• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan Beberapa Istilah dalam Minhaj al-talibin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengenalan Beberapa Istilah dalam Minhaj al-talibin"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

al-Talibin

Muhammad Adib Samsudin, Anwar Fakhri Omar, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim & Mohammad Zaini Yahaya

Artikel ini bertujuan memperkenalkan beberapa istilah penting yang diguna oleh Imam al-Nawawi rahimahulLah1 dalam kitab beliau yang

berjudul Minhaj al-Talibin.2 Ia bagi memudahkan para penuntut ilmu

mempelajari dan mendalami hukum-hukum fiqh mazhab Syafie dengan lebih mantap dan jitu. Ini kerana istilah-istilah ini mempunyai maksud yang tertentu dan digunakan oleh ulama al-Shafi‘iyyah selepas daripada Imam al-Nawawi khususnya dalam kitab-kitab fiqh karangan mereka. Kegagalan menguasainya dengan baik akan menyebabkan pemahaman mengenai hukum hakam dalam mazhab Imam al-Shafi‘i radiaLlahu‘anhu akan terbatas kerana gagal untuk mengenal pasti antara pendapat yang rajih serta yang muktamad dan difatwakan berbanding dengan pendapat yang marjuh dan tidak diamalkan. Semoga Allah SWT menjadikan artikel ini sentiasa bermanfaat kepada agama kami dan sekalian umat Islam.

Sepintas Lalu mengenai Kitab Minhaj al-Talibin

Kitab Minhaj al-Talibin wa ‘Umdat al-Muftin merupakan antara karya termasyhur dalam ilmu fiqh mazhab Syafie. Lebih ‘terkenal’ dengan Minhaj, ia sinonim dengan pengarangnya hinggakan apabila disebut al-Minhaj maka sekaligus nama yang terlintas ialah Imam al-Nawawi rahimahulLah (Mat Saad Abd. Rahman 1986: 68). Beliau ialah Yahya bin Sharaf bin Murri bin Hasan bin Husayn bin Hizam bin Muhammad bin Jum‘ah. Kunyah beliau ialah Abu Zakariyya tetapi lebih dikenali dengan al-Nawawi yang dinisbahkan dengan tempat lahir beliau iaitu Nawa yang terletak di Hawran berhampiran dengan kota Damsyik. Beliau seorang yang sangat zuhud, kurang ketawa dan banyak bersabar ini dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631H. Kehidupan beliau sejak kecil hingga dewasa dipenuhi dengan ilmu sama ada sebagai pelajar3 atau pengajar.

Kewibawaan dan keilmuan beliau terserlah dengan beberapa gelaran hormat yang ‘diberikan’ kepada beliau seperti tokoh, hafiz ulung, shaykh al-Islam, mahaguru ulama muta’akhkhirin, hujjah Allah (hujjatuLlah) bagi para ulama yang akan datang dan lain-lain gelaran lagi (Ibn al-Subki t.th., 5: 166) yang menggambarkan kehebatan beliau sebagai seorang ulama besar ketika itu.

Kehidupan al-Nawawi pada hakikatnya mencerminkan keluhuran hati, kesucian diri dan kegigihan serta sumbangsih dalam bidang ilmu

(2)

(Mat Saad Abd. Rahman 1986: 66). Mungkin inilah berkat doa Syeikh Yasin bin Yusuf al-Zarkashi yang diperkenankan oleh Allah SWT.4

Begitu juga dengan sikap beliau yang jujur, ikhlas dan warak menyebabkan beliau tidak memandang kemewahan duniawi sebagai sumber kebahagiaan tetapi mengharapkan keredaan Allah SWT dalam setiap amalan yang beliau lakukan. Setelah melalui detik-detik yang sangat berharga selama 45 tahun serta memberikan sumbangan yang tidak ternilai harganya kepada dunia ilmu, kehidupan yang penuh bermakna kepada umat Islam seluruh dunia pada ketika itu berakhir dengan kewafatan beliau pada bulan Rejab tahun 676H (al-Asnawi 1981, 2: 477).5

