• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penilaian program pendidikan moral dan etika tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia / Azri Mokhtar @ Ahmad"

Copied!
373
0
0

Teks penuh

(1)M. al. ay a. PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA TENTERA DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. U. ni. ve. rs. ity. of. AZRI BIN MOKHTAR @ AHMAD. FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016.

(2) al. ay. a. PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA TENTERA DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. si. ty. of. M. AZRI BIN MOKHTAR @ AHMAD. U. ni. ve r. TESIS INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN UNTUK IJAZAH DOKTOR FALSAFAH. FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2016.

(3) UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: AZRI BIN MOKHTAR @ AHMAD No. Pendaftaran/Matrik: PHA 110009 Nama Ijazah: IJAZAH DOKTOR FALSAFAH Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”): PENILAIAN PROGRAM PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA TENTERA DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. a. Bidang Penyelidikan: PENDIDIKAN MORAL DAN ETIKA. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunya iapa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hak cipta hasil kerja yang lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hak cipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hak cipta di dalam Hasil Kerja ini dan apaapa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekali pun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hak cipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.. U. Tandatangan Calon. Tarikh :. MAC 2016. Tarikh :. MAC 2016. Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,. Tandatangan Saksi Nama Jawatan. : PROF MADYA DR WAN HASMAH WAN MAMAT : Penyelia 1/Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaysa. ii.

(4) Penilaian Program Pendidikan Moral dan Etika Tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia Abstrak Kajian penilaian program Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertujuan untuk menilai keberkesanan program ini berdasarkan keupayaan elemen-elemen program. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah pencapaian anggota peserta dalam ketiga-tiga domain kognitif,. a. afektif dan psikomotor menerusi ujian penguasaan moral dan etika tentera (MET) yang. ay. diduduki. Kajian turut menerokai keupayaan fasilitator dalam proses pengajaran dan. al. pembelajaran (PdP). Dua pendekatan telah digunakan, yang pertama penilaian. M. keberkesanan program PMET serta hubungannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhi. Seterusnya yang kedua menggunakan pendekatan Rae (1999) dan. of. Suchman (1967) yang mentafsirkan penilaian program adalah satu proses untuk menilai keberkesanan program berdasarkan kepada pencapaian objektifnya. Kajian ini telah. ty. mengadaptasi dua model rujukan iaitu Model Logik Universiti Wisconsin (2002) untuk. si. melihat faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan program PMET dan Model. ve r. Hammond (1973) untuk menilai pencapaian anggota peserta dalam ujian penguasaan MET. Sampel terdiri daripada 469 anggota peserta, 33 fasilitator dan 32 pemerintah. ni. pasukan yang terlibat dengan program PMET bagi tempoh September hingga Disember. U. 2013. Kajian tinjauan ini menggunakan set soal selidik dan ujian penguasaan MET sebagai instrumen. Bagi kategori anggota peserta, selain daripada menjawab soal selidik, mereka juga telah menduduki ujian penguasaan MET. Set soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A menggunakan skala nominal untuk melihat demografi responden manakala bahagian B pula menggunakan skala Likert untuk mendapatkan persepsi responden mengenai program PMET. Ujian penguasaan MET. pula terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A merupakan soalan objektif bagi mengukur domain kognitif, bahagian B dan C masing-masing adalah soalan pilihan iii.

(5) menggunakan skala Likert bagi mengukur domain afektif dan psikomotor. Data kajian ini di analisis dengan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) 20.0” menggunakan statistik deskriptif (kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai) dan inferensi (ujian ANOVA sehala dan ujian Regresi Berganda). Ujian-ujian ini dilaksanakan pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian mendapati, pertama, daripada aspek keberkesanan elemen pelaksanaan program PMET, purata nilai min. a. yang ditunjukkan adalah pada tahap interpretasi ‘Tinggi’. Dapatan ini disokong dengan. ay. peratus persetujuan responden yang tinggi terhadap elemen-elemen pelaksanaan program kecuali elemen kemudahan menunjukkan interpretasi ‘Kurang Memuaskan’.. al. Begitu juga dengan elemen kewangan didapati kurang menyokong program PMET.. M. Kedua, adalah analisis regrasi berganda menunjukkan program PMET hanya memberi sumbangan yang kecil kepada penguasaan MET iaitu = 1.4%. Dari segi pecahan. of. domain, sumbangan program PMET kepada penguasaan kognitif = 1.4%, afektif = 3.6%. ty. dan psikomotor = 0.5%. Ketiga, mengenai persepsi responden terhadap impak program. si. PMET, analisis ANOVA telah menunjukkan peratusan yang tinggi tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga kategori responden. Keempat, didapati. ve r. tahap penguasaan MET anggota peserta secara keseluruhan adalah pada tahap ‘Memuaskan (min = 77.6)’. Daripada segi pecahan domain pula, aspek afektif serta. ni. psikomotor menunjukkan penguasaan MET pada tahap ‘Memuaskan’, manakala aspek. U. kognitif hanya pada tahap ‘Sederhana Tinggi’. Penguasaan psikomotor merupakan domain yang paling ramai dicapai anggota peserta pada tahap ‘Tinggi’ iaitu = 72.9%,. diikuti penguasaan afektif = 51.6% dan kognitif = 46.0%. Implikasi kajian menunjukkan persepsi responden adalah Tinggi, namun sumbangan program PMET sebenarnya adalah Rendah dengan penguasaan MET peserta pada tahap Sederhana Tinggi. Justeru, adalah didapati terdapat banyak jurang yang boleh dibuat kajian untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program PMET dalam ATM.. iv.

(6) An Evaluation of the Moral and Ethical Education Programme in the Malaysian Armed Forces Abstract The study on the evaluation of the Army Moral and Ethical Education program (PMET) in the Malaysian Armed Forces (MAF) was aimed at evaluating the effectiveness of the program based on the capabilities of program elements. The objective of the study was to see to what extent participants performed in the three domains of cognitive, affective. a. and psychomotor through test of mastery of army morals and ethics (MET). The study. ay. also explored the capability of the facilitator in the teaching and learning (T&L). al. process. Two approaches were used, the first being evaluation of PMET program. M. effectiveness and its relationship with influencing factors. The second using the approaches of Rae (1999) and Suchman (1967) who interpreted program evaluation as a. of. process to assess a program based on achievement of its objectives. This study had adapted the two reference models namely the Logic Model of University of Wisconsin. ty. (2002) to identify the factors influencing the PMET program effectiveness and the. si. Hammond Model (1973) to evaluate the achievement of participants in tests on mastery. ve r. of MET. The sample consisted of 469 personnel participants, 33 facilitators and 32 commanders involved in the PMET program between September to December 2013.. ni. The survey study used a set of questionnaires and tests of MET mastery as the. U. instruments. For the category of personnel, besides answering the questionnaire, they also underwent the MET achievement test. The questionnaire had two parts, with part A using nominal scale to look into demographics of the respondents while part B used the Likert scale to obtain the perception of the respondents regarding the PMET program. The MET mastery test consist of 3 parts, namely part A on multiple choice questions for measuring the cognitive domain, parts B and C respectively involved selected questions using the Likert scale for measuring the affective and psychomotor domains. The data in. this study were analyzed with the Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) v.

(7) 20.0 using descriptive statistics (frequency, percentage, mean and standard deviation) and inferential (one way ANOVA test and multiple regression test). The tests were performed at significance level of p < 0.05. The findings show that, first, from the aspect of effectiveness the element of PMET program implementation obtained an overall mean interpreted as High level. This was supported by the high percentage of agreement from respondents toward the elements of program implementation except. a. for the facility element showing an interpretation of Less Satisfactory and finances. ay. element was found lacking in supporting the PMET program. Second is that multiple regression element analysis shows that the PMET program only gives a small. al. contribution to mastery of MET namely = 1.4%. From the aspect of breakdown by. M. domain, contribution of PMET program to mastery of cognitive = 1.4%, affective= 3.6% and behavioral was= 0.5%. Third, regarding the respondents’ perceptions of the. of. impact of the PMET program, ANOVA analysis shows a high percentage but no. ty. significant differences between the three categories of respondents. Fourth, it was. si. found that the level of mastery of MET by participants on the whole was at satisfactory level (mean = 77.6). According to the breakdown by domain, the affective and. ve r. psychomotor aspects show satisfactory acquisition of MET, while the cognitive aspect was only at the level of Moderately High. Mastery of psychomotor was the domain with. ni. the highest number of participants achieving High level = 72.9%, followed by mastery. U. of affective = 51.6% and cognitive = 46.0%. Implications of the study show that perception is High, but the contribution of the program is Low with participants level of MET is Medium High. Hence, there are many gaps to be studied in order to enhance the. effectiveness of the PMET program in the MAF.. vi.

(8) SEKALUNG PENGHARGAAN. ‫بسم هللا الر حمن الر حيم‬ Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Waba’dah ahwal dengan rendah hatinya saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah keizinan serta inayah-Nya. a. jua yang telah mengurniakan saya kekuatan dan kecekalan sehingga sempurnanya. ay. kajian ini setelah menempuhi satu tempoh perjalanan yang agak sukar dan mencabar. Sesungguhnya setiap langkah ketika memulakan kajian sehingga siapnya tesis. al. ini tidak akan bertemu titik akhir tanpa bantuan, sokongan serta dorongan yang. M. berterusan daripada pelbagai pihak. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan. of. kepada dua insan penyuluh iaitu Prof Madya Dr. Wan Hasmah Wan Mamat dan Dr.. ty. Ghazali Darusalam selaku penyelia, atas segala curahan ilmu, bimbingan, tunjuk ajar, pandangan, teguran dan motivasi yang berterusan tanpa mengenal erti jemu.. si. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi. ve r. penghargaan kepada Prof Emeritus Dato’ Dr. Abu Bakar Nordin, Dr. Vishalache Balakrishnan, Dr. Zaharah Hussin dan Dr. Sharil Jamludin serta para pensyarah dan. ni. kakitangan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang turut memberikan khidmat. U. nasihat, input dan informasi yang berguna ke arah menyempurnakan kajian ini. Tidak lupa kepada mantan Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia, Brigediar Jenaral Dato’ Anuar Sabtu dan Jabatan Arah Pendidikan yang banyak memberi dorongan dan membantu dalam menjayakan kajian ini.. vii.

