• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gelora, badai krisis yang datang silih berganti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Gelora, badai krisis yang datang silih berganti"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

G

elora, badai krisis yang datang silih berganti

tidak pernah melemahkan semangat dan

kewibawaannya, bukan juga retorika siasah, jauh

daripada maki hamun dan tidak menuding-nuding jari.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan yang

bekerja, melawan pandemik, memastikan keselamatan

dan memacu perjalanan negara serta meletakkan

rakyat di landasan yang tepat.

Setahun mengharung gelombang, bermula dengan

kebobrokan perebutan kuasa, sehingga hampir watan

terjerumus ke dalam kancah perpecahan.

Ketidaktentuan dilaraskan menjadi satu kepastian,

walau dimomok dengan gelar ‘pintu belakang’ dan

‘tebuk atap’.

Seluruh dunia, seantero benua, menghadapi

penguncupan, sosial dan ekonomi dengan 130 juta

penduduk diancam ‘pandemik kebuluran’ akibat

COVID-19, namun tidak ada tragedi rakyat lapar yang

melanda negara.

Kesukaran tetap ada, ditampung dengan keikhlasan

‘kita jaga kita’ melawan dengan daya juang, dijana

dengan segala macam keprihatinan, kerajaan, rakyat

dan NGO.

Tidak pernah dalam usia lebih setengah abad

menyaksikan, pemegang taruh, eksekutif dan para

menteri ‘menjuih’ lawan pembangkang dengan cacian,

bahkan tohmahan yang ‘menyalak’ disambut positif.

Kali pertama dalam sejarah negara, ‘proklamasi

darurat tanpa ketegangan kerana rakyat tahu, mereka

yang mentadbir kerajaan kini, bukan’ badut-badut

politik’!

Justeru insaflah kita, buang ‘peel perangai’ buruk,

tidak mahu tunduk, berasa diri ‘abang long’ merasa

tidak bersalah dengan dosa-dosa lalu, bertaubatlah...

Bukankah majoriti kita masih Islam, masih Melayu?

Sementara kawan-kawan masih bersama, pelihara

muafakat ini, agar terus kita dapat sama-sama

menjaga demi ‘Agama, Bangsa dan Negara’.

Tidak rugi kita, dunia dan akhirat, kita bersama para

negarawan dan marhaen jelata, perkukuh muafakat

dan pertahan kerajaan Perikatan.

(4)

S : Umum mengetahui kerajaan sedang melaksnakan manifesto ‘mengembalikan tanah-tanah yang dirampas selepas pemerintahan tahun 2004 dan membuka permohonan tanah baru dengan terus memberi geran kekal (tanah terkilan)’, boleh Dato’ Seri terangkan bagaimana strategi yang diambil dalam memastikan janji ini terlaksana?

Bagi menyempurnakan manifesto berkaitan tanah terkilan ini, kerajaan negeri telah mewujudkan Pasukan Petugas Khas (Task force) di peringkat Pejabat Tanah bagi menyemak dan meneliti permohonan daripada peserta-peserta tanah terkilan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan lot tanah.

Walau bagaimanapun, kita dapati terdapat beberapa lot asal yang diluluskan dahulu telah diberikan kepada individu lain atau telah berada dalam perancangan pembangunan kerajaan. Maka, kita terpaksa mewujudkan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) baharu bagi menggantikan tanah

untuk peserta terkilan.

Manakala bagi bayaran premium tanah, kerajaan negeri telah memutuskan para peserta hanya perlu membayar premium tanah mengikut harga asal tanah pada tahun 1999 hingga 2004 bukan mengikut harga nilaian semasa. Sebagai contoh satu lot tanah dahulu berharga RM 30,000, maka, peserta hanya perlu membayar RM 3,000 sahaja. Walaupun mungkin kini harga satu lot tanah bernilai RM 100,000 dan nilaian premium adalah sebanyak RM 10,000.

Dalam masa yang sama, bagi mempercepatkan proses kelulusan kepada peserta terkilan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah bersetuju untuk menurunkan kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk memberi kelulusan setelah mendapat perakuan daripada Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD).

Malah, MMKN juga bersetuju melantik semula Konsortium Juruukur Tanah Berlesen (KJTB) bagi mempercepatkan proses penyelesaiaan tanah-tanah terkilan. Pejabat-pejabat Tanah turut diberi pilihan sama ada membuat pengukuran tanah oleh penolong pegawai tanah atau melantik KJTB bagi tujuan mempercepatkan pengukuran tanah RTB baharu untuk lot gantian kepada peserta terkilan.

(5)

Kita harap dengan langkah ini, akan menyelesaikan isu tanah terkilan yang telah lama menjadi polemik dalam masyarakat Terengganu.

S : Difahamkan terdapat sedikit kelewatan kelulusan permohonan, melihat perkara ini, apa puncanya ?

Sebenarnya proses kelulusan ini berada pada landasan yang betul. Namun, di sana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan antaranya, ada permohonan yang dibuat tidak lengkap menyebabkan Pejabat Tanah perlu membuat semakan dan siasatan terlebih dahulu.

Di samping itu, kita juga terpaksa mengambil masa untuk mengenalpasti tanah kerajaan yang sesuai untuk dijadikan RTB baharu bagi menggantikan lot tanah yang telah digunakan. Apatah lagi tanah kerajaan di beberapa daerah amat terhad.

Ditambah pula, proses untuk mewujudkan sesebuah RTB baharu memerlukan penelitian daripada jabatan-jabatan teknikal bagi menentukan kesesuaian tapak dan susun atur sesebuah RTB.

Pun begitu kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi menyelesaikan permasalahan kelewatan ini. Antaranya, kerajaan telah melanjutkan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2020, bagi memastikan semua dokumen dapat dilengkapkan oleh para pemohon.

Selain itu, kerjasama yang erat daripada agensi-agensi teknikal terus diperkasakan bagi mempercepatkan proses kelulusan tanah-tanah tersebut.

Bahkan, kita juga ada mencadangkan penggantian dalam bentuk Rumah Mampu Milik kepada peserta terkilan seperti mana yang dilaksanakan di RTB Tempinis dan RTB Bukit Rambutan di Mukim Jabi, Besut yang sedang dalam pembinaan sekarang.

S : Satu lagi manifesto yang berkait dengan tanah ialah memastikan Rakyat Terengganu berumur 21 tahun ke atas (yang layak) memiliki 1 lot tapak rumah, sejauh mana pelaksanaanya sekarang?

Sehingga Januari 2021, sekitar 59,000 permohonan tanah tapak rumah diterima melalui sistem

permohonan tanah secara berkomputer (eMohon). Daripada jumlah itu, 76 peratus telah disaring dan disemak manakala hampir 14,000 permohonan masih belum diselesaikan.

Selain daripada permohonan tanah tapak rumah secara individu melalui permohonan Sistem eMohon, pihak kerajaan juga mewujudkan lot-lot tapak rumah secara berkelompok melalui pewujudan RTB sedia ada dan baharu bagi tapak rumah. Sehingga kini, RTB Tapak Rumah yang telah diluluskan adalah sebanyak 15,255 lot.

S : Di Daerah Kuala Terengganu, tapak rumah yang diluluskan kepada rakyat berumur 21 tahun ke atas mencatatkan peratusan kelulusan yang sangat rendah, mengapa itu berlaku?

