• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUBUNGAN ORIENTASI MATLAMAT DENGAN PENGG (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HUBUNGAN ORIENTASI MATLAMAT DENGAN PENGG (1)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

HUBUNGAN ORIENTASI MATLAMAT DENGAN PENGGUNAAN

STRATEGI PEMBELAJARAN ATURAN KENDIRI

Samsilah Roslan Universiti Putra Malaysia

Abd. Maiid b. Isa

Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia

Othman Dato' Haji Mohamed Rohani Ahmad Tarmizi Universiti Putra Malaysia

Self-regulated learning is a process whereby students initiate and maintain their cognition and behavior towards achievement of learning goals. The constructs of self-regulated learning consist of motivating elements (affective) and performing elements or the self-regulated learning strategies. Among affective elements believed to be related to self-regulated learning are goal orientations. This study examined the relationships between two types of goal orientation, the intrinsic and extrinsic goal orientation. Data gathered from 270 Universiti Putra Malaysia (UPM) students showed that both intrinsic and extrinsic goal orientation have positive and significant relationships with self-regulated learning strategies. However, intrinsic goal orientation showed a higher correlation with self-regulated learning strategies (r=.46, p<.05), as compared to extrinsic goal orientation (r=.38, p<.05). This means that the urge to fulfill inner satisfaction has a stronger correlation with the use of self-regulated learning strategies than the urge for external rewards.

(2)

kemampuan mental, latar belakang persekitaran sosial yang menggalakkan ataupun kualiti pengajaran yang tinggi.

Beberapa kajian telah mengenal pasti strategi-strategi pembelajaran aturan kendiri, contohnya Zimmerman dan Martinez-Pons (1986, 1988, 1990) dan Pintrich, Smith, Garcia, dan McKeachie (1991). Kajian oleh Pintrich et al. (1991) telah mengenal pasti beberapa strategi pembelajaran aturan kendiri yang terbahagi kepada strategi kognitif dan metakognitif serta strategi pengurusan sumber. Di bawah strategi kognitif dan metakognitif adalah elemen-elemen ulangan, huraian, pengorganisasian, pemikiran kritikal dan aturan kendiri metakognitif. Strategi pengurusan sumber pula merangkumi pengurusan masa dan persekitaran pembelajaran, aturan kendiri usaha, pembelajaran dari rakan sebaya dan mendapatkan bantuan orang lain.

Ahli teori pembelajaran aturan kendiri mempercayai bahawa terdapat komponen kepercayaan dalam diri pelajar yang mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri. Antara komponen tersebut ialah orientasi penetapan matlamat.

Orientasi matlamat merujuk kepada persepsi pelajar tentang sebab-sebab yang mendorongnya melakukan sesuatu tugasan. Orientasi matlamat boleh dibahagikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Orientasi matlamat intrinsik merujuk kepada sejauh mana seseorang melakukan sesuatu disebabkan dorongan dari dalam dirinya sendiri. Ini termasuklah minat, cabaran serta perasaan ingin tahu. Orientasi matlamat intrinsik juga sering disebut sebagai mastery goal orientation, di mana kepuasan kendiri menjadi matlamat dalam menempuh segala cabaran demi mencapai matlamat menguasai pelajaran tersebut.

Orientasi matlamat ekstrinsik pula ditafsirkan sebagai sejauh mana seseorang mempersepsi dirinya melakukan sesuatu disebabkan dorongan bersifat luaran seperti ganjaran, hadiah, pujian dan seumpamanya. la juga dikenali sebagai performance goal orientation, iaitu bermatlamatkan mendapat pengiktirafan orang lain melalui pelaksanaan {performance) sesuatu tugasan. Kedua-dua orientasi matlamat ini tidak boleh dipisahkan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Motivasi intrinsik telah didapati mempunyai pengaruh positif secara langsung dan tidak langsung ke atas penglibatan kognitif (Meece, Blumenfeld, & Hoyle, 1988). Kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa strategi pembelajaran pelajar banyak didorong oleh orientasi malamat pencapaian pelajar (Ames & Archer, 1988; Anderman & Young, 1994; Meece et al., 1988; Pintrich & DeGroot, 1990; Pintrich & Schrauben, 1992). Walau bagaimanapun, masih belum terdapat kajian yang secara khusus membandingkan hubungan antara dua jenis orientasi matlamat iaitu intrinsik dan ekstrinsik dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri.

(3)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

1. Mendapatkan maklumat mengenai tahap orientasi matlamat intrinsik, orientasi matlamat ekstrinsik dan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). 2. Melihat sama ada terdapat hubungan positif yang signifikan antara kedua-dua jenis orientasi matlamat dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri.

