• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kupasan Kes Dr. Ishak Sin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kupasan Kes Dr. Ishak Sin"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)Ê Ê   

(2)       Ê     

(3)                          

(4)      !"  # $ Hew Wan Hoong iaitu seorang pelajar berusia sembilan tahun, telah dilanggar oleh sebuah bas sekolah yang sedang berundur ketika berjalan pulang dari sekolah. Kejadian ini berlaku di dalam kawasan sekolah dan telah menyebabkannya mendapat kecederaan yang agak parah. Beliau telah diarah dibayar gantirugi oleh pihak mahkhamah sebanyak RM20,000 sebagai bayaran gantirugi am dan RM794 sebagai bayaran khas kerosakan. Isu timbul apabila pihak pemilik bas sekolah telah menyaman pihak sekolah yang juga dianggap bertanggungjawab terhadap kes tersebut kerana cuai dalam menjalankan kewajipan berjaga-jaga terhadap keselamatan pelajar dalam kawasan sekolah. Mereka telah menfailkan rayuan terhadap keputusan pihak mahkhamah yang telah menolak dengan kos pendakwaan kali pertama terhadap pihak sekolah dan kerajaan Malaysia. Alasannya kerana pihak sekolah telah membenarkan 2 buah bas sekolah masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar dan menjemput pelajar. Oleh yang demikian pihak sekolah harus dilibatkan kerana bas tersebut masuk ke kawasan sekolah dengan kebenaran dan menunggu pelajar di dalam kawasan sekolah. Hanya setelah kejadian kemalangan, baru pihak sekolah meletakkan papan tanda yang melarang kenderaan masuk ke kawasan sekolah. Ê   Setelah kes ini diteliti oleh hakim mahkhamah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif Salleh Abas dan juga berdasarkan gambarajah lakaran kedudukan bangunan serta bas pada. c.

(5) masa kejadian. Panel hakim telah mendapati bahawa pihak sekolah juga cuai kerana laluan untuk bas berundur dan berpusing adalah sempit. Di laluan tersebut juga terdapat palang besi yang menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat mengelakkan diri dari dilanggar oleh bas tersebut. Saksi kejadian iaitu guru juga mengatakan bahawa pada masa kejadian, pelajar yang tercedera tersebut telah terhimpit di antara bas dan juga palang besi di laluan tersebut. Oleh yang demikian, pihak sekolah iaitu pentadbiran sekolah sebagai pihak yang berautoriti terhadap premis tersebut tahu bahawa jalan dalam kawasan sekolah tersebut adalah sempit dan adalah merupakan kewajipan pihak sekolah memastikan keselamatan para pelajarnya semasa dalam kawasan sekolah. Para hakim mendapati bahawa pihak sekolah melakukan tindakan yang tepat apabila melarang kenderaan ibu bapa daripada masuk ke kawasan sekolah. Namun timbul persoalan kenapa 2 buah bas sekolah tersebut telah dikecualikan dari peraturan tersebut kerana bas sudah pasti boleh membawa bahaya lebih besar terhadap pelajar berbanding kereta ibu bapa. Keputusan yang telah dibuat oleh panel hakim juga adalah tepat kerana mengikut Akta Pendidikan, adalah menjadi kewajipan pihak sekolah bagi memastikan para pelajar terhindar dari sebarang bahaya semasa berada di sekolah iaitu dalam seliaan mereka iaitu kewajpan berjaga-jaga. Oleh itu, pihak sekolah tidak terlepas dari tanggungjawabnya. Maka hakim telah mengarahkan pihak sekolah juga bertanggungjawab dan harus bersama-sama mengambil tanggungjawab membayar 30% dan pihak pemilik serta pemandu bas sekolah membayar sebanyak 70% kepada pelajar tersebut. Hakim juga membenarkan rayuan dengan kos dan mahkhamah juga harus memulangkan deposit rayuan yang dibuat oleh pihak pemilik serta pemandu bas sekolah tersebut.   .