Ya, Tanah kerajaan di daerah Kuala Terengganu adalah agak terhad disebabkan kebanyakan tanah telah digunakan untuk Pusat Pentadbiran Negeri dan Persekutuan, pusat-pusat perniagaan dan komersil.

Kita terpaksa mencari tanah di luar daerah Kuala Terengganu untuk diberikan kepada para pemohon yang layak. Semestinya usaha ini akan mengambil masa untuk diselesaikan. In sya Allah.

S : Berapa sasaran penerima layak yang diletakkan Kerajaan Negeri?

Kita meletakkan sebanyak 8,834 lebih lot terkilan akan dapat diselesaikan dalam tempoh penggal ini. Alhadulillah setakat ini lebih kurang 50 peratus daripadanya telah diselesaikan. Manakala sebahagiannya lagi akan kita usahakan untuk diselesaikan dalam tempoh yang berbaki ini. Apatah lagi, setelah kesemua kawasan-kawasan baru bagi cadangan tapak gantian dapat dikenalpasti untuk dijadikan RTB baharu.

Manakala bagi baki permohonan untuk tapak rumah melalui Sistem eMohon, satu Pasukan Task Force secara khusus akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi penyelesaian permohonan lot tapak rumah.

S : Adakah dalam satu penggal pemerintahan ini (5 tahun) Kerajaan Negeri yakin proses pemberian lot tapak rumah ini akan diselesaikan?

Insya-Allah, dengan komitmen daripada semua pihak yang terlibat terutamanya warga pentadbiran tanah negeri dan pemegang taruh, ia dapat diselesaikan.

(6)

T

iada kata-kata yang mampu diungkapkan Minah Sulaiman, 77, melainkan perkataan syukur apabila geran tanah yang di tunggu sejak 50 tahun akhirnya dalam genggaman.

Namun katanya, rasa gembira itu diiringi hiba apabila mengenangkan arwah suaminya, Ismail Idris, yang meninggal dunia pada tahun 1996.

“Alhamdulillah, mak cik rasa syukur sangat, tapi dalam gembira tu banyak yang sedih sebab sepatutnya pak cik (arwah) yang menerimanya, bukan mak cik. Itu yang rasa sebak sebab dia yang bertungkus lumus, sepatutnya dia yang dapat tapi mak cik yang terima hari ini.

“Mak cik nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana apa yang ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan,” katanya selepas menerima geran tanah bagi daerah Hulu Terengganu yang dinafikan sebelum ini.

Sementara itu, seorang penerima Wan Hanapi Wan Su, 70, merakamkan

ucapan terima kasih kepada kerajaan Terengganu kerana mengembalikan hak beliau.

“Tahniah kepada peserta yang bersabar hingga kini. Berbanyak syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu. Peserta RTB 1999 - 2004 (terkilan) yang belum mendapat tawaran mohon kesabaran kerana bukan mudah kerajaan negeri menyelesaikan semuanya dalam tempoh yang singkat.

“Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus bekerja. Semoga dengan penyelesaian ini akan menggembirakan kembali semua pihak yang sepatutnya telah lama

berhak menerima pemberian tanah ini secara sah,” ujarnya.

Penduduk Jeram Hilir, Tepoh, Ahmad Ngah, 76, tidak menyangka impiannya untuk memiliki tanah pemberian kerajaan sejak 17 tahun lalu akhirnya tercapai.

Dia yang lebih mesra disapa sebagai Pak Mat merupakan antara penerima borang hak milik tanah daripada kerajaan negeri hasil kesabaran menunggu selama hampir dua dekad.

“Akhirnya impian saya untuk memiliki geran tanah sendiri selepas segala urusan pada pagi ini selesai, terus-terang saya merasa sangat gembira kerana sudah menunggu bagi tempoh yang lama untuk memilikinya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih khusus kepada kerajaan dan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kehendak rakyat,” katanya.

(7)
(8)

D

i sebalik kerjaya sebagai Ketua Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di

Putrajaya, Shafruddin Ali Hussin, dahulunya pernah digelar sebagai anak ‘Pasar Payang’.

Gelaran itu melekat kepada beliau kerana sifat setia membantu ayahnya, Allahyarham Ali Husin Hasnali menjual minuman dan makanan di kaki lima Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) sejak berusia 10 tahun sehingga bergelar siswazah.

Shafruddin yang gemar

membahasakan dirinya sebagai cikgu berkata, setiap pagi rutin hariannya menolong ayahnya yang berniaga menggunakan basikal roda tiga, sebelum ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 kira-kira jam 7.00 pagi.

“Begitu juga sewaktu pulang dari sekolah, rakan sebaya menuju ke rumah tetapi cikgu menghala ke Pasar Payang untuk mengambil barangan berniaga. “Tidak pernah mengeluh walaupun terpaksa berjaga seawal 5 pagi, malah berasa seronok kerana hampir semua peniaga tanpa mengira usia

menjadi kawan mungkin kerana sikap ramah cikgu,” ujarnya.

Menurut anak jati Kampung Tanjong itu, sempat mencuri masa membaca buku, majalah dan surat khabar yang

dijual di kedai buku berdekatan, dalam kesibukan membantu ayahnya.

“Saya gemar berbuat demikian kerana hobi saya adalah membaca,

“Bermula daripada tabiat membaca, wujud impian untuk memiliki kerjaya-kerjaya yang

disegani masyarakat walaupun ketika itu tidak pernah terfikir ke mana hala tuju kehidupan

yang sebenar kerana hari-hari berdepan dengan suasana orang berniaga.

“Cikgu nekad berubah selepas memperoleh keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM) pada 1984 dan bercita-cita mahu menjadi pegawai bank, pegawai

daerah dan kerjaya yang disegani lain.

“Alhamdulillah kini cita-cita itu menjadi kenyataan,

ini sesuatu yang amat bernilai buat saya

dan juga keluarga,” katanya yang memiliki

empat cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isteri tercinta Zawaiyah Mat Yatim yang juga seorang guru.

(9)

J

ika dilihat dengan mata kasar, tiada siapa menyangka di sebalik rimbunan pepohon dan celahan kediaman di Pulau Duyong, wujud sebuah perpustakaan mini diubahsuai daripada sebuah rumah tradisional yang cukup indah dan mendamaikan.

Dari luar, struktur binaan teratak klasik tempatan itu kelihatan unik dengan pelbagai ukiran, apatah lagi selepas pengunjung membuka pagar kayu dan melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu.

Mula diusahakan sejak dua tahun lalu, kutubkhanah yang diberi nama Rumah Perpustakaan Puan Rohani oleh pemiliknya, seorang warga Perancis, Christine Rohani Longuet, 77, bakal dibuka kepada umum apabila siap sepenuhnya kelak.

Mengimbau kenangan bagaimana beliau sampai ke bumi Darul Iman, Rohani berkata kira-kira 50 tahun lalu, buat pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Duyong kerana mahu menempah kapal layar bagi membolehkannya belayar mengelilingi dunia.

Namun, takdir menentukan nasibnya berkahwin dengan anak imam dan menjadi anak Pulau itu, setelah meninggalkan kampung halamannya di Paris untuk mendalami cara pembuatan bot daripada tukang yang mahir pada 1971.

