• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA: AKTIVITI BERDASARKAN KONTRAK PEMBELAJARAN TAJUK: PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA: AKTIVITI BERDASARKAN KONTRAK PEMBELAJARAN TAJUK: PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA:

AKTIVITI BERDASARKAN KONTRAK PEMBELAJARAN

TAJUK:

PROGRAM AMAL TAUTAN KASIH

TARIKH:

26 APRIL 2014

TEMPAT:

RUMAH AMAL ANAK YATIM YPIN, SUNGAI MANGGIS, BANTING, SELANGOR

ANJURAN:

KUMPULAN PEMBANGUNAN DIRI SET 27

TEMA:

'' DI SINI, KASIH TERCIPTA ''

(2)

1.0 TUJUAN

Program ini bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa/i dengan masyarakat sekeliling yang kurang bernasib baik terutamanya anak-anak yatim yang telah kehilangan ibubapa. Program ini juga bertujuan untuk memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli Kumpulan 4 Pembangunan Diri II Set 27 ini. Program yang dicadangkan ialah :

 Khidmat Masyarakat

Program khidmat masyarakat ini melibatkan aktiviti melawat ke rumah anak-anak yatim selama satu hari, sukaneka, beramah mesra dan berinteraksi antara ahli Kumpulan 4 Pembangunan Diri Set 27 dengan penghuni di Rumah Amal Anak Yatim YPIN ini.

Menerusi aktiviti yang dijalankan, mahasiswa/i dapat melahirkan semangat cinta kepada masyarakat serta memupuk sifat kepimpinan. Pada masa yang sama, mahasiswa/i juga telah bersetuju untuk mengutip derma untuk melancarkan aktiviti dalam program ini di samping memberi sumbangan kepada Rumah Amal Anak Yatim YPIN. Sebagai wacana, diharap pihak terlibat dapat memberikan kelulusan kepada kami untuk menjalankan program ini seperti yang dirancang.

2.0 PENGENALAN

2.1 Program khidmat masyarakat ini diwujudkan untuk mendidik mahasiswa/i

agar lebih peka kepada keadaan masyarakat di sekeliling serta

melahirkan sifat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa/i. Dalam pada

masa yang sama semangat kerja berpasukan dalam kalangan

mahasiswa/i dapat dipupuk selain mengeratkan lagi hubungan antara ahli

Kumpulan 4 Pembangunan Diri Set 27.

(3)

2.2 Kami memilih Rumah Amal Anak Yatim YPIN ini kerana ia terdiri daripada anak-anak yatim yang memerlukan perhatian daripada masyarakat sekeliling seperti mahsaiswa/i. Oleh itu, cara yang paling baik adalah dengan meluangkan sedikit masa bersama mereka sekaligus memberi bantuan dari segi sumbangan dana dan barang keperluan untuk kegunaan dan kemudahan mereka sendiri.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mempraktikkan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan mahasisiwa/i agar lebih berkeyakinan diri sebagai persediaan menghadapi realiti masa hadapan.

3.2 Meningkatkan daya intelektual dalam diri mahasiswa/i dengan memahirkan pemikiran kritis dan penyelesaian masalah sewaktu perancangan dan pelaksanaan program.

3.3 Melahirkan mahasiswa/i yang berkepimpinan tinggi sebagai generasi pelapis yang bakal meneraju negara melalui pemegangan jawatan dalam program yang dapat membentuk sifat amanah dan bertanggungjawab.

3.4 Melatih mahasiswa/i melaksanakan pengurusan maklumat dengan tepat dan mengaplikasikan pembelajaran sepanjang hayat sewaktu perancangan dan pelaksanaan program.

4.0 TEMA

“ DI SINI, KASIH TERCIPTA “

5.0 ANJURAN

Kumpulan 4 Pembangunan Diri II Set 27 Universiti Kebangsaan Malaysia.

(4)

6.0 TARIKH DAN MASA PROGRAM

Cadangan tarikh program:

Tarikh: 26 April 2014

Masa: 9.00 pagi – 6.30 petang

7.0 PENGLIBATAN AHLI PROGRAM

Jumlah peserta: 15 orang

Rumah Amal Anak Yatim YPIN, Sungai Manggis, Banting, Selangor

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

10.0 PERINCIAN PROGRAM

PROGRAM 1: ICE-BREAKING.

Aktiviti ini dijalankan untuk merapatkan hubungan awal antara anak-anak yatim dengan

ahli-ahli program Amal Tautan Kasih. Program ini akan dapat membina serta melatih

sikap komunikasi dua hala yang baik serta dapat meningkatkan keyakinan diri anak-

anak yatim tersebut. Mereka dikehendaki menulis serta membicarakan serba sedikit

tentang latar belakang mereka. Melalui cara ini, pihak ahli program Amal Tautan Kasih

akan lebih mesra dan tidak kekok untuk berinteraksi bersama mereka.

