• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN MAPAN PELANCONGAN MARIN DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMBANGUNAN MAPAN PELANCONGAN MARIN DI "

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBANGUNAN MAPAN PELANCONGAN MARIN DI PULAU REDANG

Nabila binti Ahmad

Pengurusan Seni, Jabatan Seni Liberal Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan Sarawak

nabilaabintiahmad@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai Pembangunan Mapan Pengurusan Pelancongan Marin di Pulau Redang. Ia melibatkan responden berbilang kaum yang berada di sekitar kawasan yang berhampiran dengan Pulau Redang seperti masyarakat yang tinggal di tanah besar dan sekitar Kuala Terengganu. Faktor kemudahan pengangkutan dan fasiliti yang disediakan menjadi satu tarikan pengunjung untuk datang ke Pulau Redang. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 330 orang responden. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan hasil kajian. Semua data yang diperolehi diterangkan dalam bentuk jadual serta rajah. Seterusnya, cadangan diusulkan kepada pihak-pihak berkaitan dan pengkaji berharap kajian ini akan dijalankan pada masa hadapan dengan lebih lengkap serta memberikan manfaat kepada masyrakat dan mana-mana pihak yang memerlukan.

Kata kunci: Mapan, Pelancongan Marin, Pengurusan

PENGENALAN

(2)

Menurut Kamus Ekologi (2008), kehidupan marin merupakan hidupan dan tumbuhan yang hidup di laut, dari tanda air pasang di sepanjang pantai hingga di kedalaman lautan. Hidupan organisma ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu, benthos merupakan tumbuh-tumbuhan seperti rumpai laut dan haiwan seperti tapak sulaiman yang hidup di darat atau bergantung pada bahagian laut. Yang kedua adalah, Nekton pula merupakan haiwan atau hidupan laut yang berenang seperti ikan-ikan, ikan paus yang bergerak secara bebas daripada arus air. Seterusnya, yang ketiga plankton iaitu pelbagai organisma kecil seperti mikroskopik yang dibawa bersama-sama arus. Kehidupan marin juga adalah satu kehidupan yang terdapat di laut atau yang berkaitan dengan laut. Kehidupan marin merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Pulau Redang.

Menurut Butler (1980), pembangunan mapan memberi maksud bahawa sumber-sumber sektor pelancongan semulajadi, kebudayaan, warisan dan lain-lain yang akan dipulihara bagi penggunaan dan pelancaran sistem yang berterusan dalam masa akan datang. Pembangunan mapan membawa manfaat kepada masyarakat pada masa kini dan generasi akan datang. Manakala pelancongan mapan pula adalah pelancongan jenis yang memadankan kawasan sekitar, kebudayaan dan struktur sosial dalam kawasan tersebut.

Menurut UNEP & UNWTO (2005), mengatakan bahawa "Pelancongan yang mengambil kira sepenuhnya kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar semasa dan masa depan, menangani keperluan pengunjung, industri, alam sekitar dan tuan rumah masyarakat". Definisi konseptual iaitu garis panduan pembangunan pelancongan yang mapan dan amalan pengurusan adalah dipakai kepada semua bentuk pelancongan di semua jenis destinasi, termasuk pelancongan massa dan pelbagai segmen pelancongan yang khusus. Prinsip pembangunan mapan merujuk kepada aspek-aspek alam sekitar, ekonomi dan sosio-budaya pembangunan pelancongan, dan keseimbangan yang sesuai perlu diwujudkan antara ketiga-tiga dimensi untuk menjamin kemapanan pada jangka panjang. Gartner (1996) berpendapat bahawa pelancongan mapan perlu menggunakan secara optimum sumber-sumber alam sekitar yang menjadi elemen penting dalam pembangunan pelancongan, mengekalkan proses ekologi yang penting dan membantu untuk memulihara warisan semula jadi dan biodiversiti. Selain itu, menghormati ketulenan dan keaslian sosio-budaya masyarakat tuan rumah, memelihara dan memulihara kehidupan warisan budaya dan nilai-nilai tradisional, dan yang menyumbang kepada pemahaman antara budaya dan toleransi mereka. Di samping itu, memastikan berdaya maju, operasi ekonomi jangka panjang, memberikan faedah sosio-ekonomi kepada semua pihak berkepentingan yang pengagihan yang lebih saksama, termasuk pekerjaan yang stabil dan peluang menjana pendapatan dan perkhidmatan sosial yang menjadi tuan rumah masyarakat, dan menyumbang kepada pembasmian kemiskinan.

KAJIAN LITERATUR

(3)

sementara seseorang manusia itu ke sesuatu destinasi yang di mana luar tempat tinggal dan kebiasaan kawasan tinggal. Pelancongan adalah aktiviti yang melibatkan dengan kemudahan yang ada untuk menampung keperluan di tempat yang di tuju oleh seseorang itu. Oleh itu, pelancongan juga melibatkan bilangan kemasukan pelancong tempatan dan juga pelancong dari luar negara ke dalam negara Malaysia secara tidak langsung juga akan meningkatkan kadar ekonomi tempatan dan juga negara ini. Pelancong yang datang melancong akan bermalam di sesuatu tempat atau destinasi pelancongan yang mungkin akan mengambil masa dua hingga tiga hari tempoh penginapan seperti resort-resort yang ada di sekitar Pulau Redang.