Selain kecintaannya terhadap dunia pelayaran, seni bina dan pembuatan bot, Rohani turut memiliki bakat dan kemahiran dalam menulis buku.

Berbekalkan minat yang mendalam terhadap buku, ibu kepada lapan anak itu telah mendapat ilham untuk membina sebuah perpustakaan yang kini menempatkan kira-kira 5,000 buah koleksi.

“Perpustakaan ini masih dalam proses ubah suai secara berperingkat. Selepas siap sepenuhnya nanti diharap ia dapat menawarkan suatu alternatif kepada mereka yang berminat untuk menambah ilmu termasuk untuk mengadakan acara kecilan, pameran ataupun untuk perbincangan.

“Koleksi yang terdapat di Rumah Perpustakaan Puan Rohani kebanyakannya milik peribadi saya sendiri, pemberian kawan, sumbangan individu serta jabatan,” ujar beliau.

Mempunyai ijazah sarjana dalam seni bina dan kini mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam etnobotani, Rohani turut menjadikan perpustakaan tersebut sebagai tempatnya mencari ilham untuk menyiapkan tugasan.

“Bagi saya, sebagai manusia kita dikurniakan tangan untuk merasa, bukan menolak teknologi tetapi saya lebih puas membaca dengan membelek buku daripada menggunakan kemudahan internet dalam mendapatkan sesuatu maklumat,” katanya.

(10)

J

abatan Penerangan (JaPen) Terengganu melaksanakan beberapa pendekatan kreatif dalam mendidik masyarakat tentang wabak COVID-19, termasuk melakukan hebahan dengan menggunakan loghat daerah.

Pengarah JaPen, Ahmad Ammar Othman berkata, Pejabat Penerangan Daerah melalui unit bergeraknya mengusahakan program ‘Info on Wheels’ (IOW) sekurang-kurangnya 20 kali sebulan.

“Berdasarkan rekod, JaPen Terengganu sudah melaksanakan IOW sebanyak 395 kali di 3,442 lokasi dengan jangkaan pendengar adalah seramai 73,650 orang sejak diperkenalkan pada Januari tahun lalu.

“Program ini dibuat secara berterusan dengan menyasarkan lokasi tumpuan umum, termasuk kawasan bandar, pasar raya, pekan, kawasan perumahan dan juga perkampungan,” katanya kepada Warta Darul Iman.

Menyedari tanggungjawab yang dipikul JaPen sangat besar dalam situasi terkini, Ahmad Ammar berkata, pihaknya meneruskan kaedah itu kerana ia lebih mesra dan sangat berkesan dalam menarik perhatian ramai terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Sebagai contoh sekiranya Pejabat Penerangan Hulu Terengganu melakukan IOW, kakitangan bertugas akan

menggunakan pertuturan daerah tersebut dan begitu juga pejabat penerangan di daerah lain,” katanya.

Menurutnya, selain menyebarkan maklumat berhubung COVID-19, pihaknya turut menjelaskan maksud proklamasi darurat selain prosedur operasi standard (SOP), ketika berada di tempat-tempat awam dan tindakan yang perlu diambil jika terdapat ahli keluarga yang disahkan positif pandemik.

“Setakat ini kebanyakan rakyat negeri ini faham dan mempunyai kesedaran berhubung wabak COVID-19 serta tujuan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ada segelintirnya masih tidak peka,” ujarnya.

Jelas Ahmad Ammar lagi, pihaknya optimis untuk terus menyampaikan maklumat berkaitan COVID-19 dan isu-isu semasa supaya masyarakat lebih bermaklumat sekali gus berjaya memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

“Pada masa sama, melalui IOW, pihaknya turut menghebahkan maklumat mengenai bahaya dadah, promosi Tahun Melawat Kenyir, e-Cencus, bencana banjir dan pelbagai info berkaitan kerajaan negeri,” katanya.

(11)

S

yarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) menyasarkan pendapatan RM1.3 bilion pada tahun ini berbanding RM1 bilion yang direkodkan tahun sebelumnya.

Presiden dan Pengarah Eksekutif, Burhanudin Hilmi Mohamed berkata, beliau positif dengan lonjakan yang akan berlaku walaupun berhadapan dengan situasi pandemik yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Katanya, sasaran itu rasional berdasarkan perkembangan memberangsangkan yang disumbangkan bahagian perladangan.

“Sektor perladangan telah menunjukkan peningkatan kira-kira 30 peratus dan saya yakin akan terus berlaku lonjakan dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Oleh sebab itu, kita berharap bahagian perladangan agar terus mencatatkan prestasi cemerlang

sekaligus membantu sasaran pendapatan Terengganu Inc bagi 2021,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya tidak terkecuali dalam berdepan tempoh mencabar dengan bahagian

perhotelan dan penjagaan kesihatan yang mencatatkan kemerosotan lebih 50 peratus.

“Kami telah merangka pelbagai strategi bagi menjana kembali pertumbuhan anak syarikat dengan menumpukan kepada pelaburan-pelaburan yang lestari dan menguntungkan.

“Ini termasuk melaksanakan beberapa program berkaitan ‘food security’ selaras untuk menyokong Tahun Pertanian Terengganu pada tahun ini,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu juga, Terengganu Inc tidak terburu-buru

membuat sebarang pelaburan baharu dalam suasana pasca Covid-19 ini dan setiap proses itu akan melalui tapisan yang amat ketat.

Beliau menambah, pengurusan kewangan yang mantap akan memberikan syarikat subsidiari ruang, untuk bernafas ketika waktu krisis, seperti kesan daripada penularan COVID-19.

“Memiliki tunai di tangan akan menentukan sama ada dapat terus beroperasi atau sebaliknya.

“Dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, perniagaan mesti bersedia bukan sahaja untuk mengharungi krisis tetapi juga mempunyai keupayaan untuk menyelamatkan diri dan kembali stabil apabila keadaan menjadi tenang,” katanya.

(12)

M

angsa banjir di Terengganu yang mengalami kerosakan rumah dan kerugian harta benda lega derita mereka tidak berpanjangan.

Ia selepas kerajaan negeri mula menyalurkan bantuan tunai berjumlah RM6.4 juta sejak 27 Februari lalu kepada lebih 12,000 penduduk terjejas.

Menurut mangsa bah, Mohd Mat Amin, 55, kediamannya di Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, Kemaman terjejas teruk selepas kali pertama ditenggelami banjir.

“Banyak perabot dan barang-barang lain yang rosak, namun alhamdulillah dengan keprihatinan kerajaan negeri yang sentiasa memberi bantuan ia sedikit sebanyak mengurangkan beban kami.

“Bantuan barang dapur dah dapat sebelum ini daripada wakil kerajaan, sangat bersyukur dapat bantuan, boleh guna duit beli barang rumah yang rosak, tak kisah banyak ke sikit, asalkan dapat,” katanya kepada Warta Darul Iman.

Sementara itu, bagi peniaga pakaian bundle, Zainal Abidin Kamaruddin, 46, bantuan itu cukup bermakna buat keluarganya yang tinggal sehelai sepinggang selepas kediamannya terjejas akibat banjir.

“Keadaan rumah saya di Kampung Lubok Kawah mengalami beberapa kerosakan selepas banjir.