(6) Ê  % Ê   &'  Ê     

(7)    &()Ê * * 

(8)   ) + $ Plaintif dalam kes ini adalah ibu bapa kepada Silva Prakash a/l Silvadurai yang merupakan pelajar darjah 2 di SRJK Chung Hwa yang telah meninggal dunia kerana dikatakan telah terjatuh di sekolah akibat kecuaian pihak sekolah dalam menjalankan kewajipan berjaga-jaga. Pada 18 September 1989 iaitu lebih kurang jam 9.45 pagi iaitu pada waktu rehat, telah dibuktikan bahawa simati telah bermain jongkang-jongkit di belakang kelas dengan kawannya dan terjatuh. Kemudian, semasa bangun dan berjalan, simati telah tergelincir lalu terjatuh dan kepalanya telah terhantuk pada seketul batu yang digunakan untuk tujuan pembinaan dan pengindahan kawasan sekolah. Sebagai akibatnya, 3 hari kemudian iaitu pada 21 september 1989 simati telah jatuh dan meninggal dunia. Oleh yang demikian, ibu bapa simati telah menyaman guru besar sekolah berkaitan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga kerajaan Malaysia dengan tuduhan kecuaian yang telah mengakibatkan kematian anak mereka. Pada11 september 1995 selepas pendengaran kes tersebut, majistret telah menggugurkan saman tersebut dengan kos. Tidak berpuas hati dengan keputusan majistret, pada 15 julai 1996 plaintif telah menfailkan rayuan yang didengari oleh Hakim Mahkhamah rayuan iaitu Yang Arif Datuk Suriyadi Halim Omar. Yang Arif Hakim Suriyadi Halim Omar telah mengambil kes Mohamed Raihan Bin Ibrahim dan lain-lain lawan Kerajaan Malaysia dan lain-lain sebagai kes contoh. Iaitu adalah satu peraturan bahawa guru sekolah mempunyai tanggungjawab penyeliaan terhadap pelajarnya apabila mereka berada di premis sekolah sama ada di dalam kelas atau di kawasan. r.

(9) permainan sekolah. Tahap penyeliaan itu pula bergantung kepada keadaan semasa seperti berapa umur pelajar dan apa yang sedang mereka lakukan pada masa itu. Jika guru tahu bahawa pelajar sedang melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kepada pelajar lain, maka guru dengan kewajipannya hendaklah mengambil langkah keselamatan yang bersesuaian. Hakim mengatakan bahawa adalah suatu kebiasaan pelajar yang malang itu mengambil peluang bermain dengan jongkang-jongkit dan tidak menyedari bahaya yang meyebabkan tragedi. Juga didapati bahawa tidak ada penafian secara serius oleh defenden terhadap kejadian di mana simati telah terjatuh di atas batu seperti yang dinyatakan oleh saksi iaitu Saranan a/l Sanasy yang merupakan rakan yang bermain dengan simati pada masa kejadian. Dia mengatakan bahawa di kawasan mereka bermain dipenuhi dengan simen. Terdapat juga batu-batu bewarna putih yang dikumpulkan untuk tujuan pembinaan berhampiran pokok bunga. Dia melihat Siva (simati) telah jatuh dan kepalanya terkena pada batu besar dan badannya terkena pada batu kecil. Manakala saksi lain, iaitu Letchumy a/p Selliah iaitu rakan sekelas simati mengatakan bahawa simati ada memberitahunya mengenai insiden yang berlaku tersebut. Namun hal ini bukanlah permasalahan utama kes.    

(10)  , ialah mengenai apa yang telah berlaku di dalam kelas iaitu bahawa simati dikatakan telah muntah darah di dalam kelas seperti apa yang dimaklumkan oleh Saravanan iaitu rakan sekelas simati. Dia memaklumkan pada masa itu terdapat seorang guru perempuan dan guru tersebut telah menyuruhnya mencuci muntah tersebut. Bukti menunjukkan bahawa guru yang bertugas pada masa itu, iaitu Chan Chai Teng mengatakan bahawa simati telah datang berjumpanya dan pada masa itu hanya mengalami lebam di lutut dan di bahagian siku, manakala bahagian badannya yang lain tidak. =.