Keunggulan Imam al-Nawawi rahimahulLah dapat dilihat melalui sumbangan beliau dalam bidang penulisan yang meliputi pelbagai bidang utama dan kritikal seperti hadis, ulum hadis, usul fiqh, qawa‘id fiqh, fiqh, biografi dan bahasa Arab.6 Kesemua hasil karya beliau ini

boleh dirumuskan kepada tiga bentuk penulisan iaitu ringkasan, huraian dan tulisan walaupun sebahagian besarnya tertumpu kepada bidang ringkasan dan huraian (syarah) (Mat Saad Abd. Rahman 1986: 64) khususnya dalam bidang fiqh.7 Dalam bidang fiqh secara khusus pula,

antara kitab yang paling menonjol dan mendapat perhatian utama para ulama ialah Minhaj al-Talibin. Keistimewaan dan keunggulan kitab ini direkodkan oleh al-Ramli rahimahuLlah dalam Nihayat al-Muhtaj (1993:1/10) dengan katanya:

Ia adalah ringkasan yang paling baik pernah dihasilkan. Penghasilannya yang sebegitu memang wajar direnjis dengan air mata (bangga). Itulah kitab al-Minhaj yang tidak ada tandingannya oleh mana-mana cerdik pandai dan belum lagi dapat diusahakan yang seumpamanya. Ia sungguh mempesonakan ahli-ahli ilmu kerana ia membincangkan sesuatu yang jarang disentuh berbanding dengan saiznya yang kecil. Ia (juga) menonjolkan masalah-masalah yang tersembunyi... (Begitu juga) ia mempunyai gaya penulisan yang tersendiri yang dihiasi dengan frasa dan susunan yang menarik. (Selain itu) ia (turut) mengandungi pengertian yang luas yang tersemat di dalam frasa yang ringkas dan mendekatkan maksud yang jauh dengan ucapan yang padat. Ia menyaingi kitab-kitab besar meskipun saiznya kecil. Ia (juga) menandingi mutu ringkasan-ringkasan yang lain dengan kepadatan ilmunya. Ia persis bulan yang mengambang dan seperti matahari yang bersinar...

Lantaran itu, tidak hairanlah al-Minhaj mendapat perhatian ulama-ulama mazhab Syafie yang berusaha menggali kekayaan isinya sama ada berusaha menghurai matannya, meringkaskannya atau menggubahnya dalam bentuk puisi ataupun mengumpulkan istilah-istilah dan perkataan-perkataan yang sukar untuk difahami yang terkandung pada ayat-ayat dalam al-Minhaj (Mat Saad Abd. Rahman 1986: 70). Dicatatkan bahawa terdapat 29 orang pengarang yang men‘syarah’ kitab yang sangat bernilai ini (Mat Saad Abd. Rahman 1986: 75-78). Antaranya ialah Muhammad bin Ahmad Jalal Din

(3)

al-Mahalli dengan kitabnya Kanz al-Raghibin Sharh Minhaj al-Talibin, Ahmad bin ‘Ali bin Hajar, Abu Fadl al-Haytami yang mengarang kitab Tuhfat al-Muhtaj ila Adillat al-Minhaj dan Muhammad bin Ahmad Shams Din Khatib Sharbini yang menghasilkan Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifat Alfaz al-Minhaj. Begitu juga terdapat ulama yang menulis hashiyah seperti Ahmad bin Salamah Shihab al-Din al-Qalyubi yang menghuraikan kitab Kanz al-Raghibin karangan al-Mahalli dan Ahmad ‘Abd Razzaq bin Muhammad yang dikenali dengan al-Rashidi yang mengarang hashiyah terhadap kitab Nihayat al-Muhtaj.

Meskipun al-Minhaj itu sendiri adalah ringkasan namun terdapat juga sesetengah ulama yang berusaha meringkaskan lagi matannya. Antaranya ialah kitab al-Ghaniyyah karangan Muhammad bin Muhammad Shams al-Din al-Ghazzi, al-Wahhaj fi Ikhtisar al-Minhaj hasil tulisan Muhammad bin Yusuf Athir al-Din Abu Hayyan al-Dalusi dan Manhaj al-Tullab karya Zakiyya bin Muhammad al-Ansari. Di samping itu juga tidak kurang yang menggubahnya dalam bentuk syair seperti yang dilakukan oleh ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr Jalal al-Din al-Suyuti yang dimuatkan dalam kitabnya al-Ibtihaj.

