• Tidak ada hasil yang ditemukan

E4120_Penyelenggaraan & Baik Pulih Alat Elektronik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "E4120_Penyelenggaraan & Baik Pulih Alat Elektronik"

Copied!
197
0
0

Teks penuh

(1)

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA

E

E

4

4

1

1

2

2

0

0

P

P

E

E

N

N

Y

Y

E

E

N

N

G

G

G

G

A

A

R

R

A

A

A

A

N

N

&

&

B

B

A

A

I

I

K

K

P

P

U

U

L

L

I

I

H

H

A

A

L

L

A

A

T

T

E

E

L

L

E

E

K

K

T

T

R

R

O

O

N

N

I

I

K

K

MOHD AFLI B. HJ. ABDULLAH (PKB),

WAN ZAIN BIN WAN DOLLAH (PKB)

MOHD ASRI BIN MAHMOOD (PKB),

MOHD RIZUHAN BIN JAAFAR (PKB).

(2)

ELEKTRONIK

Nama : Wan Zain bin Wan Dollah No K/P : 650313-03-5605

Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu

Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext.

e-mail : zain652002@yahoo.co.uk

Kelulusan : B.Eng (Hons) Electrical Engineering

UTM, Sijil Perguruan (MPT) Jawatan : Pensyarah Teknik

Nama : Mohd Afli bin Abdullah No K/P : 610623-03-5145

Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu

Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext

e-mail :

Kelulusan : Sarjanamuda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Elektrik)(Kepujian),UTM,

Sijil Perguruan (MPT) Jawatan : Pensyarah Teknik

(3)

ELEKTRONIK

Nama : Mohd Asri bin Mahmood No K/P : 640707-03-5641

Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu

Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. .

Telefon : 09-7889344 ext. e-mail : hmdasrry@hotmail.com

Kelulusan : B. Eng (Hons) Electrical & Electronic Engineering, USM

Diploma Pendidikan (UTM) Jawatan : Pensyarah Teknik

Nama : Mohd Rizuhan bin Jaffar No K/P : 661011-03-5005

Alamat : Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Bharu

Km 24, Pangkal Kalong 16450 Kota Bharu, Kelantan. Telefon : 09-7889344 ext

e-mail : math81@hotmail.com

Kelulusan : B.Eng (Hons) Electrical Engineering UTM

Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) - UTM, Sijil Perguruan (MPT)

(4)

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

1. Modul ini dibahagikan kepada 11 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.

2. Muka surat dinomborkan berdasar kepada kod subjek, unit dan halaman.

E4120 / UNIT 1 / 5

Subjek

Unit 1

Halaman 5

3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.

4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan symbol berikut:-

OBJEKTIF

Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.

INPUT

(5)

5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.

6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.

AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.

PENILAIAN KENDIRI

Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.

(6)

GRID KURIKULUM

Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

TOPIK UNIT

SENGGARAAN 1 2 3 4 5

SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM) 6

SISTEM TEATER RUMAH (HOME THEATRE)

7 8

PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL 9 10 11

UNIT 1: SENGGARAAN

1.0 Menerangkan definisi dan objektif senggaraan. 1.1 Mencegah dan mengurangkan kerosakan 1.2 Kos senggaraan yang minimum

1.3 Memastikan tempuh hayat mesin

UNIT 2: SENGGARAAN

2.0 Menerangkan fungsi senggaraan.

2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2.2 Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan 2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara

optimum.

UNIT 3: SENGGARAAN

3.0 Mengkelaskan jenis-jenis senggaraan. 3.1 Kerosakan

3.2 Perlindungan 3.3 Pembaikan 3.4 Ubahsuai

UNIT 4: SENGGARAAN

4.0 Menghasilkan rekod senggaraan. 4.1 Jadual senggaraan

4.2 Kos senggaraan pencegahan 4.3 Kos baikpulih

(7)

5.0 Menerangkan organisasi senggaraan. 5.1 Pekerja di bahagian senggaraan

5.2 Pasukan senggaraan dalaman 5.3 Pasukan senggaraan luaran

UNIT 6: SISTEM BUNYI (SOUND SYSTEM)

6.0 Menerangkan System Bunyi 6.1 Sistem mono

6.2 Sistem stereo 6.3 Sistem quad

6.4 Sistem surround dan system pro-logic surround 6.5 Pengenalan kepada sistem siaraya

6.6 Kaedah pengagihan kuasa kepada speaker dengan talian

6.7 Pengenalan kepada system “sound reinforcemant” dan perbezaan dengan Sistem Siaraya

6.8 Fungsi dan kegunaan flat-flat audio, audio mixer,

compresser/limiter,equalizer, delay, sound processor, power amplifier

6.9 Memilih, memasang dan membuat penyambungan Sistem bunyi 6.10 Menyenggara peralatan Sistem Bunyi.

UNIT 7: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME THEATRE)

7.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem Hi-Fi. 7.1 Peranti-peranti dan cara pemasangan

7.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok 7.3 Penguat 7.4 Kawalan nada 7.5 Peranti masukan 7.6 Penala 7.7 Pemain kaset 7.8 Peranti keluaran

(8)

UNIT 8: SISTEM HI-FI DAN SISTEM TEATER RUMAH (HOME THEATRE

8.0 Menerangkan dan menganalisa Sistem TeaterRumah 8.1 Peranti-peranti sistem teater rumah

8.2 Melukis Gambarajah Blok Sistem Teater Rumah. 8.3 Fungsi setiap blok.

8.4 Cara Pemasangan Sistem Teater Rumah

UNIT 9: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

9.0 Menerangkan dan menganalisa DVD 9.1 Fungsi DVD

9.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DVD 9.3 Litar DVD

9.4 Kerosakan dan cara membaiki DVD

UNIT 10: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

10.0 Menerangkan dan menganalisa Audio CD 10.1 Fungsi Audio CD

10.2 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok Audio CD 10.3 Litar Audio CD

10.4 Kerosakan dan cara membaiki Audio CD

UNIT 11: PERALATAN AUDIO VIDEO DIGITAL

11.0 Menerangkan dan menganalisa Digital Audio Tape (DAT) 11.1 Menganalisa Digital Audio Tape (DAT)

11.2 Fungsi DAT

11.3 Gambarajah blok dan fungsi setiap blok DAT 11.4 Litar DAT

(9)

Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 5 yang mengikuti kursus Diploma di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, POLITEKNIK Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit kearah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.

PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN

Pra-syarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam modul Baikpulih Alat Elektronik E3006.

OBJEK TIF AM

Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:- • Memahami Senggaraan.

• Memahami Sistem Bunyi.

• Memahami serta menganalisa Sistem Hi-Fi dan Sistem Teater Rumah. • Memahami Sistem Audio CD.

PERALATAN & SUMBER YANG DIPERLUKAN BERSAMA MODUL

1. Pemain CD, DVD dan DAT 2. Hi-Fi dan PA sistem

3. Litar Skematik CD , DVD dan DAT

4. Sistem Penguat Lengkap ( Mono, Stereo, quad dan surround) 5. Sistem Teater Rumah.

RUJUKAN

1. Neil Heller and Thomas Bentz, Compact Disc Troubleshooting & Repair, Howard W.Sams & Company, 1987

2. George Zwick and Homer, Electronic Troubleshooting Procedures and

Servicing Techniques, L. Davidson, 1985

3. Pohlmann, K.C., Principles of Digital Audio (McGraw-Hill Video/Audio Professional), McGraw-Hill,

4. Roger Dressler, Dolby Surround Pro Logic Decoder

Principles Of Operation, Dolby Laboratories

5. Bruce bartlet, How to Maintain Your DAT and MDM.

(10)

Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________

Kursus : ____________________________________

Nama Penulis Modul : ______________________________ Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.

4 Sangat setuju 3 Setuju

2 Tidak setuju

1 Sangat tidak setuju

Arahan : Tandakan √ pada ruangan skor yang dipilih.

Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA

A. FORMAT 1 2 3 4

1 Susun atur muka surat adalah menarik.

2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.

3 Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan input.

4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.

5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami.

6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami. 7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas.

B. ISI KANDUNGAN 1 2 3 4

8 Saya faham semua objektif dengan jelas. 9 Saya faham pada idea yang disampaikan. 10 Cara persembahan idea adalah menarik. 11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.

12 Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit ini.

13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab.

14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri. 15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya. 16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami.

17 Gaya penulisan menarik.

18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah.

19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini. 20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.

