• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kejatuhan Kesultanan Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kejatuhan Kesultanan Melayu"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang dapat kita klasifikasikan kepada dua asas. Pertama, faktor dalaman iaitu melibatkan pengurusan internal kerajaan tersebut. Kedua pula ialah faktor luaran yang memperlihatkan konflik eksternal iaitu pergeseran politik kerajaan Melaka dengan kuasa-kuasa luar.

2.0 FAKTOR DALAMAN

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya ialah kelemahan pentadbiran Sultan Mahmud Syah. Baginda merupakan seorang raja yang zalim, kejam dan pendendam. Situasi ini dapat dilihat di awal pemerintahan baginda iaitu apabila Seri Maharaja menyuruh baginda membunuh seseorang yang kecil kesalahannya.1 Peristiwa tersebut telah menunjukkan bahawa

semasa kecil lagi baginda sudah diajar bersifat zalim, maka tidak hairanlah apabila dewasa, baginda mengamalkan sifat tersebut.

Selain itu, Sultan Mahmud seorang yang gemar berfoya-foya dan ‘bermain muda’. Contohnya, walaupun baginda telah berkahwin dengan anak Sultan Pahang namun baginda masih mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain iaitu dengan isteri Tun Bayajid, anak Laksamana Hang Tuah, Tun Dewi dan beberapa orang lagi perempuan yang lain.2 Baginda juga mempunyai sifat boros dan suka membazir. Situasi

ini dapat dilihat apabila baginda sanggup memberikan pelbagai hadiah kepada orang yang disayanginya seperti Hang Isa Pantas dan Hang Hussin Jong. Contohnya, Sejarah Melayu ada mengambarkan hal ini seperti berikut;

1 A. Samad Ahmad, 1979, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka hlm. 175.

2 Dr. Mohd. Rais b. Abdul Karim, 1991, Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan

(2)

Maka titah Sultan Mahmud kepada mereka, “Berdatang sembahlah engkau; apa kehendakmu kepadaku?” Sembah Hang Isa pantas, “Tuanku, jikalau ada kurnia Tuanku Duli Yang Dipertua, patik memohon emas barang dua tiga kati dan lain barang dua tiga banian...”. 3

Di samping itu, peribadi Sultan Mahmud amat lemah. Oleh itu, baginda mudah dipengaruhi oleh para pembesar yang mempunyai kepentingan peribadi. Contohnya, baginda mudah mendengar fitnah dan hasutan seseorang. Keadaan ini berlaku khususnya setelah Tun Perak meninggal dunia. Semasa pemerintahannya juga sistem pertahanan dan persenjataan tidak dipertingkatkan kerana baginda amat yakin terhadap kekuatan dan kekebalan pertahanan di Melaka. Tambahan pula, Melaka sudah berdiri tegak dengan megah lebih satu abad lamanya tanpa ada kuasa di rantau ini yang dapat menandingi bandar Melaka.4

Faktor dalaman yang kedua ialah kematian Bendahara Tun Perak pada tahun 1498. Beliau merupakan seorang pemimpin yang cekap dan bijaksana. Situasi ini dapat dilihat apabila para sejarawan telah bersepakat mengatakan bahawa semasa beliau memegang jawatan sebagai Bendahara, negeri Melaka mencapai zaman kegemilangan dan kemakmurannya.5 Dalam Sejarah Melayu juga ada mengatakan bahawa peranan Tun

3 Muhammad Yusoff Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, hlm. 47.

4 Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b. Wan Yusoff,

2002, Sejarah Kesultanan Melayu, Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 60-61.

(3)

Perak setanding dengan peranan yang dilakukan oleh Mahapatih Gajah Mada (1331-64) di Majapahit.6

Di samping itu, Tun Perak merupakan tokoh yang mencipta dasar negeri dan mengamalkan perluasan kekuasaan politik negeri Melaka di Tanah Semenanjung Malaysia dan di Nusantara. Contohnya, beliau telah berjaya menakluk Pahang, Kedah, Siak, Kampar dan beberapa lagi negeri lain.7 Beliau telah memegang jawatan sebagai

Bendahara selama 42 tahun di bawah empat orang sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah (1446-1459), Sultan Mansur Syah (1459-1477), Sultan Alaudin Riayat Syah (1477-1488) dan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).8

Tambahan pula, kehandalan dan kecergasan beliau sebagai Bendahara menjadikan negeri Melaka sebagai sebuah kuasa ekonomi yang paling berpengaruh di rantau Nusantara. Oleh itu, selepas kematian beliau, kerajaan Melaka mula mengalami zaman kemunduran kerana para pegawainya lalai dan leka, makan rasuah dan tidak menghiraukan tanggungjawab terhadap para pedagang dan rakyat lagi.