“Kerosakan itu telah dibaiki dan duit bantuan ini boleh saya gunakan untuk membeli keperluan keluarga selepas terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Bagi suri rumah, Nazawani Abdul Malek, 48, dari Taman Seri Jaya Gong Pauh, Chukai, tanpa bantuan yang diberikan itu, ia pasti membebankan apatah lagi ketika mereka masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19.

“Sudah dua bulan kami hilang sumber pendapatan, sebelum ini kami meniaga sayur-sayuran di pasar besar, tetapi selepas dua anak kami kemalangan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami hentikan dulu perniagaan itu.

“Alhamdulillah, dapat bantuan ini boleh kami baiki rumah dan buat modal meniaga selepas ini. Semua bantuan yang diberikan akan digunakan dengan sebaiknya,” katanya

(13)

I

ndividu berpendapatan rendah termasuk golongan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergrakan (PKP) lega selepas Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) bernilai RM19 juta yang diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mula diagihkan.

Seorang ibu tunggal, Gayah Muda, 63, berkata, sepanjang penguatkuasaan PKP bermula tahun lalu kewangan keluarganya terjejas teruk berikutan tidak dapat bekerja seperti biasa.

“Sebelum ini anak-anak yang membiayai keperluan saya memandangkan saya sudah tidak bekerja, tetapi dalam tempoh PKP ini, mereka juga terjejas secara tidak langsung menyebabkan kehidupan harian tidak seperti biasa.

“Ditambah pula saya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, sudah tentu memerlukan sedikit kos untuk rawatan.

“Syukur alhamdulillah dapat bantuan ‘one-off’ RM100, harap dapatlah menampung beban saya dan anak-anak, sebelum ini pun saya ada menerima bantuan lain,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Zulfatah Mohd Noor, 23, yang bekerja sebagai mekanik mengatakan agihan BERKAT kepada golongan sasar adalah tepat berikutan rakyat sepertinya tidak lagi mampu bertahan lama jika tiada bantuan kewangan.

Katanya, pendapatan yang diperolehi sepanjang pelaksanaan PKP sangat sedikit kerana tidak ramai yang menghantar motor untuk dibaiki memandangkan pergerakan orang ramai dihadkan.

“Saya menunggu pelanggan yang tak pasti, selepas tiga empat hari baru ada seorang pelanggan. Syukur dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas agihan BERKAT, selain saya dua lagi adik beradik saya turut menerima bantuan ini,” katanya.

Bagi Imam Masjid Nur Bakti, Muhammad Hamizan Hamzah, 23, dia yang tidak menyangka terpilih untuk

menerima BERKAT walaupun turut mengalami kemerosotan pendapatan.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan nama saya tersenarai dalam senarai penerima bantuan one-off, memang saya terkena tempias PKP, namun saya masih muda serta bujang jadi saya merasakan tidak layak, tetapi sebaliknya, terima kasih kerajaan.

“Sepanjang PKP, saya ada melakukan perniagaan secara atas talian secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan diri dan ibu bapa,” jelasnya.

Februari lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan tujuh insentif BERKAT, antaranya bakul makanan kepada sekitar 81,000 asnaf, ‘one-off’ RM100 kepada 48,000 individu terjejas pekerjaan dan bantuan ‘top up’ internet sebanyak RM100 kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2,500.

“Selain itu, kita juga akan membekalkan 1,600 tablet untuk pelajar-pelajar miskin, yang akan disalurkan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (GLC).

“Di samping sumbangan khas sebanyak RM300 hingga RM400 seorang kepada penggiat pelancongan, termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (‘imbound’ sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi ‘airport’.

“Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu turut menerima pengecualian Cukai Taksiran bagi tahun 2020,” jelasnya.

(14)

Penemuan ini membuktikan keluasan

perdagangan dan hubungan semenanjung Tanah

Melayu terutama negeri Terengganu dengan

ketamadunan luar di Asia.

Secara khususnya, penemuan tersebut telah

memberi sumbangan yang sangat penting

khususnya kepada perkembangan zaman Logam

di Malaysia. Berdasarkan lakaran motif dan pola

hiasan yang dipaparkan pada timpanum dan

bahagian badan gendang gangsa yang ditemui,

jelas menunjukkan ia bukan produk tempatan

sebaliknya ia adalah barangan yang diimport dari

luar.

Bentuk fizikal dan pola hiasannya turut

menunjukkan ia tergolong dalam kategori HegerI

iaitu merupakan jenis gendang gangsa terawal

yang banyak ditemui di kawasan Dongson.

Sayangnya, kebanyakan gendang gangsa

dijumpai secara tidak sengaja menyebabkan

banyak data-data penting berkaitan penemuan

tersebut tidak berjaya direkodkan secara

sempurna.

Hasil arkeologi juga menunjukkan kemungkinan

lokasi penemuan di Terengganu memainkan

peranan sebagai pusat pengumpulan bahan

mentah yang diperolehi dari kawasan pedalaman

seperti hasil-hasil hutan antaranya damar, rotan,

kayu jati, kayu cengal, kayu gaharu, emas, bijih

besi, bijih timah dan emas.

Bahan-bahan mentah ini kemudiannya ditukarkan

dengan barangan gangsa dari tanah besar Asia

kerana kajian ahli-ahli arkeologi jelas menunjukkan

bahawa kemunculan gendang gangsa di rantau

ini adalah berkait rapat dengan kemudahan

mendapat bekalan sumber bahan mentah.

Ini membuktikan betapa pentingnya Terengganu

dalam perkembangan aktiviti perdagangan

purba.

(15)

“Sebuah perkahwinan mampu menjadi bahagia dengan nilai tambah kematangan. Suami atau isteri yang matang adalah orang yang pandai menghargai pasangannya waimma dalam sekecil-kecil perkara yang mendatangkan manfaat buat kedua-duanya,” ujar Kak Teh.

Begitulah perkongsian ‘Kak Teh’, susuk tubuh yang berasa bertanggungjawab mendekati wanita khususnya di Terengganu. Sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita kepada Menteri Besar, Kak Teh atau nama sebenarnya, Khairiah Mokti, ditinjau Warta Darul Iman bagi mengulas isu keruntuhan rumah tangga.

Pesan beliau, jangan ulangi sembilan punca retaknya sebuah rumah tangga yang hampir saban hari berlaku.

Antaranya termasuklah akibat kurang persefahaman antara pasangan.

“Suami atau isteri yang baik adalah mereka yang cuba memahami pasangannya. Jika masing-masing tak faham apa yang pasangan mereka suka dan tidak suka, kita tidak akan cuba menjadi yang terbaik, lalu berlakulah ketidakadilan dan hukum menghukum sesama pasangan.

“Sifat panas baran dan ego juga menjadi faktor utama perceraian selain kegawatan ekonomi semasa. Bayangkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja, berlaku peningkatan angka perceraian. Ini kerana keadaan ekonomi yang mendesak pada ketika itu.

“Namun apa jua keadaan yang berlaku, suamilah terutamanya perlu hadapi ujian dengan tenang dan jangan sesekali melemparkan kemarahan pada isteri dan anak-anak di rumah. Kita usaha sebaik mungkin mencari solusi bersama pasangan, barulah tawakkal kepadaNya.

