• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan Risale i Nur Terhadap Tasawuf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendekatan Risale i Nur Terhadap Tasawuf"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Pendekatan Risale-i Nur terhadap Tasawuf dan Tarekat Pasca Keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki 1924M

Muhammad Faiz bin Khalid Institut Islam Hadhari (HADHARI-UKM)

Ibnor Azli Ibrahim Jabatan Syariah, FPI-UKM Institut Islam Hadhari (HADHARI-UKM)

Abstrak

Pasca runtuhnya khilafah Uthmaniyyah di Turki pada 1924M, umat Islam mengalami banyak cabaran, antaranya serangan negara-negara kolonial yang terus cuba memecah belah kesatuan umat, pengaruh fahaman Barat serta cabaran perkembangan keilmuan dan sumber manusia. Ketika itulah muncul Said Nursi sebagai sosok ulama yang peduli terhadap maruah bangsa dan masalah umat cuba memberikan jalan keluar terhadap permasalahan tersebut dengan mengembalikan paradigma umat ke landasan yang betul terutama dalam permasalahan tasawuf dan tarekat. Para ulama tasawuf ketika itu terbahagi kepada dua pemikiran yang berbeza, antara yang menentang tasawuf dan yang fanatik terhadapnya. Kajian ini menjelaskan pendirian Said Nursi terhadap tasawuf dan tarekat serta bagaimana Said Nursi memberikan jalan tengah terhadap dua pemikiran tasawuf yang ada dengan tetap menjaga kesatuan umat. Metode kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan terhadap Risale-i Nur kumpulan karya Said Nursi dan juga kajian perbandingan dengan karya ulama salaf dan kontemporari yang membahas isu tasawuf dan tarekat. Kajian ini mendapati bahawa Said Nursi melalui karya agungnya risale-i nur mempunyai pendekatan yang moderat terhadap dua pemikiran tasawuf yang berbeza, beliau mampu mengembalikan titik kesamaan pemikiran kepada landasan utama dalam Islam yakni Al-Quran dan Al-Hadis. Said Nursi dalam banyak tulisannya menawarkan jalan keluar terhadap permasalahan umat dengan mengajak mempertingkatkan keimanan dan menguatkan akidah serta pentingnya menguasai keilmuan moden sebagai satu konsep tasawuf yang tidak hanya mengedepankan amalan zikir dan kepercayaan terhadap maqam dan ahwal semata-mata.

Kata kunci : tasawuf, tarekat, risale-i nur, Said Nursi

1.PENDAHULUAN

(2)

Dalam kondisi seperti itu Said Nursi muncul dengan membawa idea dan harapan baharu bagi generasi Islam agar bangkit semula dari penjajahan, kemunduran ekonomi, pergaduhan politik, kemerosotan intelektual serta kekeringan akidah dan ghairah Islam. Ia lahir di Anatolia Timur pada 1877M dan tumbuh sebagai seorang pelajar yang cemerlang, cerdas dan haus akan ilmu pengetahuan sehingga kelak akan menuliskan banyak karangan yang di himpun dalam Risalah-Risalah Cahaya (Risale-i Nur).

Risale-i nur ialah karya yang menghimpun tulisan-tulisan Said Nursi yang ditulis antara tahun 1927M sehingga 1950M yang berjumlah tidak kurang daripada 130 risalah dalam bahasa Turki dan 3 risalah dalam bahasa Arab (Ihsan 2010: 132). Said Nursi merupakan ulama yang berani dalam membantah kebijakan sekular kerajaan Republik Turki yang menggantikan sistem kekhalifahan Uthmaniyyah. Said Nursi berpandangan kukuh terhadap kemurnian ajaran Islam serta mahu Islam di kembalikan ke jalan yang sebenar, bukan Islam sekular yang berkiblat pada pandangan Barat.

Risale-i nur sebetulnya bukanlah karangan yang memfokuskan perbahasan tentang tasawuf dan tarekat sahaja justeru terdapat banyak tema lain yang di bahas dalam karangan Said Nursi tersebut, antaranya perbahasan tafsir al-Quran, konsep keimanan dan akidah, akhlak, sejarah, sosiologi, pendidikan dan lain sebagainya. Bagaimanapun Said Nursi juga memberikan perhatian cukup serius terhadap tasawuf dan tarekat sehingga dapat dijumpai dalam banyak jilid dalam risale-i nur, seperti dalam al-Kalimat, al-Maktubat dan al-Lama’at perbahasan mengenai isu tasawuf dan tarekat.

