• Tidak ada hasil yang ditemukan

persekitaran makro

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "persekitaran makro"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI

SEMESTER

OUMM 2103

NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON :

E-MEL :

(2)

OUMM 2103

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/SURAT

01 PENGENALAN 2

02 ELEMEN AM PERSEKITARAN MAKRO 2

03 UNSUR PERSEKITARAN MAKRO SAMSUNG 8

04 CADANGAN PENAMBAIKAN 9

05 KESIMPULAN 11

(3)

OUMM 2103 PENGENALAN

Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidirinya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia. Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.

Pada masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (telefon bimbit dan rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor. Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group.

ELEMEN AM PERSEKITARAN MAKRO

Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di dalam menguruskan sesuatu perniagaan adalah sangat penting dan ianya akan menentukan kejayaan dan mempengaruhi keputusan sesebuah perniagaan yang diuruskan. Boleh dikatakan kesemua aspek yang melibatkan perniagaan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor atau komponen-komponen persekitaran yang ada. Walaupun agak sukar dan tidak berkemampuan bagi usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada namun sudah mencukupi sekiranya semua usahawan memahami faktor-faktor atau komponen-komponen persekitaran tersebut.

Dunia perniagaan mempunyai empat faktor persekitaran makro yang terpaksa dihadapi oleh semua perniagaan. Bagi memahami persekitaran ini analisis “PEST” iaitu singkatan bagi Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi boleh digunakan. Ada dua kaedah terkenal yang sering digunakan di dalam menganalisa faktor-faktor persekitaran

(4)

OUMM 2103 makro/luaran yang mempengaruhi sesuatu perniagaan iaitu “Pest Analisis” yang merangkumi Politik, Ekonomi, Sosial & Teknologi dan juga “Pestle Analisis” yang merangkumi Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi & Legal atau undang-undang.

Sesungguhnya dunia perniagaan sekarang ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran politik dan perundangan . Ianya bukan sahaja persekitaran politik di negara sesuatu perniagaan itu beroperasi (National) malahan ianya turut dipengaruhi oleh persekitaran politik dunia keseluruhannya (Global). Faktor politik dan perundangan boleh dipecahkan kepada dua isu utama iaitu Isu Global dan juga Isu National. Sistem politik, Dasar-Dasar serta polisi-polisi sesebuah negara adalah diantara faktor-faktor yang akan mempengaruhi strategi yang akan ditetapkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Kajian sistem politik bagi negara-negara berkenaan hendaklah dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan bentuk sistem politik yang diamalkan. Boleh dipecahkan kepada tiga elemen utama iaitu kestabilan sistem politik sesebuah negara boleh dikatakan satu faktor asas yang mempengaruhi strategi ataupun aktiviti-aktiviti perniagaan sesebuah syarikat. Namun begitu Syarikat atau organisasi hendaklah peka dan mengetahui bahawa kestabilan sesebuah negara itu tidak akan sentiasa kekal selama-lamanya. Sistem politik dan perundangan sesebuah negara kemungkinan berbeza maka dengan itu syarikat atau organisasi hendaklah sentiasa bersedia dan merangka pelan-pelan tindakan dengan mengambil kira potensi serta risiko yang terpaksa ditempohi oleh syarikat atau organisasi di masa hadapan.

Risiko politik boleh memberikan kesan yang dapat mempengaruhi perniagaan akibat tindakan politik oleh kerajaan negara tuan rumah. Diantara tindakan-tindakan yang boleh mereka lakukan ialah dengan memiliknegarakan semua syarikat subsidiari asing yang berada di negaranya tanpa membuat sebarang bayaran pampasan, mengenakan cukai korporat yang tinggi ke atas syarikat dan ada juga sesetengah kerajaan yang meletakkan syarat di mana sebahagian besar dari keuntungan syarikat asing yang beroperasi di negaranya hendaklah melaburkan semula keuntungan tersebut di negaranya malah keuntungan syarikat juga akan dikenakan cukai yang tinggi yang pasti akan menggurangkan keuntungan syarikat-syarikat yang terlibat.

(5)

OUMM 2103 Adalah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi semua negara di dunia ini mengenakan halangan perdagangan bagi setiap barangan atau produk import yang akan memasuki negara mereka. Ianya adalah satu cara atau strategi bagi memastikan bahawa produk-produk atau barangan-barangan yang masuk tidak akan memberi kesan yang boleh menganggu pasaran atau industri produk atau barangan yang sedia ada di dalam negara tersebut. Halangan perdagangan boleh dibuat melalui pelbagai bentuk dan cara. Contohnya seperti pihak kerjaaan mengenakan tarif (cukai) pada barangan atau produk import. Biasanya tarif (cukai) yang dikenakan ini akan dibayar terus oleh pengimport.

