• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bioteknologi : Pengetahuan dan Sikap Guru Biologi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bioteknologi : Pengetahuan dan Sikap Guru Biologi"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Bioteknologi : Pengetahuan dan Sikap Guru Biologi Nor Aidillina Mohd. Ramli & Lilia Halim

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor Abstrak

Bioteknologi adalah satu bidang yang berkembang pesat pada alaf ke-21. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam meneroka bidang ini. Bagi memastikan bidang ini mendapat perhatian di kalangan masyarakat, ia perlu bermula daripada pendidikan di sekolah. Oleh itu, guru sebagai pelaksana ilmu perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan bersikap positif terhadap bioteknologi untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan dan sikap guru-guru Biologi berkenaan isu bioteknologi dan aplikasinya. Aspek yang dikaji dalam kajian ini merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan bioteknologi dan sikap terhadap aplikasi bioteknologi. Kajian ini juga ingin mengenal pasti sumber pengetahuan guru berkenaan isu-isu semasa dan penemuan terkini berkaitan bioteknologi. Reka bentuk kajian ini adalah tinjauan soal selidik dan dijalankan ke atas 32 orang guru Biologi. Soal selidik menggunakan lima pilihan skala bagi mengumpul maklumat berkenaan pengetahuan dan sikap guru terhadap isu bioteknologi. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dengan mengira nilai min, sisihan piawai dan frekuensi. Analisis inferensi turut digunakan untuk melihat korelasi. Secara keseluruhannya guru mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang sederhana terhadap bioteknologi. Turut didapati wujud hubungan antara pengetahuan dan sikap. Kajian juga telah mengenal pasti laman web adalah sumber utama bagi guru-guru untuk mendapatkan maklumat berkenaan bioteknologi. Berdasarkan dapatan kajian ini, ia memberi gambaran akan kepentingan guru-guru untuk sentiasa mengemas kini pengetahuan berkenaan bioteknologi sejajar dengan perkembangannya yang sangat pesat serta mempunyai sikap yang positif terhadap aplikasinya. Pelbagai latihan, kursus dan bengkel boleh diadakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan sikap guru. Di samping bahan bacaan sampingan berkenaan Sains dipelbagaikan sumbernya untuk rujukan guru-guru.

Kata kunci: pengetahuan guru, sikap guru, pendidikan bioteknologi, kurikulum bioteknologi, literasi Sains, latihan guru

1.0 PENGENALAN

Bioteknologi boleh didefinisikan sebagai mana-mana teknik yang menggunakan organisma hidup untuk membuat atau mengubah suai genetik dan menghasilkan produk baru, untuk memperbaiki tumbuhan atau haiwan, atau untuk membangunkan mikroorganisma untuk kegunaan tertentu (Barnum, 2005). Bidang bioteknologi adalah suatu cabang dalam bidang Sains yang membantu meningkatkan kualiti kehidupan manusia dari pelbagai aspek seperti pertanian, perubatan dan alam sekitar (Noorzihan Mohamed Yin 2007).

*Correspondence author. Tel: +6011-15254168 E-melAddress: aunihanaa@gmail.com

(2)

Chabalengula, Mumba dan Chitiyo (2011) menyatakan, pendidikan bioteknologi perlu dilaksanakan kerana ia memberi pengetahuan dan peluang kepada masyarakat untuk menyedari dan memahami kepentingan bidang ini. Di dalam mata pelajaran Sains dan Biologi, terdapat beberapa topik yang memberikan pendedahan berkenaan bidang ini. Dalam sukatan pelajaran Biologi tingkatan 4, bidang bioteknologi ada dimasukkan dalam topik Pembahagian Sel (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012). Manakala, dalam sukatan Biologi tingkatan 5 dimasukkan dalam topik Perwarisan (Curriculum Development Center, 2006). Bidang ini juga ada diajar di dalam Sains tingkatan 4 dan 5. Sains tingkatan 4 diajar di dalam topik Keturunan dan Variasi, manakala Sains tingkatan 5 diajar dalam dua topik iaitu Mikroorganisma dan Kesannya Ke Atas Benda Hidup serta Teknologi Makanan dan Penghasilan Makanan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010). Menurut Holbrook dan Rannikmae (2008), pendidikan Sains di sekolah adalah pencetus utama dalam melahirkan golongan masyarakat yang celik Sains.

