• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan model profesionalisme guru Pendidikan Islam berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ / Habibah @ Artini binti Ramlie

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pembangunan model profesionalisme guru Pendidikan Islam berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ / Habibah @ Artini binti Ramlie"

Copied!
334
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBANGUNAN MODEL PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN ‘RIADHAH RUHIYYAH’

HABIBAH @ ARTINI BINTI RAMLIE

TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

(2)
(3)

iii ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Kajian

Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach - DDR) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein (2007). Objektif kajian adalah untuk meninjau keperluan profesionalisme guru Pendidikan Islam, mengenalpasti ciri-ciri guru Pendidikan Islam profesional, membangunkan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ serta menilai kebolehgunaan model

yang dibangunkan. Proses pembinaan model tersebut berasaskan Teori Guru Profesional menurut Imam Al-Ghazali yang digabungkan dengan Model Perubahan Guru oleh Guskey (2002).

Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa. Fasa I kajian melibatkan fasa analisis keperluan yang dijalankan dengan mengedarkan soal selidik kepada seramai 270 orang responden untuk melihat keperluan profesionalisme GPI. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Setelah dapatan diperolehi, pengkaji melaksanakan Fasa II kajian. Fasa II adalah fasa rekabentuk dan pembangunan model. Ia melibatkan dua subfasa iaitu Fasa II (A) dan Fasa II (B). Fasa II (A) adalah fasa analisis kandungan terhadap kitab yang membincangkan tentang ciri-ciri guru profesional iaitu kitab ‘Ihya’Ulum al-Din’ karangan Imam Al-Ghazali (t.t). Dokumen Standard Guru Malaysia serta standard profesionalisme perguruan beberapa negara lain turut dikaji. Fasa II (B) adalah fasa pembangunan model menggunakan kaedah Fuzzy Delphi atau Fuzzy Delphi Method

(FDM). Teknik FDM digunakan untuk mengesahkan kandungan model oleh seramai 15 orang panel pakar dengan menggunakan borang soal selidik. Fasa III kajian merupakan fasa penilaian model. Ia melibatkan seramai 21 orang GPI berpengalaman yang dijalankan dengan menggunakan teknik Teknik Kumpulan Nominal yang diubahsuai

(4)

iv (Modified Nominal Group Technoque). Penilaian tersebut adalah berdasarkan kepada respon GPI terhadap soal selidik.

Dapatan keseluruhan dari Fasa I menunjukkan bahawa keperluan GPI terhadap aspek profesionalisme berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ adalah tinggi dengan nilai min keseluruhan dapatan sebanyak 4.492. Dapatan Fasa II (A) kajian telah mengenalpasti ciri-ciri utama guru professional dan aspek-aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ sementara Fasa II

(B) kajian menghasilkan pembangunan model dari konsensus pakar yang mengandungi 3 komponen utama dengan 11 elemen dan 129 sub elemen. Fasa III kajian seterusnya menunjukkan penerimaan yang tinggi di kalangan para GPI terhadap kebolehgunaan model tersebut.

Kajian ini akhirnya mengusulkan satu Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ untuk memenuhi keperluan dan standard sebagai

seorang GPI. Sebagai kesimpulannya, maka pengkaji mencadangkan agar Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ ini diperkenalkan dalam kurikulum latihan bakal guru samada di Institusi Pendidikan Guru (IPG) mahupun universiti awam (UA) manakala untuk guru novis ataupun guru-guru berpengalaman, model ini boleh diperkenalkan dalam kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

(5)

v DEVELOPMENT OF AN ISLAMIC EDUCATION TEACHERS’

PROFESSIONALISM MODEL BASED ON ‘RIADHAH RUHIYYAH’

ABSTRACT

This study is aimed to develop an Islamic Education Teachers’ Professionalism Model based on 'Riadhah Ruhiyyah'. The study adopted the Design and Development Research Approach - DDR) which was introduced by Richey and Klein (2007). Four main objectives of this research were identified; review the needs of Islamic Education teachers (GPI) professionalism, identify the characteristics of Islamic Education professional teacher, developing Islamic Education teachers’ Professionalism Model based on 'Riadhah Ruhiyyah' and assess the usability of developed model. The development of the Islamic Education Teachers’ Professionalism Model is based on the Theory Of Professional Teacher according to Imam Al-Ghazali combined with the Model of Teacher Changes by Guskey (2002).

The study was conducted in three phases. Phase I involved needs analysis phase using survey questionnaire that was conducted among 270 respondents to investigate the requirements of GPI professionalism. Data for this phase was analyzed using descriptive analysis via IBM SPSS Statistics 20 software. After obtained findings, the researcher conducted Phase II of this study. Phase II is a model design and development phase. This phase involves two sub phases : Phase II (A) and Phase II (B). Phase II (A) is a content analysis phase towards a book with title 'Ihya' Ulum al-Din' written by Imam Al-Ghazali (t.t) that discusses the characteristics of professional teacher. Standard Guru Malaysia and professional standards of teaching some other countries documents also analysed. Phase II (B) of this study is the phase of model development using Fuzzy Delphi Method (FDM). FDM techniques adopted for the purpose of verifying the content of developed model by panel of experts of 15 members using questionnaires.

(6)

vi Phase III of this study is a phase of the model assessment. This phase involved 21 experienced GPI to evaluate the model using Modified Nominal Group Technique. The evaluation was based on their responses to a questionnaire.

The overall findings for Phase I indicated that GPI expressed high requirements for the professionalism aspects based on ‘Riadhah Ruhiyyah’ with a mean value of the

overall findings was 4.492. The results of Phase II (A) identified the main characteristics of professional teacher and the aspects of 'Riadhah Ruhiyyah' meanwhile findings from Phase II (B) resulted in the development of the model from consensual agreement among the experts that consisted of three main components with 11 elements and 129 sub elements. Findings from Phase III resulted the usability of the model among GPI with high acceptance.

This study finally proposes an Islamic Education Teachers’ Professionalism Model based on 'Riadhah Ruhiyyah' to fulfill the needs and standards as a GPI. In conclusion, the researcher proposed a suggestion that the Model of Islamic Education Teachers’ Professionalism based on 'Riadhah Ruhiyyah' introduced in the curriculum of training future teachers either at the institute or university while for novices or experienced teachers, this model can be introduced in the course of in-service training organized during their service.

(7)

vii PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t, Tuhan yang mencipta sekelian alam dengan segala sifat kesempurnaan yang ada padaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga, para sahabat, pengikut baginda serta barisan syuhada' pejuang kebenaran. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, saya mampu menyiapkan amanah ini dengan sempurna dan jayanya.

Rasa penghargaan tidak terhingga dititipkan khas buat Prof Madya Dr. Zaharah Hussin selaku penyelia yang tidak pernah jemu membimbing dan menyokong saya sepanjang tempoh pengajian. Tanpa tunjuk ajar beliau, penulisan ini pastinya tidak akan dapat saya hasilkan dengan sempurna. Sekalung penghargaan turut ditujukan buat Prof Dr. Saedah Siraj, Dr. Mohammed Sani Ibrahim, Dr. Ghazali Darussalam, Dr. Ahmad Arifin Sapar, Prof. Dato’ Dr Ab. Halim Tamuri, Prof Dr. H. Tobroni, Dr. Umi Kalsum Mohd. Salleh, Prof Madya Dr. Mariani Mohd. Nor dan Prof. Dr. Esther Sarojini Daniel atas segala saranan dan buah fikiran untuk memantapkan lagi penulisan saya. Saya juga berterima kasih kepada sahabat seperjuangan, Dr. Mohd. Ridhuan Mohd. Jamil dan isteri, Pn. Nurul Rabihah Mat Noh serta Dr. Norhannan Ramli atas segala bantuan dalam membantu saya menyiapkan tesis ini. Sesungguhnya segala budi baik kalian semua hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

Saya turut merakamkan rasa penghargaan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, panel-penel pakar dari serata universiti awam dan IPG yang dijemput, kakitangan Pusat Sumber Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, kakitangan Perpustakaan Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, kakitangan Pusat Sumber Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Kelantan,

(8)

Pejabat-viii pejabat Pendidikan Daerah di negeri Kelantan, pengetua-pengetua sekolah, guru-guru yang sudi menjadi reponden kajian serta semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam kajian ini.