(9) Buat permata hati Bonda Halimah dan Ayahanda Mokhtar yang dikasihi, sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan harapan yang tiada khalinya jua. dipanjatkan ke hadrat Ilahi agar usaha ini berakhir dengan sebuah. kejayaan. Akhir sekali buat yang teristimewa Dinda tersayang Rahayu Yahya serta anak-anak yang turut berkongsi detik kepayahan, memberi bantuan berterusan, sentiasa memahami dan telah menempuhi jalan dengan penuh kesabaran serta berkorban apa jua demi memastikan kajian mencapai kejayaan.. ay. a. Sesungguhnya “Tiada Kata Secantik Bahasa” yang dapat diungkapkan bagi mengenang segala jasa bakti, sokongan serta pengorbanan kalian. Hanyalah ucapan. al. jutaan terima kasih dan penghargaan yang setingginya dapat dirakam dari sanubari. M. yang tulus ikhlas. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala melimpahi ke atas kalian dengan rahmat, keredhaan serta perlindungan yang berkekalan, dan semoga. of. setiap jasa bakti serta pengorbanan yang dititipkan itu akan “Tetap Dikenang” dan. ty. dihitung sebagai amal soleh serta pertaruhan pahala yang besar di sisi-Nya, insya-. si. Allah.. U. ni. ve r. ‫وبﺎهللااﻠﺘﻮﻔﻴﻖ ﻮاﻠﻬﺪايﻪ والسالم عﻠيكم ورحمةهللا وبركﺎتﻪ‬. viii.

(10) KANDUNGAN Muka Surat ii. Abstrak/Abstract. iii-vi. Penghargaan. vii-viii. Kandungan. ix-xii. Senarai Rajah. xiii. ay a. Keaslian Tesis. Senarai Jadual. M al. Senarai Lampiran. BAB 1: PENGENALAN. Latar Belakang Kajian. rs i. Objektif Kajian. ty. Pernyataan Masalah. of. Pengenalan. Soalan Kajian. xiv-xix xx. 1. 3 10 18 19. ve. Teoritikal dan Kerangka Konseptual 27. Batasan Kajian. 29. ni. Kepentingan Kajian. U. Penakrifan Istilah Penilaian Program. Elemen Pelaksanaan Program. 30. Penguasaan Moral dan Etika Tentera. 31. Domain Kognitif Domain Afektif Domain Psikomotor. ix.

(11) Muka Surat 33. BAB 2: KAJIAN LITERATUR Pengenalan Pendidikan Moral dan Etika. 34. Konsep Asas serta Perkembangan Moral dan Etika 39. Pendekatan dalam Pendidikan Moral dan Etika. 42. ay a. Teori-Teori Moral dan Etika. Pendidikan Moral dan Etika dalam Angkatan Tentera. 49. Proses Pemupukan Moral dan Etika dalam Angkatan Tentera. 60. Kepentingan Pendidikan Moral dan Etika dalam Angkatan Tentera. 64. M al. Konsep Pendidikan Moral dan Etika dalam Angkatan Tentera. 65. Nilai dan Etika Kepahlawanan Tentera Islam. 68. Pengutamaan Nilai dalam Pemilihan Tentera Islam. 74. ty. of. Konsep dan Nilai dalam Pembentukan Tentera Islam. rs i. Penilaian Pelaksanaan Program. 77. Konsep dan Jenis Penilaian Program. ve. Teori dan Model Penilaian Program Model Logik dan Model Penilaian Hammond. 80 90 100. Rumusan. 124. U. ni. Penilaian Keberkesanan Program (Input, Output dan Outcome). x.

(12) Muka Surat 126. BAB 3: METODOLOGI Pengenalan Reka Bentuk Kajian. 128. Sampel Kajian. 129. Instrumen Kajian. 130. Soal Selidik Soal Selidik Anggota Peserta Program PMET. M al. Soal Selidik Fasilitator Program PMET. ay a. Populasi Kajian. 131. 132. Soal Selidik Pemerintah Pasukan Program PMET. 134. Ujian Penguasaan Moral dan Etika Tentera. 135 137. Kajian Rintis. 147. ty. of. Kesahan dan Kebolehpercayaan. rs i. Prosedur Pengumpulan Data Tatacara Menganalisis Data. 149 150. ve. Statistik Deskriptif Statistik Inferensi. 152. U. ni. Analisis ANOVA Sehala Analisis Regresi Berganda. 153. Matriks Data Analisis Rumusan. 154. xi.

(13) Muka Surat 155. BAB 4: DAPATAN KAJIAN Pengenalan Normaliti Data. 156. Dapatan Kajian. 161. Soalan Kajian 1: Profil anggota peserta dan fasilitator program PMET. keyakinan) program PMET. ay a. Soalan Kajian 2: Tahap keupayaan fasilitator (pengetahuan, kemahiran dan. Soalan Kajian 3: Kesesuaian sukatan pelajaran, jadual, kemudahan,. 165. 189. M al. tempat, kewangan dan pemerintah pasukan program PMET. Kesesuaian sukatan pelajaran program PMET 192. Kesesuaian kemudahan program PMET. 194. ty. of. Kesesuaian jadual program PMET. rs i. Kesesuaian tempat program PMET. 200. Tahap sokongan pemerintah program PMET. 203. ve. Kesesuaian peruntukan kewangan program PMET. Soalan Kajian 4: Keberkesanan program PMET terhadap penguasaan MET. ni. 198. 205. anggota peserta 213. Soalan Kajian 6: Tahap penguasaan MET anggota peserta program PMET. 216. Rumusan. 220. U. Soalan Kajian 5: Persepsi responden terhadap impak program PMET. xii.

(14) Muka Surat 222. BAB 5: RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan Ringkasan Kajian Rumusan dan Perbincangan. 228. Taraf Demografi Peserta dan Pengajar Program PMET 230. ay a. Keupayaan Fasilitator Program PMET. 233. Sumbangan Elemen Program PMET (Input dan Output). 235. Persepsi Terhadap Impak Program PMET. 238. Keberkesanan Program PMET Implikasi Kajian. M al. Kesesuaian Elemen Pelaksanaan Program PMET. 240 243 247. Cadangan Kajian Lanjut. 261. ty. of. Cadangan Penambahbaikan Program. rs i. Penutup. 265 269. LAMPIRAN. 291. U. ni. ve. RUJUKAN. xiii.

(15) SENARAI RAJAH. Rajah 1.1. Model Individu Tentera Seimbang. 4. Rajah 1.2. Kerangka Konseptual Kajian Penilaian Program Pendidikan Moral dan EtikaTentera dalam Angkatan Tentera Malaysia. 25. Rajah 2.1. Komponen Asas bagi Model Logik. 91. Rajah 2.2. Model Logik Universiti Wisconsin 2002. Rajah 2.3. Model Struktur Penilaian Hammond (1973). Rajah 2.4. Langkah-langkah Penilaian Hammond (1973). Rajah 3.1. Populasi Persampelan Kajian mengikut Penempatan Anggota Dalam ATM. Rajah 4. 1. Histogram Taburan Data Variabel Ujian Penguasaan MET. Rajah 4. 2. Plot Stem-and-Leaf bagi Taburan Data Variabel Ujian Penguasaan MET. Rajah 4. 3. Boxplot bagi Taburan Data Variabel Ujian Penguasaan MET. Rajah 4. 4. Plot Normal Q-Q bagi Taburan Data Variabel Ujian Penguasaan MET. Rajah 4. 5. Plot Detrended Normal Q-Q bagi Taburan Data Variabel Ujian Penguasaan MET. a. ay. 128. 157. ve r. si. ty. of. M. al. 100. Boxplot bagi Taburan Data Variabel Soal Selidik Program PMET. 158. 159. 160. U. ni. Rajah 4. 6. 98. xiv.

(16) SENARAI JADUAL. Statistik Kes Salah Laku Anggota Pemerintahan Medan Tentera Darat Tahun 2008 hingga 2011. 12. Jadual 3.1. Taburan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah Program PMET Tahun 2013 mengikut Divisyen. 129. Jadual 3.2. Taburan Sampel Kajian mengikut Divisyen. 130. Jadual 3.3. Kategori Penyataan Soal Selidik bagi Anggota Peserta Program PMET. 132. Jadual 3.4. Kategori Penyataan Soal Selidik bagi Fasilitator Program PMET. Jadual 3.5. Kategori Penyataan Soal Selidik bagi Pemerintah Program PMET. Jadual 3.6. Interpretasi Skor Min bagiSoal Selidik Program PMET. Jadual 3.7. Skala Tahap Penguasaan Moral dan Etika Tentera Mengikut Pangkat dalam ATM. 136. Jadual 3.8. Kategori Item Pernyataan dalam Ujian Empati. 137. Jadual 3.9. Senarai Pakar Rujuk bagi Kesahan Kandungan Instrumen Kajian. Jadual 3.10. Keputusan Analisis Kesahan Konstruk Item bagi Soal Selidik Peserta. 133. 135. 142. 145. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Jadual 1.1. Keputusan Analisis Kesahan Konstruk Item bagi Soal Selidik Fasilitator. ni. Jadual 3.11. Keputusan Analisis Kesahan Konstruk Item bagi Soal Selidik Pemerintah. 146. Jadual 3.13. Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Sukatan Pelajaran. 341. Jadual 3.14. Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Jadual. Jadual 3.15. Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Kemudahan. Jadual 3.16. Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Tempat. U. Jadual 3.12. 342. xv.

