• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Amali 24 Tanah Biota Rantai dan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Laporan Amali 24 Tanah Biota Rantai dan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Praktikal 1: Ekosistem Tanah -

Tanah Biota, Rantai dan Siratan Makanan

Pengenalan

Konsep ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur

yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat.

Ekosistem boleh dikaji dan dibahagikan kepada skop yang luas serta

menerangkan situasi hubung kait antara hidupan dengan alam semula jadi.

Sebuah ekosistem yang terdiri daripada tumbuhan, haiwan dan faktor

abiotik saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan

tenaga. Sebagai contohnya tumbuhan (pengeluar) akan mengumpul tenaga hasil

daripada proses fotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat.

Haiwan pemakan tumbuhan (pengguna primer) pula akan memperolehi

tenaganya dengan memakan tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk

lemak. Haiwan pemakan daging (pengguna sekunder dan tertier) juga dikenali

sebagai pemangsa akan mendapat tenaga dengan memakan pengguna primer.

Aras pertukaran tenaga akan semakin berkurang apabila menaiki hieraki

rantaian makanan.

Organisma-organisma yang tinggal di dalam tanah memerlukan air dan

udara untuk hidup. Bahan-bahan seperti air, udara, dan bahan-bahan organik

yang terkandung di dalam tanah membolehkan flora, bakteria, fungi, dan fauna

kecil seperti cacing dan serangga dapat hidup dalam tanah. Semua benda hidup

atau organisma yang terdapat dalam tanah serta elemen-elemen mineral penting

untuk membentuk sesuatu sistem tanah, atau lebih dikenali sebagai ekosistem

tanah. Sementara itu, biota pula adalah merujuk kepada semua flora dan fauna

yang berada di dalam sesebuah kawasan. Biota tanah adalah kumpulan jasad

hidup yang menjadikan tubuh tanah sebagai ruang hidup untuk menjalankan

seluruh kegiatan ekologinya. Ekosistem tanah merupakan bahagian yang tidak

dapat dipisahkan antara flora dan fauna serta persekitarannya. Kedua-duanya ini

(2)

Objektif : Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang terdapat dalam jenis-jenis tanah yang berbeza.

Hipotesis : Jenis tanah yang berbeza terdiri daripada makrofauna yang berbeza.

Pembolehubah:

a) Dimanipulasikan : Jenis tanah, isipadu tanah

b) Bergerak balas : Jumlah makrofauna, jenis makrofauna

c) Dimalarkan :Teknik yang digunakan untuk mengumpul makrofauna, suhu persekitaran

Bahan dan Radas:

Bikar 100 ml, sudip, kanta pembesar, corong turas, kertas turas, kertas litmus,

mikroskop, forsep, piring petri, corong Tullgren, kertas label, spatula, kasa dawai,

slaid, besen, beg plastik, pita pelekat, gulung getah, etanol 4 %.

Prosedur : Menyiasat makrofauna

Kumpulkan sampel leaf litter (O Horizon) dan topsoil (A Horizon – tidak

mendalam melebihi 3cm) dari dua kawasan yang berbeza. Pilih rumput,

tumbuhan asli, katil taman, dari bawah pokok yang berbeza spesies. Letakkan

sampel ini ke dalam plastik beg, tutupkannya, dan labelkan nama kawasan yang

mengumpul tanah ini.

Setelah balik ke makmal, campurkan tanah dengan leaf litter yang diambil dari

kawasan yang sama. Campuran itu kemudian dituang ke dalam corong Tulgren.

Tinggalkannya selama dua hari dan keluarkan balang yang mengandungi etanol

dan skru. Prosedur ini dijalankan kepada sampel tanah yang diambil dari

(3)

Kira dan catatkan isipadu leaf litter (O Horizon) dan topsoil (A Horizon) dengan

menggunakan mikroskop atau lensa tanga. Keluarkan fauna untuk

membersihkan jar atau piring petri supaya pengenalpastian. Kenal pasti semua

organisma, dan bahagikan mereka ke dalam kumpulan (kumpulan tidak ada

kaki– cacing; kumpulan B mempunyai 8 kaki– labah-labah). Kira dan catatkan

bilangan dalam setiap kumpulan.

