• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assaignment Surah Yassin CTU Ayat 1 - 20

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assaignment Surah Yassin CTU Ayat 1 - 20"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PRINSIP – PRINSIP ASAS ISLAM

CTU 101

ANALISA SURAH YASSIN AYAT 51 – 53

NAMA PELAJAR : Zuhair Yazdani bin Mohamed Ghozali

MATRIKS : 2014409714

NAMA PENSYARAH : USTAZAH SHAHIDATUL ASHIKIN BINTI SHAHIRAN

Senarai Kandungan Muka

Surat

(2)

Pendahuluan

A. Sejarah Surah Yasin

Dalam Surah Yasin, ayat 51 - 53, Allah s.w.t menyatakan kepada manusia tentang kedatangan Hari Kiamat. Ia datang dengan mengejut dengan satu pekikan sahaja iaitu tiupan sangkala pertama manusia habis mati. Kemudian Allah menyatakan mengenai kebangkitan manusia dari kubur iaitu dengan satu tiupan, iaitu tiupan sangkakala kedua semua manusia bangkit dari kubur dan mereka akan menghadap

(3)

Allah untuk dihisab dengan adil segala yang mereka telah lakuan di dunia. Ahli syurga masuk syurga dan ahli neraka masuk neraka.

B. Penurunan Surah Yasin

Surah Yasin merupakan surah yang ke-36 daripada 114 surah yang terdapat di dalam al-Quran. Ia diturunkan selepas penurunan surah al-Jin. Surah ini mengandungi 83 ayat yang semuanya diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. berada di Makkah, kecuali ayat ke-12, yang diturunkan kepada Baginda selepas berhijrah ke Madinah. Oleh itu, Surah Yasin ini tergolong dalam surah Makkiyah.

C. Keistimewaan

Sebahagian ulama berpendapat bahawa sentiasa membaca surah Yasin pada semua waktu boleh memudahkan sebarang urusan tetapi mereka berpendapat sunat dibaca pada hari Khamis kerana keluasan rezeki, hari Selasa menolak daripada kezaliman dan selamat daripada musuh seterusnya hari Ahad untuk mencapai kedudukan yang terpuji.

Walaupun begitu, ramai ulama telah mengamalkan bacaan Yasin dan didapati cukup ampuh berkenaan dengan permintaan dan hajat yang diajukan kepada Allah s.w.t.

D. Kelebihan

Selain itu, surah Yasin turut sering dikaitkan dengan pelbagai kelebihan lainnya. Antaranya ialah mencari barang yang hilang, untuk membuat “air Yasin”, bacaan ketika masuk rumah baru, untuk memudahkan jodoh, untuk mengirimkan pahala

(4)

kepada orang mati, untuk sambutan majlis-majlis tertentu seperti nisfu Syaaban dan seumpamanya yang selainnya.

http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2009/12/tafsir-surah-Yaasin.pdf

Terjemahan Surah Yasin Ayat 51 - 53

Ayat 51 :

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) menghadapi Tuhannya.

(5)

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,,

(Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

Ayat 53 :

Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

(6)

Analisa Surah Yasin Ayat 51 - 53

Surah Yasin, Ayat 51:

Ini adalah bahagian ketiga dalam surah Yaasin ini. Iaitu menceritakan tentang Hari Kiamat..

زىُّصلا يِف ََخِفُوَو

Dan apabila ditiupkan sangkakala; ini adalah sangkakala yang kedua. Israfil akan dihidupkan semula untuk meniupkan sangkakala sekali lagi. Sangkakala ditiupkan kali pertama untuk mematikan semua makhluk. Tiupan Sangkakala kedua ditiup untuk menghidupkan balik makhluk.

ثاَد أجَ ألْا ََهِمَأمُهاَذِإَف

Maka tiap-tiap mereka keluar dari kubur masing-masing; Iaitu kubur di Alam Barzakh.

Kata مُه (mereka) dalam ayat ini merujuk kepada mereka yang engkar kepada

Perintah-Nya.

Maksud ثاَد أجَ ألْا adalah kubur tapi bukan kubur yang biasa. Ia adalah kubur yang

terlalu lama, sampai orang tidak tahu tentang kubur itu. Orang-orang yang sombong sangka bahawa mereka adalah orang yang penting dan ada kedudukan. Tapi Allah

(7)

nak beritahu bahawa tidak ada sesiapa yang ingat akan mereka. Selalunya, kubur orang-orang yang penting akan dijaga rapi, tetapi ia tidak berlaku kepada kubur mereka. Mereka ingat mereka penting, hakikatnya mereka adalah orang yang hina.