Manakala menurut (Butler, 1980), pembangunan pula adalah sesuatu destinasi pelancongan yang di mana melalui sesuatu proses evolusi atau perubahan, dan destinasi yang dirancang oleh sesebuah organisasi. Secara umumnya, pembangunan bagi sesuatu destinasi pelancongan melalui empat tahap iaitu, tahap penerokaan, penglibatan, pembangunan dan padat. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti faktor pembangunan mapan pengurusan pelancongan di Pulau Redang yang mempengaruhi dalam sektor pelancongan dan pelancong untuk datang ke destinasi pelancongan tersebut. Menurut Razali (2015), menggunakan pendapat (Weaver & Lawton, 2006) yang mengatakan bahawa industri pelancongan boleh didefinisikan sebagai satu bidang industri dan perniagaan yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk kegunaan pelancong termasuk penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman, operasi pelancongan, tarikan komersial dan barangan cenderamata dan barangan lain yang dibeli oleh pelancong. Pelancongan adalah sesuatu yang susah untuk mendefinisikan kerana dari segi perniagaan, lazimnya pengunjung boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti pelancongan. Pada kebiasaannya, pelancongan adalah orang yang mempunyai masa lapang dalam jangka masa tertentu yang keluar dari tempat asal mereka dan menuju ke kawasan atau tempat yang jauh dari rumah. Tujuannya adalah untuk mengalami perubahan yang dari kebiasaan dalam kehidupan mereka. (Smith, 1989). Manakala menurut Henderson (2007), pelancongan adalah membawa bersama dengan tetamu atau tetamu dan penduduk dari pelbagai latar belakang yang berbeza dari segi sosial dan budaya secara langsung atau secara tidak langsung. Kawasan yang terkenal sebagai destinasi pelancongan adalah memberi kesan akan kehadiran pelancong dalam sektor pelancongan. Dalam petikan Brunt & Courtney, Murphy (1999), berpendapat pelancongan sebagai suatu acara sosiobudaya untuk kedua-dua tetamu dan masyarakat tempatan. Beliau juga mencadang penekan diberikan kepada kemudahan pelancong, manakala masyarakat tempatan telah dipinggirkan atau kurang diberikan perhatian dan menyebabkan mereka kecewa.

(4)

Konsep impak menurut Henderson (2007), menyatakan bahawa kesan pelancongan terhadap perkembangan sosial dan budaya adalah merupakan perubahan kepada kehidupan seperti sosial dan budaya bagi sesuatu kawasan yang akan memberi kesan akibat dari pelancongan. Kesan yang ketara yang menyebabkan perubahan dapat diukur dalam statistik yang dilakukan secara berterusan daripada tahun ke tahun ke atas populasi manusia, ekosistem dan masyarakat. (Dixon, Veil & Wisniewski, 2005).

Konsep sosial menurut Harrington (2005), berpendapat bahawa sosial adalah merupakan suatu kajian yang saintifik mengenai cara pemikiran mengenai kehidupan sosial. Perkara ini telah menjadi satu idea mengenai perubahan dan pembangunan masyarakat dari segi struktur sosial dan kekuatan, lapisan masyrakat, jantina, etnik atau kaum, pemodenan, ketamadunan, revolusi dan banyak lagi konsep serta masalah-masalah dalam kehidupan sosial. Ini bermakna tahap sesuatu sosial masyarakat dapat diukur dengan pembangunan yang ada dan tahap pemikiran mereka yang maju seiringan dengan teknologi.

Kesan aktiviti pelancongan marin terhadap ekosistem

Menurut (Hodgson, 1993), kesan aktiviti pelancongan marin terhadap ekosistem seperti aktiviti selaman scuba dan snorkelling merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan apabila berada di pulau-pulau yang kaya dengan kewujudan terumbu karang di sesuatu kawasan. Manakala menurut (Davis & Tisdell, 1993), kerosakan biologi ekosistem adalah disebabkan oleh terlalu banyak tumpuan yang kerap di sesuatu kawasan tapak selaman. Menurut (Pepe, 2010), capaian untuk ke kawasan selaman yang tidak terkawal akan menyebabkan degradasi ekosistem seperti kerosakan terumbu karang, berlakunya pemindahan spesis yang bakal merosakkan terumbu karang, serta kemusnahan kapal karam yang menjadi habitat terumbu karang dan pemindahan artifak yang dilindungi oleh sesebuah agensi kerajaan. Kekerapan aktiviti ini akan menjejaskan sumber semulajadi dan ia melangkaui kapasiti yang sepatutnya. Jadi aktiviti scuba diving dan snorkelling secara terbuka adalah tidak digalakkan di kebanyakan kawasan kerana pengurusan kapasiti yang sepatutnya aktiviti tersebut dilakukan menjadi sukar. Kebanyakan operator selaman tidak segan silu memenuhi bot mereka dengan pelancong untuk meraihkan pendapatan yang lumayan dari pelancong tanpa menyedari akan kesannya terhadap ekosistem.