Teristimewa buat ayahanda Ramlie Mohd. Jaakob dan bonda Husnah Amsarah Hj. Aliakbar di Kudat, Sabah yang telah bersusah payah membesarkan dan tidak pernah putus-putus mendoakan kejayaan saya, terima kasih atas segalanya. Semoga mama dan bapa sentiasa dilimpahi rahmat berkekalan dari Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Rahmat Allah s.w.t juga didoakan buat ibu bapa mertua, ayahanda Mohd. Nor Hamat serta bonda Nafisah Che Harun di Rawang, Selangor. Terima kasih atas segala sokongan moral abah dan ma dalam usaha murni meneruskan perjuangan ini.

Khas buat insan wasilah ke syurga, suami tercinta Norshahrul Marzuki Mohd. Nor ; sesungguhnya segala doa restu, kasih sayang, pengorbanan serta penat lelahmu hanya Allah s.w.t jua yang mampu membalasnya. Istimewa buat anak-anak tersayang ; Mawaddah, Humairah, Farhanah, Mu’az Rushdi dan Fu’ad Zikri, kejayaan ini adalah untuk kalian. Umi panjatkan doa berpanjangan agar kalian sentiasa menjadi insan soleh dan solehah yang kelak menjadi kebanggaan ummah di dunia dan di akhirat..

Terima kasih juga buat adik-beradik saya, En. Habibuddin Ramlie, Pn. Shafiah Ramlie, En. Mohd. Zainol Abidin Ramlie, Cik Norhidayah Ramlie dan En. Azamuddin Ramlie kerana sentiasa memberi dorongan untuk saya terus mara ke hadapan. Seterusnya buat adik-adik ipar, Pn. Jaireh Hajat, En. Mohd. Rashid Afendi dan Pn. Yuhana Yakinol serta anak-anak saudara dan kaum keluarga yang lain, terima kasih atas segala sokongan kalian. Akhir sekali, buat teman-teman seperjuangan di Universiti Malaya serta semua guru yang pernah mendidik saya sejak dari awal persekolahan hingga ke menara gading, terima kasih atas segala-galanya. Semoga segala usaha murni kita dalam menuntut dan menyampaikan ilmu di dunia ini menjadi saham akhirat kita dan dirahmati oleh Allah sw.t. Insya Allah.. Amin.. Sekian, Wassalam.

(9)

ix KANDUNGAN

Borang Perakuan Keaslian Penulisan...ii

Abstrak...iii

Abstract...v

Penghargaan...vii

Senarai Kandungan...ix

Senarai Rajah...xv

Senarai Jadual...xvii

Senarai Singkatan...xxv

Senarai Lampiran...xxvi

Bab 1 Pengenalan Pendahuluan...1 Pernyataan Masalah...5 Tujuan Kajian...10 Rasional Kajian...10 Objektif Kajian...11 Persoalan Kajian...12 Kerangka Teori...12

Kerangka Konsepsual Kajian...14

Batasan Kajian...16

Signifikan Kajian...17

Definisi Istilah...18

Rumusan...19

Bab 2 Tinjauan Literatur Pendahuluan...21

Pembangunan Profesionalisme dalam Perkhidmatan Keguruan...21

Profesionalisme Keguruan dalam Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran serta Aspek-aspek Profesionalisme...29

Standard Guru Profesional...41

Standard Guru Profesional dalam Model Standard Guru Malaysia...41

Standard Guru Profesional dalam Standard Profesionalisme Perguruan di Kanada...48

Standard Guru Profesional dalam Standard Profesionalisme Perguruan di Amerika Syarikat...49

(10)

x

Standard Guru Profesional dalam Standard Profesionalisme Perguruan di Scotland...50

Kerangka Teori Kajian Profesionalisme Guru Pendidikan Islam berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’...55

Model Perubahan Guru...65

Kajian-kajian Lepas...68

Rumusan...73

Bab 3 Metodologi Kajian Pendahuluan...75

Metodologi kajian...75

Kaedah Kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach - DDR)...77

Fasa I Fasa Analisis Keperluan...78

Tujuan...78

Sampel Kajian ...78

Instrumen Kajian...78

Prosedur Kajian...84

Analisis Data...90

Fasa II (A) Fasa Analisis Kandungan...92

Tujuan...92

Sampel Kajian ...92

Prosedur Kajian...93

Analisis Data...95

Fasa II (B) : Fasa Pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’...97

Tujuan...97

Sampel Kajian...97

Instrumen Kajian...103

Prosedur Kajian...104

Analisis Data...109

Fasa III : Fasa Kebolehgunaan Model...115

Tujuan...115

Sampel Kajian...116

Instrumen Kajian...116

(11)

xi

Analisis Data...122

Rumusan...123

Bab 4 Dapatan Kajian Pendahuluan...124

Dapatan Fasa Analisis Keperluan...124

Profil Reponden...124

Keperluan Profesionalisme Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’...126

Hubungan dengan Allah s.w.t...126

Hubungan dengan diri sendiri...127

Hubungan dengan rakan sejawat...129

Hubungan dengan pelajar...131

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran...133

Perancangan pengajaran...134

Pengetahuan isi kandungan pengajaran...135

Penyampaian pengajaran...137

Penilaian pengajaran...141

Aspek-aspek Profesionalisme...144

Pengetahuan profesionalisme...145

Usaha-usaha meningkatkan profesionalisme...149

Ganjaran bukan kewangan...152

Rumusan Keseluruhan Dapatan Fasa Analisis Keperluan...154

Dapatan Fasa Analisis Kandungan...155

Teori Guru Profesional...155

Rumusan Keseluruhan Dapatan Fasa Analisis Kandungan...161

Dapatan Fasa Pembangunan Model...162

Aspek-Aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’...163

Hubungan Dengan Allah S.W.T...163

Hubungan Dengan Diri Sendiri...165

Hubungan Dengan Rakan Sejawat...167

Hubungan Dengan Pelajar...169

Aspek-Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran...171

Perancangan Pengajaran...172

Pengetahuan Isi Kandungan Pengajaran...173

(12)

xii

Penilaian Pengajaran...179

Aspek-Aspek Profesionalisme...182

Pengetahuan Profesionalisme...182

Usaha-Usaha Meningkatkan Profesionalisme...186

Ganjaran Bukan Kewangan...188

Rumusan Konsensus Pakar...190

Aspek-aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’...191

Aspek-aspek Pengajaran dan Pembelajaran...192

Aspek-aspek Profesionalisme...194

Rumusan Keseluruhan Dapatan Fasa Pembangunan Model...201

Dapatan Fasa Kebolehgunaan Model...207

Profil Reponden...207

Kesesuaian komponen utama Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’...209

Komponen ‘Riadhah Ruhiyyah’...209

Komponen Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran...210

Komponen Aspek-aspek Profesionalisme...211

Kesesuaian elemen dalam komponen utama Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’...211

Elemen dalam komponen ‘Riadhah Ruhiyyah’...212

Elemen Hubungan dengan Allah s.w.t...212

Elemen Hubungan Dengan Diri Sendiri...213

Elemen Hubungan Dengan Rakan Sejawat...214

Elemen Hubungan Dengan Pelajar...215

Elemen dalam komponen Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran...216

Elemen Perancangan Pengajaran...216

Elemen Pengetahuan Isi Kandungan Pengajaran...217

Elemen Penyampaian Pengajaran...218

Elemen Penilaian Pengajaran...220

Elemen dalam komponen Aspek-aspek Profesionalisme...222

Elemen Pengetahuan Profesionalisme...222

Elemen Usaha-Usaha Meningkatkan Profesionalisme...224

Elemen Ganjaran Bukan Kewangan...225

Rumusan Keseluruhan Dapatan Fasa Kebolehgunaan Model ...226 Bab 5 Perbincangan Dapatan Kajian

(13)

xiii

Pendahuluan...228

Ringkasan Kajian...228

Perbincangan Dapatan Kajian ...229

Dapatan Fasa I : Fasa Analisis Keperluan (Keperluan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam)...229

Aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’...229

Aspek Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran...231

Aspek-aspek Profesionalisme...233

Perbincangan Dapatan Fasa II (A) : Fasa Analisis Kandungan (Ciri-ciri Guru Pendidikan Islam Profesional menurut Imam al-Ghazali)...235

Perbincangan Dapatan Fasa II (B) : Fasa Pembangunan Model (Konsensus Pakar Dalam Pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’)...237

Aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’...237

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran...240

Aspek-aspek Profesionalisme...242

Perbincangan Dapatan Fasa III : Fasa Kebolehgunaan Model (Kebolehgunaan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’)...244

