• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEREMBAN

MOHD JAFLUS BAHARI

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Maktab Perguruan Islam

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban. Kajian ini ingin melihat faktor menghalang dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Data kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi 11.5. Statastik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Sementara itu, stastik inferansi dan ujian t digunakan bagi melihat perbezaan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan. Bagi melihaujian-t perbezaan di anujian-tara fakujian-tor penghalang fakujian-tor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula digunakan bagi melihat perbezaan faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban telah dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati faktor struktur merupakan faktor utama yang menjadi faktor penghalang dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan jantina. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal danintra personal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal selidik bagi mengumpulkan data.

(2)

PENGENALAN

Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.

Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan yang memberi penekanan kepada pelajar-pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akademik akan diberi keutamaan dan ianya selaras dengan sistem meritrokrasi bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Di dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kegiatan kokurikulum dan faktor yang menghalang penglibatan pelajar untuk menyertainya. Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu :

(3)

1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat.

2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam sukan badminton.

3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan, persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya..

Dalam kajian ini pengkaji akan memberikan penekanan kepada kokurikulum yang melibatkan kegiatan sukan. Model konsep yang digunakan oleh Crawford dan Godbey (1997) digunakan untuk menjelaskan mengapakah pelajar-pelajar kurang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam aktiviti sukan.

Oleh yang demikian kajian ini dijalankan kerana tiada lagi penyelidik yang membuat kajian ke atas pelajar-pelajar yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kokurikulum khususnya aktiviti sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.

(4)

PERNYATAAN MASALAH

Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor utama sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.

Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti matapelajaran akademik.

Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

(5)

Sementara itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.

Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu kajian ini juga bertujuan melihat adakah terdapat perbezaan antara faktor penghalang penglibatan yang diberikan oleh mereka ini berdasarkan jantina.

Pelajar-pelajar di sekolah menengah terdiri daripada pelbagai bangsa. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar ini datang dari kawasan-kawasan penempatan yang berlainan. Ada yang tinggal di bandar Seremban, di taman-taman perumahan sekitar Seremban dan di kawasan luar bandar. Mereka ini menganut agama Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini mempunyai alasan dan sebab tersendiri menghalang mereka melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan. Pengkaji mendapati belum ada kajian mengenal pasti faktor-faktor penghalang

(6)

penglibatan pelajar ini dalam kegiatan kokurikulum sukan di lakukan oleh penyelidik terdahulu. Oleh itu kajian untuk mengenalpasti faktor utama yang menghalang penglibatan kokurikulum pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa perlu dilakukan.

Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada pelajar di sekolah mereka. Tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

1. Melihat apakah faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.

2. Melihat perbezaan faktor penghalang yang diberikan pelajar mengikut pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

3. Melihat faktor-faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan pelbagai bangsa.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:

1. Apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

(7)

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa?

6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa?

7. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa?

8. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa?

KEPENTINGAN KAJIAN.

Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, Pengetua Sekolah, Jawatankuasa Kerja Sekolah, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan agensi yang berkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti program kokurikulum di sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu mengalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seterusnya masyarakat akan lebih perihatin terhadap kepentingan kokurikulum demi masa depan pelajar.

DEFINISI ISTILAH

Definisi pemboleh ubah kajian memfokuskan perbincangan kepada beberapa tinjauan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menghalang dan penglibatan dalam kokurikulum.

(8)

1. Faktor-faktor Menghalang

Faktor menghalang termasuk program yang dirancang, terlampau ramai orang yang menggunakan kemudahan atau lokasi kemudahan yang tidak sesuai. Seterusnya menggunakan model yang telah dikonsepsualisasikan oleh Crawford dan Godbey (1987) untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang guru pelatih ini melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan. McGuire (1984) telah mendefinisikan faktor-faktor penghalang ini sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalah ini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan penggunaan kemudahan aktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau program aktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yang menyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Menurut Crawford dan Godbey (1987) , terdapat tiga halangan besar mengapa seseorang itu kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini ialah 1) struktur 2) interpersonal dan 3) intrapersonal.

2. Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996). Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990). Sukan juga

(9)

didefinisikan dalam beberapa makna. Sementara itu, Snyder & Spreitzer (1989) mendefinisikan sukan sebagai aktiviti persaingan fizikal manusia yang dikawal oleh undang-undang permainan atau acara tersebut.

TINJAUAN KEPUSTAKAAN

1. Kajian kepentingan kokurikulum

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mashitah (1995) bertujuan untuk memperlihatkan bukti sumbangan yang diperolehi apabila bergiat dalam kegiatan kokurikulum khususnya kepada pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Objektif kajian: Tiga objektif khusus kajian ini iaitu 1) Melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar-pelajar menengah atas Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman dalam kegiatan kokurikulum; 2) Melihat perbezaan yang wujud dalam daya kepimpinan yang ada pada pelajar-pelajar tersebut, dan 3) Menganalisa bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan daya kepimpinan pelajar. Dalam kajian ini 200 pelajar dipilih sebagai responden mewakili populasi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan dalam daya kepimpinan bagi kedua-dua kumpulan pelajar tersebut. Terbukti juga bahawa wujud perhubungan yang positif di antara tahap penglibatan pelajar dengan daya kepimpinan pelajar. Oleh itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan boleh menerima hipotesis alternatif. Justeru itu penglibatan pelajar yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum sememangnya dapat memupuk dan membina daya kepimpinan seseorang pelajar.

Menurut kajian oleh Mohd Lotpi (1997) mendapati ramai yang beranggapan aktiviti kokurikulum mampu membentuk peribadi positif pelajar. Namun begitu, tidak ramai individu yang tampil untuk benar-benar membuktikan keadaan ini. Oleh itu, kajian ini dibuat bertujuan untuk memperlihatkan kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar. Antara objektif kajian ini dibuat adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang

(10)

dan Selama, Perak dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu juga, kajian ini dibuat bagi melihat perbezaan yang wujud dalam peribadi pelajar kumpulan tidak aktif, kumpulan sangat aktif dan kumpulan aktif. Akhir sekali kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan peribadi pelajar. Seramai 200 orang pelajar dipilih sebagai subjek mewakili populasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan peribadi pelajar kumpulan tidak aktif dengan pelajar kumpulan sangat aktif dan aktif. Terbukti juga wujud perhubungan di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan peribadi pelajar. Dengan itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan menerima hipotesis alternatif. Sebagai kesimpulannya, sememangnya aktiviti kokurikulum memberi kesan yang positif ke atas peribadi pelajar.