Faktor dalaman yang seterusnya adalah kekacauan yang berlaku di dalam Istana selepas kematian Tun Perpatih Putih. Tun Perpatih Putih merupakan adik Tun Perak. Beliau memegang jawatan Bendahara selepas Tun Perak meninggal dunia. Semasa

6 Mohd Dahlan Mansoer, 1979, Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia , hlm. 253.

7 Ibid., hlm. 245.

(4)

menyandang jawatan tersebut, umur beliau telah lanjut namun beliau berjaya melanjutkan dasar dan kebijaksanaan Tun Perak. Beliau hanya menjadi Bendahara selama dua tahun.9

Pada tahun 1500 beliau meninggal dunia dan berlakunya perebutan kuasa dalam kalangan Istana untuk melantik Bendahara yang baru. Orang Melayu ingin melantik anak Tun Perak sebagai Bendahara tetapi atas pengaruh dan desakan daripada bonda Sultan Mahmud maka Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara yang baru dengan gelaran Seri Maharaja. Tun Mutahir adalah dari keturunan Tamil. Beliau merupakan seorang yang angkuh dan mahu dirinya dihormat kerana beliau merupakan seorang saudagar yang kaya-raya. Beliau juga memandang rendah terhadap pembesar-pembesar Istana yang lain. Tambahan pula, jawatan Bendahara yang dimilikinya digunakan untuk memperkayakan lagi dirinya dan kaum kerabat beliau.10 Sikap buruk tersebut yang menyebabkan ada

segelintir pembesar Istana tidak berpuas hati dan menyimpan dendam terhadap beliau.

Konflik antara Sultan dan Bendahara juga merupakan salah satu penyebab Melaka mengalami zaman kemerosotan. Pada hakikatnya, Tun Mutahir yang memegang kuasa penuh sebagai raja di Melaka manakala Sultan Mahmud pula hanya berperanan sebagai ketua negara tanpa memegang sebarang kuasa. Situasi tersebut menyebabkan baginda berasa cemburu dan tergugat. Di samping itu, hubungan Tun Mutahir sebagai Bendahara dengan saudagar-saudagar asing seperti saudagar dari Gujerat adalah sangat baik sekali manakala hubungan Sultan dengan Bendahara semakin lama semakin renggang. Oleh

9 Mohd Dahlan Mansoer, op. cit., hlm. 253. 10 Ibid.

(5)

yang demikian, Sultan Mahmud Syah menghabiskan masa terluangnya dengan mengusik isteri pembesar, bermain wau dan menuntut ilmu mistik.11

Pergolakan bertambah buruk apabila Tun Mutahir menolak hasrat baginda untuk memperisterikan anaknya, Tun Fatimah. Tun Fatimah mempunyai paras rupa yang sangat jelita. Sejarah Melayu ada mengatakan kejelitaan Tun Fatimah seperti berikut;

“...anak Bendahara Seri Maharaja yang bernama Tun Fatimah itu, terlalu sekali elok rupanya, tiadalah cendalanya lagi, sedap manis pantas pangus, seperti laut madu, bertasik susu, berpantaikan sakar; mukanya bercahaya berkilat-kilat seperti bulan purnama pada ketika cuaca...”.12

Penolakan ini disebabkan oleh Tun Mutahir sudah merancang untuk mengahwinkan puterinya itu dengan Tun Ali, anak Seri Nara Diraja. Hal ini menyebabkan Sultan Mahmud murka dan baginda menyimpan dendam terhadap Bendahara.13

