• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fasa-Fasa Bulan Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (Phases of Moon and Computer-aided Learning)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Fasa-Fasa Bulan Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (Phases of Moon and Computer-aided Learning)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1 Received: 15 February 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Fasa-Fasa Bulan Dan Pembelajaran Berbantukan

Komputer

(Phases of Moon and Computer-aided Learning)

Kok Kean Hin

Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor, Malaysia

E-mail: kok11-133@epembelajaran.edu.my

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam topik perubahan bentuk fasa bulan dengan kaedah berbantukan komputer. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid dari Tahun 5H, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 2, Skudai, Johor. Instrumen yang digunakan ialah ujian sebelum tindakan, ujian selepas tindakan, borang pemerhatian KK2 dan borang soal selidik KK2. Data yang dikumpul telah dianalisis secara deskriptif. Data dipersembahkan dengan kekerapan, peratusan dan min skor purata. Dapatan menunjukkan bahawa bilangan murid yang mendapat gred yang lebh baik telah meningkat selepas tindakan dijalankan dengan kaedah berbantukan komputer. Ia juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan minat dan kefahaman murid terhadap topik sains ini.

Kata kunci: Fasa bulan; pembelajaran berbantukan komputer

I. PENGENALAN

Latar belakang akademik murid Kelas 5H adalah sederhana. Murid kelas ini sentiasa akur dengan pengajaran guru dan jarang bertanyakan sebarang soalan. Sesetengah murid ini berasa bosan dan tidak berminat terhadap subjek Sains.

Guru Sains mencuba pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersesuaian agar murid dapat menumpukan perhatian semasa sesi PdP. Seandainya kaedah PdP yang digunakan bersesuaian, ia akan memudahkan murid memahami topik Sains yang dipelajari. Guru membantu murid memahami sesuatu konsep atau isi pembelajaran dengan cara yang lebih mudah. Penggunaan alat bantu mengajar seperti komputer dapat memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah .

Dalam subjek Sains Tahun 5, murid kurang berminat dengan topik Perubahan Fasa-Fasa Bulan. Topik ini memerlukan murid memahami konsep fasa-fasa bulan dan melukis perubahan bentuk fasa bulan dengan betul. Guru mendapati bahawa murid tidak suka menghafal konsep dan perubahan fasa bulan yang berlaku. Mereka sememangnya tidak suka melukis bentuk bulan mengikut urutan yang betul.

Mereka juga lebih suka melukis bulatan dengan menggunakan tangan bebas tanpa menggunakan set geometrik.

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif,

perkembangan kognitif kanak-kanak adalah di antara umur 7 hingga 11 tahun dan telah memasuki peringkat konkrit [12]. Murid-murid Tahun 5H ini sudah dapat berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah yang mudah tetapi masih terbatas dengan sesuatu yang bersifat nyata dan bukan abstrak.

II. SOROTAN LITERATUR

Dalam proses berkomunikasi, guru tidak hanya mengajar dengan kaedah chalk and talk semata-mata

kerana kaedah ini akan mengakibatkan

pembelajaran murid menjadi bosan dalam jangka masa yang panjang [9]. Murid juga lebih berminat dengan kaedah exploratory learning berbanding dengan kaedah chalk and talk [8].

Ilmu yang berkaitan dengan angkasa lepas seperti fasa bulan merupakan fenomena yang berlaku dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, murid tidak memahami fenomena alam ini dengan jelas [10].

(2)

2 Received: 15 February 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan di dunia, sistem pendidikan di negara kita juga berkembang dengan pesat. Kemajuan yang pesat telah membawa kepada pembaharuan dalam alat bantu mengajar. Pada dekad 1970-an, gambar dan carta-carta yang dilukis oleh guru merupakan alat bantu mengajar yang biasa digunakan dalam kelas. Namun, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kelas telah diberi keutamaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sejak 1996 [2]. Penggunaan kaedah berbantukan komputer dalam PdP boleh membantu murid untuk mengingati dan memahami konsep bulan dan melukis gambar fasa-fasa bulan dengan betul. Guru menjadi pemudahcara komputer dengan penggunaan perisian CD-ROM. Bahan rujukan yang konkrit dapat disediakan dengan komputer. Di samping itu, pembelajaran berlaku di antara murid dan guru semasa komunikasi secara dua hala dalam penggunaan bahan multimedia komputer [3]. Ia turut meningkatkan motivasi murid dan dapat merangsang ingatan murid-murid tentang ilmu baharu yang dipelajari. Selain itu, perisian penyampaian teknologi maklumat dianggap sebagai sesuatu productivity tool yang dapat membantu guru dalam PdP dan tugasan lain [4].