Ada juga sesetengah negara atau kerajaan mengenakan kuota pada produk import dengan membataskan kuantiti produk tersebut dari memasuki negara mereka. Selain daripada itu diantara halangan-halangan perdagangan yang lain adalah seperti sekatan eksport, Embargo iaitu larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barangan atau perkhidmatan dari atau ke sesebuah negara, penetapan piawaian, tarif (cukai) eksport iaitu cukai yang dikenakan terhadap barang yang dieksport, subsidi iaitu campurtangan perniagaan oleh kerajaan di dalam sesebuah negara dengan memberi subsidi kepada syarikat tempatan agar dapat bersaing dengan syarikat asing, tarif transit iaitu cukai yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap barang yang singgah di negaranya sebelum ke destinasi dan lain-lain sekatan yang pasti akan menjadi faktor penghalang dan gangguan kepada setiap syarikat di dalam memperluaskan lagi perniagaan mereka.

Pelbagai blok dan organisasi perdagangan antarabangsa telah wujud bagi memupuk dan menggalakkan perdagangan dunia. Diantaranya adalah seperti AFTA yang membawa maksub Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. Menurut Aini Hayati, M. et al. (2008) Penubuhan AFTA adalah untuk mempercepat pengurangan kadar tarif ke atas barangan industri melaui Tarif Keutamaan Berkesan Bersama (Agreement on Common Effect Preferential Tarff- CEPT) dan usaha untuk menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif seperti melonggarkan cukai untuk melabur. Diantara blok dan organisasi perdagangan yang lain adalah seperti WTO (World Trade Organisation), NAFTA (North American Free Trade Agreement), EEC (European Economic Community), EAEC (East Asean Economic Caucus), APEC (Asia Pasific

(6)

OUMM 2103 Economic Cooperation), TPP (Trans-Pasific Partnership Agreement (TPP) Contohnya: Malaysia telah menjadi anggota penuh rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasific (Trans-Pasific Partnership Agreement (TPP). Ini telah membuka peluang bagi meneruskan usaha untuk mengadakan FTA perdagangan istimewa (preferential trade) dengan rakan dagang dan sumber pelaburan yang penting iaitu Amerika Syarikat. Perjanjian-perjanjian perdagangan ini akan memberi kesan kepada transaksi-transaksi perniagaan yang akan dijalankan oleh usahawan-usahawan. Apabila membincangkan tentang isu national, kita tidak dapat lari dari membincangkan tentang dasar-dasar dan polisi-polisi kerajaan, undang-undang, peraturan, kawalan, percukaian dan sebagaimya.

Syarikat juga hendaklah mengenalpasti dasar-dasar baru serta polisi-polisi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Rancangan Malaysia Ke-10, Dasar Luar Negara, Dasar Industri, Dasar Pengguna Negara, Dasar kewangan, NKRA (National Key Result Areas), NKEA (National Key Economic Areas) dan sebagainya. Undang-undang meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan contohnya seperti dalam merekabentuk produk dan perletakkan harga, penetapan harga terhadap barangan kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja serta rangka undang-undang yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi perundangan yang ditetapkan.

Perniagaan juga dikawal oleh undang-undang perniagaan yang sediada seperti Undang-undang Kontrak, Undang-undang Jualan Barang-barang, Undang-undang Sewa Beli, Undang-undang Perkongsian, Undang-undang Syarikat, Undang-undang Perhubungan Majikan & Pekerja, Undang-undang Alam Sekitar, Undang-Undang Hak Cipta, Akta Syarikat 1965, Akta Perkongsian 1961 dan sebagainya. Secara ringkasnya cukai adalah suatu bayaran oleh seseorang atau sesebuah syarikat perniagaan kepada kerajaan kerana mengguna dan memperolehi kekayaan dan kemudahan negara. Bagi usahawan atau syarikat, cukai-cukai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan atau pemerintah akan mengurangkan kewangan atau keuntungan mereka. Percukaian boleh dipecahkan kepada tiga (3) bahagian iaitu cukai langsung, cukai tidak langsung dan cukai khas.