Faktor dalaman yang terakhir ialah pembunuhan Bendahara Tun Mutahir, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali. Mereka dibunuh kerana difitnah oleh Laksamana Khoja Hassan, Raja Mendaliar dan Kitul, keluarga Nina Sura Dewana. Peristiwa ini bermula apabila Kitul melihat perbuatan Nina Sura Dewana menghadiahkan sepuluh kati emas kepada Bendahara Tun Mutahir. Peristiwa tersebut dijadikan alasan oleh Kitul untuk menjelaskan hutangnya dengan Raja Mendaliar. Oleh itu, pada malam

11 Ibid., hlm. 253-254.

12 A. Samad Ahmad, op. cit., hlm. 236.

(6)

tersebut juga selepas Nina Sura Dewana pulang dari kampung Bendahara, Kitul telah pergi ke rumah Raja Mendaliar untuk menyatakan bahawa Nina Sura Dewana dan Bendahara Tun Mutahir telah bermuafakat untuk membunuh Raja Mendaliar. Raja Mendaliar sangat berterima kasih atas berita itu dan dengan serta-merta Raja Mendaliar menghapuskan semua hutang Kitul. Kemudian, Raja Mendaliar bercadang untuk memberi rasuah kepada Laksamana Khoja Hassan kerana pada zaman tersebut kaum Laksamana sangat rapat dengan Sultan Mahmud Syah. Raja Mendaliar menyuruh Laksamana Khoja Hassan menyampaikan kepada Sultan Mahmud bahawa Bendahara Tun Mutahir sedang bersiap sedia untuk memberontak dan merampas kuasa di Melaka. Laksamana Khoja Hassan terpengaruh dan beliau bersetuju untuk menyampaikan kepada Sultan Mahmud.14

Fitnah inilah, ditambah dengan dendam baginda telah membawa berlakunya pembunuhan Bendahara Tun Mutahir dan kaum kerabatnya. Selepas peristiwa tersebut, baginda sungguh menyesal dan sangat berdukacita walaupun semua yang terlibat menimbulkan fitnah tadi telah dijatuhi hukuman yang setimpal, namun penyesalan dan suasana dukacita itu tidak juga dapat dipulihkan. Dalam keadaan itulah, Sultan Mahmud telah “membuang kerajaan” dan melantik puteranya untuk menggantikannya dengan gelaran Sultan Ahmad Syah.15

Selain itu, semasa Tun Mutahir memegang jawatan sebagai Bendahara, beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang Bendahara yang cekap, pintar dan

14 A. Samad Ahmad, op. cit., hlm. 241-242. 15 Ibid., hlm. 249.

(7)

bijaksana dalam menjalankan tugasnya. Contohnya, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaan politik dan pentadbiran kerajaan Melaka. Beliau juga telah meneruskan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Tun Perak. Kebijaksanaan Tun Mutahir itu diakui oleh orang Portugis seperti;

“Jikalau lagi ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tidak akan alah”.16

3.0 FAKTOR LUARAN

Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja disebabkan oleh faktor dalaman malah juga disebabkan oleh faktor luaran. Antara fakor luaran yang menyebabkan berlakunya kejatuhan ialah keazaman tentera Portugis yang kuat. Keazaman D’ Albuquerque untuk menuntut bela dan melepaskan orang tahanan bangsa Portugis adalah amat membara. Orang-orang tahanan ini adalah pengikut Diego Lopez de Sequiera yang mula mengunjungi Melaka pada tahun 1509.

Pada tahun tersebut, Lopez de Sequeira dengan 18 buah kapal dari Angkatan di Raja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia tenggara dan digelar “Benggali Putih” oleh orang tempatan.17 Oleh kerana orang-orang

Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, di samping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis kemudiannya diserang. Dalam serangan itu, beberapa orang tentera Portugis telah terbunuh dan 20 anak kapalnya

16 Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b. Wan Yusoff, op. cit., hlm. 54-55.

