuan Tanah Melayu.55 Pada bulan Mac 1964 perkara tidak

baik berlaku terhadap PAS dan Dr. Burhanuddin apabila beliau telah dituduh pecah

amanah oleh mahkamah dan didapati bersalah serta didenda sebanyak $25 000.00 kerana

menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Malay-German Shipping

Company secara haram.56 Rentetan itu, beliau tidak lagi boleh menjadi Ahli Parlimen PAS

dan secara tidak langsung imej beliau sebagai pejuang rakyat turut tercemar.

KESIMPULAN

Keadaan Dr. Burhanuddin boleh diibaratkan seperti jatuh ditimpa tangga apabila

pada bulan Januari 1965 beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

kerana dituduh terlibat dalam satu plot untuk menentang Malaysia.57 Beliau dituduh

terlibat dalam usaha menubuhkan National Front bagi membantu Indonesia serta terlibat

dalam pembentukan kerajaan buangan di Indonesia. Segala tuduhan terhadap Dr.

Burhanuddin telah dimuatkan dalam Kertas Putih Kerajaan yang bertajuk A Plot Is

Exposed.58 Menurut laporan tersebut, beliau dikatakan bersama dengan beberapa anggota

pembangkang lain seperti Dato’ Raja Abu Hanifah, Aziz Ishak, Ishak Haji Mohamad dan

Nazar Nong telah bekerjasama dengan ejen-ejen serta kerajaan Indonesia untuk

membantutkan Malaysia yang baru ditubuhkan. Beliau berada dalam tahanan kira-kira

setahun dan dibebaskan pada 14 Mac 1966.

Kesihatan Dr. Burhanuddin selepas peristiwa itu semakin memburuk dan kerajaan

Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah memberikan jasa baiknya untuk

mendapatkan rawatan perubatan di Australia sebelum Dr. Burhanuddin meninggal dunia

pada tanggal 10 Oktober 1969 di rumah isterinya iaitu Puan Cik Suri Bt. Yahaya di

55 Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 141. 56 Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 225.

57 Kamarudin Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy Pemikiran dan Perjuangan, Kuala Lumpur: Ikdas Sdn. Bhd., 2000, hlm. 8.

(21)

Taiping, Perak.59 Dengan itu, berakhirlah tirai perjuangan seorang Burhanuddin yang

lebih mesra disapa dengan gelaran ‘Pak Doktor’. Sememangnya perjuangan politik

seorang Burhanuddin Al-Helmy adalah panjang dan penuh liku untuk disimpulkan.

Penglibatan Dr. Burhanuddin sejak dari awal melalui KMM sehinggalah membawa

kepada PAS bukanlah memakan satu jangka masa yang pendek dan sudah tentu

perjuangan beliau tidak boleh dipandang sebelah mata.

Walaupun perdebatan mengenai status beliau sama ada wajar digelar sebagai

seorang nasionalis ataupun tidak masih tidak mendapat kesepakatan, namun ianya bukan

suatu yang perlu dijadikan fokus utama. Apa yang lebih penting ialah ketokohan politik

dan kredebiliti dalam kepimpinan yang ditonjolkan oleh beliau dalam setiap persatuan

serta parti yang disertainya. PKMM dan PAS merupakan dua buah parti yang menyerlah

semasa di bawah pimpinannya. PKMM di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin walaupun

pada dasarnya tidak berjaya mendapat sokongan penduduk Tanah Melayu seperti UMNO

namun kewujudannya sedikit sebanyak dapat membuka mata pelbagai pihak terutamanya

British tentang wujudnya golongan radikal Melayu yang sentiasa bersemangat dalam

usaha memerdekakan tanah air mereka. PAS pula merupakan parti politik yang paling

menyerlah semasa berada di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin dan kenyataan ini diakui

oleh banyak pihak.

Kehadiran beliau di dalam PAS dilihat membawa sinar dan pengharapan untuk

PAS terus berdiri dan menjadi pengkritik utama setiap tindakan kerajaan Persekutuan.

Tidak kira apa sahaja parti politik yang dianggotai oleh Dr. Burhanuddin, ideologi

kebangsaan Melayunya tetap dibawa dan diperjuangkan. Beliau merupakan putera tanah

air yang menghabiskan sebahagian dari usianya untuk memperjuangkan ideologi

kebangsaan Melayu bersama dengan aspirasi bangsa dan cita-citanya untuk melihat

(22)

bangsa Melayu muncul sebagai bangsa terbesar di dunia ini. Kenyataan ini sangat cocok

dengan gelaran ‘Bapa Kebangsaan Melayu’ yang diberikan kepadanya oleh sahabat beliau

Ahmad Boestamam. Walaupun ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Dr.

Burhanuddin kecundang dalam perjuangannya akibat memilih ideologi politik radikal

namun perjuangan beliau selaku tokoh politik yang bersifat pragmatik telah membawa

kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat dan agama serta wajar diberi

penghormatan dan penghargaan.

(23)

Abdullah Zakaria Ghazali dan Adnan Haji Nawang (editor), Biografi Tokoh Pilihan

Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1997.

Kamarudin Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmy Pemikiran dan Perjuangan, Kuala

Lumpur: Ikdas Sdn. Bhd., 2000.

Mohd Syakir Mohd Rosdi, ‘Dr. Burhanuddin Al-Helmi Dan Pembangunan Ekonomi

Politik Islam Di Malaysia,’ Disertasi Sarjana, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2010.

Muhd. Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Persejarahan Melayu : Tradisi dan Transformasi,

Kuala Lumpur: Tinta Publishers, 2011.

Ramlah Adam, Burhanuddin Al-Helmy Suatu Kemelut Politik, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1996.

Ramlah Adam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy : Kajian Mengenai Kegiatannya Dalam

PKMM 1946-1948, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1993.

Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

1999.

Talib Samat, Kenali Tokoh Berjasa, Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications, 2010.

Zainal Abidin Abdul Wahid, et al., Malaysia Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Referensi

Dokumen terkait

Butir- butir pemikiran tersebut adalah (1) Fenomenologi memandang manusia sebagai makhluk yang memiliki kesadaran, dimana kesadaran itu selalu mengenai sesuatu; (2)

Aplikasi Simulasi Picking Process telah berhasil dibuat dengan menggunakan metode Game Development Life Cycle yang menghasilkan aplikasi simulasi training berbasis

Pemakaian komponen desain komunikasi visual pada desain user interface Grab, Go-Jek dan Uber akan membantu penyajian informasi yang jelas mengenai visi misi perusahaan dalam

Gambar 2 tersebut memperlihatkan bahwa implementasi pelatihan tentang pembelajaran berbasis kecer dasan jamak telah dapat meningkatkan pemahaman guru tentang proses

Pada pemerik!aan r*ntgen t'*raC, ditemukan adanya gam&aran radi*paIue '*m*gen di !eluru' 'emit'*raC kanan yang ditemukan adanya gam&aran radi*paIue '*m*gen di !eluru'

Karena ukurannya yang tergolong besar dengan tingkat resolusi yang tinggi, maka layar ini bisa digunakan untuk meningkatkan produktivitas dengan membagi layarnya menjadi 2 atau

Department, Teacher Training and Education Faculty, Muria Kudus University. Keyword: students’ problem, listening. Listening is the ability to understand what others

Manajemen Terpadu Balita Sakit (MTBS) atau Interited Management of Childhood Illness (IMCI) merupakan suatu pendekatan yang terintegrasi atau terpadu dalam tatalaksana balita