(17) Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Pemerintah Pasukan. Jadual 3.18. Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Jadual 3.19. Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Fasilitator. Jadual 3.20. Keputusan Kajian Rintis Anggota Peserta bagi Item Hasil. Jadual 3.21. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Sukatan Pelajaran. Jadual 3.22. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Jadual. Jadual 3.23. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Kemudahan. Jadual 3.24. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Tempat. Jadual 3.25. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Kewangan. Jadual 3.26. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Pemerintah Pasukan. Jadual 3.27. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Jadual 3.28. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Keupayaan Fasilitator. Jadual 3.29. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Kesediaan Fasilitator. ay. of. M. al. 345. 346. ty. Jadual 3.31. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Hasil. Jadual 3.32. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Sukatan Pelajaran. Jadual 3.33. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Jadual. Jadual 3.34. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Kemudahan. Jadual 3.35. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Tempat. U. 344. si. ve r. Keputusan Kajian Rintis Fasilitator bagi Item Keberkesanan Fasilitator. ni. Jadual 3.30. Jadual 3.36. 343. a. Jadual 3.17. 347. 348. 349. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Kewangan. xvi.

(18) Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Pemerintah. Jadual 3.38. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah bagi Item Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Jadual 3.39. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Fasilitator. Jadual 3.40. Keputusan Kajian Rintis Pemerintah Pasukan bagi Item Hasil. Jadual 3.41. Tahap Keberkesanan Program PMET berdasarkan pencapaian Ujian Penguasaan MET. Jadual 4.1. Ujian Normaliti Taburan Data Variabel Ujian Penguasaan MET. 159. Jadual 4.2. Nilai Skewness dan Kurtosis bagi Taburan Data Variabel Ujian Penguasaan MET. 160. Jadual 4.3. Profil Anggota Peserta Program PMET dalam ATM. 162. Jadual 4.4. Profil Fasilitator Program PMET dalam ATM. 164. Jadual 4.5. Ringkasan Persepsi Responden terhadap Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 166. Jadual 4.6. Persepsi Anggota Peserta mengikut Profil Bangsa Terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. Jadual 4.7. Persepsi Anggota Peserta mengikut Profil Jantina terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 167. Persepsi Anggota Peserta mengikut Profil Umur terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 168. Jadual 4.9. Persepsi Anggota Peserta mengikut Profil Taraf Perkahwinan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 169. Jadual 4.10. Persepsi Anggota Peserta mengikut Profil Pangkat terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 170. Jadual 4.11. Anggota Peserta mengikut Profil Tempoh Perkhidmatan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 171. 151. si. ve r. U. ni. Jadual 4.8. 350. ty. of. M. al. ay. a. Jadual 3.37. xvii.

(19) Persepsi Anggota Peserta mengikut Profil Kelulusan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 172. Jadual 4.13. Persepsi Fasilitator mengikut Profil Bangsa terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 174. Jadual 4.14. Persepsi Fasilitator mengikut Profil Jantina terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 175. Jadual 4.15. Persepsi Fasilitator mengikut Profil Umur terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 176. Jadual 4.16. Persepsi Fasilitator mengikut Profil Taraf Perkahwinan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 177. Jadual 4.17. Persepsi Fasilitator mengikut Profil Pangkat terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 178. Jadual 4.18. Persepsi Fasilitator mengikut Profil Tempoh Perkhidmatan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 179. Jadual 4.19. Persepsi Fasilitator mengikut Profil Kelulusan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 180. Jadual 4.20. Persepsi Pemerintah mengikut Profil Bangsa terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 181. Jadual 4.21. Persepsi Pemerintah mengikut Profil Jantina terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 182. Jadual 4.22. Persepsi Pemerintah mengikut Profil Umur terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 183. Jadual 4.23. Persepsi Pemerintah mengikut Profil Taraf Perkahwinan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 184. Jadual 4.24. Persepsi Pemerintah mengikut Profil Pangkat terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 185. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Jadual 4.12. xviii.

(20) Persepsi Pemerintah mengikut Profil Tempoh Perkhidmatan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 186. Jadual 4.26. Persepsi Pemerintah mengikut Profil Kelulusan terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Keyakinan Fasilitator Program PMET. 187. Jadual 4.27. Skor Min dan Sisihan Piawai Persepsi Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah Pasukan terhadap Item Sukatan Pelajaran Program PMET. 189. Jadual 4.28. Peratus Persetujuan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah terhadap Item Sukatan Pelajaran Program PMET. 191. Jadual 4.29. Skor Min dan Sisihan Piawai Persepsi Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah Pasukan terhadap Item Jadual Program PMET. 192. Jadual 4.30. Peratus Persetujuan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah terhadap Item Jadual Program PMET. Jadual 4.31. Skor Min dan Sisihan Piawai Persepsi Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah Pasukan terhadap Item Kemudahan Program PMET. 194. Jadual 4.32. Peratus Persetujuan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah terhadap Item Kemudahan Program PMET. 196. Jadual 4.33. Skor Min dan Sisihan Piawai Persepsi Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah Pasukan terhadap Item Tempat Program PMET. 198. 193. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Jadual 4.25. Peratus Persetujuan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah terhadap Item Tempat Program PMET. 199. Jadual 4.35. Skor Min dan Sisihan Piawai Persepsi Fasilitator dan Pemerintah Pasukan terhadap Item Kewangan Program PMET. 200. Jadual 4.36. Peratus Persetujuan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah terhadap Item Kewangan Program PMET. 202. Jadual 4.37. Skor Min dan Sisihan Piawai Persepsi Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah Pasukan terhadap Item Pemerintah Pasukan Program PMET. 203. Jadual 4.38. Peratus Persetujuan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah terhadap Item Pemerintah Pasukan Program PMET. 204. U. ni. Jadual 4.34. Jadual 4.39 Analisis Regresi Berganda mengenai Pengaruh Input dan Output terhadap Pencapaian Kognitif. 206. xix.

(21) Analisis Regresi Berganda mengenai Pengaruh Input dan Output terhadap Pencapaian Afektif. 208. Jadual 4.41. Analisis Regresi Pelbagai Pengaruh Input dan Output terhadap Pencapaian Psikomotor. 210. Jadual 4.42. Analisis Regresi Pelbagai mengenai Pengaruh Input dan Output terhadap Pencapaian Keseluruhan. 211. Jadual 4.43. Analisis ANOVA Sehala mengenai Perbezaan di Kalangan Peserta, Fasilitator danPemerintah terhadap Impak Program PMET. 213. Jadual 4.44. Peratus Persetujuan Anggota Peserta, Fasilitator dan Pemerintah terhadap Item Impak Program PMET. 214. Jadual 4.45. Tahap Penguasaan Moral dan Etika Tentera bagi Anggota Peserta Program PMET. Jadual 4.46. Tahap Keberkesanan Program PMET berdasarkan Skala Penguasaan Moral dan Etika Tentera mengikut Pangkat dalam ATM. 218. Jadual 4.47. Pencapaian Anggota Peserta berdasarkan Tahap Rendah, Tahap Sederhana dan Tahap Tinggi. 219. 216. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Jadual 4.40. xx.

(22) SENARAI LAMPIRAN. Surat Kelulusan Melakukan Kajian dari ATM. 291. Lampiran B. Soal Selidik Anggota Peserta Program PMET. 292. Lampiran C. Soal Selidik Anggota Peserta Program PMET. 298. Lampiran D. Soal Selidik Anggota Peserta Program PMET. 307. Lampiran E. Ujian Penguasaan Moral dan Etika Tentera. 314. Lampiran F. Kesahan Konstruk Item Anggota Peserta. 330. Lampiran G. Kesahan Konstruk Item Fasilitator. 333. Lampiran H. Kesahan Konstruk Item Pemerintah. 337. Lampiran I. Hasil Kajian Rintis Anggota Peserta. Lampiran J. Hasil Kajian Rintis Fasilitator. 344. Lampiran K. Hasil Kajian Rintis Pemerintah. 348. Lampiran L. Jadual Matriks Analisis Data. 351. 341. U. ni. ve r. si. ty. of. M. al. ay. a. Lampiran A. xxi.

(23) BAB 1 PENGENALAN Pengenalan Peralihan zaman telah merubah landskap persekitaran dan gaya hidup manusia. Perubahan yang berlaku secara konsisten dan tersusun akan melahirkan proses sosialisasi yang mampu mencetus keseimbangan moral dalam ketamadunan sesebuah. a. negara bangsa mahupun perkembangan sesebuah organisasi. Di dalam membentuk. ay. sebuah organisasi bermoral dan beretika, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) harus. al. memberi tumpuan kepada pembentukan pemikiran, perasaan dan perilaku moral dalam. M. setiap diri anggotanya menerusi pelaksanaan program-program pembinaan akhlak. Langkah ini bersesuaian dengan Mattox (2005) yang menekankan bahawa nilai akhlak. of. yang tinggi bagi anggota tentera sangat perlu kerana ianya menghasilkan satu imperatif moral iaitu memiliki sifat belas kasihan yang mendalam, mementingkan keadilan dan. ty. memiliki kewibawaan serta berupaya membezakan antara perlakuan yang mewajarkan. si. keganasan atau sebaliknya sewaktu peperangan.. ve r. Menyedari hakikat bahawa sistem latihan melalui pemberian ganjaran dan mengenakan hukuman tidak memadai untuk memastikan tingkah laku moral diamalkan. ni. (Martinelli-Fernandez, 2006), maka dengan itu ATM mula memperkenalkan program. U. Pendidikan Moral dan Etika Tentera (PMET) yang dipelopori oleh Pemerintahan Medan Tentera Darat mulai tahun 2006 (Markas Medan Tentera Darat, 2006a). Langkah ini seiring dengan konsep pendidikan ATM iaitu sebagai satu usaha berterusan untuk melahirkan warga ATM yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani (Angkatan Tentera Malaysia, 2008). Usaha ini akan menjamin satu proses pendidikan yang berterusan dalam membekalkan pengetahuan dan pengalaman baru ke arah melahirkan anggota tentera yang berperibadi unggul.. Dalam hal ini Davidson (2005) menyatakan, "pendidikan karaktor adalah satu proses di 1.