(5)

dan yang sering kali gagal mengawal dan mengapungkan diri mereka dan mereka akan berjalan diatas terumbu karang dan meletakkan peralatan mereka di atas terumbu karang dan secar tidak langsungnya hal tersebut telah merosakkan terumbu karang tersebut. (Plathong, Inglis & Huber, 2000).

Menurut (Roberts & Harriott, 1994), penyelam yang tidak mempunyai pengalaman adalah yang melakukan penyelaman kurang daripada 100 kali dan peratusan mereka ini lebih untuk merosakkan terumbu karang adalah tinggi berbanding dengan penyelam yang berpengalaman. Penyelam scuba diving yang tidak mempunyai kawalan apungan yang bagus akan menyebabkan berlakunya penggeseran dan secara tidak langsung akan merosakkan persekitaran ekosistem dasar laut iaitu terumbu karang (Pepe, 2010).

Kesan pelancongan marin scuba diving terhadap masyarakat tempatan

Menurut (Jabil,1999), kesan pelancongan marin scuba diving terhadap perkembangan masyarakat adalah pembangunan yang membangun akan memberikan kesan kepada masyarakat setempat. Pelancongan marin salah satu faktor penyumbangan yang tinggi kepada ekonom. Oleh itu, pembangunan pelancongan marin yang dijalankan dalam sektor pelancongan harus dimanfaatkan dengan sewajarnya oleh masyarakat tempatan dalam menambah baik kelangsungan kehidupan mereka. Kebanyakan pembangunan yang dilakukan telah memberikan kesan yang amat besar terhadap masyarakat tempatan dalam pelbagai aspek yang postif dan juga negatif. Kesan yang amat jelas dalam perubahan taraf hidup masyarakat tempatan adalah perubahan sosioekonomi. Aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat tempatan sebelum wujudnya pelancongan marin iaitu scuba diving adalah penangkapan ikan dan bercucuk tanam atau petani. Aktiviti ini adalah ibarat aktiviti rutin harian masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan pulau, pinggir pantai dan sebagainya. Namun, perkara ini mula mengalami perubahan yang di mana apabila pembangunan pelancongan marin mula diperkenalkan dan pelbagai kemudahan yang disediakan telah menyebabkan kebanyakan masyarakat tempatan telah menceburi atau bekerja dalam bidang perhotelan, resort-resort dan sebagainya. Perkara ini juga mula kelihatan penambahbaikan taraf ekonomi masyarakat tempatan dengan wujudnya pembangunan pelancongan marin di kawasan mereka. Nelayan yang mahir dengan peralatan bot-bot mereka boleh menjadikannya sebagai satu sumber pendapatan yang di mana mereka boleh menyediakan perkhidmatan bot ke pulau-pulau yang ada dan membawa pelancong ke taman laut untuk melakukan aktiviti scuba diving dan snorkelling. Terdapat juga nelayan yang bertukar kerjaya sebagai dive master untuk para pelancong dan menjadi juru arah sebagai pelatih scuba diving.

KAEDAH DAN BAHAN

(6)

hidup mereka dalam membuangkan sampah, pengangkutan bot di jeti tanpa menjejaskan habitat laut.

HASIL DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian, pengkaji telah menemu ramah pengusaha resort bagi mendapatkan maklumat mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di Pulau Redang. Encik Mohd Khairul Azizie bin Mohamad merupakan Pengurus Operasi Redang Mutiara Travel & Tours Sdn Bhd mengatakan bahawa konsep resort yang pihak mereka sediakan adalah satu resort yang menyediakan makanan 100% makanan halal dan tidak mempunyai arak. Kemudahan penginapan yang mereka sediakan juga adalah yang terbaik dan mendapat maklum balas dari pelanggan mereka adalah baik. Pihak resort mereka juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan bot pergi dan balik ke Pulau Redang. Harga yang ditawarkan juga adalah perpatutan dengan tahap servis yang mereka sediakan. Beliau juga mengatakan bahawa pada kebiasaannya permintaan pelanggan melanggan penginapan di resort mereka akan penuh pada musim percutian sekolah. Dalam melaksanakan operasi resort mereka pihak atasan melibatkan golongan belia di kawasan yang dalam sektor perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah membawa bot, menjadi petunjuk arah selaman scuba atau dikenali sebagai scuba diving, dan sebagainya. Pihak resort mereka juga mengadakan latihan industri kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berminat untuk menjalankan latihan industri di resort mereka.

PENEMUAN DAN PERBINCANGAN Responden Penyelidikan

Hasil dari pengedaran borang soal selidik, penyelidik telah mengumpul hasil data yang diperlukan bagi menjawab setiap persoalan kajian. Sebanyak 330 responden telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan di kawasan yang berdekatan dengan tempat kajian. Ada di antara responden yang menjawab borang soal selidik ini memberikan idea dan cadangan yang membantu serta komen yang membina kepada pengkaji dan ada juga yang mengkritik serta tidak mahu memberikan kerjasama kepada pengkaji.

