• Tidak ada hasil yang ditemukan

Public Sector OSS Case Study Awards 2010 e-fatwa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Public Sector OSS Case Study Awards 2010 e-fatwa"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Public Sector OSS Case Study Awards

2010

e-Fatwa

Nama Projek : e-Fatwa – Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Status projek : Siap dibina (Telah dirasmikan pada Ogos 2010) Organisasi : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Projek OSS untuk Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM Alamat : Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA

E-mail : bpm@islam.gov.my

Telefon : 03-8886 4275

Fax : 03-8889 2635

URL Projek : http://www.e-fatwa.gov.my

Pegawai yang boleh dihubungi

Nama : Kamarudin Bin Hj. Dolmoin

Jawatan : Pengarah, Bahagian Pengurusan Maklumat E-mel : kamarudin@islam.gov.my

Telefon : 03-8886 4000 ext :4046 Nama : Shaema binti Mohd Hamim

Jawatan : Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Maklumat

E-mel : shaema@islam.gov.my

Telefon : 03-8886 4000 ext :4277 Anugerah Kategori

(2)

1.0 PENGENALAN ORGANISASI

OBJEKTIF JABATAN

• Memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat.

• Membentuk kepimpinan yang berwibawa dan melahirkan tenaga pengurusan yang terlatih,

berketerampilan, dedikasi dan berhikmah

• Menghasilkan sistem pengurusan yang berteraskan nilai dan etika Islam. FUNGSI

Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), maka Jakim melaksanakan tiga (3) fungsi utama berikut:

1. Penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak 2. Penyelarasan pentadbiran islam

3. Penyelarasan dan pembangunan pendidikan islam MISI

Mewujudkan Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap dan Berkesan PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai agensi pusat yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan hal ehwal Islam melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang dakwah, penyelidikan, perundangan, latihan, pendidikan serta pembangunan ekonomi sosial .

JUMLAH KAKITANGAN YANG TERLIBAT DALAM PROJEK E-FATWA

Seramai enam (6) orang pegawai Jakim yang terlibat dalam projek e-Fatwa ini secara langsung iaitu dari :

• Bahagian Pengurusan Fatwa – 3 orang

(3)

2.0 Pengenalan dan OBJEKTIF e-Fatwa

Pengenalan:

Versi pertama e-Fatwa telah dibangun sejak April 2003 dan dilancarkan oleh YAB Datuk Sri Abdullah Ahmad Bawawi. e-Fatwa adalah dibawah kelolaan Jabatan Pengurusan Fatwa Jakim dan mendapat kerjasama oleh webmaster Jabatan Mufti setiap negeri. Pada tahun akhir 2009, pihak JAKIM telah membuat keputusan untuk membina semula dan menambah baik e-Fatwa bagi menyediakan kemudahan seperti berikut:

Objektif:

• Menyediakan satu portal bagi menyenaraikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Kebangsaan & keputusan fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri.

• Memudahkan pencarian keputusan muzakarah jawatankuasa dan Fatwa Negeri berdasarkan katakunci, tapisan kategori, atau negeri.

• Menyediakan platform kerjasama di antara semua pihak yang terlibat dalam hal ehwal fatwa melalui forum, dan perkongsian kertas kerja.

• Memastikan pengurusan fatwa dapat dijalankan secara online, berpusat dan sistematik,

• Webmaster setiap Jabatan Mufti negeri mempunyai login masing bagi mengurus Fatwa Negeri dan kandungan negeri masing-masing.

• Memuatkan kandungan lain yang berkaitan seperti hyperangkai ,ebook, berita, pengumuman, artikel dan galeri gambar.

(4)

3.0 KEY PARTNERS

Untuk memastikan penambahbaikan e-Fatwa berjalan lancar, berikut adalah pihak-pihak yang terlibat secara langsung :

3.1 Bahagian Pengurusan Maklumat

• Merancang, menggubal dan menyelaras dasar-dasar dan

implementasi teknikal supaya memenuhi keperluan pengguna, selamat, menepati masa dan tepat.

• Menyediakan khidmat nasihat, penyelengaraan dan prasarana ICT.

• Mengendalikan pemilihan pembekal perkhidmatan dan memastikan pelaksanaan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

• Menganjur dan mengendalikan latihan untuk webmaster pejabat negeri.