Kemasyhuran kitab al-Minhaj sangat menarik kerana ia sendiri tidak lebih daripada ringkasan kepada kitab Muharrar karangan Imam al-Rafi‘i rahimahulLah. Inisiatif mengenai usaha murni ini diambil oleh al-Nawawi bagi memudahkan para penuntut ilmu mengingatinya memandangkan kandungan saiz kitab al-Muharrar yang agak tebal untuk dikuasai. Beliau rahimahulLah berkata:

Sesungguhnya para sahabat kami rahimahumulLah banyak mengarang. Ada di antaranya karangan yang panjang dan ada juga karangan yang berbentuk ringkasan. Ringkasan yang terbaik ialah al-Muharrar karangan Imam Abi al-Qasim al-Rafi‘i rahimahulLah. Ia padat dengan permasalahan fiqh beserta dengan dalil-dalil. Ia adalah sebuah kitab yang banyak faedah serta menjadi tonggak dalam mentahqiq mazhab yang (turut) merupakan asas (rujukan) bagi seorang mufti... Walau bagaimanapun ukurannya yang tebal itu menyukarkan sebahagian besar umat zaman ini untuk mengingatinya kecuali segolongan yang mendapat inayah (Allah) sahaja. Oleh itu saya berpendapat ia perlu diringkaskan sehingga menjadi separuh (daripada) ukuran asalnya agar mereka mudah mengingatinya (al-Qalyubi & al-Barlisi 1997, 1: 13-16).

Berdasarkan petikan nas di atas, jelas bahawa al-Minhaj bukan merupakan ‘tulisan asal’ Nawawi tetapi ringkasan kepada kitab Muharrar karangan Imam Rafi‘i. Walaupun demikian, Imam al-Nawawi mempunyai metode dan kaedahnya yang tersendiri dalam usaha merealisasi niat murni ini yang membuktikan kelebihan dan ketokohan beliau iaitu seperti berikut (al-Qalyubi & al-Barlisi 1997, 1: 17-18):

1. Menarik perhatian kepada beberapa qayd (ikatan) yang pada asalnya ditinggalkan oleh al-Rafi‘i dengan anggapan ia boleh dirujuk kepada kitab-kitab yang lebih tebal dan besar.

(4)

2. Memberitahu bahawa terdapat beberapa bahagian kecil di dalam al-Muharrar yang bercanggah dengan pendapat yang terpilih di dalam mazhab.

3. Menggantikan beberapa perkataan yang ganjil8 atau perkataan yang

kurang tepat maksudnya dengan perkataan yang lebih jelas dan lebih ringkas.

4. Menjelaskan perbezaan yang terdapat di antara istilah-istilah seperti dua qawl dan dua wajh seperti yang akan dijelaskan kemudian. 5. Membezakan satu-satu masalah yang beliau tambah dalam kitab

al-Minhaj daripada kitab al-Muharrar.9 Ini dapat diketahui apabila

beliau menyebut pada permulaannya dengan qultu ( ) dan diakhiri dengan wa Allah a‘lam ( ).

6. Memberitahu supaya mengambil kira penambahan perkataan atau seumpama dengannya yang beliau lakukan ke atas al-Muharrar. 7. Begitu juga perlu diambil kira beberapa zikir yang berbeza daripada

zikir-zikir yang terdapat di dalam al-Muharrar mahupun mana-mana kitab fiqh kerana beliau telah menghalusi perkara tersebut dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar.

8. Mendahulukan beberapa masalah dalam satu-satu fasal yang dikemudiankan oleh al-Rafi‘i kerana sebab-sebab tertentu atau sekadar untuk menyentuh secara ringkas sahaja. Bahkan kadang-kadang beliau mendahulukan satu fasal ke atas fasal yang lain. Kesemua metode ini jelas menunjukkan bahawa Imam al-Nawawi walaupun meringkaskan sahaja kitab al-Muharrar namun beliau pada hakikatnya lebih merupakan seorang pentarjih.10 Hasil pentarjihan

beliau inilah yang dinamakan istilah-istilah al-Minhaj.

