• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF SAINS SIASATAN AMBILAN OKTOBER 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF SAINS SIASATAN AMBILAN OKTOBER 2020"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PANDUAN PROGRAM

DIPLOMA EKSEKUTIF SAINS SIASATAN

(2)

2

PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA Aras 9, Wisma R&D Universiti Malaya

Jalan Pantai Baharu, 59990 Kuala Lumpur Tel: 03-2246 3600 Faks: 03-2246 3627 Laman Web: http://www.umcced.um.edu.my

(3)

3

ISI KANDUNGAN

Halaman

1. Latar Belakang 4

2. Senarai Kakitangan Pentadbiran 7

3. Maklumat Am 9

4. Tempoh Pengajian 9

5. Pendaftaran Kursus 9

6. Struktur Program Pengajian 10

7. Kehadiran Kelas 13

8. Skim Penggredan 13

9. Mempertingkatkan Prestasi Akademik 14

10. Penentuan Prestasi Akademik Pelajar 15

11. Tidak Hadir Peperiksaan 16

12. Rayuan 17

LAMPIRAN

 Lampiran A - Senarai Penawaran Kursus Mengikut Semester 19  Lampiran B - Kalendar Pengajian Ambilan Oktober2020 28  Lampiran C - Caj Yuran Pengajian dan Yuran Pendaftaran 30

Nota : Maklumat yang dinyatakan di dalam buku ini adalah benar sehingga ke tarikh cetakan dibuat. Sebarang perubahan akan dimaklumkan secara rasmi dari semasa ke semasa.

(4)

4

1. LATARBELAKANG

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya atau Universiti Malaya Centre for Continuing

Education (UMCCed) yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan sebuah pusat di bawah

Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program-program pendidikan dan latihan khusus kepada golongan bekerja pada peringkat Diploma, Diploma Eksekutif, Sijil serta kursus-kursus pendek dalam pelbagai bidang. Di samping itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta-peserta antarabangsa melalui bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta menjadi urus setia dan penganjur dalam pengurusan seminar dan persidangan untuk pelanggan-pelanggan dari dalam dan luar negara.

Berteraskan prinsip pendidikan sepanjang hayat, kebanyakan program yang ditawarkan adalah berbentuk separuh masa dan disusun mengikut keperluan individu dan organisasi korporat. Kelas yang biasanya diadakan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja memberi peluang kepada warga bekerja untuk memanfaatkan masa yang terluang secara lebih produktif bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka secara berterusan.

UMCCed telah membuktikan kecemerlangannya sebagai penyedia latihan terkemuka di negara ini dengan kejayaan melahirkan lebih 23,000 graduan yang terdiri daripada warga bekerja pada peringkat Diploma Eksekutif dan Sijil dalam pelbagai bidang. Ramai antara mereka telah pun mengecap pelbagai kejayaan sama ada dalam kerjaya atau pun melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pencapaian ini juga memperlihatkan kepercayaan, keyakinan serta pengiktirafan sektor korporat terhadap keupayaan pusat ini dalam menyumbang ke arah pembangunan tenaga kerja mereka.

Penawaran program-program yang berkualiti melalui UMCCed ini adalah bertujuan memenuhi hasrat Universiti Malaya untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya untuk memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat. Usaha ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif melalui Model Ekonomi Baru serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju.

Lokasi Strategik

Kedudukan strategik UMCCed di Wisma R & D Universiti Malaya memberikan kemudahan akses kepada orang ramai melalui jaringan jalan raya utama dan juga pengangkutan awam.

(5)

5

Kemudahan

UMCCed juga mempunyai kemudahan pembelajaran yang selesa seperti perpustakaan, bilik seminar dan makmal komputer untuk kegunaan pelajar-pelajarnya. Kemudahan lain seperti kafetaria, surau dan tempat letak kereta yang luas turut disediakan.