(8)

ditawan. Lopez de Sequeira dan beberapa orang Portugis yang lain telah dapat melepaskan diri dan belayar menuju ke Goa. Lopez melaporkan kepada Albuquerque tentang peristiwa yang telah berlaku di Melaka dan juga apa yang telah dapat diketahuinya tentang Melaka.18

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka. Bagi D’ Albuquerque, inilah saat dan perkhabaran yang ditunggu-tunggu. Orang Portugis merasakan bahawa mereka sudah menemui waktu dan bulan yang sangat baik untuk menyerang dan menakluk Melaka. Sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso D’ Albuquerque kembali ke Melaka. Setelah sampai ke Melaka, Albuquerque mengemukakan tuntutan yang sangat sukar dipenuhi oleh Sultan Mahmud Shah. Beliau menuntut agar semua tawanan Portugis dibebaskan dan sejumlah pampasan yang besar diberikan sebagai ganti rugi bagi peristiwa yang berlaku pada tahun 1509. Kemudian ditambah pula dengan satu tuntutan lagi iaitu hak untuk membina sebuah kota yang akan mereka jadikan kubu di Melaka.19 Albuquerque mengancam akan menyerang Melaka

sekiranya tuntutan-tuntutan itu tidak dipenuhi oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud tidak dapat memenuhi semua tuntutan itu kecuali pembebasan tawanan Portugis sahaja.

Walaupun tawanan ini dibebaskan, namun tujuan Albuquerque bukan hendak berdamai tetapi ingin menakluki Melaka. Pihak Portugis telah memulakan serangannya pada 25 Julai 1511.20 Perang Melaka-Portugis yang pertama telah bermula. Rakyat

18 Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b. Wan Yusoff, op. cit., hlm. 58.

19 Ibid.

(9)

Melaka khasnya orang Melayu, berjuang bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bandar Melaka daripada jatuh ke tangan musuh. Askar-askar upahan yang terdiri daripada orang Jawa dan Gujerat juga turut membantu melawan orang Portugis. Rakyat Melaka telah dapat mematahkan serangan awal orang Portugis itu. Melaka telah mendapat kemenangan dalam Perang Melaka-Portugis yang pertama itu. Orang Portugis telah berundur ke kapal dan merancang untuk memulakan tindakan yang seterusnya. Kira-kira tiga minggu kemudian, orang Portugis memulakan serangan semula.21 Rakyat Melaka

berjuang bermati-matian mempertahankan tanah air mereka.

Pada masa yang sama juga berlaku pula pengkhianatan oleh saudagar-saudagar asing. Melaka, terutamanya orang Cina dan India yang juga bukan beragama Islam, tidaklah memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada Melaka yang sedang berperang. Malah dalam saat yang genting itu ada pula yang bersikap khianat dan belot.22 Sikap ini

merupakan faktor kedua yang menyumbang kepada kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun mereka telah lama tinggal dan menjalankan perniagaan di Melaka tetapi mereka tidak mempunyai perasaan taat setia kepada Melaka. Mereka hanya bersikap mementingkan diri mereka sahaja. Pada fikiran mereka, orang Portugis akan mengalahkan Melaka. Oleh itu, mereka belot terhadap negeri yang telah sekian lama mereka diami. Mereka telah memberi jalan dan memandu askar-askar Portugis untuk menyerang dan seterusnya menakluk bandar Melaka. Sebagai contoh, semasa serangan ke atas jambatan, wangkang Cina turut melanggar jambatan itu.

21 Ibid.

22 Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b. Wan Yusoff, op. cit., hlm. 59.

(10)

Faktor ketiga ialah bilangan tentera Portugis yang ramai dan terlatih. Orang Portugis sejumlah 1,100 orang soldadu (800 orang Portugis dan 300 orang Malbari) adalah askar yang terlatih, berdisiplin, matang dalam cara berperang dengan orang Islam. Sebagai contoh, dalam buku Sulalatus Salatin yang ditulis semula oleh A. Samad Said menyatakan bahawa;

“Peringgi datang menyerang kita, tujuh buah kapal, delapan buah ghalias, sembilan buah ghali panjang, enam belas fusta”.23

Mereka juga mempunyai semangat yang kuat dan sering diapi-apikan oleh ketua mereka bahawa perang menentang orang Islam di Melaka meneruskan semangat Crusade (Perang Salib).

