• Tidak ada hasil yang ditemukan

Company Profile 01

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Company Profile 01"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

(2)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079 c

Pengenalan Syarikat

Info Syarikat

Objektif Syarikat

Misi & Visi Syarikat

Perkhidmatan Kami

Pakej Yang Ditawarkan

Profail Ahli Kumpulan

(3)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

ESI Strategies Traning & Consultant (didaftarkan SMART ESI SDN. BHD.) ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan dalam bidang perundingan, pengendalian program, latihan dan motivasi. E.S.I adalah gabungan daripada awalan 3 perkataan iaitu EMOTIONAL, SPIRITUAL dan INTELLECTUAL. Ketiga-tiga elemen ini amat penting didalam konsep pembangunan modal insan yang seimbang.

Ditubuhkan oleh bekas – bekas pelajar yang aktif didalam persatuan dan berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai program sama ada didalam mahupun diluar kampus. Sebilangan jurulatih ESI Strategies Traning & Consultant pernah menyandang jawatan

Pengerusi ataupun Yang Di-Pertua (YDP) didalam pelbagai persatuan/perwakilan yang terdapat di dalam kampus.

Dengan kelebihan ini, kami percaya dan yakin dapat membantu pihak sekolah, IPT serta mana-mana organisasi dalam mencapai objektif masing-masing supaya membantu menghasilkan pelajar atau individu yang berketrampilan, mempunyai sifat kepemimpinan dan seimbang didalam pelbagai bidang. Kami juga memberi fokus dalam latihan pengurusan organisasi kerana ia adalah aspek yang paling utama dalam kehidupan pelajar IPT bagi menyediakan diri untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

Modul – modul yang digunakan adalah lebih tertumpu kepada pelajar sekolah, penuntut IPT dan organisasi di IPT. Ini kerana, dengan pengalaman kami sebagai pelajar dan juga pemimpin pelajar menjadi satu kelebihan dalam melatih dan mengukuhkan jati diri, meningkatkan sifat kepimpinan, dan memastikan supaya emosi, spiritual serta intelektual seiring dalam pembentukan peserta yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, adalah menjadi kesungguhan kami untuk memastikan kami mendapat mencapai objektif para pelanggan dan objektif ESI Strategies Training.

(4)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Nama Syarikat

ESI STRATEGIES TRAINING & CONSULTANT

No. Pendaftaran Perniagaan

759521-A

Nama Syarikat Berdaftar

SMART ESI SDN BHD

Alamat Perniagaan

NO 44, Jln Ixora 1/9, Taman Ixora,

Bandar Baru Salak Tinggi,

43900 Sepang,

Selangor Darul Ehsan

Alamat Surat-menyurat

NO 44, Jln Ixora 1/9 Taman Ixora

Bandar Baru Salak Tinggi,

43900 Sepang,

Selangor Darul Ehsan

No. Telefon Untuk Dihubungi

013-2115079 (Mohd Suhada Bin Zolkifli)

Maklumat Bank

MAYBANK BERHAD

Branch: Tech. Park Bukit Jalil

No Akaun: 1644-1804-0991 -Mohd Hermas Bin Ab Jalil

INFO SYARIKAT

“ESI Strategies

Training &

Consultant berazam

untuk memberi

perhidmatan yang

terbaik kepada

pelanggan dan

menjadi sebuah

syarikat

perundingan dan

pengendalian

latihan yang

mantap dan

disegani. ”

(5)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

MISI dan VISI

1.

Membina kekuatan

dalaman (rohani,

pemikiran dan

perasaan) para

peserta berasaskan

pembinaan sistem

keyakinan,

perubahan mind-set

dan penerapan

nilai.

2.

Membina nilai – nilai

kepimpinan dan

tanggungjawab

didalam kepimpinan

individu dan

organisasi peserta.

3.

menghasilkan

Membantu

peserta yang

seimbang emosi,

spiritual dan

intelektual dalam

mencapai matlamat

peserta yang

cemerlang.

