• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM5. Modul 502B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM5. Modul 502B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan. Nama :"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM5

Modul 502B-2

Pemahaman. Novel. Rumusan

(2)

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir

(3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

Bahasa

Melayu

(3)

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Dua aplikasi terkenal yang menyediakan kemudahan bual bicara secara talian pada telefon pintar pada hari ini ialah WhatsApp dan Telegram. Kedua-dua aplikasi ini menyediakan kemudahan menghantar pesanan dan membuat panggilan video dengan percuma dengan syarat mempunyai data yang cukup, di samping kemudahan lain, seperti pelantar perbincangan

Program

secara berkumpulan. Aplikasi "WhatsApp"

Bahasa

Melayu

(4)

dan"Telegram" dapat diakses oleh pengguna dengan mudahnya untuk bersosial dalam talian. Dalam hal ini, penggunaan telefon pintar membolehkan mesej dapat disampaikan dengan lebih pantasnya melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Pembicara yang terlibat boleh sahaja menyampaikan pesanan dengan hanya menaipnya di papan kekunci telefon pada bila-bila masa atau merakam pesanan suara. Pesanan tersebut pula boleh dihantar dalam tempoh masa tidak kurang daripada lima saat untuk diterima. Oleh yang demikian, banyak masa dapat dijimatkan bagi membuat persiapan.

Bahan 2

Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kemudahan multimedia pelbagai guna menyebabkan murid sangat teruja untuk memiliki alat komunikasi mudah alih yang canggih ini. Setelah memiliki peralatan tersebut, mereka menjadi mudah leka dengan peranti masing-masing dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap tingkah laku mereka. Murid yang menggunakan telefon pintar lebih mementingkan hiburan berbanding dengan aspek-aspek lain seperti dalam pencarian maklumat dan i1mu pengetahuan sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan seseorang murid. Penggunaan telefon pintar ini juga menyebabkan murid sering berkomunikasi dengan mencemarkan bahasa seperti penggunaan singkatan dan bahasa slanga dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan Instagram.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud pencarian maklumat? [2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perbezaan kesan-kesan penggunaan telefon pintar. [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

Bahasa

Melayu

(5)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Penggunaan telefon pintar sangat penting dalam kehidupan manusia, tetapi alat yang serba canggih ini telah banyak disalahgunakan terutamanya murid-murid hari ini.

Pada pendapat anda, mengapakah murid-murid sekarang berhasrat untuk memiliki telefon pintar? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv) Belakangan ini, adik anda mudah leka dengan peranti elektronik dan seterusnya membawa perubahan ketara terhadap tingkah lakunya seperti bersikap tidak sabardan biadab.

Sebagai abang yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu adik anda yang kelekaan? [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

Bahasa

Melayu

(7)

Latihan :

Sajak “Kudup Perang”

Sementara dia bergelar panglima laskar perang; yang terus-menerus membajakan kezaliman - sering mengudupkan putik dendam kita masih perlu berterima kasih kepada jari-jemari takdir

kerana membenarkan sepasang mata untuk berlari dengan tangan bergari sempat juga menadah sejambak puisi untuk sehari lagi; sambil bertanya: siapakah pahlawan yang asli?

Memang kita tidak sempat menjenguk ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus ringkik kuda, gemerencing

pedang pusaka

dan darah yang tiba-tiba membuak di daerah angkara - perciknya menumbuhkan kelopak rahsia dalam keliru, tertanya-tanya kita tangan mana yang memenggal leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih tidak mahu

menyanjungnya pendekar paling gagah

Program

Bahasa

Melayu

(8)

kerana takhta setia terbina di istana wangsa

bukanlah penjamin kukuhnya pasak saksama

sesekali turut direntakan daki pendusta melekatlah selumbar sengsara

di tiang maruah kota.

Andai namamu Jebat, kita masih tidak menggelarnya sebagai pengkhianat kerana kita masih menangisi

peta keadilan yang tersiat- nun, karam

di lautan kesumat

sedang warga memanggilnya keramat.

Perang pun melecurkan lidah muslihat bercabang lalu bertemu bayu palsu;

bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya mewarnakan keindahan pada hodohnya

menjungkitkan amarah pada damainya teramat lara kita menjahit semula perca-perca bahagia - seperti perawan yang dibungkamkan cinta pertama.

Sehingga senja tiba, kita masih bertengkar tentang siapa

pahlawan sebenarnya.

Bahasa

Melayu

(9)

Tuah Sujana

dalam antologi Sejadah Rindu,

Maksud Sajak

Rangkap 1: Penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar panglima

perang akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih berasa berterima kasih kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.

Rangkap 2: Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup dalam zaman perbalahan

dan penuh dengan angkara. Oleh itu, dalam kekeliruan, penyajak tertanya-tanya akan orang yang membunuh pendusta.

Rangkap 3: Penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling gagah

kerana kesetiaan Tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.