1.1 Pernyataan Masalah

Semenjak sebelum runtuhnya empayar Uthmaniyyah para ulama sudah berbeza sikap dan pandangan terhadap tasawuf dan tarekat. Sebahagian ulama melarang dan mengharamkan segala aktiviti yang terkait dengan ajaran tasawuf dan tarekat, sedangkan sebahagian lagi fanatik terhadapnya sehingga menganggap remeh kelompok yang mengamalkan syariat sahaja tanpa turut mengamalkan tarekat.

Dalam suasana yang lain pun terdapat khilaf atau perselisihan di antara kumpulan yang fanatik terhadap tasawuf, yakni sebahagian menganggap bahawa tarekat kumpulan nya sajalah yang paling selamat dan paling benar sedangkan golongan yang lain adalah sesat.

Melihat perkembangan seperti ini dikhuatirkan akan menjadikan umat Islam terpecah kepada dua kelompok yang bertentangan dan saling menyalahkan bahkan mengkafirkan, oleh itu diperlukan satu pendekatan yang dapat mengembalikan paradigma umat yang salah kembali kepada paradigma asas yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

1.2 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa soalan yang diajukan dalam kajian ini, antaranya:

a. Apa pandangan Said Nursi terhadap tasawuf dan tarekat?

(3)

c. Bagaimana penjelasan Said Nursi terhadap manfaat atau kebaikan tarekat dan tasawuf serta bahaya dan cabarannya?

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini menjawab beberapa persoalan di atas, sebagai berikut :

a. Menjelaskan pandangan Said Nursi terhadap tasawuf dan tarekat menerusi karyanya risale-i nur.

b. Membahas pendirian Said Nursi yang penuh kesederhanaan dalam menengahi dua pemikiran tasawuf yang berbeza dengan tidak menghakimi dan mudah mendakwa. c. Memaparkan manfaat atau kebaikan tasawuf dan tarekat serta cabaran dan bahayanya

dalam pandangan Said Nursi menerusi karangannya risale-i nur.

1.4 Tinjauan Literatur

Terdapat beberapa buku dan tesis ilmiah yang membincangkan pemikiran Said Nursi dalam bidang tasawuf dan tarekat, antaranya:

Seperti dipaparkan Muhammad Taufik Rama ān Al-Būthy (2006) dalam tajuk ḍ al-tasawwuf wa atsaruhu fi shakh iyyah Al-ustādz Badiuz Zaman Said Al-Nursiṣ (Tasawuf dan Pengaruhnya Terhadap Keperibadian Bediuz Zaman Said Nursi) yang menjelaskan pandangan Said Nursi terhadap tasawuf menerusi kajian al-talwīhat al-tis ahʿ (Sembilan Risalah) dari risale-i nur. Kemudian dijelaskan pula bahawa tasawuf banyak memberikan pengaruh sekali gus menjadi faktor yang membangun karakter peribadi Nursi. Oleh itu kajian akan menyempurnakan tulisan tersebut dengan mengukuhkan hujah menerusi pandangan ulama tasawuf lainnya dan menambahkan perbahasan mengenai jasa-jasa dan kebaikan tarekat serta cabaran dan bahayanya.

Dalam satu tulisan yang bertajuk “Jaulah ma’a imām Nursi wa nazratuhu li al-tasawwuf” (Perjalanan Bersama Imam Nursi dan Pandangannya Terhadap Tasawuf) Khadijah Al-Nabrawy (2006) mengungkapkan asas-asas pemikiran Said Nursi seperti perpaduan antara akal dan kalbu serta konsep kesederhanaan yang akan membawa pada kesatuan umat. Tulisan tersebut di ambil daripada koleksi risale-i nur al-matsnawy al-araby al-nūri dan ṣayqal al-Islām, dengan memberikan penjelasan secara umum. Oleh itu kajian ini akan memperdalam penjelasan dengan menyertakan pandangan ulama lain yang terkait dengan pemikiran tasawuf yang moderat.

(4)

menerusi karya risale-i nur. Oleh itu kajian akan memperdalam bahasan mengenai pandangan Said Nursi terhadap tasawuf dan tarekat disertai hujah dan perbandingan dengan pandangan ulama tasawuf lainnya.