1.2 Pandangan Pengunjung

Adakah anda pernah

berkunjung ke Pulau Redang

Jadual 2.1 Menunjukkan adakah responden pernah berkunjung ke Pulau Redang

Jadual di atas menerangkan responden yang pernah berkunjung ke Pulau Redang. Seramai 281 orang pernah berkunjung ke Pulau Redang bersamaan dengan 85.2 peratus daripada 330 orang. Kebanyakan mereka adalah masyarakat tempatan yang bekerja di Pulau Redang serta

Kekerapan %

Ya 281 85.2

Tidak 49 14.8

(7)

yang terlibat dalam

membangunkan Pulau Redang serta dalam pembinaan fasiliti di Pulau Redang.

Namun begitu, seramai 49 orang yang tidak pernah berkunjung ke Pulau Redang yang bersamaan dengan 14.8 peratus. Ada juga masyarakat yang berhampiran tidak pernah berkunjung ke Pulau Redang.

Jadual 2.2 Menunjukkan kekerapan pengunjung berkunjung ke Pulau Redang

Jadual di atas menunjukkan kekerapan pengunjung yang berkunjung ke Pulau Redang sebanyak 1-3 kali pengunjung mengunjung iaitu seramai 165 orang yang bersamaan dengan 50.0 peratus. Kebanyakan dari mereka adalah yang datang melancong pada yang lepas dan berasa selesa dengan perkhidmatan yang disediakan. Sebanyak 4-7 kali yang berkunjung ke Pulau Redang yang bersamaan dengan 13.6 peratus. Manakala yang lebih dari 8 kali telah mencatat sebanyak 71 orang yang bersamaan dengan 21.5 peratus. Ini adalah golongan yang berkerja di Pulau Redang dan yang pernah melakukan pembinaan di sana. Namun begitu, ada juga yang mencatat tidak pernah ke Pulau Redang iaitu seramai 49 orang yang bersamaan dengan 14.8 peratus.

Bagaimanakah tempoh pembinaan jeti untuk ke Pulau Redang?

Kekerapan %

Terlalu cepat 15 4.5

Cepat 71 21.5

Sederhana 197 59.7

Perlahan 44 13.3

Sangat Perlahan 3 .9

Jumlah 330 100.0

Jadual 2.3 Menunjukkan jangka masa tempoh pembinaan jeti untuk ke Pulau Redang

Jadual di atas adalah menerangkan jangka masa tempoh pembinaan jeti untuk ke Pulau Redang. Bagi tempoh terlalu cepat telah mencatat sebanyak 15 orang yang bersamaan dengan 4.5 peratus. Seterusnya, tempoh cepat pula telah mencatat sebanyak 71 orang yang bersamaan dengan 21.5 peratus. Tempoh yang sederhana telah mencatat sebanyak 197 yang bersamaan dengan 59.7 peratus. Kebanyakan yang mengatakan tempoh pembinaan sederhana adalah masyarakat tempatan dan juga individu yang menjalankan kerja pembinaan tersebut.

Berapakah kalikah anda berkunjung ke Pulau Redang sepanjang tahun 2015?

Kekerapan %

1-3 kali 165 50.0

4-7 kali 45 13.6

lebih dari 8 kali 71 21.5

Tidak Pernah 49 14.8

(8)

Bagi tempoh perlahan telah mencatat sebanyak

44 orang yang bersamaan dengan 13.3 peratus.

Manakala tempoh sangat perlahan telah mencatat

sebanyak 3 orang yang bersamaan dengan 0.9

peratus.

Jadual 2.4 Menunjukkan tawaran pekerjaan yang diterima oleh masyarakat tempatan atau pengunjung

Jadual di atas menunjukkan tawaran pekerjaan kepada masyarakat tempatan mahupun pengunjung. Sebanyak 88 orang mengatakan mereka tidak ditawarkan pekerjaan yang bersamaan dengan 26.7 peratus.

Manakala, seramai 242 mengatakan mereka ditawarkan pekerjaan yang bersamaan dengan 73.3 peratus. Ada di antara mereka ditawarkan pekerjaan semasa pembangunan dan juga selepas pembangunan.

Jadual 2.5 menunjukkan aktiviti menarik yang dijalankan oleh pihak pengurusan untuk menarik minat pengunjung untuk datang ke Pulau Redang. Jumlah yang tertinggi dalam menarik minat pengunjung adalah aktiviti snorkelling iaitu seramai 284 orang responden daripada 330 orang secara keseluruhan yang bersamaan dengan 31.5 peratus. Aktiviti

snorkelling menjadi pilihan adalah kerana aktiviti ini menjadi satu daya tarikan bagi setiap pengunjung apabila ke pulau. Aktiviti snorkelling ini juga pada kebiasaannya disediakan sekali dengan pakej pelancongan oleh pihak pengurusan resort-resort dan sebagainya.

Pengunjung tidak perlu membayar dengan harga yang mahal untuk melakukan aktiviti laut seperti scuba diving tetapi mereka dapat melakukan aktiviti laut melalui aktiviti snorkelling.

Adakah anda ditawarkan pekerjaan di Pulau Redang semasa atau selepas pembinaan

tersebut?

Kekerapan %

Ya 242 73.3

Tidak 88 26.7

Jumlah 330 100.0

Jadual 2.5 Menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh pihak pembangunan yang menarik dijalankan di Pulau Redang.

Pernyataan Responden

K %

Adakah tempat yang dijalankan oleh pihak pembangunan pelancongan yang dapat menarik minat anda?