(4)

Sampel Tanah di Belakang Cafe Sampel Tanah di Blok D

(5)

Keputusan:

(a) Makrofauna yang bersaiz besar

(6)
(7)
(8)

Perbincangan:

1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan dalam kumpulan atau bilangan individu) makrofauna tanah dari dua lokasi yang berbeza? Cadangkan mengapa ia berbeza. Apakah parameter yang boleh digunakan bagi menjelaskan perbezaan tersebut?

Daripada eksperimen ini, kami mendapati bahawa lokasi yang berbeza

mempunyai jenis-jenis makrofauna yang berbeza. Hal ini demikian kerana

lokasi yang berbeza akan mengandungi komponen persekitaran yang

berbeza. Pelbagai komponen persekitaran yang didapati akan mempengaruhi

perkembangan, jenis, dan bilangan makrofauna. Komponen persekitaran

boleh dibahagikan kepada empat kumpulan asas, iaitu cuaca, makanan,

tempat tinggal, dan organisma lain. Parameter yang digunakan untuk

menjelaskan perbezaan tanah adalah dengan membanding beza

mikroorganisma tanah yang terdapat pada sampel tanah.

Untuk sampel tanah yang pertama, kami telah mengumpul sampel

tanah dari kawasan di belakang cafe. Untuk sampel tanah yang kedua pula,

kami telah mengumpul sampel tanah di belakang blok D.

Makrofauna bersaiz besar yang dijumpai di kedua-dua kawasan

termasuklah semut hitam dan Collembola. Makrofauna bersaiz kecil yang

dijumpai di kedua-dua kawasan pula termasuklah Pauropoda dan Fly larva.

Daripada keputusan yang diperolehi, didapati bahawa hanya sampel

tanah yang dikumpul di belakang blok D mempunyai semut hitam. Hal ini

kerana pH kawasan tersebut adalah lebih neutral berbanding dengan

kawasan tanah di belakang cafe. Justeru, keadaan tanah yang berada di

kawasan belakang blok D adalah lebih bersesuaian bagi semut untuk hidup.

Selain itu, suhu tanah yang berada di juga lebih rendah berbanding kawasan

(9)

2. Jelaskan peranan makrofauna di dalam tanah.

Makrofauna merupakan haiwan yang mempunyai badan selebar 2mm.

Makrofauna dapat dilihat dengan mata kasar. 90% atau lebih spesimen boleh

dilihat dengan mata kasar mereka. Haiwan yang sepanjang satu sentimeter atau

lebih panjang tetapi lebih kecil daripada cacing tanah adalah makrofauna.

Fungsi utama makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara

sifat-sifat fizikal dan juga biologikal tanah di mana ia memelihara tanah melalui proses “imobilisasi” dan “humifikasi”. Makrofauna dapat membantu mempercepatkan proses penguraian tumbuhan dan haiwan-haiwan yang telah mati di mana ia

akan diurai dan diserap ke dalam tanah untuk ditukarkan kepada nutrien tanah

seperti kalsium, nitrogen, magnesium, fosforus, potasium dan lain-lain. Dalam hal

ini, nutrien dapat dikembalikan ke dalam tanah untuk memelihara keseimbangan

ekosistem tanah di dalamnya.

Selain itu, makrofauna yang terdapat di dalam tanah juga dapat

membentuk proses pembentukan tanah dan membaiki struktur tanah.

Jenis Organisma Tanah: Fungsi utama  Tumbuh-Tumbuhan

 Fungi Meningkatkan pertumbuhan pokok

(10)

3. Dalam jaringan makanan yang telah dibekalkan, labelkan jenis biota (cth, fungi, nematode dll), apakah yang telah dilakukan oleh mereka (pemangsa, pemotong daun dll), dan jelaskan bagaimanakah pengaliran tenaga mereka. Contohnya, Di mana pengaliran tenaga bermula ditangkap dan kehabisan (seperti puncak atau bahagian teratas rantai makanan). Apa yang akan berlaku kepada tenaga dan nutrient apabila organisma yang berada pada puncak rantai makanan mati? Sertakan gambar rajah ini ke dalam laporan anda.

