• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 5) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMPAT ANJURAN KELAB SUKAN IBU ZAIN (KESIZ)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 5) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TEMPAT ANJURAN KELAB SUKAN IBU ZAIN (KESIZ)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 5) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH

15 NOVEMBER 2014

TEMPAT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

KELAB SUKAN IBU ZAIN (KESIZ) MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)

(2)

KERTAS KERJA

PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 5) MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)

KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar bagi menganjurkan program KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 5), Kolej Ibu Zain (KIZ) yang akan diadakan pada 15 November 2014 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0 PENGENALAN

PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT ini adalah anjuran Kelab Sukan Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar terutama pelajar baru untuk mengikuti program ini dan bergiat aktif di dalam program basikal serta pada masa yang sama mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dan masyarakat selain menaikan lagi nama Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat global. Selain itu, pelajar dapat meneroka dan membuat sedikit kajian mengenai konsep pengurusan yang mesra alam. Dengan itu pelbagai maklumat, pengetahuan, dan cetusan idea dapat diperoleh dalam penambahbaikan sistem yang kita gunakan pada hari ini khususnya dalam kelestarian alam sekitar dan budaya berbasikal. Melalui program ini juga, banyak kemahiran yang dapat dikuasai oleh para pelajar seperti:

Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban Kemahiran Komunikasi

Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

(3)

Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme

Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Bagi pihak penaja, ini merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan syarikat mereka kepada para pelajar dan pihak atasan universiti. Jaringan kerjasama yang dibina pastinya mampu mempromosikan syarikat ini yang diharap menjadi suatu permulaan untuk membina kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. Selain itu, ini menunjukkan sokongan pihak penaja dalam melahirkan pelajar yang holistik dan berkemahiran sebagai generasi muda negara.

3.0 MISI

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dengan budaya hidup berbasikal dan merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekitarnya. Selain itu, misi mengadakan program ini juga adalah untuk mengadaptasikan budaya berbasikal di dalam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia.

4.0 MATLAMAT

Dalam mencapai misi yang ditetapkan, PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT (KASIH 5) bukan sekadar sebuah aktiviti berbasikal yang biasa kerana matlamat utama penganjuran (KASIH 5) pada kali ini juga adalah untuk membina jaringan usahasama dengan pihak dalam dan luar UKM disamping beramal dengan menyumbangkan

(4)

sebahagian dana kepada badan yang memerlukan. Selain itu, terdapat juga beberapa matlamat utama dalam menganjurkan program ini. Antara matlamat-matlamatnya ialah:

 Mengalakkan pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dengan berbasikal.

 Mengalakkan pelajar untuk lebih bergiat aktif dalam semua aktiviti yang melibatkan Kelab Basikal.

 Mewujudkan suasana yang lebih mesra, meriah dan pencambahan minda para ahli Kelab Basikal UKM.

 Membudayakan persekitaran berbasikal di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 Membawa nama baik Universiti ke peringkat antarabangsa.

 Mengerakkan idea baru masuk ke dalam universiti mengenai kelestarian yang memastikan kemaslahatan ekosistem daripada pencemaran dan juga membudayakan aktiviti berbasikal sekaligus memberi penambahbaikan yang tepat untuk memacu Universiti Kebangsaan Malaysia ke arah kampus lestari yang cemerlang.

 Mewujudkan laluan berbasikal bukit di Hutan Pendidikan Alam (HPA) Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai salah satu aktiviti sukan ekstrem yang baru dan selamat kepada warga Mahasiswa/I UKM.

5.0 OBJEKTIF

Antara objektif utama program ini dijalankan adalah:

 Memupuk semangat kerja berpasukan pelajar dalam menjayakan aktiviti.

 Membentuk sifat kepimpinan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan.

(5)

 Menjalinkan hubungan baik di antara Pusat Perkembangan Pelajar & Kelab Basikal UKM dengan komuniti/masyarakat sekeliling.

 Mendedahkan kepada masyarakat tentang peri pentingnya bersukan dalam aktiviti seharian.

 Memungkinkan untuk membentuk satu modul pembelajaran dalam aktiviti ko-kurikulum di universiti untuk menerapkan nilai-nilai murni tentang kehijauan alam sekitar kepada pelajar-pelajar.

 Membantu dalam memberi sumbangan kepada salah sebuah badan kebajikan sekitar bangi.

6.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia.

7.0 TARIKH DAN MASA

Program ini diadakan pada:

Tarikh : 15 November 2014 Masa : 8.00 am - 2.00 pm

(6)

8.0 TEMPAT

Program Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH 5) akan berlangsung di sekitar UKM

9.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian perlepasan:

 Naib Canselor UKM

YBhg.Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

10.0 SASARAN PESERTA

Sasaran peserta yang paling utama semestinya barisan pelajar KIZ bukan sahaja pelajar dalam negara, malahan pelajar antarabangsa. Pelajar KIZ terdiri daripada prasiswazah iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda, siswazah iaitu pelajar Sarjana, serta pelajar PhD. Alumni dan juga kakitangan universiti juga turut dijemput dalam KASIH 5 kali ini. Jelasnya, dengan sasaran peserta yang begitu meluas, pihak penaja juga pastinya dapat mencapai objektif dalam mempromosikan syarikat kepada generasi muda dan pada masa sama, dapat menarik perhatian pentadbiran tertinggi universiti dan kolej dalam meluaskan lagi jaringan kerjasama syarikat mereka.

11.0 PUBLISITI

Kawasan liputan publisiti merangkumi notis, banner, bunting yang kreatif dan menarik di segenap kawasan Kolej Ibu Zain dan sekitar UKM. Promosi mengenai PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT 5 anjuran Kolej Ibu Zain turut dihebahkan melalui media sosial iaitu di laman facebook, twitter dan Instagram.