(24) mana individu dibina watak melalui interaksi domain kognitif yang sedia ada, pengalaman baru dan pengaruh orang di sekeliling mereka" (ms. 227). Di dalam meningkatkan keupayaan modal insan ATM supaya memenuhi visinya iaitu Menjadi Sebuah Angkatan Tentera Yang Versatil Pada Abad ke-21, struktur pendidikan ATM telah menggariskan sebanyak lima kategori pendidikan iaitu Pendidikan Individu, Pendidikan Profesional Tentera, Pendidikan Dalam Latihan,. a. Pengajian Tinggi dan Pendidikan Akhlak (Angkatan Tentera Malaysia, 2008).. ay. Menyentuh mengenai pendidikan akhlak, tinjauan kajian ini mendapati pelaksanaannya. secara seimbang dan mencapai objektifnya.. al. perlu diperkemaskan agar kelima-lima struktur pendidikan ATM itu dapat didukung. M. Pada asasnya kategori pendidikan akhlak dalam ATM dikatakan sinonim dengan peranan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang berteraskan pendekatan agama. of. Islam. Walaupun elemen agama memainkan peranan yang unik dalam pembangunan. ty. moral dan karaktor individu, serta guru-guru agama dianggap sebagai pakar dalam. si. aspek moral serta boleh dijadikan contoh ikutan (Williams, 2010), namun pelaksanaan program pembinaan akhlak khususnya berkaitan moral oleh KAGAT akan. ve r. menimbulkan persepsi yang kurang harmoni dalam kalangan anggota ATM yang bukan beragama Islam berikutan populasi anggota ATM terdiri daripada pelbagai latar. U. ni. belakang, etnik, bangsa dan agama (Azri, 2009). Statistik yang ditunjukkan menerusi Markas Medan Tentera Darat (2005). mendapati anggota tentera turut terjebak dengan gejala sosial dan salah laku serta kes disiplin bagi tempoh lima tahun iaitu antara tahun 2001 hingga 2005. Berikutan unjuran yang ditunjukkan, Pemerintahan Medan Tentera Darat telah membuat kajian dan mengeluarkan arahan agar program PMET dilaksanakan bagi mendidik anggotaanggota di bawah pemerintahan supaya dapat memahami, menghayati, mengamalkan. nilai-nilai murni serta mengamalkan gaya hidup sihat, bermoral dan beretika pada. 2.

(25) sebilang masa. Direktif ini diharapkan mampu menjadi titik penyelesaian dalam mengurangkan kes salah laku, disiplin dan kes jenayah dalam kalangan anggota. Semenjak daripada itu, program PMET ini telah dilaksanakan di seluruh formasi dan pasukan bawah Pemerintahan Medan Tentera Darat di seluruh negara (Markas Medan Tentera Darat, 2006a). Kepentingan dalam mendidik anggota supaya sentiasa bermoral dan beretika. a. telah memberi satu anjakan dalam ATM iaitu menetapkan syarat lulus Ujian. ay. Penguasaan Moral dan Etika Tentera (MET) sebagai salah satu daripada syarat kenaikan pangkat bagi anggota yang bukan beragama Islam mulai tahun 2013. Tuntutan ini telah. al. menjadikan pelaksanaan program PMET telah diperluaskan ke seluruh perkhidmatan. M. dalam ATM iaitu dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM).. of. Bagi menjadikan prorgam PMET agar lebih komprehensif terutamanya dalam. ty. pembinaan sukatan pelajaran, pelaksanaan dan lebih-lebih lagi dalam mengukur. si. keberkesanan program ini, ATM telah mengadakan usahasama dan mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat daripada agensi-agensi yang berautoriti iaitu Bahagian. ve r. Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Sains Sosial Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan Jabatan. ni. Arah Pendidikan ATM.. U. Latar Belakang Kajian Program PMET mula diperkenalkan di dalam ATM berikutan satu keperluan. untuk melahirkan anggota tentera yang memiliki sifat-sifat unggul dan mengamalkan tingkah laku bermoral dan etika tentera dalam kalangan anggota Pemerintahan Medan Tentera Darat (Markas Medan Tentera Darat, 2006a). Program PMET ini bertujuan untuk mendidik anggota tentera supaya menjadi insan yang dapat memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan etika tentera. 3.

(26) berpandukan Model Individu Tentera Seimbang seperti di Rajah 1.1 (Markas Medan. M. al. ay. a. Tentera Darat, 2006b).. of. Rajah 1.1: Model Tentera Individu Tentera Seimbang Model ini telah mengetengahkan satu konsep untuk melahirkan individu tentera yang. ty. ideal serta dapat menyumbang kepada kejayaan organisasi, keharmonian keluarga,. si. masyarakat serta kestabilan negara (Markas Medan Tentera Darat, 2006b). Model. ve r. individu tentera seimbang ini mensasarkan untuk melahirkan anggota tentera yang bukan sahaja mampu mempamerkan pemikiran, penghayatan dan tingkah bermoral dan. ni. beretika dalam organisasi ATM semata-mata, malah merangkumi keluarga, masyarakat. U. dan peringkat negara. Sasaran ini bertepatan dengan Snider (2008) yang berpendapat bahawa sebagai sebahagian daripada rakyat sesebuah negara, anggota tentera sepatutnya menjadi warganegara teladan. “Tumpuan dalam melaksanakan pendidikan karaktor dan pembangunan moral bukan sahaja kepada isu keruntuhan akhlak namun tumpuan juga diberikan kepada anggota tentera untuk hidup dalam masyarakat yang adil dan. demokratik” (Lapsley & Narvaez, 2006, ms. 258). Matlamat utama pendidikan moral dan akhlak perlu untuk menyediakan tentera untuk khidmat kepada masyarakat serta. 4.

(27) membolehkan mereka menjalani kehidupan yang adil dan menjadi contoh dalam masyarakat yang mereka tinggal (Williams, 2010). Program PMET ini telah memberi penekanan kepada perkembangan moral, nilai dan etika tentera bagi ketiga-tiga domain iaitu domain kognitif, afektif dan tingkah laku (Markas Medan Tentera Darat, 2006b). Seiring dengan dasar pendidikan nasional, sukatan pelajaran program PMET telah dibina dengan merujuk nilai-nilai murni. a. masyarakat Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000a) dan etika tentera yang. keperluan dan objektif. ay. dipraktiskan dalam ATM. Penghasilan sukatan pelajaran yang dapat memenuhi program akan melahirkan anggota yang dapat memahami,. al. menghayati dan mempamerkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan etika tentera. M. yang digariskan. Begitu juga dengan angkatan tentera di negara-negara lain seperti yang nyatakan Beauchamp (2002), Program Etika Pertahanan Kanada adalah program yang. of. berasaskan nilai yang dibina dari nilai-nilai demokrasi negara tersebut.. ty. Seiring dengan perkembangan sosial dalam ATM, pelaksanaan program PMET. si. didapati semakin relevan apabila adanya penglibatan dan peningkatan kes-kes tertentu di bawah kategori pencemaran disiplin dan kes-kes jenayah dalam kalangan anggota. ve r. (Markas Medan Tentera Darat, 2012). Selain daripada itu, pelaksanaan program PMET yang bersifat sejagat mampu menjadi pelengkap dan tambah nilai kepada program-. ni. program pendidikan akhlak yang dilaksanakan oleh KAGAT (Markas Medan Tentera. U. Darat, 2006b). Paradigma ini dilihat sebagai satu inovasi baru dalam memberi impak kepada pendidikan akhlak, khususnya program PMET dalam ATM. Oleh sebab itu,. program PMET ini telah mengambil kira demografi anggota-anggota ATM dan sukatan pelajaran adalah merentasi perbezaan latar belakang, etnik, bangsa dan agama (Markas Medan Tentera Darat, 2006b). Pendidikan bukan sahaja menyumbang kepada perpaduan nasional, menghasilkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, tetapi juga harus menitikberatkan kepada perkembangan akhlak. 5.

(28) dan tingkah laku yang baik iaitu ringkasnya untuk melahirkan insan bermoral (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1985; Wan Hasmah, 2000). Di atas kepentingan ini, program PMET telah dilaksanakan dengan objektif yang disasarkan seperti berikut: a). Melahirkan warga ATM yang memiliki keupayaan berfikir, membuat keputusan, berperasaan dan bertindak secara bermoral dan beretika dalam melaksanakan tugas dan kehidupan mereka. Melahirkan warga ATM yang dapat mengamalkan nilai-nilai murni dan etika. a. b). ay. tentera dalam konteks persekitaran organisasi, masyarakat, keluarga dan negara. c). Memperkukuhkan hubungan antara kaum dalam organisasi ATM dan membina. al. semangat espirit de corps sejati dalam semua situasi.. Melahirkan warga ATM yang memiliki kekuatan spiritual tempur (spiritual. M. d). combat power) yang mantap dan teguh, sanggup berkorban apa saja demi. of. melaksanakan tuntutan tugas sebagai anggota ATM.. ty. (Markas Medan Tentera Darat, 2006b). si. Pelaksanaan program PMET tidak hanya tertumpu kepada memberi kefahaman mengenai moral dan etika semata-mata. Sebaliknya ia turut memberi penekanan dan. ve r. penghayatan yang mendalam kepada para peserta bagi membolehkan mereka menampilkan diri sebagai personaliti yang memiliki ketiga-tiga domain pemikiran,. ni. perasaan dan tingkah laku moral dan etika dalam menjalankan tugas dan kehidupan. U. harian (Markas Medan Tentera Darat, 2006b). Dalam hal ini, Messick (1976) menyatakan terdapat hubungan dan saling berkaitan antara domain afektif dan kognitif.. Pendapat ini seiring dengan Wan Hasmah (2000) yang menegaskan di dalam membangunkan para pelajar pendidikan moral, penekanan bukan sahaja diberikan kepada aspek kognitif semata-mata tetapi juga aspek afektif. Menurut Vishalache (2011, 2009a), kemoralan seharusnya melibatkan perkembangan emosi yang ditransformasikan melalui perilaku selaras dengan. 6.