Teknologi komputer juga membantu murid memperolehi maklumat dan kemahiran serta mempraktikkannya dalam pelbagai situasi lain (Hayes, 2006). Murid yang diberikan komputer riba akan menggunakannya dengan lebih kerap untuk kerja rumah berbanding dengan bermain permainan komputer (Fine & Thornbury, 2006). Murid juga dapat berkomunikasi dengan rakan sebaya dengan lebih baik. Ini menunjukkan bahawa komputer dapat berfungsi sebagai alatan teknologi yang dapat meningkatkan kebolehan murid serta bakat mereka, merealisasikan cara pemikiran mereka dan akses kepada dunia luar (Peck & Dorricott, 1994). Selain daripada itu, kelebihan penggunaan komputer dan perisian komputer ini adalah kombinasi warna dan muzik yang dapat menghasilkan paparan yang menarik (Leong, 1998). Semua elemen ini menghasilkan sesi pembelajaran yang berkesan, memberi motivasi kepada murid dan dapat mengubah murid yang bersikap negatif. Selain iu, penggunaan perisian CD-Rom komputer dapat membantu murid yang lemah belajar mengikut keupayaan mereka. Penggunaan grafik, animasi, warna, muzik dan dialog telah mempercepatkan proses pemahaman murid. Menurut Ahmad Rizal, teknologi kini telah menjadi pemacu dalam penggunaan alatan bantu mengajar yang lebih canggih seperti komputer, video dan pelbagai alatan

yang menggabungkan elemen vsual, audio dan teks [1]. Disebabkan oleh murid-murid yang kurang faham akan konsep-onsep perubahan fasa bulan, penyelidik telah melaksanakan kajian tindakan ini untuk menguji kesesuaian kaedah berbantukan komputer dalam meningkatkan kefahaman murid dalam topik perubahan bentuk fasa-fasa bulan.

III. OBJEKTIFKAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk;

1. mengenal pasti kesesuaian penggunaan kaedah berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran konsep perubahan fasa-fasa bulan.

IV. SOALANKAJIAN Soalan kajian adalah;

A. Adakah kaedah berbantukan komputer sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran konsep perubahan fasa-fasa bulan?

V. REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tindakan.

VI. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 30 orang murid Kelas 5H, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 2, Skudai, Johor. Terdapat 16 murid lelaki dan 14 orang murid perempuan dalam kelas ini. Murid-murid ini berusia 11 tahun dan mempunyai pencapaian akademik yang sederhana.

VII. INSTRUMENKAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan ialah borang pemerhatian KK2, borang soal selidik KK2 dan kuiz sebelum dan selepas intervensi. Instrumen-instrumen ini telah dinilai dan disahkan oleh pensyarah dan pakar bidang, Jabatan Sains & Matematik, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor dan Pengawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.

VIII. PELAKSANAANINTERVENSI Semasa intervensi dengan kaedah berbantukan komputer, guru telah mengajar murid tentang nama setiap fasa bulan dan tempoh berlaku sesuatu fasa bulan mengikut urutan. Kuiz selepas intervensi diberikan selepas sesi powerpoint.

IX. PENGUMPULANDATA

Data dikumpul melalui borang pemerhatian KK2, borang soal selidik KK2 dan kuiz sebelum dan selepas intervensi. Guru mengajar topik fasa bulan

(3)

3 Received: 15 February 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

dengan kaedah tradisional, buku teks dan papan putih. Kuiz sebelum intervensi dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini. Selepas 2 minggu, guru mengajar topik fasa bulan dengan kaedah berbantukan komputer. Kuiz selepas intervensi ini dilakukan. Pencapaian murid dalam kedua-dua kuiz ini turut dicatatkan.

Borang soal selidik merangkumi 10 soalan tertutup yang berkaitan dengan topik ini. Dapatan daripada soal selidik dapat digunakan untuk mengenal pasti kefahaman murid terhadap topik ini. Borang pemerhatian KK2 digunakan untuk memerhati perubahan tingkah laku murid sebelum dan selepas intervensi.

X. ANALISISDANINTERPRETASI Data dianalisis dan dipersembahkan dengan menggunakan min skor purata, peratusan dan kekerapan.

