• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "SIARAN MEDIA SAMBUTAN HARI MALAYSIA"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2017

16 September 2017 - Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, di sini, berlangsung dalam suasana meriah dan penuh patriotik di mana tahun ini negeri Sabah telah dipilih

sekali lagi sebagai tuan rumah bagi Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan .

Lebih ………. orang rakyat berbilang kaum dari sekitar Bandar Kota Kinabalu termasuk dari semenanjung hadir bagi menunjukkan semangat solidariti dengan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah tersebut.

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini , sambutan Hari Malaysia Tahun 2017, pengisian acara pada tahun ini lebih menjurus ke arah tema sambutan Hari Malaysia itu sendiri iaitu Negaraku Sehati Sejiwa . Ia digarap selari dengan tema sambutan yang ingin mewujudkan suasana yang lebih inklusif di kalangan seluruh rakyat Malaysia di negara ini.

Suasana meriah mula terasa seawal pukul 7 malam dengan persembahan beberapa artis popular yang menghiburkan penonton pada acara pra sambutan Hari Malaysia 2017.

Sambutan rasmi dimulakan pada pukul 8.00 malam sebaik sahaja ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri, YABhg. Datin Seri Panglima Rosmah Mansor; Timbalan

(2)

Panglima Musa Aman dan isteri, YABhg. Datin Seri Panglima Datuk Hajah Haji Tussin, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri , YABhg. Datin Amar Dato’ Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang. Turut hadir juga ialah YB Senator Datuk Seri Panglima (Dr)

Mohd Salleh Tun Said Keruak , Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bersama Sambutan Hari Malaysia 2017 serta beberapa menteri Persekutuan dan negeri.

Seterusnya, Jalur Gemilang dinaik dan dikibarkan diiringi lagu, Negaraku serta Lagu

Kebesaran Negeri Sabah “Sabah Tanah Airku” yang dimainkan oleh Pancaragam

PDRM diikuti persembahan “Selamat Datang” berkonsepkan kepelbagaian etnik di Malaysia yang melibatkan 1000 orang peserta.

YAB Perdana Menteri bersama YAB Ketua Menteri kemudiannya bersama-sama menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2017, diikuti acara memotong Kek Hari Malaysia berlogokan Negaraku Sehati Sejiwa oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah disaksikan YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Sabah, YAB Ketua Menteri Sarawak bersama isteri dan tetamu kenamaan lain.

Para hadirin juga telah dipertontonkan dengan Persembahan Khas “Negaraku

Sehati Sejiwa” yang memaparkan kecemerlangan Negara Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia melalui lima segmen persembahan iaitu Shine Bright, Colours of Malaysia, Satu Suara, Talent dan Finale yang dijayakan

oleh 1000 orang peserta pelbagai peringkat umur. Persembahan ini turut menonjolkan kepelbagaian seni nyanyian dan tari serta warna warni budaya Malaysia yang menterjemahkan kesatuan, kemuafakatan dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbagai etnik dan agama dalam satu nada dan satu irama.

(3)

berasal dari Sabah yang ditampilkan bersama beberapa pemenang pingat emas dari Sarawak dan Semenanjung.

Sambutan dan persembahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2017 kali ini turut melibatkan seramai 1000 orang peserta Human Graphic yang sentiasa berada di

sepanjang majlis berlangsung. Sambutan dan persembahan diselaras sepenuhnya oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sabah. Ini termasuklah senarai Tenaga Kreatif, Pengarah Persembahan, Pengurus Pentas, Koreografer, Marshall, dan petugas-petugas yang berkaitan dengan acara sambutan dan persembahan.

.Tema Negaraku Sehati Sejiwa amat bertepatan dan sinonim dengan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang berlandaskan perpaduan dan kesepakatan (unity) ini akan menjadi penggerak kepada agenda memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan keharmonian dalam kepelbagaian ini akan menyemarakkan semangat patriotisme serta memperluas dan memperkukuhkan semangat kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

Dikeluarkan oleh;

(4)

Jabatan Perdana Menteri

Referensi

Dokumen terkait

PENGARUH BIMBINGAN KARIR TERHADAP ORIENTASI MASA DEPAN PADA PENERIMA MANFAAT DI PANTI PELAYANAN SOSIALi. WANITA

Berdasarkan uraian di atas, kedepannya penelitian ini bertujuan untuk memprofilkan data yang dimiliki oleh prodi dan data hasil tracer study untuk mendapatkan

Proses diskusi atau dialog antar tokoh agama terkait permasalahan keagamaan pernah terjadi dalam kasus ketika saat itu permasalahan Ahok yang menistakan Umat Islam, dialog

Dengan demikian teori komunikasi bisa didefinisikan sebagai segala sesuatu yang dapat menyatakan/menggambarkan tentang segala macam pendekatan terhadap proses

Lambang dan Simbol Negara ­ Garuda Pancasila merupakan Lambang  negara  Indonesia,  yang  juga  memiliki  semboyan Bhinneka  Tunggal  Ika  (Meskipun  Berbeda­beda 

Berdasarkan kajian pustaka yang telah dilakukan, maka ada banyak nilai kearifan lokal Bali yang berhubungan dengan kelestarian lingkungan, antara lain: desa kala patra, tri

353/KPTS-II/1986 Tahun 1986 tentang Penetapan Radius/Jarak Larangan Penebangan Pohon dari Mata Air, Tepi Jurang, Waduk/Danau, Sungai dan Anak Sungai dalam Kawasan Hutan,

setiap peningkatan gaya kepemimpinan kepala sekolah dan motivasi kerja sebesar 1 poin, maka kinerja guru pun dapat ditingkatkan sebesar 0.518. Artinya variabel gaya