3. Membuat perbandingan darjah kekuatan hubungan antara orientasi matlamat intrinsik dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri dan orientasi matlamat ekstrinsik dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Ini adalah kerana pemboleh ubah yang terdapat dalam kajian ini adalah pemboleh ubah atribut iaitu telah sedia ada (Fraenkel & Wallen, 1996) dan manipulasi ke atas pemboleh ubah tidak dilakukan. Penggunaan reka bentuk ini dirasakan sesuai dengan objektif kajian yang menumpukan kepada mendapatkan darjah hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji.

Dalam kajian ini, orientasi matlamat intrinsik dan orientasi matlamat ekstrinsik merupakan pemboleh ubah bebas, sementara tahap strategi pembelajaran aturan kendiri adalah pemboleh ubah bersandar. Skor bagi ketiga-tiga pemboleh ubah adalah pada skala sela. Justeru itu, pengiraan korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis bahawa wujud hubungan yang signifikan antara kedua-dua orientasi matlamat dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri.

Subjek Kajian

Populasi sasaran kajian ini ialah penuntut-penuntut yang mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Putra Malaysia serta telah menghabiskan sekurang-kurangnya satu tahun pengajian di UPM. Rasional di sebalik penetapan kriteria ini ialah kerana berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Barker dan Olson (1995), terdapat perubahan yang signifikan pada strategi pembelajaran aturan kendiri pada pertengahan tahun pertama pengajian dibandingkan dengan awal tahun. Barker dan Olson mengandaikan perubahan ini mempunyai hubungan dengan proses penyesuaian yang dilalui oleh pelajar pada tahun pertama pengajian di kolej (Barker & Olson, 1995). Oleh kerana kajian ini merupakan kajian penerokaan, penyelidik berusaha untuk mengelakkan pengaruh penyesuaian ke atas tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri. Pemilihan sampel telah dilakukan melalui kaedah persampelan rawak berperingkat

(4)

bagi dua belas program tersebut, menghasilkan sejumlah 300 orang kesemuanya. Daripada jumlah ini, 271 orang telah bersetuju menjadi responden.

Alat Kajian

Pengukuran orientasi matlamat intrinsik dan ekstrinsik dijalankan dengan menggunakan subskala orientasi matlamat intrinsik dan orientasi matlamat ekstrinsik daripada Soal Selidik Pembelajaran Aturan Kendiri (SPAK). SPAK merupakan instrumen yang diterjemah dan diubah suai daripadaMotivated Strategies For Learning Questionnaire

atau MSLQ (Pintrich et al., 1991).

Subskala orientasi matlamat intrinsik diukur oleh empat item. Subskala ini mengukur sejauh mana seorang pelajar mempersepsi bahawa matlamat pembelajarannya adalah untuk memenuhi keinginan dalam dirinya. la meliputi sebab-sebab seperti perasaan ingin tahu, minat serta cabaran.

Orientasi matlamat ekstrinsik pula diukur berdasarkan sejauh mana seorang pelajar mempersepsi bahawa pembelajarannya merupakan suatu wasilah untuk mendapatkan ganjaran luaran seperti gred yang tinggi, hadiah ataupun pujian. Subskala ini diukur oleh empat item.

Tahap strategi pembelajaran aturan kendiri pula diukur dengan menggunakan Bahagian Strategi Pembelajaran Aturan Kendiri SPAK yang juga diterjemah dan diubahsuai daripada MSLQ. la terdiri daripada sembilan subskala yang merangkumi lima puluh item. Sembilan strategi pembelajaran aturan kendiri tersebut adalah ulangan, huraian (elaborasi), pengorganisasian, pemikiran kritikal, aturan kendiri metakognitif, pentadbiran masa dan persekitaran pembelajaran, aturan kendiri usaha, pembelajaran daripada rakan sebaya dan mendapatkan bantuan orang lain.

Proses penterjemahan dan pengubahsuaian untuk konteks kajian telah diselia dan disemak oleh panel yang terdiri daripada pakar terjemahan dan pakar Psikologi di UPM. Ini bertujuan memastikan kesahan kandungan alat kajian. Selain daripada itu, analisis faktor pengesahan (confirmatory factor analysis) juga telah dijalankan dengan menggunakan AMOS. Berdasarkan nilai indeks kebagusan penyesuaian serta nilai pekali anak panah dalam analisis faktor pengesahan, subskala-subskala SPAK didapati merupakan gagasan-gagasan laten(latent constructs) yang jelas. Ini sekaligus membuktikan wujudnya kesahan faktor subskala-subskala SPAK.