2. METODOLOGI

2.1 Reka Bentuk kajian

Kajian ini menggunakan metode kualitatif kerana menyangkut sejarah pemikiran (intelektual) (Sartono 1993: 176).Kajian tidak mengolah data dengan analisa kuantitatif, sebaliknya kajian hanya berfokus pada kajian kepustakaan terhadap risale-i nur yang merupakan objek kajian dalam aspek pemikiran dan konsep Said Nursi terhadap tasawuf dan tarekat.

Tahapan kajian bermula dengan proses pemilihan, pemikiran dan kemudian tafsiran (Muhd. Yusof 1986: 91). Pemilihan dilakukan dengan memilih kawasan Turki (mewakili dunia Islam) sebagai negara tempat tinggal Said Nursi dengan latar waktu menjelang hingga masa selepas runtuhnya empayar Uthmaniyyah Turki pada 1924M. Kemudian tahap pemilihan berikutnya adalah menentukan tajuk tasawuf dan tarekat sebagai salah satu tema yang terdapat dalam risale-i nur berserta pemilihan sumber-sumber kajian yang terkait dengan tajuk tersebut.

Langkah kajian seterusnya adalah analisis pemikiran Said Nursi yang tertuang di dalam risale-i nur yang terkait dengan isu tasawuf dan tarekat serta dengan melakukan kajian perbandingan dengan pemikiran ulama tasawuf lainnya baik ulama salaf (terdahulu) mahupun ulama kontemporari.

2.2 Pemilihan Setting

Kajian ini berfokus pada perbahasan tentang perkembangan tasawuf dan tarekat pasca keruntuhan empayar Turki Uthmaniyyah pada 1924M, yakni ketika Said Nursi mula menulis dan menyebarkan risale-i nur secara sembunyi-sembunyi di Turki yang bermula pada tahun 1927M sehingga tahun 1950M. Tema kajian terhad kepada bidang tasawuf dan tarekat sahaja dan tidak menyertakan bidang lain yang turut Said Nursi jelaskan di dalam risale-i nur seperti bidang pendidikan, sejarah, akhlak, sosial dan lain sebagainya.

3. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Di dalam risale-i nur Said Nursi memaparkan takrif tasawuf dan tarekat sebagai jalan untuk mengenal hakikat keimanan dan hakikat al-Quran melalui jalan rohani di bawah panduan sunnah Rasulullah s.a.w. bermula dari langkah hati sehingga mencapai rasa atau zauq menyerupai tingkatan penyaksian atau syuhud (Said 2011: 563). Takrifan tersebut mendedahkan pandangan Said Nursi bahawa matlamat dalam tasawuf dan tarekat adalah mencapai hakikat keimanan dan al-Quran bukan untuk mencapai tingkatan wali ataupun untuk mendapatkan karamah semata-mata.

(5)

(Said 2011: 564). Zikir ialah amalan lisan sedangkan tafakur merupakan amalan fikiran, namun begitu zikir tidak hanya dapat dilantunkan oleh lisan akan tetapi hati pun juga mempunyai amalan zikir tersendiri (Abd Bari 1963: 55), yakni dengan selalu merasai kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T.

Peraturan tarekat seperti zikir atau wirid yang menghasilkan zauq di dalam hati sewajarnya menjadi pembuka jalan kepada suatu perasaan yang lebih tinggi dan mulia iaitu dapat melaksanakan perkara fardu dan sunnah yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan bukan perkara sebaliknya dengan beranggapan bahawa zikir dan wirid tarekat lebih utama.

Tarekat dan tasawuf merupakan wasilah atau perantara sahaja, ia tidak boleh bertukar menjadi matlamat (Abd Bari 1963: 50). Melaksanakan satu kefarduan sebagai kepatuhan kepada syariat adalah lebih hebat dan agung. Bahkan ia tidak sama sekali menyamai wirid-wirid tarekat yang diamalkan, apatah lagi untuk menggantikan tempat fardu ataupun sunnah (Said 2011: 576).