“Seterusnya, pasangan yang bercerai adalah akibat penderaan dalam rumah tangga. Keganasan adalah suatu perkara yang tidak boleh dikompromi terutama melibatkan mangsa iaitu isteri dan anak-anak. Bersabar dan berfikirlah dahulu kesan setiap tindak tanduk kita,” tegasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Kemudian, punca retaknya sebuah ‘masjid’ yang dibina adalah kerana terlampau mengikut nafsu, pendedahan video porno, makan ubat-ubatan berlebihan yang mengakibatkan penderaan seksual kepada isteri.

“Yang keenam dan paling utama adalah berpunca daripada kurangnya pendidikan agama. Suami atau isteri yang curang melakukan dosa dan menzalimi pasangannya. Justeru menjadi tanggungjawab setiap orang lebih-lebih lagi seorang suami atau isteri untuk mendalami agama dan mengamalkannya.

“Yang ketujuh, kurang komunikasi juga adalah punca keruntuhan rumah tangga. Jangan takut untuk berkongsi dan berbincang. Suami jangan sekat hak isteri untuk bersuara demi kebaikan bersama, isteri dengarlah apa yang suami luahkan.

“Rata-rata suami khususnya susah menghargai pasangan. Akibatnya lama kelamaan isteri makan hati dengan usaha dan pengorbanan mereka yang tidak dihargai. Besar makna ‘terima kasih’ daripada kalian bagi seorang isteri.

“Apa salahnya kita tunjukkan penghargaan walaupun sekecil-kecil perkara, percayalah mereka akan berasa sangat dihargai dan bertambah kasih sayang dan

pengikat dalam hubungan. Dan yang kesembilan, perceraian berpunca daripada sifat pasangan yang tidak bertanggungjawab.

“Dalam bab nafkah umpamanya, nafkah tetap atas suami. Suami boleh minta sedikit bantuan isteri (yang bergaji) untuk ringankan beban, tapi minta dengan baik, jangan paksa dan letak beban atas isteri kalian. Suami nak rezeki berkat perlu redha ibu dan isteri.

“Suami perlu ingat isterilah insan yang selama ini sanggup hidup susah dari dahulu, menjadi pendamping setia dalam hidup kalian membesarkan anak-anak, berkorban bermacam-macam,” katanya rendah diri.

Dalam pada itu, tambah Khairiah, kerajaan negeri sehingga kini menyediakan khidmat-khidmat kaunseling, menyediakan pelbagai program melalui platform-platform sedia ada bagi membangunkan wanita Terengganu menjadi wanita yang mandiri.

(16)
(17)
(18)

M

eskipun berbeza kaum, masyarakat Cina dan Melayu di Kampung Pulai Baru, Kuala Nerus, mampu ‘berkongsi’ hidup aman dan damai selama lebih 60 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung tersebut, Lai Liang Qing menyifatkan

silaturahim dalam kalangan komunitinya dengan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berjaya mengekalkan perpaduan yang dibina.

“Pihak pejabat DUN sentiasa bermesyuarat dan mengadakan kerjasama berterusan dengan orang kampung kami, meminta pandangan dan cadangan secara terbuka di samping pengagihan bantuan

barangan dapur kepada golongan B40 dalam kampung ini.

“Contohnya, mereka turun padang dan meminta cadangan dan mengagihkan bantuan peruntukan untuk penganjuran sambutan program kemasyarakatan manakala JPKK mengerahkan tenaga

bergotong-royong dan mengajak komuniti kampung Melayu sekeliling untuk turut serta.

“Hasilnya, seperti sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan sebagainya amat meriah, ia dihadiri warga Cina dan masyarakat Melayu dari Kampung Padang Hangus dan Kampung Padang Baru sebagai simbolik dalam meneruskan

perpaduan antara komuniti Cina dan Melayu,” katanya ketika ditemubual Warta Darul Iman.

Tambah Liang Qing, aktiviti ziarah dan kenduri yang diadakan oleh orang Melayu di kawasan itu juga sering dihadiri warga Cina.

“Warga emas Melayu dari kampung lain masih mengenali saya dan orang di sini, dan setiap majlis perkahwinan mereka akan jemput antara satu sama lain, jadi pertalian seakan persaudaraan sentiasa rapat,” katanya lagi.

Di samping itu, Liang Qing turut menceritakan, kerjasama erat terjalin dengan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran G Krishnan dan Majlis Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dalam kerja pemantauan kesiapsiagaan kampung semasa musim banjir.

“Wakil pihak kerajaan seperti mereka sentiasa cakna terhadap kampung kita, walaupun hanya tiga rumah terkesan akibat banjir, namun pantauan tidak putus,” jelasnya

(19)
(20)
(21)

D

i sebalik tersergam indah bangunan Hotel Permai, Batu Burok, Kuala Terengganu, terselit Warung Satey Chikeng Mamamia milik Muslie Yusof yang sudah beroperasi lebih 23 tahun.

Menyajikan lebih 20 menu sarapan pagi seperti roti canai, sate ayam, sate daging serta pelbagai jenis nasi termasuk menu tradisional Terengganu iaitu nasi dagang dan keropok lekor.

Menu terbaru, roti canai john yang diinovasikan daripada roti john dan roti canai kosong menjadi tarikan baharu pelanggan terutama peminat roti canai.

Muslie berkata, hampir 70 peratus pelanggan Warung Satey Chikeng Mamamia adalah daripada kalangan mereka yang bekerja dan ada juga pengunjung dari luar Terengganu.

“Rata-rata mereka mengakui gemar berkunjung ke sini kerana boleh memilih pelbagai menu mengikuti cita rasa masing-masing, selain mahu menikmati suasana kedai ala-ala kampung walaupun berada di tengah-tengah bandar raya.

“Selain sajian layan diri, saya turut menyediakan perkhidmatan

penghantaran makanan di kawasan berdekatan termasuk sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu, Kuala Ibai dan Chendering,”katanya yang dibantu tujuh orang pekerja.

(22)

B

ukit Besar in Kuala Terengganu is usually known as a jogging or hiking spot for locals. However, to a group of youngsters from Kelab Kole Ganu Crawler (KGC), it is a heaven for extreme four-wheel action (4x4).

Do not be fooled by its size, these 1/10 scale RC Crawlers are battery-powered mean machines, capable of tumbling through rain, jungle trek and muddied hills.

This group of 10 men aged around twenty to thirty years old utilise their all as their manoeuvring skills

behind the wheel of the remote control are tested when up against the 70-degree hill climb.

One of the members of KGC, Hadi Syafiq, 33, said, the outdoor activity is not just a hobby, it is a combination of precision handling of the miniature vehicle with the physical workout of hiking.

“For instance, today we reached the top of Bukit Besar (800 meters above sea level). Not only did we had fun navigating the steep hills but physically we felt great too,” said the bundle seller.

These 4x4 are the spitting image of their larger counterparts from famous off-road brands such as Range Rover, Land Rover and Ford Bronco, with an estimated price of at least RM2000 a unit.

Meanwhile, Hadi explains,” My 1/10th scale Ford Bronco was modified in terms of performance and cosmetics to make it as close as a real outdoor vehicle, we also share and trade parts amongst ourselves.

“It is worth every cent because of its durability and not needing constant tweaking, just pick up and play.