Rumusan Kajian...244

Keperluan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam...244

Ciri-ciri Guru Pendidikan Islam Profesional...246

Pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’...246

Kebolehgunaan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’...247

Implikasi Kajian...248

Implikasi Kajian Terhadap Aspek Teori...248

Implikasi Terhadap Keperluan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam...249

Implikasi Terhadap Standard Perguruan Pendidikan Islam...250

Implikasi Kajian Terhadap Aspek Praktikal...252

Cadangan Kajian...253

Cadangan Kajian Lanjutan...254

(14)

xiv BIBLIOGRAFI...258 LAMPIRAN...274

(15)

xv SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Teori guru profesional yang disesuaikan menurut pandangan

Imam al-Ghazali (t.t) 13

Rajah 1.2 Model Perubahan Guru menurut Guskey (2002) 13 Rajah 1.3 Kerangka konsepsual kajian berpandukan Teori Guru Profesional

menurut al-Ghazali (t.t) dan Model Perubahan Guru oleh Guskey

(2002) 15

Rajah 2.1 Model Standard Guru Malaysia 42

Rajah 2.2 Standard Guru Profesional yang dihasratkan dalam Model

Standard Guru Malaysia 43

Rajah 2.3 Prinsip dan Domain Standard Amalan Nilai Profesionalisme

dalam Model Standard Guru Malaysia 43 Rajah 2.4 Aspek Standard Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran dalam

Model Standard Guru Malaysia 45

Rajah 2.5 Keperluan yang diperlukan untuk mencapai Standard Guru

yang dihasratkan dalam Model Standard Guru Malaysia 47 Rajah 2.6 Asas penentuan Standard dan Keperluan dalam Model

Standard Guru Malaysia 47

Rajah 2.7 Lima teras utama standard guru yang dibangunkan oleh NBPTS 50 Rajah 2.8 Komponen Standard for Chartered Teacher (SCT) iaitu Standard

Guru-guru Bertauliah di Scotland 51

Rajah 2.9 Model Perubahan Guru menurut Clarke dan Hollingsworth (2002) 67 Rajah 3.1 Aras persetujuan skala fuzzy 110 Rajah 3.2 Formula penentuan jarak di antara dua nombor fuzzy 112 Rajah 4.1 Peranan dan Ciri-Ciri Seorang Guru Menurut Terma Al-Ghazali 158

(16)

xvi Rajah 4.2 Teori Guru Pendidikan Islam Profesional Berasaskan

‘Riadhah Ruhiyyah’ 162

Rajah 4.3 Model Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan

Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’. 203 Rajah 4.4 Model Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan

Islam dalam aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ 204 Rajah 4.5 Model Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan

Islam dalam aspek Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran 205 Rajah 4.6 Model Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan

(17)

xvii SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 Standard Pengetahuan dan Kefahaman yang perlu dimiliki guru

dalam Model Standard Guru Malaysia 45

Jadual 2.2 Perincian Komponen Standard for Chartered Teacher (SCT) 52 Jadual 2.3 Matriks Kandungan Standard Perguruan 54 Jadual 3.1 Pakar Penilai Kesesuaian Item Soal Selidik 83 Jadual 3.2 Item Soal Selidik Kajian Rintis yang diubahsuai 85 Jadual 3.3 Item Soal Selidik Kajian Rintis yang dikekalkan 86 Jadual 3.4 Item Soal Selidik Kajian Rintis yang digugurkan 87 Jadual 3.5 Item Soal Selidik yang ditambah untuk Kajian Sebenar 88

Jadual 3.6 Skor Min Aras Keperluan 91

Jadual 3.7 Nilai Cronbach Alpha Kajian Sebenar 92

Jadual 3.8 Pengekod Analisis Kandungan 97

Jadual 3.9 Pakar Fuzzy Delphi 98

Jadual 3.10 Perbezaan Skala Likert Dan Skala Fuzzy bagi Lima Poin 110 Jadual 3.11 Contoh Perbezaan Pentafsiran Skala Likert Dan Skala Fuzzy 111

Jadual 3.12 Skala Fuzzy Lima Poin 112

Jadual 3.13 Skala Fuzzy Tujuh Poin 112

Jadual 3.14 Interpretasi Nilai Threshold (d) 113

Jadual 3.15 Skala Fuzzy Kajian 115

Jadual 4.1 Profil Responden 125

Jadual 4.2 Min Keperluan Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah

Ruhiyyah’ dari Aspek Hubungan dengan Allah s.w.t. 126

Jadual 4.3 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ dari Aspek

(18)

xviii Jadual 4.4 Min Keperluan Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah

dari Aspek Hubungan dengan Diri Sendiri 128 Jadual 4.5 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ dari Aspek

Hubungan dengan Diri Sendiri 129

Jadual 4.6 Min Keperluan Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah

dari Aspek Hubungan dengan Rakan Sejawat 130 Jadual 4.7 Nilai Min Keseluruhan Dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ dari

Aspek Hubungan dengan Rakan Sejawat 131

Jadual 4.8 Min Keperluan Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah

Ruhiyyah’ Dari Aspek Hubungan Dengan Pelajar 131

Jadual 4.9 Nilai Min Keseluruhan Dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ dari Aspek

Hubungan dengan Pelajar 133

Jadual 4.10 Nilai Min Keseluruhan Keperluan Profesionalisme GPI dalam

Aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ 133

Jadual 4.11 Min Keperluan Profesionalisme GPI dalam Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran dari Aspek Perancangan Pengajaran 134 Jadual 4.12 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI dalam Kemahiran Pengajaran dan

Pembelajaran dari Aspek Perancangan Pengajaran 135 Jadual 4.13 Min Keperluan Profesionalisme GPI dalam Kemahiran Pengajaran

dan Pembelajaran dari Aspek Pengetahuan Isi Kandungan

(19)

xix Jadual 4.14 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI dalam Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran dari Aspek Pengetahuan Isi Kandungan Pengajaran 137 Jadual 4.15 Min Keperluan Profesionalisme GPI dalam Kemahiran Pengajaran

dan Pembelajaran dari Aspek Penyampaian Pengajaran 138 Jadual 4.16 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI dalam Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

dari Aspek Penyampaian Pengajaran 141

Jadual 4.17 Min Keperluan Profesionalisme GPI dalam Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran dari Aspek Penilaian Pengajaran 141 Jadual 4.18 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan Profesionalisme

GPI dalam Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran dari Aspek

Penilaian Pengajaran 144

Jadual 4.19 Nilai Min Keseluruhan Keperluan Profesionalisme GPI dalam

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran 144 Jadual 4.20 Min Keperluan Profesionalisme GPI dalam Aspek-Aspek

Profesionalisme dari Aspek Pengetahuan Profesionalisme 145 Jadual 4.21 Keperluan Profesionalisme GPI dalam Aspek-Aspek

Profesionalisme dari Aspek Pengetahuan Profesionalisme Mengikut

Keutamaan 148

Jadual 4.22 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI dalam Aspek-Aspek Profesionalisme dari

Aspek Pengetahuan Profesionalisme 149

Jadual 4.23 Min Keperluan Profesionalisme GPI dalam Aspek-Aspek Profesionalisme dari Aspek Usaha-Usaha Meningkatkan

(20)

xx Jadual 4.24 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan Profesionalisme

GPI dalam Aspek-Aspek Profesionalisme dari Aspek Usaha-Usaha

Meningkatkan Profesionalisme 151

Jadual 4.25 Min Keperluan Profesionalisme GPI dalam Aspek-Aspek

Profesionalisme dari Aspek Ganjaran Bukan Kewangan 152 Jadual 4.26 Nilai Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Keperluan

Profesionalisme GPI dalam Aspek-Aspek Profesionalisme dari

Aspek Ganjaran Bukan Kewangan 153

Jadual 4.27 Nilai Min Keseluruhan Keperluan Profesionalisme GPI dalam

Aspek- Aspek Profesionalisme 154

Jadual 4.28 Nilai Min Keseluruhan Keperluan Profesionalisme GPI 154 Jadual 4.29 Dua Kategori Utama selapas ‘axial coding I’ 159 Jadual 4.30 Sub Kategori dalam Kategori ‘Ciri-ciri Guru Profesional’ dan

Kategori ‘Riadhah Ruhiyyah’ 161

Jadual 4.31 Item-item untuk Aspek ‘Hubungan dengan Allah s.w.t’ 163 Jadual 4.32 Nilai Threshold (d), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk aspek ‘Hubungan dengan Allah s.w.t’ 164 Jadual 4.33 Susunan Item untuk Aspek ‘Hubungan dengan Allah S.W.T’