Hakikat keimanan adalah inti risalah yang dibawa Rasulullah s.a.w. dan dapat diterima secara ainul yaqin (keyakinan penuh) oleh tingkatan kewalian. Oleh itu, menurut Said Nursi kewalian ialah hujah syariah yang membenarkan kerasulan dan ajaran nabi, sedangkan tarekat adalah hujah kebenaran hukum syarak yang ditetapkan Allah S.W.T. kedua-duanya merupakan rahsia kesempurnaan Islam, punca ketinggian insani dan sumber limpahan cahaya kemanusiaan sejagat (Said 2011: 565).

Dalam isu kewalian terdapat perkara khilaf atau perselisihan di antara umat Islam, yakni apakah kewalian hanya dapat muncul dari golongan Ahlu Sunnah sahaja atau tidak? Perkara ini menurut Said Nursi (2011: 426) telah memecah pandangan umat kepada tiga kumpulan: Pertama, pendapat yang menyatakan bahawa kewalian hanya dapat muncul dari golongan Ahlus Sunnah sahaja. Penyokong utama kelompok ini adalah dari kalangan ahli zahir kebanyakannya.

Kumpulan kedua beranggapan bahawa kebenaran bukan terhad untuk Ahlus Sunnah sahaja. Dengan pendapat seumpama ini, mereka telah membentuk aliran bid'ah ( amalan yang mengada-ada) yang terus mengheret ke alam kesesatan. Mereka terlupa bahawa orang yang memberi petunjuk kepada dirinya sendiri tidak semestinya mampu memberi petunjuk kepada orang lain. Meskipun tuan gurunya mungkin dimaafkan atas kesilapan yang dilakukan tanpa sedar, namun murid tidak akan dimaafkan jika mengikuti kesilapan guru dengan sengaja.

(6)

Melihat perbezaan pandangan tersebut Said Nursi (2011: 428) mempunyai pendirian bahawa sebahagian para wali meskipun kelihatan seperti waras dan betul serta mereka mempunyai kemampuan akal yang memahami logika, namun mereka terkadang juga mudah ditarik ke alam yang mereka tidak mampu mengawal diri (majzubin).

Di kalangan mereka ini ada yang mudah terkeliru dan tidak mampu membezakan antara dua perkara yang serupa tetapi tidak sama. Apa yang dilihatnya ketika mabuk makrifat (fana’) diguna pakai ketika mereka dalam keadaan sedar sehingga kadang lupa tentang dirinya dan orang atau keadaan di sekelilingnya (Yusri 2011: 101).

Ketika itu mereka tersilap namun mereka tidak tahu bahawa itu adalah satu kesilapan. Oleh sebab itu golongan majzubin ini terpelihara di sisi Allah S.W.T., sebab mereka bukanlah dari golongan sesat seperti sesatnya golongan lain. Mereka itu adalah sama seperti orang gila yang baik-baik bahkan diberkati. Hukum gila itu dikenakan kepada mereka sehingga bebaslah melakukan apa yang dianggap sebagai di luar batas manusia yang waras kerana sebenarnya mereka tidak lagi mukallaf (dibebani menjalankan syariat) (Said 2011: 428).

Oleh kerana status mukallaf tiada lagi pada diri mereka, maka mereka tidak boleh dijadikan ukuran hukum atau dihukum (Yusri 2011: 102). Oleh kerana kewalian mereka adalah kewalian yang tidak normal seperti menyokong golongan ahli bid'ah bahkan melakukan perbuatan bid'ah itu sendiri. Inilah yang menjadi sebab mengapa ramai penyokong kebenaran dan orang yang beriman terkeliru lantas terlibat dengan jalan yang salah ini (Said 2011: 428).

Tarekat dan tasawuf yang bertepatan dengan sunnah akan membuahkan kebaikan yang mampu menghapuskan kesilapan para pengamal nya sehingga mampu mempertahankan keimanan dari kesesatan dan penyimpangan akidah (Said 2011: 566). Sebaliknya seseorang yang tidak melalui jalan tarekat atau hatinya tidak bergerak ke arah jalan Allah S.W.T. adalah amat payah baginya untuk mempertahankan diri di hadapan pengaruh dan serangan kekufuran dan kefasiqan bahkan sebahagian ulama berkata bermulalah kiamat jika sudah tiada seorang Muslim yang bergerak menuju Allah S.W.T. (Hj Ali 2006: 132).

Antara faedah duniawi tasawuf dan tarekat yang tidak boleh dinafikan adalah semakin melebar sayap ukhuwah (persaudaraan) di antara kaum Muslimin di seluruh dunia sehingga mampu mempertahankan khilafah Islamiah selama lebih dari 550 tahun pada zaman kekuasaan empayar Uthmaniyyah di Turki (Said 2011: 567).