Menurut kajian yang di lakukan oleh Mohd Zuki (1994) untuk meneliti sumbangan GERKO ke atas pembentukan personaliti pelajar. Kemudiannya, aktiviti tersebut akan dilihat dan dinilai menurut perspektif Islam. Kajian ini mendapati bahawa GERKO telah mendapat tempat dan perhatian yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan di Malaysia dan juga di Sekolah Menengah Dato Undang Abdul Manap. Keadaan ini memang sudah dijangkakan kerana aktiviti tersebut ternyata mempunyai signifikannya yang tersendiri di dalam memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, baik dari segi intelek, rohani, emosi atau jasmani. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa GERKO memberikan sumbangan dan faedah kepada pembentukan personaliti mereka. Kenyataan ini dibuat berdasarkan kepada analisa yang dibuat ke atas sejumlah item yang telah dikemukakan kepada mereka. Daripada 10 item yang dikemukakan, 7 daripadanya mencatat peratusan bersetuju yang melebihi 70 peratus dan hanya 3 sahaja yang kurang daripada 70 peratus. Tiada perbezaan yang ketara antara pelajar PAT, PAS dan PAR dari segi faedah yang diperolehi oleh mereka melalui penyertaan mereka dalam GERKO. Begitu juga tidak ada jurang yang ketara antara pelajar yang aktif, sederhana aktif dan kurang aktif. Kebanyakan mereka juga bersetuju bahawa GERKO telah memberi kesan ke atas pembentukan personaliti mereka. Melalui penilaian yang dibuat menurut perspektif Islam

(11)

pula, didapati bahawa GERKO mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip dan gagasan Islam.

Menurut Adnan Khamis (1989) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat membantu mencapai objektif yang dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas, seimbang dan harmoni dari segala segi. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat menunjukkan sikap positif, semangat juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui halangan-halangan akademik. Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih terdapat halangan-halangan dan masalah yang timbul dalam konteks pelaksanaan tanggungjawab terhadap aktiviti tersebut, sama ada di pihak guru mahupun pelajar. Ini kerana terdapat sesetengah guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih menganggap kegiatan kokurikulum sebagai membuang masa, menambah perbelanjaan keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut tidak penting.

Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Penglibatan pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat melatih mereka supaya bersifat bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin serta mahir di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu masa dahulu kurang terserlah kerana di kalangan ibubapa menganggap penglibatan anak-anak mereka dalam kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Tambahan pula guru-guru yang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum sangat sedikit bilangannya.

2. Kajian mengenai perlaksanaan kokurikulum

Menurut Mat Aris (1994) kegiatan kokurikulum sukan di sekolah merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan harapan, agar dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Akan tetapi, sekolah menengah

(12)

vokasional adalah sekolah yang lebih cenderung kepada bidang praktikal/amali dan teknikal jika dibandingkan dengan sekolah akademik biasa. Sehubungan dengan itu, kegiatan kokurikulum didapati tidak dijalankan dengan sempurna. Hasil dapatan kajian ini, melibatkan pelajar dan guru sebagai responden, sebanyak 160 set soalselidik diedarkan kepada pelajar tingkatan empat dan 60 set kepada guru-guru yang mengendalikan kegiatan aktiviti sukan di sekolah tersebut. Pada keseluruhannya, pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam kegiatan sukan di sekolah ini masih belum lagi dianggap memuaskan berdasarkan beberapa faktor luaran seperti masa, kemudahan `region', kos, perbelanjaan tanggungan keluarga, respon ibubapa, pelajar, guru, insentif dan pentadbiran yang menjadi penghalang.

Kajian Kamariah (1986) telah memberi tumpuan kepada sebuah sekolah menengah di kawasan luar bandar. Kajian meliputi segala aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan gerak kerja termasuk sikap guru, pelajar, ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat sekeliling. Setelah dilakukan penganalisaan terhadap segala masalah yang timbul, beberapa cadangan dapat dikemukan bagi mencapai matlamat penubuhan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Di antara beberapa strategi pelaksanaan yang diingini dapatlah disarankan seperti berikut: 1) mengimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan kurikulum 2) mempelbagaikan jenis kelab atau persatuan yang ada 3)melibatkan pelajar dari semua kaum 4) melibatkan pelajar atau pihak sekolah dengan gerak kerja khidmat masyarakat 5) melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah, guru-guru dan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum.

Faktor-faktor mendorong kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah penyertaan guru-guru semasa mengendalikan kegiatan tersebut. Menurut Abu Bakar (1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting. Peranan serta penyertaan guru diperlukan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah-sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

(13)

Menurut Adnan (1988), dewasa ini gejala sosial yang semakin hari semakin parah melanda remaja hari ini, maka pihak yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program melibatkan kokurikulum bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program tersebut perlu lebih perihatin dan berpandangan lebih agresit supaya aktiviti kokurikulum dapat memenuhi keperluan masa senggang pelajar akan mencapai objektif dan memberi keberkesanan yang paling maksimum untuk mengatasi kepincangan moral remaja masa kini.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati perlaksanaan kokurikulum di sekolah boleh dikatakan tidak mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelajar dan guru. Kadangkala terdapat guru yang ‘malas’ untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bersama pelajar apatah lagi untuk merancang program-progam yang berfaedah. Pendapat ini disokong oleh Abu Bakar (1991), di mana beliau menyatakan antara alasan guru untuk tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, terlalu banyak tanggungjawab yang dikendalikan oleh mereka dan ada juga guru yang merasakan mereka kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang yang ditugaskan.Yusof (1983) pernah mengkaji seramai 50 pelajar di tiga buah sekolah di Slim River, Perak melihat perkaitan antara penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dan prestasi akademik. Ternyata bahawa penglibatan mereka dalam kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik malah mereka mendapat keputusan yang lebih baik. Dengan bijak membuat pembahagian masa antara kokurikulum dengan kurikulum, mereka berjaya mengimbangi kedua-duanya dalam masa yang sama.

Menurut Snyder (dipetik dalam Phillip, 1993), penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah satu cara untuk mobiliti sosial sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui penanaman kualiti, pencapaian kepuasan, disiplin kendiri dan kepimpinan. Menurut Coleman (dipetik dalam Phillip, 1993) pula mendapati bahawa pelajar lebih mementingkan kokurikulum daripada akademik dalam konteks pencapaian kepuasan, disiplin kendiri dan kepimpinan berbanding kurikulum. Menurut Ahmad Badawi (1984) pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian sewajar di kalangan mereka. Sehubungan

(14)

itu, kegiatan kokurikulum di sekolah akan diberi pengiktirafan penting dalam menilai pencapaian seseorang pelajar apabila dimasukkan ke dalam sijil peperiksaan persekolahan mereka. Pendapat ini disokong oleh Lim Yen Yun (1991) menyatakan kegiatan bersukan banyak membawa manafaat namun kurang diberi perhatian oleh para remaja. Antara faktor utama ialah mereka tidak mempunyai semangat kesukanan dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih mustahak. Akibatnya ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mempunyai kecergasan fizikal dan kemahiran untuk bersosial.