Dari segi ketenteraan pula, pada peringkat awal, tentera Melaka telah berjuang bersungguh-sungguh menentang serangan orang Portugis. Mereka telah mematahkan serangan di peringkat pertama itu. Tetapi dalam serangan yang seterusnya, disebabkan oleh pengkhianatan saudagar-saudagar tadi dan juga hilangnya semangat askar-askar upahan Melaka, maka Orang Portugis terus mara menyerang Melaka. Penggunaan senjata dan alat peperangan yang lebih baik merupakan satu kelebihan yang berada di pihak Portugis. Mereka menggunakan senjata-senjata api seperti meriam dan senapang yang lebih berkesan. Portugis juga mempunyai kapal-kapal perang yang lebih lengkap dan terbaik pada zaman itu. Saiznya juga lebih besar dan mempunyai kuasa meriam yang lebih baik jika dibandingkan dengan saiz kapal negeri-negeri di Asia. Manakala senjata yang digunakan oleh tentera Melaka hanyalah keris, lembing, pedang, tombak dan panah.

(11)

Terdapat juga tentera yang menggunakan senjata api tetapi hanya sebahagian kecil sahaja.24

Kehebatan senjata api yang digunakan oleh Portugis itu juga telah menyebabkan semangat sebahagian besar tentera upahan Melaka menjadi lemah. Mereka tidak lagi berdaya untuk berjuang bagi mempertahankan Melaka dari serangan tersebut. Oleh itu, hanya tinggal orang Melayu sahaja yang bertungkus-lumus meneruskan perjuangan menangkis serangan Portugis itu.

Di samping itu, tentera Melaka juga tidak bersedia mempertahankan bandar daripada senjata meriam Portugis yang lebih kuat. Hal ini demikian kerana pertama, Melaka terbahagi kepada dua oleh Sungai Melaka. Bandarnya tidak mempunyai kota, sama ada daripada batu atau kayu. Bahagian yang mempunyai kota hanyalah Bukit Melaka yang dikelilingi kota kayu atau pagar ruyung. Pertahanan tentera Melaka menjadi lemah apabila Portugis berjaya menawan jambatan (tempat pertahanan utama orang Melaka) dekat dengan Kuala Sungai Melaka. Dalam pada itu juga, mereka tidak sempat untuk mendapatkan bantuan dari tanah jajahan takluknya seperti dari Singapura, Pahang dan Klang.25 Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menyerang Portugis dari laut.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa, tentera Melaka tidak bersedia dengan selengkapnya untuk menghadapi musuh yang sememangnya datang untuk menakluk Melaka.

24 Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b. Wan Yusoff, op. cit., hlm. 59

(12)

Faktor yang seterusnya ialah Portugis mempunyai prinsip yang teguh. Portugis mengasaskan perjuangan mereka atas empat prinsip yang telah ditetapkan iaitu gospel (kitab Injil atau agama Roman Catholic), glory (kecemerlangan buat raja dan Portugal),

gold (emas dan harta perang), dan geography (peluang di Afrika dan di Asia yang masih

belum diteroka).26 Prinsip pertama adalah bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian

dan menghapuskan pusat perkembangan Islam. Prinsip kedua pula, mereka berjuang bermati-matian untuk negara Portugal serta berbakti kepada raja mereka. Prinsip yang seterusnya ialah untuk mendapatkan kekuasaan dan kekayaan daripada harta rampasan perang. Di samping itu, mereka juga berniat untuk menguasai kegiatan perdagangan rempah-ratus di Melaka. Prinsip yang terakhir adalah bertujuan untuk menjajah. Mereka ingin meluaskan tanah jajahan mereka hingga ke Asia dan tarikan tersebut terdapat pada Melaka yang bukan sahaja maju dari segi perdagangan malah juga sebuah negeri yang kaya.

Ketiadaan pemimpin-pemimpin tentera yang handal dan bijaksana merupakan faktor terakhir yang menyebabkan berlakunya kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Oleh hal yang demikian, pada saat-saat akhir, Sultan Ahmad terpaksa mengetuai angkatan tenteranya untuk menentang serangan Portugis. Sejarah Melayu versi tahun 1612 terang mencatatkan;

“Maka baginda (Sultan Ahmad) pun keluarlah dengan segala hulubalang, maka peranglah dengan Feringgi beramuk-amukan. Maka tampil Alfonso d’Albuquerque dengan seribu rakyat soldadu beristinggar, menempuh pada segala orang Melaka…

(13)

Daripada sangat tempuh anak Portugal, maka pecahlah perang orang Melaka, lalu undur”.27