Istilah dalam Minhaj al-Talibin

Perkataan istilah dalam bahasa Arab bermaksud kesepakatan sekumpulan tertentu mengenai sesuatu atau perkataan (al-Munjid t.th: 432). Ia merupakan kata terbitan (masdar) daripada istalaha yang berasal daripada perkataan salaha. Jika dikatakan istalaha al-qawm ia bermakna terlerai perselisihan di antara mereka. Perkataan ini telah menjadi salah satu perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang serupa dengan bahasa Arab. Kamus Dewan mendefinisikan istilah sebagai perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan (Kamus Dewan 2005: 591). Antara istilah-istilah yang terdapat dalam al-Minhaj ialah (al-Qalyubi & al-Barlisi 1997, 1: 18-21, al-Qawasimi 2003: 505-510, Muhammad Muhammad Tamir 1999: 4-22):

al-Aqwal ( )

Maksud al-aqwal (kata jamak daripada al-qawl) di sini ialah ijtihad Imam al-Shafi‘i radiaLlahu‘anhu.

(5)

al-Qawl al-Qadim ( )

Hasil ijtihad Imam al-Shafi‘i sebelum beliau berhijrah ke Mesir sama ada ijtihad tersebut ‘ditarik’ kembali (marju‘ ‘anhu) ataupun tidak. Ia juga dikenali dengan al-madhhab al-qadim.

al-Qawl al-Jadid ( )

Ia turut dikenali dengan madhhab jadid iaitu ijtihad Imam Shafi‘i selepas berhijrah ke Mesir. Ini tidak bererti semua qawl jadid berlawanan dengan qawl qadim di samping tidak semua al-qawl al-qadim itu ditarik kembali (marju‘ ‘anhu) dan digantikan dengan qawl jadid bahkan dalam beberapa keadaan qawl al-jadid selari dengan al-qawl al-qadim. Walau bagaimanapun, pendapat yang diamalkan dan difatwakan dalam mazhab Syafie ialah qawl al-jadid kecuali beberapa dalam masalah ‘dipakai’ al-qawl al-qadim.

al-Azhar ( )

Maksud azhar ialah pandangan atau ra’y yang rajih daripada al-qawlayn atau al-aqwal yang dinukilkan daripada Imam al-Shafi‘i jika perselisihan (khilaf) itu merupakan perselisihan yang kuat dari segi dalilnya.11 Pandangan kedua yang merupakan ‘lawan’ (muqabil) kepada al-azhar ialah al-zahir.

al-Mashhur ( )

Maksudnya pandangan atau al-ra’y yang rajih daripada al-qawlayn atau al-aqwal yang dinukilkan daripada Imam al-Shafi‘i jika perselisihan (khilaf) itu merupakan perselisihan yang tidak kuat. Pandangan kedua yang merupakan ‘lawan’ (muqabil) kepada al-mashhur ialah al-gharib.

al-Ashab ( )

Istilah ini bermaksud fuqaha’ al-Shafi‘iyyah yang mempunyai tahap penguasaan ilmu yang tinggi sehingga mampu untuk berijtihad dalam masalah-masalah fiqhiyyah tetapi dengan menggunakan usul dan kaedah yang dipakai oleh Imam al-Shafi‘i. Mereka juga dikenali dengan ashab al-wujuh.

al-Awjuh ( )

Kata jamak daripada al-wajh ( ). Maksudnya ijtihad al-ashab (fuqaha’ al-Shafi‘iyyah) yang berpandukan kepada usul dan kaedah yang ditetapkan (marsum) oleh Imam al-Shafi‘i radiaLlahu‘anhu.

al-Asahh ( )

Maksudnya pandangan atau al-ra’y yang rajih daripada al-wajhayn atau al-awjuh yang dipetik daripada al-ashab jika perselisihan (khilaf) itu merupakan perselisihan yang kuat dari segi dalilnya.12 Pandangan

kedua yang merupakan ‘lawan’ (muqabil) kepada asahh ialah al-sahih.

(6)

al-Sahih ( )13

Sahih bermaksud pandangan atau ra’y yang rajih daripada al-wajhayn atau al-awjuh yang dipetik daripada ashab al-wujuh jika perselisihan (khilaf) itu merupakan perselisihan yang tidak kuat. Pandangan kedua yang merupakan ‘lawan’ (muqabil) kepada al-sahih ialah al-da‘if.