Satu kajian telah dilakukan oleh Zainun dan Aini (1993) mengenai penglibatan pelajar tingkatan empat dalam aktiviti rekreasi. Kajian dilakukan ke atas 440 pelajar dibeberapa buah sekolah mengenai penggunaan masa lapang mereka. Didapati pelajar-pelajar memang mempunyai banyak masa lapang tetapi tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang memanfaatkan mereka dan masyarakat.

Azizah (1990) dalam kajiannya telah mengenalpasti masalah-masalah dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah di daerah Gombak. Sampel kajian yang terdiri daripada tiga orang guru besar, 80 orang guru dan 270 orang pelajar dengan menggunakan perbincangan, temubual dan soal selidik untuk melihat kekerapan dan ‘chi square’. Dapatan kajian menunjukkan masalah yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah masalah kewangan, kemudahan dan peralatan. Kajian mendapati pelajar tidak menghadapi masalah penjadualan kerana penjadualan dibuat mengikut ketetapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor. Masalah yang dihadapi ialah seperti guru menjalankan kegiatan tetapi tidak berminat dan tidak ada kemahiran dan juga tidak mendapat latihan dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankannya. Pelajar-pelajar juga tidak ramai bergiat dalam kegiatan badan beruniform. Jika pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan, ianya hanyalah didorong oleh diri sendiri, rakan-rakan dan ibu bapa. Alasan yang diberikan oleh pelajar, guru hanya memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang berkebolehan sahaja dan terpaksa menolong ibu bapa di rumah pada waktu petang.

Satu lagi kajian yang dilakukan di Johor oleh Mohammad Haris (1999) tujuan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Rancangan Felda

(15)

Daerah Kota Tinggi. Antara tujuan kajian ialah melihat faktor yang melibatkan pengurusan, persekitaran dan komitmen diuji dalam kajian ini. Hasil daripada kajiannya, didapati aspek yang disenaraikan memberi kesan yang berbeza. Faktor persekitaran dan dalaman (intrinsik) telah membantu meningkatkan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kejayaan program memerlukan pengurusan yang teliti, khusus dan terancang. Kekurangan peruntukan menjadi faktor pokok yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempengaruhi aspek pengurusan dan kemungkinan mengakibatkan komitmen sederhana. Sekolah perlu menyelia dan menguatkuasakan peraturan untuk meningkatkan disiplin, sikap dan tanggungjawab.

Kajian oleh Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. Semenjak kokurikulum diwajibkan perlaksanaannya, beban tugas guru bertambah rencam dan terasa membebankan. Kajian mendapati faktor utama menghalang perlaksanaan kokurikulum dengan berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar ialah guru kurang berpengalaman dan kurang kursus diadakan untuk guru. Semasa pelaksanaan, penyeliaan kurang daripada pihak pentadbiran dengan keadaan diburukkan lagi jika seseorang guru itu aktif, ia kurang menerima penghargaan dari pihak sekolah.

Menurut Mohamad Nor (1990) satu kajian untuk melihat pandangan para pelajar dan ibu bapa terhadap gerak kerja kokurikulum di sekolah menengah. Subjek kajian terdiri dari 110 orang pelajar tingkatan IV dari dua buah sekolah di negeri Selangor Darul Ehsan, sebuah di Petaling Jaya dan sebuah lagi dari daerah Dengkil. Kajian ini mendapati lebih tinggi anggapan gerak kerja kokurikulum boleh mengganggu pelajar daripada ibu bapa di bandar dan golongan ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi tinggi yang berpendapat demikian. Mereka lebih mementingkan kecemerlangan akademik daripada kecemerlangan dalam gerak kerja kokurikulum. Bagaimanapun sebahagian besar daripada mereka mengakui bahawa gerak kerja kokurikulum memberi faedah sebagai latihan kepimpinan dan perkembangan kognitif amnya. Sebaliknya pula lebih tinggi peratusan pelajar berpencapaian sederhana mengganggap gerak kerja kokurikulum tidak mengganggu pelajaran dan mereka mengganggap kokurikulum boleh memberi faedah dari segi perkembangan moral atau sosial. Lebih tinggi juga peratusan ibu bapa luar bandar dan sosio ekonomi rendah menganggap

(16)

kokurikulum tidak mengganggu pelajaran tetapi sebahagian besar daripada mereka mendapati sukar untuk membiayai secukupnya penglibatan anak-anak mereka dalam gerak kerja kokurikulum. Kajian ini juga mendapati masalah kekurangan masa merupakan penghalang utama yang dihadapi oleh semua golongan ibu bapa sama ada di bandar, sosio ekonomi tinggi mahupun sosio ekonomi rendah untuk menyokong terutama untuk turut serta dalam beberapa aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Walau bagaimanapun keempat-empat golongan ibu bapa ini tidak menghalang penyertaan anak-anak mereka dalam gerak kerja kokurikulum.

Siti Hajar (2000) telah membuat penyelidikan untuk mengenalpasti amalan pengurusan kokurikulum yang berkesan yang dipraktikkan di sekolah menengah dan melihat corak penglibatan ahli jawatankuasa kokurikulum dan murid dalam perlaksanaan kokurikulum sekolah. Responden yang terlibat sebagai sampel berjumlah 285 orang guru dari 15 buah sekolah menengah di daerah Kerian. Dapatan yang diperolehi ialah aspek pengurusan yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun, memimpin dan mengawal berada di tahap sederhana. Sistem pengurusan didapati mempunyai hubungan terhadap pencapaian dalam kokurikulum. Beberapa usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum ke tahap optimum. Perlu disedari oleh warga pendidik bahawa sistem pengurusan kokurikulum adalah antara faktor yang mempengaruhi pencapaian kokurikulum.

3. Kajian faktor menghalang penglibatan

Kajian yang dibuat oleh Zulkifli (1997) mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor saiz, kemudahan, bilangan guru, dan pentadbiran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Walau bagaimanapun, ujian regresi berganda yang dijalankan menunjukkan hanya satu faktor yang benar-benar memberi sumbangan kepada angkubah bersandar iaitu faktor saiz sekolah. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan bilangan kelas amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menyertai kegiatan kokurikulum, sementara faktor lain hanya sebagai penyokong.