Di samping faedah tersebut Said Nursi (2011: 582) juga memaparkan manfaat dan kebaikan amalan tarekat lainnya, sebagai berikut:

a. Melalui tarekat akan mampu menzahirkan hakikat keimanan dan membebaskan dari sebarang kekeliruan dan syubhah. Ini akan membawa ke tahap ain al yaqin (keyakinan inti), tetapi mestilah melalui tarekat yang benar dan tidak menyimpang.

(7)

c. Seorang insan dapat membebaskan dirinya dari keterasingan yang membosankan atau keseorangan dalam menuju Allah S.W.T. serta dapat merasai pertautan hatinya dengan rakan-rakan satu kafilah dengan persahabatan hakiki dan kasih sayang yang telus ketika menuju alam yang kekal abadi (alam akhirat).

d. Tarekat dapat membebaskan jiwa manusia dari belenggu keduniaan dan dapat menyelinap keluar dari alam keasingan yang menyakitkan yang dirasakannya terhadap alam semesta ini. e. Seseorang akan dapat merasakan hakikat taklif (kewajipan) syariat yang dipikulnya. Dia akan memberi nilaian yang tepat terhadap hukum syarak melalui hatinya yang hidup dan berdenyut dengan zikir kepada Allah S.W.T.

f. Melalui didikan tarekat yang benar, tingkatan tawakkal (menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya) dan reda mudah dicapai. Tingkatan-tingkatan ini adalah jalan penyampai kepada kelazatan dan kebahagiaan yang hakiki dan hiburan yang kekal di akhirat.

g. Ia boleh menyelamatkan manusia dari syirik khafiy (tersembunyi) atau pun riya' (sifat pamer), kepura-puraan dan sifat-sifat yang tercela lainnya. Oleh itu, keikhlasan adalah syarat dan juga merupakan hasil terpenting amalan tarekat. Ia juga dapat membimbing serta membebaskan diri dari belenggu dan bahaya nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan dan juga membersihkan jiwa dari segala sikap mementingkan diri yang amat hina.

h. Seorang insan dapat selalu berwaspada dan sentiasa berusaha menjadikan setiap kebiasaan hariannya sebagai ibadah dan setiap urusan dunianya menjadi urusan akhirat.

i. Tarekat adalah amalan yang dapat membentuk insan kamil (sempurna) dengan cara tawajjuh (menghadapkan hati) kepada Allah S.W.T. sepanjang perjalanan ibadahnya dalam usaha meningkatkan kehidupan yang maknawi. Ia juga adalah jalan dalam mencapai tahap mukmin yang hak dan Muslim yang sebenar.

Di samping memaparkan manfaat atau kebaikan tarekat dan tasawuf, Said Nursi (2011: 579) juga mengingatkan akan cabaran dan bahayanya seperti berikut :

a. Jika tidak berpandukan Sunnah Nabi s.a.w. dalam jalan kerohanian maka akan menyangka bahawa kewalian adalah lebih hebat dari kenabian. Padahal telah tercapai kesepakatan di kalangan para ulama tentang keutamaan tingkatan nubuwwah atau kenabian daripada kewalian (Zahir 1993: 128).

b. Apabila ahli tarekat dan tasawuf ini memuliakan para wali lebih dari para sahabat Rasulullah s.a.w., bahkan terhadap kedudukan para nabi itu sendiri.

c. Apabila ada di kalangan ahli tarekat yang ta’asub (fanatik) mengutamakan wirid-wirid tarekat dan disiplin tarekat dengan lebih mengutamakan nya daripada sunnah Nabi s.a.w.