Rangkap 4: Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana dia

masih mengingati perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat telah dianggap suci.

Rangkap 5: Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan

berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Justeru, usaha untuk memulihkan sisa-sisa kehidupan yang damai amatlah sukar.

Rangkap 6: Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih bertengkar untuk

menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.

Program

Bahasa

Melayu

(10)

Tema

Sajak "Kudup Perang" bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan

pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Penyajak sedang mencari keadilan

antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan. Tuah yang setia kepada istana telah berlawan dengan Jebat yang membela Tuah kerana angkara lidah yang menyebarkan fitnah.

Persoalan

1. Peperangan akan mewujudkan perasaan dendam.

2. Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang sebenarnya.

3. Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telah membunuh pendusta.

4. Sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan Jebat yang menuntut keadilan.

5. Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan.

6. Peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang menghapuskan kebenaran.

7. Perbalahan boleh menjadikan yang tidak benar sebagai benar.

8. Peperangan membawa kepada kesengsaraan yang sukar dipulihkan.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat. 2. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama mengandungi

sebelas baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, rangkap ketiga

Bahasa

Melayu

(11)

mengandungi sepuluh baris, rangkap keempat mengandungi enam baris, rangkap kelima mengandungi lapan baris, dan rangkap keenam mengandungi empat baris. 4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua hingga enam

patah kata dalam satu baris.

5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku

kata.

6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: abcdefaggag, rangkap kedua:

abcdedddfd, rangkap ketiga: abcddddddd, rangkap keempat: abcdbb, rangkap kelima: abccccdc, dan rangkap keenam: abaa.

Gaya Bahasa

1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan

berkesan. Contohnya:

i. mengudupkan putik dendam - rangkap 1, baris 4

ii. menumbuhkan kelopak rahsia - rangkap 2, baris 7

iii. melekatlah selumbar sengsara - rangkap 3, baris 9

iv. perca-perca bahagia - seperti perawan - rangkap 5, baris 7

2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Kudup Perang" termasuklah: (a) inversi. Contohnya:

sesekali turut direntakan daki pendusta - rangkap 3, baris 8

(sepatutnya: daki pendusta sesekali turut direntakan) (b) personifikasi. Contohnya:

i. takhta setia - rangkap 3, baris 4

ii. putik dendam - rangkap 1, baris 4

iii. selumbar sengsara - rangkap 3, baris 9

(c) metafora. Contohnya:

peta keadilan - rangkap 4, baris 4

(d) simile. Contohnya:

Program

Bahasa

Melayu

(12)

seperti perawan - rangkap 5, baris 7

(e) hiperbola. Contohnya:

i. jari-jemari takdir - rangkap 1, baris 6

ii. daerah angkara - rangkap 2, baris 6

iii. selumbar sengsara - rangkap 3, baris 9

iv. menjungkitkan amarah - rangkap 5, baris 5

v. peta keadilan yang tersiat - rangkap 4, baris 4

(f) unsur alam. Contohnya:

i. putik - rangkap 1, baris 4

ii. fajar - rangkap 2, baris 2

iii. kelopak - rangkap 2, baris 7

iv. selumbar - rangkap 3, baris 9

v. lautan - rangkap 4, baris 5

vi. bayu - rangkap 5, baris 2

(g) penggunaan bahasa klasik atau Sanskrit. Contohnya: i, kesumat - rangkap 4, baris 5

ii. keramat - rangkap 4, baris 6

iii. perawan - rangkap 5, baris 7

Unsur Bunyi :

(a) asonansi

Perulangan bunyi huruf vokal atau perulangan asonansi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya:

i. perulangan bunyi vokal a

mewarnakan keindahan pada hodohnya - rangkap 5, baris 4

Bahasa

Melayu

(13)

iii. perulangan bunyi vokal u

mengudupkan putik dendam - rangkap 1, baris 4

iv. perulangan bunyi vokal e

Memang kita tidak sempat menjenguk - rangkap 2, baris 1

(b) aliterasi

Perulangan bunyi huruf konsonan atau perulangan aliterasi dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak. Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan p

pedang pusaka - rangkap 2, baris 4

ii. perulangan bunyi konsonan d

sesekali turut direntakan daki pendusta - rangkap 3, baris 8

iii. perulangan bunyi konsonan b

bercabang lalu bertemu bayu palsu - rangkap 5, baris 2

iv. perulangan bunyi konsonan s

Sehingga senja tiba - rangkap 6, baris 1

Nada

Sajak "Kudup Perang" bernada patriotik. Nada ini sesuai untuk menggambarkan usaha penyajak yang sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan.

Nilai

1. Nilai keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.

2. Nilai keadilan. Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan saksama. 3. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.

Program

Bahasa

Melayu

(14)

4. Nilai kerajinan. Contohnya, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan.

Pengajaran

1. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita tidak tersilap membuat keputusan.

2. Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan kezaliman. 3. Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan

mendatangkan kebaikan.

