• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERUBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ME"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PERUBAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MELALUI KAJIAN PENGAJARAN (LESSON STUDY)

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MALAYSIA.

1.0 PENGENALAN

Profesion perguruan sentiasa perlu berubah mengikut perkembangan semasa.

Memandangkan guru adalah kunci utama penggerak perubahan dalam pembangunan

pendidikan ke alaf abad ke-21 (de Lima, 2001; OECD, 2009). Oleh sebab itu, guru

harus berubah dan menepati keperluan baru walaupun dengan kerumitan sedia ada bagi

menyahut seruan ke arah perubahan. Oleh sebab itu, untuk memastikan perubahan ini,

guru perlu disediakan dengan sokongan serta peluang yang secukupnya melalui

pembangunan profesion perguruan. (Charalambos & Philippou, 2010; Hanley &

Torrance, 2011; Remillard & Bryans, 2004).

Perubahan ini menjadi satu cabaran utama kepada kebanyakan guru sekiranya

mereka tidak diberikan peluang untuk meneliti amalan baik oleh guru-guru lain dan

melakukan refleksi tentang amalan mereka sendiri (Remillard, 2005).

Salah satu usaha kerajaan untuk pembangunan profesional perguruan adalah

melalui pelaksanaan Lesson Study di bawah usaha PLC (Profesional Learning

Community), platfom ini dapat digunakan untuk menyediakan tempat dan peluang bagi

pembelajaran berterusan, struktur kerjasama secara kolaborasi, peluang bagi guru

melibatkan diri dengan perubahan kurikulum dan dasar pendidikan di sekitar sekolah

sendiri.(Darling-Hammond et. al (2009); Dooner e tal (2008); Guskey (2002); Louis &

Marks (1998); McLaughlin (2004); McLaughlin & Talbert (2006); Van den Akker,

(2003).

Menurut kajian-kajian lepas seperti oleh Conway & Sloane, 2005; C.

Fernandez, Cannon, & Chokshi, 2003; Corcoran, 2011a; Fernández & Robinson, 2006;

Murata, Bofferding, Pothen, Taylor, & Wischnia, 2012; Murata & Takahashi, 2002;

(2)

kajian pengajaran (Lesson Study) yang merupakan satu bentuk pembangunan

profesional guru berasaskan usaha secara kolaborasi di kalangan guru sendiri.

Ungkapan 'lesson study' adalah terjemahan literal dari Jepun perkataan ‘Jugyokenky’ di mana ‘jugyo’ bermaksud pengajaran dan ‘kenkyu’ adalah merujuk kepada belajar atau penyelidikan. Dalam erti kata lain, kajian pengajaran adalah lebih daripada satu kajian

terhadap pelajaran, tetapi lebih kepada penyiasatan guru ke dalam amalan mereka

sendiri melalui perancangan pelaksanaan, pemerhatian, dan berefleksi kepada

penyelidikan pengajaran.

2.0 Kajian Pengajaran (Lesson Study)

Menurut Stigler & Hiebert (1999) , kajian pengajaran (Lesson Study)

merupakan satu model pembangunan profesional perguruan secara berterusan

dalam jangka masa yang panjang. Penelitian pelajaran adalah berfokus

kepada pembelajaran murid dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti

pengajaran berdasarkan kesesuaian murid dengan menghasilkan Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) secara kolaboratif . Amalan kolaboratif ini

memerlukan pengembangan idea, pengalaman dan kemahiran meningkatkan

pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan pedagogi guru.

Lesson Study merupakan satu usaha secara kolaboratif di kalangan

guru dan boleh menyumbang kepada perkembangan pengetahuan melalui

perkongsian ilmu dan perkembangan profesional guru yang terlibat.

Pelaksanaan kajian pengajaran melibatkan beberapa guru dalam sesi

pengajaran. Guru-guru bekerjasama untuk setiap pelajaran bermula dari

penentuan objektif pengajaran sehingga berefleksi pengajaran. Penilaian dan

berefleksi bukan sahaja tertumpu kepada guru tetapi juga kepada

pembelajaran murid terhadap pengajaran guru.

Langkah pertama dalam kajian pengajaran adalah guru berbincang

dan menentukan objektif pembelajaran yang sesuai. Objektif kandungan

tidak boleh terlalu banyak supaya murid boleh faham dan boleh diajar

(3)

adalah disyorkan supaya pelajar terlibat secara aktif dan menyeluruh semasa

proses pengajaran.

Dalam langkah kedua, guru bekerjasama membina sebuah rancangan

pengajaran yang lengkap. Seterusnya dalam langkah ketiga, seorang guru

melaksanakan rancangan pengajaran, Guru lain yang terlibat memantau dan

menilai instruksi rancangan pengajaran tersebut.

Akhirnya dalam langkah keempat, selepas pengajaran semua guru

akan berefleksi tentang instruksi dan berbincang kelemahan dan kekuatan

supaya satu perubahan boleh dibuat bagi memperbaiki rancangan pengajaran

tersebut.

3.0 Kajian Lepas

Menurut kajian Murata dan Takahashi 2002 , para guru di Negara

Jepun telah mengenal pasti bahawa lesson study merupakan mekanisme yang

paling penting dalam membantu mereka bagi meningkatkan bidang

profesional seorang guru.