(11)

Objektif am : Memahami Sistem Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan definisi dan objektif senggaraan.

• Menerangkan pencegahan dan mengurangkan kerosakan. • Menerangkan kos senggaraan yang minima.

• Menerangkan tentang tempoh hayat sesebuah mesin.

OBJEKTIF

(12)

1.0 PENGENALAN

Sebelum kita mempelajari penyenggaraan dan baikpulih alat elektronik dengan lebih luas, kita perlulah mengetahui dan memahami tentang senggaraan itu sendiri seperti definisi, jenis-jenis senggaraan serta konsep-konsep penting dalam senggaraan. Setelah mendapat gambaran yang jelas, maka bolehlah kita mempelajari tiap-tiap tajuk tersebut secara berperingkat-peringkat dengan lebih mudah dan cepat.

Ini adalah unit satu dalam siri Modul Penyenggaraan dan Baikpulih Alat Elektronik yang mengandungi 11 unit pada keseluruhannya. Anda diharap dapat memulakan unit ini dengan tenang tetapi bersungguh-sungguh.

Selamat Mencuba

1.1 DEFINISI SENGGARAAN

Mengikut kamus teknikal senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan sistem penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah sistem agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.

Definisi/Istilah dari kamus “Radio Shack's Dictionary of electronic” senggaraan bermaksud melihat dan menyemak bagi mengesan dan menghapuskan (mencegah) segala proses yang salah atau kegagalan berfungsi di dalam sebuah peralatan elektronik.

Walau bagaimanapun, definisi kedua senggaraan adalah bertujuan daripada kewujudan kesan balik (feedback) oleh sebuah peralatan/mesin yang beroperasi secara senyap dan yang mungkin sempurna di mana mencapai tahap maksima dalam sesebuah peralatan elektronik.

(13)

1.1.1 Contoh aktiviti-aktiviti senggaraan.

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti senggaraan yang biasa dilakukan pada peralatan elektrik/elektronik.

• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah dirancangkan dan diteliti.

• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang untuk disenggarakan dengan betul dan sempurna.

• Rutin senggaraan motor dilengkapi dengan senarai seperti pemeriksaan berus karbon, bering, komutator dan suhu kendalian

• Melaraskan regulators mengikut prestasi yang tepat.

• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan.

• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.

• Merekodkan data mengenai kendalian sesuatu sistem seperti kelajuan, ketegangan bacaan arus, voltan dan sebagainya.

1.2 OBJEKTIF SENGGARAAN

Cuba anda fikir, apakah objektif senggaraan ?

Objektif senggaraan adalah seperti berikut;

¾ Dapat mengemaskini sistem peralatan atau sesuatu mesin.

¾ Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang disenggarakan.

¾ Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.

(14)

¾ Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan.

¾ Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang disenggarakan.

¾ Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.

1.3 KOS SENGGARAAN YANG MINIMUM

Untuk meminimumkan kos penyenggaraan, setiap proses senggaraan peralatan perlulah dirancang dengan teliti. Rajah1.0 menunjukkan satu contoh carta rancangan senggaraan bagi mengurangkan kos. Kalau dilihat pada carta tersebut didapati, senggaraan yang dirancang mempunyai perancangan pencengahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat dan dasar senggaraan.

Rajah 1.0 : Perancangan Senggaraan

Senggaraaan Senarai Perancangan Senggaraan Tiada Perancangan Senggaraan Perancangan Senggaraan Pencegahan Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan) Senggaraan Pembaikan (Senggaraan Kecemasan)

Jadual Senggaraan Syarat dan Dasar Senggaraan

(15)

1.3.1 Perancangan Senggaraan

Perancangan senggaraan merupakan tempat pengaturan proses senggaraan dan membawa keluar atau maklumat dengan disertakan perancangan masa depan. Kawalan dan tempat menyimpan data-data penentuan sebuah perancangan yang hendak dilakukan.

1.3.2 Tiada Perancangan Senggaraan

Merupakan senggaraan yang tidak mempunyai penentuan dalam perancangan untuk menyelenggarakan sesuatu peralatan atau mesin.

1.3.3 Senggaraan Pencegahan

Pencegahan senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

1.3.4 Senggaraan Pembaikan

Merupakan senggaraan yang dilakukan selepas terjadinya sesuatu kerosakan di dalam sesuatu peralatan atau mesin yang disenggarakan dan juga bertujuan untuk menyimpan item mengikut keadaan dimana senggaraan ini boleh melakukan dan melaksanakan satu fungsi yang diperlukan.

1.3.5 Senggaraan Kecemasan

Senggaraan ini diperlukan dimana untuk membaiki sesuatu mesin atau peralatan adalah dengan segera untuk mengelakkan daripada menerima akibat yang lebih serius. Senggaraan ini memakan masa yang agak lama iaitu lebih daripada sehari, biasanya

(16)

keputusan akibat daripada terjadinya senggaran ini adalah berpunca daripada penglibatan persekitaran iaitu angin, kebocoran dan lain-lain.

1.3.6 Syarat dan Dasar Senggaraan

Merupakan senggaraan yang bersifat kepada pencegahan yang bermula daripada keputusan perbincangan dengan syarat semua item mestilah diulangi (routine ) atau proses penyambungan monitoring.

1.3.7 Jadual Senggaraan

Merupakan satu sistem jadual yang lengkap yang lebih tertumpu jadual sengaraan cara-cara pencegahan yang meliputi penentuan masa, hari, nombor pengeoperasian, proses yang disenggarakan, teknik, kawalan teknikal, dan lain-lain. Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos minimum dapat ditentukan dan digunakan sebagai peruntukan untuk satu peralatan atau mesin elektronik. Untuk mendapat kos yang minimum juga, maka mestilah menggunakan satu dasar sistem yang digunakan untuk pemeriksaan perancangan dan senggaraan akan mempunyai kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga secara bersesuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

Dengan adanya sistem perancangan yang dibuat seperti di atas maka kadar kos melebihi takat tinggi iaitu melebihi kos perancangan tetapi kos perancangan juga akan mendahului takat rendah senggaraan perbelanjaan. Untuk sistem perancangan yang lengkap tidak selalu banyak yang layak dan perlindungan diperlukan untuk mencipta sistem yang bagus untuk mendapatkan tahap kos yang lebih minimum. Rajah 1.1 menerangkan perhubungan kos dengan masa bagi penyenggaraan berperancangan dan tanpa perancangan.

(17)

Rajah 1.1: Hubungan di Antara Kos Minima dan Sistem Berperancangan & Tiada Perancangan

Pelakar senggaraan mestilah melengkapi binaan lakarannya dengan memuaskan, ini perlu kerana ia dapat mengukuhkan baki di antara kos minimum dengan kos kemudian hari. Oleh kerana senggaraan ini penting untuk itu bahagian lakaran hendaklah lebih mengembangkan kaedah yang lebih berkesan dan meramalkan setiap fungsi lakaran yang menjimatkan. Apabila lakaran atau planning untuk senggaraan lengkap maka ia akan memperolehi nilai kos yang terbaik. Apabila tiada keuntungan jumlah kos pelaksanaan sesuatu senggaraan kerapkali susah untuk dinilai dan maklumbalasnya akan menghadkan senggaraan tersebut akibat kekurangan maklumat yang terbaik.

Rajah 1.2 adalah menerangkan ‘The breakdown of total costs’ yang melibatkan kepada skop tentang aliran kos. Dimana jumlah kos senggaraan adalah juga melibatkan kos perkhimatan operasi dan pembersihan.

Kos (RM) Senggaraan tanpa perancangan Senggaraan berperancangan Masa (tahun)

(18)

Jumlah Kos (Waktu Senggaran}

Rajah 1.2 : Breakdown of total costs.

1.4 Memastikan Tempoh Hayat Mesin

Jangka hayat bagi setiap mesin biasanya tidak tetap dimana bergantung kepada beberapa faktor tertentu. Selain dari itu juga ianya turut bergantung kepada jenis mesin ataupun peralatan yang digunakan dan dimana ianya digunakan. Kebiasanya cara dan jenis senggaraan pencegahan yang, dilakukan ke atas mesin tersebut yang mana perlu mengikut cara yang betul, contohnya sengaraan yang tidak sewajarnya dilakukan ke atas motor elektrik dan penjana akan menyebabkan kewujudan habuk dan kotoran melekat padanya yang boleh menyebabkan berlakunya hakisan pada bearing. Seharusnya sistem senggaraan berjadual perlu diwujudkan bagi memastikan setiap peralatan sentiasa disenggarakan .