Snorkelling 284 31.5%

Hopping Island 191 21.2%

Scuba Diving 266 29.5%

Aktiviti Pantai 161 17.8%

(9)

Seterusnya aktiviti menarik yang mencatat bilangan kedua tertinggi adalah scuba diving yang mencatat sebanyak 266 orang responden dan bersamaan dengan 29.5 peratus. Aktiviti scuba diving adalah aktivit laut dalam dan ini sesuai untuk peminat atau pengunjung yang berminat untuk meneroka kehidupan laut dalam. Untuk melakukan aktiviti ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan peralatan scuba diving dan ia memerlukan lesen yang diiktiraf. Tidak semua pengunjung dapat melakukan aktiviti scuba diving ini kerana mereka perlu menjalani latihan serta mendapatkan lesen dan kelulusan oleh jabatan taman laut sebelum mereka melakukan aktiviti scuba diving.

Selain itu, aktiviti hopping island juga menjadi satu daya tarikan yang mencatat sebanyak 191 orang bersamaan 21.2 peratus. Perkara ini adalah disebabkan kebanyakan yang datang berkunjung adalah untuk berehat. Pada kebiasaannya aktiviti ini dimonopoli oleh golongan dewasa bersama dengan keluarga mereka. Aktiviti ini akan melawat sekitar pulau dengan menaiki bot yang disediakan oleh pengusaha bot-bot.

(10)

Jadual 2.6 menunjukkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Redang. menganggu ekosistem marin yang tersedia ada. Bagi aktiviti yang terdapat di Pulau Redang mewakili responden yang menyatakan bahawa sangat setuju ialah seseorang itu perlu beretika dalam mengendalikan scuba diving yang mewakili seramai 174 orang, iaitu bersamaan 52.7 peratus. Perkara ini kerana dalam mengendalikan peralatan scuba diving memerlukan kemahiran yang mahir. Tidak semua orang layak mengendalikan scuba diving tanpa menghadiri kursus dan mendapatkan lesen scuba diving. Sekiranya mereka mempunyai lesen tersebut, mereka dapat melakukan aktiviti scuba diving di laut dalam.

(11)

Bagi penyataan sangat tidak setuju pelancong pernah membawa pulang terumbu karang dari habitatnya ketika percutian yang lepas kerana mereka tidak pernah melanggar peraturan yang ditetapkan iaitu tidak membawa pulang terumbu karang dari pulau. Oleh itu, seramai 94 orang responden yang mencatat 28.5 peratus responden yang menyatakan sangat tidak setuju dengan pernyataan tersebut.

Jadual 2.7 menunjukkan kemudahan pengurusan pelancongan marin di Pulau Redang.

PENYATAAN

Kemudahan prasarana yang terdapat di jeti Marang untuk ke Pulau Redang adalah baik.

Servis yang disediakan oleh pemandu pelancong adalah baik

Pengangkutan untuk ke Pulau Redang adalah baik. 17 5.2 13 5

40. 9

135 40.9 34 10.3 9 2.7

Jumlah pengangkutan yang disediakan mencukupi. 21 6.4 117 35. 5

151 45.8 37 11.2 4 1.2

Saya berasa selesa dengan bot yang disediakan. 21 6.4 12 8

Pengunjung berpuas hati dengan penginapan yang disediakan di Pulau Redang

Tahap kualiti perkhidmatan di Pulau Redang adalah baik.

Pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang.

Jadual 2.7 menyatakan bahawa kemudahan pengurusan pelancongan marin di Pulau Redang bagi penyataan sangat setuju yang paling tertinggi adalah pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang yang mewakili seramai 49 orang responden daripada 330 secara keseluruhan yang mencatat 14.8 peratus. Perkara ini disebabkan oleh kemudahan pengurusan yang disediakan dipenuhi dengan sistem keselamatan seperti penyediaan kamera litar tertutup, pengawal keselamatan dan sebagainya. Pihak chalet juga menetapkan garis-garis panduan keselamatan kepada setiap pengunjung terutamanya ketika melakukan aktiviti pantai dan aktiviti di taman laut.

(12)

45.8 peratus menyatakan tidak pasti kerana para pengunjung terdiri daripada golongan yang hanya datang sekali sahaja dan mereka tidak mengetahui bagaimana pengurusan pengangkutan yang disediakan oleh pihak pulau.

Seramai 62 orang responden daripada 330 jumlah responden secara keseluruhan yang mencatat 18.8 peratusan menyatakan sangat tidak setuju bahawa kaedah pembuangan sampah oleh pengunjung adalah baik. Perkara ini disebabkan oleh faktor atau sikap pengunjung yang tidak menitikberat akan menjaga persekitaran pulau dengan membuang sampah merata-rata. Oleh itu para pengunjung yang lain menganggap kaedah pengurusan yang dijalankan tidak memuaskan.

