Soal Selidik Fasilitator
ITEMS 114 INPUT 114 MEASURED INFIT OUTFIT
MEAN 135.9 32.8 .00 .34 .94 -.1 1.28 .5 S.D. 7.6 .6 1.10 .13 .33 1.1 1.35 2.3 REAL RMSE .37 ADJ .SD 1.03 SEPARATION 2.83 ITEM RELIABILITY .89
University
146
Seterusnya, analisis konstruk item bagi soal selidik pemerintah pula seperti di Jadual 3.12. Hasil mendapati nilai kebolehpercayaan item yang tinggi dan bersesuaian iaitu 0.89. Ini bermakna secara keseluruhannya konstruk diukur adalah baik kerana nilai kebolehpercayaan melebihi 0.8 adalah dapat diterima kuat (Bond & Fox, 2007). Nilai pengasingan item bagi mengukur konstruk adalah baik iaitu 2.81 bersesuaian dengan cadangan Linarce (2005) yang menyatakan nilai pengasingan melebihi 2 adalah baik. Hasil analisis mendapati nilai PTMEA CORR (point- measure correlation) bagi kesemua item adalah positif menunjukkan semua item yang digunakan berfungsi ke arah yang selari dengan untuk mengukur konstruk yang dibentuk. Nilai positif memberi indikator bahawa item tidak bercanggah dengan pembolehubah (Linarce, 2003). Secara keseluruhannya data didapati sesuai dengan model kerana nilai infit MNSQ bagi kebanyakan item berada dalam julat yang diterima kecuali 14 item yang melebihi nilai 1.4. Nilai infit MNSQ yang lebih tinggi dari julat menunjukkan item-item tidak homogeni dengan item lain dalam satu skala pengukuran. Data terperinci mengenai kesahan item bagi pemerintah pasukan seperti di Lampiran H.
Jadual 3.12: Keputusan Analisis Kesahan Konstruk Item bagi
Soal Selidik Pemerintah
ITEMS 96INPUT 96 MEASURED INFIT OUTFIT
MEAN 135.3 31.9 .00 .42 1.03 -.2 1.18 .1 S.D. 4.2 .4 1.27 .08 .54 1.6 1.15 1.7 REAL RMSE .43 ADJ .SD 1.20 SEPARATION 2.81 ITEM RELIABILITY .89
Sebelum kajian rintis dijalankan, item-item yang tidak homogeni iaitu yang menunjukkan nilai infit MNSQ yang melebihi 1.4 telah dikeluarkan daripada set soal selidik bagi ketiga-tiga kategori responden iaitu anggota peserta, fasilitator dan pemerintah.
University
147 Kajian Rintis
Kajian rintis memainkan peranan dalam menguji kesahan dan keboleh percayaan instrumen kajian tersebut. Menurut Sabitha Marican (2005) kajian rintis adalah satu kajian berskala kecil yang tentatif bertujuan untuk membuat ujian awal dan mengubah suai rekabentuk atau prosedur kajian. Dalam konteks kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan ujian penguasaan MET. Pembentukan instrumen harus mengambil kira kesahan instrumen, penentuan kebolehpercayaan instrumen, penentuan ketunggalan soalan, sebab-sebab soalan dikemukakan dan soalan mestilah menjawab objektif kajian.
Seramai 32 anggota peserta, 32 fasilitator dan 32 pemerintah program PMET dipilih untuk kajian rintis. Bagi kategori responden anggota peserta dan fasilitator, profil mereka telah dianalisis iaitu dari segi bangsa, jantina, umur, taraf perkahwinan, pangkat disandang, lama perkhidmatan dalam ATM dan kelulusan akademik.
Data-data yang diperolehi dari kajian rintis telah dianalisis dengan menggunakan
Statistical Package for Sosial Science (SPSS) melalui kaedah analisa kolerasi.