Imam Jalal al-Din al-Mahalli14 menyatakan sebab Imam al-Nawawi rahimahumalLah tidak menggunakan istilah al-sahih pada al-aqwal15

kerana menjaga adab dengan Imam al-Shafi‘i radiaLlahu‘anhu memandangkan perkataan al-sahih membayangkan kebatilan (fasad) ‘lawan’nya.

al-Turuq ( )

Maksudnya al-ashab berselisih pendapat ketika meriwayatkan pandangan yang rajih sama ada pandangan itu dipetik daripada al-qawlayn atau al-wajhayn pada isu yang sama.

al-Mazhab ( )

al-Mazhab16 ialah pandangan yang rajih daripada al-turuq iaitu

sebahagian daripada al-ashab yang terkemudian memutuskan serta memilih salah satu pandangan di antara al-qawlayn17 atau salah satu di

antara al-wajhayn18 yang telah menjadi perselisihan di kalangan al-ashab yang terdahulu.19

al-Nass ( )

Maksudnya sighah nas asal yang dipetik secara langsung daripada Imam al-Shafi‘i. Walaupun demikian yang dikehendaki dengan petikan nas di sini ialah yang rajih di sisi Imam al-Shafi‘i radiaLlahu‘anhu. Pandangan kedua yang merupakan ‘lawan’ (muqabil) kepada al-nass ialah al-qawl al-mukharraj yang tidak boleh dinisbahkan kepada mazhab Syafie.

Wa Qila Kadha ( )

Wa Qila Kadha bermaksud wajh yang lemah ( ) daripada ashab. Oleh itu, ‘lawan’nya (khilafuh) ialah sama ada asahh atau al-sahih.

Wa Fi Qawl Kadha ( )

Istilah Wa Fi Qawl Kadha pula bermaksud pandangan atau al-ra’y yang lemah kerana Imam al-Nawawi rahimahulLah mengungkapkan bahawa ‘lawan’nya (khilafuh) ialah al-rajih.

Penutup

Antara tugas asasi umat Islam pada hari ini ialah memahami Islam dengan jelas menurut kehendak al-Quran dan hadis berasaskan kefahaman dan ilmu secara menyeluruh seperti yang telah disusun oleh para ulama muktabar lebih-lebih lagi umat Islam pada zaman ini yang menyaksikan seruan kepada pelbagai ajaran dan fahaman yang meragukan ketinggian dan petunjuk Islam. Hanya dengan ilmu

(7)

pengetahuan yang memelihara daripada kesesatan, menimbulkan ketakutan kepada Allah SWT dan menggerakkan ketaatan serta menunjukkan kepada jalan beramal yang betul sahajalah yang akan membawa kesedaran dan kebangkitan umat Islam seterusnya dapat menghancurkan pengaruh ideologi dalam masyarakat dan tanah air umat Islam pada hari ini. Firman Allah SWT (al-Quran 9: 122)

ﯩ ﯨ

ﯫ ﯪ

Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu'min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Nota Hujung

1. Ini kerana Imam Nawawi telah berjaya menjelaskan makna setiap satu daripada istilah-istilah yang dipakai secara konkrit seperti yang disebut oleh Shams al-Din Muhammad bin Khatib al-Sharbini rahimahulLah dalam Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifat Alfaz al-Minhaj.

2. Kitab ini merupakan ringkasan kepada kitab al-Muharrar karangan Imam al-Rafi‘i. Ia dianggap antara kitab terpenting dalam mazhab Syafie dan muktamad serta menjadi sandaran dalam mengeluarkan fatwa.

3. Menurut Ibn al-Subki setiap hari beliau membahagi masa pembelajaran beliau kepada 12 bahagian. Antaranya ialah dua masa mempelajari al-Wasit dan setiap satu masa bagi kitab-kitab al-Muhadhdhdab, al-Luma‘, Islah al-Mantiq. Begitu juga beliau meluangkan satu masa bagi subjek ilmu Tasrif, ilmu Usul Fiqh, Asma’ al-Rijal dan Usuluddin. Kesungguhan al-Nawawi turut digambarkan oleh al-Husaini dengan katanya: “Beliau amat bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sehingga mengatasi teman-temannya dan ahli zamannya.”