(29) keupayaan perkembangan moral. individu. Pembangunan pelajar secara seimbang. dalam ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan perlakuan adalah amat penting terutamanya dalam menghadapi cabaran isu akhlak dan moral masa kini. Pembangunan pelajar secara seimbang juga telah ketengahkan oleh Lickona (1993) yang menggariskan tiga konsep yang diperlukan dalam melaksanakan pendidikan karaktor yang dinamakan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral.. a. Menjadi satu isu yang serius, tambahan pula di Malaysia yang terdiri daripada. ay. pelbagai kumpulan etnik, agama dan budaya. Di negara ini, bagaimana kita patut hidup sangat kompleks dengan kewujudan budaya yang berlainan (Vishalache, 2009b).. al. Sebagai institusi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama, ATM. M. juga tidak terkecuali daripada patut memperkatakan “bagaimana anggota tentera patut hidup dalam organisasi, keluarga, masyarakat dan negara”. Persoalan ini wajar. of. diperbincangkan kerana isu moral merupakan isu sejagat dan telah lama diperkatakan.. ty. Wacana ini seiring dengan pendapat Socrates sebagai seorang ahli falsafah Greek yang hidup sebelum wujudnya banyak agama di dunia ini. Memetik kata-kata Socrates dalam. si. Vishalache (2009b, ms. 2), “kita membincangkan perkara yang bukan kecil, iaitu. ve r. bagaimana kita patut hidup”.. Dalam memperkatakan soal moral dan etika serta akhlak, M. Ali Hasan (2002). ni. menyebut bahawa satu bangsa atau negara itu akan berjaya, bila warganegaranya terdiri. U. dari orang-orang yang berakhlak luhur. Sebaliknya bila warganegaranya berakhlak buruk, maka rosak pula bangsa dan negaranya. Dipetik dalam M. Ali Hasan (1978), Syauqy Bey pernah berkata, “Satu bangsa dikenali kerana akhlaknya. Jika akhlaknya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsanya”. Jika disingkap dalam agama Islam, Nabi Muhammad merupakan insan istimewa yang memiliki akhlak mulia dan memiliki nilai moral yang harus dijadikan sebagai contoh ikutan bagi seluruh umat manusia. Allah berfirman (Al-Quran, surah al-Ahzab, ayat 21) yang bermaksud “Sesungguhnya pada. 7.

(30) diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik”. Selain daripada itu, Allah mengiktiraf satu-satu kaum itu sebagai cemerlang apabila mereka menyeru kaumnya melakukan perkara baik dan melarang daripada berbuat perkara mungkar serta menyeru supaya kaumnya beriman kepada Allah (Al-Quran, surah ali-Imran, ayat 122). Perkembangan dan perubahan semasa telah menyaksikan kepincangan moral pada masa ini dan telah mencetuskan satu dorongan kepada beberapa pihak di negara ini. a. untuk melakukan satu reformasi pendidikan bagi menangani masalah keruntuhan moral. ay. ini (Muhamad Said, 1991). Dalam hal ini, Muhamad Said menegaskan falsafah dan matlamat pendidikan yang luhur dan indah hanya akan tinggal di atas kertas sahaja jika. al. tidak diterjemah dan dijelmakan secara praktis. Justeru, perlu diterokai strategi yang. M. sesuai bagi menjayakan hasrat falsafah untuk melahirkan manusia yang berakhlak, berketrampilan, berilmu, harmonis dan seimbang. Seperti yang ditegaskan oleh. dunia, maka pendidikan dan pembinaan pembangunan. ty. di Malaysia yang bertaraf. of. Abdullah Ahmad Badawi (2006), dalam usaha untuk meningkatkan sistem pendidikan. si. sumber manusia hendaklah bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (2006), dalam memberi penekanan. ve r. terhadap usaha membangunkan modal insan negara, Perdana Menteri Malaysia mengilhamkan satu landasan bagi membina generasi akan datang dengan menumpukan. ni. kepada pembangunan modal insan sebagai persediaan mencapai wawasan negara. Buku. U. itu menyatakan Malaysia sentiasa berusaha menyediakan rakyat yang memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang supaya dapat melahirkan bangsa yang berdaya saing dan produktif. Dengan sumber manusia negara yang berpersonaliti unggul dan kompeten dengan pelbagai kemahiran memacu dan menentukan hala tuju negara (Jabatan Penerangan Malaysia, 2006). Kemampuan Malaysia mencapai status negara maju adalah tertakluk kepada keupayaan menghadapi. 8.

(31) cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia yang memiliki nilai moral dan etika yang kukuh berteraskan budi pekerti yang luhur (Mahathir Mohamad, 1991). Longford (1968) memberi penekanan bahawa pendidikan moral adalah penting dan amat perlu pada diri seseorang seperti berikut: … a good moral, religious but not bigoted or narrow minded education is what I pray for, for my children, but where to find exactly what one wants? (Langford,1968, ms. 215). a. Memetik ucapan Panglima Tentera Darat sempena Sambutan Jubli Intan Tentera. ay. Darat ke-75:. ty. of. M. al. Keupayaan setiap individu dalam memanfaatkan perubahan persekitaran, membolehkan Tentera Darat terus kekal bijak menguruskan organisasinya, di mana kewujudan kita tetap kekal relevan. Namun, harus diingat bahawa era teknologi ini tidak seharusnya menghakis nilai-nilai institusi ketenteraan sebagai tunjang kekuatan Tentera Darat. Etos ketenteraan, seperti semangat setia kawan dan keberanian, kekentalan mental dan kekuatan fizikal, pemeliharaan budaya dan adat resam ketenteraan, serta pengekalan mutu disiplin yang tinggi, memperakukan kewujudan Tentera Darat sebagai ketumbukan yang unggul, dihormati dan digeruni. (Tentera Darat Malaysia, 2008, ms. 3). si. Bagi mencapai aspirasi nasional dan ATM dalam melahirkan modal insan yang diperlukan, maka reka bentuk program PMET yang dibina telah mengambil kira. ve r. prinsip-prinsip yang diterjemahkan dalam agenda pembangunan modal insan di peringkat nasional, Dasar Pendidikan Negara dan nilai moral serta etika tentera dalam. ni. ATM. Sukatan pelajaran program PMET telah menampilkan 16 nilai moral dan 8 nilai. U. etika tentera. Nilai-nilai moral ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Amanah, Berdikari, Berfikiran Positif, Hemah Tinggi, Hormat, Kasih Sayang, Keadilan, Kebersihan,. Kerjasama, Kesyukuran, Optimis, Patriotisme, Rasional, Semangat Bermasyarakat dan Toleransi. Manakala bagi etika tentera pula ialah Disiplin, Bertanggungjawab, Integriti, Keberanian, Maruah, Mengutamakan Khidmat, Sedia Berkorban dan Taat Setia (Markas Medan Tentera Darat, 2006b).. 9.

(32) Asas kepada sukatan pelajaran program PMET ini adalah merupakan adaptasi daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Nilai-nilai dalam ATM dan Kod Etika ATM. Sebanyak empat nilai dalam ATM iaitu Kecemerlangan, Integriti, Setia Kawan dan Semangat Kepahlawanan. Kod. Etika. ATM. pula. adalah. Taat. Setia,. Disiplin,. Keberanian,. Amanah,. Profesionalisme, Daya Kepimpinan, Esprit de Corps, Kekuatan Kerohanian,. a. Keprihatinan dan Menghayati Sistem Pemerintahan Rejimental (Angkatan Tentera. ay. Malaysia, 2009). Penyataan Masalah. al. Dasar Pendidikan ATM telah didukung sejak penubuhan Kor Perkhidmatan Am. M. (Pendidikan) mulai tahun 1958. Struktur Pendidikan ATM (Angkatan Tentera Malaysia, 2008) menggariskan terdapat lima jenis pendidikan dalam ATM bagi memenuhi tujuan. of. dan Falsafah Pendidikan ATM iaitu Pendidikan Individu, Profesional Tentera, Dalam. ty. Latihan, Bina Akhlak dan Pengajian Tinggi. Berhubung dengan struktur pendidikan. si. dalam ATM, Kajian ini mendapati ATM mempunyai perancangan dan melaksanakan program pendidikan secara berterusan dalam memartabatkan Pendidikan Individu,. ve r. Profesional Tentera, Dalam Latihan dan Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun bagi struktur pendidikan ke-4 iaitu Pendidikan Bina Akhlak didapati tidak begitu. ni. komprehensif dan menyeluruh serta perlu dijalankan secara rasmi di pusat-pusat latihan. U. ATM. Langkah ini adalah sesuai berikutan perkembangan sosial yang turut melibatkan anggota-anggota tentera sebagai sebahagian daripada populasi masyarakat Malaysia (Markas Medan Tentera Darat, 2006b). Di samping itu, peranan pendidikan akhlak yang. lazimnya dijalankan oleh KAGAT adalah kurang sesuai memandangkan anggota ATM terdiri daripada pelbagai latar belakang, etnik, bangsa dan agama. Selain daripada itu, penambahbaikan syarat-syarat perkhidmatan anggota ATM (Angkatan Tentera Malaysia, 2013a) menetapkan bahawa anggota yang bukan. 10.

(33) beragama Islam mestilah lulus ujian penguasaan MET pada tahap yang ditetapkan sebagai salah satu syarat kenaikan pangkat. Justeru, mulai tahun 2013 semua anggota ATM yang bukan beragama Islam yang akan dinaikkan pangkat dikehendaki mengikuti lulus ujian penguasan MET. Penambahbaikan syarat-syarat perkhidmatan ini jelas menunjukkan akan pentingnya ATM melaksanakan program PMET yang komprehensif dan berkesan. Namun begitu, pada masa ini program PMET yang dijalankan masih di. a. peringkat awal, banyak kelemahan serta memerlukan kajian dan penambahbaikan (Azri,. ay. 2009). Permasalahan ini semakin ketara apabila tidak banyak penyelidikan dijalankan secara empirikal mengenai keberkesanan pendidikan karaktor dan pendidikan moral. al. dalam tentera (Williams, 2010). Begitu juga tiada kajian dijalankan secara empirikal. M. terhadap keberkesanan pendidikan moral dan etika tentera dalam ATM (Azri, 2009). Justeru ATM hendaklah memastikan program PMET dan ujian penguasaan MET yang. of. dijalankan adalah berkesan dan mencapai matlamatnya. Aspirasi ini selanjutnya penting. ty. ke arah memenuhi hasrat Plan Integrasi ATM (PI ATM) yang diasaskan kepada Plan. si. Integrasi Nasional (PIN) iaitu ke arah melahirkan rakyat anggota ATM yang memiliki ciri-ciri rohani yang tinggi dan mengamalkan cara hidup bermoral dan beretika. ve r. (Angkatan Tentera Malaysia, 2013b). Satu kajian laporan siasatan menunjukkan lebih 100 siasatan jenayah perang. ni. yang dilakukan oleh anggota tentera Amerika (U.S. Army, 2005) . Dari jenayah kecil. U. seperti kes kecurian hinggalah kes yang besar seperti penderaan, rogol dan pembunuhan. Kemunculan kes-kes ini memberi isyarat bahawa tentera mesti melakukan penambahbaikan dalam pendidikan moral dalam latihan di semua peringkat, terutama dalam latihan awal kemasukan (Kilner, 2004 & 2005). Sewajarnya semua anggota tentera perlu faham mengapa mereka perlu berkelakuan dengan cara yang betul dan sebaliknya tidak mengikut peraturan secara melulu (British Army, 2008). Turut disarankan oleh (British Army, 2008), bagi kes. 11.

