LAPORAN AKHIR PROGRAM BUSINESS MANIA KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
25-27 APRIL 2014
COLLEGE ARENA DAN SKYLIGHT, KOLEJ IBU ZAIN ANJURAN
EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN DAN EKSEKUTIF ICT DAN PENERBITAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
DISEDIAKAN OLEH: NURUL FADHILAH BINTI MUHAMMAD
A143972
KEMAHIRAN INSANIAH:KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF
PENSYARAH: Dr. SYAIMAK BINTI ABDUL SHUKOR
FAKULTI: KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada JPPEL untuk mengadakan program Business Mania yang akan diadakan pada 25-27 April 2014 bertempat di College Arena dan Skylight, Kolej Ibu Zain.
2.0 PENGENALAN
Business Mania adalah merupakan program berbentuk keusahawanan yang dianjurkan oleh Sekretariat Business Mania yang dipimpin oleh Eksekutif Keusahawanan, Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibu Zain (KIZ). Business Mania dianjurkan untuk menyediakan platform kepada mahasiswa/i yang menjalankan Online Business untuk mempromosikan produk mereka secara nyata serta memberi peluang kepada mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di universiti untuk meluaskan jaringan pemasaran mereka terutamanya kepada mahasiswa/i UKM.
Di samping itu, program ini juga bercadang untuk melancarkan satu laman web rasmi perniagaan di Facebook iaitu ’’UKM Mall’’ yang akan dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM , di mana laman ini akan mengumpulkan mahasiswa/i yang telah menjalankan perniagaan secara online dan juga para peniaga luar untuk memasarkan serta mempromosikan produk mereka. Laman web ini juga dapat memberi kemudahan kepada program-program lain untuk mencari mahasiswa/i yang berminat untuk berniaga di program mereka. Kesan jangka panjang laman web ini ialah dapat membantu serta memajukan perniagaan mahasiwa/i UKM.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menonjolkan bakat usahaniaga dalam diri mahasiswa/i di samping mendedahkan kepada mereka cara-cara mempromosikan produk mereka melalui Pertandingan Pelan Pemasaran.
Pertandingan Pelan Pemasaran ini akan disertai oleh para mahasiswa/i yang
menyertai aktiviti jualan dalam program ini yang terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka perlu membentangkan pelan pemasaran yang mereka lakukan sepanjang tempoh jualan produk mereka di program ini. Di samping itu, kami turut mengundang pihak-pihak luar yang berminat menyertai program ini bagi memeriahkan program ini.
Kelebihan Program:
1. Program ini diadakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan dan pendekatan kepada mahasiswa/i mengenai satu bidang baru iaitu bidang perniagaan secara ‘’online’’ .
2. Program ini merupakan medium untuk mahasiswa/i menimba pengalaman dan merasai cabaran baru dalam selok-belok perniagaan selain mendorong mahasiswa/i kepada pemikiran kritis bagi mencetuskan idea kreatif dalam memasarkan produk mereka.
3. Program ini sebagai pencetus kepada laman web yang akan mengumpulkan kesemua mahasiswa/i yang berniaga secara ‘’online’’ dan sekaligus membantu mahasiswa/i untuk memasarkan produk mereka kepada seluruh pelajar UKM.
3.0 MISI
Program ini diadakan dengan misi untuk menyediakan platform kepada mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan secara online dapat menjual produk mereka secara nyata serta memberi peluang kepada mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan mempromosikan produk mereka.
Di samping itu, program ini diadakan dengan misi untuk mendedahkan kepada para mahasiswa/i kepentingan Pelan Pemasaran dalam mewujudkan perniagaan yang maju serta mempunyai jaringan pemasaran yang kukuh dengan pihak- pihak yang terlibat.
