Etika Tentera dalam Angkatan Tentera Malaysia
Di dalam menentukan variabel bagi mengukur keberkesanan program PMET, kajian ini tidak mengambil kesemua elemen yang terkandung dalam ketiga-tiga dimensi yang dicadangkan oleh Model Hammond (1973). Seperti yang ditunjukkan menerusi model adaptasi di atas, fasa input (elemen pelaksanaan program PMET) merupakan gabungan sebahagian elemen yang terdapat dalam dimensi institusi dan dimensi pengajaran (Hammond, 1973). Elemen pelaksanaan program PMET ini merupakan variabel tak bersandar yang terdiri daripada tujuh elemen iaitu sukatan pelajaran, jadual, kemudahan, tempat, kewangan, sokongan pemerintah dan fasilitator.
University
26
Fasa output merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu proses pelaksanaan program PMET yang dikategorikan sebagai variabel moderator. Fasa
output ini adalah merujuk kepada aspek kaedah dalam dimensi pengajaran Model
Hammond (1973) dan merujuk fasa output dalam Model Logik Universiti Winconsin (2002). Seterusnya fasa outcome (impak) pula merupakan hasil yang dicapai oleh program PMET iaitu tahap penguasaan MET anggota peserta (kognitif, afektif dan psikomotor) iaitu variabel bersandar.
Demografi anggota peserta, fasilitator dan pemerintah juga merupakan variabel tak bersandar. Dalam kajian ini, kajian ini memilih latar belakang anggota peserta dari profil bangsa, jantina, umur, taraf perkahwinan, pangkat disandang, lama berkhidmat dalam ATM dan kelulusan akademik. Bagi fasilitator, profil yang dikaji terdiri daripada bangsa, jantina, umur, pangkat dalam ATM, lama mengajar program PMET dan kelulusan akademik. Bagi pemerintah pasukan pula, profil yang dipilih adalah bangsa, jantina, umur, pangkat dan jawatan sekarang, lama memegang jawatan sekarang dan kelulusan akademik. Maklumat-maklumat aspek demografi ini dikumpul menerusi instrumen soal selidik.
Dapat dirumuskan, kajian ini mengetengahkan dua variabel tak bersandar, satu variabel bersandar dan satu variabel moderator. Variabel tak bersandar adalah merujuk kepada elemen pelaksanaan program (fasa input) dan demografi (anggota peserta, fasilitator dan pemerintah). Seterusnya variabel bersandar adalah matlamat program iaitu penguasaan MET anggota peserta (kognitif, afektif dan psikomotor) di fasa
outcome. Manakala bagi variabel moderator pula adalah proses PdP (fasa output).
Variable-variabel ini akan dianalisis bagi melihat hubungan mereka dan seterusnya menilai keberkesanan program PMET yang dijalankan dalam ATM.
University
27 Kepentingan Kajian
Penglibatan anggota tentera dalam gejala sosial dan keruntuhan moral menuntut agar pihak pengurusan ATM memberi perhatian bagi mengatasi gejala ini. Di antaranya adalah dengan memberi perhatian terhadap keberkesanan pelaksanaan program-program bina akhlak, khususnya program PMET. Hasrat ini dapat dijelma dengan melaksanakan cadangan-cadangan daripada kajian yang dijalankan secara ilmiah. Hasil kajian kelak dapat dijadikan panduan ke arah penambahbaikan program PMET dalam ATM. Menyentuh mengenai kajian, sehingga kini tiada kajian dijalankan bagi menilai keberkesanan program PMET dalam ATM. Seperti yang telah diterangkan bahawa pelaksanaan program PMET ini masih di peringkat awal yang memerlukan banyak penambahbaikan agar pelaksanaannya memberi impak yang besar kepada ATM.