OBJEKTIF SYARIKAT

4.

Mencetuskan

anjakan paradigma

untuk menjadikan

pembelajaran atau

berkhidmat didalam

organisasi adalah

satu ibadah yang

bukan hanya untuk

kejayaan dunia

tetapi kejayaan

akhirat.

5.

Membantu dalam

pembangunan

modal insan yang

seimbang dari segi

emosi, spiritual dan

intelektual

.

6.

Menyediakan

latihan yang mantap

dan berkeyakinan

seiring dengan

pengalaman kami

supaya pelajar

menjadi lebih

bersedia didalam

pembelajaran,

organisasi

seterusnya dunia

pekerjaan yang

sebenar

.

(6)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

ESI Strategies Training & Consultant

berazam untuk memberi perhidmatan

yang terbaik kepada pelanggan dan

menjadi sebuah syarikat perundingan

dan pengendalian latihan yang mantap

dan disegani. Kami bertekad untuk turut

sama dalam membangunkan generasi

yang berketrampilan dan menyediakan

modal insan yang seimbang dari segi

emosi, spiritual dan intelektual.

(7)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

ESI Strategies Training & Consultant amat menitikberatkan tentang keberkesanan

sesebuah program latihan agar segala objektif program akan tercapai bagi

memenuhi kehendak pelanggan. Kami melakukan perubahan besar kepada konsep

program kami yang berbeza dengan program latihan ditempat lain dengan

mewujudkan 'mood' yang tersendiri ke dalam diri peserta agar minda mereka

sentiasa terangsang untuk menerima dan

memahami segala apa yang dipelajari.

PERINGKAT SEKOLAH

Kem Ibadah

Kem Kepimpinan Pengawas

Kem Unit Beruniform Sekolah

Motivasi Challenge

Kem “Diriku Harapan Keluarga”

(khas untuk masalah disiplin dan

bermasalah)

(8)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

PERINGKAT IPT

Kem Pengurusan Organisasi

Kem Team Building

Kem Pemimpin Mahasiswa Harapan

Kem Motivasi Dan Orentasi Pelajar Baru

Kem Persediaan Fasilitator

Kem Kembara Dan Survival Alam

KAMI JUGA MENYEDIKAN PERHIDMATAN RUNDINGAN TEMPAT

LATIHAN DAN REKREASI SEPERTI :

 Kem latihan

 Dewan

 Pusat peranginan

 Jurulatih khas

(9)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

PERINGKAT SEKOLAH

Jangka masa 3 hari 2 malam

Perkhidmatan Kursus Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail, bahan kursus

*RM40 seorang / minima 60 orang

Jangka masa 2 hari satu malam

Perkhidmatan Kursus Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail, bahan kursus

*RM30 seorang / minima 60 orang

Jangkamasa Program : 1 hari

Perkhidmatan Kursus Jurulatih, penceramah *RM25 seorang / minima 60 orang

PERINGKAT IPT

Jangka masa 3 hari 2 malam

Perkhidmatan Kursus Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail,

bahan kursus *RM45 seorang / minima 60 orang

Jangka masa 2 hari satu malam

Perkhidmatan Kursus Jurulatih, penceramah, hadiah, sijil, fail, bahan kursus

*RM40 seorang / minima 60 orang

Jangkamasa Program : 1 hari

Perkhidmatan Kursus Jurulatih, penceramah *RM30 seorang / minima 60 orang

PENGENALAN SYARIKAT

(10)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Peringatan:

* Harga perkhidmatan di atas hanyalah berdasarkan perkhidmatan perundingan sahaja. Pakej tidak termasuk penginapan dan makanan.

* Bagi perhidmatan program beserta kem latihan. Pelangan boleh menghubungi E.S.I untuk rundingan tempat dan harga.