Mengikut Keutamaan 165

Jadual 4.34 Item-item untuk Aspek ‘Hubungan dengan Diri Sendiri’ 166 Jadual 4.35 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk aspek ‘Hubungan dengan Diri Sendiri’ 166 Jadual 4.36 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Hubungan

dengan Diri Sendiri’ 167

(21)

xxi Jadual 4.38 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Hubungan dengan Rakan

Sejawat’ 168

Jadual 4.39 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk aspek ‘Hubungan

dengan Rakan Sejawat’ 169

Jadual 4.40 Item-item untuk Aspek ‘Hubungan dengan Pelajar’ 170 Jadual 4.41 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Hubungan dengan Pelajar’ 170 Jadual 4.42 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Hubungan

dengan Pelajar’ 171

Jadual 4.43 Item-item untuk Aspek ‘Perancangan Pengajaran’ 172 Jadual 4.44 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Perancangan Pengajaran’ 172 Jadual 4.45 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Perancangan

Pengajaran’ 173

Jadual 4.46 Item-item untuk Aspek ‘Pengetahuan Isi Kandungan Pengajaran’ 174 Jadual 4.47 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Pengetahuan Isi Kandungan

Pengajaran’ 174

Jadual 4.48 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Pengetahuan

Isi Kandungan Pengajaran’ 175

Jadual 4.49 Item-item untuk Aspek ‘Penyampaian Pengajaran’ 176 Jadual 4.50 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Penyampaian Pengajaran’ 177 Jadual 4.51 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Penyampaian

(22)

xxii Jadual 4.52 Item-item untuk Aspek ‘Penilaian Pengajaran’ 179 Jadual 4.53 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Penilaian Pengajaran’ 180 Jadual 4.54 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Penilaian

Pengajaran’ 181

Jadual 4.55 Item-item untuk Aspek ‘Penyampaian Pengajaran’ 182 Jadual 4.56 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Penyampaian Pengajaran’ 183 Jadual 4.57 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Penyampaian

Pengajaran’ 185

Jadual 4.58 Item-item untuk aspek ‘Usaha-usaha Untuk Meningkatkan

Profesionalisme’ 186

Jadual 4.59 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification dan Ranking Item untuk Aspek ‘Usaha-usaha Untuk Meningkatkan

Profesionalisme’ 187

Jadual 4.60 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Usaha-usaha

Untuk Meningkatkan Profesionalisme’ 188

Jadual 4.61 Item-item untuk Aspek ‘Ganjaran Bukan Kewangan’ 189 Jadual 4.62 Nilai Threshold (D), Peratusan Konsensus Pakar, Defuzzification

dan Ranking Item untuk Aspek ‘Ganjaran Bukan Kewangan’ 189 Jadual 4.63 Susunan Item Mengikut Keutamaan untuk Aspek ‘Ganjaran

Bukan Kewangan’ 190

Jadual 4.64 Keperluan GPI terhadap Aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ 191 Jadual 4.65 Keperluan GPI terhadap Aspek ‘Pengajaran dan Pembelajaran’ 193 Jadual 4.66 Keperluan GPI terhadap ‘Aspek-aspek Profesionalisme’ 194 Jadual 4.67 Konsensus Pakar Delphi dalam Aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ 196

(23)

xxiii Jadual 4.68 Konsensus Pakar Delphi dalam Aspek Kemahiran Pengajaran

dan Pembelajaran 198

Jadual 4.69 Konsensus pakar Delphi dalam Aspek-aspek Profesionalisme 199

Jadual 4.70 Profil Responden 207

Jadual 4.71 Dapatan Data Penilaian Kebolehgunaan Komponen Utama dalam Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan

Riadhah Ruhiyyah’ 209

Jadual 4.72 Dapatan Data Bagi Penilaian Kebolehgunaan Komponen

‘Riadhah Ruhiyyah’ 210

Jadual 4.73 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Komponen

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran 210 Jadual 4.74 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Komponen

Aspek-aspek Profesionalisme 211

Jadual 4.75 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Hubungan

dengan Allah s.w.t dalam Komponen ‘Riadhah Ruhiyyah’ 213 Jadual 4.76 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Hubungan

dengan Diri Sendiri dalam Komponen ‘Riadhah Ruhiyyah’ 214 Jadual 4.77 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Hubungan

dengan Rakan Sejawat dalam Komponen ‘Riadhah Ruhiyyah’ 215 Jadual 4.78 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Hubungan

dengan Pelajar dalam Komponen ‘Riadhah Ruhiyyah’ 216 Jadual 4.79 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Perancangan

Pengajaran dalam Komponen Kemahiran Pengajaran dan

(24)

xxiv Jadual 4.80 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Pengetahuan

Pengajaran dalam Komponen Kemahiran Pengajaran dan

Pembelajaran 218

Jadual 4.81 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Penyampaian Pengajaran dalam Komponen Kemahiran Pengajaran dan

Pembelajaran 219

Jadual 4.82 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Penilaian Pengajaran dalam Komponen Kemahiran Pengajaran dan

Pembelajaran 221

Jadual 4.83 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Pengetahuan Profesionalisme dalam Komponen Aspek-aspek Profesionalisme 222 Jadual 4.84 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Usaha-Usaha

Meningkatkan Profesionalisme dalam Komponen Aspek-aspek

Profesionalisme 224

Jadual 4.85 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Elemen Ganjaran

Bukan Kewangan dalam Komponen Aspek-aspek Profesionalisme 225 Jadual 4.86 Dapatan Data bagi Penilaian Kebolehgunaan Keseluruhan

Kebolehgunaan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

(25)

xxv SENARAI SINGKATAN

BPG Bahagian Pendidikan Guru

CPD Continous Professional Development - Pembangunan Profesionalisme Berterusan

DDR Design and Development Research Approach - Kaedah Kajian Rekabentuk dan Pembangunan

FDM FuzzyDelphi Method - Kaedah Fuzzy Delphi FPG Falsafah Pendidikan Guru

FPI Falsafah Pendidikan Islam GPI Guru Pendidikan Islam IPG Institusi Pendidikan Guru

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia LDP Latihan Dalam Perkhidmatan

NGT Nominal Group Technique - Teknik Kumpulan Nominal PPD Pejabat Pendidik Daerah

SEM Structural Equation Modelling SGM Standard Guru Malaysia SPI Sektor Pendidikan Islam

(26)

xxvi SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Kaji selidik berhubung pembangunan Model Profesionalisme Perguruan Pendidikan Islam Berasaskan

Riadhah Ruhiyyah’ (Latihan Kerohanian) 274

LAMPIRAN B Kandungan teks kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din mengenai Adab

Guru 282

LAMPIRAN C Instrumen kesesuaian item untuk panel pakar Fuzzy Delphi 285 LAMPIRAN D Kaji selidik fasa kebolehgunaan Model Profesionalisme

Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ 293 LAMPIRAN E Surat kelulusan khas untuk menjalankan kajian di sekolah,

institut perguruan, jabatan pelajaran negeri dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 304 LAMPIRAN F Surat kebenaran menjalankan kajian / penyelidikan di

sekolah kerajaan/bantuan kerajaan di negeri Kelantan 305 LAMPIRAN G Surat kebenaran menjalankan kajian / penyelidikan di

sekolah-sekolah dalam daerah Kota Bharu 306 LAMPIRAN H Surat kebenaran menjalankan kajian / penyelidikan di

sekolah kerajaan/bantuan kerajaan di negeri Kelantan dalam

daerah Pasir Mas 307

(27)

1 BAB 1

PENGENALAN Pendahuluan

Pembangunan profesionalisme perguruan adalah suatu usaha bagi memartabatkan kerjaya perguruan. Dalam memenuhi keperluan dunia pendidikan pada abad ke-21 yang berhadapan dengan pelbagai perubahan dan cabaran, profesionalisme perguruan sering dikaitkan dengan kualiti pendidikan yang dicerminkan melalui pencapaian pelajar. Darling-Hammond (1999) dalam perkara ini mengesahkan wujudnya hubungan yang ketara dan signifikan di antara kualiti guru dengan peningkatan akademik pelajar. Menurut beliau, prestasi pelajar amat bergantung pada kompetensi guru seperti kebolehan lisan, kebolehan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan interaksi, kebolehan menggunakan soalan aras tinggi serta kebolehan menggunakan idea-idea murid dan sebagainya. Pandangan ini menyokong pendapat Abdul Raof Dalip (1993) yang menyatakan prestasi pelajar boleh diperbaiki dengan adanya guru yang baik dari segi kualiti dan pendekatan pengajaran. Kajian oleh Koellner dan Jacobs (2015), Yoon, Duncan, Lee, Scarloss dan Shapley (2007), Wilson, Floden dan Ferrini-Mundy (2001) serta Susilawati Husin (2008) turut membuktikan prestasi pelajar mempunyai hubungan dengan profesionalisme guru kerana apabila guru tidak menjalankan tugas dan fungsinya, pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dan mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa profesionalisme guru merupakan syarat kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang amat penting untuk dititikberatkan.