Selain daripada itu faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri.

Kos Permulaan Kos Pengguna

Kos Tanah Kos Pembinaan Bayaran Profesional

Aliran Kos Tukaran

Penempatan Penyenggaraan Khidmat operasi (Operasi & Pembersihan Kadar (rates) Insuran

(19)

Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin juga terdapat kesalahan cara penggunaan.

(20)

Soalan 1

Terangkan definisi senggaraan.

Soalan 2

Nyatakan syarat operasi di bawah takat normal dan lingkungan kawalan senggaraan.

Soalan 3

Huraikan matlamat objektif senggaraan.

Soalan 4

Anda dikehendaki merujuk kepada Rajah 1.1 pada modul ini, cuba terangkan apakah yang hendak di sampaikan oleh rajah tersebut.

(21)

Soalan 1

Senggaraan atau “maintenance” adalah kombinasi di antara semua proses teknikal dan hal yang menghubungkan pergerakan system penyenggaraan (peralatan atau mesin) yang bertujuan untuk menjadikan peralatan dalam sebuah system agar berfungsi mengikut perlaksanaan perancangan yang diperlukan.

Soalan 2

Syarat-syarat operasi di bawah takat normal dan linkungan kawalan senggaraan adalah:-

• Mengenalpasti kawasan berlakunya masalah mengikut penentuan yang telah dirancangkan dan diteliti.

• Menandakan masalah yang dihadapi atau diperolehi dengan membetulkan dan menyemak segala kesalahan mengikut penentuan yang telah dirancangkan supaya senang untuk disengarakan dengan betul dan sempurna.

• Routine senggaraan motor dilengkapi dengan senarai: pemeriksaan brushes,

bearing, commutator dan suhu kendalian

• Melaraskan regulators mengikut performance yang tepat.

• Melakukan pemeriksaan untuk mengenalpasti kesalahan sizing untuk setiap peralatan.

• Pemeriksaan transmission kuasa mengikut syaratnya.

(22)

• Merekodkan parameter system ( Speed, tension, amperes, voltan etc ) meliputi oscilloscope traces dan carta rakaman.

Soalan 3

Matlamat objektif senggaraan adalah :-

• Dapat mengemaskini sistem peralatan atau mesin elektronik.

• Dapat mengurangkan risiko berlakunya kerosakan terhadap peralatan yang disenggarakan.

• Dapat meningkatkan kualiti dan nilai peralatan ke tahap maksimum.

• Mempertingkatkan ketahanan dan kelasakan peralatan yang disenggarakan.

• Dapat memudahkan mengenalpasti kerosakan sesuatu peralatan yang disenggarakan.

• Dapat menghasilkan dan menganggarkan kos minimum untuk sebuah peralatan yang disenggarakan.

• Dapat menjangka tempoh hayat mesin yang disenggarakan.

Soalan 4

Adakan perbincangan dengan pensyarah anda di dalam kelas.

(23)

Soalan 1

Apakah yang dimaksudkan dengan pencegahan bagi mengurangkan kerosakan dalam senggaraan.?

Soalan 2

Terangkan dengan ringkas bagaimana kos senggaraan dapat diminimakan.

Soalan 3

Apakah factor yang memendekkan tempoh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik.?

(24)

Jawapan 1

Pencegahan bagi mengurangkan kerosakkan dalam senggaraan Senggaraan ini membawa maksud sesuatu penentuan yang dibuat adalah mengikut kepada sesuatu pemerhatian atau menggunakan kriteria yang ada bersuaian dengan tujuan untuk pengurangkan kemungkinan berlakunya kegagalan dalam sesuatu sistem yang hendak dibuat.

Jawapan 2

Untuk meminimakan kos senggaraan, setiap kerja-kerja senggaraan perlulah dirancang dengan teliti dan setiap perancangan senggaraan mesti pempunyai bahagian-bahahian seperti senggaraan pencegahan, pembaikan, jadual senggaraan dan syarat-syarat dan dasar senggaraan.

Jawapan 3

Faktor yang memendekkan tempuh hayat sesebuah mesin yang menggunakan komponen elektronik adalah faktor perubahan suhu, tahap kelembapan, keadaaan persekitaran yang berkimia turut memendekkan tempoh hayat mesin terutama peralatan elektronik yang mudah rosak seperti Pemacu Elektronik dan PLC yang banyak digunakan di dalam industri. Cara penggunaan juga banyak mempengaruhi tempoh hayat mesin terutama kepada peralatan yang melibatkan penggunaan di dalam rumah seperti radio, televisyen dan komputer peribadi. Kebanyakkan peralatan ini kurang diselenggarakan oleh penggunanya dan mungkin terdapat kesalahan cara penggunaan.

MAKLUMBALAS

KENDIRI 1A

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

(25)

(case study)

Anda dikehendaki membuat kajian/tinjauan di sebuah kedai komputer. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat tentang kos senggaraan bagi sebuah komputer dan tentukan faktor-faktor yang menyebakan peningkatan kos senggaraan. Cadangkan langkah-langkah yang diambil untuk meminimakan kos senggaraan.

(26)

Anda seharusnya membuat tinjauan ke atas syarikat-

syarikat tersebut.

Bincanglah jawapan anda dengan pensyarah anda.

MAKLUMBALAS

(27)

Objektif am : Memahami Fungsi Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi. • Mempastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan. • Mempastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara

optimum.

• Menerangkan fungsi senggaraan.

OBJEKTIF

(28)

2.0 Fungsi Senggaraan.

Senggaraan berfungsi untuk :-

1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan

3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum

2.1 Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi

Seringkali berlaku barangan atau komponen yang dibeli dari kedai atau barangan ektronik yang dihasilkan sering tidak memenuh spesifikasi atau kehendak. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dan di antaranya ialah :-

a. Komponen yang ada dalam litar. b. Silap aturcara proses.

c. Keupayaan komponen melebihi piawai. d. Kesilapan install dalam operasi

e. Tekanan dari keadaan sekeliling.

Sebagai seorang pengguna atau juga seorang pembuat barangan elektronik, kita haruslah peka dalam memastikan sesuatu barangan itu memenuhi spesifikasi atau tidak. Oleh yang demikian bagi merealitikan perkara yang telah dinyatakan tadi, penyenggaraan menyeluruh amatlah diperlukan.

(29)

2.1.1 Penyelenggaraan Menyeluruh.

Penyelenggaraan menyeluruh merangkumi perkara-perkara seperti berikut.

1. Pengetahuaan yang dimiliki. 2. Pelindungan.

3. Pembaikan. 4. Pemeriksaan.

Pengetahuan yang dimiliki.

Pengetahuan disini bermaksud apakah kebolehan atau kekurangan yang ada pada barangan atau komponen tersebut . Sebagai pengguna atau pembuat, kita hendaklah tahu ketahanan komponen tersebut. lni termasuklah ketahanan dari segi suhu, getaran dan juga peringkat akhir had produk. Selain ketahan perkara lain yang perlu diambil kira bagi memastikan barangan memenuhi spesifikasi adalah:-

a. Kepekaan. b. Ketepatan. c. Kejituan d. Kelinaran. e. Histeris.

Sekiranya pengetahuan sebegini dimiliki, sudah pastilah kita mengetahui sama ada barangan tersebut memenuhi spesifikasi atau tidak.

Pelindungan

Dengan pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah kita mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki. Sebagai contoh ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak

(30)

mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan disuhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.

Pembaikan

Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi. Pembaikan hendaklah sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku sehingga mampu melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus dibuat dengan segera.

Pemeriksaan

Pemeriksaan adalah perkara yang amat penting dalam penyenggaraan Menyeluruh. Bagi memastikan pemeriksaan sentiasa dilakukakan, satu buku rekod hendaklah dlsediakan agar pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur . Pemeriksaan terbaik adalah pemeriksaan yang merangkumi pemeriksaan harian, mingguan, bulanan dan juga pemeriksaan tahunan. Dengan ini spesifikasi dan jangka hayat sesuatu barangan dapat ditentukan. Untuk pemeriksaan juga terdapat pelbagai alatan pengukuran yang mampu digunakan untuk mengukur ketahanan barangan elektronik, ini termasuklah seperti Osiloskop, Ammeter, Voltmeter, Ohmmeter atau juga meter pelbagai. Dengan peralatan seperti ini pengukuran dapat dijalankan dengan lebih mudah dan sistematik

2.2 Memastikan Kos Barangan Yang Dihasilkan Berpatutan.

Untuk memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan , perkara utama yang perlu diambil kira ialah dengan membuat ANALISIS. Tidak kira sesiapun samada individu, kumpulan ataupun syarikat besar sekalipun, ana1isis perlu di1akukan agar kos barangan yang dihasilkan dapat memberi pulangan yang berpatutan kepada mereka. Kos yang dimaksudkan disini ialah dari segi kos kewangan (Untung/ Rugi), tenaga kerja, masa dan sebagainya.