* Bagi lain - lain perkhidmatan, pelanggan boleh menghubungi E.S.I untuk rundingan Harga

* Harga yang ditetapkan adalah tertakluk kepada situasi semasa dan rundingan.

TERMA DAN SYARAT

Pakej yang ditawarkan di atas adalah untuk pelanggan-pelanggan dari Semenanjung Malaysia sahaja. Pelanggan-pelanggan dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dikehendaki

menghubungi kami terlebih dahulu untuk maklumat harga.

Setiap pakej adalah bersesuaian untuk program – program tertentu sahaja. Sila dapatkan maklumat kesesuaian program dengan pakej yang ditawarkan.

Minima 60 peserta untuk setiap pakej bagi pakej program peringkat sekolah dan IPT.

Bagi penyertaan kurang dari 60 peserta, bayaran minima khidmat kursus sebanyak RM2400 bagi peringkat sekolah dan RM2700 bagi peringkat IPT.

Caj Pengangkutan akan dikenakan bagi jemputan mengendalikan program luar kawasan ( Kuala

Lumpur & Selangor ).

Pengangkutan disediakan jika dikehendaki. Sila hubungi kami untuk maklumat harga pengangkutan.

Pihak sekolah / IPT boleh memilih samada mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dari ESI

(11)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Pengiring atau urusetia dari pihak pelanggan yang menyertai mana-mana program dikehendaki membayar bayaran penginapan ( Chalet ) dan makan minum terus kepada pihak kem SENDIRI.

Penetapan tarikh ( booking ) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh program.

Bayaran pendahuluan ( Deposit ) sebanyak 30% hendaklah dibayar apabila membuat pengesahan penetapan tarikh program. Baki bayaran hendaklah diselesaikan pada hari program dijalankan ATAU selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh program

dilaksanakan.

Tarikh yang telah dipilih tidak boleh dibatalkan atau ditunda ke tarikh lain kecuali atas alasan-alasan yang munasabah yang boleh dipertimbangkan.

Bayaran deposit tidak akan dikembalikan bagi program yang dibatalkan 10 hari sebelum tarikh program.

Pihak penganjur adalah bertanggungjawab secara keseluruhan keatas peserta sepanjang program berlangsung.

(12)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

c

Tn. Muhammad As-Suhaimi Bin Suhardi

(Pengarah Program dan Jurulatih Modul)

Mohd Suhada Bin Zolkifli

(Motivator)

Siti Norfatihah Binti Ab Hamid

(Motivator)

Nik Muhammad Hazdreen Bin Nik Ruseli

(Outdoor Trainer)

Norsyida Binti Ibrahim

(Fasilitator)

Mohamad Nazmi Bin Muhamad Asri

(Fasilitator)

Mohd Hermas Bin Ab Jalil

(Pembangun Web & ICT/ Fasilitator)

PROFAIL AHLI KUMPULAN

“Kami bertekad

untuk turut sama

dalam

membangunkan

generasi yang

berketrampilan

dan menyediakan

modal insan yang

seimbang dari

segi emosi,

spiritual dan

intelektual. ”

(13)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk Buloh dari tahun 1994 hingga tahun 1999.Seterusnya menyambung pendidkan di peringkat menengah di SMK Tunku Abdul Rahman Putra (2000-2002) dan di SMT Kuala Kangsar (2003-2004).

Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam bidang Pengurusan Hotel Di Politeknik Sultan Idris Shah,Sabak Bernam Selangor. Beliau mula bergerak aktif sejak di bangku sekolah lagi dengan menganggotai Pembimbing Rakan Sebaya.Semasa di Politeknik,beliau mula aktif dalam organisasi pelajar.Beliau menganggotai Jawatankuasa Pelajar Kamsis sejak berada dalam semester 2.Beliau menjawat jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelajar Kamsis bagi tahun 2008.

