• Tidak ada hasil yang ditemukan

seni sastera dan filem (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "seni sastera dan filem (1)"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Seni, sastera dan filem

Pramoedya Ananta Toer pernah menulis dalam “Bumi Manusia” bahawa “lukisan ialah sastera dalam warna warni” manakala “sastera ialah lukisan dalam bahasa”. Saya pula tertanya –tanya bagaimana pula dengan medium filem? Adakah filem juga berada dalam kategori yang sama dengan lukisan dan sastera? Adakah filem mampu menjadi sebuah pengantaraan yang penting dan berkesan untuk menghidupkan sastera serta warna warni sesebuah lukisan kehidupan atau ianya hiburan semata-mata? Menurut Prof. Dr. Hatta Azad Khan (2010),

kesusasteraan merujuk kepada hasil penulisan dan tumpuannya adalah kepada novel. Sementara filem akan dilihat sebagai produk yang terhasil dari gabungan sastera iaitu penulisan skrip dan lakonlayar dengan kepengarahan dan sokongan teknologi. Sastera dan filem besar ini akan dilihat sebagai wadah yang

memanifestasikan maruah dan ketamadunan bangsa, Bagi pendapat saya, filem adalah sastera dalam lukisan, sastera dalam bahasa dan sastera dalam

pemerhatian kehidupan yang telah dirakamkan.

Menurut ahli akademik sosiologi yang prolifik, Prof Dato Rahman Embong, beliau berpendapat perkembangan baharu dalam pelbagai bidang sains sosial, kemanusiaan dapat dilihat menerusi kecenderungan penelitian sesuatu persoalan dengan menggunakan pendekatan multidisiplin. Penggunaan multidisiplin ini bertolak daripada kesedaran bahawa kehidupan manusia dan masyarakat adalah kompleks serta mempunyai pelbagai dimensi. Kecenderungan sedemikian memang ketara dalam bidang sains kemanusiaan dan sastera (Rahman Embong, 2014). Maka dengan itu, untuk memahami sesuatu isu yang sememangnya bersifat kompleks dalam sesebuah masyarakat, ataupun seorang individu, kita mesti mengkaji dari pelbagai aspek seperti aspek psikologi, sosiologi, ekonomi, politik, pendidikan, dan agama. Tetapi, bagaimana pula peranan filem dalam membantu kita untuk memahami kepelbagaian dimensi kehidupan manusia?

Sebagai manusia, kita dikurniakan sepasang mata yang celik bagaikan lensa kamera. Namun pergerakan kita mungkin terbatas untuk memahami lebih

mendalam tentang isu-isu sosial yang kompleks. Sebagaimana kita menonton berita untuk mengetahui isu-isu semasa begitu jugalah peranan filem dalam membantu kita untuk mengetahui dan membuat interpretasi isu-isu semasa. Tetapi ianya haruslah berdasarkan sebuah filem yang padat dengan isi kandungan yang

mendiskusikan secara tersirat atau tersurat, sebagaimana yang telah dicanangkan oleh bapa sejarawan filem dan animasi, Hassan Muthalib (2008 ) filem yang baik mempunyai tiga kriteria, iaitu, ia mesti menghiburkan; ia perlu memperkatakan sesuatu dan ia harus memaparkan budaya sesuatu bangsa atau Negara. Bukan sahaja filem berkonsepkan dokumentari mampu untuk menyampaikan maklumat, malah filem cereka atau filem fiksyen juga mempunyai ketiga-tiga peranan yang dicadangkan oleh Hassan Muthalib. Seorang

(2)

bagaimana ia menyampaikannya adalah lebih penting dari apa yang diperkatakannya,

Samalah dengan seorang penulis, iatidak menulis kerana mahu mengajar sesiapa, tetapi ia menulis dari gelodak rasanya yangmenyatakan sesuatu yang dilihatnya sebagai janggal atau tidak kena.