Hadi and his club mates would often go hiking with their rigs during the weekend holidays after Zuhur (1.30 p.m) at Bukit Besar.

“If we want a more casual ‘driving’, we often go to Batu Buruk or Bukit Payung, the most hardcore track of all is a rocky trail at Bukit Tepu which we usually go at Sundays or Tuesdays after Asar,” said the club member.

(23)

P

ersatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu (Khairunnisa’) sedia membantu wanita untuk lebih berdaya saing dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Pengerusinya, To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman berkata, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Khairunnisa’ mempunyai beberapa projek besar yang telah, sedang dan dalam perancangan untuk direalisasikan bagi memperkasakan kaum hawa di negeri ini.

Mesra disapa sebagai Kak Zah, isteri kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu berkata, program pertanian bandar dan konsep fertigasi antara yang telah berjaya membuahkan hasil.

“Fertigasi dan pertanian bandar bukanlah perkara baru bagi Kak Zah, kerana sebelum suami dilantik sebagai pemimpin, aktiviti ini telah dilakukan secara kecil-kecilan, namun apabila menetap di sini Kak Zah dapati kaedah berkenaan kurang popular di Terengganu.

“Alhamdulillah, kini pertanian bandar yang cuba disemarakkan oleh Khairunnisa’ sejak dua tahun lalu semakin menjadi ikutan dalam kalangan komuniti.

“Begitu juga dengan tanaman cili secara fertigasi di Kampung Mengabang Lekor, telah membawa pulangan lumayan hanya selepas beberapa bulan diusahakan,” ujarnya.

Katanya, Khairunnisa’ juga sedang giat memperkenalkan program jemari emas dalam usaha membantu masyarakat untuk menjana pendapatan melalui jahitan dan seni kraf.

“Setakat ini, Kak Zah sendiri yang menjadi tenaga pengajar dan kami telah mengadakan kelas jahitan di beberapa parlimen seperti Besut, Setiu serta Kuala Nerus dan sasaran kami adalah untuk turun ke semua parlimen dan dun Negeri Terengganu,” ujarnya.

Selain itu katanya, Kharunnisa’ juga merancang untuk mengadakan projek mamogram bergerak dengan kerjasama doktor pakar dalam memberikan khidmat saringan dan kesedaran mengenai kanser payudara kepada golongan wanita.

Mengakhiri perbualan, Kak Zah mengharapkan wanita Terengganu berupaya menjadi penyumbang kepada segala sektor sekali gus mencapai hasrat Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.

(24)

K

etibaan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech ke bumi Malaysia, baru-baru ini sekali lagi mengundang polemik tentang keperluan masyarakat untuk menggunakannya bagi mengelakkan penularan pandemik yang melanda dunia itu.

Sebahagian berpendapat bahawa lebih baik mengelakkan penggunaan vaksin kerana diragui bakal

menimbulkan kesan yang lebih memudaratkan kepada penggunanya.

Bukan itu sahaja, pasca Covid-19 ini turut diambil kesempatan kumpulan anti vaksin menyebarkan ideologi mereka.

Kekeliruan ini berpunca dari maklumat melalui internet yang disebarkan oleh sesetengah pihak yang menentang segala bentuk ubatan moden.

Pemberian vaksin sebenarnya merupakan salah satu cara

pencegahan penyakit dan termasuk dalam pembangunan komuniti atau masyarakat.

Setiap ubat yang bermanfaat adalah diiktiraf oleh Islam, tidak terbatas kepada apa yang disebut dalam hadis sahaja. Masih ramai dalam kalangan masyarakat umum tidak mendapat maklumat tepat mengenai keperluan mengambil vaksin.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember lalu mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus.

Bahkan, dalam mesyuarat berkenaan turut ditetapkan, ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan seperti pasukan barisan hadapan dan mereka yang berisiko.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan, menyarankan seluruh rakyat Malaysia terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam

menangani penularan pandemik Covid-19 menerusi penggunaan vaksin.

Saranan ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila kalian dengar berlakunya taun di suatu tempat, maka janganlah kalian mendatangi tempat itu. Dan jika itu berlaku di suatu tempat sedangkan kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu lari keluar daripadanya.”

Hadis berkenaan digunakan oleh Saidina Umar al-Khattab bagi menyokong polisi kuarantin untuk mengekang penyebaran wabak taun Amawasy yang mengorbankan banyak nyawa pada zaman

pemerintahannya.

Berdasarkan hujah tersebut, pihak berkuasa berhak memerintahkan rakyat untuk menerima vaksin bagi diri dan anak-anak mereka, dengan kos yang ditanggung oleh pihak berkuasa.

Ia sebagai mengekang penyebaran penyakit berjangkit yang berlaku dan mereka boleh dihukum dengan ta`zir sekiranya enggan.

Hakikatnya, kaedah pencegahan melalui pevaksinan telah

dilaksanakan kerajaan sejak tahun 1950 lagi dan berjaya menurunkan kes kematian kanak-kanak sebanyak 85 peratus bagi diantara tahun 1970-2000.

Dr. Zulkifli sendiri menyatakan, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

Jelasnya, ini dapat dilihat dalam enam keputusan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia daripada 1988 hingga 2013.

Katanya, enam keputusan yang mengharuskan penggunaan vaksin ialah berkaitan pelalian Rubela; imunisasi hepatitis B; imunisasi campak, tuberculosis, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio; pelalian vaksin meningococcal meningitis; vaksin Human Papillomavirus (HPV) dan vaksin Meningitis Menveo.

Malah, institusi fatwa dunia turut memfatwakan keharusan penggunaan vaksin, antaranya institusi terkemuka al-Azhar al-Sharif; Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu; dan Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah Amerika Syarikat.

Tuntasnya, pengambilan vaksin Covid-19 adalah ketetapan oleh kerajaan setelah menimbang tara pelbagai faktor serta mendapatkan pandangan daripada pihak yang berautoriti.

(25)

L

eptospirosis ialah sejenis

penyakit yang berjangkit

daripada haiwan kepada

manusia (penyakit zoonosis).

Penyakit ini disebabkan oleh

bakteria Leptospira.

Bakteria ini terdapat di dalam

air kencing haiwan yang

terjangkit seperti tikus, kucing,

anjing, lembu, kambing, babi,

kuda dan haiwan liar yang lain.

Manusia boleh dijangkiti

apabila terdedah kepada

air, makanan atau tanah

lembab yang dicemari

dengan air kencing haiwan

yang mengandungi bakteria

Leptospira.

Bakteria Leptospira juga

boleh memasuki tubuh manusia

melalui luka atau kudis di kulit

dan lapisan mukosa seperti

selaput mata dan lapisan

dalam mulut.

(26)

D

engan impak kritikal pandemik COVID-19 terhadap sektor pekerjaan, Kolej Kemahiran Yayasan Terengganu (KKYT) meneruskan kejayaan 80 peratus kebolehpasaran pelatihnya menerusi pelbagai program jangka pendek dan panjang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Razki Alias berkata, institusi tersebut berjaya mengekalkan momentum melalui program ‘rigger scaffolder’ yang melahirkan 40 pelatih berkemahiran tinggi.