Beliau mula aktif menjalankan aktiviti motivasi di sekolah-sekolah sekitar Selangor dan Perak.Beliau juga aktif dalam menjalankan Kursus kepimpinan dalaman dan luaran sama ada melibatkan pelajar politeknik mahupun sekolah.Antara program yang pernah di jayakan beliau ialah,kursus kepimpinan perantis JPK PSIS,Kem Menuju Puncak Impian di SK Seri Cempaka,Program Motivasi Pemangkin Insan Cemerlang di SK Kg Air Hitam Teluk Intan dan beberapa program lain.

Mohd Suhada Bin Zolkifli

(14)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek.Ren.Keb.Sungai Sekamat dan Sek. Ren. Agama Sungai Sekamat (1994-1999). Beliau kemudianya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Sultan Abdul Aziz Shah Kajang (2000-2004). Beliau melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan pada Januari 2006 dan menerima pengiktirafan pada Oktober 2008.

Anak keempat dari lima adik- beradik ini sangat aktif di dalam ko-kurikulum. Seawal usia 9 tahun beliau memulakan karier sukannya dan mula mewakili sekolah dalam pelbagai jenis pertandingan seperti pertandingan sajak, pidato, tilawah al-quran, debat bahas ala parlimen dan sebagainya. Sewaktu di politeknik beliau mula menceburi diri di dalam organisasi. Bermula dengan jawatan Ahli Biasa (sem 1) dan berkembang ke beberapa jenis jawatan tertinggi dalam pelbagai jenis perwakilan. Antaranya, Exco Biro Kerohanian MPP dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pusat Islam. Beliau juga pernah menjadi salah seorang peserta di Kem Khidmat Negara dan pernah menjadi Wirawati Contoh pada tahun 2005.

Di antara program yang pernah beliau hadiri ialah Kursus Kepimpinan, Minggu Kefahaman dan Penghayatan Islam, Kursus Motivasi Bergitar, Minggu Kesetiausahaan Peringkat Politeknik, Konvensyen Pembimbing Rakan Sebaya, menjayakan program Ihya‟ Ramadhan, Ahli Panel fórum Isra‟ Mikraj dalam Konteks Kemerdekaan, Kursus Emotion Quation, Majlis Tilawah Quran, dan Kursus Biro Tatanegara.

Siti Norfatihah Binti Ab Hamid

(15)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Beliau mendapat pendidikan awal di Sek.Keb.Ampang (1994-1999). Beliau kemudianya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Dato‟ Ahmad Razali (2000-2002). Beliau mendapat tawaran di Sek. Men. Teknik Setapak di dalam aliran Kejuruteraan Awam pada tahun 2003. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam aliran yang sama pada 2006 dan menerima pengiktirafan pada 2009.

Anak kedua dari empat beradik ini sangat aktif di dalam ko-kurikulum. Seawal usia 9 tahun beliau memulakan karier sukannya dan mula mewakili sekolah sewaktu berumur 10

tahun. Sewaktu di politeknik beliau mula menceburi diri di dalam organisasi. Bermula dengan jawatan Ahli Biasa (sem 2) diikuti Ketua Biro Sukan & Rekreasi (sem 3) dan akhirnya menjadi Pengerusi Kelab Kejuruteraan Awam ( sem 5 & sem 6).

Di antara program yang pernah beliau hadiri ialah Kursus Kepimpinan 2006, Kem Mantapan Jati Diri Gua Tempurung 2007, Kem Mantapan Jati Diri Lenggong 2008. Beliau juga menjadi Pengarah Program bagi Majlis Makan Malam Graduan, Hari Keluarga Jabatan Awam, Gotong Royong Jabatan Awam, Hari Bersama Ketua Jabatan Awam, Inteligent Explorace. Beliau juga terlibat untuk menjayakan program Ihya‟ Ramadhan, MKPI 1, 2, dan 3, Ukhwah Ramadhan, Kursus Kertas Kerja Dasar PRSP, Sehari Bersama Warga Bagan Terap.