(31)

Bagi sebuah Firma yang besar seperti Industri, analisis merangkumi kos seperti berikut : - 1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss)

~ Masa ketika penyelenggaraan.

~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih. ~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah. 2. Kos Penyelenggaraan.

3. Kos Tenaga Kerja.

4. Kos ketika "machine breakdown"

Keempat-empat kos ini amat penting untuk dianalisis bagi firma tersebut agar barangan yang dihasilakn mampu memberi keuntungan yang berpatutan kepada mereka. Bagi individu pula atau pengguna, untuk memastikan barangan yang diperolehi atau dibeli berpatutan dengan harga yang ditawarkan maka perkara yang harus dilakukan ialah dengan melakukan pemeriksaan. Pemeriksaan di sini bermaksud pemeriksaan kebolehan dan kekurangan yang terdapat pada barangan tersebut.

2.3 Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum.

Untuk memastikan agar mesin atau perlatan dapat digunakan secara optimum, beberapa langkah perlu dilaksanakan sebagai contohnya; penyelenggaraan bagi mesin atau alatan perlu dilakukan dengan segera. Tahap keupayaan bahagian ini akan mengurangkan kos dan meningkatkan hasil. Antara bahagian penyenggaraan yang diperlukan ialah seperti:-

a) Breakdown Maintenance (Penyenggaraan Kerosakan)

- Dilakukan setelah mesin atau peratalan mengalami kerosakan.

b) Preventive Maintenance (Penyenggaraan Pencegahan)

- Dilakukan sebelum mesin mengalami kerosakan untuk mengelakkan

kerosakan yan lebih besar akan berlaku.

(32)

c) Predictive Maintenance (Penyenggaraan Jangkaan)

Kaedah ini adalah salah satu daripada senggaraan cegahan.la dilakukan dengan membuat analisa ke atas keadaan mesin untuk mengesan masaalah atau kerosakan. Analisa dibuat berpandukan beberapa kriteria atau parameter mengikut jenis mesin seperti keadaan getaran, suhu dan aliran bendalir (penyejuk, pelincir dan sebagainya). Proses ini dilakukan tanpa mengganggu jadual pengeluaran.

d) Condition-based Maintenance (Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)

Senggaran ini dilakukan apabila perlu sahaja bagi sesetengah mesin yang mempunyai sistem pengurusan berterusan. Ia dilakukan dengan menggunakan sistem PLC (programmable Logic Controller) dimana ia disambungkan dengan mesin terus kepada komputer yang mengawasi keadaan mesin tersebut ketika beroperasi. Jika terdapat masalah ke atas mesin, komputer akan membuat penjajaran secara automatik atau komputer akan mengeluarkan tanda amaran jika mesin tersebut perlu dibaiki atau diservis secara manual. Kaedah ini akan memberikan keadaan mesin yang beroperasi dalam keadaan optimum. Kaedah ini amat efektif tetapi kos permulaan untuk pemasangan alat PLC agak tinggi tetapi ia memberikan pulangan jangka panjang yang amat tinggi.

(33)

Soalan 1

Kenapakah barangan yang dibeli selalunya tidak memenuhi spesifikasi atau kehendak pengguna ?

Soalan 2

Mengapakah perlu dilakukan penyenggaraan menyeluruh terhadap seseuatu peralatan atau perkakasan ?

Soalan 3

Nyatakan perkara-perkara asas yang perlu di dalam melakukan penyenggaraan menyeluruh.

Soalan 4

Nyatakan Pengetahuan yang perlu ada semasa menentukan sesuatu barangan itu memenuhi spesifikasi.

(34)

Soalan 5

Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan di dalam penyenggaraan menyeluruh.

Soalan 6

Apakah jenis kos yang perlu di ambil kira supaya barangan yang dihasilkan mempunyai kos yang berpatutan.

Soalan 7

Senaraikan bahagian penyenggaraan yang diperlukan bagi memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optima.

(35)

Soalan 1

Terdapat beberapa factor seperti berikut; a. Komponen yang ada dalam litar. b. Silap aturcara proses.

c. Keupayaan komponen melebihi piawaian. d. Kesilapan dalam operasi

e. Tekanan dari keadaan sekeliling.

Soalan 2

Supaya peralatan atau perkakasan tersebut sentiasa memenuhi spesifikasi.

Soalan 3

a. Pengetahuaan yang dimiliki. b. Pembaikan

c. Pelindungan. d. Pemeriksaan

Soalan 4

Pengetahuan tentang kebolehan atau kekurangan yang ada pada barangan/komponen seperti ketahanan terhadap suhu, getaran dan peringkat akhir produk.

(36)

Soalan 5

Adalah kaedah melindungi barangan atau komponen. Sebagai contohnya perlindungan terhadap ketahanan alatan, seperti suhu dan getaran. Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan di suhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.

Soalan 6

Jenis kos yang perlu diambil kira adalah;-

1. Kos hilang masa operasi ( operation time loss) ~ Masa ketika penyelenggaraan.

~ Masa untuk melakukan pembaikan/baikpu1ih. ~ Masa ketika melaporkan sebarang masalah. 2. Kos Penyelenggaraan.

3. Kos Tenaga Kerja.

4. Kos ketika "machine breakdown"

Soalan 7

a) Breakdown Maintenance. (Penyenggaraan Kerosakan)

b) Preventive Maintenance.(Penyenggaraan Pencegahan) c) Predictive Maintenance.(Penyenggaraan Jangkaan)

d) Condition-based Maintenance.(Penyenggaraan Berdasarkan Keadaan)

(37)

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba, semoga berjaya !!!!!!

Soalan 2-1

Senaraikan 3 fungsi Senggaraan.

Soalan 2-2

Bandingkan di antara Penyenggaraan Kerosakan dengan Penyenggaraan Pencegahan.

Soalan 2-3

Terangkan skop analisis yang dibuat bagi memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan.

(38)

Jawapan 2-1

1. Memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi 2. Memastikan kos barangan yang dihasilkan berpatutan

3. Memastikan mesin atau peralatan dapat digunakan secara optimum

Jawapan 2-2

Penyenggaraan Kerosakan Penyenggaraan Pencegahan

Dilakukan ketika mesin/alat sedang beroperasi

Penjagaan mesin seperti pemeriksaan & penjajaran semula mesin

membuat service terhadap mesin rosak Membuat service terhadap mesin masih beroperasi

Jawapan 2-3

i. Kos hilang semasa operasi ii. Kos Penyenggaraan iii. Kos Tenaga Kerja

iv. Kos Ketika mesin “breakdown”

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

(39)

Objektif am : Memahami Jenis-jenis Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan tentang Senggaraan Kerosakan. • Menerangkan tentang Senggaraan Perlindungan. • Menerangkan tentang Senggaraan Pembaikan. • Menerangkan tentang Senggaraan Ubahsuai.

OBJEKTIF

UNIT 3

(40)

3.0 PENGKELASAN JENIS-JENIS SEGGARAAN

3.1 Senggaraan Kerosakan

Ia dilakukan apabila mesin atau peralatan mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi. Kebiasaannya juruteknik akan hanya membuat servis keatas mesin yang mengalami kerosakan. Kaedah ini cepat tetapi untuk sesetengah mesin ianya tidaklah berkesan dari segi kos.

Pada kebiasaannya punca kerosakan bagi sesebuah peralatan elektrik adalah disebabkan oleh bahagian-bahagian atau komponen di dalam peralatan tersebut mengalami kerosakan kerana telah lama beroperasi. Tanpa penjagaan rapi komponen di dalam litar akan lebih mudah rosak. Sebagai contoh, berikut adalah jenis-jenis kerosakkan yang biasa berlaku bagi sebuah radio:-

3.1.1 Kerosakan Litar Bekalan Kuasa

Kerosakkan alat ubah kuasa

Salah satu gelung alatubah terbakar putus (litar buka), bekalan elektrik radio akan terganggu, misalnya lilitan utama atau dinamakan gelung utama putus, radio tidak dapat bekalan elektrik.