Mungkin ramai yang beranggapan, sebuah filem tidak mungkin sama taraf dengan seni mahupun sastera. Menurut Hassan Muthalib (2008 ) segelintir

karyawan, ahli akademik dan penulis hiburan bahawa filem itu hanya komoditi dan merupakan bisnes semata-mata. Seringkali kita menonton dikaca televisyen banyak drama-drama tempatan, telemovie atau di panggung wayang banyak filem-filem tempatan dan luar Negara dengan niat untuk menghiburkan hati semata-mata. Kebanyakan kandungan filem dan drama-drama pula tidak mengandungi

kandungan yang bernilai seperti karya sastera mahupun seni. Yang ada kebiasaanya tema-tema percintaan yang sudah terlalu klise atau biasa, seperti cinta terlarang, cinta yang bertepuk sebelah tangan, cinta yang berduka lara, cinta antara dua darjat, dan yang terbaru cinta kerana agama. Kesemua tema tersebut tidak salah, Cuma saya merasakan terlalu banyak drama dan filem tempatan yang berkisarkan kisah cinta serta meletakkan persepsi yang kurang tepat mengenai cinta . daripada kesemua filem-filem yang bertemakan cinta klise, tidak banyak nilai positif yang mampu saya pelajari. Ini membuat saya tertanya, adakah penonton kita ketandusan cinta?

Semua pengkarya itu adalah pencerita, cuma bezanya mereka menggunakan medium tertentu. Karya besar akan hanya lahir dari seniman yang mempunyai sikap, falsafah atau pegangan hidup yang tegas dan berani serta degil dan tidak mudah mengalah (Hatta Azad Khan, 2010). Ada juga yang hanya mahu “berkaraya” setakat memenuhkan panggung wayang dengan filem-filem mereka. Ada juga yang berkarya dengan mementingkan nilai estetik semata-mata dan tidak pula

menyeimbangkannya dengan jalan penceritaan yang meyakinkan serta isu-isu sosial yang penting. Kebanyakan filem-filem mainstream atau yang popular ini, tidak banyak nilai-nilai yang mempunyai unsur pembangunan psiko-sosio insan yang baik. Mungkin kah disebabkan pengkarya tersebut merasakan nilai-nilai pembangunan insan, serta isu-isu sosial yang serius seperti isu politik yang tidak matang, perkauman, penindasan, perilaku ganas serta isu-isu moral tidak penting serta tidak dapat menghasilkan keutungan? Atau mungkin ianya akan menjejaskan populariti dikalangan penonton? Kesemua isu-isu dan nilai-nilai tersebut mampu diketengahkan atau “dibincangkan” dalam sesebuah filem cereka secara kreatif, namun, kita masih ketandusan karya-karya yang lebih padat dan berkualiti.

(3)

mengenai teori-teori atau kajian-kajian psikologi mengenai impak media terhadap pembentukan sikap penonton seperti kajian saintifik yang telah dijalankan oleh Albert Bandura terhadap perilaku ganas dikalangan kanak-kanak yang menonton kadungan yang ganas dalam televisyen (Giles, 2003). Selain daripada teori dari bidang psikologi, terdapat juga teori serta kajian-kajian media yang mengupas isu peranan media dan impak terhadap penonton. Menurut Professor George Gebner yang juga merupakan ahli akademik pengajian media yang prolifik, dan pengasas teori kultivasi media, dimana sejak tahun 1970, beliau telah menjalankan banyak kajian analisis kandungan televisyen di Amerika .hasil kajian-kajian yang beliau telah lakukan menyatakan kandungan media mampu memberi kesan terhadap sikap (attitude)masyarakat kepada sesebuah isu atau kandungan media. beliau meneruskan lagi dengan menyatakan menonton sesuatu yang ganas tidak semestinya menyebabkan penonton berlaku ganas, tetapi lebih memberi kesan terhadap emosi seperti ketakutan dan kerisauan kerana apa yang telah ditonton mempengaruhi perspektif mereka terhadap sesebuah reality yang menakutkan (Gerbner & Gross, 1976).