(5)

PROGRAM 2: LUKISAN RAHSIA.

Aktiviti ini pada umumnya bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam anak- anak yatim ini. Aktiviti ini akan melibat dua pihak, iaitu pemberi dan penerima maklumat.

Melalui program ini, mereka akan dilatih untuk memupuk sikap bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Keberkesanan maklumat juga akan diuji melalui aktiviti ini. Pemberi maklumat akan dapat memupukkan semangat bersatu-padu dengan penerima maklumat agar kerjasama antara mereka akan terjalin. Malahan, penerima maklumat juga akan dapat menanam sikap untuk menjadi seorang pendengar maklumat yang teliti dan setia.

PROGRAM 3: TERBANGLAH MENGGAPAI IMPIANMU.

Melalui aktiviti kreatif ini, anak-anak yatim tersebut dikehendaki menghasilkan sebuah kapal terbang yang diperbuat daripada kertas. Ini adalah bertujuan untuk menzahirkan sikap bersungguh-sungguh dan kreativiti mereka melalui sehelai kertas. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengajar mereka supaya menjadikan seseorang yang berjaya itu sebagai model untuk membakar semangat mereka agar terus berjaya. Ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, “Yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan.”

Malahan, aktiviti ini dapat mengajar anak-anak yatim ini tentang pentingnya sikap rendah diri dan kepentingan barakah ilmu.

PROGRAM 4: JANJI KITA KE MENARA GADING.

Setiap ahli-ahli program Amal Tautan Kasih akan dibahagikan mengikut bilangan anak yatim secara adil. Dalam program ini, komunikasi serta interaksi antara dua pihak amatlah penting bagi mewujudkan suasana santai dan ceria. Para ahli program dikehendaki berkongsi cerita dan kisah kehidupan mereka kepada anak-anak yatim tersebut. Melalui aktiviti ini, dorongan dan sokongan dapat diberikan kepada anak-anak yatim supaya tidak mudah berputus asa dalam menggapai impian dan cita-cita mereka.

Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan diri serta memupuk semangat berfikiran positif demi masa depan mereka.

PROGRAM 5: SLOT SEJENAK BERSAMA AYAHANDA EHSAN.

Program ini secara umumnya bertujuan untuk meningkatkan semangat serta keyakinan

diri dalam diri anak-anak yatim. Selain memangkin diri anak-anak yatim untuk percaya

pada diri sendiri, slot ini bertujuan lebih kepada untuk memberikan persediaan awal dari

segi mental dan fizikal kepada anak-anak yatim tentang apa yang bakal dihadapi oleh

mereka kelak di masa yang akan datang. Melalui program ini, anak-anak yatim tersebut

dapat melakar masa hadapan mereka pada peringkat awal.

(6)

Biodata penceramah

Nama : Muhammad Ehsan Fitri bin Rusli Pengarah Kelab Genetik Tahun 1

Fakulti Sains dan Teknologi / Genetik Universiti Kebangsaan Malaysia.

PROGRAM 6: DISINI KASIH TERCIPTA.

Bersesuaian dengan tema program anak yatim ini, aktiviti ini dapat membina ukhwah yang berpanjangan antara anak-anak yatim dengan ahli-ahli program Amal Tautan Kasih ini. Dengan berbekalkan sehelai kain rentang berukuran besar dan warna air, mereka akan bekerjasama menceriakan kain rentang tersebut. Melalui program ini, sikap bekerjasama dan bersatu-padu dapat diperlihatkan. Selain itu, anak-anak yatim juga dapat mencipta kenangan dan terus mengaplikasikan segala yang telah dipelajari sepanjang program ini berlangsung dalam kehidupan mereka. Sebagai salah satu aktiviti penutup program, aktiviti ini akan memberikan impak yang besar kepada anak- anak yatim dan ahli-ahli program ini sendiri.

11.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

12.0 URUSAN PEJABAT

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi :

NURUL ATIQA BINTI CHE RAMALI

Ketua Pengarah Kumpulan 4 Pembangunan Diri II Set 27, Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tel : 014-5127992

E-mel : gurlz.leader@gmail.com

(7)

NUR NABILAH NABIHAH BINTI MOHAMMAD Setiausaha Kumpulan 4 Pembangunan Diri II Set 27, Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tel : 0111-9351656

E-mel : nurnabilahnabihah@yahoo.com

13.0 PENUTUP

Kami berharap agar kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan/puan secepat mungkin bag memudahkan kami meneruskan gerak kerja yang lain. Hal ini kerana kami perlu menyelesaikan tugasan ini sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh pensyarah kami.

Pihak kami dengan sebesar-besar harapan, berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang sukar diatasi dan kami juga berharap agar program yang kami rancang ini dapat berjalan dengan lancarnya.