“Kesemua peserta telah mendapat penempatan kerja 100 peratus di syarikat minyak dan gas seperti Dinamik, Sapura, Dialog dan lain-lain lagi di kawasan perindustrian daerah Dungun hingga ke Perak.

“Usaha ini sejajar dengan misi KKYT dalam membangunkan program-program latihan yang baru dan sesuai dengan kehendak dan permintaan pelanggan serta pasaran.

“Program seperti ini direalisasikan oleh kerajaan negeri yang telah membelanjakan RM498,000 atau RM12,450 bagi setiap peserta yang mengikuti kursus kemahiran itu selama enam bulan serta elaun RM150 sebulan,” katanya.

Tambah Mohd Razki, tiga program jangka masa pendek khusus buat golongan B40 dan ibu tunggal, telah dijalankan.

Jelasnya, inisiatif itu di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

“Program tersebut bagi bantuan sara hidup melalui pembinaan kemahiran melalui kursus bakeri, gubahan bunga dan persolekan disertai 25 orang bagi setiap kursus, permintaan banyak tetapi terpaksa dibataskan akibat COVID-19,” tambah beliau.

Berbincang tentang perancangan KKYT pada tahun hadapan, beliau berkata, program bidang pengurusan masjid sedang berjalan.

“Ini memberi peluang kepada pelajar lepasan pendidikan agama dan pondok menceburi bidang teknikal dan urus tadbir masjid.

“Program itu turut memfokuskan kemahiran komputer, menerapkan

skil pemfailan masjid dalam sistem, kini sudah 60 peratus siap untuk kelulusan dan dibawa ke peringkat Jabatan Pembangunan Kemahiran dan jangkaan pelancaran pada pertengahan tahun 2021.

“Dua program jangka masa pendek akan datang seperti sambungan program B40 melibatkan bidang pelancongan manakala usaha melahirkan tenaga kerja teknikal dalam kalangan pengajian pondok juga akan ditumpukan,” tambah beliau.

Sejak penubuhan KKYT pada tahun 2002, seramai lebih 1200 orang pelatih Sijil & DKM dilahirkan dalam bidang Pengurusan Pejabat, Sistem Komputer & Operasi Latihan Vokasional (VTO) di mana 80 peratus telah mengisi posisi di pelbagai organisasi kerajaan dan swasta.

(27)

M

enjadi pesawah bukanlah kerjaya pilihan bagi kebanyakan golongan muda kerana memerlukan mereka bermain lumpur, terdedah kepada cahaya terik matahari selain ada yang beranggapan tidak menjanjikan pendapatan lumayan.

Namun, petani muda di Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu berjaya membuktikan sebaliknya apabila mampu meraih pendapatan kira-kira RM50,000 semusim.

Abdul Mu’min Abdul Wahab, 26, mengakui untuk meraih pendapatan yang agak lumayan bukannya mudah dan memerlukan usaha gigih.

“Tanaman padi yang saya usahakan ini

adalah warisan turun temurun keluarga bermula daripada datuk, ayah, abang dan kini saya ambil alih.

“Sejak kecil lagi, sawah padi memang sebati dengan diri saya memandangkan selalu turun membantu keluarga, akhirnya minat kepada dunia pertanian sebati dalam jiwa ini.

“Disebabkan minat yang begitu mendalam, saya nekad untuk serius jadi pesawah bermula tahun 2012 dan alhamdulillah saya kini mampu mengusahakan tanaman padi di atas tanah seluas 30 ekar yang disewa daripada penduduk kampung dengan bantuan dua pekerja,” kata anak bongsu daripada 12 beradik itu.

Ketika ditanya resepi kejayaannya, lepasan Maahad Darul Quran Rusila, Marang itu berkata, dia tidak pernah berputus asa dan tidak kisah perlu bekerja sehingga lewat malam walaupun tanpa cuti.

Kata Abdul Mu’min, setiap hari bermula pukul 8 pagi dia akan meronda di kawasan sawah untuk melihat perkembangan pokok padi sehinggalah ke waktu petang.

“Pada sebelah malam pula, dua atau tiga kali saya akan ke sawah untuk menghalau

haiwan perosak seperti burung. “Pengalaman sejak berusia 17

tahun menyebabkan saya sangat prihatin dengan keadaan

sawah dan pokok padi, malah sentiasa bersedia

memberikan khidmat nasihat kepada pesawah lain untuk

meningkatkan hasil padi mereka terutama berkaitan sukatan penggunaan baja dan racun yang betul,” katanya.

Katanya, beliau merupakan salah seorang daripada 16 petani aktif yang sedang mengusahakan ‘bendang’ di kawasan Kampung Kubang Tangga dan Kampung Sungai Rengas berjumlah keseluruhannya seluas 140 ekar.

Jelasnya, dia turut bercadang untuk mengusahakan lebih banyak sawah pada masa akan datang dan selalu mengikuti kursus berkaitan yang dianjurkan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu untuk menambah ilmu.

“Cuma masalah yang saya hadapi adalah kekangan tanah disebabkan saya sewa daripada orang dan bila-bila masa sahaja boleh diambil, ditambah dengan banyak tanah sawah yang kini dijadikan tapak rumah,” ujarnya.

Oleh itu, beliau amat berbesar hati sekiranya kerajaan memberikan peluang kepada anak muda sepertinya mengusahakan tanah-tanah sawah terbiar yang ada di negeri ini.

Tambahnya, sektor pertanian berpotensi sekiranya dibangunkan dalam skala besar selain berupaya memberi pulangan lumayan.

“Kerjaya ini ada masa depan jika dilakukan bersungguh-sungguh, saya nasihatkan anak muda ceburi dahulu bidang ini, baru tahu susah senang petani. Sekarang pendapatan lumayan, bukan macam dulu,” ujarnya.

(28)

M

embantu dan menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan miskin, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menjadi keutamaan kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhammad.

Kata beliau, ziarah secara berkala sentiasa dijalankan dan ia menjadi medan terbaik untuknya menemui rakyat dan meninjau keadaan mereka.

“Terbaru, sempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, saya bersama pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN menyumbangkan sebuah kerusi roda elektrik kepada Kamariah Abdul Ghani.

“Pemberian yang tidak seberapa itu adalah sebagai penghargaan kepada kegigihan Mak Cik Kamariah. Beliau layak diangkat sebagai ikon wanita yang cekal menyara hidup walau bergelar seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

“Beliau memegang prinsip berusaha dengan kudrat yang ada tanpa meminta-minta. Pergantungan yang sebenar hanyalah kepada Allah yang Maha Kaya,” katanya ketika ditemui Warta Darul Iman, baru-baru ini.

Katanya, Kamariah, 56, dari Kampung Ladang Titian di sini yang sudah lebih 30 tahun berjuang mencari rezeki sebagai penjaja kecil di Pasar Kedai Payang.

“Walau tanpa kedua belah tangan dan kaki, Kamariah tetap cekal berusaha memperjuangkan nasib hidup tanpa bergantung kepada insan lain.

Sementara itu, menurut Kamariah, dia gembira dengan pemberian itu kerana kerusi roda tersebut akan memudahkan urusannya untuk berulang alik dari rumah ke pasar untuk berniaga.

“Kerusi roda tersebut menggantikan yang sedia ada kerana sudah mengalami kerosakan.