Kerosakan Kapasitor Penapis Masukan

¾ Litar Pintas

Kapasitor penapis berkeadaan selari dengan punca positif dan punca negatif voltan tinggi. Kapasitor ini bertujuan untuk menyimpan cas dan membuang cas supaya arus arusterus

(41)

licin dan tetap. Kalau ia kurang baik/sempurna ia akan mudah rosak, misalnya apabila C1 berlaku litar pintas, beban arus tinggi yang melalui diod penerus adalah lebih daripada arus biasa. Ini menyebabkan ia panas dan terbakar.

¾ Litar Buka

Kapasitor elektrolitik dibuat daripada bahan elektrolitik, setelah lama digunakan kesan kimia itu akan diwap mengakibatkan kekurangan dan kering, menyebabkan kapasitor hilang keupayaan. Apabila keupayaan berkurang daripada nilai tertentu radio akan berdengung lebih daripada biasa. Voltan arus akan menjadi lebih rendah daripada biasa, kadang kala kerana buatan kapasitor kurang baik akan menyebabkan sambungan di dalamnya akan tertanggal mengakibatkan litar buka.

¾ Kebocoran

Kapasitor elektrolitik memang mempunyai sedikit kebocoran. Setiap microfarad dipasang kepada 300 voltan arus terus, arus kebocoran adalah lebih kurang 0.1-0.25 miliampiar. Sebuah kapasitor yang baik kebocorannya tidak melebihi 10 ohm. Kebocoran yang lebih mengakibatkan bahan kimia meleleh keluar. Bagi menguji samaada kapasitor tersebut rosak atau sebaliknya, laraskan meter pada julat ohm, apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun perlahan-lahan ini menunjukkan kapasitor tersebut berada dalam keadaan baik manakala jika jarum meter tidak berlaku apa-apa perubahan, kapasitor tersebut mengalami kebocoran atau rosak.

3.2 Senggaraan Perlindungan

Ia meliputi proses penjagaan peralatan dari segi membuat pemeriksaan dan penjajaran semula peralatan tersebut. Kaedah ini lebih praktikal kerana setiap peralatan akan dibetulkan dari dari semasa ke semasa ketika proses pemeriksaan. Ini akan meningkatkan tempoh hayat peralatan dan mengelakkannya dari mengalami kerosakan ketika sedang beroperasi

Dengan Pengetahuan yang dimiliki atau yang telah dinyatakan tadi, sudah pastilah kita mampu memberi pelindungan yang maksimum kepada barangan yang dimiliki. Sebagai contoh

(42)

ketahanan, katakanlah ketahanan suhu .Sekiranya komponen tersebut tidak mampu menahan suhu yang panas dan getaran yang kuat oleh itu kita terpaksa meletakkan disuhu yang sejuk tanpa mempunyai getaran yang kuat dengan ini kita telah memberi pelindungan kepada komponen atau barangan tersebut.

3.2.1 Cara perlindungan sesebuah peralatan elektrik.

Bagi penjagaan sesebuah peralatan elektrik perlindungan yang berterusan adalah perlu bagi menjamin jangka hayat sesuatu peralatan elektrik tersebut. Bagi memastikan komponen-komponen di da1am pera1atan elektrik tersebut berada pada keadaan baik dan tahan lama, buka

casing kemudian bersihkan setiap komponen yang ada pada litar dengan menggunakan sehelai

kain kering dan bersih. Tujuannya adalah untuk memastikan tiada habuk-habuk yang boleh menyebabkan terhasilnya sedikit elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesebuah komponen. Bagi membersihkan pada bahagian yang tersembunyi dan sempit jangan menggunakan penyembur angin bertekanan tinggi sebaliknya menggunakan berus yang lembut, ini kerana jika menggunakan penyembur angin akan menyebabkan habuk tersebut berterbangan pada bahagian lain menyebabkan ia memasuki bahagian-bahagian lain.

Bagi memastikan tiada kerosakkan yang timbul, pastikan wayar-wayar yang menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain berada pada keadan baik dan diikat kemas. Pastikan kedudukan wayar tidak bersentuhan dengan komponen-komponen yang mengeluarkan haba yang tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka atau rosak. Jika berlaku walau sedikit kerosakkan pada wayar tersebut, pastikan wayar tersebut diganti terlebih dahulu.

Bagi memastikan setiap butang pelarasan pada bahagian peralatan elektrik beroperasi dengan baik gunakan 'cleaner degreaser'. Semburkan pada bahagian-bahagian yang bergerak. Bagi peralatan yang menggunakan bateri, pastikan bateri yang sudah habis kuasanya dibuang bagi memastikan asid yang dikeluarkan bagi bateri lama tidak merosakkan komponen berhampiran.

(43)

3.3 Senggaraan Pembaikkan

Bagi memastikan barangan atau komponen memenuhi spesifikasi, pembaikan hendaklah sentiasa dilakukan. Tidak kira kecil atau besar, sekiranya kerosakkan berlaku sehingga mampu melumpuhkan operasi dan ketahanan barang. Maka pembaikan harus dibuat.

Bagi membaik pulih peralatan-peralatan elektrik yang rosak, pengetahuan tentang peralatan tersebut dan kemahiran membaiki adalah sangat perlu, berikut adalah contoh bagi membaiki sebuah radio (sila rujuk rajah 3.0 di bawah).

Rajah 3.0 : Litar Penguat Pemacu

Jadual 3.1 menunjukkan tanda-tanda kerosakan, cara memeriksa dan tempat kerosakan pada penguat sebuah radio bagi rajah 3.0 di atas.

(44)

Tanda Kerosakan Cara Memeriksa Tempat Kerosakan

Tiada Suara - Pemungut transistor pemacu tidak mempunyai voltan. - Isyarat audio alat jana

masukan ke pemungut transistor pemacu menghasilkan suara dan masukan ke tapak transistor tidak mengeluarkan suara.

1. Gelung pertama alat ubah masukan litar buka.

2. Perintang R1 litar buka.

Suara bising Kawalan bahana dikecilkan ada juga hingar

Transistor pemacu rosak

Suara Serak Voltan pincang tapak dan pengeluar sempurna.

Transistor penguat pemacu rosak.

Suara lemah Voltan pincang tapak dan pengeluar baik.

Kapasitor salur pirau , C4 litar buka.

Kadang-kadang ada suara

Voltan dan arus peringkat penguat pemacu sempurna.

1. Kawalan bahana rosak 2. Kapasitor penjodoh C5 sentuhan kurang baik.

Jadual 3.1 Cara Memeriksa Peringkat penguat Pemacu

3.4. Senggaraan Ubahsuai.

Senggaraan ubahsuai adalah senggaraan yang dilakukan terhadap peralatan mengikut keperluan semasa ataupun mesin tersebut tidak lagi boleh di perbaiki supaya beroperasi seperti keadaan asalnya. Ini mungkin berlaku terhadap peralatan-peralatan atau mesin-mesin yang lama yang mana alat-alat gantinya sukar diperolehi.

(45)

3.1 Senaraikan TIGA jenis-jenis senggaraan. a………. b………. c………..

3.2 Nyatakan 2 sebab suatu peralatan itu mudah mengalami kerosakan. a……….. b………..

3.3 Senaraikan 3 jenis kerosakan yang sering berlaku pada komponen atau peralatan. a……….

b………. c………

3.4 Terangkan langkah-langkah perlindungan bagi satu peralatan elektrik atau mesin. a………

b……… c……….

(46)

Jawapan.

3.1 Jenis-jenis senggaraan

a. Kerosakkan ~litar buka, litar pintas, bocor

b. Perlindungan ~ berterusan-buka casing dan bersih guna kain kering, pasti tiada habuk yang boleh menghasilkan elektrostatik, gunakan berus yang lembut.

c. Pembaikan ~ pembaikpulih kerosakkan kecil 3.2 Dua sebab peralatan mudah mengalami kerosakkan.

a. Wayar-wayar bersentuhan dengan komponen yang mengeluarkan haba yang tinggi.

b. Bateri yang sudah habis kuasanya tidak diganti menyebabkan asidnya merosakkan komponen lain yang berhampiran.