Jutaan terima kasih kepada pihak tuan/puan kerana dapat meluangkan masa untuk meluluskan kertas kerja kami. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian.

(8)

Di sediakan oleh,

...

NURUL ATIQA BINTI CHE RAMALI

Ketua Pengarah Kumpulan 4 Pembangunan Diri II Set 27 Fakulti Sains dan Teknologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Diluluskan oleh,

...

PROF. MADYA DR. LATIFAH BINTI AMIN Pensyarah Pembangunan Diri II

Set 27 Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Umum,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

(9)

LAMPIRAN A

Penaung

Ybhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM

Pengerusi

YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni ), UKM

Penyelaras

Tuan Hj. Musa Zainal Abidin B. Othman

Timbalan Pendaftar Pusat Perkembangan Pelajar, UKM

Penasihat

Prof. Madya Dr. Latifah binti Amin Pensyarah Pusat Pengajian Umum, UKM

Ketua Pengarah Nurul Atiqa binti Che Ramali

FST/1, A145693 014-5127992

Timbalan Ketua Pengarah Fatin Nadirah binti Ajis

FST/1, A146100

017-243 8233

(10)

Setiausaha

Nur Nabilah Nabihah binti Mohammad FST/1, A145694

011-19351656

Bendahari

Nurkhairunnisa binti Mahamad Nasir FST/1, A145672

019-3524990

Pengarah Program : Nur Azirah binti Abd. Aziz FST/1 A145683 Nur E’zzati binti Mohd Yusuf FST/1 A145690

Pengarah Cenderamata : Rahimah Zahidah binti Mohd Rais FST/1 A145681 Nur Syuhada binti Mohd Gani FST/1 A145695

Pengarah Jamuan : Siti Nur Fatihah binti Rahman FST/1 A145691

Siti Maizatul Syafinaz binti Mohd Shahidan FST/1 A145677

Pengarah Pengangkutan & Logistik : Nurjanna binti Nurdin FST/1 A141029

(11)

LAMPIRAN B

ATURCARA PPROGRAM

HARI DAN MASA PROGRAM TEMPOH

MASA

BARANG DIPERLUKAN 7:30 a.m.

- 9:00 a.m.

Berkumpul di kolej masing-masing dan bertolak.

2 jam 30 minit.

9:00 a.m.

- 9:15 a.m.

Tiba di destinasi dan persiapan

program. 15 minit.

9:15 a.m.

- 10:00 a.m.

Ice Breaking. 45 minit.

1) Pensel (30 batang) 2) Kertas (30 keping) 10:00 a.m.

- 10:45 a.m.

Aktiviti “Lukisan Rahsia.” 45 minit.

1) Pensel 2) Kertas (60 keping) 10:45 a.m.

- 11:15 a.m.

Aktiviti “Terbanglah Menggapai

Impianmu!” 30 minit. 1) Kertas (60

keping)

11:15 a.m.

- 12:00 p.m.

Aktiviti “Janji Kita ke Menara Gading.” 45 minit.

12:00 p.m.

12:40 p.m.

1:15 p.m.

Makan tengahari.

Sambutan hari lahir beramai-ramai.

Persiapan diri dan solat Zohor berjemaah.

40 minit.

35 minit.

35 minit.

1) Kek Hari Lahir.

1:50 p.m.

- 2:30 p.m.

Slot Sejenak Bersama Ayahanda

Ehsan. 40 minit.

SABT U

(12)

2:30 p.m.

- 3.30 p.m.

Aktiviti “Disini Kasih Tercipta.” 1 jam.

1) Water colour.

2) Kain rentang.

3) Berus.

4) Kain buruk.

5) Bahan kreatif lain.

3:30 p.m.

- 4:00 p.m.

Penyampaian hadiah dan cenderamata.

- Anak-anak yatim.

- Guru & pengasuh.

30 minit.

4:00 p.m. Bertolak pulang.

(13)

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

Kategori RM Jumlah

1. Pendapatan

1.1 Peruntukan Luar

: Tajaan & Sumbangan RM300x4

RM1200

Jumlah Keseluruhan Anggaran Pendapatan RM1200

Anggaran Perbelanjaan

Kategori RM Jumlah

2. Perbelanjaan

2.1 Logistik dan Pengangkutan 1. Lain-lain

2.2 Cenderahati dan Sumbangan Cenderahati

1. Pihak Rumah Anak Yatim 2. Anak Yatim

RM250

RM50 RM10x30

RM250

RM500

(14)

Sumbangan 1. Anak Yatim

2.3 Makanan dan Jamuan Jamuan Tengah hari

RM150

RM6x55

RM330

Jumlah Keseluruhan Anggaran Perbelanjaan RM1080

Referensi

Dokumen terkait