• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAFSIR SURAH NUR AYAT. doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAFSIR SURAH NUR AYAT. doc"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

.

TAFSIR SURAH NUR AYAT : 32

Tafsir Ibnu Kathir

,

م

م ك

ك ئئَاممإئومْ ممككدئَابمعئْ نممئْ نمِيحئلئَاص

ص لَاومْ م

م ك

ك نممئْ َىممَايملم

م َاْ َاُوحككئنمأموم

ع

ع س

ئ َاومْ هكلصلَاومْ هئلئض

م فمْ ن

م مئْ هكلصلَاْ م

ك هئنئغميكْ ءمَارمقمفكْ َاُونكُوك

ك يمْ ن

م إئ

م

ع ِيلئع

م

Ayat ini mengandungi beberapa hukum-hakam yang 'muhkamah' dan suruhan-suruhan 'mubramah'. Firman Allah Taala : "Dan kahwinkanlah ..." hingga akhirnya merupakan satu perintah supaya mengahwinkan. Sebahagian ulama berpendapat, wajib kahwin bagi setiap yang mampu. Mereka berdalilkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud

: "Wahai sekalian pemuda, barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan.

Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya. -dikeluarkan dalam sahihain daripada hadith ibnu Masood. Terdapat dalam Sunan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : "Kahwinilah (perempuan) beranak banyak, sesungguhnya aku berbangga mempunyai umat yang ramai

di hari Qiamat.

"Al-Ayaama" adalah perkataan jama' bagi perkataan "ayyim". Digunakan untuk perempuan yang tidak mempunyai suami atau untuk lelaki yang tidak mempunyai isteri samada ia pernah berkahwin kemudian bercerai atau yang

belum berkahwin lagi.

Firman Allah Taala " هْلضض فف نض مم هْلللا مض همنمغضيي ءارفقففي اُونيُوكي يف نضإم " "Jika mereka itu miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya." Berdasarkan ayat ini, berkata Ali b. Abi Talhah daripada Ibnu

Abbas; Allah Taala menggesa mereka supaya berkahwin dan memerintahkan orang merdeka dan hamba supaya dikahwinkan serta menjanjikan mereka dengan kekayaan. Berkata Ibnu Abi Hatim, Abu Bakar As-siddiq berkata : Taatilah kamu akan Allah pada apa yang Dia arahkan supaya bernikah, kamu akan peroleh kekayaan sebagaimana

yang dijanjikan. Daripada Ibnu Masood; Carilah kekayaan dalam pernikahan. Daripada Abu Hurairah R.A. berkata : Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga hak ke atas Allah menolong mereka; orang yang ingin kahwin yang mahukan memelihara kesucian diri, hamba mukatab yang mahu merdeka dan pejuang di jalan Allah."- diriwayatkan

(2)

mempunyai apa-apa kecuali kain sebarnya, tidak mampu mengadakan sebentuk cincin besi, meskipun begitu Nabi S.A.W. tetap mengahwinkannya dengan seorang perempuan dan mensyaratkan maharnya ialah mengajarkan

perempuan itu Al-Quran.

Tafsir Al-Qurthubi

,

م

م ك

ك ئئَاممإئومْ ممككدئَابمعئْ نممئْ نمِيحئلئَاص

ص لَاومْ م

م ك

ك نممئْ َىممَايملم

م َاْ َاُوحككئنمأموم

Perintah termasuk dalam bab penjagaan (protection) dan kebaikan (as-salaah). Iaitu, Kahwinkanlah orang yang tiada pasangan dari kalangan kamu kerana sesungguhnya ia adalah jalan menjaga kehormatan diri. Perintah ini ditujukan kepada wali-wali (penjaga). Ada yang berkata perintah itu pasangan (suami/isteri). Yang sahih adalah pendapat

pertama; kerana kalau ayat itu merujuk kepada pasangan(laki-laki atau perempuan), sudah tentu ia akan berbunyi {اُوحكناو} iaitu tanpa hamzah, iaitu alif wasal. Daripada sini diketahui bahawa perempuan tidak boleh bernikah sendirian tanpa wali. Ini adalah pendapat

kebanyakan ulama.