XI. DAPATANDANPERBINCANGAN Jadual 1 menunjukkan data soal selidik selepas intervensi dengan kaedah berbantukan komputer.

Jadual 1 Jadual [1]

Bil Item S(%) TS(%)

1 Satu fasa bulan

lengkap mengambil masa 29.5 hari 83.3 16.7 2 Bulan beredar mengelilingi bumi 73.3 26.7 3 Anak bulan bertukar menjadi bulan purnama dalam masa 15 hari 56.7 43.3 4 Fasa-fasa bulan berlaku pada setiap hari 66.7 33.3 5 Fasa-fasa bulan berlaku kerana bulan mengelilingi bumi 46.7 53.3 6 Bulan muncul

pada hari siang 33.3 66.7

7 Fasa bulan berlaku

pada setiap bulan 46.7 53.3

8 Fasa bulan boleh

dilihat pada waktu malam 96.7 3.3 9 Bentuk bulan berubah-ubah disebabkan oleh bahagian bulan

yang disinari oleh cahaya matahari yang tidak merata

60.0 40.0

10 Bulan ialah planet yang paling dekat dengan bumi

86.7 13.3

Nota: S=Setuju, TS=Tidak setuju

Dapatan daripada soal selidik ini membantu penyelidik mengenal pasti tahap kefahaman murid tentang topik fasa bulan. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman murid meningkat selepas intervensi. Semua item telah mencapai kekerapan dan peratusan yang memuaskan malainkan Item 6 & Item 10. Murid beranggapan bahawa bulan tidak muncul pada hari siang kerana mereka mempunyai anggapan bahawa matahari sahaja yang muncul pada waktu siang dan bulan hanya muncul pada waktu malam. Dalam Item 10, bulan sebenarnya ialah satelit semula jadi bagi bulan. Ini menunjukkan bahawa murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang tidak tepat sebelum topik fasa bulan.

Jadual 2 menunjukkan catatan pemerhatian terhadap tingkah laku murid semasa intervensi. Berdasarkan Jadual 2, murid kurang berminat dengan topik fasa bulan dalam kuliah biasa dan menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti suka berkhayal, suka meminta keizinan untuk pergi ke tandas dengan sangat kerap dan mengganggu rakan lain. Apabila penyelidik menggunakan kaedah berbantukan komputer, murid telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif dan aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2 Jadual [2] Tingkah laku

murid Kuliah/ kaedah tradisional (f) Kaedah berbantukan perisian CD Rom komputer (f) Murid berkhayal dan tidak bersedia untuk belajar 5 0 Murid meminta 3 1

(4)

4 Received: 15 February 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

keizinan ke tandas dengan sangat kerap Murid mengganggu rakan lain semasa guru sedang mengajar dalam kelas 6 0 Murid tidak memberi perhatian semasa guru sedang mengajar dalam kelas 9 2 Murid menjawab soalan guru dengan aktif 10 15

Nota: 1. Jumlah murid=30; 2. f=kekerapan

Prestasi murid dalam kuiz selepas intervensi (min skor purata= 61.1) telah meningkat berbanding dengan kuiz sebelum intervensi (min skor purata= 51.9). Kaedah berbantukan komputer telah meningkatkan kefahaman murid dalam topik fasa bulan (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3 Jadual [3] Gred/Julat skor Bilangan murid Sebelum intervensi Selepas intervensi A(80-100) 0 3 B(60-79) 10 17 C(40-59) 12 9 D(20-39) 8 1 E(0-19) 0 0

Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih kritikal, murid dan guru masih menjalani pengajaran

dan pembelajaran dalam rumah (PdPR).

Ketidakcapaian internet, data yang tidak mencukupi dan masalah PdPR dalam talian masih merupakan kekangan utama untuk murid yang tinggal di rumah khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Alat bantu mengajar seperti CD-Rom untuk semua subjek secara amnya dan subjek sains dan

matematik secara khasnya telah lama dipraktiskan sejak tahun 2003. CD-Rom dalam talian juga boleh dibangunkan semula oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) kerana stok CD-Rom sedia ada dalam KPM telah lama disediakan semasa pelaksanaan PdP sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan CD-Rom ini disediakan dalam bahasa bilingual, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. CD-Rom seperti TV Pendidikan boleh digunakan jika murid mengalami masalah pembelajaran dalam talian di rumah. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan beban murid dan guru dalam PdPR dalam talian.

XII. KESIMPULAN

Melalui kajian yang telah dilaksanakan, murid memberikan maklum balas yang positif dengan kaedah berbantuan komputer. Mereka telah menunjukkan peningkatan dalam minat belajar sains dengan pelbagai perisian CD-Rom komputer. Peningkatan tahap kefahaman murid dalam topik fasa bulan. Namun, kaedah berbantukan komputer ini memerlukan masa untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dan juga lebih berkesan jika digabungkan dengan strategi pembelajaran yang lain juga. Perkembangan teknologi maklumat yang begitu positif pada masa kini telah memberikan kemudahan kepada semua guru di sekolah.

