Langkah mengatasi pencemaran sungai.
Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih
teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya punca pencemaran dapat
dikurangkan dan antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:-
a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan
terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah
tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara
menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem
perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga
pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat
dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja
pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan
sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira.
Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah
supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu
supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit
utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.
d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak
tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali
sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air
sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu
ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang
membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.
Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri
sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung
hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula
mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang
memerlukan 'soul reawakening'.
Rumusan.
August 26th, 2008 by Augustine Towonsing
Sebagai rumusan, didapati bahawa sungai di kawasan kajian ini telah tercemar dan jika
kita melihat bacaan TDS meter iaitu 130 ppm yang meletakkan sungai di kawasan
kajian ini sebagai sungai 'air keras' sekali gus kehilangan fungsi sebagai sumber
keguanaan air domestik.
Persoalannya, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Aktiviti manusialah yang
membuat air sungai ini tercemar dan kotor. Jika pencemaran berterusan air sungai ini
tidak boleh digunakan lagi. Penduduk di sekitar kawasan sungai membuang sampah
dan tidak memikirkan akibatnya.
Manakala, sistem perparitan sekolah dan sistem perparitan utama di Taman Seri Utama
dilihat menghadapi masalah untuk menyalirkan air. Keadaan yang tidak terurus ini
membawa kesan yang besar ke atas sistem saliran.
Namun begitu, adalah menyadi harapan agar penduduk di kawasan kajian mengambil
mengambil inisiatif untuk memikirkan supaya pencemaran yang ada dapat ditanggani
atau kita biarkan sahaja dan terpaksa menanggung kesan negatif berpanjangan pada
masa hadapan. Oleh itu kita perlu menjaga sistem perparitan dan kebersihan sungai
untuk bukan sahaja untuk kegunaan harian tetapi juga sungai adalah sumber air
percuma.
Kesan/ akibat.
Isi 1 : hidupan akuatik akan pupus
Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang,
dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik
seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,
bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung
atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.
Isi 2 : tersumbat – banjir
Isi 3 : tidak boleh diminum
Isi 4 : menjejaskan keindahan persekitaran
Penutup
:
Air merupakan salah satu keperluan asas yang penting dalam kehidupan. Apabila air tercemar,
kehidupan kita akan dilanda pelbagai masalah dan kualiti hidup kita akan terjejas. Hakikat ini
harus disedari oleh setiap anggota masyarakat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memikul
tanggungjawab memantau dan mengelakkan pencemaran sungai daripada berlaku.
1.Pengenalan.
Air meliputi 70% daripada bumi dan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita.Semua benda hidup bergantung kepada air untuk pelbagai kegunaan seperti minuman,memasak,bertani dan sebagainya.Pencemaran air didefinisikan sebagai sebarang kemasukan bahan asing ke dalam air yang menyebabkan perubahan fizikal dan kimia seterusnya mengancam kehidupan benda hidup.
2.Sebab berlaku
a)pembuangan sampah yang tidak bersistematik.
· Sikap yang tidak bertanggungjawab pihak industri dan penternak terutamanya yang terletak berdekatan sungai.
· Air kotor yang tercemar dibenarkan mengalir ke sungai-sungai yang berhampiran menyebabkan sungai turut tercemar.
b)kumbahan premis perumahan dan perniagaan yang masih menggunakan teknologi lapuk.
· Sistem usang ini tidak lagi berkesan merawat kumbahan yang menjadi punca utama pencemaran sungai di negara ini.
· Pelepasan sisa-sisa dari kilang tidak serius berbanding kumbahan dari premis kediaman dan perniagaan. · Membangkitkan rasa resah kepada seluruh rakyat Malaysia.
c)Berpunca dari kelodak,pembangunan dan pelepasan sisa kumbahan.
· Penggunaan air mentah tidak berkualiti lebih membawa mudarat kepada manusia. · Pembuangan najis binatang yang tidak bersistematik.
· Menunjukkan masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar.
d)Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi
· Membawa perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegaitan ekonomi.
· Mendedahkan sungai kepada pelbagai tanah yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai. · Mempelbagaikan bahan asing ke dalam sungai.
2.Kesan-kesan.
a)membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia.
Pengumpulan bahan-bahan asing dalam badan manusia secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap bahaya dan hanya disedari apabila terlalu kronik.
Pengumpulan bahan logam berat toksik dalam badan kerana kerap memakan ikan yang ditangkap dalam sungai yang telah dicemari.
Menurunkan tahap ketahanan antibodi manusia.
b)Membazirkan wang untuk pemulihan
· Kos perawatan yang tinggi dan secara tidak langsung kos tersebut dibayar oleh pengguna melalui caj penggunaan air.
· Ditanggung oleh masyarakat itu sendiri kerana kecuiaan mereka terhadap alam sekitar.
· menjayakan pemulihan kualiti sungai memerlukan program kesedaran alam yang tinggi kosnya.
c)Menjejaskan semua hidupan air
· pencemaran sungai yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian,serangan penyakit,kecacatan genetik dan masalah pembiakan.
· Mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi hidupan sungai. · Berlakunya kepupusan haiwan akuatik yang semakin berleluasa.
d)Menjejaskan kualiti air.
· Bahan kimia tidak organik seperti sebatian plumbum yang bertoksik terus mencemarkan kebersihan sungai.
· Bahan pejal menyebabkan keindahan sungai tercemar.
· Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.
3.Langkah mengatasi.
a)Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu dimulakan.
· Mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi sumbangan secara sukarela.
· Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengembleng tenaga dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan.
· Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang pemuliharaan dan pemulihan sungai.
b)Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan sungai.
· Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar,kawasan perumahan dan kawasan perindustrian.
· Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan untuk mencegah pencemaran sungai.
· Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai harus diperketatkan untuk mengurangkan benda-benda asing yang mencemari sungai kita.
c)Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu.
· Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai.
· Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai tersebut. · Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan sungai.
d)Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat alam sekitar.
· Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.
· Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat.
· Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
Posted by cikgusue at 5:02 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: BAHAGIAN B