• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 10_Kemasan Bangunan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 10_Kemasan Bangunan"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 10 : KEMASAN DALAM BANGUNAN

10.1 PENGENALAN

Kemasan merupakan kerja penghabisan dalam proses pembinaan bangunan di mana ia membentuk kecantikan sesebuah bangunan tersebut. Beberapa jenis kemasan boleh digunakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran serta kos. Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

a. kemasan lantai b. kemasan dinding c. kemasan siling

10.2 KEMASAN LANTAI

Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban yang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik

(2)

di permukaannya. Berdasarkan pada ciri-ciri yang dikehendaki, pelbagai jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan. Kemasan lantai bertujuan untuk mengelakkan struktur lantai daripada mengalami kehausan dan berlapuk. Hal ini akan mewujudkan keselamatan dan memberi keselesaan kepada penghuni disamping ia juga dapat memberikan satu permukaan yang menarik terhadap bangunan. Pemilihan kemasan lantai adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah :

i. Kecantikan rupa bentuk bahan ii. Kelasakan (tahan lama) iii. Selesa dan selamat iv. Rintangan api v. Kebersihan

vi. Rintangan asid dan alkali vii. Rintangan kepada haus viii. Harga

10.2.1 JENIS KEMASAN LANTAI

Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan antaranya adalah jejalur kayu, parket, mozek, terazo dan sebagainya.. Didalam projek pembinaan ini, hanya dua jenis kemasan lantai sahaja yang digunakan iaitu;

a) Kemasan lantai daripada lepaan simen b) Kemasan lantai daripada jubin

a. Kemasan lantai daripada lepaan simen

Kemasan jenis ini digunakan pada pembinaan perumahan kos rendah. Lepaan simen terdiri daripada campuran simen, pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:3. Terdapat dua lapisan turapan iaitu lapisan pertama menggunakan mortar dan lapisan kedua menggunakan simen minyak (slurry cement). Bagi lapisan pertama, air yang digunakan untuk membancuh mortar adalah dalam kuantiti yang sedikit. Ini bagi memudahkan kerja-kerja turapan. Lepaan simen dibuat secara tuang disitu, diratakan dengan

(3)

menggunakan kayu perata durby pada kecuraman permukaan yang sesuai pada ketebalan 50mm.

Setelah lapisan pertama siap, permukaannya akan dilicinkan dengan menggunakan ‘slurry cement’ setebal 0.7mm. Alat yang digunakan untuk melicinkan permukaan adalah pemaras keluli.

b. Kemasan lantai daripada jubin seramik

Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang tamu dan ruang makan. Bilik mandi dan tandas serta dapur. Sebelum pemasangan jubin seramik, ia hendaklah diturap terlebih dahulu dengan mortar. Setelah ianya selesai, pemasangan jubin seramik dimulakan.

Terdapat dua jenis jubin yang digunakan iaitu jubin gilap (permukaan licin) dan jubin separuh gilap (permukaan sedikit kesat dan kusam). Jubin gilap akan dipasang pada ruang tamu dan ruang makan serta dapur. Manakala jubin separuh gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas.

Rajah 10.2.1 : Pemasangan jubin.

Jubin-jubin dipasang dengan mengatur di atas lapisan asas mortar setebal 20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air. Setelah selesai pemasangan jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi simen putih. Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh dirosakkan oleh minyak.

(4)

Rajah 10.2.2 : Jubin yang telah siap dipasang.

10.3 KEMASAN DINDING

Kemasan dinding mempunyai fungsi khas dalam sesebuah bangunan. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kesan kecantikan dan meninggikan daya ketahanan sesuatu dinding. Selain itu, ia juga menutupi permukaan dinding yang tidak rata dan memberikan permukaan rata. Kemasan dinding terbahagi kepada dua jenis iaitu;