(34) yang serius yang mana anggota tentera yang berterusan terlibat dengan perbuatan salah laku hendaklah dipertimbangkan tindakan untuk menamatkan perkhidmatan mereka. Menurut Mohd Radzi (2006), ATM kini sedang menghadapi permasalahan terhadap tahap kualiti keanggotaannya ekoran daripada beberapa kejadian yang menjurus kepada penurunan aspek pengamalan etika dan nilai, iaitu ciri-ciri yang merupakan di antara tunggak utama kepada ATM. Peningkatan statistik kes-kes jenayah dan salah laku. a. dalam kalangan anggota tentera harus dilihat dan ditangani secara serius (Markas. ay. Medan Tentera Darat, 2012). Unjuran kes-kes yang melibatkan anggota-anggota di bawah pemerintahan seperti berikut:. M. al. Jadual 1.1: Statistik Kes Salah Laku Anggota Pemerintahan Medan Tentera Darat Tahun 2008 hingga 2011 2008. 2009. 2010. 2011. Dadah. 206. 376. 307. 235. Jenayah. 224. 281. 394. 219. 154. 174. 340. 403. 554. 381. 423. 369. Tatatertib Am. ty. Tidak Hadir Tanpa Cuti. of. Jenis Kes. si. Sungguhpun peratusan keterlibatan adalah kecil berbanding dengan bilangan. ve r. keanggotaan Pemerintahan Medan Tentera Darat, namun penglibatan mereka dalam kes jenayah dan pencemaran disiplin akan memberi impak yang besar terhadap kredibiliti. ni. dan keupayaan ATM dalam mengekalkan legitimasi rakyat dan mempertahankan. U. kedaulatan negara. Secara amnya, penglibatan anggota tentera dalam kes-kes jenayah dan pencemaran disiplin ini berikutan kurangnya pendedahan dan penghayatan nilainilai agama serta pengukuhan amalan nilai-nilai murni dan etika ketenteraan dalam kalangan anggota (Markas Medan Tentera Darat, 2006b). Keberkesanan dalam memahami, menghayati dan mempamerkan nilai moral dan etika tentera menjadi asas penting dalam menentukan kualiti modal insan dalam ATM. Sebagai seorang anggota tentera yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, seharusnya memiliki nilai-nilai moral dan etika yang unggul ke arah 12.

(35) menyempurnakan tanggungjawab mereka. Dengan itu, anggota tentera akan dilatih untuk melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh disiplin dan dedikasi (Mohd Radzi, 2006). Menteri Pertahanan Malaysia (Tentera Darat Malaysia,. 1981) amat. mementingkan aspek disiplin dan sering mengingatkan warga ATM supaya terus mengekalkan semangat kesetiaan dan disiplin yang telah menjadi budaya kerja organisasi ATM selama ini. Adalah amat penting bagi setiap anggota tentera. a. melaksanakan tugas supaya kenamaan dan keselamatan negara dapat dikekalkan.. ay. Menurut beliau, “kita tidak mungkin mempertahankan negara kita kalau kita tidak berdisiplin kerana badan yang tidak berdisiplin tidak mungkin menjalankan sesuatu. al. tugas dengan jayanya” (ms. 4). Justeru, bagi mengelakkan daripada timbulnya. M. kecelaruan minda dan keraguan serta memastikan teknologi peralatan dan persenjataan tentera memberi kesan secara total, maka ketiga-tiga aspek iaitu manusia, mesin dan. of. kaedah hendaklah diintegrasi dan dititikberatkan (Zulkifeli, 2011).. ty. Di atas keperluan menjalankan pendidikan moral dan etika dalam sesebuah. si. angkatan tentera, maka umumnya semua angkatan tentera dalam dunia ini amat menitikberatkan aspek pembangunan karaktor atau pembinaan akhlak. Ditinjau di. ve r. peringkat serantau, Tentera Nasional Indonesia (TNI) misalnya menjalankan programprogram nilai dan etika menerusi Kursus Manajemen Pembangunan Karakter Bangsa. ni. (Dinas Komunikasi dan Informantik, 2012). TNI dilihat lebih mengintegrasikan. U. program-program nilai dan etika tentera dengan kursus karaktor bangsa di peringkat nasional. Kursus Manajemen Pembangunan Karakter Bangsa tersebut bertujuan agar peserta mengikutinya akan berubah perilaku mereka dan mengembangkan kapasiti dalam membangun karaktor, jati diri dan integriti moral. Dalam ATM, programprogram PMET masih di peringkat percubaan dan memerlukan kepada program PMET yang lebih komprehensif. Selain daripada itu, langkah perkongsian pintar seperti. 13.

(36) menggabungkan program PMET dengan mana-mana kursus lain, mungkin boleh meningkatkan lagi program PMET. Dari perspektif Angkatan Tentera Singapura (ATS) pula, pemupukan nilai dan etika adalah menerusi Ikrar Kesatria Pegawai, Penerapan Nilai-nilai Teras dan Kod Etika. Ikrar Kesatria Pegawai ATS yang didasari sikap kepimpinan, kecemerlangan, tanggungjawab, keberanian, integriti serta setia kepada negara telah dijadikan sebagai. a. penggerak untuk memudahkan penerapan Nilai-nilai Teras ATS kepada anggota. ay. bawahan (Chan et.al, 1995). Seperti yang dinyatakan oleh Chan et.all (1995), Nilainilai Teras ATS adalah bertujuan untuk bertindak sebagai “asas di mana angkatan. al. tentera yang berkualiti dibina dan dijangka untuk membentuk kepercayaan profesional. M. ATS, sikap dan menentukan bagaimana anggota tentera melakukan tugas mereka” (ms. 61). Bagi ATM, ikrar kesatria tidak diterjemahkan dalam bentuk pemikiran,. ty. kepada perkhidmatan ATM.. of. penghayatan dan perlakuan moral dan etika tentera, namun sekadar ikrar taat setia. si. Dalam konteks yang lebih luas, jika dilihat kepada pelaksanaan pendidikan moral dan etika tentera di negara maju, didapati aspek ini amat dititikberatkan. British. ve r. Army (2008) menyebut tentera British percaya terhadap kewibawaan pasukan mereka berasaskan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap anggota. Nilai-nilai tersebut termasuk. ni. komitmen tidak mementingkan diri sendiri, keberanian, disiplin, integriti, kesetiaan dan. U. menghormati orang lain. Dengan menjalani kehidupan berteraskan nilai-nilai tersebut,. anggota tentera menunjukkan bahawa mereka akan sentiasa perihatin antara satu sama lain, sentiasa cuba melakukan perkara yang betul dalam apa juga keadaan dan sentiasa cuba yang terbaik untuk mencapai matlamat yang mereka telah ditetapkan (British Army, 2008). Menurut mereka bahawa reputasi tentera British adalah sangat tinggi. Tradisi kecemerlangan dan sokongan orang ramai adalah bergantung kepada keberkesanan operasi tentera yang didasari oleh standard profesionalisme yang tinggi,. 14.

(37) tingkah laku individu dan disiplin diri seorang tentera British, samada di dalam atau di luar operasi. Kualiti ini tidak boleh dipandang ringan dan tanggungjawab ini hanya boleh dilakukan jika mereka memahami dan menghayati dengan jelas akan nilai dan standard tentera British. Hasrat ini memerlukan setiap anggota dan pemerintahan memahami dan mengamalkan dalam kehidupan bermula yang paling senior kepada yang paling junior dengan konsep kepimpinan melalui teladan. Fenomena ini tidak. a. boleh digeneralisasi dalam ATM kerana pada masa ini kewibawaan ATM tidak. ay. diletakkan keutamaannya kepada nilai-nilai yang dimiliki oleh anggotanya.. Di Amerika Syarikat pula misalnya, berikutan berlakunya perubahan dunia,. al. Angkatan Tentera Amerika Syarikat mengambil tindakan ke arah mengekalkan kuasa. M. mereka terhadap elemen-elemen yang progresif (U.S. Army, 1999). Dasar ini memfokuskan kepada tiga aspek perubahan yang mencabar nilai-nilai dalam institusi. of. ketenteraan iaitu nilai institusi ketenteraan mesti terus mencerminkan budaya yang. ty. sentiasa berubah, menyokong kemunculan misi ketenteraan dan memastikan. si. kesinambungan sebagai tentera yang mampu mengadaptasi amalan, tradisi dan latihan. Dasar pertahanan Amerika yang termaktub dalam U.S. Army (1999). ve r. menyatakan tentera tidak mempunyai pilihan kecuali menghadapi arus perubahan. Dengan kehadiran generasi baru, misi baru, teknologi baru, peralatan baru dan. ni. maklumat baru serta pada masa yang sama juga ketenteraan hendaklah diterajui oleh. U. kepimpinan yang berstrategi, memiliki inovasi dan mampu mencipta perubahan. Pengamalan budaya ketenteraan, prosedur, hierarki struktur, saiz dan lainya adalah amat mencabar dan memberi satu tekanan. Walau bagaimanapun, tentera Amerika harus fleksibel dalam bertindak balas terhadap perubahan, di samping mengekalkan asas tradisi, warisan dan nilai-nilai kebangsaan. Dalam hal ini, ATM sebagai organisasi. profesional dan turut melaksanakan misi-misi ketenteraan di peringkat antarabangsa. 15.