Nik Muhammad Hazdreen Bin Nik Ruseli

(Pengarah Program dan Jurulatih Modul)

(16)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Beliau dilahirkan di Hospital Reading Berkshire, United Kingdom pada 4 Ogos 1986. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Taman Muda pada tahun 1993 sehingga tahun 1995 sebelum berhijrah ke SRK Pandan Indah, Selangor pada tahun 1996. Di peringkat menengah, beliau telah menyambung pendidikan di S.M.K Pandan Indah dalam tingkatan satu sehingga tingakatan tiga, seterusnya ke Sek Men Teknik Kuala Klawang dari tingkatan empat sehingga menamatkan pelajaran peringkat menengah di tingkatan lima. Anak didik S.M.K.T Kuala Klawang ini, menyambung pendidikan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor dalam bidang Pengurusan Hotel dan Katering dari tahun 2005 sehingga tahun 2008.

Beliau mula bergiat aktif berpersatuan sejak di bangku sekolah lagi, dengan menjadi pustakawan sekolah di peringkat rendah, manakala di peringkat menengah pula sebagai pemimpin pelajar sekolah dan pernah menerima Anugerah Kepimpinan daripada pihak sekolah. Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang ko-kurikulum dan selalu diberi kepecayaan untuk memegang

jawatan penting seperti Naib Pengerusi Persatuan Silat Gayong Fatani dan Naib Pengerusi bagi Persatuan Agama Islam Sekolah. Manakala di peringkat Politeknik pula beliau bergiat aktif dalam Persatuan Ukhuwah atau dulu lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Pusat Islam, dan Kelab Hospitaliti.

Semasa menganggotai persatuan-persatuan ini, beliau telah banyak diberi kursus-kursus kepimpinan, team building jadi diri dan sebagainya, dengan bakat kepimpinan yang ada pada beliau, beliau juga telah diberi amanat untuk menjadi fasilitator kepada ahli-ahli baru untuk kem kepimpinan pemimpin pelajar, kem pemantapan organisasi, serta minggu suai kenal pelajar.

Norsyida Binti Ibrahim

(17)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Beliau dilahirkan di Hospital Bersalin Pulau Pinang pada 15 September 1987. Beliau mendapat pendidikan awal di S.K Francis Light Pulau Pinang pada tahun 1994 sehingga tahun 1998 sebelum berhijrah ke S.K Sri Langat Banting, Selangor pada tahun 1999. Di peringkat menengah, beliau telah menyambung pendidikan di S.M.K Tinggi Kajang pada tahun 2000-2005. Bekas pelajar

S.M.K Tinggi Kajang ini, menyambung pendidikan di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor dalam bidang Kejuruteraan Awam dari tahun 2006 sehingga tahun 2008.

Beliau mula bergiat aktif berpersatuan sejak di bangku persekolahan dengan menjadi salah seorang ahli Kelab Teknologi Kejuruteraan, selain itu beliau juga adalah Pengerusi bagi Kelab Siaraya Sekolah. Beliau juga turut menganggotai Pembimbing Rakan Sebaya. Selepas menyambung pengajian di peringkat diploma, beliau meneruskan minat dan bergiat di dalam Persatuan Ukhuwah dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pusat Islam dan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik semenjak semester 1. Pada tahun 2008, beliau telah diberi mandat dan kepercayaan memegang jawatan Pengerusi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik.

Semasa menganggotai persatuan-persatuan ini, beliau bergiat didalam Program „Team Building‟ di peringkat dalaman Politeknik dan juga Kem Kepimpinan kepada ahli-ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik. Program yang telah dijayakan oleh beliau antaranya adalah Program Muhibah melibatkan PRS Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim Perak dan juga Politeknik Kota Bahru, Kelantan. Selain itu ialah Kem Kepimpinan PRS Politeknik Sultan Idris Shah dan beberapa lagi program.