(11) menunjukkan sebarang tanda kecederaan. Beliau kemudian telah menyapu iodin pada kecederaan tersebut. Beliau juga menafikan bahawa simati ada muntah di dalam kelas. Beliau juga tidak mengesan sebarang kecederaan pada muka simati, malah beliau mengatakan bahawa simati berkelakuan seperti biasa iaitu tidak mengikut arahannya semasa berada di dalam kelas. Guru besar sekolah tersebut juga mengatakan bahawa guru kelas pada kejadian telah memaklumkan kepadanya apa yang telah berlaku pada simati dan langkah-langkah yang telah diambil. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai kejadian muntah di dalam kelas kerana tidak dimaklumkan oleh sesiapa. Beliau juga mendapati tidak perlu membawa simati berjumpa dengan doktor kerana simati hanya mengalami cedera ringan di kaki dan telah dirawat oleh guru Pada jam 1.00 petang, ibu angkat simati telah menjemput simati. Dan oleh yang demikian, tanggungjawab pihak sekolah telah tamat dalam menjaga simati dan tanggungjawab tersebut telah bertukar kepada ibu simati. Ibu simati telah membawa simati ke klinik estet, namun klinik tersebut telah tutup pada masa itu. Dia pulang kerumah dan kemudian membawa simati ke klinik di Jasin. Doktor telah merawat simati dan memberi simati glukos dan menyuruh simati pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan pulang, melihatkan simati semakin lemah, ibunya sekali lagi telah membawa simati ke klinik di estet. Pembantu perubatan di klinik tersebut juga telah mempreskripsi simati dengan glukos. Dia kemudian pulang ke rumah. Tetapi kemudian, dia telah membawa simati dengan teksi ke hospital di Tangkak untuk pemeriksaan lanjut. Pada hari yang berikutnya, simati telah dibawa ke hospital awam di Melaka. Kemudian pada 21 september 1989 simati telah mengalami gangguan kesihatan dan meninggal dunia.. [.

(12) Ê   Setelah meneliti fakta kes, hakim telah mendapati guru dan sekolah telah menjalankan kewajipan yang sepatutnya iaitu telah menjalankan kewajipan berjaga-jaga dengan memastikan pelajar mematuhi arahan sekolah dari masa ke semasa dan sentiasa memaklumkan para pelajar supaya berhati-hati ketika berada di dalam kawasan sekolah. Hakim juga mendapati bahawa simati meninggal dunia di bawah jagaan ibunya dan pihak hospital. Oleh yang demikian, pihak guru, sekolah dan kerajaan Malaysia tidak harus di persalahkan kerana tanggungjawab menjaga simati telah berpindah kepada ibu simati dan hospital. Hakim telah menolak kes tersebut dengan kos.  Ê ! % Ê (  - .

(13)  /  . &  &   &   "  0  $ Kes ini merujuk kepada perayu iaitu Loot Ting Yee yang telah disabitkan dengan kesalahan engkar arahan. Beliau telah diarahkan bertukar mengajar dari SRJK Naam Kheung, Batu 3½, Jalan Cheras, Kuala Lumpur ke SRJK Chung Hwa, Jerteh, Terengganu. Beliau telah menolak arahan pertukaran tersebut, malah telah menulis surat rayuan kepada pihak berkuasa pendidikan supaya arahan tersebut dibatalkan, tetapi telah gagal. Kemudian pada 11 april 1980, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan telah mengarahkannya supaya melapor diri kepada Guru Besar SRJK Chung Hwa, Jerteh, Terengganu, namun beliau sekali lagi enggan melakukan demikian. Beliau kemudian telah menfailkan tindakan undang-undang di Mahkhamah Tinggi, Kuala Lumpur meminta beberapa deklarasi di atas beberapa alasan bahawa arahan. .

(14) pertukarannya adalah tidak sah dan batal. Semasa tindakannya sedang dalam proses, beliau menerima surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak harus ditamatkan dari perkhidmatan perguruan dengan beberapa tuduhan terhadapnya yang berkaitan dengan pelanggaran syarat sebagai pegawai perkhidmatan awam (kelakuan dan tatatertib) yang juga dikenali sebagai Perintah Am, Bab D kerana kelakuan engkar arahannya itu. Kemudian pada 28 September 1980, dia membuat satu permohonan bahawa lapan orang ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Pelajaran telah menghina mahkhamah kerana permohonannya sedang dalam proses tetapi pada masa yang sama, pihak Jawatankuasa Perkhidmatan Pelajaran telah menghantar surat tunjuk sebab kepadanya. Tetapi telah ditolak setelah 3 orang hakim melakukan penelitian terhadap bebrapa kes contoh dan telah mendapati bahawa dia telah cuba merendahkan dan membelakangkan ³Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran´ dengan menggunakan mahkhamah. Ê   Ketiga-tiga hakim telah membuat keputusan untuk menolak permohonanya dengan kos. Hal demikian, kerana beliau telah melanggar ³Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran´ Bab D (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Bahagian IA Kewajipan Mematuhi Peraturan-Peraturan. Dalam sub peraturan r      

(15)  

(16)  

(17)        

(18)         

(19)  

(20)   

(21)   

(22)             

(23)  

(24)  

(25)       .   