(38) seharusnya perlu sentiasa bersedia ke arah perubahan order dunia di samping mengekalkan tradisi dan nilai dan etika ATM serta nilai-nilai murni Malaysia. Goldman. (1998). memberi. penekanan. tentang. berlakunya. jurang. yang semakin luas di antara nilai-nilai masyarakat dan anggota tentera. Menurutnya:. ay. a. The young men and women joining the military today are a diverse aggregation, generally without the homogeneous values of their grandparents. We have no effective mechanism for teaching them values traditionally esteemed by our military services. We relentlessly challenge them to embrace ever-increasing ethnic, racial, gender, religious and cultural diversity, and they are surprisingly elastic. However, we fail to challenge these young adults with the training and education required for appropriate cognitive development and change.(Goldman, 1998, ms. 62). al. Huntington dalam Wakin (1986), menjelaskan bagaimana kajian terhadap nilai-. M. nilai ketenteraan merupakan aspek penting dalam memahami etika tentera. Tidak semua yang menjadi anggota tentera berasal daripada sumber yang memiliki nilai yang sama.. of. Huntington menjelaskan bahawa, pastinya ketumbukan tentera profesional sesebuah. ty. negara adalah datang daripada masyarakat yang berbeza dalam negara tersebut.. si. Komuniti masyarakat sering mencerminkan perbezaan warisan etnik, ideologi politik, keyakinan agama. Huntington juga mengakui bahawa nilai-nilai ketenteraan yang. ve r. mendalam mempengaruhi tingkah laku profesional dalam ketenteraan. Senario yang digambarkan sewajarnya turut diberi perhatian dan kajian harus dijalankan dalam ATM. U. ni. memandangkan anggota ATM juga daripada pelbagai latar belakang, etnik dan agama. Kajian oleh U.S Army Chaplain pada tahun 2005 yang nyatakan dalam U.S. Army (2004) mendapati tentera Amerika perlu membangunkan nilai-nilai doktrin. dengan mengekalkan tanggapan bahawa nilai dan budaya yang dikongsikan tidak dapat memastikan generasi masa depan berupaya mendepani cabaran. Beliau menyatakan bahawa nilai-nilai ketenteraan hendaklah dilatih secara berpusat dan penerapan nilainilai mestilah jelas objektifnya dalam setiap latihan. Latihan yang berkaitan pendidikan moral tidak harus terhad kepada kurikulum yang berasingan dan hendaklah disepadukan. 16.

(39) setiap dalam latihan dan misi ketenteraan. Dengan itu, pendidikan moral dilihat sebagai realistik dan relevan bagi anggota tentera dengan matlamat yang jelas. Menurut Chaplain (1985) lagi, kebimbangan terhadap kualiti nilai-nilai yang dimiliki anggota menyebabkan organisasi tentera harus memulakan pembangunan anggota bermula di peringkat awal iaitu sewaktu mula memasuki perkhidmatan tentera. Jurulatih atau pemimpin yang mengajar nilai-nilai ketenteraan kepada anggota baru hendaklah terlebih. a. dahulu memiliki nilai-nilai tersebut dan mereka harus berpegang teguh serta mematuhi. ay. atau beramal dengan prinsip nilai-nilai itu. Sesebuah angkatan tentera sepatutnya tidak boleh bertolak ansur terhadap perlakuan yang tidak beretika oleh anggota mereka,. dan. keyakinan. terhadap. profesion. tentera. dan. misi. yang. M. kepercayaan. al. perlakuan tersebut boleh memusnahkan semangat dan perpaduan serta melemahkan. dipertanggungjawabkan (U.S. Army, 1999). Aspirasi bagi melaksanakan program moral. of. dan etika tentera yang tidak terhad hanya kepada sukatan pelajaran PMET semata-mata,. ty. tetapi turut dilaksanakan secara merentasi kurikulum dalam setiap kursus dan program. si. ketenteraan. Malah kepimpinan menerusi teladan haruslah dibudayakan serta tidak berkompromi terhadap perlakuan yang tidak beretika demi memartabatkan kepercayaan. ve r. yang tinggi kepada ATM.. Kekuatan angkatan tentera itu tertakluk kepada ketegasan disiplin dan mentaati. ni. perintah pegawai atasan dengan ketaatan yang tidak berbelah bahagi (Thucydides,. U. 1993). Hakikat ini memerlukan satu usaha yang lebih gigih dalam membina suatu kekuatan moral dan etika tentera ke dalam setiap diri anggota. Sistem latihan atau pendidikan dalam angkatan tentera yang mempraktiskan pemberian ganjaran sebagai anugerah dan hukuman bagi pesalah adalah tidak mencukupi untuk memastikan tingkah. laku moral diamalkan setiap masa (Martinelli-Fernandez, 2006). Oleh itu, satu modul atau program PMET yang komprehensif dan berkesan perlu diwujudkan menerusi kajian penilaian terhadap keberkesanan program PMET yang dijalankan dalam ATM.. 17.

(40) Justeru, kajian ini akan menilai keberkesanan program PMET menerusi penilaian tahap keupayaan input (sukatan pelajaran, jadual, kemudahan, tempat, kewangan, sokongan pemerintah dan fasilitator) dan output iaitu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Seterusnya menilai keberkesanan program iaitu sejauhmanakah sumbangan program PMET terhadap penguasaan moral dan etika tentera (MET) anggota peserta. Berikutnya kajian akan meninjau persepsi ketiga-tiga responden. a. terhadap impak program. Akhir sekali, kajian ini akan menilai tahap penguasaan MET. ay. anggota peserta program PMET dalam ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor.. al. Objektif Kajian. M. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program PMET dalam ATM menerusi penilaian tiga fasa iaitu input, output dan outcomes. Oleh itu penentuan profil. of. peserta dan tenaga pengajar adalah penting bagi mendapatkan data-data yang berkaitan.. ty. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan:. Profil anggota peserta dan fasilitator program PMET.. b). Tahap keupayaan fasilitator (pengetahuan, kemahiran dan keyakinan) program. c). ve r. PMET.. si. a). Kesesuaian sukatan pelajaran, jadual, kemudahan, tempat, peruntukan kewangan. ni. dan sokongan pemerintah program PMET. Sumbangan program PMET terhadap penguasaan MET anggota peserta.. e). Persepsi responden terhadap impak program PMET.. f). Tahap penguasaan MET anggota peserta program PMET.. U. d). 18.

(41) Soalan Kajian Berpandukan kepada objektif kajian, berikut adalah persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini: a). Apakah profil anggota peserta dan fasilitator program PMET?. b). Sejauhmanakah terdapat perbezaan yang signifikan antara profil anggota peserta dengan tahap keupayaan fasilitator (pengetahuan, kemahiran dan keyakinan). a. program PMET? Sejauhmanakah kesesuaian sukatan pelajaran, jadual, kemudahan, tempat,. ay. c). peruntukan kewangan dan sokongan pemerintah program PMET?. Sejauhmanakah sumbangan program PMET terhadap penguasaan MET anggota. al. d). M. peserta?. program PMET?. of. Adakah terdapat perbezaan persepsi di kalangan responden terhadap impak. e). Apakah tahap penguasaan MET anggota peserta program PMET?. ty. f). si. Teoritikal dan Kerangka Konseptual. ve r. Kajian yang bertujuan untuk menilai keberkesanan program PMET ini bersandarkan model logik yang mengaplikasikan teori perubahan dalam kitaran. ni. penilaian sesuatu program (Frechtling, 2007) bagi melihat proses perubahan atau. U. pencapaian matlamat program PMET yang dijalankan dalam ATM. Model logik boleh. digunakan dengan pelbagai kegunaan dalam teori penilaian atau pendekatan. Dalam hal ini McLaughlin and Jordan (2004) yang dipetik dalam Thyer (2010) memperkatakan. mengenai model logik sebagai satu pengatur cara yang terkehadapan untuk melaksanakan sesuatu penilaian. Menurut Frechtling (2007), model logik amat berguna terutamanya dalam menjelaskan hasrat sesuatu polisi atau program, meningkatkan penguasaan komunikasi dalam kalangan ahli tim projek, menguruskan projek, merekabentuk pelan penilaian dan 19.

(42) menentukan persoalan yang harus diberi penekanan, mendokumentasikan projek tentang bagaimana ia bekerja dan memeriksa program atau projek. Frechtling (2007) menjelaskan maksud keempat-empat komponen yang terdapat dalam model logik iaitu input merupakan sumber-sumber yang menjadi faktor penyumbang dalam melaksanakan. satu-satu program. Komponen aktiviti pula. merupakan tindakan yang diambil dalam melaksanakan program yang membawa. a. kepada hasrat yang diinginkan. Seterusnya output merupakan hasil serta merta terhadap. ay. sesuatu tindakan sama ada dalam bentuk perkhidmatan, acara atau produk yang merupakan pelaksanaan secara dokumentasi sesuatu aktiviti yang biasanya dinyatakan. al. dalam bentuk angka. Akhirnya komponen outcome merupakan perubahan yang berlaku. M. yang menunjukkan pergerakan ke arah mencapai matlamat iaitu pencapaian yang diingini atau perubahan yang diharapkan.. of. Model logik adalah cara visual yang menggambarkan teori perubahan. ty. (Frechtling, 2007). Menurutnya, asasnya teori perubahan menerangkan bagaimana. si. pencapaian awal dan pertengahan menetapkan peringkat untuk menghasilkan keputusan jangka panjang. Menurutnya lagi, teori perubahan yang lebih lengkap menjelaskan. ve r. andaian mengenai proses perubahan yang akan berlaku dan menyatakan hasil awal dan pertengahan yang diperlukan untuk mencapai perubahan jangka panjang yang. ni. disasarkan. Andaian menjelaskan kedua-dua antara hasil awal serta pertengahan dan. U. jangka panjang iaitu jangkaan tentang bagaimana dan mengapa intervansi yang dicadangkan akan membawa mereka kepada perubahan. Selalunya andaian yang disokong oleh penyelidikan akan mengukuhkan kes yang berasaskan teori dan kemungkinan bahawa matlamat yang dinyatakan akan dicapai. Jika ditinjau dari aspek pendidikan, elemen ini menjadi faktor utama dalam menyediakan manusia menghadapi cabaran masa depan. Oleh itu, proses perubahan. dalam pendidikan akan berterusan dan tidak dapat dielakkan. Menurut Oliver (1996),. 20.