(17)

Mohd. Suzli (1997) juga mendapati terdapatnya masalah-masalah di dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum, pendapat guru-guru mengenai kepentingan kokurikulum kepada pelajar dan cadangan-cadangan untuk melicinkan pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah menengah agama. Dari kajian ini didapati sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di samping penjadualan yang tidak bersistem. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan guru kokurikulum tidak mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya kebanyakan pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Mereka yang terlibat secara aktif didorong oleh diri sendiri, guru, kawan dan ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat memberi alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh kekurangan peralatan serta kemudahan ko-kurikulum di sekolah. Kajian ini juga mengenalpasti pendapat pengetua dan guru-guru besar dari 7 buah sekolah agama yang dikaji mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap penyuburan pelajar dan cadangan-cadangan mereka untuk melicinkan lagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah agama.

Menurut Quek and Steven (1994) menjelaskan kesan negatif penglibatan dalam sukan dikatakan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan mengambil terlalu banyak masa dan tenaga. Menurut Mc Guire (1984) menyatakan antara kriteria penghalang penglibatan seseorang dalam sukan ialah kemudahan atau program yang disediakan seperti terlalu ramai orang menggunakan kemudahan tersebut atau lokasinya yang tidak bersesuaian langsung.

Menurut Ariffin (1984) menyatakan individu memerlukan kawan. Dalam konteks ini penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan memenuhi keperluan ini. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan banyak dipengaruhi rakan.

Menurut Wankel (1988) menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti berkaitan akademik terutamanya pelajar yang terlibat

(18)

dalam peperiksaan. Pernyataan ini disokong oleh Muhammad Nor Che Noh (1980) menyatakan kurikulum lebih penting dari kokurikulum.

Faktor-faktor seperti budaya, kesihatan, kecergasan serta lain-lain pengalaman psikologi dan sosial adalah antara faktor-faktor yang mengalakkan individu melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan ( Coakley, 1998., Dunn, 1988.,& Salman, 1997). Meskipun begitu terdapat juga faktor-faktor yang menghadkan penglibatan aktiviti bersukan individu. Antara faktor penghalang penglibatan aktiviti bersukan yang paling popular adalah masalah kesuntukan masa. Kenyataan ini bagaimanapun telah dipertikaikan oleh Wankel (1998) kerana dia berpendapat tidak semestinya mereka yang melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan itu mempunyai masa yang lebih daripada mereka yang tidak melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan. Ini dianggap sebagai satu alasan yang tidak kukuh oleh kebanyakan individu kerana penglibatan seseorang di dalam aktiviti bersukan bergantung kepada keutamaan yang diberikan terhadap aktiviti fizikal. Satu lagi faktor penghalang yang sering membataskan penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan adalah masalah tekanan atau bebanan tugas. Perkara ini didapati benar berdasarkan satu laporan oleh Canada Fitness Survey (1983) yang mendapati bahawa faktor tekanan kerja merupakan penghalang utama penglibatan di dalam aktiviti bersukan bagi individu yang berumur 20 tahun ke atas. Masalah kurang minat juga telah dilaporkan oleh Biddle (1995) sebagai faktor penghalang penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan. Dalam satu temubual yang dikendalikan oleh Boothby (1981) terhadap 254 individu dewasa di bahagian Timur-Laut England mendapati bahawa masalah-masalah seperti kurang minat, kekurangan kemudahan dan lain-lain masalah fizikal sebagai faktor-faktor penghalang individu melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan.

Mohd Sufi (1999) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti sikap pelajar tentang aktiviti kokurikulum sukan di tiga buah sekolah di Kelantan. Tujuan kajian beliau adalah khusus untuk meninjau sikap pelajar tingkatan empat kejuruteraan awam. Sejumlah 83 sampel dipilih secara rawak untuk mengetahui faktor-faktor utama mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap sukan. Keputusan kajian mendapati sikap pelajar adalah positif terhadap sukan berdasarkan

(19)

beberapa faktor yang mendorong penglibatan pelajar terhadap sukan. Mat Aris (1994) juga telah melakukan kajian ke atas pelajar dan guru di sekolah vokasional di Lembah Kelang untuk mengetahui tanggapan mereka terhadap kegiatan sukan. Sejumlah 160 set soalan telah diedarkan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat dan 60 set soalan kepada guru-guru. Keputusan kajian mendapati tidak memuaskan berdasarkan beberapa faktor luaran seperti masa, kemudahan ‘region’, kos, pebelanjaan, guru, intensif dan pentadbiran menjadi penghalang.

Seterusnya dalam kajian lain, Mustafa Kamal (2000) mendapatai kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum. Keadaan diburukkan lagi apabila peralatan, kelengkapan dan kemudahan kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Hanya faktor minat dan rakan-rakan sebaya dapat membantu membina kesedaran pelajar terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum.

Kajian mengenai penglibatan kokurikulum juga telah dijalankan oleh Ramli (1999) dimana beliau mendapati pelajar mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap kegiatan kokurikulum tetapi keputusannya adalah pada tahap sederhana dan lemah dari segi peratus puratanya. Penyertaan mereka turut didorong oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa serta kemudahan-kemudahan pihak sekolah turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah tersebut.

Menurut Raymore, Godbey dan Crawford (1992) telah melakukan kajian berdasarkan model kajian yang telah dilakukan oleh Crawford dan Godbey (1987). Tujuan kajian ialah 1) mengkaji adakah ketiga-tiga faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal merupakan penghalang kepada penglibatan. 2) mengukur persepsi penghalang berkaitan wujud. 3) mengukur samada wujud perbezaan persepsi antara jantina terhadap tiga faktor penghalang 4) menilai taraf sosioekonomi mempunyai perkaitan dengan faktor penghalang. Data dikumpul dari 363 pelajar gred 12 di Toronto, Canada. Data yang dikumpul menggunakan alat kajian yang mengandungi 1) faktor penghalang diukur menggunakan persepsi dari tiga jenis faktor penghalang berkaitan dengan kegiatan rekreasi. 2) menggunakan Rosenberg (1965,1989) skala kendiri dan 3) soalan demografi.

