• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jenis-Jenis Kerosakan Dan Cara Membaikpulih DVD

Jika “YA”, sila semak jawapan anda

9.3 Jenis-Jenis Kerosakan Dan Cara Membaikpulih DVD

Terdapat pelbagai jenis kerosakan yang mungkin berlaku kepada pemain DVD, antaranya adalah seperti berikut :-

Kerosakan pada bahagian bekalan kuasa.

Terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan perkara ini berlaku, iaitu mungkin disebabkan oleh kerosakkan pada alatubah, diod penerus, pengatur voltan dan sebagainya. Kesan daripada kerosakan ini ialah pemain DVD tidak dapat beroperasi langsung.

Cara membaiki kerosakan begini adalah sama dengan membaiki peralatan elektronik lain iaitu dengan cara merujuk litar skematik bahagian bekalan kuasa dan lokasi kerosakan ditentukan dengan teknik surihan isyarat ataupun memastikan komponen-komponen terlibat digantikan.

Kerosakan pada Sistem kawalan .

Kerosakkan pada system kawalan adalah seperti tiada sebarang tindak balas pada pemain DVD jika butang operasi ditekan sebagai contoh, butang operasi PLAY dilakukan pemain DVD tidak berfungsi seperti yang diarahkan. Kerosakkan begini berlaku di bahagian

control panel. Periksa bahagian control panel, ataupun mikroprosesor mengalami kerosakan

dan periksa bahagian litar tercetak pada IC mikropemprosesor dan ujian jika ada bekalan pada mikroprosesor atau tidak.

Kerosakan pada Sistem ‘Loading Disc’.

Masalah pada loading disc adalah seperti ‘CD Tray’ tidak terbuka semasa butang

‘open’ ditekan. Masalah ini terdapat banyak kemungkinan yang menjadi faktor kerosakan

pada ‘CD Mekanism’. Periksa bahagian ini, kemungkinan ‘Belting’ pada ‘loading disk tray’ terputus atau tiada tegangan (kendur) dan juga periksa pada gear-gear mekanisma CD jika

ianya retak atau tercabut, serta pada ‘loading motor’ jika ianya sudah rosak atau tiada sebarang voltan diberikan kepadanya. Oleh itu, periksa pada ‘loading switch ’atau pada bekalan kuasa ‘loading motor’ tersebut.

Kerosakan pada Mekanisma Servo

Kerosakan begini terjadi disebabkan banyak punca, contohnya litar servo untuk mengawal spindle motor mengalami kerosakan ataupun litar yang mengawal pergerakan lensa mengalami kerosakan. Masalah ini akan menyebabkan data yang terdapat pada cakera DVD tidak dapat dibaca dan diproses.

Kerosakan Calaran yang Sedikit pada cakera

Gunakan cecair pembersih 'acrylic' ( contoh Prist ) dan ikut arahan, sentiasa. ingat cara membersihkannya iaitu bermula dari titik tengah cakera DVD ke bahagian luar dalam satu garis lurus dengan cara sapuan yang lembut. Jangan gunakan banyak masa pada satu tempat semasa membuat sapuan kerana ia akan menghasilkan haba yang akan memberikan kesan sampingan ke atas data yang tersimpan dalam cakera DVD ataupun filem aluminium pada cakera tersebut. Kemudian lap cakera tersebut menggunakan tuala yang lembut. Jangan lap cakera, cuma tekap bahagian yang basah untuk mengeringkannya. Selepas, itu masukkan ke dalam pemacu cakera supaya ia berpusing dan biarkannya lebih kurang 20 minit untuk membuang kelembapan pada cakera tersebut.

Kerosakan CD Gagal Dibaca

'Laser Root' merupakan dimana pemacu gagal membaca perisian yang terdapat di dalam

Cakera. la tidak boleh dibaiki dan terpaksa ditukar.

Kebanyakan jenis kerosakan pada DVD adalah lebih kurang sama dengan kerosakan yang berlaku pada Audio CD. Sila rujuk pada unit 10 untuk penerangan yang lebih lanjut.

Soalan 1

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD dan nyatakan fungsi DVD.

Soalan 2

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan DVD- RAM dan DVD+RW.

Soalan 3

Berpandukan rajah blok DVD, terangkan fungsi bagi blok berikut;

i. Optical Disk Controller ii. Spindle Motor Drive iii. Servo DSP

iv. Front-end Processor

Soalan 4

Apakah kebaikan–kebaikan DVD jika dibandinggkan dengan video CD

Soalan 1

DVD adalah singkatan dari perkataan ‘Digital Versatile Disk’ atau nama umumnya ia lebih di kenali sebagai ‘Digital Video Disk’. Ia berfungsi untuk menyimpan data pelbagai jenis sistem multimedia seperti data audio, teks, video hinggalah ke gambar foto.

Soalan 2

DVD-RAM adalah ‘Digital Versatile Disk-Random access Memory’ ia mampu menyimpan data sebasar 5.2 GB (Gygabite) atau setara dengan tayangan filem selama 1 jam. Manakala DVD+RW adalah ‘Digital Versatile Disk-rewritable’ adalah satu teknologi baru yang dikeluarkan dibawah DVD. Cakera DVD + RW berupaya menyimpan data sebesar 3GB sahaja. Walaubagaimanapun teknologi ini dalam proses untuk dikeluarkan dan DVD + RW ini serasi berbanding dengan teknologi CD yang lain. Teknologi ini merupakan versi terbaru dari DVD ROM yang mampu membaca disk-disk daripada DVD + RW . Disk-disk yang terdapat pada DVD + RW tidak semestinya disimpan di dalam kotak tertutup yang khusus untuk menjaga kemampuan daya rakamannya. Data-data pada cakera DVD+RW dapat ditulis dan dipadamkan berulang kali.

Soalan 3

1. Optical disk controller.

Menentukan dan mengawal kedudukan pickup unit supaya alur pancaran laser dapat mengenai setiap trak iaiatu dan trak paling dalam ke trak paling luar cakera.

2. Spindle Motor Drive

Mengawal kelajuan motor spindle yang memutar cakera pada kelajuan yang sesuai dengan kedudukan unit pickup.

3. Servo DSP

Melakukan penyegerakan motor yang mengawal kedudukan pickup unit dengan

motor spindle

4. Front-End-Processor

Memproses isyarat yang diambil dari pickup unit iaitu menguatkan isyarat tersebut dan menyahmodulatkannya.

Soalan 4

Kelebihan DVD ialah ;

1. dapat menyimpan berbagai jenis data seperti audio, teks file, video hingga ke gambar foto yang diambil melalui kamera dan televisyen.

2. mempunyai kapasiti penyimpanan data yang sangat besar bermula daripada 4.7GB sehingga 17GB.

Soalan 1

Apabila butang play ditekan unit paparan memaparkan perkataan ’ No Disc’ bahagian manakah yang mengalami kerosakan. ?

Soalan 2

Nyatakan fungsi blok ‘ Optical disc controller’.

Soalan 3

Apakah akan berlaku jika pick up unit mengalami kerosakan.

Soalan 4

Bahagian manakah yang mengalami kerosakan jika operasi pemain DVD dalam keadaan ‘ Intermittent’ bila di ‘ON’ kan.

Soalan 5

Apakah kesan kepada pemain DVD jika bahagian unit bekalan kuasa mengalami kerosakan.

Dokumen terkait