Ulama berselisih dalam perkara ini, Ada tiga pendapat. Berkata ulama kita : berbeza hukum dalam perkara itu disebabkan oleh hal keadaan seseorang mukmin seperti takut berlaku dosa, tidak dapat sabarkan diri serta kekuatannya di atas kesabaran dan hilangnya takut berlaku dosa. Apabila ditakuti berlaku kemusnahan/kerosakan pada agama atau dunia atau pada kedua-duanya sekali maka nikah menjadi wajib. Sekiranya tidak dikhuatiri

berlaku apa-apa dan keadaanya bebas, maka berkata Imam Syafie' : Nikah itu harus. Imam Malik dan Abu Hanifah berkata : Nikah itu mustahabb. Imam Syafie membuat ulasan

bahawa nikah itu merasakan keenakan maka ia adalah harus seumpama makan dan minum. Ulama kita pula memberi komentar berdasarkan hadis sahih :

ِّيننمم س

ف

يضْلففف ِّيتمنلس

ي ن

ض ع

ف ب

ف غمرف ن

ض مف

"Barangsiapa yang tidak sukakan sunnahku, maka ia bukan dari golonganku"

"

Al-Ayaama minkum" iaitu laki-laki atau perempuan yang tiada pasangan. Mufrad (singular) bagi perkataan ( َىمفَايفلضف ا ) ialah ( مينلضفا ). Berkata Abu Amru : ( َىمفَايفأف ) adalah terbalikan perkataan ( ميمَايفأف ). Ahli bahasa (bahasa Arab) bersepakat bahawa ( مينلضف ا ) pada asalnya bermaksud perempuan yang tiada suami samada perempuan itu dara ataupun janda. Kenyataan ini diceritakan oleh Abu Amru, Al-Kisaaie dan lain-lain.

Maksud firman Allah Taala ( مض كي نضممَىمفَايفلضف ااُوحي كم نضأفوف ) iaitu "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu." Kemudian ayat tadi menerangkan hukum mengenai hamba, firmanNya : ( مض كي ئمَامفإموفمض كي دَابفعمنض ممنف يحم لمَاصل لاوف ). Al-Hasan membaca ayat tadi dengan ( مض كي ديبمعفنض ممنف يحم لمَاصل لاوف ), dan perkataan ( ديبمعفوف ) adalah isim (kata nama) bagi jama'nya (plural). Al-Farra' berkata : dan harus ( مض كي ءفَامفإموف ) dibaca dengan nasab (baris atas), kembali/merujuk kepada perkataan ( نف يحم لمَاصل لا ) iaitu laki-laki dan perempuan.[iaitu maknanya : kahwinkanlah ...orang-orang soleh... dan kahwinkanlah hamba-hamba kamu). Yang baik (pada perkataan orangْ yangْ baik) adalah imannya.

(3)

ع

ع س

ئ َاومْ هكلصلَاومْ هئلئض

م فمْ ن

م مئْ هكلصلَاْ م

ك هئنئغميكْ ءمَارمقمفكْ َاُونكُوك

ك يمْ ن

م إئ

م

ع ِيلئع

م

Ayat ini merujuk kepada orang merdeka; maknannya janganlah kamu halang daripada mengahwinkan mereka dengan sebab kemiskinan si lelaki atau si perempuan. ( اُونيُوكي يفنض إم

ءارفقففي مض همنمغضيي هْلللا نض مم

هْلضض فف ) ini adalah janji Allah dengan kekayaan kepada orang yang berkahwin yang mencari keredhaan Allah dan memelihara diri daripada maksiat. Berkata Ibnu Masood : Mintalah kekayaan dalam perkahwinan; lalu membaca ayat ini. Berkata Omar R.A. : Aku hairan ada orang yang tidak mencari kekayaan dalam perkahwinan. Firman Allah Taala : ( هْلضض ففنض ممهْلللامض همنمغضييءارفقففياُونيُوكي يفنض إم ). Makna ini juga diriwayatkan ini daripada Ibnu Abbas R.A. Daripada hadith Abi Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ( َةثفلفثف