(26)   

(27) 

(28) 

(29) 

(30)   

(31) 

(32)  

(33)   . Oleh yang demikian adalah sah bagi Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Pelajaran menjatuhkan hukuman yang sdemikian terhadapnya..

(34) Ê # % Ê (  " 1 2   3   4'  .

(35)    5+) 0 $ . adzil Bin Mohamed Noor merupakan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia. yang bertugas sebagai pembantu pensyarah. Pada 21 hingga 24 Jun 1978 beliau telah mengambil cuti bagi melibatkan diri dalam Pilihan Raya Umum. Oleh kerana cuti yang dipohonnya tidak mencukupi, maka beliau telah menghantar satu telegram untuk meminta penambahan cuti. Tetapi permohonannya telah ditolak oleh pihak universiti. Malangnya surat makluman bahawa cuti tambahan yang dimintanya tidak diluluskan tidak pernah diterima oleh beliau. Manakala beliau pula walaupun tanpa mengetahui status permohonannya itu tetap meneruskan cutinya. Kemudian pada 13 julai 1978, beliau telah menerima sepucuk surat dari jawatankuasa disiplin universiti yang meminta alasan bertulis, kenapa tindakan disiplin tidak harus dikenakan terhadapnya. Pada 25. julai 1978, beliau telah membalas surat tunjuk sebab. tersebut dengan memberikan penerangannya. Selepas jangka masa lapan bulan, beliau menerima sepucuk surat bertarikh 13 februari 1979, menyatakan bahawa Majlis Universiti telah mengadakan satu mesyuarat pada 22 januari 1979 telah mengambil keputusan berdasarkan aduan Jawatankuasa Disiplin bahawa beliau telah ponteng kerja tanpa kebenaran dan telah menjatuhkan hukuman buang kerja terhadapnya yang berkuatkuasa mulai dari 15 februari 1979. Kemudian pada 17 julai 1979 beliau membuat writ bagi mendapatkan pengesahan secara khas iaitu beliau meminta satu deklarasi bagi surat pembuangan yang telah dihantar kepadanya. Berikutan kegagalannya mendapatkan deklarasi tersebut, pada 8 ogos 1979 beliau telah menyaman pihak Universiti Teknologi Malaysia atas alasan pihak Jawatankuasa D.

(36) Disiplin Universiti telah bertindak secara 

(37)   ia melampaui had atau bidang kuasa yang dibenarkan. Persoalan yang telah ditimbulkan ialah, adakah pemberhentiannya sah di sisi undang-undang. Ê   Para hakim telah bersidang dan meneliti kes tersebut. Mereka sedar bahawa persoalan timbul berkaitan Jawatankuasa Disiplin Universiti sama ada telah bertindak mengikut bidang kuasa yang telah diberikan oleh Majlis Universiti atau tidak. Oleh yang demikian persoalan timbul sama ada proses penurunan kuasa telah berlaku iaitu sama ada Majlis Universiti telah menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Disiplin Universiti untuk mengenakan tindakan terhadap perayu. Para hakim tahu bahawa jawatankuasa disiplin memang wujud dalam Jawatankuasa Majlis Universiti dan Majlis Unversiti juga mempunyai kuasa untuk menurunkan kuasa kepada jawatankuasa disiplin universiti mengikut virtue of s. 16A melalui Akta Universit dan Kolej 1971, (Act 30 of 1971). Para hakim juga tahu bahawa di bawah akta ini, tidak ada sesiapa yang boleh melebihi kuasa Majlis Universiti yang boleh memecat mana-mana pegawai atau kakitangan universiti. Seksyen 4(1)(m) dan s. 16 akta penubuhan universiti juga telah dirujuk dan digunakan. Masalahnya, tidak ada perkataan yang boleh menyokong tindakan yang telah diambil oleh Majlis Universiti terdapat sama ada dalam akta universiti atau akta pertubuhan universiti. Merujuk kepada ss. 7, 16A Akta 30 dari 1971 dan s. 4(1)(m) dan s. 16 dan juga seksyen 7(1) sebagai badan korporat, universiti diberi kuasa penuh mengikut (e) mempunyai kuasa penuh, namun masih terikat di bawah Akta Universiti. Kuasa itu pula dijalankan oleh Majlis Universiti. Di bawah seksyen 16A(1) merujuk kepada sub seksyen (4), pihak berkuasa disiplin universiti haruslah terdiri daripada (a) naib censelor dan (b) dua orang ahli majlis !.