3.3 Tiga jenis kerosakkan yang sering berlaku pada komponen. a. Terbuka

b. Bocor c. Pintas

3.4 Langkah-langkah perlindungan peralatan elektrik atau mesin-mesin.

a. Pastikan wayar yang menghubungkan antara satu bahagian ke bahagian yang lain berada dalam keadaan baik dan diikat dengan kemas.

b. Pastikan kedudukan wayar tidak bersentuhan dengan komponen-komponen yang mengeluarkan haba yang tinggi yang menyebabkan wayar tersebut terbuka.

(47)

Soalan

3.1 Nyatakan dua punca utama alat-alat elektrik mudah mengalami kerosakkan.

3.2 Terangkan cara-cara menguji satu kapasitor elektrolitik dan nyatakan berapakah nilai arus bocor bagi satu kapasitor yang bernilai 1μf yang menggunakan voltan arus terus 300V. 3.3 Apakah tujuan komponen-komponen elektrik dihindari dari habuk-habuk dan bagaimana

cara untuk membersihkannya.

3.4 Nyatakan kerosakan-kerosakan biasa yang berlaku pada penguat pemacu dan komponen manakah yang mungkin rosak.

(48)

Jawapan

3.1 Punca utama alat-alat elektrik mengalami kerosakkan ialah : peralatan tersebut mungkin sudah lama beroperasi dan tiada penjagaan yang rapi.

3.2 Cara menguji kapasitor elektrolitik ialah dengan menggunakan multimeter julat ohm, apabila jarum meter naik mendadak kemudian turun perlahan-lahan – ini menunjukkan kapasitor berada dalam keadaan baik dan jika jarum meter tidak berlaku apa-apa perubahan kapasitor tersebut mengalami kebocoran , terbuka atau pintas.Nilai arus bocor bagi kapasitor yang bernilai 1uf yang menggunakan voltan arus terus 300V ialah 0.1-0.25mA dan tidak lebih 10mA.

3.3 Tujuan komponen-komponen elektrik di hindari dari habuk-habuk ialah:-

Untuk memastikan tiada elektrostatik yang boleh merosakkan fungsi sesuatu komponen elektrik- cara membersihnya ialah dengan menggunakan kain kering dan tempat yang sempit guna berus yang lembut dan jangan guna penyembur angin yang bertekanan tinggi.

3.4 Kerosakkan-kerosakkan biasa yang berlaku pada penguat pemacu ialah:-

a. Tiada suara ~Gelung pertama alatubah masukan terbuka atau perintang penjodoh terbuka.

b. Suara serak ~ Transistor penguat pemancu rosak

c. Suara bising ~Kawalan bahana kotor atau teras alatubah ulangan antara pecah. d. Suara lemah ~Kapasitor pirau di kaki pengeluar transistor keluaran litar buka. e. Kadang-kadang ada suara ~Kawalan bahana kotor atau sesentuh bahana kurang

baik

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

(49)

Objektif am : Memahami Rekod Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menghasilkan satu contoh jadual senggaraan. • Menerangkan tentang kos senggaraan pencegahan. • Menerangkan tentang kos senggaraan baikpulih. • Menghasilkan satu rekod senggaraan.

OBJEKTIF

UNIT 4

(50)

4.0 MENGHASILKAN REKOD SENGGARAAN

4.1 Jadual Senggaraan

Setiap penyelenggaraan yang hendak dan akan dilakukan memerlukan satu jadual penyelengaraan. Jadual senggaraan amatlah diperlukan kerana seseorang yang ingin melakukan penyelengaraan akan membuat pemerhatian ke atas apa yang telah dilakukan semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan. Dengan adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu menganalisis tentang kekerapan peralatan tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan juga langkah yang telah dilakukan untuk membaikpulih kerosakan tersebut.

Peringkat Jadual Senggaraan

Jadual senggaraan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat yang tertentu di antaranya ialah:-

a) Jadual senggaraan untuk 25 hingga 50 jam atau bulanan. b) Jadual senggaraan unutk 300 hingga 500 jam atau 6 bulan c) Jadual senggaraan untuk 1000 jam atau tahunan.

d) Jadual senggaraan sampingan (jika perlu).

Dengan adanya jadual senggaraan ini maka penyelenggaraan yang dilakukan oleh seseorang individu atau juruteknik itu akan lebih teratur dan terurus serta lebih selamat. Di antara jadual senggaraan yang ada di sebelah ialah senggaraan yang dijalankan ke atas VCR (Video Cassette Recorder).

(51)

Jadual Senggaraan 25-50 Jam atau Bulanan.

Jadual ini terdiri daripada pemeriksaan yang perlu dilakukan setiap 25 hingga 50 jam ataupun setiap satu bulan sekali keatas peralatan elektronik seperti VCR. Di antara langkah-langkah senggaraan yang harus dilakukan dan direkodkan di dalam jadual bulanan ini ialah: -

~ Mencuci kepala main balik VCR.

~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik.

~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.

Jadual 4.1 di bawah ini adalah contoh jadual senggaraan yang perlu diselenggarakan setiap 25 hingga 50 jam ataupun sebulan sekali.

Perkara Tarikh Jenis kerosakan Langkah diambil Cuci kepala main

balik Cuci bahagian mekanikal tape Menyah-magnet pada head Memeriksa kesan kehausan

Jadual 4.1: Jadual Senggaraan 25-50 jam atau Sebulan

Jadual Senggaraan untuk 300-500 jam ~ 6 bulan.

Manakala jadual 4.2 di bawah ini pula terdiri daripada tugasan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau jurukteknik setiap 300-500 jam atau 6 bu1an seka1i. Yang mana diantara perkara perkara yang sela1u diperiksa setiap 300-500 atau 6 bu1an sekali ia1ah:-

(52)

~ Cuci bahagian bawah.

~ Melaras ketegangan belts dan lain- lain.

Di bawah ini ada1ah bentuk jadual dan perkara -perkara yang perlu diselenggarakan pada setiap 300-500 jam atau 6 bu1an sekali.

Perkara Tarikh Jenis Kerosakan Langkah diambil Periksa belt

Cuci bahagian bawah Periksa spring rollers dan capstans shaft Laras ketengangan belts Tukar silika gel packet Cuci penala (tuner)

Jadual 4.2: Jadual Senggaraan 300-500 jam atau 6 Bulan

Jadual Senggaraan untuk 1000 Jam atau Tahunan.

Jadual 4.3 ini merupakan satu jadual yang mempunyai tugasan yang perlu dilakukan di dalam jarak tempoh masa yang agak jauh iaitu ianya perlu dilakukan setiap 1000 jam ataupun setiap satu tahun seka1i. Manakala tugasan yang perlu dilakukan dalam jarak masa im ialah melaras ketetapan kepala main balik . Di bawah ini adalah jadual dan perkara yang perlu dilakukan.

Perkara Tarikh Jenis Kerosakan Langkah diambil Melaras semula

ketetapan kepala pemain

Membuat pemeriksaan di tempat Service

(53)

4.2 KOS SENGGARAAN

4.2.1 Pengenalan

Setiap peralatan elektronik mestilah diselenggarakan bagi menjamin keselamatan dan ketahanan pera1atan tersebut. Setiap pera1atan yang elektronik mempunyai cara penyelenggaraannya yang tersendiri. Oleh kerana setiap pera1atan elektronik harus diselenggarakan, maka satu perkara yang harus dititikberatkan dan perlu di ambil kira ke atas peralatan yang disenggarakan ialah mengenai kos senggaran yang terlibat. Perkara ini perlu diambil kira dan dititik beratkan oleh setiap pihak yang terlibat adalah supaya tidak berlakunya pembaziran seperti terlebih barang dan sebagainya ketika penyelenggaraan di1akukan keatas sesuatu peralatan elektronik.