Sebagaimana yang kita tahu, bidang ini berkembang di seluruh dunia, tidak terkecuali di Malaysia. Bagi menjamin bidang ini terus berkembang dan diterima di Malaysia, kita perlu melahirkan ramai pengkaji dan saintis. Di samping itu, kita juga perlu melahirkan masyarakat yang berliterasi Sains. Untuk melahirkan masyarakat berliterasi Sains serta ramai pengkaji dan saintis dari anak tempatan, bidang ini perlulah dimulai di peringkat sekolah lagi. Para pelajar perlu didedahkan dengan bidang bioteknologi untuk menanam minat mereka terhadap bidang ini. Individu yang bertanggungjawab dalam memupuk minat di kalangan para pelajar adalah guru-guru (Gardner & Jones 2011). guru-guru perlu memainkan peranan yang cemerlang. Guru-guru harus mempunyai pengetahuan yang baik serta mengikuti perkembangan dan penemuan terkini dalam Sains dan bioteknologi. Kegagalan membekalkan informasi yang betul dalam bidang ini akan menghalang perkembangan bioteknologi di sesebuah negara (Latifah Amin, Mohd. Fadhli Hamdan, Roosfa Hashim & Mus Chairil Samani 2011). Menurut Evans dan Durrant (1995), pengetahuan terkini yang dimiliki guru, akan mewujudkan sikap yang positif. Menurut Borgeding et al. (2012), guru sebagai penyampai ilmu perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi agar ilmu yang disampaikan kepada para pelajar adalah benar dan terkini. Rizol Md. Ariff (2012) menyatakan persepsi pelajar terhadap sesuatu isu dapat diubah oleh guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi. Dengan itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan bersikap positif berkenaan bioteknologi. Ini akan memupuk minat pelajar terhadap bidang

(3)

berkenaan. Seterusnya akan melahirkan pengkaji, saintis dan masyarakat berliterasi Sains. Erdogan, Sadler dan Koroly. (2012) menyatakan, sangat sedikit kajian dijalankan berkenaan pengetahuan dan sikap guru-guru terhadap bioteknologi. Kajian dengan menggunakan guru sebagai responden amat penting, kerana guru adalah individu yang akan menyediakan generasi muda untuk berada dalam kelompok masyarakat. Oleh itu, pengkaji ingin mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap guru-guru Biologi berkenaan isu-isu dan aplikasi bioteknologi.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Ketika wujudnya kerajaan Babylon dan Mesir, bidang bioteknologi telah mula berkembang (Mus Chairil Samani, Latifah Amin, Jamilah Maliki & Nurul Ilyana Rezali 2010). Semenjak 10 ribu tahun yang lalu, bidang ini mula diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Menurut Barnum (2005), ilmu bioteknologi mula digunakan apabila manusia menemui proses fermentasi menggunakan mikroorganisma dalam pembuatan wain, bir, cuka dan roti. Kemudian, yogurt juga telah dihasilkan dengan menggunakan tindak balas bakteria terhadap susu. Seterusnya penghasilan keju turut menggunakan tindak balas mikroorganisma. Menurut Mus Chairil Samani et al. (2010), walau bagaimana pun, masyarakat ketika itu tidak sedar bahawa proses yang sedang mereka gunakan adalah bioteknologi. Oleh itu, istilah bioteknologi belum digunakan pada waktu berkenaan (Phillips 2012).