Berpandukan Nunnally (1978), item soalan akan diubah sekiranya nilai pekali kolerasi (r) kecil iaitu kurang daripada 0.25. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini pula dapat dilihat menerusi nilai Alfa Koefisien Cronbach item-item dalam soal selidik yang dikemukakan. Ahmad Mahdzan (2002) menyatakan bahawa kebolehpercayaan merupakan satu konsep yang ditujukan kepada pengukuran atau instrumen yang digunakan oleh penyelidik terhadap sesuatu konstruk teorinya. Nilai yang diukur adalah berdasarkan hampirnya nilai alpha kepada nilai 1. Kenyataan ini bermaksud apabila nilai alpha semakin menghampiri nilai 1 maka semakin tinggi kebolehpercayaan soal selidik yang dikemukan dalam ujian rintis tersebut. Apabila hasil menunjukkan ketekalan bagi item-item adalah tinggi maka kajian ini akan menjalankan kajian sebenar menggunakan soalan-soalan yang sama seperti ujian rintis.
University
148
Kajian rintis dijalankan dengan meminta kerjasama Jabatan Arah Pendidikan ATM mengkoordinasikan kajian rintis iaitu 32 set soal selidik bagi setiap kategori anggota peserta, fasilitator dan pemerintah pasukan secara sama rata kepada responden dari keempat-empat divisyen dalam ATM yang menjalankan program PMET tahun 2013. Kajian rintis ini dijalankan ke atas anggota peserta, fasilitator dan pemerintah pasukan sebaik sahaja program PMET tamat dijalankan. Responden diminta menjawab dengan lengkap dan kajian ini terlebih dahulu telah memberi taklimat yang jelas kepada jurulatih pendidikan ATM yang menjalani program PMET supaya mereka dapat menyelenggara soal selidik dengan betul dan sempurna. Dalam hal ini, kajian ini tidak perlu mengemukakan permohonan untuk menjalankan kajian kerana telah menjadi tanggungjawab Jabatan Arah Pendidikan ATM untuk menjalankan program PMET dan kajian yang berkaitan dengannya.
Hasil Kajian Rintis
Setelah dianalisis menggunakan SPSS, dapatan kajian rintis terhadap anggota peserta seperti Jadual 3.13 hingga Jadual 3.20 di Lampiran I. Merujuk kepada jadual-jadual tersebut, kesemua 8 jenis item yang dipilih menunjukkan indeks kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai iaitu indeks pekali kebolehpercayaan melebihi 0.6. Indeks kebolehpercayaan yang tertinggi adalah kategori item PdP iaitu 0.948 manakala indeks kebolehpercayaan yang terendah pula ialah item sokongan pemerintah iaitu 0.721. Dapatan ini menunjukkan semua item adalah diterima serta kekal digunakan dalam kajian sebenar.
Bagi fasilitator, hasil kajian rintis adalah seperti Jadual 3.21 hingga Jadual 3.31 di Lampiran J. Merujuk kepada jadual-jadual tersebut, kesemua 11 jenis item yang dipilih bagi soal selidik kategori fasilitator menunjukkan indeks kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai iaitu indeks pekali kebolehpercayaan melebihi 0.6. Indeks kebolehpercayaan yang tertinggi adalah kategori item PdP iaitu 0.973 manakala indeks
University
149
kebolehpercayaan yang terendah ialah item tempat iaitu 0.870. Dapatan ini menunjukkan semua item adalah kukuh dan kekal digunakan dalam kajian sebenar.
Seterusnya kajian rintis bagi pemerintah ditunjukkan seperti Jadual 3.32 hingga 3.40 di Lampiran K. Merujuk jadual-jadual tersebut, kesemua 9 item yang dipilih bagi soal selidik kategori pemerintah pasukan menunjukkan indeks kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai iaitu indeks pekali kebolehpercayaan melebihi 0.6. Indeks kebolehpercayaan yang tertinggi adalah kategori item PdP iaitu 0.956, manakala indeks kebolehpercayaan yang terendah ialah item jadual iaitu 0.840. Dapatan ini menunjukkan semua item adalah kukuh dan kekal digunakan dalam kajian sebenar.
Prosedur Pengumpulan Data
Setelah kajian rintis dijalankan dan mematuhi prosedur-prosedur terhadap instrumen serta menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, maka instrumen tersebut boleh diguna pakai sebagai soalan kajian sebenar.