(20)

Dapatan kajian menunjukkan 1) tiga faktor penghalang menurut Crawford et al.(1991) wujud 2) nilai kendiri berkait secara negatif dengan persepsi penghalang intrapersonal dan interpersonal 3) perempuan mempunyai faktor intrapersonal yang lebih tinggi dan 4) taraf sosioekonomi berkait secara negatif dengan faktor penghalang intrapersonal. Keputusan kajian mencadangkan pelajar perempuan dan dari taraf sosioekonomi yang rendah lebih mempunyai faktor penghalang dari intrapersonal berbanding pelajar lelaki dan berada dalam sosio ekonomi yang lebih tinggi.

REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian dalam kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian yang bertujuan untuk memberikan penerangan secara sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang dikaji secara fakta dan tepat. Kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji sahaja. Dapatan kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji saja dan tidak boleh digeneralisasikan ke dalam populasi.

BATASAN KAJIAN

1. Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah-sekolah Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

2. Populasi

Populasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban yang berlainan latar belakang. Pelajar yang terpilih adalah pelajar-pelajar dari Tingkatan Empat. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah harian biasa. Purata pencapaian kokurikulum terutamanya sukan agak menurun prestasi pencapaiannya jika dibandingkan lima tahun sebelumnya.

(21)

Menurut Tuckman (1978) saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya dapat meminimakan persampelan. Manakala menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz subjek melebihi 30. Saiz subjek seramai 30 orang ini akan mengurangkan ralat persampelan.

Subjek kajian adalah terdiri daripada 160 orang di kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang belajar di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Seremban. Pelajar yang terpilih merupakan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di tingkatan 4. Pemilihan sampel adalah menggunakan persampelan rawak mudah kerana populasi sample tidak seragam dan teknik dapat mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting 1998).

INSTRUMEN KAJIAN

Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat mengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan yang berkaitan dengan kajian ini.. Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah berasaskan kepada pendapat Majid Konting (1993) yang berpendapat bahawa soal selidik digunapakai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Tuckman (1985), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu cara berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian terhadap tingkahlaku. Isaac dan Michael dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hampir sama iaitu soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya

Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan mengunakan borang soal selidik yang telah dibentuk oleh Raymore, Godbey., Crawford & Von Eye (1993). Borang soal selidik ini telah dialih bahasa dan diubahsuai oleh Aminuddin Yusof (2002) melihat faktor-faktor yang

(22)

menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan. Soal selidik ini tidak banyak diubahsuai untuk digunakan dalam kajian ini bagi mengatasi masalah keesahan.

KAJIAN RINTIS

Dalam kajian ini ujian rintis telah dibuat terhadap pelajar-pelajar tingakatan 4 di sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi.

Hasil dapatan daripada ujian rintis menunjukan nilai ‘internal consistency correlation coefficient’ mengikut prosedur Cronbach Alpha adalah α = .81. Mengikut Kubiszyn dan Borich (2000) dalam Ghazali Darusalam (2003) menyatakan nilai α = .80 - .90 adalah nilai ‘alpha reliability coefficients’ yang diterima seperti juga pendapat Walter R Borg & Meredith Damien Gall (1979) yang menyatakan nilai alpha antara α = .80 - .90 adalah ‘customary coefficients’. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ini jelas menunjukkan bahawa kebolehpercayaan alat ukuran ini adalah tinggi dan boleh diterima pakai.

ANALISIS DATA

Data-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer dengan program yang digunakan ialah Stastistical Package of Social Science (SPSS/PC) (Norusis & SPSS Ins. 1993). Penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan kerana itu bebas daripada ralat (Majid Konting, 1990). Sub-program yang digunakan ialah Ujian t, Anova sehala dan Post Hoc Test Scheffe. Selain daripada itu statistik deskriptif juga digunakan seperti min, kekerapan dan peratusan. Aras signifikan ialah p < 0.05.

Untuk mengukur tahap, menurut Chan Yuen Fook (1999) skala lima Likert diukur melalui sistem tiga kuartil (quartiles) mengikut skor julat min (Ghazali Darusalam, 2003)

(23)

Jadual 1 Interpretasi Tindak balas Responden Berdasarkan Skor Min

Jadual 1 menunjukkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min berdasarkan Likert lima skala (5.0), tahap rendah (0 – 1.66), tahap sederhana (1.67 – 3.33), tahap tinggi (3.34 – 5.00).

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum perbandingan min-min digunakan . Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan. Seterusnya untuk menjawab persoalan kajian ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian – t digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan.

Untuk menjawab persoalan kajian kelima, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian keenam, adakah terdapat perbezaan yang

tahap tahap (rendah) tahap (Sederhana) 0 – 1.66 1.66 – 3.33 3.33 – 5.00 tahap (Tinggi)

(24)

signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan.

Untuk menjawab persoalan kajian ketujuh, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan.

Seterusnya, untuk menjawab persoalan kajian kelapan, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan.

LAPORAN KAJIAN

PENDAHULUAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan. Bab ini meliputi keputusan analisis statistik untuk menguji dan menjawab soalan-soalan kajian. Data yang telah dikumpul melalui soal selidik diproses menggunakan ‘Statistical Package for The Social Sciences’ (SPSS). Dapatan kajian ini dihuraikan kepada dua bahagian iaitu dapatan awal dan dapatan persoalan kajian.

Sejumlah 160 soal selidik telah diedarkan dan kesemua soal selidik tersebut telah diterima semula. Ini kerana soal selidik diedar dan dikumpul sendiri oleh penyelidik.

DAPATAN AWAL

Seramai 160 pelajar-pelajar sekolah menengah Daerah Seremban diambil bagi tujuan kajian. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingakatan sekolah menengah harian biasa.

(25)

Jadual 2 : Profil sample mengikut jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)

Lelaki Perempuan JUMLAH 80 80 160 50 50 100

Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan dari segi jantina pelajar lelaki adalah seramai 80 orang atau 50%. Sementara pelajar perempuan pula seramai 50 orang atau 50%. Keseluruhan subjek kajian adalah seramai 160 orang.

Jadual 3 : Profil sample mengikut bangsa.

Bangsa Kekerapan (f) Peratus (%)

Melayu Cina India JUMLAH 109 28 23 160 68.1 17.3 14.4 100

Bagi kategori bangsa , pelajar yang berbangsa Melayu merupakan kumpulan bangsa yang teramai iaitu 109 orang atau 68.1% dari keseluruhan sampel. Diikuti pelajar berbangsa Cina seramai 28 orang atau 17.3% dan pelajar berbangsa India adalah kumpulan yang terkecil sekali dari keseluruhan pelajar tingkatan empat seramai 23 atau 14.4% sahaja.

Jadual 4 : Profil sample mengikut tempat tinggal.