Istilah bioteknologi mula digunakan pada 1980an oleh Meischer yang ketika itu menjalankan penyelidikan berkenaan asid deoxyribonukleik atau singkatannya DNA (Mus Chairil Samani, Latifah Amin & Nurul Ilyana Rezali 2011). Bidang bioteknologi adalah satu cabang dalam bidang Sains yang boleh meningkatkan kualiti hidup manusia (Noorzihan Mohamed Yin 2007) merangkumi aspek perubatan, industri, makanan dan agrikultur (Darcin & Turkmen 2006). Bagi merealisasikan bidang bioteknologi berkembang ke tahap optimum, pengetahuan dan kesedaran berkenaan bidang ini perlu diwujudkan di kalangan rakyat Malaysia (Latifah Amin, Noor Ayuni Ahmad Mazlan, Mohd. Fadhil Hamdan, Abdul Latif & Mohamad Sabri Haron, 2011). Oleh itu, ia perlu dipupuk semenjak di peringkat sekolah. Menurut Gardner

(4)

dan Jones (2011), menyediakan pelajar sebagai masyarakat yang celik Sains adalah salah satu objektif pendidikan yang penting. Ini kerana, generasi inilah yang akan membangunkan negara di masa hadapan. Bagi memastikan pelajar mendapat input pengetahuan yang betul dan terkini, maka ia bermula dari guru.

Untuk itu, guru sebagai penyampai ilmu perlu sentiasa mempunyai pengetahuan yang terkini dan sikap yang positif terhadap bioteknologi dan aplikasinya. Halbrook dan Rannikmae (2008) menyatakan pendidikan Sains di sekolah adalah penyebab utama dalam mewujudkan golongan masyarakat yang celik Sains di sesebuah negara. Guru juga perlu menjadi “role-model” dalam mendidik pelajar mereka berkenan bioteknologi (Boone, Gartin, Boone dan . Hughes 2006), di mana guru perlu menunjukkan sikap yang positif terhadap produk dan aplikasi dari kejayaan penyelidikan bioteknologi. Di samping itu, guru juga harus mempunyai pengetahuan yang baik dan terkini. Ini kerana penemuan dalam bidang ini sentiasa berkembang dan diperbaharui. Guru juga dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab dalam membangunkan rancangan mengajar berkaitan bioteknologi di sekolah (Darcin & Turkmen 2006). Guru yang berpengetahuan tinggi dalam Sains akan mewujudkan minat pelajar dan seterusnya akan mewujudkan pelajar yang berliterasi Sains. Akhirnya, rakyat Malaysia yang membudayakan Sains dapat diwujudkan. Dan ini sedikit sebanyak menjamin penerimaan produk bioteknologi di kalangan masyarakat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan berkenaan bioteknologi di kalangan guru-guru Biologi.

3.2 Mengenal pasti tahap sikap berkenaan bioteknologi di kalangan guru-guru Biologi.

3.3 Mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan sikap berkenaan bioteknologi di kalangan guru-guru Biologi.

3.4 Mengenal pasti sumber maklumat yang paling kerap guru-guru gunakan bagi mendapatkan pengetahuan berkenaan isu bioteknologi.

(5)

4.0 PERSOALAN KAJIAN

4.1 Apakah tahap pengetahuan berkenaan bioteknologi di kalangan guru-guru Biologi?

4.2 Apakah tahap sikap berkenaan bioteknologi di kalangan guru-guru Biologi? 4.3 Apakah hubungan antara pengetahuan dan sikap berkenaan bioteknologi di

kalangan guru-guru Biologi?

4.4 Apakah sumber maklumat yang paling kerap guru-guru gunakan bagi mendapatkan pengetahuan berkenaan isu bioteknologi?

5.0 HIPOTESIS KAJIAN

Ho : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan tahap sikap berkenaan bioteknologi di kalangan guru-guru biologi.

6.0 METODOLOGI

Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap guru Biologi berkenaan bioteknologi. Tinjauan menggunakan soal selidik lima skala telah ditadbir ke atas sampel yang dipilih. Setiap maklumat telah ditafsirkan secara kuantitatif.

Populasi dan sampel kajian

Sampel kajian terdiri dari 32 orang guru yang dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan. Sampel terdiri dari guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Biologi. Kaedah pensampelan ini boleh digunakan apabila tujuan kajian adalah berfokus kepada kumpulan tertentu (Wiersma 2000). Ini bagi memastikan responden dipilih terdiri dari guru-guru yang mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah-sekolah menengah harian kerajaan.