3.2 Bahagian Pengurusan Fatwa

• Meningkatkan koordinasi antara Jabatan/Pejabat Mufti seluruh negeri. • Menyelaras semua fatwa yang telah diputuskan di peringkat negeri. 3.3 Pejabat Mufti seluruh negeri

• Memberi pandangan dan cadangan ke arah pembaikan portal e-Fatwa.

• Memasukkan dan mengemaskini Fatwa Negeri masing-masing. 3.4 Success Idea Enterprise (syarikat pembekal perkhidmatan)

• Melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

4.0 TEKNOLOGI OSS

Teknologi OSS yang digunakan ialah Drupal Content Management System, PHP,MySQL, Apache, Varnish dan Centos Operating System.Pemilihan perisian ini amat popular di dalam pembangunan aplikasi dan mudah diguna pakai untuk memenuhi keperluan sistem.Bantuan kepakaran dari komuniti antarabangsa juga mudah diperolehi.

4.1 Drupal Content Management System

Drupal mempunyai pelbagai ciri-ciri penting, integrasi yang baik, sistem yang modular dan mempunyai kod yang teratur, ciri-ciri keselamatan yang kukuh.

(5)

4.2 PHP

PHP adalah programming language yang di design secara khusus untuk website development. PHP digunakan sebagai kod programming dalam Drupal Content Management. Di dalam halaman HTML kita dapat memasukkan (embed) kod PHP yang mana akan dilaksanakan ketika halaman tersebut dikunjungi. Kod PHP dapat dipaparkan dalam bentuk HTML, PDF atau yang lainnya.

4.3 APC – Opcode Caching

APC akan menyimpan kod programming PHP pada memori yang mengurangkan bebanan Apache daripada membaca dan

memproses setiap fail kod PHP untuk setiap permintaan mukasurat. Ini dapat mempercepatkan akses portal. 4.4 MySQL

MySQL adalah ful-featured system database (RDBMS) yang membolehkan ramai pengguna untuk akses database, dan sesuai digunakan bersama Drupal CMS. Banyak website berprofil tinggi menggunakan MySQL seperti Wikipedia, Google and Facebook. Kami menggunakan versi komuniti, yang tiada langganan yuran.

4.5 Varnish

Varnish adalah HTTP accelerator, dibina khas untuk mempercepatkan portal yang dinamik dan mempunyai laman mukasurat yang banyak. Varnish akan menyimpan data pada virtual memory, dan proses seterusnya akan dilaksanakan oleh operating system.

4.6 CentOS Operating System

CentOS adalah Enterprise-class untuk LINUX.Ia mendapat sambutan dan digunapakai dengan banyak oleh syarikat webhosting dan swasta seluruh dunia. Terdapat banyak kelebihan seperti komuniti yang besar, rebuilt yang cepat, pakej yang telah diuji dengan menyeluruh, dan banyak channel untuk bantuan teknikal.

(6)

Penggunaan perisian open source yang menyeluruh portal e-Fatwa:

Drupal Content Management System

PHP – Programming Language

APACHE – Web Server

MySQL – Database System

CentOS – Operating System

VMWare (bukan OSS) – Virtualization

(7)

5.0 SPESIFIKASI

Untuk memastikan pembangunan portal e-Fatwa berjalan dengan cepat, Drupal CMS telah dipilih. Ia dipilih memandangkan pelbagai fungsi yang sesuai untuk portal dan system web-based memudahkan semua pihak yang terlibat untuk mengemaskini portal tanpa pengetahuan IT yang tinggi. Disamping itu ia mempunyai sistem akses yang flexible (fine-grained) dan workflow yang sepadan dengan polisi sedia ada.

e-Fatwa adalah berasaskan multi-sites, dimana setiap negeri mempunyai webmaster dan pembantunya yang dibenarkan menghantar, mengubahsuai dan mengurus kandungan untuk negeri masing-masing. Framework yang sedia ada boleh dikembangkan dimana setiap portal negeri boleh memaparkan kandungan seperti fatwa negeri, berita, pengumuman dan sebagainya. Portal negeri juga boleh mempunyai nama domain dan design atau template yang berbeza antara satu sama lain.

e-Fatwa mempunyai fungsi atau paparan yang berbeza mengikut identiti pelawat, sama ada telah login atau tidak, dan peranan diberikan untuk mereka. Contohnya kandungan “Kertas Kerja” berkaitan setiap Fatwa negeri atau keputusan Muzakarah hanya akan dipaparkan untuk Superadmin dan Admin sahaja.