(43) perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan. Bagi. Dessler (1997) pula, terdapat empat jenis perubahan iaitu yang. pertama adalah perubahan bagi tujuan peningkatan iaitu memberi impak kepada elemen-elemen tertentu dalam organisasi seperti memperkenalkan teknologi baharu atau program pembangunan staf ke arah meningkatkan komitmen dan produktiviti. Kedua adalah perubahan strategi yang melibatkan keseluruhan organisasi seperti mengkaji. a. semula fungsi organisasi dan peranan staf. Ketiga adalah perubahan reaktif yang. ay. tercetus dari respons pelanggan dan pihak berkepentingan atau stakeholders. Keempat pula adalah perubahan akibat jangkaan berikutan kesedaran pihak pengurusan dalam. al. memastikan usaha penambahbaikan kepada organisasi agar lebih kompetitif. Di antara. M. perubahan dilakukan ialah sebagai persiapan menghadapi perubahan baharu, kemungkinan berlakunya perubahan mengikut permintaan pelanggan, penciptaan. of. baharu, bagi menghadapi perubahan polisi dan cara kerja.. ty. Istilah perubahan adalah sangat rencam yang sering dikaitkan dengan proses. si. evolusi dan revolusi. Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Bagi perubahan secara. ve r. revolusi pula, merupakan perubahan yang pantas dan meninggalkan kesan yang ketara. Memperkatakan tentang perubahan, selain daripada model logik terdapat beberapa. ni. model perubahan, di antaranya Model Penggabungan Roger. Menurut Rogers (1995),. U. proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenal pasti. Apabila keperluan telah dikenal pasti maka penyelidik akan memberi petunjuk ke arah menyelesaikan masalah tersebut. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak bagi menghasilkan inovasi. Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan, tetapi juga boleh terhasil daripada amalan praktikal seperti pengamalan mencari jawapan kepada permasalahan. 21.

(44) yang timbul. Perkara ini dikaitkan sebagai Knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan. Bagi Kanter (1989), beliau menegaskan bahawa struktur inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada empat tugas iaitu penjanaan idea, membina idea, merealisasi idea dan pemindaan idea. Kajian oleh Rand Corporation pada tahun 1973 hingga 1978 iaitu penggunaan model Rand dalam. a. mengkaji faktor penyebab atau penghalang kepada perubahan dalam pendidikan. ay. (Berman dan McLaughlin, 1978). Seterusnya Model Acot yang didasarkan kepada projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) pula mengkaji pengenalan komputer di. al. bilik darjah dengan lima langkah perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu. M. kemasukan, pemilihan, penyesuaian, penggunaan dan mereka cipta. Justeru, dalam menjalankan kajian keberkesanan program PMET ini, kajian ini. of. telah memilih prinsip-prinsip yang terdapat dalam Model Logik Universiti Wisconsin. ty. 2002 sebagai rujukan. Model Logik Universiti Winconsin (2002) adalah didasari oleh. si. Model Penilaian Kirkpatrick 1959 dan Model Penilaian Bennett 1975. Model Logik Universiti Wisconsin (2002) mentakrifkan tiga jenis outcomes iaitu fasa pembelajaran,. ve r. tindakan dan keadaan. Ukuran fasa pembelajaran melalui pra-ujian dan pasca-ujian peserta boleh dianggap sebagai impak pertengahan dalam melaksanakan sesuatu. ni. program. Seterusnya data tersebut dapat menerangkan bagaimana fasa pembelajaran itu. U. dipindahkan kepada fasa tindakan agar data-data tersebut lebih bernilai (Houlton, 1996). Fasa tindakan adalah termasuk perubahan dalam tingkah laku dan amalan yang dipraktis yang terhasil dari pembelajaran yang telah diikuti atau sebahagian daripadanya. Fasa tindakan ini umumnya mewakili outcome pertengahan yang boleh membawa kemajuan ke arah outcome yang muktamad. Bagi fasa keadaan pula, kemajuan dalam aspek yang disasarkan samada sosial, ekonomi, sivik atau alam sekitar yang secara umumnya mirip kepada outcome yang muktamad iaitu menjurus kepada impak sesuatu program.. 22.

(45) Selain daripada dimensi outcome sebagai sasaran, Model Logik Universiti Wisconsin 2002 juga memperjelaskan komponen input, output (aktiviti dan penyertaan), outcome, faktor luar dan andaian. Input terdiri daripada sumber-sumber yang dilaburkan adalah untuk menyokong aktiviti pembelajaran (Bennett, 1975). Kritikan hasil Model Logik Houlton (1996) terhadap usaha-usaha awal yang dijalankan oleh Kirkpatrick, memperakui peranan faktor-faktor luaran termasuk teknologi baru dan tekanan sosial. a. boleh melambat atau mempercepatkan tindakan mempratiskan sesuatu amalan.. ay. Akhirnya, Model Logik Universiti Wisconsin (2002) memperakui akan kepentingan andaian yang dibuat oleh para pendidik mengenai bagaimana program. al. pendidikan boleh mempengaruhi outcome atau impak. Andaian ini termasuk. M. penggabungan strategi pendidikan dan kumpulan sasaran iaitu peserta yang menganggap pendidik akan memberikan impak yang besar walaupun sumber yang. of. terhad. Sungguhpun dimensi selain daripada outcome itu tidak menyatakan hasilnya. ty. sendiri, namun dimensi-dimensi itu telah menghuraikan proses dan strategi yang. si. digunakan oleh pendidik bagi mencapai hasil daripada pelaburan atau input. Memandangkan kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan faktor-faktor. ve r. yang mempengaruhi keberkesanan program, maka kajian juga merujuk kepada Model Hammond (1973) yang memfokuskan kepada penilaian objektif dan faktor-faktor yang. ni. berkaitan. Dalam konteks ini, Hammond telah mengutarakan satu struktur penilaian. U. yang dinamakan Model Struktur Penilaian Hammond (1973) yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu institusi, pengajaran dan tingkah laku. Menurut Hammond (1973), dimensi institusi adalah dimensi yang memerihalkan aspek berkaitan ciri-ciri sampel iaitu peserta, pengajar, pentadbir, pakar, keluarga dan komuniti. Dimensi pengajaran pula merangkumi lima aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu organisasi (meliputi pelaksanaan program), kandungan (jadual dan masa kesesuaian program dan sukatan pelajaran), kaedah (kaedah mengajar, aktiviti. 23.

(46) pengajaran dan interaksi dengan peserta), kemudahan (tempat dan kemudahan program) dan kewangan. Dimensi tingkah laku pula adalah merupakan variabel penting yang akan menentukan keberkesanan sesuatu program yang dijalankan. Dimensi ini merangkumi ketiga-tiga domain penguasaan peserta program iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Memandangkan kajian ini untuk melihat penguasaan anggota peserta secara menyeluruh,. maka. kerangka. konseptual. kajian. juga. merujuk. kepada. teori. a. Perkembangan Moral Kognitif berasaskan Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1962). ay. dan Pembentukan Karakter Moral Lickona (1992). Menurut Kohlberg (1962), moral dan etika merupakan sesuatu yang berkembang dan boleh dikembangkan serta boleh. al. merangsang penaakulan individu ke peringkat yang lebih tinggi. Perkembangan moral. M. merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam bentuk pemikiran (Kohlberg, 1985). Perubahan ini berlaku mengikut satu urutan yang tertentu dan tidak. of. mengira jantina. Menurut Lickona (1992) pula, karakter yang baik didukung oleh. ty. pengetahuan tentang kebaikan, keinginan untuk berbuat baik dan melakukan perbuatan. si. kebaikan. Justeru, beliau menekankan tiga komponen dalam membentuk karakter moral dan etika iaitu moral knowing (pengetahuan tentang moral), moral feeling (perasaan. ve r. tentang moral) dan moral action (perlakuan moral). Dengan pembentukan ketiga-tiga domain moral dan etika tersebut, diharapkan seseorang individu itu mampu memahami,. ni. merasakan dan mempamerkan nilai-nilai moral dan etika. Menurutnya lagi, tanpa. U. penekanan kepada ketiga-tiga aspek ini maka pendidikan moral dan etika tidak akan efektif. Sebaliknya dengan memfokuskan kepada ketiga-tiga domain pengetahuan,. perasaan dan perlakuan, di samping pelaksanaan yang bersistem dan konsisten, akan menjamin keberkesanan pelaksanaan pendidikan moral dan etika. Justeru, berasaskan keperluan dan kesesuaian maka kajian ini telah mengadaptasi Model Logik Universiti Wisconsin (2002) dan Model Hammond (1973). 24.

(47) serta Teori Perkembangan Moral Kohlberg (1962) dan Lickona (1992) membina. si. ty. of. M. al. ay. a. kerangka konseptual kajian seperti di Rajah 1.2.. ve r. Rajah 1.2: Kerangka Konseptual Kajian Penilaian Program Pendidikan Moral dan Etika Tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia Di dalam menentukan variabel bagi mengukur keberkesanan program PMET,. ni. kajian ini tidak mengambil kesemua elemen yang terkandung dalam ketiga-tiga dimensi. U. yang dicadangkan oleh Model Hammond (1973). Seperti yang ditunjukkan menerusi model adaptasi di atas, fasa input (elemen pelaksanaan program PMET) merupakan. gabungan sebahagian elemen yang terdapat dalam dimensi institusi dan dimensi pengajaran (Hammond, 1973). Elemen pelaksanaan program PMET ini merupakan variabel tak bersandar yang terdiri daripada tujuh elemen iaitu sukatan pelajaran, jadual, kemudahan, tempat, kewangan, sokongan pemerintah dan fasilitator.. 25.

Referensi

Dokumen terkait