a. Kemasaan lepa b. Kemasan Jubin

10.3.1 KEMASAN MELEPA

Melepa merupakan salah satu kerja kemasan untuk dinding atau tembok. Kerja melepa dinding dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan paip air dan elektrik siap dilakukan. Didalam kerja melepa bahan pelekat yang digunakan ialah mortar. Mortar adalah hasil campuran simen penampal (walcrate), pasir halus dan air. Simen penampal berbeza dari simen Portland biasa. Ini kerana simen penampal mengandungi kapur dan simen. Manakala pasir yang digunakan untuk melepa lebih halus dari pasir yang digunakan dalam bancuhan mortar mengikat bata. Dengan itu, campuran simen penampal, pasir halus, dan air adalah khusus untuk tujuan melepa. Nisbah campuran yang digunakan untuk menghasilkan mortar ialah 1:3 (simen:pasir). Mortar yang digunakan dibancuh di tapak dengan menggunakan mesin penggaul konkrit (concrete mixer). Kualiti mortar perlu dikawal dengan baik

(5)

supaya menghasilkan mortar yang berkualiti. Bagi projek pembinaan dibawah HC Hidayah Construction, kerja melepa meliputi di dalam bangunan dan di luar bangunan.

Dalam kerja melepa ini, lapisan ‘base coat’ dilepa pada dinding bata yang telah siap diikat. Lapisan ini adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada lapisan ‘finish coat’ yang akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan lembap. Selain itu, lapisan ini juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata yang kurang rata.

Lapisan ‘finish coat’ akan dilepa kemudiannya pada ketebalan ½’ hingga 1’ bergantung kepada kerataan dinding menggunakan sudip. Seterusnya, lapisan ‘plaster’ ini akan dilepa dengan satu lapisan minyak yang dikenali sebagai ‘slurry cement’. Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah yang akan menonjolkan ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan simen ‘slurry’ dilepa, ia akan disapu dengan air menggunakan berus cat supaya garisan halus terhasil pada dinding untuk mengekalkan kelembapan pada lepaan. Ini perlu supaya cat yang dicat dapat melekat pada dinding.

Rajah 10.3.1.1 : Kerja melepa sedang dijalankan

Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan dua lapisan iaitu ‘base coat’ dan ‘finish coat’. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah adalah lebih kasar yang menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan ‘finish coat’, dinding akan disapu dengan air menggunakan span. Ia bertujuan untuk menampakkan permukaan dinding lebih kasar.

(6)

Rajah 10.3.1.2 : Mengemaskini lepaan

Kerja-kerja melepa dinding memerlukan pengawasan dan penelitian yang begitu rapi bagi memastikan tiada kecacatan. Oleh itu, lepaan dinding mestilah rata dan tiada rekahan.

(7)

10.3.2 CAT

Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan pada sesebuah bangunan berdasarkan kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya. Secara amya, kebanyakkan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri daripada;

 Cat minyak  Cat air

 Cat kapur (Emulsi)  Cat distemper  Cat kegunaan khas

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam usaha untuk memberi lapisan perlindungan dan mencantikkan permukaan bahan-bahan binaan. Tujuannya ialah untuk menghias, kebersihan, perlindungan bahan supaya tahan lama, dan menambahkan keberkesanan cahaya lampu.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada pewarna dan cecair. Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat dan pelarut. Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat seta memberi sifat kalisan dan kelincinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan semasa mengecat. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan yang lain. Didalam pembinaan ini cat yang sering digunakan ialah cat minyak dan cat kapur (emulsi).

 Cat Minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat biasanya tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

(8)

 Cat Kapur (Emulsi)]

Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air untuk mencairkannyasemasa digunakan. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan dinding bata dan konkrit bagi tembok dalam atau tembok luar. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek atau disembur. Terdapat empat cara mengecat :

a. Berus b. Semburan

c. Penggelek atau rola d. Pencelupan

Tetapi dalam projek pembinaan rumah kediaman dibawah HC Hidayah Construction, hanya dua kaedah sahaja yang digunakan iaitu menggunakan berus dan menggunakan penggelek atau rola. Hal ini demikian kaedah ini menjimatkan serta senang digunakan. Kerja mengecat dibuat dengan turapan lapisan-lapisan berikut:

i. Lapisan asas (Prime coat) ii. Lapisan alas (Under coat)

iii. Lapisan kemasan (Finishing coat)

i. Lapisan Asas

o Merupakan lapisan pertama.