(8)

e. Tarekat bukanlah matlamat sebenar dalam jalan tasawuf. Bagi ahli tarekat yang tidak memahami rahsia ini akan mudah tertarik dengan limpahan karamah, zauq dan nur lalu berlumba-lumba memperolehnya, sedangkan semua ini adalah anugerah Allah S.W.T. bukan untuk dikejar dan dicapai.

f. Ada sekumpulan pengamal tasawuf yang keliru lalu menyangka maqam atau tingkatan wali dan segenap gambaran (alam) yang terlihat adalah maqam yang hakiki dan segala-galanya. Terdapat segelintir dari mereka merasakan diri lebih hebat dan lebih tinggi dari darjat wali-wali besar, bahkan terkadang merasa lebih tinggi dari para nabi.

g. Lembah kebinasaan ini menjerumuskan segelintir ahli tarekat yang telah mencapai sedikit zauq lalu mereka berbangga-bangga dan mendabik dada dengan apa yang mereka peroleh. Mereka mula menyebarluaskan keajaiban atau syatahat yang berlaku. Mereka terlupa bahawa asas dan rahsia sebuah perhambaan ialah rasa tadharru’ (rendah diri), tahmid (memuji Allah), doa, khusyuk, al-ajz (berasa lemah di hadapan Allah), al-Faqr (berasa fakir pada Allah), dan tidak mengharap kepada manusia.

h. Terdapat pengamal tarekat dan tasawuf yang ingin mencapai taraf wali ketika di dunia. Mereka lalai bahawa satu hasil di akhirat lebih berat dari seribu kebaikan di dunia. Namun lain halnya jika diberikan juga tanpa diminta, maka ianya mesti diterima dengan penuh adab iaitu dengan kesyukuran dan tahmid (pujian) kepada Allah S.W.T. dan tidak sekali-kali menganggapnya suatu upah.

Seseorang dalam jalan tarekat akan meningkat secara beransur-ansur ke martabat yang lebih tinggi dalam syariat. Martabat ini adalah seerti dengan hakikat dan sirr (rahsia) tarekat dalam ilmu tasawuf. Dalam konsep ini tarekat dan hakikat merupakan sebahagian syariat. Dengan itu adalah tidak benar gambaran segelintir ahli tasawuf yang menyatakan syariat itu adalah kulit sahaja, manakala isi dan patinya ialah hakikat (Said 2011: 575). Sebab hakikat tidak mungkin dapat diperoleh tanpa menggunakan amalan yang terdapat dalam syariat itu sendiri (Zakaria 2012: 34).

Golongan pengamal tarekat menurut Said Nursi (2011: 578) dibahagikan kepada dua kumpulan, pertama: golongan yang tenggelam dan mabuk dalam kecintaan atau mahabbah kepada Allah S.W.T. atau mereka hilang kawalan akibat naluri dalam jiwanya yang telah menguasai keseluruhan pancainderanya (latha’if). Ketika itu dirinya tidak dapat patuh kepada syariat tanpa niat, lalu ia terkeluar dari kawalan syariat.

Kumpulan kedua: golongan yang benar-benar tertarik kepada kelebihan zauq yang begitu terserlah dalam alam tarekat dan hakikat tetapi tidak mengambil peduli terhadap hukum hakam syariat, sedangkan syariat adalah lebih tinggi dari zauq yang mereka peroleh dalam tarekat itu. Ada pula di kalangan mereka yang mengatakan syariat ini tiada kemanisan, namun sebenarnya mereka sendirilah yang belum sampai kepada kemanisan menjalankan syariat akibat kelemahan mereka.

(9)

namun mesti berhati-hati dalam menilai pelanggaran yang dilakukan seseorang adakah terkeluar daripada syariat ataupun ia masih berada di dalam batasan nya. Dari sini terlihat bagaimana sikap Said Nursi yang sederhana, berhati-hati dan tidak mudah menghakimi atau mendakwa.

4. PENUTUP

Terdapat beberapa rumusan dari hasil kajian dan perbincangan di atas yang dapat dipaparkan sebagai berikut :

Pertama, Said Nursi memberikan takrifan tarekat dan tasawuf dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunah. Kedua-duanya hanya sebagai perantara (wasilah), sedang matlamatnya adalah hakikat keimanan.

Kedua, jalan pintas rohani yang selamat membawa kepada Allah S.W.T. adalah zikir selalu kepada Nya dan sentiasa tafakkur atau dengan melaksanakan amalan kalbu dan akal.

Ketiga, Said Nursi tidak menjelaskan keharusan ataupun larangan terhadap tasawuf dan tarekat, akan tetapi memberikan panduan mana perkara yang betul dalam tasawuf dan boleh diamalkan serta mana kesalahan yang mesti dihindari.

Keempat, Said Nursi mengajak pihak-pihak yang berbeza pandangan agar membuka fikiran dan mengembalikan permasalahan kepada al-Quran dan al-Sunah sebagai rujukan utama.