(6)

Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai dari soal selidik Latifah Amin (2008), Mohd Fairuz b. Ahmad Harail (2012) dan Erdogan et al. (2009). Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A : Demografi guru, Bahagian B : Pengetahuan guru berkenaan bioteknologi dan Bahagian C : Sikap guru terhadap bioteknologi. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik bagi Bahagian B adalah 0.902 dan Bahagian C ialah 0.851. Menurut Pallant (2007), nilai indeks alpha sebanyak 0.70 dan ke atas adalah baik untuk skala instrumen yang mempunyai sepuluh item atau lebih. Data kajian ini dianalisis menggunakan analisis deskriptif seperti min dan sisihan piawai bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap guru berkenaan bioteknologi. Di samping itu analisis korelasi Pearson turut digunakan bagi melihat perhubungan antara pengetahuan dan sikap. Dan peratusan digunakan untuk melihat sumber pengetahuan guru.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Profil responden kajian

Jadual 7.1 menunjukkan profil responden kajian bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran Biologi. Kajian melibatkan 32 orang guru.

Jadual 7.1 Profil responden kajian

Kategori Profil responden Kekerapan (f) Peratus (%)

Jantina Lelaki Perempuan 6 26 18.8 81.3

Umur Kurang 40 tahun

40 tahun ke atas

20 12

62.5 37.5 Pengalaman mengajar Kurang 5 tahun

6-10 tahun 10 tahun ke atas 5 15 12 15.6 46.9 37.5

(7)

Tahap pendidikan Sarjana muda Sarjana 23 9 71.9 28.1

Daripada analisis demografi responden, bilangan responden perempuan melebihi bilangan responden lelaki dengan nilai perbezaan peratus adalah 62.5%. Bilangan responden yang paling tinggi adalah guru yang berumur 40 tahun ke bawah adalah 62.5% dan guru yang memiliki pengalaman mengajar 6 hingga 10 tahun. Seterusnya, kebanyakan responden terdiri dari guru yang memiliki ijazah sarjana muda iaitu 71.9% dan tiada seorang guru pun yang memiliki diploma dan ijazah doktor falsafah.

Tahap pengetahuan guru berkenaan bioteknologi

Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan guru-guru Biologi tentang bioteknologi adalah pada tahap tinggi dengan nilai min = 4.008 dan sisihan piawainya = 0.453. Tahap pengetahuan guru boleh dilihat dari tiga aspek iaitu pengetahuan berkenaan definisi, konsep dan aplikasi, sebagaimana yang diringkaskan dalam jadual 7.2 di bawah.

Jadual 7.2 Min dan sisihan piawai tentang pengetahuan bioteknologi

Konstruk N Min Sisihan piawai Interpretasi min

Pengetahuan definisi 32 4.375 0.492 Tinggi Pengetahuan konsep 32 3.846 0.575 Tinggi Pengetahuan aplikasi 32 4.075 0.452 Tinggi

Tahap pengetahuan guru-guru Biologi berkenaan bioteknologi berada pada tahap tinggi. Ini bersamaan dengan dapatan kajian oleh Mohapatra et al. (2010) yang menjalankan kajian ke atas guru-guru Sains. Menurut Mohapatra et al.(2010), pendidikan individu akan mempengaruhi tahap pengetahuan berkenaan bioteknologi. Kajian Boone et al. (2006) turut mendapati tahap pengetahuan bioteknologi adalah tinggi di kalangan guru-guru agrikultur. Menurut Boone

(8)

(2006), ia tidak dipengaruhi oleh pengalaman mengajar guru dan tahap pendidikan, sebaliknya di pengaruhi oleh keupayaan guru untuk mengakses maklumat. Menurut Borgerding et al. (2012), tahap pengetahuan yang rendah akan menyebabkan guru berasa sukar untuk mengajar topik bioteknologi. Ini seterusnya akan memberi kesan terhadap minat pelajar. Ini kerana minat pelajar terhadap pelajaran dipengaruhi oleh guru (Vandeschuren et al. 2010). Kajian oleh Brankov et al. (2013) mendapati tahap pengetahuan rendah berkenaan bioteknologi dipengaruhi oleh isu moral dan etika. Di mana, aplikasi bioteknologi dirasakan bercanggah dengan agama dan nilai masyarakat. Pengetahuan yang baik di kalangan guru akan menghasilkan pelajar yang berliterasi Sains (Evans & Durrant 1995). Untuk itu adalah penting untuk guru menguasai sesuatu bidang ilmu dengan baik. Pengetahuan guru-guru ini didapati berada pada tahap tinggi kerana mereka menyedari akan kepentingan mempunyai informasi yang baik dan terkini kerana di dalam sukatan Biologi terdapat beberapa subtopik berkenaan bioteknologi. Oleh itu, guru berpendapat mereka perlu mempunyai pengetahuan yang baik dan terkini sejajar dengan perkembangan semasa.