Pekali kebolehpercayaan (Cronbach alpha) bagi subskala orientasi matlamat intrinsik ialah .61, manakala orientasi matlamat ekstrinsik mencatatkanCronbach alpha

.75.Cronbach alphabagi tahap strategi pembelajaran aturan kendiri pula ialah .92.

DAPATAN KAJIAN

Responden terdiri daripada 147 orang pelajar perempuan (54.2%) dan 124 orang pelajar lelaki (45.8%). Prosedur perbandingan min menggunakan SPSS menunjukkan bahawa min bagi subskala orientasi matlamat ekstrinsik adalah tinggi iaitu 6.11 (sisihan piawai 1) bagi skala 1 hingga 7. Min bagi orientasi matlamat intrinsik adalah lebih rendah iaitu 5.07 dengan sisihan piawai 1.02.

(5)

kajian ini pula diperoleh dengan menjumlahkan purata setiap satu daripada sembilan subskala strategi pembelajaran aturan kendiri. Skor minimum tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri responden adalah 27.51, manakala skor maksimumnya ialah 61.14. Min skor tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri ialah 44.97 dengan sisihan piawai 6.49.

Untuk tujuan perbandingan, jumlah tersebut dibahagikan dengan bilangan subskala iaitu sembilan. Berdasarkan skala 1 hingga 7, skor minimum tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri responden ialah 3.06 dan skor maksimumnya ialah 6.79. Min skor tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri ialah 5.

Teknik pengiraan korelasi Pearson telah digunakan untuk melihat sama ada wujud hubungan yang signifikan antara orientasi matlamat dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri. Hasil analisis data menunjukkan bahawa kedua-dua jenis orientasi matlamat mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri. Dapatan kajian ini juga menyokong pendapat yang menyatakan bahawa orientasi matlamat intrinsik mempunyai perkaitan yang lebih erat dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri dibandingkan dengan orientasi matlamat ekstrinsik. Ini adalah kerana orientasi matlamat intrinsik mencatatkan darjah hubungan yang lebih tinggi dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri (r=.46, p<.05) dibandingkan dengan orientasi matlamat ekstrinsik (r=.38,/?<.05).

PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati bahawa min skor bagi orientasi matlamat ekstrinsik yang dicatatkan oleh pelajar adalah amat tinggi (M=6.11), iaitu hampir kepada skor maksimum bagi skala 1 hingga 7 yang digunakan. Secara umumnya ini membawa maksud bahawa responden kajian khususnya, dan populasi sasaran amnya, merasakan bahawa ganjaran luaran seperti gred yang tinggi ataupun persaingan menjadi pendorong yang paling utama dalam melaksanakan tugas-tugas pembelajaran. Subskala pelengkap bagi orientasi matlamat ekstrinsik iaitu orientasi matlamat intrinsik didapati mencatatkan min yang lebih rendah iaitu 5.07. Ini menunjukkan bahawa responden kajian tidak mempersepsi kepuasan dalaman sebagai pendorong paling utama dalam melaksanakan tugasan pembelajaran.

Berdasarkan kajian oleh Barker dan Olson (1995), penurunan tahap motivasi intrinsik pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi disebabkan oleh dominasi suasana persaingan dalam pelbagai bentuk ujian serta penilai prestasi pembelajaran. Dalam konteks pengajian di universiti tempatan, ini ditambah oleh jadual pengajian yang padat menyebabkan sukar bagi pelajar berorientasi intrinsik memenuhi keinginan untuk mencapai kepuasan dalaman dalam pembelajaran. Akhirnya, mereka beransur-ansur memindahkan orientasi matlamat intrinsik kepada mencapai matlamat ekstrinsik.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

(6)

berorientasikan ekstrinsik menggunakan strategi pembelajaran aturan kendiri untuk mencapai pengiktirafan atau suatu matlamat luaran. Meskipun kedua-dua jenis orientasi matlamat ini mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri secara langsung, namun orientasi matlamat intrinsik didapati mencatatkan darjah hubungan yang lebih tinggi dengan tahap penggunaan strategi pembelajaran aturan kendiri berbanding orientasi matlamat ekstrinsik.

Justeru itu, para pendidik perlu meningkatkan orientasi matlamat intrinsik pelajar dengan menanam minat yang mendalam kepada subjek-subjek yang dipelajari. Ruang masa yang mencukupi hams diberikan kepada pelajar untuk memenuhi naluri ingin tahu. Para pendidik juga perlu menonjolkan kepentingan melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepuasan dari dalam diri dan bukannya sekadar mencatat satu skor yang dirasakan memadai.