Mohamad Nazmi Bin Muhamad Asri

(Pengarah Program dan Jurulatih Modul)

(18)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Menerima pendidikan awal di Sek. Keb. Sungai Besi, Kuala Lumpur (1994-1999) dan seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur (SMAKL) (2000-2004). Beliau kemudiannya menyambungkan pelajarannya ke Politeknik Sultan Idris Shah (2006-2008) dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Antara pencapaian tertinggi yang pernah diterimanya adalah Anugerah Kecemerlangan Akademik & Ko-Kurikulum Jabatan Kejuruteraan Elektrik pada Majlis Konvokesyen ke-4 Politeknik Sultan Idris Shah. Beliau telah membuktikan bahawa sebarang aktiviti ko-kurikulum tidak akan mengganggu prestasi akademik jika masa diuruskan dengan baik.

Antara jawatan yang pernah disandang adalah Bendahari Pusat Islam PSIS -Semester 1, 2006; Ketua Biro Data & ICT Jawatankuasa Pelajar Kamsis PSIS – Semester 2-6, 2006-2008; Naib Pengerusi Kelab Kejuruteraan Elektrik PSIS – Semester 5-6, 2008 dan pernah menjadi Pengarah Program bagi JKE Decathlon anjuran Kelab Kejuruteraan Elektrik PSIS. Beliau juga sering dilantik menjadi AJK bagi hal-hal yang berkaitan dengan ICT, rekabentuk grafik, poster dll. Antara program yang mendapat sentuhan kreatif beliau adalah Program Minggu Kefahaman & Pengahayatan Islam (Pusat Islam PSIS), Konsert Keamanan Asia Barat (JPK PSIS-AMAN MALAYSIA), Malam Para-Graduan Konvokesyen Ke-3 PSIS (ALUMNI PSIS), Kejohanan Pencak Silat Tertutup PSIS (JPP PSIS) dan banyak lagi.

Beliau juga kerap menghadiri kursus-kursus seperti Kursus Organisasi Pentadbiran (KOP), Kursus Emotion - Quitón (EQ) dan beberapa kursus yang lain.

(19)

SMART ESI SDN. BHD, No 44, Jalan Ixora 1/9, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. |013-2115079

Referensi

Dokumen terkait

Rupa dari sebuah kemasan mengandung unsur-unsur rupa antara lain bentuk, garis, tekstur, warna, ukuran (mass), bidang (space), juga terdapat pertimbangan mengatur komposisi

Apabila dalam Masa Uji diketahui oleh Penanggung bahwa keterangan yang diberikan dalam Surat Permintaan Asuransi (SPA) serta keterangan lainnya yang berhubungan

Dalam ketidakpastian, pengambil keputusan tidak dapat memusatkan perhatiannya hanya pada satu kolom saja, namun untuk seluruh tabel sehingga tidak jelas tindakan mana yang

Dengan ini saya menyatakan bahwa skripsi berjudul Pemanfaatan Arang Aktif Tempurung Kelapa Sawit dan Tongkol Jagung sebagai Adsorben Logam Berat pada Limbah Batik

dapat diketahui bahwa proporsi penderita stroke haemoragik yang tertinggi berdasarkan hasil CT-Scan yaitu mengalami Perdarahan Intraserebral (PIS) 83,8% dan terendah

Dengan lahirnya teori EQ tidak berarti sebagai lonceng kematian bagi teori IQ, demikian pula kehadiran SQ tidak untuk memukul pingsan teori emosi manusia dalam EQ,

Kesimpulan yang dapat diambil dari penelitian Sebaran Spasial Cumi-cumi (Loligo Spp.) dengan Variabel Suhu Permukaan Laut dan Klorofil-a Data Satelit MODIS AQUA di Selat

Uji kelakuan fasa surfaktan dalam faktor suhu pemanasan dan konsentrasi asam yang dilakukan menunjukkan bahwa semua perlakuan tidak mem- berikan hasil yang berbeda