Tahap sikap guru berkenaan bioteknologi

Berdasarkan hasil kajian, didapati sikap guru terhadap bioteknologi berada pada tahap sederhana dengan nilai min = 3.162 dan sisihan piawai = 0.477. Sikap guru terhadap bioteknologi diuji dalam dua konstruk iaitu aplikasi berkenaan makanan termodifikasi genetik dan kejuruteraan genetik. Jadual 7.3 di bawah adalah ringkasan bagi sikap guru berkenaan dua aplikasi bioteknologi berkenaan.

Jadual 7.3 Min dan sisihan piawai tentang sikap terhadap bioteknologi

Konstruk N Min Sisihan piawai Interpretasi min

Makanan termodifikasi genetik 32 2.930 0.712 Sederhana Kejuruteraan genetik 32 3.363 0.707 Sederhana

(9)

Berdasarkan jadual di atas, sikap guru terhadap makanan termodifikasi genetik dan kejuruteraan genetik berada pada tahap sederhana. Ini bersamaan dengan kajian dijalankan oleh Kidman (2009) dan Boone et al. (2006) yang mendapati guru dapat menerima makanan termodifikasi genetik dan kejuruteraan genetik. Kajian oleh Mowen et al. (2007) ke atas sikap guru agrikultur mendapati guru-guru menyokong penggunaan bioteknologi dalam kehidupan. Walau bagaimana pun, kajian oleh Mohapatra et al. (2010) menyatakan guru bersikap negatif dan berasa tidak selamat dengan makanan termodifikasi genetik dan kejuruteraan genetik. Kajian oleh Busch (2010) menyatakan individu yang berumur 25 tahun ke atas mempunyai tahap sikap yang rendah berkenaan bioteknologi terutama makanan termodifikasi genetik. Sikap untuk menerima produk bioteknologi perlu ditingkatkan bagi memastikan produk dihasilkan dapat diterima oleh masyarakat. Pengetahuan terkini yang dimiliki guru, akan mewujudkan sikap yang positif (Evans & Durrant 1995). Untuk itu, guru perlu mempunyai sikap positif untuk menjadi contoh kepada para pelajar mereka. Tahap sikap guru yang sederhana terhadap makanan termodifikasi genetik dan kejuruteraan genetik ini dipengaruhi oleh nilai etika dan agama. Ini sejajar dengan penemuan kajian oleh Brankov et al. (2013).

Hubungan antara pengetahuan dan sikap guru berkenaan bioteknologi

Daripada jadual 7.4, didapati bahawa pekali korelasi ialah -0.404 dan tahap signifikan ialah 0.011 iaitu lebih kecil daripada 0.05 (p˂0.05). Maka hipotesis nol (Ho) ditolak. Ini bermakna terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap bioteknologi.

Jadual 7.4 Hubungan antara tahap pengetahuan dan sikap guru berkenaan bioteknologi

Hubungan pemboleh ubah Nilai r Tahap signifikan

Hubungan antara pengetahuan dan sikap guru berkenaan

bioteknologi r = -0.404 0.011

Berdasarkan hasil kajian, didapati semakin tinggi tahap pengetahuan, semakin menurun sikap guru terhadap bioteknologi. Di mana guru kurang bersetuju dan kurang menyokong aplikasi