Tempat Tinggal Kekerapan (f) Peratus (%)

Rumah Asrama JUMLAH 160 0 100 100 0 100

Daripada jadual 4 menunjukkan kesemua subjek yang dikaji tinggal di rumah samada ibubapa atau rumah sewa.

(26)

Jadual 5 : Profil sample mengikut tempat tinggal megikut kawasan

Lokasi sekolah Kekerapan (f) Peratus (%)

Bandar Luar bandar JUMLAH 72 88 100 45 55 100

Daripada jadual 5 didapati seramai 72 orang sample (45%) tinggal di Bandar dan 88 orang sample (55%) tinggal di luar Bandar.

Jadual 6 : Profil sample mengikut pencapaian PMR.

Pencapaian PMR Kekerapan (f) Peratus (%)

Kurang 1A 2A hingga 4A 5A hingga 7A 8A ke atas JUMLAH 91 41 19 9 100 56.9 25.6 11.9 5.9 100

Daripada jadual 6, didapati 91 orang sample (56.9%) mendapat 1A dalam PMR, 41 orang (25.6%) mendapat 2A hingga 4 A, 19 orang sample (11.9%) mendapat 5A hingga 7A dan 9 orang sample (5.6%) mendapat 8A ke atas dalam PMR.

Jadual 7 : Profil kekerapan bersukan.

Kekerapan bersukan Kekerapan (f) Peratus (%)

Kurang 1 jam 1 hingga 5 jam 5 hingga 9 jam 10 jam ke atas JUMLAH 74 64 11 11 100 46.3 40.0 6.9 6.9 100

Daripada jadual 7 didapati 74 orang sample (46.3%) bersukan kurang 1 jam sehari, 64 orang (40%) bersukan 1 hingga 5 jam sehari, 11 orang sample (6.9%) bersukan 5 hingga 9 jam sehari dan 11 orang sample (6.9%) bersukan melebihi 10 jam sehari.

(27)

Jadual 8 : Faktor struktur mengikut pangkatan dan min.

Pangkatan Soalan Min

1 Soalan 6 Alatan sukan boleh digunakan waktu tertentu sahaja 3.82

2 Soalan 11 Peralatan sukan tidak mencukupi 3.53

3 Soalan 4 Kemudahan sukan tidak dapat menampung pelajar yang ramai

3.23

4 Soalan 7 Masalah pengangkutan ke sekolah 3.19

5 Soalan 14 Sekolah tidak menyediakan jadual penggunaan kemudahan sukan.

3.11 6 Soalan 15 Stor sukan tidak dibuka setiap hari dan menyukarkan

mendapat alatan

3.10 7 Soalan 10 Sukar menggunakan peralatan sukan di sekolah 2.75 8 Soalan 2 Kemudahan sukan di sekolah tidak mencukupi 2.74

9 Soalan 1 Kedudukan rumah yang jauh 2.74

10 Soalan 5 Kemudahan sukan di sekolah tidak dijaga 2.66

11 Soalan 8 Peralatan sukan yang mahal. 2.60

12 Soalan 15 Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan uzur 2.54 13 Soalan 13 Sekolah tidak menyediakan papan kenyataan aktiviti

sukan

2.43 14 Soalan 3 Kemudahan sukan di sekolah tidak selamat 2.30

15 Soalan 12 Pakaian sukan mendedahkan aurat 2.04

Berdasarkan jadual 8 perbezaan min bagi setiap pelajar berdasarkan item soalan-soalan yang dikemukakan mengikut faktor. Bagi faktor struktur, dapatan kajian menunjukkan item soalan yang berkaitan dengan kemudahan penggunaan peralatan sukan menunjukkan min yang tinggi iaitu soalan 6 (M =3.82), dan soalan 11 (M=3.53) berkaitan peralatan yang tidak mencukupi dan soalan 4 (M=3.23) masalah kekurangan alatan yang tidak mencukupi adalah antara faktor halangan yang tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan. Kemudian diikuti dengan masalah pengangkutan iaitu soalan 7 (M=3.19). Faktor yang berkaitan dengan kemudahan dalam penggunaan alatan dan jadual pengunaan alatan merupakan faktor yang seterusnya merupakan halangan kepada pelajar iaitu soalan 14 (M= 3.11) iaitu jadual pengunaan alatan yang tidak disediakan oleh pihak sekolah , soalan 15 (M=3.10) masalah menggunakan alatan kerana stor tidak dibuka setiap hari dan soalan 10 (M=2.75) kesukaran menggunakan peralatan dan soalan 2 (M=2.74) kemudahan sukan yang tidak lengkap. Faktor kedudukan rumah yang jauh merupakan faktor penghalang yang seterusnya iaitu soalan 1 (M=2.74). Sementara soalan 5 (M=2.66) mengenai kemudahan sukan yang tidak dijaga dengan baik. Manakala soalan 8

(28)

(M=2.60) pelajar tidak mampu membeli alatan sukan yang mahal yang menyebabkan sukar mengikuti aktiviti sukan. Soalan 9 (M=2.54) merupakan faktor struktur ke empat terendah mengenai peralatan yang telah uzur dan rosak. Masalah tiada papan kenyataan yang disediakan oleh pihak sekolah merupakan faktor ke tiga terendah iaitu soalan 14 (M=2.43). Soalan 3 (M=2.30) mengenai kemudahan sukan yang tidak selamat adalah item soalan kedua terendah manakala soalan 12 iaitu mengenai pakaian yang mendedahkan aurat merupakan faktor yang paling rendah. Ini adalah kerana segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah adalah mengikut kehendak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan sentiasa diselia oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seremban/Port Dickson agar tidak bercanggah dan melanggar kepercayaan agama.

Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min didapati bahawa soalan 6 dan soalan 11 menunjukkan tahap yang tinggi. Soalan ini adalah berkaitan dengan kemudahan peralatan. Sementara soalan lain menunjukkan tahap serderhana.

Jadual 9 : Faktor Interpersonal mengikut pangkatan dan min.