Sehubungan itu, pembangunan sistem pendidikan mengikut konteks Malaysia yang bertaraf dunia kini menjadi fokus utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana sistem pendidikan yang berdaya maju adalah amat mustahak dalam memperkukuh daya saing negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011). KPM

(28)

2 juga sentiasa memantapkan usaha untuk menaikkan martabat profesion keguruan demi memastikan kerjaya perguruan sentiasa dipandang tinggi dan dihormati. Hal ini bersesuaian dengan amanah dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada para pendidik dalam usaha melahirkan insan pelajar yang cemerlang samada dalam bidang akademik mahupun dari aspek peribadi dan amalan nilai-nilai murni. Ia bertujuan untuk menghasilkan guru berkualiti demi memastikan guru terus mengekalkan kualiti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pelbagai strategi telah dicadangkan untuk meningkatkan kualiti guru ke arah memartabatkan profesion keguruan seperti melakukan penambahbaikan dalam mekanisme pemilihan bakal guru, memantapkan aspek latihan dalam bidang perguruan itu sendiri, meningkatkan kecemerlangan institusi yang mengendalikan latihan perguruan serta menambah baik aspek kebajikan serta laluan kerjaya guru. Semuanya dilaksanakan selaras dengan matlamat dan hasrat KPM untuk menjadikan profesion bidang perguruan terus dihormati selari dengan tanggungjawab yang dipikul oleh para guru dalam usaha membina generasi masa hadapan yang merupakan tonggak negara. Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang digubal oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga telah menentukan haluan matlamat serta aspirasi pendidikan guru iaitu guru berperibadi dan berpekerti mulia, menjamin perkembangan individu, mempunyai pandangan yang progresif, membina dan saintifik, bersedia menggalas wawasan negara, menjunjung tinggi warisan kebudayaan negara dan memelihara masyarakat demikratik dan bersatu padu, berdisiplin serta progresif (Bahagian Pendidikan Guru, 2012a)

Menghayati falsafah murni ini, jelas dinyatakan bahawa matlamat pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru berkualiti tinggi dari aspek sahsiah, bidang profesional, kemahiran sosial dan pengamalan tingkahlaku serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menguasai ilmu, kemahiran serta amalan nilai

(29)

3 keguruan bagi tujuan memenuhi pengisian wawasan pendidikan negara pada alaf ke-21.

Apabila bercakap mengenai pendidik berkualiti, kita tidak dapat lari dari membincangkan mengenai aspek pembangunan profesional yang menjadi tonggak kepada penghasilan guru berkualiti yang diharapkan. Pembangunan profesional dalam bidang perguruan sama seperti bidang lain yang memerlukan seseorang itu bukan sahaja sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik, malah turut memberikan sumbangan yang terbaik kepada pihak-pihak lain. Pada masa yang sama, para guru itu sendiri memainkan peranan utama dalam menegakkan status dan imej mereka sebagai golongan profesional (Robiah Sidin, 2002). Justeru untuk menjadi seorang guru profesional, tiga aspek penting perlu ditekankan dalam diri seorang guru merangkumi aspek pengetahuan, pembentukan sahsiah serta kepakaran (Al-Ghazali, t.t; Robiah Sidin, 1998). Seorang guru perlu mempunyai kemahiran dalam mengajar dan mengembangkan ilmu serta membentuk amalan, sikap dan disiplin diri ke arah bersifat profesional.

Robiah Sidin (2002) turut menghuraikan dengan atribut mengenai apa yang dimaksudkan dengan guru profesional. Konsep guru yang profesional menurut beliau merupakan pernyataan mengenai apa yang perlu ada pada seorang guru serta ciri terbaik yang diingini oleh para guru. Guru profesional dirujuk kepada guru yang mempamerkan atribut atau ciri-ciri tertentu seperti mempunyai pengetahuan serta mahir, menyelia syarat serta standard dan piawai kemasukan dan pengiktirafan yang diperolehi, mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan serta memiliki prestij dan status ekonomi yang baik.

Untuk membolehkan seseorang guru mampu membentuk atribut yang dinyatakan, guru itu sendiri seharusnya membentuk keinginan menjadi seorang professional. Antaranya seperti tidak perlu seliaan secara rapi kerana boleh berdikari

(30)

4 semasa menjalankan tugas, sanggup bekerjasama dan tidak bekerja berseorangan, bertanggungjawab atas setiap tindakan, sentiasa memperbaharui kemahiran dan pengetahuan, mematuhi tatasusila dan mengamalkan etika yang ditetapkan, beroperasi secara rasional, objektif dan tidak bersifat emosional, naik pangkat berdasarkan merit, berasa bangga dengan kerjaya serta dorongan dan matlamat utama untuk bekerja adalah menabur khidmat kepada masyarakat (Robiah Sidin, 2002).

Ringkasnya, Al-Ghazali (t.t), Robiah Sidin (2002) dan Mohammed Sani Ibrahim et. al (2006) merumuskan guru profesional sebagai guru yang berilmu, berkemahiran, berketerampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai peribadi yang boleh dijadikan contoh dan teladan serta ikutan kepada golongan pelajar yang dipimpin. Ab. Halim Tamuri (2011) menambah dalam tulisannya mengenai ciri-ciri guru profesional dengan mengutarakan guru profesional perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang di samping cekap dan pakar dalam bidang pendidikan.

Dalam hal ini, peri pentingnya para guru menguasai segala aspek yang bersangkutpaut dengan kemahiran mengajar dan pengetahuan adalah supaya para guru dapat mengaplikasikan setiap perubahan kurikulum yang berlaku dengan sempurna. Seseorang guru itu tidak akan mampu melaksanakan peranannya dengan efektif melainkan apabila ia berkemahiran tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajaran dan pelajaran yang hendak disampaikannya (Ishak Mohd. Rejab, 1993). Para juga guru perlu menguasai pengetahuan berkaitan kemahiran yang diajar dalam bilik darjah serta memiliki pengetahuan yang mantap mengenai kandungan subjek yang diajar (Habib Mat Som, 2008) untuk mengelakkan suasana pembelajaran yang hambar yang boleh mencetuskan kebosanan pelajar dan mempengaruhi pencapaian mereka.

(31)

5 Pernyataan Masalah

Memartabatkan profesion perguruan adalah usaha untuk menyemarakkan kembali kerjaya perguruan yang dianggap semakin hilang kewibawaannya. Mesejnya cukup ringkas tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan kerana ia menuntut keprihatinan dan tanggungjawab semua pihak. Dalam konteks Pendidikan Islam, profesionalisme guru lebih dititikberatkan kerana ia berkaitrapat dengan peranan guru Pendidikan Islam (GPI) sebagai mursyid, murabbi, mu’addib, mu’allim dan mudarris (Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd. Izham Hamzah, 2009). Kualiti para GPI seharusnya disandarkan kepada ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Oleh itu, standard GPI yang mempunyai kualiti tinggi adalah dirujuk kepada sifat ‘Rabbani’ yang ada pada diri guru tersebut yang berpegang sepenuhnya kepada aspek ketaatan kepada Allah s.w.t dengan menurut syariatNya (Nahlāwiy,‘Abd al-Rahmān, 1996).

Kepentingan GPI untuk memiliki standard yang unggul bertepatan dengan ciri seorang Mukmin yang baik adalah disebabkan GPI memikul tanggungjawab yang berat ketika menyampaikan pendidikan Islam terhadap pelajar dan masyarakat. Di bahu GPI tergalas bukan setakat amanah untuk mendidik pelajar malah peranan GPI juga adalah menyemai iman serta memupuk sahsiah dan akhlak pelajar. Ia bermula dengan penekanan kepada aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ meliputi hubungan dengan

Allah, hubungan dengan diri GPI itu sendiri, hubungan sesama rakan sekerja serta hubungan dengan anak didik, diikuti dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi kemahiran dalam merancang pengajaran, pengetahuan isi kandungan pengajaran, penyampaian pengajaran dan penilaian pengajaran serta penekanan kepada aspek-aspek profesionalisme sebagai seorang guru khususnya dalam bidang pengetahuan profesionalisme serta usaha-usaha meningkatkan profesionalisme.