(10)

bioteknologi apabila mempunyai pengetahuan yang tinggi. Dapatan kajian ini berbeza dengan dapatan kajian Acsady dan Ferencz (2008), di mana pengetahuan tinggi akan mewujudkan sikap lebih positif terhadap bioteknologi. Kajian oleh Mowen et al. (2007) turut mendapati apabila pengetahuan bertambah, sikap turut meningkat tetapi tidak ketara. Brankov et al (2013), turut mendapati pengetahuan tinggi akan mewujudkan sikap yang lebih baik. Di mana wujudnya persetujuan dan sokongan terhadap penggunaan bioteknologi dalam kehidupan. Perbezaan dapatan ini disebabkan oleh bilangan responden yang digunakan adalah kecil berbanding kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini. Di samping isu moral, etika dan agama turut mempengaruhi isu ini. Menurut beberapa kajian, isu moral, etika dan agama menyebabkan wujudnya sikap tidak menyokong terhadap bioteknologi walaupun pengetahuan didapati bertambah (Bronkov et al. 2013; Knight & Barnett 2010)

Sumber maklumat berkenaan isu bioteknologi.

Berdasarkan jadual 7.5 di bawah, dapat dilihat bahawa laman web adalah sumber utama bagi guru-guru mendapatkan maklumat berkenaan bioteknologi dengan nilai 96.9% dan diikuti oleh buku (93.8%) dan artikel jurnal (90.6%). Hanya 9.4% responden menyatakan mereka mendapat maklumat dari sumber-sumber lain seperti pameran dan edaran risalah.

7.5 Sumber maklumat berkenaan bioteknologi

Sumber maklumat N Peratus (%)

Laman web 32 96.9

Blog 32 53.1

Radio 32 28.1

Televisyen 32 75.0

Perbincangan bersama rakan sejawat 32 71.9

Surat khabar 32 56.3 Artikel jurnal 32 90.6 Buku 32 93.8 Majalah 32 68.8 Kursus/latihan/bengkel/seminar 32 34.4 Lain-lain 32 9.4

(11)

Dapatan kajian mendapati, guru-guru mempunyai keupayaan untuk mengakses maklumat berkenaan bioteknologi. Di mana laman web adalah sumber maklumat utama. Ini membantu guru untuk memperoleh informasi terkini. Menurut kajian oleh Boone et al. (2006), guru didapati kurang mempunyai sumber pengetahuan, dan pengetahuan hanya terhad terhadap apa yang dipelajari ketika di peringkat tertiari. Kimenju et al. (2001) yang menjalankan kajian di Afrika, mendapati radio adalah sumber maklumat utama, dan ikuti oleh surat khabar, kementerian pertanian, rakan dan media elektronik. Di Eropah, sumber maklumat utama bagi memperoleh informasi berkenaan bioteknologi adalah televisyen dan diikuti oleh radio, internet dan surat akhbar (Busch 2010). Menurut Borgerding et al. (2012), guru mempunyai keinginan untuk mendalami ilmu bioteknologi. Terdapat pelbagai sumber maklumat yang boleh digunakan untuk mengakses informasi terkini. Walau bagaimana pun ia bergantung pada keupayaan diri dan infrastruktur yang disediakan.

8.0 KESIMPULAN

Bioteknologi adalah suatu bidang yang semakin pesat membangun dan sering diteroka. Sering kali terdapat pelbagai penemuan baru oleh para saintis yang bertujuan untuk menambah baik kehidupan manusia. Masyarakat perlu diberikan pengetahuan yang mencukupi berkenaan bidang ini. Untuk itu, ia perlu dimulakan di sekolah. Guru sebagai pendidik dan penyampai ilmu perlu mempunyai pengetahuan yang baik dan terkini untuk disampaikan kepada para pelajar. Di samping itu, guru juga perlu bersikap positif terhadap isu-isu berkenaan bioteknologi. Guru yang berpengetahuan tinggi dan bersikap positif, akan mempunyai keyakinan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Dan hasilnya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dapat diwujudkan. Ini akan mewujudkan minat pelajar terhadap Sains, kerana bioteknologi adalah salah satu cabang ilmu Sains. Dengan begitu, guru perlu sentiasa mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi agar mempunyai minat untuk menambah pengetahuan dengan mendapatkannya dari sumber-sumber seperti laman web, bahan bacaan bercetak dan media elektronik. Kajian ini sebagai satu tinjauan awal dalam melihat tahap pengetahuan dan sikap guru berkenaan bioteknologi. Berdasarkan kajian didapati guru mempunyai tahap pengetahan yang tinggi dan tahap sikap yang sederhana. Namun demikian, pengetahuan guru