Komitmen

UMCCed sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada semua golongan pelanggan. Peranan yang dinamik ini akan sentiasa ditingkatkan bagi menghasilkan warganegara yang berilmu, sesuai dengan keperluan pembangunan negara.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan. Misi

Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat umum, sama ada dari dalam atau luar negeri, dengan menawarkan kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan individu dari segi profesion atau pembangunan diri.

(6)

6

Pada masa ini terdapat sepuluh (10) program pengajian yang ditawarkan oleh UMCCed seperti di bawah :

Bil. Nama Program Kod

Program

Tempoh Pengajian Minimum

1. Diploma Eksekutif Sains Siasatan UFG 4 semester

2. Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) UFA 6 semester 3. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) UFB 6 semester 4. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) UFC 6 semester 5. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak UFD 6 semester

6. Diploma Eksekutif Kaunseling UFE 6 semester

7. Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan UFF 6 semester 8. Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat UFH 6 semester

9. Diploma Eksekutif Pengajian Syariah UFK 6 semester

(7)

7

2. SENARAI KAKITANGAN PENTADBIRAN

JABATAN PROGRAM AKADEMIK (JPA)

JAWATAN NAMA TEL E-MEL

Pemangku Pengarah Timbalan Pengarah (Akademik)

Dr. Amirrudin Kamsin Prof. Madya Dr. Ainuddin Wahid Abdul Wahab

2246 3633 2246 3633

amir@um.edu.my ainuddin@um.edu.my

Ketua Jabatan Datin Farinda Abdul Ghani 2246 3459 farinda@um.edu.my Pengurus Penolong Pengurus Eksekutif Kanan Eksekutif Kanan

Mohd. Nasran Abd Halim Maryam Ishak

Nurziaty Alias

Nor Adilah Mohd Nor

2246 3632 2246 3631 2246 3629 2246 3624 nasran@um.edu.my maryam@um.edu.my a_zetty@um.edu.my diya_adilahmnor@um. edu.my Pengurus Program :

1. Diploma Eksekutif Sains Siasatan 2. Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi) 3. Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) 4. Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia) 5. Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak

6. Diploma Eksekutif Kaunseling

Nurziaty Alias

Balqis Bahari

Noor Sharizan Ismail

Noor Sharizan Ismail

Nor Adilah Mohd Nor

Nor Adilah Mohd Nor

22463629 2246 3625 2246 3626 2246 3626 2246 3624 2246 3624 a_zetty@um.edu.my balqis84@um.edu.my nsharizan@um.edu.my nsharizan@um.edu.my diya_adilahmnor@um. edu.my diya_adilahmnor@um. edu.my

(8)

8 7. Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan 8. Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat 9. Diploma Eksekutif Pengajian Syariah 10. Diploma Eksekutif Pengajian Ususluddin

Noor Sharizan Ismail

Siti Hamizah Samingan

Mohd Iftitah Tahril

Mohd Iftitah Tahril

2246 3626 2246 3493 7967 6015 7967 6015 nsharizan@um.edu.my miza@um.edu.my iftitah@um.edu.my iftitah@um.edu.my Pembantu Tadbir

(Perkeranian dan Operasi)

(1) Shaidatul Hanan Mohamed (2) Norkhuzaimah

Kudus

(3) Nur Ainoon Jariah Abdul Hadi (4) Mohamad Izzat Abd Rahman 2246 3625 2246 3624 2246 3626 7967 6138 shaidatul_s@um.edu.my khu_z@um.edu.my ain_91@um.edu.my izzat_abdrahman@um.e du.my

(9)

9

MAKLUMAT AM (1) PENDAHULUAN

(a) Pelajar dinasihatkan supaya membaca maklumat tentang pengajian melalui Buku Panduan Program Diploma Eksekutif Sains Siasatan dan Buku Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020 dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Diploma Eksekutif) 2020 sebagai pelengkap kepada Buku Panduan Program Diploma Eksekutif.

(b) Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa penawaran kursus adalah berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan. Senarai kursus bagi setiap program adalah seperti di Lampiran A.