(32)

6 Hal ini bertepatan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Islam atau FPI yang menekankan langkah konsisten dan tidak pernah berhenti pada diri GPI dalam usaha menyampaikan pengetahuan, menghayati ajaran Ilahi serta aspek kemahiran yang disandarkan kepada al-Quran dan al-hadis untuk membentuk peribadi mulia, sikap, kemahiran serta persepsi hidup sebagai khalifatullah yang bertanggungjawab membantu diri sendiri, masyarakat sekeliling, alam sekitar serta tanahair demi mencapai kebaikan di dunia mahupun akhirat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).

Empat prinsip utama menjadi tunjang kepada FPI adalah rukun iman, nilai-nilai akhlak yang terpuji, ilmu pengetahuan serta amalan yang baik (Ari Kurniawan, Muhamad Faisal Ashaari & Asisi Umar, 2013). Selari dengan hal ini, Ab. Halim Tamuri (2011) menerusi kajian yang dilakukan oleh beliau pada tahun 2000 di negeri Selangor dan Negeri Sembilan mendapati majoriti pelajar seramai 90% menyatakan para GPI telah membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang aspek akhlak bercirikan Islam. Ini menunjukkan sebilangan besar GPI telah berjaya menjalankan fungsi mereka sebagai seorang guru dengan berkesan. Namun pada masa yang sama, didapati GPI ada kalanya membelakangkan aspek profesionalisme sama ada dalam amalan nilai, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana walaupun keperluan untuk menjadi GPI profesional begitu dituntut dalam Islam serta kalangan masyarakat, namun kajian-kajian lepas dari tahun 1997 hingga 2015 menunjukkan tahap profesionalisme GPI masih kurang memberangsangkan (Aminah Idris, 1997; Hatifah Yussof, 2000; Azizan Muhammad, 2001; Rohaya Hassan, 2003; Aiiri Abu Bakar, 2003; Rosmaria Mohd. Sahat, 2003; Che Noraini Hashim, 2005; Azhar Yusuf, 2006; Kamarul Azmi Jasmi, 2010; Adanan Haji Basar, 2011; Mustapha Kamal Ahmad Kassim, 2015). Ab. Halim Tamuri dalam kajian berkaitan dengan pengajaran akhlak mendapati ada GPI yang terlalu garang semasa pengajaran, guru

(33)

7 yang memarahi pelajar tanpa sebab, guru yang suka mengutuk atau menghina pelajar, tidak memberikan jawapan bila pelajar mengemukakan soalan dan guru yang bersikap ego dengan diri sendiri. Terdapat juga guru yang mempamerkan teladan yang negatif semasa pengajaran dijalankan. Walaupun situasi ini hanya berlaku dalam segelintir GPI, namun hal ini perlu diberi perhatian serius yang lantaran ia akan memberi kesan sampingan yang negatif kepada perkembangan akhlak dan sahsiah pelajar (Ab. Halim Tamuri & Nik. Mohd. Rahimi Nik Yusoff, 2011). Sikap guru yang terlalu garang juga telah dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyebabkan berlakunya salah laku murid (Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, 2002).

Dalam aspek pembelajaran dan pengajaran, GPI juga dilihat lebih memfokuskan usaha menghabiskan sukatan pelajaran sebagai matlamat yang lebih besar (Che Noraini Hashim, 2005) di samping menyampaikan pengajaran dengan hanya menitikberatkan hala tuju dan berorientasikan peperiksaan semata-mata tanpa menekankan nilai etika dan akhlak (Khadijah Abdul Razak & Zaib Ngah, 2002). Sedangkan pada hakikatnya, GPI bukan hanya perlu jelas mengenai objektif pengajaran tetapi juga perlu memahami tujuan syarak dalam konteks yang lebih luas (Shahrin Awaludin, Aini Hassan & Hassan Basri Mat Dahan, 2006). Hal tersebut kerana para GPI bertanggungjawab mendidik rohani, akhlak dan akidah selain dari mendidik jasmani dan akal (Abdul Raof Dalip, 1993). Ini bertepatan dengan kajian Azhar Haji Ahmad dan Ab. Halim Tamuri (2011) yang menegaskan bahawa guru-guru dikenal pasti mempengaruhi aspek perkembangan akhlak pelajar.

Selain dari berperanan sebagai pendidik, GPI juga merupakan pendakwah yang perlu mempamerkan contoh teladan yang baik kepada anak didiknya. Che Noraini Hashim (2005) mengutarakan sebahagian para GPI tidak memainkan peranan sebagai seorang pendidik dalam maksud yang sebenarnya kerana masih ramai GPI yang tidak berupaya untuk dijadikan ‘qudwah hasanah’ oleh anak didiknya. Menurut Asmawati

(34)

8 Suhid (2006), para GPI adalah contoh teladan utamayang perlu sentiasa menunjukkan nilai akhlak mulia kepada para pelajar. Meskipun kajian oleh Zaharah Hussin (2008) mendapati bahawa antara faktor yang mengekang GPI untuk menampilkan diri sebagai

qudwah hasanah atau role model adalah disebabkan kurangnya keyakinan diri ketika berhadapan dengan masyarakat dan pelajar, hal ini tidak wajar dijadikan alasan. Hal ini kerana para GPI yang menjadi responden kajian tersebut menyedari bahawa sebagai GPI, adalah mustahak bagi mereka untuk sentiasa menampilkan akhlak

mahmudah dalam segenap aspek terutamanya apabila berada di sekolah ketika berhadapan dengan pelajar kerana setiap apa yang dilakukan akan diperhatikan.

Dari sudut pandangan pelajar pula, kajian oleh Aiiri Abu Bakar (2003) menunjukkan pelajar mempuyai sikap yang tidak memberangsangkan dan kurang positif terhadap GPI dan subjek Pendidikan Islam. Ini kerana mereka tidak menyukai GPI dan sekali gus menyebabkan mereka tidak berminat dengan subjek Pendidikan Islam. Kajian Azhar Yusuf (2006) juga menunjukkan hasilan sama kerana terdapat pelajar yang tidak berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian oleh Azhar Muhammad dan Nor Syakirah Samsuni (2010) pula mendapati walaupun para GPI sentiasa memberi komitmen terhadap profesion dan rakan sejawat, GPI masih kurang menunjukkan sikap kemesraan terhadap ibu bapa dalam menyatakan cara untuk mempertingkatkan prestasi pelajar.

Sementara itu, kajian Ab. Halim Tamuri & Zarin Ismail (2002) turut menunjukkan pelajar tidak menitikberatkan pengamalan nilai-nilai mulia serta penghayatannya dalam kehidupan harian mereka. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan aspek keimanan kepada Allah s.w.t serta ilmu agama yang ada pada mereka dengan kepentingan untuk melaksanakan nilai-nilai mulia dalam kehidupan mereka. Ini menjadikan khalayak ramai tidak lagi menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada kredibiliti serta kewibawaan guru kerana kemenjadian pelajar tidak seperti yang

(35)

9 diharapkan oleh negara dan masyarakat (Rahaila Omar, 2011). Kajian Adanan Haji Basar (2011) kemudian mengupas sejauh mana tahap kualiti GPI dalam mengimplementasikan matlamat Pendidikan Islam dalam pembentukan sahsiah mereka sama ada semasa bersendirian, semasa bertugas di sekolah dan mengajar anak murid atau semasa berada dalam lingkungan sosial kemasyarakatan mereka. Hal ini kerana kajian oleh Azma Mahmood (2006) yang mencerakinkan penghayatan Pendidikan Islam di kalangan pelajar mendapati berlakunya ketidakseimbangan dalam aspek akhlak, ibadah dan penghayatan aqidah pada peringkat jantina, aliran dan jenis sekolah. Justeru hal ini memerlukan perhatian pihak yang berkaitan di sekolah khususnya para GPI agar memberi lebih tumpuan kepada aspek aqidah, ibadah serta akhlak.