Perkataanثاَد أجَ ألْا digunakan untuk menghina mereka.

Dikatakan semuanya akan bangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Semua malaikat, jin dan manusia akan bangkit tiba-tiba. Semua makhluk-Nya akan dibangkitkan dengan serentak yang dicipta dari permulaan alam hingga ke waktu sebelum terjadinya kiamat. Semuanya akan bangun dalam suasana hening. Mahsyar adalah satu tempat matahari adalah sejengkal tingginya dari kepala kita.

نىُلِسأىَيَأمِهِّبَزَ ىَلِإ

Mereka akan bergerak dengan cepat kepada Pencipta mereka.

Perkataan نىُلِسأىَي bermaksud „bergerak dengan cepat‟. Ianya merujuk kepada

keadaan seseorang yang bergerak turun dari atas bukit. Orang sebegini akan bergerak dengan cepat dan mereka tidak ada pilihan lain selain bergerak ke hadapan. Mereka tentunya sudah tahu apa yang mereka akan terima iaitu azab yang telah dijanjikan-Nya kepada mereka.

Orang yang beriman, akan keluar dari anggota wuduknya cahaya yang menyuluh. Yang buat syirik akan merayu meminta-minta cahaya daripada mereka.

Mereka yang muqarrabin (dekat dengan Allah) akan dibawa ke Mahsyar dengan sepantas kilat. Mereka ke Padang Mahsyar dengan segala kesenangan. Akhir sekali, akan ada yang pergi dengan berjalan kaki. Ada pula yang merangkak. Ada bergerak dengan lutut. Ada yang berjalan dengan muka mereka.

Semua sekali apabila sampai, mereka akan berhimpun di hadapan Tuhan. Dalam keadaan tunduk, takut nak angkat muka. Ini ada diceritakan dalam Surah Sajadah: “Sekiranya kamu dapat melihat mereka tunduk kepala sambil berkata: kami dah tengok neraka. Kami dah dengar mendidihnya neraka. Kembalilah kami ke dunia

(8)

sebab kami nak buat amalan soleh kepadaMu. Kami nak buat amalan lebih baik dari Nabi kamu sendiri beramal. Hari ni kami baru percaya.”

Surah Yasin, Ayat 52:

اىُلاَق

Mereka berkata; Yang berkata adalah orang-orang kafir atau orang munafik yang

langgar perintah Allah s.w.t. اَىَلأيَواَي

Alangkah celakanya kami;Mereka sangat menyesal pada ketika itu.

نِدَقأسَم َأهِم اَىَثَعَب َأهَم

Siapakah yang mengejutkan kami dari tempat tidur kami ini?

Kata نِدَقأسَم diambil dari kata دَقز yang bermaksud tidur-tidur ayam. Tidur yang tidak

nyenyak. Jika orang gerakkan kita dari tidur begini, kita akan berang.

Mereka dulu rasa macam tidur. Mereka lupa bahawa mereka dulu berada di alam barzakh. Jangan kita ingat mereka tidur sahaja ketika berada dalam kubur itu, kerana azab kubur itu benar. Tapi kerana apa yang akan mereka alami ketika di alam barzakh, membuatkan mereka rasa azab yang mereka terima dalam kubur itu rasa seperti sedang tidur kalau dibandingkan dengan azab neraka yang akan mereka hadapi.

(9)

Pertanyaan mereka itu tadi disahut oleh malaikat atau orang beriman:

ه َمأحَّسلاََدَعَواَم اَر َه

Inilah dia hari yang dijanjikan oleh Tuhan Rahman; Inilah hari perbicaraan di

Mahsyar

Sekali lagi perkataanه َمأحَّسلا digunakan untuk merujuk kepada Allah. Banyak kali sifat

ه َمأحَّسلا Allah disebut dalam surah Yasin. Ini adalah untuk mengingatkan kita tentang

segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.

