• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan

Antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak

ke Semenanjung

S1: J1:

Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan?

Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan adalah perkhidmatan untuk menghantar kenderaan penumpang dan kenderaan berkapasiti ringan dengan menggunakan kapal laut dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

S2: J2:

Siapakah yang menawarkan perkhidmatan ini?

Perkhidmatan ini ditawarkan oleh syarikat Konsortium Logistik Berhad (KLB) dan Pos Malaysia selaku ejen yang dilantik.

S3: J3:

Dimanakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih seperti di bawah:

a. Pejabat Pos

i. Pejabat Pos Besar Pulau Pinang ii. Pejabat Pos Butterworth iii. Pejabat Pos Besar Shah Alam iv. Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur v. Pejabat Pos Besar Johor Bahru vi. Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu vii. Pejabat Pos Besar Kuching viii. Pejabat Pos Sandakan ix. Pejabat Pos Tawau x. Pejabat Pos Bintulu xi. Pejabat Pos Sibu b. Pusat Pos Laju (PPL) i. Pusat Pos Laju Pulau Pinang ii. Pusat Pos Laju Butterworth iii. Pusat Pos Laju Shah Alam iv. Pusat Pos Laju Kuala Lumpur v. Pusat Pos Laju Klang

vi. Pusat Pos Laju Petaling Jaya vii. Pusat Pos Laju Bangi viii. Pusat Pos Laju Batu Caves ix. Pusat Pos Laju Johor Bahru x. Pusat Pos Laju Kota Kinabalu xi. Pusat Pos Laju Kuching

(2)

2 S4:

J4:

Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena?

Kedua-dua kaedah ini sering digunakan dalam penghantaran kenderaan. Walau bagaimanapun, Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan menggunakan sistem parkir berlapis (seperti tempat letak kereta bertingkat) di dalam kapal. Kapal bagi Perkhidmatan Penghantaran ini adalah khas untuk mengangkut kenderaan sahaja dan tidak ada membawa kontena lain.

S5: J5:

Apakah jenis kenderaan yang boleh dihantar melalui perkhidmatan RORO?

Jenis kenderaan yang boleh dihantar melalui Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan adalah seperti motosikal, kenderaan penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan pacuan empat roda, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan van.

S6:

J6:

Siapakah yang patut saya hubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan ini?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila kunjungi ke pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih seperti yang tersenarai di atas.

S7: J7:

Bolehkah saya menghantar motosikal melalui perkhidmatan RORO?

Ya. Motosikal boleh dihantar menggunakan perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, caj perkhidmatan tertakluk kepada kapasiti enjin (cc) motosikal tersebut.

S8: J8:

Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan perkhidmatan ini? Borang permohonan boleh didapati di:

i. Kaunter pejabat pos terpilih ii. Kaunter Pos Laju terpilih

S9:

J9:

Di manakah saya boleh mendapatkan sebut harga dan jadual bagi perkhidmatan penghantaran ini?

Jadual penghantaran kenderaan dan sebut harga boleh didapati di: i. Kaunter pejabat pos terpilih

(3)

3 S10:

J10:

Adakah harga yang tersenarai dalam sebut harga sudah termasuk semua jenis caj? Harga dalam sebut harga termasuk:-

i. Caj terminal untuk pelabuhan destinasi ii. 6% cukai barangan dan perkhidmatan (GST)

S11: J11:

Bolehkah saya mengunakan kad kredit atau cek untuk membuat bayaran? Pembayaran menggunakan kad kredit dan cek tidak diterima.

S12: J12:

Apakah cara-cara pembayaran bagi perkhidmatan ini?

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun bank seperti di bawah: Nama Bank : CIMB

Nama Pemilik Akaun : PNSL BERHAD Nombor Akaun : 80-0298565-1

S13:

J13:

Bolehkah saya membuat pembayaran menerusi kaunter pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih bagi perkhidmatan ini?

Tidak boleh. Pembayaran tidak boleh dilakukan melalui kaunter pejabat pos dan Pusat Pos Laju.

S14:

J14:

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan ketika berurusan di kaunter Pejabat Pos dan Pusat Pos Laju terpilih?