Kerana itulah, peranan filem lebih besar terhadap pembangunan psiko-sosio penonton. Filem bukanlah sebuah komoditi semata-mata untuk mengaut

keuntungan wang, prestij atau propaganda sejarah-politik semata-mata. Filem juga adalah sebuah medium yang penting untuk pembangunan psiko-sosio-rohani rakyat Malaysia yang cukup ketandusan nilai-nilai pembangunan tersebut. Menurut

pencipta rancangan pendidikan kanak-kanak yang tersohor di Amerika Joan Franz Cooney, “Education should be entertaining and entertainment should be

educational” , terjemahannya adalah, pendidikan sepatutnnya menghiburkan dan hiburan sepatutnya berpendidikan. Walaupun rancangan ciptaan beliau iaitu Sesame Street adalah rancangan televisyen untuk kanak-kanak, tetapi beliau dan rakan-rakannya ketika tahun 1960an sedang mengalami pergolakan budaya dan konflik perkauman yang serius. Beliau mempunyai kesedaran tentang isu-isu yang melanda Amerika pada ketika itu, lalu beliau telah banyak mengintegrasikan nilai-nilai pembangunan psiko-sosio penonton dengan mengambil pelbagai penulis, pelakon dan bakat-bakat daripada pelbagai bangsa yang mampu melambangkan sebuah Negara yang bersatu demi sebuah semangat iaitu the American Dream. Rancangan itu masih relevan sudahpun 40 tahun lamanya sehingga kini.

(4)

yang dibawa oleh seni dan sastera dan memberi kesan yang mendalam dan mencetuskan minda penonton dan seluruh masyarakat lalu membentuk sikap masyarakat yang lebih bertamadun.

Rujukan:

Abdul Rahman Embong (2014). Sastera, Politik dan Masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka; Malaysia.

Azhar Ibrahim (2014). Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi . Petaling Jaya: Strategic Information Research Development

Hassan Abd Muthalib (2013). Malaysian Cinema in a bottle: A century (and a bit more) of Wayang. Malaysia:Merpati Jingga

Hatta Azad Khan (2010). Karya Besar Sastera dan Filem:Manifestasi Maruah dan Ketamadunan Bangsa

Syarahan Kuliah Perdana, daripada laman web

http://dj-wiramanja.blogspot.com/2010/06/syarahan-kuliah-perdana-by-prof-dr.html

Giles, D. (2003). Media Psychology. NewJersey: Lawrence Erlbaum Associates

Gikow, L. (2009). Sesame Street: A Celebration of 40 Years of Life on the Street. USA:Black Dog & Leventhal

Referensi

Dokumen terkait

Terkat mengena hak khusus bag tenaga kerja wanta dalam memberkan ASI eksklusf yang sudah datur dalam Pasal 129 ayat (1) UU Kesehatan yang djabarkan ke dalam PP

Namun, berdasarkan pada ukuran tubuh, jarak antar-mata, posisi dan ukuran sayap, serta perilaku bertengger dan jarak terbang, dikenali dua kelompok capung, yaitu capung biasa dan

Bahu memungkinkan untuk bergerak sangat bebas dalam melakukan berbagai macam jangkauan gerakan, sehingga sendi ini merupakan persendian yang sangat tidak stabil

seni lukis merupakan hal yang paling utama dalam Tugas Akhir ini.

Hasil penelitian menunjukkan bahwa 1 Asal mula atau historis Festival Malang Kembali berawal dari prakarsa dan kecintaan Dwi Cahyono dalam mengumpulkan benda-benda sejarah dan

Tetapi kita juga berkomitmen untuk bertemu Yesus lapar, Yesus haus, Yesus telanjang, Yesus asing terlantar tanpa tumpangan, Yesus sakit dan Yesus terpenjara yang ada di sekitar

Pokok/Pembelajaran Kegiatan Pembelajaran Indikator Teknik Bentuk Instrumen Contoh Instrumen Alokasi Waktu Sumber Belajar ¾ Mengidentifikasi berbagai perangkat lunak

Metode penelitian pada Kontribusi Perilaku Kepemimpinan Transformasional Kepala Sekolah dan Kinerja Komite Sekolah terhadap Efektivitas Implementasi Manajemen