Jadual 2.8 menunjukkan impak kehidupan marin terhadap masyarakat setempat

(13)

Dengan menjaga ekosistem di Pulau Redang, pihak pengusaha dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

112 33.9 173 52.4 45 13.6 - - -

-Jadual 2.8 menjelaskan mengenai impak kehidupan marin terhadap masyarakat setempat di Pulau Redang. Seramai 123 orang responden yang mencatat 37.3 peratus yang paling tinggi menyatakan sangat setuju kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang pelancongan. Hal ini disebabkan majoriti masyarakat setempat yang bekerja di pulau tersebut diuruskan oleh golongan belia yang lebih mahir dan kuat dalam mengendalikan pekerjaan seperti pembersih bilik, pemandu bot, juru pandu pelancong dan sebagainya.

Bagi penyataan tidak pasti yang paling tertinggi ialah pengunjung luar menghormati budaya masyarakat setempat yang mewakili seramai 173 orang responden, iaitu bersamaan dengan 52.4 peratus responden. Responden meynatakan tidak pasti kerana pengunjung yang datang melancong mempunyai pelbagai sikap dan budaya yang dibawa oleh mereka.

Analisa Hasil Pengujian Hipotesis-Ujian Kebolehpercayaan dan Kesahihan (Cronbach Alpha)

Jadual 4.3.1Ujian Kebolehpercayaan dan Kesahihan Pembangunan Mapan

Pelancongan Marin di Pulau Redang

Jadual di atas menunjukkan nilai kebolehapercayaan dan kesahihan bagi pembangunan mapan pelancongan marin di Pulau Redang iaitu kemudahan pengurusan dan impak masyarakat terhadap kehidupan marin. Daripada hasil kajian di atas di dapati nilai Cronbach Alpha bagi setiap pernyataan adalah boleh dipercayai kerana komponen nilai kemudahan sebanyak .940, dan nilai impak sebanyak .870. Maka dengan hasil tersebut, dapat dirumuskan bahawa kemudahan pengurusan dan impak masyarakat terhadap kehidupan marin yang boleh dipercayai. Perkara ini kerana bagi menentukan nilai kebolehpercayaan dan kesahihan adalah dengan melihat nilai Cronbach Alpha bagi setiap pernyataan perlu melebihi daripada nilai

Cronbach Alpha iaitu 0.8 (>0.8).

Melalui hasil jadual kebolehpercayaan dan kesahihan ini telah didapati kemudahan pengurusan pelancongan di Pulau Redang adalah sangat memuaskan kerana pihak resort telah menyediakan pengurusan yang baik kepada setiap pengunjung yang datang ke resort mereka dari segi pengangkutan, aktiviti, penginapan dan sehingga hari terakhir mereka di resort tersebut. Perkara ini juga telah diperkatakan oleh segelintir pengunjung yang berpuas hati dengan resort tersebut.

Pernyataan Cronbach's Alpha

Cronbach's Alpha Based on Standardized Items N of Items Kemudahan .940 .941 11

(14)

Analisa Regrasi Linear Berganda

Dalam bahagian ini, pengkaji telah mengenal pasti faktor pengurusan pelancongan yang paling dominan dalam mempengaruhi impak masyarakat terhadap hidupan marin di Pulau Redang. Kaedah ujian regrasi berganda telah digunakan untuk mengukur faktor dominan yang mempengaruhi pembangunan mapan pelancongan marin di Pulau Redang.

Model Rumusan

Model R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate

1 .264a .070 .067 .814

a. Predictors: (Constant), Kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang pelancongan.

Berdasarkan jadual model rumusan, nilai r = .264a dan nilai r2 = .070. Melalui nilai r tersebut tidak terdapat hubungan kolerasi linear antara faktor pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang dengan kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang pelancongan. Nilai r2 = .070 menunjukkan bahawa kedua-dua faktor menyumbang sebanyak 7.0 % dalam pembangunan mapan pelancongan marin di Pulau Redang.

Bagi pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini iaitu faktor pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang, tidak terdapat faktor dominan yang mempengaruhi impak pembangunan mapan di Pulau Redang. Ini kerana faktor yang mempengaruhi impak pembangunan mapan di Pulau Redang mempunyai nilai signifikan p = .000b , p < 0.01 , B = .

Coefficientsa

Model Unstandardized

Coefficients

Standardized Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

1

(Constant) 1.871 .117 16.006 .000

Kebanyakan golongan belia menceburi dalam bidang

pelancongan. .293 .059 .264 4.962 .000

a. Dependent Variable: Pengunjung berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang. ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1

Regression 16.309 1 16.309 24.620 .000b

Residual 217.279 328 .662

Total 233.588 329

(15)

264 . Oleh yang demikian, terdapat faktor lain yang dominan mempengaruhi dalam pembangunan mapan pelancongan marin di Pulau Redang.

Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa hipotesis H0 iaitu kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan tidak meningkatan bilangan pelancong untuk ke Pulau Redang. Ini kerana kemudahan bukanlah satu faktor utama yang menyebabkan kedatangan pengunjung, namun mereka lebih tertarik dengan keindahan semula jadi yang terdapat di pusat pelancongan tersebut.

Perbincangan

Tumpuan perbincangan pengkaji adalah berdasarkan objektif kajian pengkaji. Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenalpasti kemudahan pengurusan pelancongan marin di Pulau Redang. Dalam data yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa kemudahan pengurusan pelancongan yang mengatakan sangat setuju iaitu dimana mereka berasa selamat dengan persekitaran di Pulau Redang. Kebanyakan tempat penginapan dilindungi dan dilengkapkan dengan sistem keselamatan kepada pengunjung.