4. Ibn al-Subki menukilkan doa Syeikh Yasin bin Yusuf al-Zarkashi rahimahulLah yang merupakan guru tasawwuf Imam al-Nawawi yang berbunyi: “Adalah diharapkan bahawa kanak-kanak ini pada suatu masa nanti akan menjadi seorang yang paling alim dan paling zuhud serta menjadi seorang yang berguna kepada masyarakatnya.”

5. Jamal al-Din ‘Abd al-Rahim al-Asnawi menyatakan menyatakan bahawa terdapat juga pendapat yang mengatakan al-Nawawi meninggal dunia pada 677H.

6. Hasil karyanya yang banyak jika dibandingkan dengan dengan umurnya yang singkat di samping ketinggian mutu penulisannya amatlah dikagumi. Dicatatkan bahawa al-Nawawi mula mengarang ketika umurnya dalam lingkungan 30-an tetapi dalam jangka masa itu beliau telah berjaya menghasilkan karya yang banyak. 7. Dicatatkan bahawa kitab karangan al-Nawawi dalam bidang fiqh sahaja 18 buah

daripada keseluruhan 33 buah yang meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah Rawdat Talibin wa ‘Umdat Muftin, Daqai’q Minhaj dan Manasik al-Sughra.

(8)

9. Begitu juga apabila beliau mentarjih pandangan yang berbeza daripada al-Rafi‘i. 10. Maksud pentarjih di sini ialah seorang yang mengutamakan satu pendapat di antara

dua pendapat Imam al-Shafi‘i atau lebih atau daripada dua pendapat fuqaha’ mazhab atau lebih di dalam masalah-masalah tertentu. Pemilihan ini berdasarkan kepada kekuatan dalil dari sudut pandangannya sendiri. Dalam mazhab Syafie, al-Nawawi dan al-Rafi‘i terkenal dalam bidang pentarjihan pendapat dan diterima baik oleh fuqaha’ mazhab yang mutakhir. Walaupun kedua-duanya terkenal dalam bidang ini namun suasana ini tidak bererti wujud persetujuan di antara mereka dalam semua masalah fiqh. Perselisihan pandangan antara kedua-dua tokoh ini dalam pentarjihan menimbulkan suatu reaksi yang jelas di kalangan fuqaha’ mazhab. Sebahagian antara mereka lebih bersetuju dengan al-Rafi‘i sementara sebahagian lain pula lebih selesa dengan al-Nawawi. Apabila pendapat kedua-duanya mempunyai hujah yang sama kuat atau pendapat al-Nawawi disokong oleh sebuah hadis yang boleh dijadikan hujah, maka mereka tetap mengutamakan pendapat al-Nawawi daripada pendapat al-Rafi‘i. Ketika tidak ada dalil lain yang menyokong pendapat kedua-duanya, maka hukum yang rajih ialah pendapat yang disokong oleh dalil al-Nawawi.

11. Iaitu setiap satu daripada pendapat-pendapat itu mempunyai dalil yang kuat sama ada dalil naqli atau aqli. Yang paling kuat antara kesemua pendapat ini dinamakan al-azhar.

12. Sama seperti al-azhar tetapi yang membezakan antara keduanya ialah al-asah disandarkan kepada ashab sedangkan azhar disandarkan kepada Imam al-Shafi‘i. Dengan kata lain, persamaan antara kedua-duanya ialah ukuran kekuatan dan kelemahan sesuatu pandangan itu bergantung kepada kekuatan dan kelemahan dalil.

13. Begitu juga dengan semua ulama yang men‘syarah’ al-Minhaj.

14. Sedangkan yang menjadi asas kekuatan dan kelemahan sesuatu ijtihad itu ialah dalil bukan individu yang berijtihad.

15. Mungkin timbul kekeliruan di sini mengenai perkataan al-madhhab dan mazhab. Yang dimaksudkan dengan al-madhhab ialah istilah manakala mazhab pula ialah mazhab Syafie. Oleh itu istilah al-madhhab boleh diertikan dengan (pandangan @ al-ra’y) yang rajih daripada perselisihan al-ashab dalam menukilkan mazhab Syafie.