Setiap pihak terlibat dengan senggaraan harus membuat perancangan yang rapi ke atas kos senggaraan yang ingin dilakukan, tidak kiralah sama ada penyelenggaraan yang ingin dilakukan itu ada1ah untuk pencegahan ataupun penyelenggaraan untuk baik pulih peralatan. Dengan adanya perancangan yang rapi ini maka pihak yang terlibat dapat menjimatkan kos senggaraan yang terlibat. Di da1am perihal kos senggaraan ini pula ianya dapat dibahagikan kepada 2 bahagian yang utama iaitu:-

4.2.2 Kos Senggaraan untuk Pencegahan.

Kos senggaraan untuk pencegahan adalah kos yang diperuntukkan keatas peralatan mahupun perkakasan yang digunakan atau ditukar sebelum sesuatu peralatan elektronik tersebut mengalami kerosakan yang tidak dikehendaki. Pada kebiasaanya peruntukan ke atas penyelenggaran pencegahan ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan dan perkara yang perlu ditukar semasa kerja-kerja menyelenggara peralatan elektronik dijalankan, sebagai contoh:-

(54)

" Peruntukan yang digunakan untuk menyediakan perkara-perkara yang diperlukan untuk meyelenggara VCR iaitu menyediakan pencuci kepada main balik setiap satu bulan sekali bagi menggelakkan daripada kepala main balik mengalami kerosakan. Sekiranya langkah untuk menyediakan kos untuk senggaraan pencegahan ini dilakukan dengan betul maka pihak tebabit akan dapat mengelak daripada berlakunya kerosakan-kerosakan yang lebih teruk dan melibatkan belanja yang lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan kos yang sepatutnya disediakan untuk senggaraan baik pulih.”

4.2.3 Kos Membaik Pulih.

Kos baikpulih pula ada1ah kos ataupun peruntukan yang digunakan untuk membaiki peralatan-peralatan elektronik yang telah mengalami kerosakan sama ada ianya melibatkan komponen ataupun perkara yang lain. Pada kebiasaannya kos yang digunakan untuk baikpulih ini diperlukan secara kecemasan, ini kerana kerosakan yang akan berlaku tidak diketahui masanya. Dengan kata lain kos baikpulih adalah kos yang digunakan untuk menukar komponen-komponen ataupun peralatan yang mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi.

Kos untuk baikpulih ini terpaksa dikeluarkan oleh pihak yang terlibat bagi membolehkan pihak berkenaan dapat melakukan tugas seperti sedia kala. Contoh peruntukkan yang digunakan untuk baik pulih ialah:-

Untuk peralatan biomedical yang seperti mesin x-ray yang mengalami kerosakan pada salah satu kabel yang penting maka pihak berkenaan harus mengeluarkan peruntukan untuk membeli kabel berkenaan bagi membolehkan mesin x-ray tersebut berfungsi semula .

(55)

Soalan 1

Apakah tujuannya jadual senggaran bagi sesebuah mesin?

Soalan 2

Terangkan maksud kos senggaraan pencegahan.

Soalan 3

Jadual senggaraan yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau juruteknik bagi sebuah VCR ada beberapa peringkat antaranya:-

a. Senggaraan kegunaan 25 ~50 jam pertama b. Senggaraan kegunaan 300 ~500 jam atau 6 bulan c. Senggaraan kegunaan 1000 jam atau setahun.

Nyatakan perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan mengikut peringkat – peringkat diatas.

(56)

Jawapan 1

Tujuan jadual senggaraan bagi sesuatu mesin adalah kerana seseorang yang ingin melakukan penyelengaraan akan membuat pemerhatian keatas apa yang telah dilakukan semasa senggaraan dijalankan dan juga tarikh senggaraan tersebut dilakukan. Dengan adanya jadual senggaraan ini maka mudahlah seseorang itu menganalisis tentang kekerapan peralatan tersebut mengalami kerosakan iaitu apa jenis kerosakannya, bila dan juga langkah yang telah dilakukan untuk baik pulih alatan tersebut.

Jawapan 2

Kos senggaraan pencegahan adalah kos yang diperuntukkan keatas peralatan mahupun perkakasan yang digunakan atau ditukar sebelum sesuatu peralatan elektronik tersebut mengalami kerosakan yang tidak dikehendaki. Pada kebiasaanya peruntukkan ke atas penyelenggaran pencegahan ini akan digunakan untuk menyediakan peralatan dan perkara yang perlu ditukar semasa kerja-kerja meyelenggara peralatan elektronik dijalankan

Jawapan 3

Perkara-perkara yang perlu di senggarakan bagi setiap jam / bulan adalah:-

a. Untuk 25 ~50 jam pertama

~ Mencuci kepala main balik VCR.

~ Memeriksa kesan kehausan kepala main balik.

~ Memeriksa soket sesentuh yang terdapat pada board dan lain -lain.

(57)

~ Mencuci bahagian mekanikal tape ~ Menyah magnet pada head

~ Memeriksa kesan kehausan

b. Untuk 300 ~500 jam atau 6 bulan

~ Periksa belts

~ Cuci bahagian bawah ~ Melaras ketegangan belt

~ Periksa spring rollers dan capstans shaft ~ Tukar silica gel packet

~ Cuci penala (tuner)

c. Untuk 1000 jam atau setahun

~ Melaras semula ketetapan kepala main balik

~ Membuat pemeriksaan menyeluruh di pusat service.

(58)

Soalan

4.1 Berikan perbezaan antara kos penyenggaraan dengan kos baikpulih.

4.2 Nyatakan cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape.

4.3 Bagaimanakah caranya untuk menggelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi pemain VCR?

4.4 Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang individu atau pemilik sebuah VCR untuk menjamin mutu suara dan gambar yang dihasilkan memuaskan. Buat satu jadual senggaraan yang mana bahagian-bahagian sepatutnya di dahulukan dan berikan jenis kerosakan yang biasa berlaku dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi pemasalahan tersebut.

a. Cuci penala ( tuner ) b. Cuci bahagian bawah

c. Cuci bahagian mekanikal tape d. Cuci kepala main balik

e. Laras ketegangan belts f. Periksa belt

g. Periksa spring rollers dan capstans shaft h. Tukar silica gel packet

i. Menyah magnet pada head j. Memeriksa kesan kehausan

k. Membuat pemeriksaan di pusat service

l. Melaras semula ketetapan kepala pemain balik.

(59)

Jawapan

4.1 Kos penyenggaraan adalah kos yang diperlukan untuk menyenggara peralatan tersebut dari mengalami kerosakan dan juga kos yang diperlukan untuk membaikpulih kerosakan peralatan tersebut manakala kos baikpulih adalah kos ataupun peruntukan yang digunakan untuk membaiki peralatan yang telah mengalami kerosakan sama ada ianya melibatkan komponen ataupun perkara yang lain. Pada kebiasaannya kos yang digunakan untuk baik pulih ini diperlukan secara kecemasan ini kerana kerosakan yang akan berlaku tidak diketahui masanya. Dengan kata lain kos baik pulih adalah kos yang digunakan untuk menukar komponen-komponen ataupun peralatan yang mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi.

4.2 Cara-cara penjagaan untuk memanjangkan hayat kaset video tape adalah:-

a. Jangan simpan di tempat suhu yang dingin, lembap atau suhu yang panas – mesti disimpan di kawasan suhu bilik.

b. Jangan terkena air, alkohol dan debu.

c. Jangan simpan dekat dengan magnet atau punca-punca elektrik yang mengeluarkan urat daya magnet.

4.3 Cara-cara untuk mengelakkan kehilangan mutu suara dan gambar bagi pemain VCR adalah :-

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

(60)

a. Jangan memainkan tape yang berkualiti rendah atau yang telah rosak. b. Jangan kerap mencuci kepala main balik atau membiarkan kepala main balik

kotor.

c. Dapatkan jawapan anda sendiri……

4.4 Susunan turutan langkah-langlah yang perlu diambil oleh seorang pemilik VCR.

PERKARA JENIS KEROSAKAN LANGKAH DIAMBIL

Cuci kepala main balik Kotor,berkarat atau calar Cuci,tukar baru Cuci bahagian mekanikal

tape

Berdebu, Bersih,lap

Menyah magnet pada head

Terdapat habuk magnet di head

Cuci Memeriksa kesan

kehausan

Haus Tukar baru

Periksa belt Putus,kendur Tegangkan,tukar baru

Cuci bahagian bawah Berhabuk,berdebu Cuci Periksa spring rollers

dan capstans shaft

Spring-lembut,putus

Capstans

shaft-bergetah,cair

Tukar baru

Laras ketegangan belts Kendur Tegangkan

Tukar silica gel packet Kering,cair Tukar baru Cuci penala (tuner) Kotor,berminyak Bersihkan Melaras semula

ketetapan kepala pemain

Gambar-bererut,horz.line Suara-bererut,pelahan

Laras Membuat pemeriksaan di

pusat service

Tiada gambar/suara. Hantar ke pusat service

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ?

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

(61)

Objektif am : Memahami Organisasi Senggaraan

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

• Menerangkan tentang pekerja di bahagian senggaraan. • Menerangkan tentang pasukan senggaraan dalaman. • Menerangkan tentang pasukan senggaraan luaran. • Menerangkan satu contoh organisassi senggaraan.