Sistem keselamatan yang dimaksudkan adalah pengawal keselamatan, pihak pengurusan juga memasang kamera litar tertutup bagi merekod segala tindak tanduk para pengunjung dalam membanteras aktiviti jenayah dan sebagainya. Jika berlakunya kejadian jenayah, pihak pengurusan dapat melihat sistem rakaman kamera litar tertutup dan seterusnya perkara ini dapat membanteras aktivti yang tidak bermoral tersebut. Oleh itu, pengunjung berasa selamat dan selesa untuk menginap di penginapan yang ada di Pulau Redang. Selain itu, jumlah pengangkutan yang disediakan oleh pihak pengurusan resort seperti bot adalah mencukupi bagi para pengunjung untuk ke sesuatu resort yang ada di Pulau Redang serta untuk melakukan aktiviti di taman laut. Pengunjung menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan yang disediakan adalah selesa bagi mereka dalam perjalanan untuk ke Pulau Redang yang memakan masa selama 45 minit dari jeti. Mengenai masalah kaedah pembuangan sampah oleh pengunjung adalah kurang memuaskan. Hal ini adalah kerana, faktor sikap pengunjung itu sendiri yang di mana tidak mengambil berat dengan persekitaran pulau itu sendiri. Pihak pengurusan telah menyediakan tempat pembuangan sampah yang sistematik di pulau tersebut namun ada juga segelintir pengunjung yang membuang sampah di merata-rata tempat tanpa mengetahui kesan dan akibatnya terhadap alam sekitar serta kehidupan laut. Jika perkara ini tidak diatasi mungkin akan menyebabkan masalah yang berkaitan dengan mencacatkan kawasan persekitaran dan juga menyebabkan habitat hidupan laut juga terjejas.

(16)

pelancong dan ada juga dalam kalangan mereka sebagai masyarakat setempat, namun bekerja dalam bidang yang lain. Golongan belia kebanyakannya menceburi dalam bidang pekerjaan di pembangunan marin, Pulau Redang. Hal ini disebabkan majoriti masyarakat setempat yang bekerja di pulau tersebut lebih mengutamakan kepada golongan belia kerana mereka lebih mahir dan kuat dalam mengendalikan pelbagai pekerjaan seperti pembersih bilik, pemandu bot, juru pandu pelancong dan sebagainya. Dengan menjaga ekosistem di Pulau Redang, pihak pengusaha dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana kesedaran dalam menjaga persekitaran setempat amatlah penting dan perlu dipupuk dalam diri setiap individu. Sekiranya mereka tidak menjaga ekosistem, habitat kehidupan laut akan musnah dan pupus. Bagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong tanpa menganggu ekosistem marin yang tersedia ada. Kebanyakan responden menyatakan setuju dalam penyataan seseorang itu perlu beretika dalam mengendalikan scuba diving. Hal ini penting kerana dalam mengendalikan peralatan scuba diving bukanlah satu perkara yang mudah kerana aktiviti ini memerlukan kemahiran yang mahir sewaktu melakukannya. Informan turut menyatakan tidak semua orang layak mengendalikan scuba diving tanpa mengambil lesen dan menghadiri khursus scuba diving. Tambahnya lagi, sekiranya mereka sudah mempunyai lesen tersebut maka mereka dapat melakukan aktiviti scuba diving di laut dalam. Responden juga bersetuju dengan penyataan aktiviti yang dijalankan di Pulau Redang adalah baik kerana kawasan persekitaran di Pulau Redang adalah sesuai buat pengunjung. Antara aktiviti pantai yang dijalankan adalah seperti banana boat, jet ski, aktiviti berkayak dan sebagainya. Mereka boleh menikmati aktiviti yang disediakan tidak kira siang atau bermalam bergantung kepada jenis aktiviti yang disediakan. Selain itu, aktiviti bagi pelancong pernah membawa pulang terumbu karang dari habitatnya ketika percutian yang lepas responden menyatakan tidak pasti kerana segelintir dari pelancong tidak mahu mengaku atau tidak mengingati yang mereka pernah membawa pulang terumbu karang sewaktu melancong. Ada segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dengan membawa pulang terumbu karang sewaktu percutian bagi tujuan perhiasan dan sebagai tanda kenangan buat mereka. Namun kini, pihak pembangunan telah mengambil tegas akan peraturan dan etika yang perlu dilaksanakan oleh pengunjung sewaktu percutian bagi mengelakkan daripada kejadian tersebut berlaku

Cadangan dan Rumusan

1. Mencadangkan penggunaan “fin” atau sirip tidak digunakan ketika melakukan aktiviti snorkelling. Perkara ini adalah disebabkan kerana penggunaannya menyebabkan kerosakan hidupan laut iaitu terumbu karang. Penggunaan fin juga menyebabkan kerosakan yang teruk kepada terumbu karang kerana tidak semua pengunjung pandai berenang dan menyelam. Mereka akan memijak dasar laut cetek yang di mana terdapatnya terumbu karang. Ada sesetengah terumbu karang yang sensitif terhadap sentuhan dan ini akan merosakan keadaannya. Pengunjung juga tidak menguasai penggunaan peralatan snorkelling.