Terdapat 6 peranan (roles) untuk membezakan tanggungjawab dan peranan yang mereka boleh laksanakan :

Pengguna Peranan

Superadmin Khas untuk pegawai Bahagian Pengurusan Maklumat yang mempunyai akses tertinggi. Boleh melakukan semua aspek pengurusan portal.

Admin Khas untuk pegawai Bahagian Pengurusan Fatwa. Mempunyai akses yang cukup untuk menguruskan aspek-aspek tertentu dalam portal. Ia juga boleh memilih kandungan dari negeri mana-mana yang dirasakan sesuai untuk paparan di portal e-Fatwa.

Webmaster Negeri Khas untuk Mufti atau pegawai agama negeri yang mempunyai akses yang cukup untuk menguruskan kandungan dalam portal untuk negeri masing-masing sahaja.

(8)

menyiarkan sesuatu fatwa bagi negerinya. Pembantu Web Master

Negeri Mempunyai akses yang memadai untuk membantu webmaster negeri menghantar and mengubah kandungan untuk negeri masing, tetapi masih tidak disiarkan.

6.0 KENAPA OSS

Pembangunan e-Fatwa Fasa I adalah berasaskan platform Microsoft seperti dibawah :

Operating System : Microsoft Windows 2003 Web Server : IIS 6.0

Database : Microsoft Access Programming Language : .NET

Disamping jangka masa yang telah lama dan keperluan penambahbaikan serta teknologi yang sudah ketinggalan, sebab-sebab lain kami memilih penggunaan perisian Open source untuk Fasa II sepenuhnya adalah:

• Tahap penggunaan dan penerimaan open source amat menggalakkan terutamanya dalam agensi lain serta menyahut inisiatif pihak MAMPU dan OSCC. Sebagai contoh banyak organisasi kerajaan atau swasta di dalam dan luar negeri yang memilih perisian open source.

• Perisian open source telah terbukti keberkesanannya, matang dan setara dengan perisian proprietary untuk tujuan aplikasi portal e-Fatwa. Sebagai contoh, Web Server Apache adalah webserver yang terbanyak digunapakai di dunia untuk laman-laman web terkemuka. Drupal CMS pula menyediakan framework yang flexible yang membolehkan pengubahsuaian workflow penyediaan fatwa untuk pengguna yang mempunyai peranan tertentu.

• Mengurangkan kos perlesenan dan kos penyelengaraan jangkamasa panjang.Terdapat banyak pilihan perisian dan semunya boleh dicuba dan di muat turun atau digunakan secara percuma. Terdapat juga yuran langganan minima jika ingin perkhidmatan tambahan.

Perisian adalah interoperable antara satu sama lain dari portal CMS, database hinggalah ke operating system. Berbanding perisian Microsoft, hanya perisian mereka sahaja yang sesuai digunakan. Jika

(9)

menggunakan perisian lain, terdapat isu-isu kesesuaian (compatibility) atau tidak berfungsi.

• Menyeragamkan penggunaan perisian portal dan perisian yang lain dalam organisasi JAKIM supaya kepakaran dalaman dapat dikembangkan dan setiap pengguna mahir dalam selok belok perisian terbabit.

• Pengendalian ciri-ciri keselamatan yang lebih jelas, tersusun dan proaktif. Contohnya, pengendalian encrypted dan hashed password, langganan pengumuman kebocoran keselamatan secara berterusan yang membolehkan security patching dibuat serta merta. Custom programming yang telah dibuat 6-7 tahun yang lalu tidak pernah di audit ciri keselamatannya, tetapi Drupal CMS dilakukan setiap hari termasuklah oleh pihak lain yang menggunakan system yang sama yang akan melaporkannya kepada team keselamatan untuk di perbaiki.

7.0 IMPAK

Dengan pembangunan e-Fatwa berasaskan OSS yang berjalan dengan jayanya, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JAKIM amat berpuas hati dengan kebolehan OSS dan yakin ianya mampu di kembangkan untuk projek-projek lain akan datang. Dengan adanya workflow penerbitan fatwa yang lebih tersusun serta platform yang kukuh, semua pihak dari Jabatan Mufti Negeri dari seluruh Malaysia dapat bekerjasama untuk menyumbangkan kandungan dengan mudah.