(12)

perlu ditingkatkan, begitu juga sikap guru. Oleh itu, pihak KPM, JPN dan PPD disarankan mengadakan kursus dan bengkel bagi membantu guru untuk meningkatkan tahap pengetahuan. Guru juga diharapkan dapat melakukan perubahan diri dan mempunyai keupayaan untuk meneroka informasi bioteknologi. Ini kerana segala maklumat boleh diperoleh melalui pembacaan yang kerap sama ada bahan bacaan secara bercetak atau elektronik. Walau bagaimanapun, kajian ini tertumpu pada bilangan guru yang kecil dan terhad kepada guru Biologi sahaja. Diharapkan kajian ini dapat dijalankan di masa hadapan dengan menggunakan lebih ramai sampel guru dan penambahan opsyen guru seperti Sains, Fizik dan Kimia.

(13)

RUJUKAN

Acsady, J. & Ferencz, Z. 2008. Perseption and Attitudes Towards Biiotechnology in Hungary. Springer Science and Business Media. 93-106

Barnum, S. R. 2005. Biotechnology an Introduction. Edisi ke-2. USA: Miami University

Boone, H. N., Gartin, S. A., Boone, D. A. & Hughes, J. E. 2006. Modernizing the Agricultural Education Curriculum: An Analysis of Agricultural Education Teachers’ Attitudes, Knowledge, and Understanding of Biotechnology. Journal of Agricultural Education. 47(1): 78-89

Borgeding, L. A., Sadler, T. D., & Koroly, M. J. 2012. Teacher's Concerns about Biotechnology Education. Journal Science Education Technology. 22(2): 133-147

Brankov, T. P, Sibalija, T., Lovre, K., Cvijanovic, D., & Subic, J. 2013. The Impact of Biotechnology on the Acceptance of Genetically Modified Food in Serbia. Romanian

Biotechnology Issues. 18(3): 8295-8306

Busch, R. J. 2010. Public Perceptions of Modern Biotechnology and the Necessity to Improve Communication. Biotechnology in Agriculture and Forestry. 64: 649-661

Chabalengula, V. M., Mumba, F. & Chitiyo, J. 2011. American Elementary Education Pre-service Teachers’ Attitudes Towards Biotechnology Processes. International Journal of

Environmental and Science Education. 6(4): 341-357

Darcin, E. S., & Turkmen, L. 2006. A Study of Prospective Turkish Science Teachers' Knowledge at the Popular Biotechnological Issues. Asia Pacific Forum on Science

Learning and Teaching, 7(1)

Erdogan, M., Ozel, M., Usak, M. & Prokop, P. 2009. Development and Validation of an Instrumen to Measure University Students’ Biotechnology Attitude. Journal Science

Education Technology. 18: 255-264

Evans, G. & Durant, J. 1995. The Relationship Between Knowledge and Attitudes in the Public Understanding of Science in Britain. History and Philosophy of Science. 4(1): 57-74 Gardner, G. & Jones, M. G. 2011. Science Instructors’ Perceptions of the Risks of Biotechnology:

Implications for Science Education. Research in Science Education. 41(5): 711-738 Halbrook, J. & Rannikmae, M. 2008. The Meaning of Scientific Literacy. International Journal

of Environment and Science Education. 4(3): 275-288

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 5 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Spesifikasi Kurikulum Biologi Tingkatan 4

Kidman, G. 2009. Attitudes and Interest Towards Biotechnology: The Mismatch between Students and Teachers. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology

Education, 5(2): 135-143

Kimenju, S. C., Groote, H. D., Bett, C. & Wanyama, J. 2011. Farmers, Comsumers and Gatekeepers and Their Attitudes Towards Biotechnology. African Journal of Biotechnology. 10(23): 4767-4776

Knight, T. & Barnett, J. 2010. Perceived Efficacy and Attitudes Towards Genetic Science and Science Governance. Public Understanding Science. 19(4): 386-402