(17)

masa bagi pemuliharaan terumbu karang yang rosak. Dengan pengehadan jumlah orang ini juga dapat memberikan kesan yang baik terhadap hidupan laut.

3. Mencadang sistem pembuangan sampah yang sistematik bagi pengunjung. Pihak pengusaha resort seharusnya memberikan taklimat atau maklumat tentang cara pembuangan sampah ketika berada di pulau dan berada di sekitar taman laut. Dengan cara ini juga dapat mengurangkan sampah yang menyebabkan alam sekitar tercemar. Apabila alam sekitar tercemar akan menyebabkan hidupan laut juga terjejas dan merosakan kawasan sekitar pulau.

4. Pihak pengusaha juga seharusnya, menambahbaik aktiviti pantai yang menarik untuk pengunjung. Perkara ini adalah kerana kadang kala cuaca yang tidak menentu akan menghalang pengunjung melakukan aktivit di taman laut. Aktiviti di taman laut mempunyai masa untuk melakukan aktiviti di kawasan tersebut. Apabila laut bergelora aktiviti snorkelling tidak dapat dilakukan dengan baik dan ini akan menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap hidupan laut seperti terumbu karang. Secara keseluruhannya Pembangunan yang dijalankan di sekitar Pulau Redang membawa kesan yang positif dan negatif kepada alam sekitar. Hal ini berlaku adalah kerana kawasan yang sekitarnya diduduki oleh masyarakat tempatan dan juga pengunjung yang hadir akan memberikan kesan. Harapan saya kajian ini dapat memberikan kepentingan serta digunakan oleh pengkaji yang akan datang dan masyarakat.

(18)

Brunt, P., & Courtney, P., (1999). Host percepyion of sosiocultural impacts. Annals

of tourism research Vol, 26, No, 3, pp. 493-515, 1999. Dicapai dari http://www.uvm.edu/tourismresearch/agritourism/publications/england.pdf

Butler, R.W. (1980). The concept of a tourist area cycle of evolution: Implication for management of resources. Canadian Geographer.

Davis D (1993). Scuba diving: Conflict in marine protected area. Australian Journal of Leisure and Recreation 3 (4), 65-71.

Gartner, W.C. (1996). Tourism Development Principles, Processes, and Policies.

New York, US. Van Nostrand Reinhold.

Hawkins J.P, & Roberts C.M. (1993). The growth in coastal tourism in the present and future impact on the Red Sea coral reef. Ambio 23 , 503-508.

Harrington, A. (20005). Modern social theory. OXFORD University Press, 1. Dicapai dari http://www.csun.edu/~snk1996/Harrington.pdf.

Henderson, J.C. (2007). Tourism crises: Causes, consequences and management, Jordan. Hill: Elsevier Inc.

Hodgson, G. (1993). Sedimentation damage to reef corals, In Ginsburg, R.N.

(compiler), Proceedings of the Colloquium and forum on Global Aspects of Coiral Reefs, Health, Hazard, and History, pages 520-525, Rosenstiel School of Marine and Atmosphreic Sciences: University of Miami, 420 p.

Jabil Mapjabil (1999). Pelancongan di Pulau Mabul: Impak terhadap masyarakat nelayan. Tesis sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mathieson, A. & Wall, G. (1982). Tourism: Economic, physical and social impacts. New York: Longman.

Mair, L. (1965). An introduction to Social Anthropology. London: Clarendon Press, Oxford Razali, M.K, (2015) dalam Weaver, D. & Lawton, L. (2006), Tourism Management

Wiley Australia Tourism Series, Third Edition, John Wiley & Sons: Cornell University

(19)

Edition,University of Pennsylvania Press, USA

UNEP, UNWTO (2005). Making Tourism More Sustainable - A Guide for Policy

Referensi

Dokumen terkait

- Salah satu kepercayaan dasar Katolik, adalah kepercayaan pada dosa asal atau dosa waris, dikatakan bahwa setiap manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa karena

terdispersi keruh setelah diagitasi cepat dengan nilai HLB berkisar antara 6—8. 3) Berdasarkan nilai HLB dan titik lelehnya, MDAG hasil pemurnian dengan metode CDT cocok

Ketidakseimbangan antara makanan yang dikonsumsi dengan kebutuhan pada remaja akan menimbulkan masalah gizi kurang atau masalah gizi lebih.. Status gizi baik atau

mampu menekan penutupan dan bobot kering gulma total, bobot kering gulma golongan daun lebar dan golongan rumput hingga 12 MSA dan (2) perlakuan herbisida glifosat yang digunakan

Dari hasil analisis kualitatif dapat disimpulkan bahwa senyawa yang terkandung pada sampel hasil fermentasi daging buah salak adalah etanol. Dan hasil analisis

Penelitian ini bertujuan untuk mengisolasi bakteri endofit yang tumbuh di dalam jaringan hidup a kar dari tanaman Moringa oleifera L .(Kelor) dan mengukur

Dari hasil pra survey pada beberapa Toko Alat Musik terkemuka di Kota Semarang sebagaimana nampak pada Tabel 1.2 dapat ditarik informasi bahwa minat pembelian alat