Kelima, terdapat banyak manfaat serta kebaikan tasawuf dan tarekat, namun begitu perlu diperhatikan cabarannya dan berwaspada terhadap bahayanya.

Keenam, syariat Islam adalah landasan tarekat dan segala amalan tasawuf. Kedua-duanya merupakan hujah dan jalan yang mempermudah bagi menjalankan syariat.

Kajian ini akan membawa implikasi terhadap pandangan orang yang anti-tasawuf supaya melihat sisi lain di mana terdapat banyak faedah ataupun kebaikan tasawuf, baik faedah duniawi mahupun ketika di akhirat nanti. Dengan begitu ia tidak akan mudah menyalahkan amalan Muslim lainnya bahkan mengkafirkan nya. Begitu pun bagi pihak pengamal tasawuf dan tarekat yang belum menyedari bahaya dan cabarannya agar berwaspada dan selalu berpedoman kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kajian selanjutnya dapat dilakukan dengan menganalisis sejauh mana amalan tasawuf dan tarekat memberi kesan kepada kehidupan umat Islam pada masa kini. Ataupun dapat pula mengkaji seberapa jauh implikasi yang wujud setelah memahami pandangan dan konsep Said Nursi terhadap tasawuf dan tarekat dalam kehidupan umat Islam.

RUJUKAN

Abdul Bari Al-Nadwi. 1963. Bayna Al-asawuf wa Al-hayat.Damaskus : Dar al-fath.

Hj Ali Hj Mohamed. 2006. Kunci Memahami Tasawuf.Selangor : Masterpiece Publication.

(10)

Khadijah Al-Nabrawi. 2006. Dawābit Al-sulūk Al- ūfi fi Al-fikr Al-Nursi . Kaherah: Syarikat Sozler, 58-74.

Muhd. Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah: Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan kaedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Taufiq Ramadhan Al-Buthy. 2006. Al-idrāk rūhi bayna tasawwuf wa al-Nursi. Kaherah:Yayasan Wawasan dan Ilmu Pengetahuan Markas Al-Nur Istanbul, 67-77.

Said Nursi. 2011. Kulliyyat Rasail Al-Nur (Al-Maktubat). Terj. Kaherah : Syarikat Sozler.

Sartono Kartodirdjo. 1993. Pendekatan Ilmu Sosial dalam Metodologi Sejarah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.

Yusri Abd Karim. 2011. Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi. Selangor: Yamani Angle.

Zahir Syafiq Al-Kabby.1993. Fiqh Al-tashawwuf li Shaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beirut: Dar al-fikr al-arabi.

Zakaria Stapa. 2012. Pendekatan Tasawuf dan Tarekat Wadah Pemerkasaan Jati Diri Ummah.Selangor : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

suatu model estimasi biaya konstruksi pembangunan kantor pelayanan masyarakat di Kota Surabaya dengan mengambil sampel atau data sekunder dari 5 tahun kebelakang mulai

Dengan demikian hasil penelitian tentang pengetahuan responden terhadap stigma penyakitnya (TBC) memiliki hubungan yang signifikan dimana semakin tinggi tingkat

Slik som tilfellet var i forholdet mellom originalen og nyinnspillingen av Ju-On , blir spenningen også i disse filmene utløst ganske mye raskere i den amerikanske versjonen: Fra

Faktor keempat terdiri dari, Status sosial saya mengharuskan untuk menbung di bank syariah khususnya untuk produk tabungan syariah, Pekerjaan saya mengharuskan

Adapun kesimpulan dari rangkain kegiatan pengabdian pada masyarakat yang dilakukan oleh Tim dosen FIPP UNDIKMA Mataram adalah: (1) Kegiatan di hadiri oleh

Variabel lain yang dapat mempengaruhi komitmen organisasional adalah konflik kerja, Jackson dan Shuler dalam (Rulestari dan Eryanto,2013:21) menjelaskan ³konflik

harga yang bersaing, hingga pelayanan terhadap para penumpang. Agen bis yang baik harus memiliki pelayanan yang bagus pada saat pemesanan tiket maupun pelayanan pada saat di

Tulisan ini bertujuan untuk mengungkapkan upaya yang perlu dilakukan untuk Pengembangan Kawasan Pertanian di Kabupaten Sigi, yang meliputi: (1) tata ruang termasuk