Selain itu, tidak ada sama sekali angkatan laut Melaka yang menentang Alfonso D’Albuquerque di perairan kerana Laksamana Khawaja Hassan sudah tidak menyandang jawatan Laksamana lagi. Angkatan Melayu yang menentang Portugis di laut kemudiannya diketuai oleh Hang Nadim setelah diangkat menggantikan Khawaja Hassan. Manakala di darat pula, rakyat Melaka terus berjuang melawan orang Portugis. Sultan Ahmad sendiri telah mengetuai angkatan Melaka menentang Portugis. Bendahara Paduka Tuan atau Bendahara Tepok pula meminta agar beliau dipapah lalu dilanggarkan sahaja kepada askar Portugis yang sedang mara itu. Pada masa itu Bendahara ditandu oleh Si Lamat Gagah. Setelah dilihat oleh Bendahara akan Peringgi yang semakin ramai, beliau pun berkata kepada Si Lamat Gagah;

“Baliklah! Baliklah! Langgarkan aku kepada Peringgi!” Maka tiada diberi oleh segala anak cucunya. Maka kata Bendahara lagi, “Ceh! Cabarnya segala orang muda-mudi ini, apa daya aku telah tepok, kalau aku lagi kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini!”28

Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan orang Portugis pada 24 Ogos 1511. Dengan itu juga, maka bermulalah penguasaan dan penjajahan orang barat ke atas tanah air kita ini.29

27 Muhammad Yusoff Hashim, op. cit., hlm. 103. 28 A. Samad Ahmad, op. cit., hlm. 255.

29 Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin, Hj. Wan Rusik b. Wan Yusoff,

2002, Sejarah Kesultanan Melayu, Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 58.

(14)

Setelah memperoleh kemenangan tersebut, orang Portugis telah melakukan keganasan perampasan dan pembunuhan yang kejam terhadap orang melaka sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak, terutamanya yang beragama Islam. Mereka juga telah merampas banyak khazanah di Melaka khususnya yang terdapat dalam istana Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud, serta rumah pembesar-pembesar yang telah turut sama berundur. Harta itu juga telah dibawa kembali ke negara mereka.

BIBLIOGRAFI BUKU

A. Samad Ahmad. 1979. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Mohd. Rais b. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awan Negara.

Mohd Dahlan Mansoer. 1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

(15)

Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Madya Dr. Muhd. Yusof Ibrahim, Dr. Nordin b. Hussin & Hj. Wan Rusik b. Wan Yusoff. 2002. Sejarah Kesultanan Melayu. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

INTERNET

www.keagungan-kesultanan-melayu-melaka/.com/.my.html http://www.serangan-pertama-portugis-keatas-melaka.html/

Referensi

Dokumen terkait

Dalam penguraian Asmaul husna dengan materi aqidah yang umum diajarkan kepada masyarakat, untuk mengajak masyarakat melihat Asmaul husna sebagai materi aqidah, yang

III.1 Pengujian Kuat Tekan Beton Inti (Concrete Core Compressive Strength) Pengujian Kuat Tekan dilakukan dalam kondisi dimana kita menginginkan penilaian mengenai

Pengembangan Model Pembelajaran Seni Tari untuk Pendidikan Guru Sekolah Dasar (Analisis terhadap Kemampuan Praktek Menari Mahasiswa PGSD FKIP Universitas

Selanjutnya peneliti mengajukan pertanyaan kepada guru bimbingan dan konseling tentang bagaimana metode yang dilakukan dalam memberikan layanan bimbingan dan konseling terkait

memiliki peranan pnting dalam pengembangan budaya berbagi pengetahuan pada Universitas Kristen Satya Wacana. Hal ini terlihat melalui peranan dalam melakukan penyebaran

Untuk itu pada saat terjadi kenaikan harga beras maka kebijakan yang tepat yang perlu diambil pemerintah adalah dengan memberikan kompensasi bantuan dalam bentuk

Berhasil Pengujian menu profil mahasisw Memasuk kan informasi biodata Muncul pesan berhasil diperbaha Berhasil a mahasiswa rui Pengujian CRUD dokumen Mengklik

Kanker serviks adalah kanker paling umum keempat pada wanita di seluruh dunia dan kanker wanita kedua yang paling umum terjadi pada wanita berusia 15-44 tahun di seluruh dunia