(c) Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi kursus berkenaan.

(d) Maklumat Am ini hanya terpakai untuk pelajar kemasukan Ambilan Oktober 2020 sahaja. Buku ini hendaklah diguna pakai sepanjang tempoh pengajian pelajar. Kalendar pengajian bagi Ambilan Oktober 2020 adalah seperti di Lampiran B.

3. TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu program pengajian ialah empat (4) semester dan maksimum ialah lapan (8) semester.

4. PENDAFTARAN KURSUS

(a) Pelajar dikehendaki mengikuti dan memenuhi jumlah kredit keseluruhan yang ditetapkan bagi program pengajian berkenaan seperti mana yang ditentukan oleh UMCCed dan diluluskan oleh Senat.

(b) Pendaftaran kursus secara dalam talian perlu dilakukan selewat-lewatnya pada minggu kuliah kedua sesuatu semester. Pelajar yang tidak menyelesaikan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan untuk mengikuti kursus berkenaan.

(c) Pelajar yang tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak memberi maklum balas sehingga minggu kuliah keenam bagi semester berkenaan akan direkodkan sebagai Tidak Mendaftar.

(d) Pelajar bertanggungjawab menyemak dan memastikan kod kursus dan kumpulan yang didaftar adalah betul. Selepas tamat tempoh yang ditetapkan, kursus yang didaftar adalah muktamad dan sebarang pindaan tidak dibenarkan.

(10)

10

(e) Sekiranya pelajar gagal mematuhi sebarang prosedur pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan, atas kecuaian pelajar itu sendiri, permohonan untuk pendaftaran lewat boleh dipertimbangkan oleh Pengarah. Caj akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak UMCCed.

5. STRUKTUR PROGRAM PENGAJIAN

(1) Pelajar dikehendaki mengikuti sejumlah minimum 91 kredit. Komponen kursus yang melayakkan seseorang pelajar dianugerahi Diploma Eksekutif ialah:

(a) Kursus Universiti/Kursus Umum (b) Kursus Teras

(c) Kursus Elektif/Minor (2) Pemindahan Kredit

(a) Pemindahan kredit boleh dikategorikan seperti berikut: (i) Pemindahan kredit dengan gred

(ii) Pemindahan kredit tanpa gred (b) Pemindahan kredit dengan gred

(i) “Pemindahan kredit dengan gred” ertinya pemindahan kredit bersama-sama gred bagi kursus daripada tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang masih dalam pengajian.

(ii) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit dengan gred akan diberi gred yang telah disetarakan dengan skim penggredan Universiti dan kredit yang ditetapkan bagi kursus berkenaan di Universiti.

(iii) Kredit yang diperolehi bersama-sama mata gred bagi kursus yang diluluskan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar. Kredit bagi kursus berkenaan akan diambilkira bagi tujuan keperluan penyempurnaan penganugerahan Diploma Eksekutif.

(iv) Bagi maksud pemindahan kredit dengan gred, pelajar hendaklah telah mengikuti kursus terdahulu dan mencapai tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.

(v) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tidak lewat dari minggu kuliah kedua semester berikutnya menggunakan kaedah yang ditetapkan oleh UMCCed. Permohonan yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan pada semester berikutnya.

(11)

11

(c) Pemindahan kredit tanpa gred

(i) "Pemindahan kredit tanpa gred" ertinya pemindahan kredit tanpa membawa gred terdahulu yang diperolehi bagi kursus dari:

(A) tahap kelayakan yang rendah (vertical) untuk pelajar yang telah tamat pengajian dengan jayanya; dan/atau

(B) tahap kelayakan yang sama (horizontal) untuk pelajar yang: (aa) telah tamat pengajian dengan jayanya; atau

(bb) tidak menyempurnakan pengajian (tidak termasuk pelajar yang ditamatkan daripada program pengajian) tetapi telah mencapai tahap kompetensi dalam kursus yang dipohon.