4.0 MATLAMAT
Matlamat program Business Mania ini adalah untuk menerapkan nilai keusahawanan dalam diri mahasiswa/i di samping memberi pendedahan kepada mereka mengenai dunia perniagaan sebenar di mana mereka perlu berani menghadapi sebarang risiko perniagaan.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memberi pendedahan berkaitan bidang perniagaan kepada mahasiswa/i.
5.2 Menonjolkan bakat usahaniaga yang ada pada diri mahasiswa/i agar dapat berkembang hingga ke peringkat yang lebih tinggi melalui pertandingan Pelan Pemasaran.
5.3 Menjalinkan hubungan akrab dan jaringan usahasama dengan pelbagai syarikat korporat yang lain.
5.4 Memantapkan lagi keyakinan dan keberanian mahasiswa/i dalam menghadapi risiko dalam dunia perniagaan sebenar.
5.5 Mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan keupayaan pengurusan keusahawanan dan perniagaan.
5.6 Mendedahkan pelajar mengenai dunia perniagaan secara kecil-kecilan serta memberi peluang kepada peniaga secara Online untuk menjual produk mereka secara nyata.
6.0 TEMA
Tema Business Mania ialah “Get Fun with Business”
7.0 ANJURAN
Eksekutif Keusahawanan dan Eksekutif ICT dan Penerbitan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh: 25-27 April 2014 Masa : 6.00 pm-11.00 pm
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat cadangan bagi program Business Mania akan diadakan di College Arena dan Skylight, Kolej Ibu Zain.
10.0 PUBLISITI
Kawasan liputan publisiti merangkumi notis, banner, banting yang kreatif dan menarik segenap kawasan Ibu Zain dan sekitar UKM. Publisiti juga akan dilakukan melalui papan digital UKM di samping menggunakan laman sosial seperti facebook sebagai salah satu medium hebahan.
11.0 CADANGAN PERASMI
Perasmian penutupan program Business Mania dijangka akan disempurnakan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, UKM.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah keseluruhan adalah seramai 40 urusetia termasuk Majlis tertinggi dan AJK pelaksana. Para tetamu kehormat pula dianggarkan seramai 50 orang mewakili Pentadbiran UKM, Pentadbiran Kolej, Majlis felo KIZ, wakil persembahan dan wakil daripada para penaja.
13. 0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Jualan (Simulasi Perniagaan):
Aktiviti jualan (simulasi perniagaan) ini terdiri daripada mahasiswa/i UKM terutamanya Kolej Ibu Zain yang menjalankan perniagaan secara online dimana kami menyediakan platform kepada mereka untuk memasarkan produk mereka secara nyata. Di samping itu, aktiviti jualan juga akan disertai oleh mahasiswa/i yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di kolej kediaman. Selain itu, kami juga mengadakan beberapa jenis pertandingan yang berkonsepkan inter-block bagi merapatkan hubungan antara pelajar Kolej Ibu Zain. Mereka akan menggunakan pelbagai cara atau strategi untuk menjalankan perniagaan mereka dan strategi-strategi yang mereka gunakan akan dibawa ke Pertandingan Pelan Pemasaran oleh rakan sekumpulan yang lain.
Pertandingan Pelan Pemasaran:
Pertandingan ini disertai oleh mahasiswa/i daripada UKM. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa/i Kolej Ibu Zain dan peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan semasa aktiviti jualan di program ini. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan iaitu seramai maksimum 4 orang satu kumpulan. Pelan Pemasaran yang dilakukan mestilah berdasarkan strategi-strategi pemasaran yang digunakan untuk menarik minat pengunjung. Para peserta perlu menyediakan proposal awal sebagai pengenalan kepada perniagaan yang dijalankan.
Cabutan Bertuah
Aktiviti cabutan bertuah akan diadakan bagi menarik minat pengunjung bagi mengunjungi program Business Mania di samping sebagai penghargaan kepada mereka yang menyokong program ini.