4. Kita mestilah gigih berusaha dan bersungguh-sungguh untuk membina

kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud ungkapan peta keadilan yang tersiat dalam sajak di atas.

[2 markah] ________________________________________________________________

________________________________________________________________

(ii) Apakah perbezaan -perbezaan atanra Tuah dan Jebat ? [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Bahasa

Melayu

(15)

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah kriteria untuk menunjukkan seseorang itu

sebagai pahlawan? (KBAT) [3 markah] ________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iv) Apakah yang boleh kita lakukan jika kita mengesani pendustaan dan kezaliman? [4 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan babagian ini akan dkemukakan setelah Novel Tirani dikaji.

Program

Bahasa

Melayu

(16)

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2 markah, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah 10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah Kesimpulan : 2 markah _ --- Isi : 20 markah Bahasa : 10 markah --- Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan, manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Bahasa

Melayu

(17)

Latihan :

Baca petikan dan teliti petikan gurindam yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Setiap negara mempunyai bahasa kebangsaan yang tersendiri. Di Malaysia, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Pada hakikatnya, peruntukan terbabit tidak pernah menjadi halangan besar bagi rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa-bahasa lain. Walaupun menguasai pelbagai bahasa, hal ini tidak bermakna bahasa kebangsaan dipinggirkan sama sekali.

Dewasa ini, pelbagai pihak mencanangkan bahawa penguasaan pelbagai bahasa dapat memberikan banyak kelebihan kepada seseorang. Seperti yang diketahui umum, bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi utama dunia. Individu yang menguasai bahasa Inggeris tidak akan berasa kekok ketika berurusan dengan pihak luar dari negara asing. Di samping itu, penguasaan bahasa Inggeris penting untuk merebut peluang pekerjaan, khususnya dalam sektor swasta. Tidak dapat dinafikan bahawa para lepasan universiti pada masa ini perlu menghadapi cabaran untuk merebut peluang pekerjaan yang semakin berkurangan. Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris dapat membantu para murid untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran sehingga alam pekerjaan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang menghargai dan menghormati nilai bahasa tersebut.

Oleh hal yang demikian, para murid perlu memfokuskan usaha untuk menguasai Bahasa Inggeris sejak bangku sekolah lagi. Para guru seharusnya menggalakkan murid supaya tidak berasa segan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris, terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pihak sekolah digalakkan untuk

Program

Bahasa

Melayu

(18)

menganjurkan program berkaitan dengan Bahasa seperti Minggu Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Kita akan bertuah kerana dilahirkan di negara yang kaya dengan bahasa, budaya dan bangsa. Kekayaan tersebut menjadikan Malaysia sebagai negara yang unik dan berbeza dengan negara lain. Secara tuntasnya, penguasaan bahasa Inggeris khususnya dalam generasi muda, bukanlah bermaksud untuk melupakan atau meminggirkan bahasa kebangsaan.

Bahan 2 :

Mahir Berbahasa Inggeris

Bahasa Inggeris bahasa dunia, Pelajarinya pasti tidak sia-sia,

Bahasa Inggeris bahasa kedua, Gedung ilmu generasi berwibawa.

Apabila cekap berbahasa asing, Diri pasti tidak berasa terasing.

Jika mahir berbahasa Inggeris, Pasaran kerja tentunya laris,

Jika bahasa Inggeris mesra di lidah, Nilai tambah kehidupan pastinya indah.

Bahasa

Melayu

(19)
(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

40 Tahun 2004, Honor/Upah adalah hak pekerja yang diterima dan dinyatakan dalam bentuk uang sebagai imbalan dari pemberi kerja kepada pekerja yang ditetapkan dan dibayar menurut

Berdasarkan temuan hasil refleksi/evaluasi dalam siklus III ini secara keseluruan pembelajaran dengan menggunakan alat peraga pias-pias pada pokok bahasan penjumlahan dan

Agar dalam suatu persaingan terjadi keseimbangan, dimana tidak ada pe- main yang bisa memperoleh keuntungan dengan mengubah strateginya, sedangkan pemain lain menjaga strategi

Berdasarkan tabel 1.1, total pembengkakan biaya pada pelaksanaan distribusi logistik PT. Sehingga dalam hal ini, PT. Dehael Nusantara Logistik membutuhkan metode

Pondok Pesantren Al-Ishlah yang terletak di Desa Jatireja RT 01 / RW 02 Kecamatan Compreng Kabupaten Subang, adalah salah satu lembaga pendidikan keagamaan

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang

Kondisi Erosi di Kecamatan Wanea Prediksi kelas tingkat erosi di Kecamatan Wanea menunjukkan bawa luas wilayah yang mengalami erosi ringan mendominasi pada

Kabupaten Maluku Tenggara Barat (Lembaran Negara Republik Indonesia Tahun 2000 Nomor 174, Tambahan Lembaran Negara Republik Indonesia Nomor 3895); sebagaimana telah diubah