(ii) Kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred akan diberi gred K dan tidak perlu diganti dengan kursus lain. Kredit tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK namun diambil kira bagi tujuan penyempurnaan penganugerahan Diploma Eksekutif.

(iii) Pelajar tidak dibenarkan membuat pemindahan kredit tanpa gred bagi kursus berikut:

(A) Kursus Universiti/Kursus Umum dari tahap kelayakan yang lebih rendah; dan (B) Kursus dari tahap kelayakan yang lebih tinggi.

(iv) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam dua (2) semester pertama pengajian.

(d) Pemindahan kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kursus yang diambil terdahulu dengan kursus yang ditawarkan di Universiti.

(e) Kebenaran untuk pemindahan kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan setelah disetarakan dengan skim penggredan Universiti mestilah tidak kurang daripada C atau 2.0;

(ii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai nilai kredit yang sama atau lebih selepas penyetaraan dengan nilai kredit kursus yang ditawarkan di Universiti;

(12)

12

(iii) Kursus yang diambil terdahulu mempunyai pertindihan sekurang-kurangnya lapan puluh peratus (80%) dengan kursus yang ditawarkan di Universiti;

(iv) Kursus yang diambil terdahulu hendaklah daripada program yang telah mendapat akreditasi/pengiktirafan dari badan berautoriti di negara berkenaan; (v) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah adalah seperti berikut:

Kategori Keterangan Had Kredit

(A) Pemindahan kredit secara

horizontal

(aa) Pemindahan kredit dengan gred bagi pelajar yang bertukar program pengajian dalam Universiti

Tiada had

(bb) Pemindahan kredit dengan gred bagi pelajar yang mengikuti Program Mobiliti

Tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah keseluruhan kredit program pengajian

(cc) Pemindahan kredit tanpa gred bagi kursus dari tahap kelayakan yang sama dari institusi atau universiti lain

(B) Pemindahan kredit secara

vertical

(aa) Pemindahan kredit tanpa gred bagi kelayakan peringkat Sijil Profesional/ Diploma

Tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah keseluruhan kredit program pengajian

(bb) Pemindahan kredit tanpa gred bagi kelayakan peringkat Diploma Lanjutan

(vi) Walau apapun yang dinyatakan dalam subperaturan (5)(e) di atas, bagi tujuan penganugerahan Diploma Eksekutif, jumlah maksimum kredit yang boleh dipindah dari institusi/universiti luar tidak boleh melebihi satu pertiga (1/3) daripada jumlah keseluruhan kredit program pengajian.

(vii) Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama:

(a) bukti bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak akan dikembalikan; dan

(b) dokumen sokongan wajib iaitu hasil pembelajaran kursus, silibus/kandungan kursus dan skim penggredan kursus dari institusi/universiti lain.

(viii) Permohonan pemindahan kredit hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Senat setelah mendapat perakuan jawatankuasa khas yang ditetapkan.

(13)

13

(ix) Kursus yang telah diluluskan pemindahan kredit tidak boleh ditarik balik oleh pelajar.

(x) Keputusan permohonan pemindahan kredit pelajar akan dimaklumkan oleh Pengarah.

6. KEHADIRAN KELAS

(a) Pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan program pengajian yang diikutinya.

(b) Pelajar yang tidak menghadiri mana-mana kelas dikehendaki memaklumkan alasan ketidakhadirannya kepada Pengurus Program dengan segera dengan menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan.

7. SKIM PENGGREDAN

(a) Gred rasmi Universiti serta markah dan maksudnya adalah seperti berikut: Markah Gred Mata Gred Maksud

90-100 80-89 75-79 A+ A A- 4.00 4.00 3.70 Amat Cemerlang Cemerlang Cemerlang 70-74 65-69 60-64 B+ B B- 3.30 3.00 2.70 Kepujian Kepujian Kepujian 55-59 50-54 C+ C 2.30 2.00 Lulus Lulus 45-49 40-44 35-39 00-34 C- D+ D F 1.70 1.30 1.00 0.00 Gagal Gagal Gagal Gagal

(b) Semua kursus hendaklah dinilai menggunakan Gred A+ hingga F.