OBJEKTIF

UNIT 5

(62)

5.0 ORGANISASI SENGGARAAN

Senggaraan bermaksud gabungan di antara tugasan yang perlu dilakukan untuk menjaga, dan membaikpulih sesuatu barang atau produk kepada satu tahap yang lebih baik dan memuaskan. Antara tugasan yang berkaitan dengan senggaraan adalah seperti mengajar cara-cara penggunaan dan penjagaan sesuatu produk atau peralatan.

Terdapat 2 Jenis Tugas Senggaraan Iaitu:-

1. Senggaraan Pencegahan (Preventive Maintanane)

Senggaran Pencegahan (preventive maintenance) bermaksud tugas yang dilakukan untuk mencegah atau menggelakkan kerosakan.

2. Senggaraan Pembaikan (corrective maintanance)

Senggaraan Pembaikan (corrective maintenance) yang bertujuan untuk kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan jika terdapat kerosakan pada peralatan atau produk.

Sistem penyelenggaraan yang betul dan berkesan perlu dibuat supaya tidak berlaku pembaziran dari segi kos, masa dan tenaga kerja. Perancangan kerja senggaraan berjadual adalah lebih baik dan efektif dan kerja-kerja penyelenggaraan harian.

(63)

5.1 PEKERJA Dl BAHAGIAN SENGGARAAN

Pekerja di bahagian senggaraan dibahagikan kepada beberapa bahagian atau unit mengikut keperluan. Setiap unit ini mempunyai fungsi atau tugas yang tertentu. Terdapat beberapa pecahan bahagian yang selalu di gunakan pada bahagian senggaraan sesuatu syarikat :-

Complete In-House Staff

Ia digunakan oleh syarikat di mana pekerja bahagian senggaraan ini digaji sepenuh masa oleh syarikat tersebut.

Combine In-House Staff

Ini adalah gabungan pekerja tetap syarikat dengan pembekal. Pekerja syarikat seperti juruteknik akan menjalankan tugasan servis rutin biasa manakala pembekal akan melakukan sesetengah tugas servis khusus. Selalunya tugas servis ini memerlukan kepakaran tertentu untuk membaik pulih atau menservis alatan tersebut. Pembekal hanya dipanggil jika khidmat servis tersebut diperlukan sahaja. Ini kerana ia akan menjimatkan kos dan mengurangkan bilangan pekerja di bahagian senggaraan.

Contract Maintenance

Ia terdiri oleh penyelia syarikat dan pekerja ( contohnya juruteknik ) kontrak. Kontraktor akan membekalkan tenaga pekerja yang berkemahiran tertentu dan bekerja di bawah seliaan penyelia syarikat tersebut. Kaedah ini akan mengurangkan kos training dan mengurangkan beban masalah pada bahagian pentadbiran. Sebagai contoh pekerja dibahagikan mengikut unit atau bahagian ialah seperti Rajah 5.0.

(64)

Rajah 5.0: Contoh Pecahan Pekerja Mengikut Unit/Pecahan

Fungsi Setiap Unit

Pengurus Senggaraan

Pengurus bahagian senggaraan ini akan mengawasi pekembangan dan produktiviti setiap unit dibawahnya. Ia akan membuat pengawasan berdasarkan laporan yang dibuat setiap oleh pengurus teknikal.

Pengurus Teknikal

Pengurus teknikal akan memberi arahan kepada setiap unit berdasarkan arahan Pengurus Senggaran. Pengurus teknikal juga akan menyelesaikan apa-apa permasalahan yang timbul pada setiap unit sebelum dirujuk kepada Pengurus Senggaraan.

Pengurus Senggaraan

Pengurus Teknikal

Penyelia (Stock) Penyelia (Service) Kewangan Site Support (Supplier/Contract)

(65)

Penyelia dan Juriteknik (stock)

Mereka ini akan mengwasi aliran stok barangan untuk tugas-tugas senggaraan sentiasa mencukupi supaya tugas-tugas penyelenggaraan yang hendak di lakukan dapat dilakukan oleh bahagian servis dengan lancar dan segera.

Penyelia dan Juriteknik (services)

Mereka ini melakukan tugas-tugas penyelenggaraan, servis dan baikpulih alatan atau mesin. Mereka akan bertanggungjawab ke atas keadaan alatan atau mesin di bawah jagaan mereka. Jika terdapat kerosakan dan terdapat alat ganti yang diperlukan mereka akan berhubung dengan bahagian stock untuk mendapatkan alatan gantian yang diperlukan.

Kewangan

Bahagian kewangan akan mengawal aliran keluar atau masuk wang yang diperlukan oleh bahagian penyelenggeraan ini. Mereka akan menyediakan laporan belanjawan kepada pengurus bahagian penyelenggaraan.

Sokongan Luar (Site Support (supplier/contract))

Bahagian ini akan menghubungi pembekal atau kontraktor jika penyenggeraan yang memerlukan kepakaran khusus diperlukan. Bahagian ini akan bertindak jika pekerja bahagian servis tidak dapat mengatasi sesuatu masalah selepas dirujuk kepada Pengurus Teknikal dan Pengurus Senggaraan. Mereka juga akan memastikan bahawa pembekal atau kontraktor menepati arahan dan waktu yang dijanjikan.

(66)

5.2 PASUKAN SENGGARAAN DALAMAN

Pasukan senggaraan dalaman terdiri daripada beberapa bahagian seperti yang telah diterangkan fungsi dan tugas mereka pada bahagian sebelum ini. Mereka terdiri daripada:-

a. Pengurus Senggaraan (Maintenance manager) b. Pengurus Teknikal (Technical manager)

c. Penyelia dan Juruteknik (Stok) (Supervisor dan technician (stock)) d. Penyelia dan Juruteknik (Servis) (Supervisor dan technician (service)) e. Kewangan (Financial)

f. Sokongan luar (Site support (supplier and contractor))

Mereka ini terdiri daripada pekerja yang diupah oleh syarikat terbabit secara tetap. Pasukan senggaraan dalaman ini akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan servis berjadual dan juga melakukan tugas-tugas penyelenggaraan cegahan. Pasukan ini juga terdiri daripada organisasi senggaraan proses bagi sesebuah organisasi yang lebih besar di mana pasukan ini dikatakan pada pusat operasi atau ibu pejabat sesebuah syarikat.

5.3 PASUKAN SENGGARAAN LUARAN

Pasukan senggaraan luaran terdiri daripada:-

a. Pasukan senggaraan luaran kawasan

b. Pasukan senggaraan pembuat atau kontraktor

Pasukan Senggaraan Luaran Kawasan ( Area Maintenance Organisation)

Untuk sesebuah organisasi yang besar dan mempunyai banyak cawangan. mereka mempunyai pasukan senggaraan kawasan yang ditempatkan pada kawasan-kawasan tertentu. Beberapa pekerja syarikat tersebut akan ditempatkan pada kawasan-kawasan ini.

(67)

Mereka ini akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, "service’ dan baikpulih pada kawasan-kawasan yang telah ditetapkan mengikut zon mereka. Zon-zon ini ditetapkan oleh pentadbiran pusat ( Ibu Pejabat ).

Pasukan Senggaraan Pembuat atau Kontraktor

Pasukan senggaraan ini terdiri daripada pekerja-pekerja dari syarikat pembekal atau kontraktor. Mereka ini akan dipanggil oleh bahagian Site Support jika terdapat baikpulih atau penyelenggaraan yang khusus yang perlu dilakukan. Mereka ini adalah pekerja yang mempunyai kemahiran khusus yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang terdapat dalam organisasi tersebut.

Pekerja ini adalah pekerja yang di upah oleh sesebuah syarikat pembekal atau kontraktor dan hanya akan datang ke sesebuah organisasi itu jika khidmat atau kepakaran mereka diperlukan oleh syarikat yang terbabit.

Gabungan di antara pasukan senggaraan dalaman dan luaran ini akan dapat memastikan sesebuah organisasi itu dapat bekerja pada tahap lebih optima jika pengurusan di antara kedua-dua pasukan senggaraan ini dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

Gambar

Graphic Equalizer digunakan untuk membetulkan isyarat bunyi supaya  bunyi yang dihasilkan seolah-olah menyamai sumber bunyi yang sebenar
Gambar pada rajah 8.2 di bawah menunjukkan sebuah penerima A/V  keluaran Sony.

Referensi

Dokumen terkait