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

i. Salinan kad pengenalan/MyKad (depan dan belakang) ii. Salinan geran pemilikan kenderaan (depan dan belakang)

iii. Salinan surat pelepasan dari bank (jika masih terikat dengan pinjaman dari institusi Kewangan)

iv. Salinan resit/slip transaksi (CIMB – kaunter / ATM / CDM / CIMB Click) sebagai bukti deposit.

S15: J15:

Di manakah saya perlu menghantar kenderaan saya? a. Luar Lembah Klang:

- Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Prai, Pasir Gudang, Kota Kinabalu, Kuching) Vehicle Transit Center (VTC), dalam masa tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

(4)

4 - Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Pelabuhan Utara,Klang) Vehicle

Transit Center (VTC) dalam masa tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

S16:

J16:

Perlukah saya mendapatkan perlindungan insurans ketika penghantaran kenderaan dilakukan?

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membeli perlindungan insurans bagi melindungi kenderaan daripada sebarang kerosakan atau kehilangan. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan pada kenderaan tersebut, pihak KLB atau Pos Malaysia tidak akan bertanggungjawab dan tiada sebarang bayaran gantirugi akan diberikan kepada pelanggan.

S17: J17:

Adakah KLB menyediakan insurans marin? Berapakah caj insurans marin di pasaran? KLB tidak menyediakan insurans marin. Pelanggan boleh menghubungi mana-mana syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan caj yang dikenakan.

S18: J18:

Berapakah bayaran untuk caj pelabuhan?

Caj pelabuhan hanya boleh ditentukan apabila kenderaan tiba di destinasi.

S19:

J19:

Adakah saya perlu mengeluarkan radio dan barangan berharga lain semasa penghantaran?

Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mengeluarkan semua barangan berharga dan barangan yang boleh ditanggalkan di dalam kenderaan semasa proses penghantaran. Pihak KLB atau Pos Malaysia tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan tersebut.

S20:

J20

Jika kenderaan sudah tidak lagi terikat dengan pinjaman bank, adakah saya masih perlu mendapatkan surat perlepasan dari bank?

Surat pelepasan dari bank tidak diperlukan jika kenderaan anda sudah tidak terikat dengan pinjaman bank.

S21: J21:

Apakah syarat-syarat dan dokumen yang wajib dibawa semasa menghantar kenderaan?

i. Syarat-syarat:

a. Luar Lembah Klang:

- Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Prai, Pasir Gudang, Kota Kinabalu, Kuching) Vehicle Transit Center (VTC) dalam masa tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

(5)

5 b. Kawasan Lembah Klang:

- Kenderaan perlu dihantar ke yard KLB di (Pelabuhan Utara,Klang) Vehicle Transit Center (VTC) dalam masa tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh pelayaran.

ii. Dokumen-dokumen yang wajib dibawa:

Jika pemilik kenderaan hadir:- a. Resit pembayaran asal/MyKad b. Kad pengenalan asal

c. Borang “Salinan Pemilik” Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaaan yang telah disahkan

Jika Pemilik Kenderaan TIDAK hadir:- a. Resit pembayaran asal

b. Kad pengenalan asal penghantar kenderaan c. Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan

d. Borang “Salinan Pemilik” Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaaan yang telah disahkan

iii. Pihak RORO KLB akan mengeluarkan borang penerimaan kenderaan kepada pelanggan yang merupakan borang Delivery Order atau Survey Report sebagai pengesahan penerimaan kenderaan.

S22:

J22:

Sekiranya kenderaan saya telah sampai ke destinasi, adakah pihak KLB akan menghubungi saya untuk proses pengambilan kenderaan?

Pihak KLB akan menghubungi pelanggan apabila kenderaan sudah tiba di destinasi (untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sahaja).

S23: J23:

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mengambil kenderaan? Dokumen yang perlu dibawa adalah:

a. Salinan resit pembayaran

b. Kad Pengenalan/MyKad asal penerima

c. Salinan Borang Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaaan yang telah disahkan

S24: J24:

Adakah pemilik kenderaan perlu hadir semasa menghantar dan mengambil kenderaan? Ia bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dipilih.

i. Bagi perkhidmatan port-to-port:

- Pemilik kenderaan tidak perlu hadir semasa menghantar dan mengambil kenderaan. Dokumen sokongan adalah wajib dibawa semasa menghantar

(6)

6 dan mengambil kenderaan.

ii. Bagi perkhidmatan door-to-door:

- Kenderaan akan diambil dan dihantar berdasarkan alamat yang telah dimaklumkan.