(c) Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C.

(d) Selain daripada gred-gred seperti yang ditunjukkan di perenggan (a) di atas, gred-gred berikut boleh diberikan untuk sesuatu kursus:

(14)

14

(aa) pelajar tidak mengambil peperiksaan akhir atas alasan perubatan atau perikemanusiaan atau kepentingan perkhidmatan atau sukan atau sukarelawan; dan/atau

(bb) pelajar belum menyempurnakan sebahagian daripada keperluan kursus dalam sesuatu semester atas alasan perubatan atau perikemanusiaan atau kepentingan perkhidmatan atau sukan atau sukarelawan atau alasan di luar kawalan pelajar yang diterima oleh Jawatankuasa Pemeriksa berkenaan.

(ii) Gred K, diberi bagi kursus yang diluluskan pemindahan kredit tanpa gred.

(iv) Gred CT-APEL, diberi bagi kursus yang diluluskan APEL C.

(v) Gred P, diberi pada semester pertama pendaftaran bagi kursus progresif yang dijalankan dalam dua (2) semester berturutan.

(vi) Gred R, diberi bagi kursus yang diaudit yang memenuhi syarat minimum 80% keperluan kehadiran. Kredit tidak diberi untuk gred ini.

(vii) Gred UR, diberi bagi kursus yang diaudit yang tidak memenuhi syarat minimum 80% keperluan kehadiran. Kredit tidak diberi untuk gred ini.

(viii) Gred W, diberi bagi kursus di mana pelajar telah menarik diri secara rasmi dari satu (1) atau lebih kursus dalam sesuatu semester.

(ix) Gred W1, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri secara rasmi daripada semester.

(xi) Gred W2, diberi bagi semua kursus apabila pelajar telah menarik diri secara rasmi dari Universiti.

8. MEMPERTINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK

(a) Tertakluk kepada struktur program pengajian yang diikuti oleh pelajar sebagaimana yang diluluskan oleh Senat dan had tempoh pengajian maksimum, pelajar yang telah lulus sesuatu kursus boleh memohon untuk mempertingkatkan prestasi akademik dengan mengulang kursus yang sama dan gred terbaik akan diambil kira bagi tujuan pengiraan PNGK.

(15)

15

(b) Dalam keadaan di atas, pelajar dikehendaki mengemukakan permohonan kepada Pengarah dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.

9. PENENTUAN PRESTASI AKADEMIK PELAJAR

(a) Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditentukan oleh PNG dan PNGK. PNG dikira dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester.

(b) PNGK dikira dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah kredit bagi semua kursus yang telah diambil mulai semester pertama sehingga semester terkini.

Contoh Pengiraan PNG dan PNGK

(i) Kursus Gred Mata Gred Kredit Kredit X Mata Gred Semester I Kursus 1 Kursus 2 Kursus 3 Kursus 4 Jumlah A+ C+ C- C 4.0 2.3 1.7 2.0 4 3 3 3 13 4 X 4.0 = 16.0 3 X 2.3 = 6.9 3 X 1.7 = 5.1 3 X 2.0 = 6.0 34 Kredit Kira: 13

Kredit Kira Terkumpul: 13

Jumlah Mata Gred: 34

Jumlah Mata Gred Terkumpul: 34 PNG = 34/13

= 2.62

Kursus Gred Mata Gred Kredit Kredit X Mata Gred Semester II Kursus 5 Kursus 6 Kursus 7 Jumlah B+ B C 3.3 3.0 2.0 3 3 3 9 3 X 3.3 = 9.9 3 X 3.0 = 9.0 3 X 2.0 = 6.0 24.9 Kredit Kira: 9

Kredit Kira Terkumpul: 22

Jumlah Mata Gred: 24.9

Jumlah Mata Gred Terkumpul: 58.9 PNG = 24.9/9

= 2.77

PNGK = 58.9/22 = 2.68

(16)

16

(b) Keperluan minimum prestasi akademik

Pelajar hendaklah memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang daripada 2.00 pada setiap semester sehingga tamat pengajiannya.