12. 0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk lampiran A

(7)

13.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran B

14.0 BELANJAWAN

Rujuk lampiran C

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan masyarakat

Program ini membantu para pelajara mengenali antara sartu sama lain dan bersemuka dengan komuniti di sekitar Bangi. Ini juga akan membantu dalam membina hubungan yang baik dan kerjasama dengan rakan penaja.

15.2 Memberi sumbangan kepada badan kebajikan

Program ini juga mendidik para peserta mengamalkan nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, sejumlah wang akan disumbangkan kepada sebuah badan kebajikan di sekitar Bangi yang akan ditentukan kemudian. Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban badan kebajikan tersebut dan memberi motivasi kepada mereka.

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi:

Muhammad Ilman Bin Nazim Ketua Pengarah

Program Kayuhan Amal dan Sihat (KASIH 5) Plaza MEP, Kolej Ibu Zain (KIZ)

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan

Telefon : 03-89215602 (pejabat kolej) Faksimili : 03-89215600

(8)

No Telefon : 019-9299096

E-mel :[email protected]

17.0 PENUTUP

Diharap pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM mempertimbangkan dan meluluskan kertas cadangan program PROGRAM KAYUHAN AMAL DAN SIHAT, seterusnya memberi bantuan kewangan dan penajaan untuk menjayakan program ini.

Diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya adalah untuk melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kolej, dari puncak organisasi hingga kepada warga kolej, serta mencapai matlamat penganjuran program untuk membina jaringan kerjasama dengan pihak dalam dan luar UKM. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel), UKM.

Disediakan Oleh,

Muhammad Ilman Bin Nazim

……….

Pengarah

Program Kayuhan Amal dan Sihat (Kasih 5)

Disemak Oleh, En. Anuar Ahmad

……….

Penasihat

Program Kayuhan Amal dan Sihat (Kasih 5)

(9)

LAMPIRAN A CARTA ORGANISASI

KAYUHAN AMAL DAN SIHAT 5 ( KASIH 5 )

Penaung

YBhg.Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor UKM

Pengerusi

YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni ), UKM

Penyelaras

Prof Madya Dr Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni

Penasihat En. Anuar Ahmad Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)

Felo Penasihat En Asyraf Shawaludin Felo Kolej Ibu Zain, (KIZ)

MEP Pemantau

NOOR FARHANA BINTI BASIRON (A146879/FEP/01123378131)

(10)

Ketua Pengarah

MUHAMMAD ILMAN BIN NAZIM (A151434/FSSK/0199299096)

Timbalan Ketua Pengarah

NURFARIHAH BINTI KAMARUDIN (A146200/FST/0196244601)

Setiausaha

JEYLEENNY RANTY ANAK JANSON (A150735/FST/0138426683)

Bendahari

MUHAMMAD FIRDAUS BIN BAHAROM (A149330/FST/0122799560)

Pengarah Teknikal

MUHAMMAD AZIM BIN SAIDI (A151216/FST)

Pengarah Pemasaran

JUWAIRIAH BINTI MOHD ABD RAHIM (A151819/FSSK)

Pengarah Program

AKID ATHIRAH BINTI KAMARZUMAN (A145992/FST)

Pengarah Publisiti

MUHAMMAD NIZAMMUDIN BIN ABDUL RAHMAN (A151334/FSSK)

Pengarah Cenderamata

NUR EZZATI BINTI MOHD NOOR (A146886/FEP)

Pengarah Tugas-tugas khas

SITI NOR SURAINI BINTI ABDULLAH (A143365/FEP)

Pengarah Protokol

SUINI ANAK LEJEM (A151872/FSSK)

(11)

LAMPIRAN B

TARIKH MASA PERKARA CATATAN

2/11/2014 AHAD

0700H Berkumpul di tapak pesta konvo Dataran Gemilang, UKM 0730H Ucapan perasmian

Naib Canselor UKM

YBhg.Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Dataran Gemilang, UKM

0800H Senamrobik Dataran Gemilang,UKM

0830H Pelepasan peserta Dataran Gemilang,UKM 0900H Tiba di Checkpoint pertama

(bangunan Pusat Permata Pintar)

Sekitar UKM 0930H Tiba di Checkpoint kedua

(rumah tumbuhan)

Sekitar UKM 1000H Tiba di Checkpoint ketiga

(Hutan Perlindungan Alam)

Sekitar UKM 1030H Tiba di Checkpoint keempat

(Ladang UKM)

Sekitar UKM

1100H Pulang ke tapak Pesta Konvo Dataran Gemilang,UKM 1130H Penyampaian hadiah Dataran Gemilang,UKM 1200H Makan tengahari dan bersurai Dataran Gemilang,UKM

(12)

LAMPIRAN C

BELANJAWAN ANGGARAN HASIL

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Peruntukan JPPEL

Lain-lain Peruntukan atau Penajaan

RM 1,000 RM 9,000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 10,000

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL AKTIVITI ANGGARAN PERBELANJAAN

1 Teknikal

 Marshall (Motor & Statik, Berbasikal)

 Signage/Papan tanda

 BSMM/Medic

RM 1,000

2 Kit program

 Baju

 Goodies

 Banner

 Bunting

RM 5,000

3 Cabutan bertuah RM 3,000

4. Medal finisher RM 1,000

JUMLAH RM 10,000

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon jasa baik pertimbangan kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan persetujuan pihak berkepentingan bagi menganjurkan kem ini yang akan didedahkan kepada pelajar yang