Perasmian Penutupan Business Mania (27 April 2014):
Permulaan: Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita
Ucapan Majlis: Ucapan perasmian penutupan oleh perasmi
Persembahan Persembahan video yang memaparkan aktiviti-aktiviti Multimedia: sepanjang program Business Mania ini dilaksanakan.
Penyampaian Cenderamata: Cenderamata dan hadiah kepada pemenang dan juri diberi oleh perasmi. Cenderamata perasmi pula disampaikan oleh pengetua Kolej Ibu Zain.
Jamuan Makan: Jamuan makan disediakan untuk para tetamu kehormat
16.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi:
RABI’ATUL’ ADAWIYAH BT DAGANG Ketua Pengarah
Business Mania
Plaza MEP, Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89215602 (pejabat kolej) Faksimili : 03-89215600
No Telefon : 014-8370420
Mel-e : [email protected].
18.0 PENUTUP
Diharap pihak pentadbiran Syarikat Nestle dapat memberi bantuan kewangan untuk menjayakan program ini. Diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya adalah untuk melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kolej, dari puncak organisasi hingga kepada warga kolej.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran Kolej Ibu Zain (KIZ).
Disediakan oleh,
RABI’ATUL’ ADAWIYAH BT DAGANG Ketua Pengarah
Business Mania 4 Mahasiswa
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014 Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia Disahkan oleh,
SITI KHAIRUNISA BT ZAINAL Eksekutif Keusahawanan
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014 Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan Oleh,
ENCIK ANUAR AHMAD Pengetua
Kolej Kediaman Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia No Tel : 0126030881
Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM BUSINESS MANIA
Penaung
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Ybhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tn. Hj. Musa Zainal Abidin
Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat En. Anuar Ahmad Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
En Nik Mohd Noor Faizul Md Saad Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
Penyelia
En. Muhamad Shaqiq bin Muhamad Sani Felo Kolej Ibu Zain (KIZ)
Felo Penasihat
En. Muhamad Shaqiq bin Muhamad Sani Felo Kolej Ibu Zain (KIZ)
Ketua Pengarah
Rabi’atul ‘Adawiyah Binti Dagang A141392/FKAB/2
014-8370420
Timbalan Ketua Pengarah Nik Elida Aminah Bt Ramli
A145805/ FST /1 012-9375165
Setiausaha
Siti Noor Adilah Binti Abdullah A143121/FEP/1
019-5443119
Timbalan Setiausaha
Nadiatul ain Nabila Bt Ahmad Taufik A145765/FST/1
013-5917341
Bendahari
Ramakrishnan A/L Ramachandran A145994/FST/1
014-3424324
Penyelaras Program : Nur Amalina bt Mohamad Rosdi A145600/FST/1
Timbalan Penyelaras : Nurul Amalina bt Khauzi
Program A144782/FPI/1
Penyelaras Protokol : Ainnahuzeera a/p Khee King Huat A143171/FEP/1
Timbalan Penyelaras : Zuraini a/p Lau Wau Kong
Protokol A145817/FST/1
Penyelaras Teknikal : Raman a/l Karuppiah A144073/FKAB/1
Timbalan Penyelaras : Hemachandran a/l Jayaseelan
Teknikal A143992/FKAB/1
Penyelaras Peralatan : Muhammat Hanapie bin Zamzani A139646/FEP/2