Taylor et al. (2005) menyatakan bahawa komuniti pembelajaran

profesional dapat membawa perubahan kepada murid dan guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Zanaton (2013), membuktikan bahawa kajian pengajaran yang

dijalankan di dalam kelas, boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran

dan meningkatkan keupayaan pengajaran guru tersebut. Cabaran utama pada

peringkat permulaan ialah pembentukan kumpulan pembelajaran komuniti

Negara Jepun menggunakan kajian pengajaran sebagai satu

mekanisme asas untuk meningkatkan Professional perguruan . Amalan

Lesson Study telah menjadi satu budaya dalam pengajaran. kajian pengajaran

di Jepun adalah satu usaha yang berterusan dan telah diteruskan dari tahun ke

(4)

Berbanding dengan Malaysia, amalan kajian pengajaran dalam proses

penyebaran. Pengajaran di dalam kelas sering dirancang dan dilaksanakan

secara persendian oleh guru berkenaan. Guru yang baru dalam kajian

pelajaran melibatkan diri dalam kajian pelajaran dalam jangka masa pendek

dan kemudian berpilihan beralih ke program pembangunan profesional yang

lain.

Menurut Murata 2002, Isu yang sering dihadapi pada peringkat

pelaksanaan ialah berkaitan dengan kos pelaksanaan , Keberkekalan

(Sustainability) , Kekurangan guru yang pakar dalam pengetahuan

kandungan (Bola 1990; Borko et al. 1992). Kesukaran bagi melaksanakan

satu pengajaran yang bernas jika guru tidak cukup pengetahuan ditempatkan

di dalam kitaran lesson study. (Choksi dan Fernandez 2004). Perhubungan di

antara kajian pengajaran dan pembelajaran murid. Maka menurut beliau,

perlu ada satu mekanisme bagi menunjukkan hubungan di antara kajian

pengajaran dan pembelajaran murid.

4.0 Review Luar Negara

Lesson study telah menjadi budaya dalam sistem pendidikan di Negara Jepun dan

kumpulan pembelajaran komuniti ini menjadi kumpulan yang paling popular di

sekolah. Di Negara Malaysia , pendekatan lesson study diperkenalkan melalui konsep

PLC ( Professional Learning Community) yang diperkenalkan mula tahun 2011.

Di negara Jepun para guru menyediakan pengajaran bermula dengan perbincangan

secara tidak formal bersama rakan atau sesiapa sahaja yang boleh dirujuk. Percubaan

pengajaran dilaksanakan tanpa hadirnya murid dengan bertujuan mendapat pandangan

dari rakan sekerja , Di Malaysia pula, guru menyediakan RP secara bersendirian ,

berbincang dengan rakan guru dalam panitia.

Kajian pengajaran merupakan satu budaya perkongsian ilmu di Negara Jepun,

dilaksanakan 2 kali setahun dan secara umum. Ahli komuniti ramai iaitu sekitar

(5)

pensyarah universiti dan pelajar di bawah penyeliaan pensyarah .Manakala

perlaksanaan di Negara Malaysia masih di peringkat penyebaran. Skala pelaksana

bergantung pada sekolah. Ahli komuniti yang terlibat dari guru dari bidang kepakaran

yang sama.

(6)

Rujukan

Antika, L. T., & Indriwati, S. E. (2016). Active Knowledge Sharing-Based

Lesson Study to Improve Learning Activeness and Cognitive Outcomes on

Biological Study Program of Teaching and Learning Strategies Course at

State University of Malang. Research Report. 6/7/2016

Aki Murata, 2011 Introduction : Conceptual Overview of Lesson Study,

Stanford University, Stanford , CA, USA

Aoibhinn 2015, Lesson Study as a form of in-School Professional

Development : Case Studies in two post-primary schools, (Aoibhinn( School

of Mathematical Science) University Collage Dublen,

Hidayat, I. (2016). Peranan keyakinan guru terhadap hakikat dan belajar

mengajar sains dalam pengembangan profesionalisme. Jurnal Cakrawala

Pendidikan, 1(1). 7/6/2016

Zanaton El tc, 2013 Perlaksanaan Lesson Study di Jepun dan Malaysia,

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil Pengujian rangkaian ADC pada Tabel 3 didapatkan hasil konversi diatas merupakan hasil keluaran penguat Op-Amp yang disesuaikan dengan range tegangan

Dengan menerapkan prinsip pengembangan program seperti yang diformulasikan oleh Douglas, pengembangan materi kuliah terstruktur dalam bentuk Modul-modul, pengelolaan kelas dengan

Laju frekuensi molting udang galah menunjukan bahwa frekuensi molting tertinggi terdapat pada perlakuan C (2%) dengan hasil molting sebesar 0.64 kali/ekor, Frekuensi

Berdasarkan pertentangan antar penelitian- penelitian terdahulu (research gap) yang dijelaskan di atas, maka penelitian ini perlu dilakukan untuk menelaah kembali

Maka peneliti menarik sebuah kesimpulan mengenai strategi komunikasi wartawan Harian Metro 24 adalah dengan menunjukkan ID Card kepada narasumber, tidak to the

Berdasarkan analisis data hasil penelitian yang diperoleh dengan , nilai rerata kemampuan pemecahan masalah matematika peserta didik kelompok eksperimen yang

Suatu iklan tidak bisa lepas dari sebuah format yang disebut desain grafis, desain grafis merupakan elemen utama dalam suatu periklanan, desain grafis bisa juga