Pangkatan Soalan Min

1 Soalan 10 Pengetahuan tentang aktiviti sukan tidak mencukupi 2.83 2 Soalan 9 Tidak memahami matlamat dalam melibatkan diri

dalam sukan

2.69 3 Soalan 1 Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan diri 2.64 4 Soalan 14 Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri

dalam sukan

2.64 5 Soalan 6 Kelas tuisyen menghalang dalam melibatkan diri dalam

sukan

2.63 6 Soalan 5 Tidak mempunyai masa dalam melibatkan diri dalam

aktiviti sukan

2.53 7 Soalan 15 Sering gagal apabila melibatkan diri dalam aktiviti

sukan

2.46 8 Soalan 2 Tidak mempunyai kemahiran untuk melibatkan diri

dalam sukan

2.36 9 Soalan 12 Takut cedera apabila melibatkan diri dalam sukan 2.42 10 Soalan 3 Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan 2.32 11 Soalan 10 Tidak berminat dalam melibatkan diri dalam sukan 2.27 12 Soalan 13 Sering menghadapi masalah kesihatan 2.25

13 Soalan 11 Aktiviti sukan membosankan 2.24

14 Soalan 8 Malu melibatkan diri dalam aktiviti sukan 2.24 15 Soalan 7 Aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan agama 1.62

(29)

Bagi faktor interpersonal pula, mengikut Jadual 9, dapatan kajian menunjukkan item soalan 10 (M=2.83) iaitu pengetahuan tentang aktiviti tidak mencukupi adalah faktor halangan yang paling tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan. Diikuti oleh soalan 9 (M = 2.69) iaitu tidak memahami sepenuhnya matlamat melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Sementara itu item soalan 1 (M = 2.64) iaitu masalah kewangan untuk mengikuti aktiviti sukan kerana kebanyakan pelajar tinggal jauh dari kawasan sekolah dan menyebabkan mereka memerlukan belanja tambahan bagi menghadiri aktiviti kokurikulum pada waktu petang dan item soalan 14 (M= 2.64) iaitu takut menghadapi kegagalan dalam peperiksaan adalah pangkatan ke tiga dalam faktor interpersonal. Item soalan 6 ( M = 2.63) kesibukan pelajar mengikuti kelas tuisyen adalah pangkatan keempat dalam faktor interpersonal dan diikuti soalan 5 (M=2.63) tidak ada masa untuk bersukan dan menduduki pangkatan kelima dalam faktor interpersonal. Pangkatan keenam pula ialah item soalan 15 (M=2.46) sering gagal apabila melibatkan diri dalam sukan. Pangkatan ketujuh pula ialah item soalan 2 (M=2.36) tidak mempunyai kemahiran untuk melibatkan diri dalm aktiviti sukan. Soalan 12 (M= 2.42) menduduki pangkatan seterusnya iaitu takut cedera apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kedudukan dalam pangkatan yang seterusnya ialah soalan 3 (M=2.32) iaitu merasa tidak selesa untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 10 (M=2.27) tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Item soalan yang seterusnya ialah soalan 13 (M=2.25) masalah kesihatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Item soalan 11 (M=2.24) aktiviti sukan sangat membosankan menduduki pangkatan ketiga terendah. Manakala item soalan 8 (M=2.24) malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan menduduki pangkat kedua terendah dan item soalan 7 (M=1.62) iaitu aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan agama. Ini adalah disebabkan kesemua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah tidak bertentangan dengan agama.

Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min didapati bahawa semua soalan interpersonal menunjukkan tahap yang serderhana melainkan soalan 7 yang berkaitan kepercayaan agama menunjukkan tahap yang rendah. Di sini didapati bahawa faktor kepercayaan kepada agama bukan merupakan faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.

(30)

Jadual 10 : Faktor Intrapersonal mengikut pangkatan dan min.

Pangkatan Soalan Min

1 Soalan 10 Dibebankan dengan kerja sekolah yang banyak 3.37 2 Soalan 9 Guru memberi perhatian kepada pelajar yang

berkebolehan sahaja

3.28 3 Soalan 6 Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi 2.91 4 Soalan 5 Bilangan guru yang melibatkan diri dalam sukan tidak

mencukupi

2.70 5 Soalan 8 Guru tidak memilih walaupun berminat dalam sukan 2.67 6 Soalan 14 Sekolah sentiasa mengutamakan program akademik 2.55 7 Soalan 2 Tidak mempunyai rakan yang berminat untuk bersukan 2.48 8 Soalan 1 Tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan 2.35

9 Soalan 3 Keluarga tidak memberi galakan 2.25

10 Soalan 15 Sekolah tidak memberi peluang untuk melibatkan diri dalam sukan

2.22 11 Soalan 11 Tertarik untuk melepak bersama kawan-kawan 2.22 12 Soalan 7 Guru sentiasa membuat tanggapan negetif 2.22 13 Soalan 13 Sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya dalam

sukan

2.07

14 Soalan 12 Sekolah tidak memberi galakan 2.06

15 Soalan 4 Guru tidak memberi galakan 1.96

Berdasarkan jadual 10 bagi faktor intrapersonal pula item soalan 10 (M = 3.37) iaitu beban kerja sekolah yang terlalu banyak adalah soalan yang tertinggi pangkatannya dalam kumpulan faktor intrapersonal. Ini kerana kebanyakan sekolah terlalu mementing pencapaian akedamik daripada kegiatan kokurikulum sukan dan untuk memastikan pelajar cermerlang dalam bidang akedamik pihak sekolah memperbanyakkan kerja sekolah atau latihan kepada pelajar. Item soalan 9 (M = 3.28) iaitu guru hanya memberi perhatian kepada kepada pelajar yang berkebolehan dalam sukan berada pada pangkatan ke 2 .Item soalan 6 ( M = 2.91) jurulatih yang berminat dalam aktiviti sukan tidak mencukupi dan soalan 5 (M=2.70) menyokong penyataan di atas kerana kebanyakan guru kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukan menyebabkan jurulatih dalam aktiviti kokurikulum sukan kurang di sekolah di daerah Seremban.

Pangkatan ke lima intrapersonal ialah soalan 2.67 (M = 2.67) iaitu guru tidak memilih pelajar walaupun berminat mengikuti aktiviti sukan dan seterusnya soalan item 14 (M=2.55)

(31)

pihak sekolah mementing program akademik menyokong soalan yang mendapat pangkatan tertinggi.

Item soalan 2 (M = 2.48) iaitu tidak mempunyai kawan yang berminat untuk bersukan dan Item soalan 1 (M = 2.35) menyokong pernyataan item soalan 2 . Item soalan yang menduduki pangkatan ke sembilan ialah item soalan 3 (M=2.25) iaitu tidak mendapat galakkan keluarga. Item soalan 15 (M=2.22) iaitu pihak sekolah tidak memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 11 (M= 2.22) tertarik melepak bersama kawan daripada mengikuti aktiviti sukan dan soalan 7 (M= 2.22) guru membuat tanggapan negatif menduduki pangkatan ke sebelas. Pangkatan yang seterusnya ialah soalan 13 (M=2.07) pihak sekolah tidak memberi pengiktirafan jika berjaya dalam aktiviti sukan. Soalan 12 (M=2.06) pihak sekolah tidak memberi galakkan dalam aktiviti sukan. Soalan 4 (M=1.96) guru tidak memberi galakkan melibatkan pelajar dalam aktiviti sukan merupakan faktor intra personal yang terendah sekali.

Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min didapati bahawa soalan 10 menunjukkan tahap yang tinggi di mana bebanan kerja sekolah merupakan masalah besar kepada pelajar bagi menghadiri kegiatan kokurikulum sukan. Manakala lain-lain soalan menunjukkan tahap serderhana.

Keseluruhan dapatan dari Jadual 4.2, 4.3 dan 4.4 di atas, dapat dirumuskan bahawa faktor struktur adalah faktor utama penghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum diikuti dengan faktor intrapersonal dan faktor interpersonal.

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan.

(32)

Jadual 11 : Ujian t faktor penghalang dengan jantina

Faktor Jantina Min SD t Df

struktur L = 80 P = 80 2.92 2.79 0.674 0.540 1.405 158 Interpersonal L = 80 P = 80 2.36 2.44 0.692 0.663 -.731 158 Intrapersonal L = 80 P = 80 2.59 2.40 0.750 0.551 1.834 158 * Aras signifikan p < 0.05

Jadual 11 di atas menunjukkan analisis ujian t antara faktor menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina. Dari segi faktor struktur terdapat perbezaan min antara pelajar lelaki (M= 2.92, sd = 0.674) dengan pelajar perempuan (M=2.79, sd = 0.540). Didapati min pelajar lelaki lebih tinggi daripada min pelajar perempuan sebanyak 0.13. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t (158)= 1.405, p < 0.05) antara faktor struktur dengan jantina dalam penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.5 dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min antara pelajar lelaki (M = 2.36, sd = 0.692) dengan pelajar perempuan (M = 2.44, sd = 0.663). Ianya menunjukkan min pelajar perempuan lebih tinggi daripada min pelajar lelaki sebanyak 0.08. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t (158) = -.731, p < 0.05) antara faktor interpersonal dengan jantina dalam penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.

Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.10 dapatan kajian menunjukkan min pelajar lelaki (M = 2.59, sd = 0.750) dengan min pelajar perempuan (M = 2.40, sd = 0.551) telah menunjukkan min pelajar lelaki lebih tinggi berbanding min

(33)

pelajar perempuan sebanyak 0.19. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t (158) = 1.834, p < 0.05).

Antara ketiga-tiga faktor tersebut hanya faktor interpersonal, min pelajar perempuan melebihi min pelajar lelaki. Kesimpulan ujian t yang telah dilakukan untuk melihat faktor penghalang dengan jantina, tiada satu faktor pun yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian ini membuktikan pelajar perempuan dan pelajar lelaki mempunyai alasan yang sama untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Pada pandangan pengkaji, kebanyakan pelajar ini hanya memberikan tumpuan khusus kepada kejayaan akademik mereka. Pelajar mempunyai cita-cita tinggi untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi selepas tamat pelajaran. Tumpuan mereka lebih kepada bidang akademik berbanding dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan samada dari faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.

Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian kelima iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala telah digunakan.

Jadual 12 : Analisis ujian Anova antara faktor penghalang dengan bangsa.

Faktor ss ant.kump. ss dlm kump. F p

Struktur .158 59.687 .207 .813

Interpersonal 5.270 67.546 6.125 .003*

intrapersonal 4.874 65.045 5.882 .003*

Keseluruhan 1.812 43.665 3.258 .041*

(34)

Jadual 13 : Ujian Post-Hoc Scheffe bagi faktor struktur, intrapersonal dan keseluruhan.

Faktor Bangsa (Min) Bangsa ( Min) Perbezaan Min P

interpersonal Melayu 2.29 Cina 2.76 India 2.48 Cina 2.76 India 2.48 Melayu 2.29 - 0.47 0.28 0.19 .003* .297 .454 intrapersonal Melayu 2.48 Cina 2.79 India 2.17 Cina 2.79 India 2.17 Melayu 2.48 -0.31 0.62 -0.31 .087 .004* .104 Keseluruhan Melayu 2.55 Cina 2.81 India 2.47 Cina 2.81 India 2.47 Melayu 2.55 -0.26 0.34 0.08 .070 .085 .837 *Aras signifikan p< 0.05

Hasil dapatan kajian merujuk kepada Jadual 12 mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F=0.207, p>0.05) antara faktor struktur dengan bangsa dalam faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

Seterusnya bagi menjawab persoalan keenam iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala digunakan.

Berdasarkan Jadual 13 dapatan kajian menunjukkan bagi faktor interpersonal, terdapat perbezaan yang signifikan [F = 0.207, p < 0.05] antara bangsa iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.

Untuk melihat perbezaan faktor penghalang interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan dengan lebih terperinci terutama kumpulan bangsa Melayu, Cina dan India yang menjadi penyumbang kepada wujudnya perbezaan yang signifikan pada nilai F maka ujian Post-Hoc Scheffe digunakan. Keputusan yang diperolehi adalah seperti yang terkandung dalam Jadual 13.

Referensi

Dokumen terkait

GDP merupakan ukuran mengenai besarnya kemampuan suatu negara untuk menghasilkan barang dan jasa dalam suatu tahun tertentu yang diwujudkan oleh faktor-faktor

1) Bengkel AHASS perlu menjaga fasiltas dan kualitas pelayanannya agar konsumen maupun pelanggannya memilih bengkel tersebut seagai pilihan terbaiknya. 2) Perlu

Permintaan terhadap tenaga kerja mahir dan separa mahir terus dijangka meningkat dengan alihan kepada aktiviti nilai ditambah yang tinggi, aktiviti berfokuskan

Pelatihan peningkatan kemampuan mendongeng bagi guru dan orang tua siswa di PAUD Makanatut Thalibin ternyata mendapat respon yang sangat baik dan positif dari peserta

Mengingat masih banyaknya jenis rumput laut tidak popular yang belum banyak dimanfaatkan dan sering dengan kemajuan sains dan teknologi, pemanfaatan rumput laut

(3) Hasil belajar pendidikan kewarganegaraan pada kelompok siswa dengan kecerdasan sosial tinggi yang menggunakan metode kolaboratif lebih baik dibandingkan dengan kelompok

[r]

Pendapat lain mengemukakan bahwa kinerja adalah suatu keadaan yang menunjukkan kemampuan seorang pegawai dalam menjalankan tugas sesuai dengan standar yang telah