(38) universiti. Mereka dilantik menjalankan kuasa yang dibuat oleh majlis universiti di bawah s. 16C. Juga dinyatakan bahawa mana-mana staf, pegawai atau pekerja universiti yang tidak berpuas hati dengan keputusan majlis universiti berkaitan keputusan jawatankuasa disiplin boleh membuat rayuan di bawah sub seksyen (3) kepada Majlis Universiti. Manakala mengikut seksyen 16C (1), majlis universiti haruslah menerbit dan menggezetkan hukuman tersebut. Pihak mahkhamah mendapati bahawa majlis universiti hanya menggezetkan kes ini pada 15 februari 1979, (PU(A)22/79) iaitu pada hari yang sama hukuman dijatuhkan. Oleh yang demikian, jika pada masa itu, maka tidak ada undang-undang disiplin dan tidak diketahui keslahan disiplin apa yang telah berlaku dan tidak diketahui hukuman disiplin jenis apa yang telah dilaksanakan. Mengikut pandangan hakim jika dilihat di bawah Akta 30 dari 1971 dan perlembagaan universiti, universiti sebenarnya tidak mempunyai kes langsung terhadap perayu. ungsi mahkhamah dalam kes ini hanyalah     iaitu untuk menyampaikan undang-undang yang telah termaktub di Parlimen. Oleh itu tidak ada apa yang harus dibicarakan. Para hakim pada akhirnya telah membenarkan rayuan Encik adzil Bin Mohamed Noor.                    c.

(39) (  6 Headmistress, Methodist Girls Schools & Ors v. The Headmaster, Anglo Chinese Primary School, Lahat Road, Ipoh & Anor http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/membersentry/casesearchfrm.asp. Dicapai pada 31 Mei 2011. Koleksi Kes Azman (Silvadurai Kunnary & Anor v. Headmaster, SRJK Cina, Chung Hwa & Ors) http://smkbp.com/index.php/laman-pengetua/212-laporan-kes-kes-mahkamah-berkaitanpendidikan. Dicapai pada 31 Mei 2011. Loot Ting Yee v. Tan Sri Sheikh Hussein Sheikh Mohamed & Ors. http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/membersentry/casesearchfrm.asp. Dicapai pada 31 Mei 2011. adzil Bin Mohamed Noor v. Universiti Teknologi Malaysia http://www.cljlaw.com.eserv.uum.edu.my/membersentry/casesearchfrm.asp. Dicapai pada 31 Mei 2011.. cc.

(40)

Referensi

Dokumen terkait

4 (empat) bulan sejak saat diterimanya permohonan secara lengkap, dalam hal permohonan pengembalian diajukan oleh Pengusaha Kena Pajak yang melakukan kegiatan

Detak Riau sangat berpengaruh dalam hal ini, untuk menghasilkan profit yang berasal dari iklan, relasi atau kerjasama antar media dan perusahaan, pemerintah dan lainnya,

Pendapat dari para di atas dapat disimpulkan bahwa kinerja merupakan hasil kerja yang dapat dicapai oleh pegawai dalam melaksanakan fungsinya sesuai dengan wewenang dan

Metode Bar Chart pada pendigraman LSM, menggunakan bagan balok dengan kemiringan garis pada arah horisontal sesuai besar volume pekerjaan dan produktivitas kerja dimana

Hasil penelitian ini diharapkan dapat membantu memberikan informasi bagi manajemen dalam pertimbangan pengambilan keputusan terkait sumber pembelanjaan yang akan

beberapa tujuan SDGs yang harus dicapai berhubungan dengan pembangunan manusia, yaitu menjamin kehidupan yang sehat dan meningkatkan kesejahteraan penduduk disegala

anggota Dewan Perwakilan Daerah Provinsi Jawa Barat 2019.5 Persidangan demi persidangan dilaksanakan hingga sidang pleno pembacaan putusan oleh Mahkamah Konstitusi memberikan

berjudul Peranan H.Sahal Suhana dalam mendirikan yayasan pendidikan Husnul2. Khotimah di Kabupaten Kuningan