Latifah Amin, Mohd. Fadhli Hamdan, Roosfa Hashim & Mus Chairil Samani 2011. Enhancing Biotechnology Education Through Annotated Bibliographies. Procedia Social and

(14)

Latifah Amin, Noor Ayuni Ahmad Mazlan, Mohd. Fadhil Hamdan, Abdul Latif & Mohamad Sabri Haron, 2011. . Awareness and Knowledge on Modern Biotechnology. African

Journal of Biotechnology. 10(58): 12448-12456

Ministry of Education. 2006. Curriculum Specifications Biology Form 5

Mohapatra, A., Priyadarshini, D., & Biswas, A. 2010. Genetically Modified Food: Knowledge and Attitude of Teachers and Students. Journal of Science Education and Technology. 19(5): 489-497

Mohd. Yusop Ab. Hadi, Jailani Mohd Yunus & Ahmad Esa 2003. Meningkatkan Pengetahuan, Amalan dan Sikap Terhadap Pendidikan Alam Sekitar di Kalangan Pelajar. Prosiding

Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran, hlm. 120-127

Mowen, D. L, Roberts, T. G., Wingenbach, G. J. & Harlin, J. F. 2007. Biotechnology: An Assessment of Agricultural Science Teachers’ Knowledge and Attitudes. Journal of

Agricultural Education. 14(1): 42-51

Mus Chairil Samani, Latifah Amin, Jamilah Maliki & Nurul Ilyana Rezali 2010. Isu Bioteknologi Dalam Akhbar Arus Perdana. Malaysian Journal of Media Studies. 12(2): 23-36

Mus Chairil Samani, Latifah Amin & Nurul Ilyana Rezali 2011. Using Media to Educate Public on Biotechnology. Proceedia Social and Behavioral Sciences. 15: 2360-2364

Noorzihan Mohamed Yin 2007. Bioteknologi: Kelebihan dan Ancamannya Terhadap Sarwajagat. http://www.yadim.com.my/Sains/SainsFull.asp?Id=82 [21 Ogos 2013] Pallant 2007. SPSS Survival Manual: A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS. Ed.

ke-3. New South Wales: Allen & Unwin Phillips, T. 2012, Early Biotechnological Practises.

http://biotech.about.com/od/history/a/EarlyBiotech.htm [23 Disember 2012]

Rizol Md. Ariff 2012. Guru Kena Ubah Paradigma Minat Sains. Berita Harian, 13 Februari: 7 Vandeschuren, H., Heinzmann, D., Faso, C., Martin, S., Arga, K. Y., Helen, H., Laizet, Y.,

Leduchowska, P., Silva, N. & Simkova, K. 2010. A Cross-sectional Study of Biotechnology Awareness and Teaching in European High Schools. Elsevier New

Biotechnology. 27(6): 822-828

Referensi

Dokumen terkait

KATA PENGANTAR Segala puja dan puji syukur kami panjatkan kehadirat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada seluruh hamba-Nya, yang mana hanya dengan rahmat, taufik,

Pengetahuan tentang masa lampau bahasa Melayu dan bahasa Indonesia itu diperkaya dengan pengetahuan tentang perkembang- an konsepsi tentang bahasa yang diperoleh dari sejarah

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

Projek ini dimotivasikan melalui penemuan beberapa kelemahan di dalam beberapa kalkulator berasaskan web yang wujud Kelemahan utama yang dikenalpasti adalah tidak

Penulis berharap agar hasil penelitian ini dapat bermanfaat sebagai bahan masukan yang berguna mengenai peranan analisis biaya kualitas untuk menekan biaya produksi, serta

Apabila agen (yang berperan sebagai penyedia informasi bagi principal dalam pengambilan keputusan) melakukan upaya sistematis yang dapat menghambat principal

Berbagai persoalan dan cobaan yang menimpa kehidupan manusia yang bersifat buruk atau yang dipandang tidak baik juga merupakan faktor dan penyebab munculnya gangguan jiwa

Jika kita mendapatkan informasi mengenai hasil ujian dalam volume yang lebih besar, seperti dari semua siswa di satu kelas atau satu sekolah, hal tersebut bisa digunakan untuk