S25: J25:

Jika saya lewat mengambil kenderaan saya, adakah sebarang caj akan dikenakan?

Pihak pelabuhan akan mengenakan caj penyimpanan kenderaan jika kenderaan lewat diambil dan caj bergantung kepada pihak pelabuhan.

S26:

J26:

Berapa lamakah tempoh penyimpanan percuma yang dibenarkan oleh KLB sebelum caj tambahan dikenakan jika tidak mengambil kenderaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan?

Tempoh penyimpanan percuma yang ditawarkan oleh KLB adalah berdasarkan lokasi pelabuhan seperti berikut:

Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah : 8 jam Pelabuhan Kuching, Sarawak : 3 hari Pelabuhan Utara, Klang : 5 hari

S27:

J27:

Adakah pelanggan dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan semasa penghantaran dilakukan?

Tidak. Pelanggan tidak dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan semasa penghantaran dilakukan.

S28: J28:

Bolehkan saya menghantar kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan? Ya. Pelanggan boleh menghantar kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan.

S29: J29:

Bolehkah saya mewakilkan dua (2) nama sebagai penerima untuk penghantaran ini? Pelanggan tidak dibenarkan untuk meletakkan dua (2) nama sebagai wakil penerima. Hanya SATU nama dibenarkan.

S30:

J30:

Adakah saya perlu memenuhkan tangki petrol kenderaan semasa menghantar kenderaan ke pelabuhan?

(7)

7 separuh dari tangki kenderaan.

S31: J31:

Adakah saya perlu menanggalkan nombor plat kenderaan saya semasa penghantaran? Nombor plat kenderaan tidak perlu ditanggalkan semasa penghantaran.

S32:

J32:

Adakah kenderaan masih boleh diambil jika penerima terlupa untuk membawa dokumen yang diperlukan untuk mengambil kenderaan?

Pengirim perlu memastikan dokumen yang diperlukan dibawa oleh penerima. Kenderaan tidak akan dilepaskan sekiranya tiada dokumen yang sah diberikan.

S33:

J33:

Saya telah tersalah mengisi / ingin menukar maklumat penerima dalam borang permohonan. Apakah yang perlu dilakukan?

Pelanggan perlu memaklumkan sebarang perubahan kepada pihak KLB dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh kapal dijadualkan berlepas.

Sekiranya kapal telah berlepas, pelanggan perlu menanggung sendiri sebarang caj tambahan yang dikenakan (jika ada).

S34

J34

Saya telah melakukan pembayaran penuh kepada KLB. Walau bagaimanapun, saya ingin membatalkan penghantaran kenderaan. Adakah saya boleh mendapatkan semula pemulangan wang pembayaran?

Referensi

Dokumen terkait

PENGARUH HARGA, SOSIAL MEDIA MARKETING DAN BRAND EQUITY TERHADAP CUSTOMER PURCHASE DECISION MELALUI CONSUMER RESPON SEBAGAI VARIABEL INTERVENING PADA JAMAAH UMROH PT.. SARAYA

Jadi metoda sirkulasi air waduk yang dilakukan dengan memutarkan air waduk pada arah vertikal, dapat mengontrol dan mencegah ledakan populasi dari alga biru- hijau dalam

Perlakuan fisik yang umum dipakai adalah pemanasan kultur patogen, sehingga dikenal heat killed vaccine; sedangkan perlakuan kimiawi adalah dengan formalin,

Alat-alat yang digunakan pada saat Table Manner seperti Fork, yaitu alat yang digunakan untuk menikmati makanan inti, yaitu digunakan untuk menusuk makanan agar tidak lepas pada

[r]

Gelombang suara dari daun telinga dalam  dialirkan melaui udara atau tulang ke koklea  menggetarkan membran timpani  energi getar diamplifikasi oleh tulang pendengaran

menggugurkan kelulusan tersebut dan/atau memberhentikan sebagai Calon Pegawai Negeri Sipil/Pegawai Negeri Sipil di lingkungan Kementerian Keuangan, menuntut ganti rugi

Diketahui bahwa kulit pisang sendiri sudah dapat dimanfaatkan sebagai biosorben, oleh karena itu penelitian ini dilakukan untuk membandingkan ekstrak air kulit pisang