• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan Eklektik Dalam Kajian, doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendekatan Eklektik Dalam Kajian, doc"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Asmawi Noor Saarani

Institute of Malaysian and International Studies University Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Tujuan nota ini adalah untuk menjelaskan mengenai penggunaan pendekatan eklektif dalam melaksanakan sesuatu kajian terutama bagi pelajar siswazah yang menulis tesis sarjana dan kedoktoran. Eklektif di sini bermaksud penggunaan lebih daripada satu teori dalam menghuraikan persoalan kajian. Nota ini adalah berdasarkan input syarahan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Profesor Emeritis Dato’ Dr Abdul Rahman Embong kepada pelajar di bawah seliaan beliau dan digarap dengan pembacaan tambahan penulis. Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam penggunaan pendekatan eklektif adalah bagaimana menghuraikan intipati sesuatu teori untuk digunakan dalam kajian dan mengenalpasti titik pertemuan di antara pelbagai teori tersebut.

Key words: Pendekatan, Eklektik

1. PENGENALAN

Dalam konteks kajian, pelbagai teori dari pelbagai disiplin mungkin digunakan untuk melihat fenomena yang sama. Ini disebabkan oleh lumrah fenomena sosial yang bersifat kompleks dan memerlukan pemerhatian dari pelbagai sudut dan dimensi.

(2)

coherence). Penceramah menegaskan bahawa gambaran inilah yang selalu dilemparkan kepada pengkaji-pengkaji sains sosial.

2. PENDEKATAN EKLEKTIK

Bagi mencapai kepaduan yang dimaksudkan, penceramah berhujah bahawa pendekatan eklektik adalah satu langkah alternatif yang boleh digunakan oleh penyelidik. Ianya adalah pendekatan menyerap beberapa teori dan dibangunkan menjadi kerangka teoritikal.

Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mampu membantu penyelidik membangunkan kerangka teori dengan lebih menyeluruh dan mendalam. Di samping itu, pendekatan ini berupaya untuk menunjukkan jalan keluar jika tedapat barbagai-bagai tafsiran yang berbeza. Walau barbagai-bagaimanapun, penyelidik perlu berhati-hati kerana pendekatan ini juga boleh menyebabkan pembentukan kerangka teori terlalu luas sehingga menjadi tidak kemas (unwieldy) dan menimbulkan masalah kepada penyelidik untuk meluruskan pertautan.

Sehubungan itu penyelidik perlu bijak untuk mengambil intipati daripada teori-teori yang dikenalpasti untuk digunapakai. Initipati-intipati yang diambil perlu digabung, disusun dan diadun dengan teliti dan berhati-hati sehingga mempunyai kuasa untuk menghuraikan permasalahan kajian.

Penceramah seterusnya mendefinisikan eklektik sebagai pendekatan dalam mengadunkan prinsip-prinsip beberapa teori dan membangunkan satu kerangka bagi membuat analisis.

2.1 Titik Pertemuan Pelbagai Teori

Persoalan yang sering timbul sehingga boleh menyebabkan eklektik menjadi tidak kemas adalah di manakah titik pertemuan pelbagai teori yang digunakan.

(3)

membangunakan kerangka teori dalam kajian mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal (seperti di rajah 1).

Rajah 1: Contoh titik pertermuan pendekatan eklektik

Daripada contoh di atas, teori strukturasi dan teroi modal sosial memberi arah kepada penyelidik untuk menerangkan dengan lebih mendalam permasalahan kajian, dengan kata lain ia menunjuk jalan keluar apabila teori awal yang digunakan tidak cukup untuk menghuraikan fenomena yang dikaji.

(4)

2.2 Kekurangan Pendekatan Eklektik

Penceramah menegaskan bahawa disebabkan eklektik menggunakan pendekatan teori yang pelbagi ia boleh menyebabkan kerangka teori menjadi terlalu luas dan tidak kemas untuk menghuraikan permasalahan kajian. Sehubungan itu beliau memberi panduan bahawa ianya boleh dielakkan dengan cara memberi penjelasan mengikut kronologi, bersifat kritis dan jika dua teori sudah memadai untuk dijadikan kerangka maka kewajarannya mesti dijelaskan supaya ia mudah difahami oleh pembaca.

3. KESIMPULAN

Eklektik merupakan pendekatan alternatif di mana lebih daripada satu teori digunakan untuk membina kerangka teoritikal. Dalam menggunakan pendekatan ini penekanan perlu diberi terhadap cara mengadun dan menghubung teori-teori yang digunakan supaya ia nampak kemas dan tidak terlalu luas. Jika satu teori boleh digunakan maka tidak perlu menggunakan pendekatan eklektik.

Di samping itu, titik pertemuan teori, iaitu bagaimana teori-teori yang digunakan mengikat di antara satu sama lain adalah satu proses yang kritikal dan penyelidik perlu berhati-hati bagai memastikan kepaduan kerangka teori yang dibina.

RUJUKAN

Afrizal, T. 2012. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Penglibatan Komuniti Dalam Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia: Kajian Kes Di Taman Guru, Pintu Geng Dan Taman Seri, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan Tesis PhD, IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Blaikie, N. 2000. Designing Social Research. 1st. Cambridge: Polity Press.

(5)

Referensi

Dokumen terkait

Fenomenologi dan kemudian fenomenologi agama merupakan pendekatan baru dalam melakukan kajian terhadap agama, meskipun secara teologis dan metodologis fenomenologi agama

Pemilihan teori dan kerangka yang digunakan dalam kajian ini juga sesuai dengan tujuan kajian dapat mengenal pasti jenis bahasa sindiran, dapat menghuraikan penggunaan

Tulisan ini akan membahas tentang pendekatan filosofis dalam kajian fikih Islam yang berkenaan dengan masalah-masalah sosial budaya yang terjadi dalam masyarakat muslim, tentang

Pendekatan adalah cara pandang atau paradigma yang digunakan oleh seorang pengkaji dalam menganalisis suatu objek agama Islam dengan menggunakan ilmu-ilmu atau

Kajian terhadap sebuah teori keilmuan tidak hanya membawa manusia pada penjelasan terurai secara ter- perinci dan sistematis dalam suatu objek, melainkan juga untuk

Fenomenologi dan kemudian fenomenologi agama merupakan pendekatan baru dalam melakukan kajian terhadap agama, meskipun secara teologis dan metodologis fenomenologi agama

Dengan melakukan kajian putusan-putusan perkara KPPU dapat diketahui bagaimana penerapan asas-asas hukum persaingan usaha dan pendekatan teori yang digunakan oleh

120 Kajian Karakter Kepemimpinan Oda Nobunaga dalam Novel Shinsho Taikoki Karya Eiji Yoshikawa dengan Pendekatan Teori Praktek Bourdieu Sebagai seorang penguasa marga Oda, Nobunaga