o Mengandungi minyak pigmen senang kering.

o Dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya serta menembusi permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya. o Mencegah karat.

o Bahan paling sesuai ialah plumbum putih dicampur dengan minyak linseed.

ii. Lapisan Alas

(9)

o Menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat dan menyebabkan kehilangan cat

o Lapisan alas mesti kering dahulu sebelum disapukan cat kemasan akhir.

iii. Lapisan Kemasan

o Lapisan akhir yang melindungi permukaan bahan daripada cuaca buruk, kimia dan kerosakan.

o Menentukan jalinan dan warna kesan terakhir permukaan bahan.

Rajah 10.3.2.1 : Kerja mengecat dinding sedang dilakukan menggunakan rola pengecat.

(10)

10.4 KEMASAN SILING

Pemasangan siling bertujuan untuk kemasan terutamanya untuk menutup pandangan bahagian bawah rangka bumbung supaya tidak kelihatan. Selain itu, ia juga menghalang haba panas atau sejuk daripada menembusi bumbung dan seterusnya masuk kedalam rumah. Di rumah kediaman Asrama Hidayah, kerja siling dijalankan dalam masa seminggu dimana siling yang digunakan ialah siling kapur. Jenis siling yang digunakan ialah siling gantung iaitu jenis siling yang tidak menerima sokongan daripada dinding. Ia juga dikenali sebagai siling palsu. Siling ini perlu dicat supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.

Dalam pemasangan siling, satu pengikat akan dipasang terus kepada alang atau kasau bumbung. Kemudian siling bumbung dipasang secara terus menerus pada kasau atau jeriau bumbung. Siling bumbung ini akan dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau. Jalur atau ruang yang terbentuk di antara papan-papan simen dikemaskan dengan jalur penutup siling.

(11)

10.5 KOMEN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, pekerja binaan dapat melaksanakan kerja tanpa berlakunya sebarang kemalangan. Walaubagaimanapun, pemakaian topi keselamatan perlu diaplikasikan dalam kerja pembinaan bagi mengelakkan sebarang kemungkin yang akan berlaku terutamanya dalam melaksanakan kerja-kerja siling kerana sekiranya pekerja-kerja tidak berhati-hati, kemungkinan besar pekerja-kerja akan mengalami kecederaan kepala yang teruk. Selain itu, pekerja yang terlibat dalam kerja siling juga perlu mengaplikasikan penggunaan cermin mata

keselamatan sebagai pelindung kepada mata. Terutamanya dalam kerja-kerja menampal siling.

Referensi

Dokumen terkait

Kemasan kertas dan karung goni dapat digunakan untuk menyimpan daun nilam kering pada saat terjadi penundaan penyulingan karena jenis kemasan daun nilam kering

1.2 Justifikasi Halia merupakan antara rempah ratus yang gemar digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai bahan perasa yang mampu meningkatkanaroma dalam pelbagai jenis

Pelapis yang dapat mencegah kehilangan warna dan mempunyai resistensi terhadap panas yang tinggi, digunakan untuk kemasan kaleng bir dan minuman ringan.

Pada makanan yang dikemas dalam kemasan plastik, adanya migrasi ini tidak mungkin dapat dicegah 100% (terutama jika plastik yang digunakan tak cocok dengan jenis

Walaupun plastik memiliki banyak keunggulan, terdapat pula kelemahan plastik bila digunakan sebagai kemasan pangan, yaitu jenis tertentu (misalnya PE, PP, PVC) tidak tahan

Tipografi yang digunakan pada kemasan produk ini kebanyakan menggunakan jenis huruf san serif (century gothic). Huruf ini cocok dan tepat digunakan untuk nama

Menurut Triyanto (1991), karton gelombang merupakan bahan kemasan distribusi yang paling umum dan paling banyak digunakan untuk berbagai jenis produk, mulai dari buah-buahan

I. Jenis dan Jumlah Media Pembawa/Kemasan kayu: ... Alasan perlakuan: ... Jenis pestisida/bahan yang digunakan : ... Lama perlakuan: ... Tempat pelaksanaan perlakuan : ...