(c) Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran

Mana-mana pelajar yang memperoleh PNG di bawah 2.00 dalam sesuatu semester akan diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan di dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dalam semester berikutnya. Tempoh ini akan terus kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.00.

(d) Gagal Keluar dan Ditamatkan Pengajian

(i) Pelajar boleh gagal keluar dan ditamatkan daripada program pengajiannya sekiranya:

(a) sedang berada dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dan selepas itu mendapat PNG 1.30 atau kurang dalam semester berikutnya;

(b) memperoleh PNG kurang daripada 2.00 untuk tiga (3) semester berturut-turut; (c) memperoleh gred F sebanyak tiga (3) kali bagi kursus yang sama;

(d) memperoleh PNGK kurang daripada 1.00 untuk dua (2) semester berturut-turut; atau

(e) gagal menyempurnakan keperluan program pengajiannya dalam tempoh maksimum yang ditetapkan.

10. TIDAK HADIR PEPERIKSAAN

(a) Mana-mana pelajar yang tidak hadir peperiksaan akhir bagi mana-mana kursus akan diberi markah sifar (0) bagi komponen peperiksaan akhir kursus berkenaan.

(b) Pelajar yang tidak menghadiri sebahagian atau keseluruhan peperiksaan atas alasan perubatan/perikemanusiaan/kepentingan perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada Ketua Bahagian yang berkenaan untuk kesnya dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pemeriksa.

(c) Permohonan bertulis mestilah dikemukakan kepada Ketua Bahagian tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas tarikh peperiksaan akhir kursus berkenaan. Permohonan bertulis itu mestilah disertakan dengan bukti dokumentasi berdasarkan alasan:

(17)

17

(i) Perubatan;

Sijil cuti sakit atau laporan doktor tentang jenis penyakit dan keadaan kesihatan pelajar yang dikeluarkan oleh mana-mana Pengamal Perubatan Berdaftar hospital kerajaan atau hospital pengajar atau Pusat Perubatan Universiti Malaya atau Pusat Perubatan Swasta;

(ii) Perikemanusiaan;

(A) Laporan daripada pegawai daerah atau pegawai polis yang menjadi ketua daerahnya jika tidak menghadiri sebahagian atau keseluruhan peperiksaannya; (B) sijil sakit dan/atau laporan perubatan daripada pengamal perubatan berdaftar

yang dikeluarkan atas nama ibubapa/mentua, penjaga, anak atau suami/isteri; atau

(C) sijil kematian yang dikeluarkan atas nama ibubapa/mentua serta waris terdekat seperti penjaga, anak, suami/isteri, adik beradik, datuk atau nenek.

(iii) Kepentingan perkhidmatan

(A) Surat majikan tentang arahan bertugas pada hari dan tarikh peperiksaan dijalankan; dan/atau

(B) Arahan Pihak Berkuasa untuk melaksanakan sesuatu kewajipan dan/atau tugas pada tarikh peperiksaan dijalankan.

11. RAYUAN

(a) Rayuan Terhadap Keputusan Kursus

(i) Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya termasuk kursus tanpa Peperiksaan Akhir dan/atau Peperiksaan Akhir kursus boleh merayu untuk semakan semula keputusan peperiksaan. Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.

(ii) Rayuan hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan oleh UMCCed. Borang yang telah diisi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Bahagian bersama dengan salinan resit yang menunjukkan bayaran untuk rayuan itu telah dibuat.