Dalamkonteks universiti pula, langkah mewujudkan persekitaran yang menyokong proses-proses aturan kendiri perlu dilakukan. Ini adalah kerana pembelajaran aturan kendiri merupakan kunci kepada pembelajaran seumur hidup. Walau bagaimanapun, terdapat isu-isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum usaha ini dapat diteruskan dengan jay any a. Antaranya ialah tanggapan konvensional terhadap peranan "pendidik/pensyarah" dan peranan pelajar itu sendiri yang mendominasi pemikiran sejumlah besar masyarakat pendidik di dalam dan di luar menara gading.

Selain daripada itu, konsep pembelajaran di universiti perlu menumpukan ke arah menjanakan pembelajaran kendiri. Teknik pembelajaran seumpama pembelajaran berdasarkan jaringan teknologi maklumat {web-based learning)adalah amat sesuai dan menjadi pemangkin utama ke arah melahirkan generasi pelajar berdikari.

RUJUKAN

Ames, C, & Archer, J. (1988). Achievement goals in the classroom: Student learning strategies and motivation process.Journal of Educational Psychology, 80, 260-267. Anderman, E. M., & Young, A. J. (1994). Motivation and strategy use in science: Individual

difference and classroom effects.Journal of Research in Science Teaching, 31, 811-831. Barker, J. R., & Olson, J. P. (1995). Medical students' learning strategies: Evaluation

of first year changes.Jackson, MS: University of Mississippi Medical Center, Department of Institutional Research. Dimuat turun pada Mei 12, 2004, daripada http://www.msstate.edu/org/MAS/ejour2.html Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1996).How to design research in education.New York:

McGraw-Hill. Meece, J. L., Blumenfeld, P. C, & Hoyle, R. H. (1988). Students' goal orientation and

cognitive engagement in classroom activities.Journal of Educational Psychology,

80,514-523.Pintrich, P. R., & DeGroot, E. V. (1990). Motivational and self-regulated learning

(7)

Pintrich, P. R., & Schrauben, B. (1992). Students' motivational beliefs and their cognitive engagement in classroom academic task. Dim. D. H. Schunk & J. L. Meece (Peny.),

Student perceptions in the classroom (ms. 149-183). Hillsdale, NJ: Erlbaum. Pintrich, P. R., Smith, D. A. F., Garcia, T., & McKeachie, W. J. (1991). Amanual for the

use of the motivated strategies for learning questionnaire (MSLQ).Ann Arbor, MI: University of Michigan, National Center for Research to Improve Postsecondary Teaching and Learning.

Zimmerman, B. J. (1989). A social cognitive view of self-regulated academic learning.Journal of Educational Psychology, 8(3),329-339.

Zimmerman, B. J., & Martinez-Pons, M. (1986). Development of a structured interview for assessing student use of self-regulated learning strategies.American Educational Research Journal, 23(4),614-628.

Zimmerman, B. J., & Martinez-Pons, M. (1988). Construct validation of a strategy model of student self-regulated learning.Journal of Educational Psychology, 80(3),284-290. Zimmerman, B. J., & Martinez-Pons, M. (1990). Student differences in self-regulated

learning: Relating grade, sex and giftedness to self-efficacy and strategy use.

Journal of Educational Psychology, 82(1),51-59.

Referensi

Dokumen terkait

Penggunaan NaHCO 3 , MgCO 3 serta peningkatan konsentrasi Tween 80 pada masing-masing perlakuan menunjukkan adanya peningkatan kadar klorofil larut air karena jenis pelarut dan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa bakteri Bacillus subtillis dapat menurunkan kadar merkuri pada sedimen danau Limboto dengan penyerapan merkuri (Hg) pada sedimen di stasiun

Perubahan penutup lahan berdasarkan hasil analisis citra satelit di Kabupaten Wonosobo pada periode waktu tahun 2006 ke 2012 adalah berkurangnya luas hutan lahan

sisi pada bagian sikel graf roda. Jika terdapat faktorisasi dari graf ) sedemikian hingga untuk setiap faktor adalah k-faktor ( k-faktor adalah graf bagian rentang

Selanjutnya, semua tikus diberi sediaan per oral, untuk kelompok perlakuan kontrol negatif diberi CMC 0,5%, kelompok perlakuan kontrol positif diberi Glibenklamid dosis

The work is original and based on field work and library research. Saood Alam Qasmi

Simpulan Penelitian: Berdasarkan penelitian ini dapat disimpulkan bahwa terdapat hubungan antara pengetahuan mengenai kebersihan genitalia eksterna dengan kejadian