Persoalan yang timbul di sini adalah apakah sebenarnya keperluan profesionalisme perguruan GPI dalam usaha untuk mengatasi permasalahan ini ? Apakah pula elemen-elemen yang perlu ada dalam pembangunan profesionalisme perguruan Pendidikan Islam bagi memenuhi keperluan tersebut ? Perlu ditekankan bahawa matlamat pendidikan menurut Islam adalah penghayatan insan untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah al-khaliq di samping melahirkan insan yang baik (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1980). Oleh kerana objektif utama pendidikan adalah untuk membentuk rohani dan akhlak, maka adalah satu kemestian untuk seseorang guru memiliki personaliti serta sahsiah yang cemerlang untuk membolehkannya mendidik pelajar menuju jalan kesempurnaan serta menjadi pemimpin dan pembimbing yang disegani oleh anak didik khasnya dan masyarakat amnya (Ab. Halim Tamuri et al., 2012) dengan berpaksikan keimanan kepada Allah s.w.t (al-Ghazali, t.t).

Namun begitu, kod etika keguruan di Malaysia dalam Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006) hanya menggariskan

(36)

10 ikrar dan tanggunjawab guru terhadap lima aspek utama iaitu anak didik pelajar, golongan ibu bapa, rakan sekerja, masyarakat sekeliling dan negara serta kerjaya perguruan tanpa adanya ketetapan khusus untuk menyuburkan aspek taqarrub kepada Allah s.w.t di kalangan para guru.

Keperluan juga dilihat mendesak kerana beberapa standard dan model perguruan yang diilhamkan di Barat yang diketengahkan dalam literatur kajian ini jelas tidak menyentuh langsung mengenai hubungan antara seorang guru dengan Tuhan. Apa yang ditekankan adalah hubungan dengan pelajar semata-mata sedangkan bagi GPI, aspek hubungan dengan pencipta paling agung yakni Allah s.w.t adalah merupakan paksi utama ke arah menggapai keredhaanNya serta matlamat sebenar kehidupan (al-Ghazali, t.t). Justeru cadangan Model Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 4.3 diharap akan dapat mengatasi kelompangan sedia ada dalam aspek ini.

Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau keperluan profesionalisme GPI serta membangunkan satu model pembangunan profesionalisme berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ khusus untuk para GPI.

Rasional Kajian

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan model Standard Guru Malaysia (SGM) dengan tujuan memberi panduan kepada guru untuk menilai aspek profesionalisme sedia ada agar selari dengan hasrat KPM. Namun pengkaji berpendapat satu model yang lebih khusus dan spesifik mengikut pengkhususan guru adalah amat mustahak untuk dibangunkan kerana keperluan profesionalisme setiap guru bagi pengkhususan yang berlainan

(37)

11 adalah berbeza. Justeru rasional penyelidikan ini dijalankan adalah bagi meninjau aspek keperluan profesionalisme para GPI berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ dan membangunkan satu model khusus mengenainya.

Riadhah Ruhiyyah’ menjadi fokus utama kerana ia meliputi aspek habl min Allah iaitu hubungan dengan Allah s.w.t, habl min al-nafs iaitu hubungan dengan diri sendiri serta habl min al-nas iaitu hubungan antara manusia yang merangkumi hubungan sesama rakan sekerja serta hubungan dengan anak didik di sekolah. Aspek

‘Riadhah Ruhiyyah’ ini diperkukuhkan dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dari aspek perancangan pengajaran, pengetahuan isi kandungan pengajaran, penyampaian pengajaran dan penilaian pengajaran selain dari aspek-aspek profesionalisme lain merangkumi aspek pengetahuan profesionalisme, usaha-usaha meningkatkan profesionalisme serta ganjaran bukan kewangan. Standard-standard profesionalisme yang dibangunkan di Barat ternyata tidak dapat memenuhi keperluan profesionalisme GPI kerana walaupun aspek habl min al-nafs (hubungan dengan diri sendiri) dan habl min al-nas (hubungan sesama manusia) ada dinyatakan, ia langsung tidak menyentuh mengenai aspek habl min Allah iaitu hubungan dengan Allah s.w.t.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah :

1. Meninjau keperluan profesionalisme guru Pendidikan Islam (GPI). 2. Mengenalpasti ciri-ciri guru Pendidikan Islam (GPI) profesional.

3. Membangunkan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’.

4. Menilai kebolehgunaan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan 'Riadhah Ruhiyyah’ yang dibangunkan.

(38)

12 Persoalan Kajian

Berpandukan pernyataan masalah yang diutarakan serta objektif kajian yang ditetapkan, persoalan kajian diformulasikan seperti berikut :

Fasa I : Tinjauan keperluan profesionalisme guru Pendidikan Islam (GPI) 1. Apakah keperluan profesionalisme guru Pendidikan Islam (GPI) ? Fasa II (A) : Penerokaan ciri-ciri guru Pendidikan Islam (GPI) profesional 2. Apakah ciri-ciri guru Pendidikan Islam (GPI) profesional ?

Fasa II (B): Pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (GPI) Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’

3. Apakah konsensus pakar terhadap pembangunan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’?

Fasa III : Kebolehgunaan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (GPI) Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’

4. Sejauhamanakah kebolehgunaan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ untuk guru Pendidikan Islam (GPI)?

Kerangka Teori

Sesebuah penyelidikan yang dijalankan perlu berlandaskan kepada sesebuah teori yang akan mendasari kerangka konseptual kajian. Menurut Mohd. Majid Konting (2000), dengan adanya pemahaman teori, penyelidik boleh membuat suatu penilaian yang objektif ke atas penyelidikannya. Penyelidik juga boleh menggunakan teori tersebut sebagai bimbingan dalam menghasilkan penilaian yang lebih teratur dan bermakna bersesuaian dengan bidang pengetahuan. Teori juga tidak bersifat statik kerana teori-teori lama boleh diubahsuai untuk membangunkan teori-teori yang baru (Neuman, 2011).

Asas teori yang digunapakai dalam kajian ini adalah Teori Guru Profesional oleh Imam al-Ghazali (t.t) yang secara umumnya digambarkan dalam Rajah 1.1 serta

(39)

13 Model Perubahan Guru yang diperkenalkan oleh Guskey (2002) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.1 Teori Guru Profesional yang disesuaikan menurut pandangan Imam Al-Ghazali (t.t)

Rajah 1.2 Model Perubahan Guru menurut Guskey (2002)

Pengkaji mengutarakan Teori Guru Profesional dengan matlamat untuk meninjau keperluan profesionalisme GPI. Ia meliputi aspek habl min Allah iaitu hubungan dengan Allah s.w.t, habl min al-nafs iaitu hubungan dengan diri sendiri serta habl min al-nas iaitu hubungan antara manusia yang merangkumi hubungan sesama rakan sekerja serta hubungan dengan anak didik di sekolah.

Ia disokong dengan pandangan Guskey (2002) yang menyatakan bahawa pembangunan profesional guru adalah melibatkan perubahan amalan guru di dalam kelas, perubahan dalam hasil pembelajaran pelajar serta perubahan dalam sikap guru. Model Perubahan Guru yang diutarakan oleh beliau berkaitrapat dengan teori pengkaji berhubung ciri-ciri guru profesional kerana setiap perubahan pastinya melibatkan inisiatif kendiri serta hubungan dengan pihak-pihak lain dalam usaha untuk menjadi

TEORI GURU PROFESIONAL

 Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t(Habl min Allah)

 Menekankan hubungan dengan diri sendiri (Habl min al-nafs) Riadhah

 Memelihara hubungan sesama manusia (Habl min al-nas) Ruhiyyah

PROFESSIONAL DEVELOPMENT Change in TEACHERS’ CLASSROOM PRACTICES Change in STUDENT LEARNING OUTCOMES Change in TEACHERS’ BELIEFS AND ATTITUDES

(40)

14 seorang guru yang cemerlang. Perkara ini seterusnya diperkukuhkan lagi dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dari aspek perancangan pengajaran, pengetahuan isi kandungan pengajaran, penyampaian pengajaran dan penilaian pengajaran selain dari aspek-aspek profesionalisme lain merangkumi aspek pengetahuan profesionalisme, usaha-usaha meningkatkan profesionalisme serta ganjaran bukan kewangan.

Pengkaji seterusnya meninjau ciri-ciri guru profesional dalam Model Standard Guru Malaysia (SGM) yang dibangunkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta beberapa standard profesional negara-negara Barat. Apa yang pasti adalah standard-standard perguruan yang diilhamkan di Barat jelas tidak menyentuh langsung mengenai hubungan antara seorang guru dengan Tuhan. Aspek yang ditekankan hanyalah hubungan dengan pelajar semata-mata sedangkan bagi GPI, hubungan dengan Allah s.w.t tidak seharusnya dikesampingkan kerana ia adalah paksi yang paling utama untuk mendapat keredaan Allah s.w.t.