نىُلَس أسُمألاََقَدَصَو

Maka benarlah kata Nabi, Rasul; dan para pendakwah sebelum ini yang

(10)

Surah Yasin, Ayat 53:

ةَدِحاَوَ ةَحأيَصََّلَِإَأتَواَكَأنِإ

Sesungguhnya tempikan sangkakala itu tidak lain hanya sekali pekikan sahaja;

Sekali lagi perkataan ةَحأيَص digunakan dalam ayat ini. Ayat ini menunjukkan begitu

mudahnya Allah hendak mengambil nyawa kita. Tak payah nak susah-susah buat proses yang berbagai-bagai. Dengan sekali tempik sahaja.

نوَُسَضأحُماَىأيَدَلَ عيِمَجَأمُهاَذِإَف

Maka tiba-tiba mereka kesemua sekali kehadapan Kami akan dihadapkan.

Semua sekali makhluk akan dibawa mengadap Allah. Waktu itu kita semua akan dibicarakan. Apa sahaja perbuatan kita di dunia ini nanti akan dikira. Seperti juga pengiraan akauntan yang menjaga keluar masuk wang syarikat, kita semua akan dikeluarkan dengan segala perbuatan kita selama di dunia. Malah, pengiraan di mahkamah Allah lebih ketat lagi. Kalau kita dapat mendalami pemahaman bahawa apa sahaja perbuatan kita di dunia akan diambil kira, maka kita akan lebih berhati-hati dalam segala amalan kita. Ingatlah tentang kisah Saidina Umar r.a. dengan

anak penjual susu. Begitulah seorang yang beriman, walaupun manusia tidak nampak, mereka sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita.

(11)

Tidaklah dapat dibayangkan kejadian di Mahsyar itu kelak. Ianya sudah tentu satu keadaan yang mengerikan jikalau kita adalah orang yang banyak dosa. Maka moleklah kalau kita berdoa kepada Allah setiap hari: Ya Allah, engkau akan memanggil kami untuk menghadap kamu di Mahsyar nanti. Semoga kami dijauhkan dari kemurkaanMu pada hari itu.

Sumber Rujukan

Ahmad, Z. H. (2004). Tafsir surah Yasin dari perspektif sains dan sejarah. Kajang: Aras Mega (M).

(12)

http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121012/ba_04/Keistimewa an-Yasin

MASJID AL-ISTIQAMAH SG MERAB: SURAH YASIN - KANDUNGAN DAN INTIPATI. (n.d.). Retrieved July 08, 2014, from

http://alistiqamahsgmerab.blogspot.com/2011/10/surah-yasin-kandungan-dan-intipati.html

Menyelongkar misteri surah Yasin. (n.d.). Retrieved July 04, 2014, from

http://www.sinarharian.com.my/rencana/menyelongkar-misteri-surah-yasin-1.14492

Tafsir Yaasin Ayat 22-58. (n.d.). Retrieved July 08, 2014, from

Referensi

Dokumen terkait

 Model basis data adalah kumpulan dari konsepsi logika yang biasanya mewakili struktur dan relasi data yang terdapat pada suatu basis data.  Dua Macam Model

PITIBO DELYKARYA dapat mengalami peningkatan lebih besar disebabkan karena total aktiva lancarnya pada tahun 2007 yang meningkat 2 kali lipat dari total aktvia lancar tahun

Potensi Bakteri Endofit Tanaman Obat sebagai Penghasil Senyawa Antihiperlipidemia Melalui Aktivitas Lipase.. Dibimbing oleh YULIN LESTARI dan MIN

Assalamualaikum wr. Yang Mulia Majelis Hakim, izinkan kami melaporkankan apa yang kami lakukan terhadap supervisi kepada KPU Kota Tangerang Selatan. Disampaikan dengan

Menurut penelitian (Mellisani, 2013) mengatakan bahwa sintesis MnO 2 terjadi karena adanya reaksi oksidasi Mn 2+ menjadi Mn 4+ menggunakan pengoksidator KMnO 4

Berdasarkan latar belakang yang telah diuraikan tersebut, maka rumusan masalah yang akan dibahas dalam penelitian ini adalah menganalisis pengaruh skeptisisme

AF dapat simptomatik dapat pula asimptomatik. Gejala-gejala AF sangat bervariasi tergantung dari kecepatan laju irama ventrikel, lamanya AF,  penyakti yang

Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, dapat ditarik sebuah simpulan yang dibagi menjadi empat bagian, yaitu: (1) latar belakang novel dan boigrafi pengarang;