XIII. PENGHARGAAN

Penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Kuang 2 dalam menjayakan kajian tindakan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Cikgu Pang Jun Hung dan murid-muridnya kerana sudi melibatkan diri dalam kajian ini dengan sukarela.

RUJUKAN

[1] M. Ahmad Rizal, Kajian Tentang Kesan Penggunaan Koswer Terhadap Pencapaian Pelajar Berdasarkan Gaya Kognitif Field Independence-Dependence. Batu Pahat: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn, 2006.

[2] Bahagian Teknologi Pendidikan. Sejarah

Sekolah Bestari, 2010

http://www.moe.edu.my/BTP

[3] C. Bovee, Business Communication Today. New York: Prentice Hall, 1997.

(5)

5 Received: 15 February 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

[4] T. Chao, T. Butler, and P. Ryan, “Providing A Technology Edge For Liberal Arts Students, ”J. Info. Tech. Edu., Vol. 2, pp.331-348, 2003.

[5] C. Fine and M.L. Thornbury, “ICT: Play & exploration,” Learning and Teaching with Info. and Comm. Tech., Vol. 1, pp.21-36, 2006.

[6] M. Hayes, “What do the children have to say? ,”Learning and Teaching with Info. and Comm. Tech., Vol. 1, pp.7-20, 2006.

[7] M.W. Leong, Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia Organik Dalam Mata Pelajaran Kimia Melalui Perisian Laman Web. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,1998.

[8] A. G. Mohd Najib and A. Mohd Yusof , “Peningkatan Kemahiran Saintifik Melalui

Interaksi Di Bilik Darjah,”. Seminar

Kebangsaan Pendidikan Guru ke-10, 18-19 Disember, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, pp. 13-15,1995.

[9] N. P. Nik Aziz, “Implikasi Penyelidikan Dalam Pendidikan Matematik Dan Sains Terhadap

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah,” Seminar Pendidikan Matematik dan Sains Sekolah Menengah, 8-9 Julai, Anjuran Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Johor Bahru, pp. 23-25, 1989.

[10] J. Parker and D. Heywood, “The Earth And Beyond: Developing Primary Teachers’ Understanding Of Basic Astronomical Events,” Int. J. Sci. Edu., Vol. 20, No.5, pp. 503-520, 1998.

[11] K.L. Peck and D.D. Dorricott, “Why Technology?,” Edu. Leadership, Vol. 51, No. 7, pp.11-14, 1994.

[12] J. Piaget, The Child’s Conception Of The World. New York: Harcourt, 1928 http://www.cord.org

Senarai Jadual

[1] Jadual 1 : Soal Selidik Selepas Intervensi

Dengan Kaedah Berbantukan

komputer

[2] Jadual 2 : Catatan Pemerhatian Tingkah Laku Murid Semasa Intervensi

[3] Jadual 3 : Prestasi Murid Dalam Kuiz Sebelum Dan Selepas Intervensi

(6)

6 Received: 15 February 2021 Revised: 31 March 2021 Accepted: 31 March 2021 Publisher: ICBE Publication

AUTHOR’SINFORMATION First Author:

Dr. Kok Kean Hin Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor, Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Indeks dominansi dapat digunakan untuk mengetahui spesis yang mendominasi pada suatu perairan, apabila terdapat spesies yang mendominasi biasanya spesies tersebut

Berdasarkan studi tersebut pasien dengan syok septik, manfaat koloid dibandingkan kristaloid administrasi untuk pasien sakit kritis tidak ditunjukkan secara jelas.. Selain itu,

[r]

Teknik pengambilan sampel menggunakan salah satu metode Non Probability Sampling , yaitu Convenience Sampling , di mana anggota populasi dapat dengan mudah dipilih

Orang Karo zaman sekarang, hanya melihat rumah adat khususnya simbol pengeret-ret sebagai peninggalan budaya yang bisa dimanfaatkan untuk mata pencaharian yang

Rancangan data kejelasan preparat dan kekontrasan warna pada preparat section tumbuhan bagian batang tanaman Kenanga (Cananga odorata) dengan pewarna alami ekstrak

Hipotesis 2.2.1: Pengaruh laba akuntansi terhadap harga saham lebih besar pada perusahaan yang memiliki pertumbuhan tinggi dibanding dengan perusahaan yang memiliki pertumbuhan

Bo- neka Tawaraja merupakan boneka ta- ngan yang dapat digunakan pendidik untuk meningkatkan pendidikan karak- ter peserta didik yang diangkat melalui cerita