Gambar rajah di atas menunjukkan satu rantaian makanan tanah. Rumput

merupakan pengeluar pertama yang memerangkap cahaya matahari bertujuan

untuk menjalani proses fotosintesis. Haiwan, pengurai dan detritivor merupakan

organisma yang bergantung kepada pengeluar dalam memperoleh tenaga dan

dikenali sebagai pengguna. Rumput menjadi bahan organik yang mati dan

dimakan oleh pengguna. Apabila organisma, nutrient dan tenaga yang belum

Rumput

(11)

hilang pada atas bahagian tanah akan ditindak oleh ulat-ulat yang berperanan

sebagai pengurai semula jadi. Sewaktu pemindahan tenaga, 90% daripada

tenaga akan dibebaskan ke persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut akan

berkurangan dan ia akan dipindahkan dari satu fasa ke fasa yang lain, sehingga

akhirnya hilang sebagai haba dan perlu digantikan semula melalui tenaga yang

diperoleh daripada cahaya matahari.

4. Apakah kumpulan-kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Kumpulan apa yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua kumpulan utama ini?

Mikrofauna ialah haiwan yang kecil dan merupakan organisma unisel yang

hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. Biasanya mikrofauna ditakrifkan sebagai

makhluk yang lebih kecil daripada 0.1 mm pada saiz. Dalam tanah, mikrofauna

yang boleh didapati dalam jumlah yang besar. Umumnya beberapa ribu per gram.

Antara yang mikrofauna yang paling biasa dan penting adalah protozoa, hama,

springtails, nematod, rotifer dan tardigrad. Mikrofauna boleh didapati di seluruh

dunia, terutamanya tanah basah.

Mesofauna ialah organisma yang antara 0.1 mm dan 2 mm dalam saiz.

Mesofauna ialah haiwan besar yang dijumpai di dalam tanah. Contohnya cacing

tanah, atropod, nematod besar, termasuk “burrowing” mamalia seperti tahi lalat

dan arnab.

Mikrofauna dan mesofauna memegang dan mengekalkan nutrien di tanah.

Organisma mikrofauna dan mesofauna membantu untuk mencegah hakisan

tanah. Mereka menghasilkan perangsang hormon tumbuhan. Mikrofauna dan

mesofauna menukarkan nitrogen daripada gas nitrogen untuk memerangkap

nitrogen yang boleh digunakan. Mereka membuat fosforus untuk kegunaan

tumbuhan. Mereka membuka laluan dalam tanah supaya akar boleh menembusi

(12)

5. Rantai makanan dapat dijadikan sebagai indikator kompleksiti biologikal, dan juga kesihatan tanah tersebut. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah kita akan mempengaruhi kesuburan tanah.

Tanah berfungsi sebagai medium untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan

dan di dalam tanah juga terdapat organisma hidup seperti makrofauna,

mikrofauna, mesofauna dan lain-lain. Pengurusan tanah yang tidak betul atau

tidak baik akan menjejaskan kualiti dan kesuburan tanah, dan seterusnya

menyebabkan tanah menjadi tidak efisien, kesuburan terjejas dan menjadi tidak

stabil. Oleh itu, pengurusan sumber tanah yang baik amat diperlukan. Beberapa

cara untuk memulihara tanih bagi meningkatkan kesuburan tanah dapat

dilakukan seperti berikut:

 Menanam tananam tutup bumi seperti jenis kekacang di ladang kelapa sawit dan getah dapat menguatkan struktur tanah dan menambahkan

kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen.

 Pembajakan mengikut kontur dapat mengurangkan keterlarutan keresapan tanih. Ini membolehkan air meresap ke dalam tanah dan

mengurangkan kehilangan nutrien dan bahan organik.

 Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit sebagai bahan sungkapan pada batas sayur mampu menambahkan

kesuburan tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk

kesuburan tanah.

 Pembajaan organik mampu meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah yang lain, seterusnya meningkatkan proses penguraian dan

(13)

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem tanah. Apakah perkhidmatan-perkhimatan ekosistem yang telah dilakukan oleh mereka?

Tanah yang berada dalam keadaan biasa mengandungi pelbagai jenis

mikro-organisma di dalamnya. Biota tanah, termasuk mikro-organisma (bakteria,

kulat, dan alga) dan haiwan tanah (protozoa, nematod, hama, springtails,

labah-labah, serangga, dan cacing tanah). Mereka dapat hidup dalam satu ekar tanah

dan lebih pelbagai daripada masyarakat tumbuhan dan haiwan di atas tanah.

Biota tanah tertumpu di loji sampah beberapa inci atas tanah dan sepanjang

akar. Organisma tanah akan berinteraksi antara satu sama lain, dengan akar loji

dan dengan persekitaran mereka. Oleh itu, terbentuklah rantaian tanah makanan.

Fungsi utama biota tanah termasuklah ia menyumbang kepada kesuburan

tanah. Biota tanah membantu untuk membentuk saluran atau aliran oksigen

daripada terowong yang berfragmen dalam tanah. Sebagai contoh, lubang cacing

dalam tanah. Cacing akan memakan tanah, lantas meninggalkan longgokan

tanah halus yang dikenali sebagai buangan cacing. Longokan tanah halus ini

akan membantu melonggarkan tanah dan membantu membaiki kesuburan tanah.

Di samping itu, biota tanah juga dapat mengubah paras pH tanah melalui

aktviti domestik mereka. Selain itu, biota tanah dapat memastikan keseimbangan

dalam penyimpanan karbon, kitaran nutrien dan juga kepelbagaian spesis

tumbuh-tumbuhan. Biota tanah juga boleh meningkatkan produktiviti pertanian

dengan kitaran nutrien asas yang diperlukan dalam semua eksosistem (tanah),

(14)

Kesimpulan:

Terdapat banyak jenis makrofauna di dalam tanah. Tanah mengandungi

banyak bahan yang diperlukan oleh makrofauna untuk hidup. Tanah yang subur

mempunyai bilangan dan jenis makrofauna yang lebih banyak. Tanah yang

subur mempunyai faktor yang membolehkan organisma untuk hidup dalam tanah

Gambar

Gambar 1 dan 2: Tulgren-type funnels for the extraction of soil fauna.
Gambar 3: Persediaan alat dan radas untuk praktikal kali ini.
Gambar rajah di atas menunjukkan satu rantaian makanan tanah. Rumput

Referensi

Dokumen terkait

Factors generic to the diagnosis of PMS and PMDD are that (1) the somatic, affective, and/or behavioral symptoms only occur in ovulatory women and that (2) the symptoms must

untuk penerapan metode Cooperative Learning Type Teams Games. Tournament (TGT) pada upaya meningkatkan aktivitas belajar

Kuesioner yang disebar pada tahap 2 ini mengacu dari hasil uji validitas dan reliabilitas kuesioner tahap 1 atau survey pendahuluan yang dilakukan Rachmadita dan

Permainan peran atau role playing dapat digunakan sebagai : (a) alat untuk mendiagnosis dan mengerti seseorang dengan cara mengamati perilakunya sewaktu bermain peran; (b)

Dalam penelitian ini dilatarbelakangi dengan adanya permasalahan sosial yang dialami anak di SDN Sosial 1 Kota Cimahi tentang perkembangan interaksi sosial anak

Skripsi ini tidak boleh diperbanyak seluruhya atau sebagian, dengan dicetak ulang, difoto kopi, atau cara lainnya tanpa ijin dari penulis..

Kata penghubung yang tepat untuk melengkapi bagian yang rumpang pada paragraf tersebut adalah .... karena,

This trial was designed as a randomized, researchers, caregivers and patients blinded, superiority trial with three parallel groups and primary endpoint of