مض هْللكي ق ل حف َىْلفعف هْلللا هنُوضعف دهمَاجفميلضا ِّيفم ليبمسف هْلللا ِحكم َانللاوف ديرميي فَاففعفلضا بتفَاكف ميلضاوف ديرميي

ءادفلضف ا ) . Maksudnya :

"Tiga perkara, setiap mereka itu adalah hak ke atas Allah menolongnya; orang yang berjuang di jalan Allah, orang yang ingin berkahwin yang ingin memelihara kehormatan, dan hamba mukatab yang mahu merdeka." - dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya. Dikatakan bahawa : perkataan ( هينمغضيي ) itu bermaksud memberikannya kaya jiwa (akal budi). Dalam hadith sahih ada disebut ( سفضنللاَىنفغمَىنفغملضاَامفنلإمَضرفعفلضا َةرفثضكفنض عف َىنفغملضاسف يضلف ) maksudnya "Bukanlah kekayaan sebenar itu kekayaan harta benda, tetapi kekayaan sebenar itu ialah kaya jiwa." Dikatakan juga ( هْلضض ففنض ممهْلللامض همنمغضيي ) bermaksud Allah memberikan kekayaan daripada limpah kurniaNya jikaْ Diaْ kehendaki, sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-An'am ayat : 41 ( ءفَاشف نض إمهميضلفإمنف ُوعي دض تفَامفِفشم كض يففف )

maksudnya "..maka Dia menghilangkan bahaya yang kerananya kamu berdoa kepada-Nya, jika Dia menghendaki." . Firman-Nya lagi dalam surah As-Syuura ayat 12, ( نض مفلمْقزضرنلاُطسي بضيف ءَاشف يف ) maksudnya "Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya.". Dikatakan juga bahawa ayat tadi bermaksud jika mereka itu miskin untuk membolehkannya

berkahwin, Allah akan memberikannya kekayaan dengan yang halal supaya ia selamat daripada zina.

Ayat ini menunjukkan suuruhan supaya mengahwinkan orang miskin. Seseorang itu tidak boleh berkata "macamana aku nak kawin sedangkan aku tak berduit" kerana rezekinya itu di tangan Allah. Nabi S.A.W pernah mengahwinkan seorang perempuan yang datang kepada baginda menyerahkan dirinya kepada seorang yang tidak berharta melainkan sehelai kain sebar. Tidak terjadi selepas itu perempuan tadi menuntut fasakh nikah kerana kemiskinan, kerana ia pernah atau biasa susah. Adapun yang sering berlaku demikian (fasakh) ialah apabila seorang perempuan yang sebelumnya hidup senang tiba-tiba hidup susah selepas berkahwin, kerana biasanya rasa lapar membuatkan orang tidak boleh bersabar. Berkata An-Naqqaasy : Ayat ini menjadi hujjah terhadap orang yang berkata : "Sesungguhnya kadi boleh memisahkan di antara suami isteri sekiranya si suami itu miskin yang menyebabkan dia tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya." Ini adalah kerana Allah Taala berfirman "Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka", bukannya "memisahkan antara kedua-duanya". Ini adalah pendapat yang daif. Ayat ini bukanlah hukum pada orang yang tidak mampu memberi nafkah, tetapi ia adalah janji akan diberikan kekayaan bagi orang yang berkahwin orang miskin. Adapun orang yang kahwin orang senang, tetapi menjadi susah selepas daripada itu, maka dibolehkan dipisahkan antara kedua-duanya. Allah Taala

(4)