Penyelaras Publisiti & : Nurul Husna Bt Mohd Nasir Multimedia A146077/FST/1
Timbalan Penyelaras : Siti Khairunnisa Bt Saini Publisiti & Multimedia A145339/FSSK/1
Penyelaras Penajaan & : Arnold Yamil
Pemasaran A146730/FKAB/1
Timbalan Penyelaras :Amirah bt Ahmad Sallim Penajaan & Pemasaran A145493/FSSK/1
Penyelaras Tugas-Tugas Khas : Siti Nor Suraini Binti Abdullah A143365/FEP/1
Penyelaras Jamuan : Fatin Nasuha Bt Ramli A143544/FEP/1
Penyelaras Cenderamata : Nurul Fadhilah Binti Muhammad A143972/FKAB/1
Penyelaras Logistik : Iswaran a/l Krishnan Dan Pengangkutan A145154/FSSK/
Lampiran B Tentatif Program
Business Mania 25-27 April 2014 25 April 2014
Masa Perkara
6.00 petang Pendaftaran para peniaga
6.30 petang Para peniaga memulakan susun atur barangan jualan mereka
7.00 malam Rehat / Solat
8.00 malam Para peniaga memulakan jualan 8.30 malam Pendaftaran para peserta
9.00 malam - Pertandingan Pelan Pemasaran - Petandingan Ceper
11.00 malam Aktiviti jualan dan semua pertandingan tamat
26 April 2014
Masa Perkara
6.00 petang Aktiviti jualan bermula 6.10 petang - Pertandingan Memasak
7.30 malam Rehat
8.00 malam - Pertandingan PES
- Pertandingan Kupas Epal
9.00 malam Persembahan
9.30 malam - Pertandingan Gusti Lengan
tamat
27 April 2014
Masa Perkara
6.00 petang Aktiviti jualan bermula 6.10 petang - Pertandingan Matematik 7.30 petang Rehat / Solat
8.00 malam Aktiviti jualan diteruskan
8.30 malam Para peserta berkumpul dan hadirin berkumpul di lobi untuk majlis penutupan program Business Mania
9.00 malam Ketibaan VIP
9.05 malam Nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita
9.10 malam Bacaan Doa
9.15 malam Ucapan Perasmian Penutupan dan pelancaran page Business Mania
9.30 malam Tayangan Multimedia
9.45 malam Penyampaian Hadiah dan Cenderamata
10.30 malam Jamuan
11.00 malam Bersurai
Lampiran C
BELANJAWAN A. Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA KOS (RM)
1. Sumbangan
JPPEL (Jabatan Perkhidmatan Pelajar)
Tabung MEP
Penajaan
RM 400.00 RM 400.00 RM 4050.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4850.00
B. Anggaran Perbelanjaan
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA RM
1. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
-Kertas A4, Alat Tulis, Pencetakan RM200.00 2. HADIAH MARKETING PLAN
(cadangan)
- Johan : (RM200)X1 (Hamper) - Naib Johan : (RM100)X1 (Hamper) -Ketiga : (RM50)X1 (Hamper)
HADIAH PERTANDINGAN (6 JENIS PERMAINAN) (cadangan)
- Johan : (RM50)X6 (Hamper) - Naib Johan : (RM30)X6 (Hamper) -Ketiga : (RM20)X6 (Hamper)
RM 200.00 RM 100.00
RM 50.00
RM 300.00 RM 180.00 RM 120.00
HADIAH MISTERI BAGI BLOK TERBAIK
-Lelaki : (RM50) X 1 Hamper - Perempuan : (RM50) X 1 Hamper
-SIJIL PENYERTAAN : (RM5X50)
RM 50.00 RM 50.00
RM 250.00 3. CENDERAMATA
- Perasmi : (RM 50 + RM100)X1 (Hamper)
- Pengetua : (RM100)X1 (Hamper)
- Juri : (RM50 + RM 50) X 3 (Wang + Hamper)
RM 150.00
RM 100.00
RM 300.00 4. TUGAS-TUGAS KHAS
-Tag nama -Backdrop
RM 600.00
5. PUBLISITI -Banner -Bunting -Poster -Flyers
RM 800.00
6. TEKNIKAL RM 300.00
7. PERALATAN -Booth Jualan -Gimik
RM 300.00 RM 100.00
8. JAMUAN
-VVIP (RM 10 X 30) -AJK (RM 6 X 50)
RM 300.00 RM 300.00
9. RENCAM RM 100.00
10. JUMLAH RM 4850.00