Oleh kerana pembantu webmaster negeri boleh menghantar kandungan, tetapi hanya webmaster negeri sahaja yang boleh menyiarkannya, ini membolehkan pembahagian peranan dan ownership untuk setiap kandungan.

Untuk makluman, pada masa ini, portal utama JAKIM, islam.gov.my juga sedang dibangunkan dengan menggunakan semua OSS yang disenaraikan, termasuklah menggantikan CMS yang lama dengan Drupal.

(10)

8.0 PENGALAMAN

Penggunaan OSS adalah satu pengalaman yang memberikan banyak ilmu yang berguna. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya berkenaan penyelengaraan (patching) supaya ianya sentiasa selamat, penggunaan OSS lain untuk membantu portal berfungsi lebih pantas seperti APC dan Varnish.Disamping itu kami juga mempelajari perkara baru dalam perisian Centos.

9.0 STATUS Portal e-FATWA

Portal e-Fatwa Fasa II telah digunapakai sepenuhnya dan berfungsi dengan baik dan telah dirasmikan pada 4 Ogos 2010 semasa Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Sebanyak 1469 Fatwa Negeri, 258 Fatwa Kebangsaan dan 74 Kertas Kerja telah dimuat naik.

Berasaskan Google Analytics, yang hanya mula beroperasi sejak 6 Jun 2010, berikut adalah statistic pelawat :

Bulan/Tahun Jun 2010 Julai 2010

Unique Visits

Bilangan Lawatan/pengguna Unik

13,198 18,479

Pageviews

(Bilangan Mukasurat dilayari) 56,140 86,670

Ebook/pdf Download 168 331

Sebanyak 31,677 pelawat datang dari 72 negara dimana majority (24,954) adalah pelawat dari Malaysia, diikuti oleh Jepun (2,179) dan USA (1,435). Portal e-Fatwa menerima kunjungan dalam 250 hingga ke 814 dalam sehari dan bilangan mukasurat dilayari sehingga 4,316 mukasurat sehari.

(11)

10.0RUJUKAN

• Hajah Wan Morsita bt. Wan Sudin – Pengarah, Bahagian Pengurusan Fatwa Tel : 03-88864000 ext :4008

• Aminudin bin Mohamad - Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Fatwa 03-88864000 ext :4065

Sila rujuk statistic Google Analytics. Laman web untuk rujukan :

Centos Operating System http://www.centos.org Drupal CMS http://www.drupal.org Agensi Kerajaan antarabangsa yang menggukanan Drupal http://buytaert.net/tag/government PHP Programming Language http://www.php.net Varnish http://varnish-cache.org MySQL http://www.mysql.com APC http://pecl.php.net/package/APC

Referensi

Dokumen terkait

Secara Hukum Ekonomi Syariah terhadap Pemanfaatan Marhun oleh Murtahin dalam Pelaksanaan Gadai kebun di Desa Air Buluh, Kecamatan Kuantan Mudik Kabupaten Kuantan

Pada penelitian ini yang dilakukan adalah mengem- bangkan perangkat pembelajaran matematika untuk siswa SMK kelas XI semester ganjil jurusan Akuntansi

Maka untuk meningkatkan keamanan penyimpanan data, otomatisasi penghitungan nilai test, serta kemudahan pemberian informasi penerimaan siswa baru maka diperlukan sebuah

Oleh karena itu hubungan kerjasama dapat berjalan hingga saat ini dan menyebabkan kemudahan dalam pengembangan kerjasama.Selama tiga periode, kerjasama sister city

FAKUTTAS IIUI(UilI UIIIYERSITAS SURABAYT

Oleh karena itu perlu dilakukan penetapan kadar iodium pada garam beriodium yang beredar di Pasar Besar Malang.. Hal ini dilakukan sebagai tindakan preventif untuk

Struktur populasi monyet ekor panjang pada kawasan TWA Pangandaran adalah sebanyak 195 individu dengan komposisi 23 jantan dewasa, 57 betina dewasa, 19 jantan remaja, 16

Nyeri kepala pada penderita epilepsi dibagi menjadi: preictal headache yaitu nyeri kepala yang timbul tidak lebih dari 24 jam sebelum serangan dan berakhir saat serangan dimulai,