(iii) Borang rayuan tidak akan diterima sekiranya ia:

(18)

18

(B) tidak lengkap; atau

(19)

19

LAMPIRAN A

DIPLOMA EKSEKUTIF SAINS SIASATAN (UFG)

SENARAI KURSUS MENGIKUT SEMESTER (PERANCANGAN KULIAH)

KOMPONEN SEMESTER 1 SEMESTER 2 JUMLAH

KREDIT

KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus Universiti GFG 1001 Pengajian Malaysia 3 GFG 1009 Sistem Undang-Undang Malaysia 3

Kursus Teras

UFG 1001 Perlembagaan Malaysia 4 UFG 1005 Kriminologi 4

UFG 1002 Undang-Undang Jenayah 4 UFE 1001 Pengenalan kepada Psikologi 4

UFA 1002 Metodologi Penyelidikan 4 UFG 1013 Asas Sains Forensik 4

UFG 1011 Undang-Undang Jenayah Siber 4 UFG 1007 Siasatan Jenayah Siber 4

UFG 1003 Pengurusan Jenayah 4 UFG 1012 Pengenalan kepada Undang-Undang Keterangan 4

Jumlah Kredit 23 23 46

KOMPONEN SEMESTER 3 SEMESTER 4 JUMLAH

KREDIT

KOD KURSUS KREDIT KOD KURSUS KREDIT

Kursus Universiti GFG 1004 Kemahiran Penyampaian Berkesan 3 GFG 1011 Tanggungjawab Sosial 2

Kursus Teras

UFG 2005 Pengurusan Bencana 4 UFG 2004 Pengurusan Siasatan Tempat Kejadian 4

UFG 2002 Patologi Forensik 4

UFG 2006 Sains Forensik 4

UFG 2007 Undang-Undang Keterangan 4

UFG 2003 Prosedur Siasatan Jenayah 4

Kursus Elektif UFG 2009 Kertas Kajian 8

UFG 2010 Kepimpinan 4

UFG 2011 Pengurusan Krisis 4

Jumlah Kredit 23 22 45

(20)

20

LAMPIRAN B

KALENDAR PENGAJIAN DIPLOMA EKSEKUTIF SAINS SIASATAN (UFG) AMBILAN OKTOBER 2020 (UFG1020)

SEMESTER I Pendaftaran

Taklimat (Dalam Talian)

Kuliah (e-Pembelajaran) Cuti Antara Semester Kuliah (e-Pembelajaran) Ulangkaji

Peperiksaan Akhir Semester I Cuti Semester l 6 minggu 1 minggu 6 minggu 1 minggu 2 minggu 3 minggu 19 minggu 07.10.2020 08.10.2020 12.10.2020 23.11.2020 30.11.2020 11.01.2021 18.01.2021 01.02.2021 - - - - - - 22.11.2020# 29.11.2020 10.01.2021## 17.01.2021 31.01.2021 21.02.2021* SEMESTER II Kuliah

Cuti Antara Semester Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Akhir Semester II Cuti Semester lI 6 minggu 1 minggu 6 minggu 1 minggu 2 minggu 3 minggu 19 minggu 22.02.2021 05.04.2021 12.04.2021 24.05.2021 31.05.2021 14.06.2021 - - - - - - 04.04.2021 11.04.2021** 23.05.2021~ 30.05.2021 13.06.2021~~ 04.07.2021 SEMESTER III Kuliah

Cuti Antara Semester Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Akhir Semester III Cuti Semester lII

6 minggu 1 minggu 6 minggu 1 minggu 2 minggu 3 minggu 19 minggu 05.07.2021 16.08.2021 23.08.2021 04.10.2021 11.10.2021 25.10.2021 - - - - - - 15.08.2021$ 22.08.2021 03.10.2021$$ 10.10.2021 24.10.2021+ 14.11.2021++ SEMESTER IV Kuliah

Cuti Antara Semester Kuliah

Ulangkaji

Peperiksaan Akhir Semester IV Cuti Semester lV 6 minggu 1 minggu 6 minggu 1 minggu 2 minggu 3 minggu 19 minggu 15.11.2021 27.12.2021 03.01.2022 14.02.2022 21.02.2022 07.03.2022 - - - - - - 26.12.2021^ 02.01.2022^^ 13.02.2022x 20.02.2022 06.03.2022 27.03.2022 Nota :