16. Sama ada pilihan yang dibuat itu di antara al-azhar dan al-zahir jika perselisihan itu merupakan perselisihan yang kuat. Begitu juga pilihan itu sama ada al-mashhur dan al-gharib jika ia merupakan perselisihan yang tidak kuat.

17. Sama ada pilihan itu di antara al-asah dan al-sahih jika perselisihan itu merupakan perselisihan yang kuat. Sekiranya perselisihan itu tidak kuat, maka pemilihan itu sama ada al-sahih atau al-da‘if.

18. Ini tidak bermaksud memilih salah satu di antara al-qawlayn atau al-wajhayn tetapi salah satu daripada al-qawlayn atau salah satu daripada al-wajhayn mengikut ‘tahap’ masing-masing iaitu dari segi kekuatan dan kelemahan perselisihan seperti yang telah dibincangkan di atas.

Rujukan

Asnawi, Jamal Din ‘Abd Rahim. 1401H/1981. Tabaqat al-Shafi‘iyyah. Sunt. ‘Abdullah al-Jabur. Riyadh: Dar al-‘Ulum. Kamus Dewan. Ed. ke-4. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

(9)

Mat Saad Abd. Rahman. 1407H/1986. Penulisan Fiqh al-Shafi‘i Pertumbuhan dan Perkembangannya. Cet. ulang. Shah Alam: Penerbitan Hizbi

Muhammad Muhammad Tamir. 1420H/1999. Mustalahat al-Madhhab ‘ind al-Shafi‘iyyah. al-Qahirah: Maktabat al-Balad al-Amin. al-Munjid. Cet. ke-26. T.th. Beirut: Dar al-Shuruq.

al-Qalyubi, Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad bin Salamah & al-Barlisi, Shihab al-Din Ahmad. 1417H/1997. Hashiyata Qalyubi wa ‘Umayrah ‘ala Kanz al-Raghibin Sharh Minhaj al-Talibin. 4 juzuk. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Qawasimi, Akram Yusuf ‘Umar. 1423H/2003. al-Madkhal ila Madhhab al-Imam al-Shafi‘i. Jordan: Dar al-Nafa’is.

al-Ramli, Shams al-Din Muhammad bin Abi al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Shihab al-Din. 1414H/1993. Nihayat al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Sharbini, Shams al-Din Muhammad bin al-Khatib. 1419H/1998. Mughni al-Muhtaj ila Ma‘rifat Ma‘ani Alfaz al-Minhaj. Beirut: Dar al-Fikr.

Subki, ‘Abd Wahhab bin ‘Ali. T.th. Tabaqat Shafi‘iyyah al-Kubra. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.

Referensi

Dokumen terkait

Alur Mediasi dalam PERMA Nomor 1 Tahun 2016, Kehadiran Para Pihak Berperkara.Apabila dua pihak yang berperkara hadir, atau apabila parapihak berperkara lebih dari satu dan

Dari hasil penelitian ini dapat disimpulkan bahwa pembelajaran matematika dengan penerapan model kooperatif tipe TGT ( Teams Games Tournamnet ) pada siswa kelas XI

dari data yang diperoleh adalah sebagai berikut: Impedansi saluran untuk arus hubung singkat pada Bus 2, line membentuk formasi delta (Δ), untuk memudahkan perhitungan

Berdasarkan identifikasi masalah yang telah dilakukan di lokasi rencana program ini akan dilaksanakan, diperoleh kesimpulan bahwa ada seperangkat permasalahan yang

Jika kebutuhan pakan sapi perah tetap, maka hasil produksi juga akan mengalami imbang sehingga penghasilan atau pendapatan masyarakat tidak menurun saat musim

Dari 100 responden diambil, bahwa masyarakat dengan tingkat kosmopolitan yang tinggi sebanyak 43 responden (62,32%), cendrung memiliki tingkat pemanfaatan yang

Untuk mengatasi kelongsoran tanah yang terjadi pada oprit Jembatan Tambakboyo, diberikan penanganan dengan konstruksi tiang pancang / kaki seribu.. Alternatif lain adalah