Sehubungan itu, dalam kajian ini, Teori Guru Profesional yang diubahsuai dari pandangan al-Ghazali (t.t) dan Model Perubahan Guru oleh Guskey (2002) akan menjadi kerangka kajian pengkaji untuk membangunkan Model Pembangunan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’.

Kerangka Konsepsual Kajian

Bepandukan kepada kerangka teori kajian yang telah dibincangkan, ia diekstrak dan dikategorikan semula untuk menghasilkan satu kerangka konsepsual kajian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

(41)

15

Rajah 1.3 Kerangka Konsepsual Kajian berpandukan Teori Guru Profesional menurut Imam al-Ghazali (t.t) dan Model Perubahan Guru oleh Guskey (2002) MODEL PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN ‘RIADHAH RUHIYYAH’ Komponen Utama Model

Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan

‘Riadhah Ruhiyyah’

‘Riadhah Ruhiyyah’

 Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

 Aspek-aspek Profesionalisme

PEMBANGUNAN MODEL PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM BERASASKAN ‘RIADHAH RUHIYYAH’

TEORI GURU PROFESIONAL

Hubungan dengan Allah(Habl min Allah) Hubungan dengan diri sendiri (Habl min al-nafs)

Hubungan dengan rakan sejawat dan pelajar (Habl min al-nas)

MODEL PERUBAHAN GURU

Perubahan amalan dalam kelas

Perubahan dalam hasil pembelajaran pelajar Perubahan sikap guru

Soalselidik

o SPSS

 Analisis Kandungan  Kaedah Fuzzy Delphi Teknik NGT

Fasa I - Analisis Keperluan

Fasa II - Rekabentuk dan Pembangunan Model

Fasa III - Penilaian Kebolehgunaan Model

Pendekatan Penyelidikan Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research Approach)

(42)

16 Batasan Kajian

Tidak dinafikan wujud ruang yang besar dalam mengkaji aspek profesionalisme GPI. Justeru bagi memfokuskan kajian ini, beberapa batasan telah dibentuk.

Kajian ini hanya menumpukan perbincangan kepada keperluan profesionalisme GPI dalam aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta

aspek-aspek profesionalisme berpandukan kajian-kajian lepas. Justeru Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ yang dibangunkan dalam kajian ini merujuk kepada aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ itu sendiri

yang meliputi profesionalisme GPI bertunjangkan habl min Allah (hubungan dengan Allah s.w.t), habl min nafs (hubungan dengan diri sendiri) dan habl min al-nas

(hubungan sesama manusia merangkumi rakan sejawat dan pelajar), aspek kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta aspek-aspek profesionalisme sebagai seorang guru. Perbincangan tentang aspek profesionalisme lain seperti pengurusan, kepimpinan dan sebagainya tidak akan disentuh.

Kajian ini juga memfokuskan analisis pemikiran al-Ghazali berhubung aspek

‘Riadhah Ruhiyyah’. Limitasi aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’ akan menggunakan bahan rujukan utama iaitu kitab Ihya ‘Ulum al-Din Jilid 1 terbitan Dar al-Ma’rifah di Beirut, Lubnan (t.t) dengan pengkhususan kepada bahagian kelima berkaitan adab guru dan pelajar. Kajian ini dijalankan sebagai langkah untuk menghayati idea-idea ‘Riadhah Ruhiyyah’ dengan melihat peranan yang perlu dimainkan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) tanpa mengupas konsep ‘tazkiyattunnafs’, ‘tahalli’ dan ‘takhalli’ secara mendalam sebagaimana terdapat dalam tradisi pendidikan tasawuf Islam kerana secara praktikalnya ia tidak mungkin boleh berlaku dalam sistem pendidikan sekarang (Abdul Muhsien Sulaiman, 2014). Justeru pemikiran al-Ghazali dalam bidang lain tidak akan dibincangkan.

(43)

17 Dalam menetapkan sampel kajian, kajian ini terbatas kepada guru-guru Pendidikan Islam (GPI) yang berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah kebangsaan harian di negeri Kelantan. Kajian hanya meliputi para GPI yang berkhidmat di sekolah menengah sahaja atas dasar kumpulan sasaran pelajar yang diajar adalah berbeza peringkat umur dengan pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian ini juga tidak meliputi GPI yang sedang cuti belajar mahupun bercuti tanpa gaji serta GPI di negeri-negeri lain.

Signifikan Kajian

Kajian ini mengusulkan satu Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ yang dibangunkan khusus untuk para GPI

berpandukan Teori Guru Profesional yang diubahsuai dari pandangan al-Ghazali (t.t) serta Model Perubahan Guru oleh Guskey (2002).

Kajian ini begitu signifikan untuk dilaksanakan kerana selain amat relevan untuk diadaptasi kepada para GPI yang sedang berkhidmat di sekolah, Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ yang dibangunkan ini juga boleh diaplikasikan sebagai satu komponen dalam kurikulum Pendidikan Islam untuk guru-guru pelatih opsyen Pendidikan Islam di institusi-institusi pendidikan guru (IPG), institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang kini disebut sebagai universiti awam (UA) serta institusi-institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Penyelidikan ini juga diharapkan mampu memberi garis panduan kepada pihak KPM dalam membentuk model pembangunan profesional GPI, membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam merangka dan menyusun program-program khas untuk melahirkan GPI profesional berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’ di samping dapat menjadi garis panduan kepada GPI untuk meningkatkan lagi kualiti diri dan pengajaran mereka melalui iman, ilmu dan amal.

(44)

18 Definisi Istilah

Profesionalisme Guru

Profesionalisme merujuk kepada akauntabiliti, tahap kecekapan serta tanggungjawab yang perlu dipegang oleh seseorang yang profesional (Graham, 2004). Profesionalisme turut dilihat sebagai kemahiran atau kualiti yang diperlukan oleh ahli-ahli profesional serta sifat-sifatnya seperti aspek kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan dan sebagainya yang ada pada atau dilakukan oleh seseorang profesional (Mohammed Sani Ibrahim et al., 2006). Dalam penyelidikan ini, profesionalisme keguruan dalam bidang Pendidikan Islam dirujuk kepada ciri-ciri profesional GPI yang ditinjau menerusi aspek ‘Riadhah Ruhiyyah’, aspek kemahiran pengajaran dan

pembelajaran serta aspek-aspek profesionalisme sebagai seorang guru.

Guru Pendidikan Islam (GPI)

Terma GPI merujuk kepada guru yang terlatih yang memiliki kelayakan serta kelulusan ikhtisas dalam bidang perguruan yang diiktiraf oleh pihak KPM. GPI mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam serta komponen-komponennya iaitu mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah serta Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah yang sedang berkhidmat di sekolah.

‘Riadhah Ruhiyyah’

Menurut kamus yang bertajuk ‘Al-Lughatul Malayuwiyyah Al-Lughatul Arabiah Al-Lughatul Arabiyyah al-Lughatul Malayuwiyyah yang ditulis dan disusun oleh Abdul Raof Haji Hassan, Abdul Halim Salleh, Khairul Amin Mohd. Zain dan Wan Norainawati Hamzah (2011), takrif perkataan ‘Riadhah’ adalah latihan dan perkataan

Ruhiyyah’ merujuk kepada aspek yang berkaitan dengan roh manusia. Oleh itu, terma

Riadhah Ruhiyyah’ ditakrifkan sebagai latihan kerohanian. Perbincangan mengenai maksud ‘Riadhah Ruhiyyah’ akan diperincikan dalam Bab 2 kajian ini.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil temuan dan pembahasan pada penelitian yang Supervisi Akademik Kepala Madrasah Dalam Meningkatkan Profesionalisme Guru Pendidikan Agama Islam Di MAN

dengan hasil penilaian yang telah dilakukan. Langkah-langkahnya sebagai berikut. 1) Me-review rangkuman hasil penilaian. 2) Apabila ternyata tujuan pembinaan keterampilan

Jadi dengan adanya persepsi yang positif tentang profesionalisme guru, maka proses pembelajaran di kelas dapat berlangsung dengan efektif karena siswa memiliki minat yang

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan Model kurikulum m-Pembelajaran Kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di lnstitut Pendidikan Guru di

Jadual 1.4: Rumusan elemen strategi pengajaran dari persepsi guru dan murid Jadual 1.4 menunjukkan persepsi guru dan persepsi murid mencatatkan tahap interpretasi min yang sama pada

Hasil kajian mendapati lima item mempunyai skor min pada aras sederhana tinggi iaitu pada kod item B25 “Saya berusaha menerapkan penggunaan platform multimedia dalam pengajaran