1. Kalendar Pengajian ini tertakluk kepada pindaan.

2. Kuliah bagi Semester I akan dijalankan secara e-pembelajaran tertakluk kepada arahan UM/KPT berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Cuti Umum :

# Deepavali (14 November 2020)

## Krismas (25 Disember 2020) dan Tahun Baru (1 Januari 2021)

* Hari Wilayah (1 Februari 2021) dan Tahun Baru Cina (12 dan 13 Februari 2021)

** Hari Wesak (8 April 2021)

~ Nuzul Al-Quran (29 April 2021), Hari Pekerja (1 Mei 2021) dan Hari Raya Puasa (13 & 14 Mei 2021)

~~ Hari Keputeraan YDP Agong (7 Jun 2021)

$ Hari Raya Haji (20 Julai 2021) dan Awal Muharam (10 Ogos 2021)

$$ Hari Kemerdekaan (31 Ogos 2021) dan Hari Malaysia (16 September 2021)

+ Maulidur Rasul (19 Oktober 2021)

++ Deepavali (4 November 2021)

^ Krismas (25 Disember 2021)

^^ Tahun Baru (1 Januari 2022)

(21)

21

LAMPIRAN C CAJ BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN LAIN

BIL. PERKARA CAJ BAYARAN (RM)

1. Bayaran Lain – tidak dikembalikan (termasuk dalam yuran pengajian)

1,550.00

2. Kelas Ulangan (per kredit) 100.00

3. Peperiksaan Tambahan 150.00

4. Pemindahan Kredit (per kredit) 15.00

5. Mempertingkatkan Gred 150.00

6. Semakan Semula Keputusan 150.00

7. Caj Pendaftaran Lewat 50.00

8. Penarikan Diri dari Program Pengajian (a) Yuran Pengajian

(i) Permohonan dibuat selewat-lewatnya pada minggu kuliah kedua kursus

(ii) Permohonan dibuat selepas minggu kuliah kedua kursus

(b) Bayaran Lain

(i) Semester I & Semester II

(ii) Semester III, Semester IV Semester V, Semester VI

Tiada

100% daripada jumlah yuran kursus berkenaan

30% daripada jumlah bayaran lain.

100% daripada jumlah bayaran lain.

Referensi

Dokumen terkait

Terjadinya gempa bumi di Alor yang berpusatkan di daratan sekitar 33 Km arah timur ibukota Kabupaten Alor, Kota Kalabahi, mengakibatkan kerusakan fisik berupa bangunan pribadi

Pembelajaran reflektif merupakan sistem yang memantau dan mengatur aktivitas semua sistem otak lainnya. Sistem ini berkaitan dengan pemikiran tingkat tinggi dan

Ketentuan untuk menerapkan Kovenan ini berlaku tanpa mengganggu prosedur yang ditentukan di bidang hak-hak asasi manusia oleh atau berdasarkan instrumen-instrumen pendirian

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk membuat suatu aplikasi yang dapat membantu dalam menangani masalah pihak Pau Elektronik dalam mengelola data dan membantu dalam

Kegiatan manajemen pemberian pakan pada pendederan ikan nila larasati di Satker PBIAT Janti terdiri dari jenis pakan pada pendederan I berbentuk serbuk yaitu pellet nila yang

Tujuan penelitian ini yaitu melakukan seleksi bakteri termofilik pasca erupsi Merapi yang mampu menghasilkan enzim amilase dan protease serta menentukan indeks

Namun bintang iklan yang belum terkenal tidak berarti tidak layak untuk dilihat, jika bintang iklan tersebut mampu melakukan perannya dengan baik (misal bintang iklan Axis maupun

Menurut Freud (dalam Samiun, 2006: 334-335) ada tiga bentuk kecemasan diantaranya; pertama, kecemasan realitistik atau kecemasan yang timbul karena penyesuaian diri