Pada masa ini, pelaksanaan PMET ini adalah secara ad hoc dan tidak didaftarkan sebagai program rasmi di pusat-pusat latihan ATM. Oleh itu, kajian ini pastinya akan memberi input dan membantu dalam memperkasakan program PMET dengan cadangan-cadangan penambahbaikan yang dikemukakan. Cadangan-cadangan tersebut akan membantu fasilitator dalam membuat persediaan dan meningkatkan keberkesanan proses PdP, selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemerintah pasukan akan kepentingan program PMET. Selain daripada itu, maklumat-maklumat kajian juga dapat memberi input kepada pihak penganjur untuk memperkemaskan pelaksanaan program PMET pada masa hadapan. Sebagai agensi yang bertanggungjawab kepada program pendidikan bina akhlak dalam ATM, Jabatan Arah Pendidikan ATM akan dapat mengambil manfaat dalam memperkemaskan program PMET dan ujian penguasaan MET sesuai dengan dapatan kajian, tuntutan dan perkembangan semasa. Dengan demikian, pengukuran penguasaan MET bagi tujuan kenaikan pangkat anggota-anggota tentera dapat dijalankan dengan adil dan sesuai berdasarkan tahap kematangan mereka dalam penguasaan MET.
University
28
Justeru, pelaksanaan program PMET yang ditambah baik, komprehensif dan berkesan akan mampu melahirkan anggota ATM yang memiliki pengetahuan, penghayatan dan pengamalan MET seiring dengan pangkat atau jawatan yang disandang. ATM yang dibarisi dengan anggota tentera yang unggul nilai akhlaknya diharapkan berupaya mengurangkan statistik penglibatan dalam kes-kes jenayah dan pencemaran disiplin, sekaligus meletakkan ATM sebagai sebuah angkatan yang profesional dan mendapat keyakinan rakyat dan stakeholders dalam mempertahankan tanah Malaysia daripada pelbagai spektrum ancaman. ATM yang disegani oleh kawan dan digeruni lawan akan mampu meletakkan kestabilan negara pada tahap yang tinggi. Faktor ini penting bagi menentukan negara akan terus membangun, berkembang pesat serta sentiasa meletakkan keyakinan yang tinggi kepada para pelabur asing untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.
Dapatan kajian ini bukan sahaja mampu mencadangkan langkah-langkah meningkatkan keberkesanan program PMET dalam ATM, malah dapat memberi informasi dan dijadikan rujukan dalam meningkatkan kualiti modal insan di jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian di sektor awam dan swasta. Hasil kajian juga boleh dijadikan rujukan kepada angkatan tentera negara-negara lain dalam melaksanakan kajian berkaitan. Dengan terbinanya rangkaian perkongsian maklumat dan strategi pendidikan MET secara menyeluruh, akan menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang cemerlang dan teguh nilai akhlaknya. Kejayaan ini menjurus ke arah merealisasikan hasrat Pelan Integriti Nasional bagi mendukung cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.
University
29 Batasan Kajian
Di antara maklumat yang tepat mengenai penilaian atau maklum balas keberkesanan sesuatu program boleh diperoleh daripada peserta-peserta yang mengikuti program tersebut. Bersesuaian dengan Ronstadt, R. (1984) dan Davies (1971) yang menyatakan peserta merupakan orang yang mampu memberi maklumat sebenar tentang keadaan sesuatu program.
Bagi kajian ini, sampel utama yang digunakan hanya terbatas kepada anggota peserta iaitu anggota tentera yang mengikuti program PMET sahaja. Di samping itu, kajian ini turut menggunakan fasilitator dan pemerintah pasukan sebagai sampel kajian. Dengan itu, hasil kajian yang diperolehi tidak dapat digeneralisasikan kepada anggota-anggota yang tidak mengikuti program PMET. Begitu juga hasil kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada fasilitator dan pemerintah pasukan dari lain-lain program. Selain daripada itu, hasil kajian ini juga tidak boleh digeneralisasikan kepada program-program selain daripada program-program PMET. Justeru, dapat kajian hanya boleh digunakan untuk merumuskan keadaan dan situasi pelaksanaan program PMET dalam ATM sahaja.
Penakrifan Istilah
Penilaian Program
Boone (1995) menyatakan bahawa penilaian program adalah satu proses untuk mendapatkan maklum balas daripada setiap peringkat program bermula di peringkat perancangan sehingga pelaksanaan program. Menurut Bramley (1997) melalui proses penilaian, keberkesanan program dalam memberi kemahiran-kemahiran kepada pelajar itu dapat ditinjau. Trochim (1999) telah mendefinisikan penilaian sebagai suatu kaedah pemerolehan dan penaksiran yang sistematik terhadap maklumat, bagi mendapatkan maklum balas tentang sesuatu objek. Lazimnya penilaian dalam pendidikan adalah merujuk kepada Cronbach (1963), Alkin (1969) dan Stufflebeam (1971) iaitu penilaian
University
30
merupakan suatu proses pengumpulan dan penggunaan maklumat untuk membuat keputusan tentang program-program pendidikan. Bagi Cuthbert (1995), penilaian perlu dilakukan bagi meninjau keberkesanan sesuatu program tanpa mengira jenis program. Beliau juga berpendapat bahawa, melalui penilaian yang dibuat kajian ini boleh mengenal pasti faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan peratusan kejayaan program.