Tafsir Thabari

,

م

م ك

ك ئئَاممإئومْ ممككدئَابمعئْ نممئْ نمِيحئلئَاص

ص لَاومْ م

م ك

ك نممئْ َىممَايملم

م َاْ َاُوحككئنمأموم

( مض كي ئمَامفإموفمض كي دَابفعمنض ممنف يحم لمَاصل لاوفمض كي نضممَىمفَايفلضف ااُوحي كم نضأفوف ) Kahwinkanlah (wahai orang-orang yang beriman) orang-orang yang tidak mempunyai pasangan (laki-laki atau perempuan) dari kalangan orang merdeka dan juga orang-orang yang baik dari kalangan hamba-hamba kamu. Perkataan َىمفَايفلضف ا adalah kalimah jama' bagi perkataan مينأف . Dijama'kan sebagai َىمفَايفأف kerana ia memberi makna َةْلفيعمفف , sebab itulah dijama'kan demikian sebagaimana

dijama'kan perkataan َةمفيتميفلضا sebagai َىمفَاتفيف . Kalau dijama'kan dengan مئمَايفأف juga betul. مينلضف ا digunakan untuk lelaki dan juga perempuan. Contohnya : َةمفينأفوفمينأفَةأفرفمضاوف , مينأفلجيرف jika masing-masing tidak mempunya isteri atau suami.

ه

ئ لئض

م فمْ ن

م مئْ هكلصلَاْ م

ك هئنئغميكْ ءمَارمقمفكْ َاُونكُوك

ك يمْ ن

م إئ

Maksudnya, jika mereka (hamba-hamba laki-laki dan perempuan) yang kamu kahwinkan mereka itu orang susah dan miskin, maka sesungguhnya Allah akan memberikan kekayaan daripada limpah kurnia-Nya. Maka kemiskinan mereka itu tidaklah boleh dijadikan alasan untuk menghalang mereka daripada berkahwin.

ع

ع س

ئ َاومْ هكلصلَاوم

Firman Allah ( ِعسم اوفهْلللاوف ) : Allah itu luas limpah kurnia-Nya lagi Maha Pemurah, maka kahwinkanlah hamba-hamba kamu, sesungguhnya Allah itu luas (kurnia), Allah akan memberikan kurnia-Nya jika mereka semua miskin.

م

ع ِيلئع

م

Maksudnya Allah mengetahui orang yang miskin dari kalangan mereka dan juga yang kaya. Tidak sunyi sesuatu pun di sisi Allah akan keadaan pengurusan makhluk-Nya

Referensi

Dokumen terkait

Penggunaan masker oatmeal secara vitamin, antioksidan, lemak dan protein yang terdapat di dalam oatmeal yang berpengaruh terhadap peningkatan kelembapan kulit wajah

Awal menggunakan jilbab ini Wilda sempat tidak diajak berbicara oleh keempat orang sahabatnya (W-I.RI.019). Tapi sekarang sudah biasa saja. Sekarang Wilda lebih menjaga

a) Jumlah responden hanya sebelas orang sehingga mempengaruhi penilaian validitas instrument penelitian, hal ini disebabkan banyak dari perusahaan perbankan yang diminta

Bagi pihak yang diteliti penelitian ini diharapkan mampu untuk meningkatkan etos kerja, disiplin kerja dan komitmen organisasi untuk mendapatkan hasil kinerja

Metoda yang digunakan untuk mengetahui jumlah timbulan sampah adalah dengan metoda sampling teknik berdasarkan SNI 19-3964-1995 selain itu ditentukan pula

Hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa Prabu Brawijaya sebagai tokoh utama pada jagong pertama wayang beber Pacitan memiliki beberapa karakter antara lain; cermat, adil,

Contoh organisme heterotrof adalah semua hewan, jamur, bakteri dan banyak protista Organisme hidup memperoleh energi kimia dalam salah satu dari dua cara..

PROCEEDING SEMINAR NASIONAL TAHUNAN TEKNIK MESIN (SNTTM) XIV BADAN KERJASAMA TEKNIK MESIN (BKSTM) INDONESIA.. UNIVERSITAS LAMBUNG MANGKURAT BANJARMASIN 7-8