“Sejak usia 25 tahun, saya berazam untuk berusaha mencari duit poket sendiri walau ketika itu arwah mak tidak berapa yakin kerana fizikal saya begini. Awalnya saya membantu arwah mak menjual ubat.

“Tak lama kemudian saya berkenalan dengan Datin Hajjah Ramlah, isteri Imam Masjid Putih ketika itu. Dialah yang banyak membantu saya dapatkan modal untuk menjual kuih-muih,” ujarnya.

(29)

K

eputusan kerajaan

membenarkan aktiviti dan latihan sukan berpusat dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi lebih kelegaan kepada para atlet.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya berkata, kelulusan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat itu, pasti membangkitkan kembali semangat ahli sukan selepas terlalu lama berlatih tanpa sistem, tidak konsisten dan kurang berkesan.

Katanya, perkara itu sekali gus mampu mengekalkan skil dan prestasi cemerlang atlet Terengganu di pelbagai peringkat.

“Sebagai warga sukan, kami percaya bahawa industri sukan akan tetap menyokong usaha kerajaan dan kita semua untuk terus memerangi COVID-19 dan dalam masa yang sama terus kekal sebagai masyarakat

Malaysia yang aktif dan cergas.

“MSNT akan memastikan amalan-amalan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 menjadi keutamaan dalam menghidupkan semula industri sukan tanah air dan setiap berkaitan sukan dan rekreasi yang dikeluarkan oleh KBS akan dipatuhi sepenuhnya terutamanya ketika latihan.

“Saya juga berharap atlet dapat meneruskan latihan selepas ini, patuhi semua SOP sepanjang berada di gelanggang latihan. Guna pelitup muka, jarak sosial dan kerap guna pencuci tangan pembasmi kuman,” katanya kepada Warta Darul Iman.

Sementara itu, menurut Ketua Bahagian Teknologi Sukan MSNT, Afiqi Afendi, sejak PKP kali pertama pada Mac tahun lalu, pihak MSNT telah melaksanakan kaedah latihan secara dalam talian namun berdepan cabaran dalam memastikan atlet-atlet negeri itu kekal cergas dan bersedia

“Kita sedia maklum, cabarannya sama seperti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di mana tidak semua atlet tinggal di kawasan yang ada akses internet yang

baik, ada yang duduk di pedalaman dan ada juga daripada keluarga yang susah serta tidak mampu untuk melanggan data yang banyak. Bagi yang tidak dapat bersama secara ‘live’, kita berikan program untuk diikuti dari masa ke masa.

“Latihan kita juga ada tiga kategori iaitu teknikal, taktikal dan fizikal. Bagaimanapun setakat ini, kita hanya dapat pantau secara langsung dari segi latihan fizikal sahaja. Tetapi, ia juga terhad kerana tidak semua rumah ada ruang yang sesuai untuk sesi latihan.

“Cuma, apa yang penting mereka dapat sentiasa bersedia supaya boleh meneruskan latihan apabila PKP tamat nanti,” katanya.

Tambahnya, latihan dari segi taktikal dan teknikal agak bermasalah kerana memerlukan peralatan tertentu dan sesi bersemuka.

“Setakat ini, kita jalankan kaedah ‘online monitoring’ serta ‘online training’ menggunakan aplikasi Google Zoom secara live bersama atlet-atlet dan jurulatih sepanjang PKP, selebihnya melalui video latihan

daripada atlet sendiri sebagaimana yang dilakukan atlet-atlet pada peringkat dunia,” katanya.

Justeru jelasnya, pembukaan sektor sukan dengan SOP ketat dalam program Gelembung Sukan merupakan khabar gembira buat semua penggiat sukan.

(30)

D

alam membina generasi mahir teknologi selaras Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), kerjasama TD1303 dan Jazari Robot (JAZRO) Robotic Academy bagi mewujudkan Akademi Robotik TD1303 X Jazari Robot (JAZRO) dilihat mampu memaksimumkan hasrat itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, selaras dengan agenda kementeriannya, pelbagai peringkat daripada kanak-kanak sehingga golongan belia boleh memanfaatkan fasiliti itu dalam meningkatkan penguasaan teknologi mereka.

“Produktiviti yang efisien dapat diwujudkan dalam pelbagai sektor melalui pendidikan robotik.

“Ini dapat dilihat hasil pandemik COVID-19, menyebabkan Malaysia mempercepatkan penguasaan dan penggunaan teknologi sebegini dalam pelbagai sektor.

“Contohnya, Robot Farm Assist Robot for Multi Operation (FARMO) yang diperkenalkan dalam sektor pertanian menambah baik kerja-kerja penyemburan racun, baja dan memetik buah-buahan,” katanya.

Akademi Robotik TD1303 X JAZRO dilancarkan di TD1303 yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri yang juga Pengerusi TD1303, Ariffin Deraman dan Ketua Pengurus JAZRO Robotic Academy, Ir Dzulfarqeish Zainuddin.

Program terbaru itu melibatkan antara 40 hingga 50 pelajar sebulan dengan penyertaan pelajar berusia seawal lima tahun sehingga 17 tahun.

JAZRO Robotic Academy yang berkecimpung dalam bidang tersebut komited berkongsi kemahiran dan pengalaman teknologi bagi memastikan generasi muda Terengganu tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital global.

Lebih menarik, modul disediakan bukan sahaja menekankan kemahiran teknologi semata-mata, malahan menyelitkan elemen pembentukan sahsiah melalui modul al-Jazari berteraskan nilai-nilai murni Islam.

Kewujudan akademi berkenaan diharap dapat memberikan lebih nilai kepada pembentukan generasi hijau Terengganu dalam membangunkan pemikiran inovatif dan kreatif aras tinggi di kalangan masyarakat.

(31)
(32)

Referensi

Dokumen terkait

Dari pendapat para ahli diatas dapat disimpulkan bahwa keterampilan proses sains untuk anak usia dini yang dimaksud dalam penulisan ini merupakan keterampilan anak dalam

KAJIAN HABITAT DAN POPULASI PASAK BUMI (Eurycoma longifolia Jack) DI BLOK BARAT KAWASAN HUTAN KONSERVASI PT SABHANTARA RAWI SENTOSA, KUTAI TIMUR, KALIMANTAN TIMUR.. Habitat

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian pakan konsentrat komersial pada produksi dan kadar lemak susu dibandingkan ampas tahu, pengaruh periode

Ini benar kerana, jika kita meneliti sejarah kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu, kita dapati bahawa asas kepada kejayaan umat Islam yang terdahulu adalah beristiqamah

Untuk menjaga tekanan akhir pipa di seluruh daerah layanan, pada titik awal distribusi diperlukan tekanan yang lebih tinggi untuk mengatasi kehilangan tekanan

• Mengelompokkan gambar  anak gemuk dan anak kurus, gambar anak berambut keriting. KEGIATAN AWAL ± 30 MENIT (

Pada masa yang sama, mahasiswa/i juga telah bersetuju untuk mengutip derma untuk melancarkan aktiviti dalam program ini di samping memberi sumbangan kepada Rumah

Permohonan yang telah diperakui oleh Mesyuarat Majlis Penuh akan dikemukakan kepada Datuk Bandar bagi kelulusan kebenaran merancang oleh Datuk Bandar selaku pihakberkuasa perancang