Menurut Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (2000b), penilaian sesuatu program latihan atau kursus dilihat sebagai satu usaha yang bertujuan untuk melihat pencapaian objektif dan pelaksanaannya. Bagi Tassel (1992), penilaian pelaksanaan kursus adalah daripada aspek kandungan komponen kursus dan pengalaman yang diperolehi. Asariah (1991) menekankan bahawa program penilaian hendaklah lakukan secara formal dan diperkukuhkan dengan cara mengesan dan menilai keberkesanan atau hasil daripada kursus yang telah diikuti. Dessler (1997) telah mengutarakan empat elemen penilaian yang harus diberi penekanan iaitu mencakupi reaksi calon terhadap kursus, pembelajaran, tingkah laku dan hasil. Hussein (1991) berpendapat untuk menilai sesuatu program yang dijalankan, selalunya dimulakan dengan istilah-istilah seperti ‘sejauh manakah sesuatu’ dengan itu keberkesanan membawa implikasi. Program yang berkesan adalah program yang berjaya mencapai matlamat dan objektif seperti yang ditetapkan dalam kurikulum menerusi penilaian yang dijalankan (Abdul Razak, 2007). Maka dalam kajian ini, penilaian adalah menjurus kepada suatu proses untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program PMET dalam ATM.
Elemen Pelaksanaan Program
Terminologi elemen pelaksanaan program telah dibina dalam kajian ini adalah yang merujuk kepada sumber-sumber program di fasa input. Dalam kajian ini terdapat tujuh elemen yang terdapat dalam fasa input yang dikenali sebagai elemen pelaksanaan
University
31
program iaitu sukatan pelajaran, jadual, kemudahan, tempat, kewangan, sokongan pemerintah pasukan dan fasilitator.
Penguasaan Moral dan Etika Tentera (MET)
Penguasaan MET merupakan matlamat program PMET iaitu hasil yang ingin dicapai di kalangan anggota peserta. Penguasaan MET merangkumi ketiga-tiga domain penguasaan iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Justeru, tahap penguasaan MET bagi anggota peserta dalam kajian ini dilaksanakan dengan mengukur penguasaan kognitif, afektif dan psikomotorr menerusi ujian penguasaan MET. Pelaksanaannya adalah dengan merujuk teori Hammond (1973).
Domain Kognitif
Dalam kajian ini, domain kognitif adalah merujuk kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh anggota tentera dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengetahuan mengenai 16 nilai moral dan 8 etika tentera. Ukuran kognitif yang digunakan adalah merujuk kepada Teori Taksonomi Bloom (1979).
Domain Afektif
Domain afektif adalah merujuk kepada penghayatan anggota tentera terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan perasaan mereka terhadap emosi nilai-nilai moral khususnya berkaitan 16 nilai moral dan 8 etika tentera dalam program PMET. Aspek afektif ini juga adalah merujuk kepada domain afektif dalam Taksonomi Bloom (1979). Menurut Nor Azizah (1997), aspek-aspek tersebut dapat menggambarkan diri seorang seperti berpandangan jauh, tidak mudah berpuas hati, berupaya melihat sesuatu perkara secara terbuka, mempunyai keyakinan diri, ingin kebebasan, berdikari, kreatif dan inovatif.
Domain Psikomotor
Domain psikomotor atau perlakuan adalah memfokuskan kepada kemampuan anggota tentera dalam mempamerkan tingkah laku MET yang dipelajari menerusi
University
32
program PMET yang telah diikuti. Perlakuan dalam kajian ini memfokuskan kepada kemampuan seseorang individu dalam mengaplikasi dan menyusun serta mengatur sesuatu yang dipelajari secara tertib, kreatif dan inovatif (Lickona, 1997).
University
33
BAB 2
KAJIAN LITERATUR