Seterusnya prosedur kajian dimulakan dengan proses menentukan tujuan kajian ini dijalankan iaitu untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program PMET daripada segi pencapaian matlamatnya iaitu penguasaan MET. Pencapaian matlamat ini diukur dalam ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor. Sepanjang tahun 2013, sebanyak 50 siri program PMET dilaksanakan di seluruh ATM yang melibatkan 1220 anggota peserta, 64 fasilitator pengajar dan 82 pemerintah. Sampel kajian ini adalah populasi sebenar anggota peserta, fasilitator dan pemerintah pasukan yang terlibat dengan program PMET pada bulan September hingga Disember tahun 2013. Dalam tempoh tersebut seramai 469 anggota peserta, 33 fasilitator dan 32 pemerintah pasukan yang terlibat. Kesemua sampel tersebut telah dikemukakan soal selidik sebaik sahaja tampat program PMET. Bagi kategori anggota peserta, selain daripada soal selidik mereka juga akan menduduki ujian penguasaan PMET untuk melihat tahap penguasaan MET selepas mengikuti program PMET.
University
150
Untuk tujuan pengumpulan data, kajian ini telah mendapatkan kebenaran dari Jabatan Arah Pendidikan ATM bertanggungjawab kepada pelaksanaan program PMET dan kajian berkaitan. Soal selidik ini dikendalikan oleh ketua fasilitator program PMET yang telah ditaklimatkan keperluan kajian kepada mereka terlebih. Mereka mengendalikan keperluan soal selidik dan ujian penguasaan MET kepada anggota peserta manakala bagi kategori fasilitator dan pemerintah pasukan pula, hanya soal selidik dikemukakan. Sebanyak 469 set soal selidik dan 469 set ujian penguasaan MET telah dikemukakan terus kepada anggota peserta dan telah dikutip semula setelah mereka menjawab instrumen tersebut. Begitu juga dengan responden 33 fasilitator dan 32 pemerintah pasukan telah dikemukakan set soal selidik menggunakan prosedur yang sama. Data-data yang diperolehi telah dianalisis bagi melihat kebolehpercayaan dan kesahan serta kesesuaian item-item soal selidik. Berdasarkan maklum balas responden, pola hubungan antara dimensi-dimensi dikenal pasti dan dianalisis.
Tatacara Menganalisis Data
Dalam kajian ini, proses menganalisis data melibatkan dua jenis statistik iaitu deskriptif dan inferensi. Untuk menjalankan analisis, proses pengkodan akan dijalankan untuk memudahkan aktiviti memasukkan data ke dalam program SPSS Versi 20.0.
Statistik Deskriptif
Data statistik deskriptif digunakan untuk melihat dan menghuraikan secara menyeluruh tentang latar belakang responden seperti bangsa, jantina, umur, taraf perkahwinan, pangkat yang disandang, tempoh perkhidmatan dalam ATM, lama mengajar PMET, lama menjawat jawatan sekarang dan kelulusan akademik. Skor min, sisihan piawai dan peratusan akan dilihat dalam analisis statistik deskriptif ini. Min menunjukkan purata nilai-nilai skor diperolehi. Dalam kajian ini nilai min untuk ujian penguasaan MET adalah purata markah yang diperolehi oleh anggota peserta. Ia juga menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan membandingkan prestasi antara
University
151
pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Sisihan piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor iaitu sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai maka semakin kecil sebaran skor dalam taburan iaitu data berhampiran antara satu sama lain (homogen). Sebaliknya, semakin besar nilai sisihan piawai maka semakin besar sebaran skor dalam taburan iaitu data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).
Menerusi ujian penguasaan MET, pengukuran tahap penguasaan anggota peserta yang akan memerihalkan keberkesanan program PMET, dianalisis data secara deskriptif dengan mencari min bagi menunjukkan keberkesanan program. Bahagian A adalah soalan objektif yang merupakan penilaian aspek kognitif sebanyak 15 markah (15%), bahagian B adalah ujian empati bagi penilaian aspek afektif sebanyak 45 markah (45%) dan bahagian C adalah ujian pertimbangan MET iaitu penilaian psikomotor sebanyak 40 markah (40%). Oleh itu, markah penuh gabungan kesemua skor bahagian A, B dan C adalah sejumlah 100 markah (100%). Skor ujian penguasaan MET ini digunakan untuk mengukur tahap penguasaan MET anggota peserta program PMET merujuk kepada prinsip keberkesanan program mengikut kaedah Nunnally (1978) seperti Jadual 3.41.