(7)

OUMM 2103 Di dalam merancang sesuatu transaksi perniagaan, usahawan-usahawan hendaklah peka dan prihatin terhadap sebarang perubahan ekonomi samada keadaan ekonomi tempatan ataupun ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana faktor ini boleh mempengaruhi operasi, prestasi, perancangan, pendapatan serta dasar perniagaan sesebuah syarikat perniagaan. Tiga faktor utama yang memberi kesan kepada persekitaran ekonomi adalah seperti keadaan ekonomi, dasar-dasar ekonomi dan juga sistem ekonomi di dalam sesebuah negara.

Keadaan ekonomi sesebuah negara merujuk kepada faktor-faktor ekonomi yang memberi pengaruh besar dalam sesebuah syarikat dan operasi perniagaan mereka. Ini merangkumi faktor keluaran dalam negara kasar (KDNK), pendapatan perkapita, pasaran untuk barangan dan perkhidmatan, modal, rizab tukaran asing, pertumbuhan perdagangan asing, kekuatan dan lain-lain pasaran modal. Faktor-faktor ini akan membantu dalam meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara.

Secara umumnya terdapat tiga (3) jenis sistem ekonomi yang sentiasa dibincang dan diamalkan oleh kebanyakkan negara di dunia ini iaitu Sistem Ekonomi Pasaran Bebas (berlaku di negara yang mengamalkan kapitalisme), Sistem Ekonomi Perancangan Pusat yang juga dikenali sebagai Sistem Ekonomi Terancang (berlaku di negara yang mengamalkan sosialis) dan Sistem Ekonomi Campuran (kebanyakkan negara di dunia mengamalkan sistem ini). Ketiga-tiga sistem ekonomi ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersendiri yang akan memberi kesan kepada operasi syarikat dan syarikat itu sendiri.

Di dalam dunia perniagaan usahawan ataupun syarikat perniagaan tidak dapat lari daripada membuat penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya, tidak kira samada syarikat beroperasi di dalam negara atau pun di luar negara mereka. Jika syarikat beroperasi sebagai syarikat multinational maka lebih banyak lagi cabaran sosial dan budaya yang terpaksa difahami dan ditempuhi. Setiap masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia contohnya mempunyai nilai-nilai etika atau gaya hidup tersendiri mengikut bangsa, budaya dan agama. Kebudayaan yang berlainan mempunyai nilai-nilai, norma dan gaya hidup berlainan. Budaya juga merangkumi aspek-aspek kebendaan dan

(8)

OUMM 2103 bukan kebendaan. Persekitaran budaya ini juga dipengaruhi oleh nilai-nilai asas, persepsi, kegemaran dan gelagat atau tabiat pengguna. Institusi seperti keluarga dan masyarakat memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi kesemua elemen-elemen ini.

Kepercayaan dan nilai asas yang dipegang oleh seseorang individu banyak dipengaruhi oleh masyarakat di mana ia dibesarkan. Perbezaan amalan sosial dan budaya masyarakat boleh dikatakan berbeza dalam setiap negara yang berbeza. Aspek Kepercayaan pula merangkumi ciri-ciri kependudukan, contohnya seperti umur, jantina, bilangan penduduk, kaum atau bangsa, taburan pendapatan, bandar atau luar bandar. Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada perubahan pada permintaan, kuasa beli, sasaran, saiz pasaran dan sebagainya. Sebarang keputusan di dalam menjalankan perniagaan atau operasi perniagaan mestilah mengambil kira perubahan-perubahan ini. Aspek budaya pula merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan, bahasa yang digunakan, gaya hidup keluarga, perubahan citarasa pengguna dan lain-lain lagi. Elemen-elemen ini pasti akan mengubah pola permintaan dan ianya akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh syarikat atau usahawan.

Kemajuan persekitaran teknologi sesebuah negara adalah berbeza-beza diantara satu negara dengan negara yang lain. Setiap negara mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk mencapai teknologinya yang tersendiri. Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pantas membangun pasti akan memberi kesan secara langsung kepada syarikat perniagaan. Contohnya seperti komputer dan telefon bimbit, merupakan satu inovasi dalam teknologi yang sentiasa mengalami perubahan. Pada mulanya komputer hanya digunakan untuk menggantikan mesin taip tetapi kini ia boleh menjadi alat pelbagai fungsi sehingga boleh menjadi alat pemain cakera padat samada untuk mendengar muzik ataupun menonton video dan begitu juga dengan perubahan yang berlaku kepada telefon bimbit. Teknologi juga telah mengubah proses pengeluaran sesebuah syarikat. Dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih akan dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan ataupun industri yang sediada. Contohnya seperti syarikat pembuat dan pembekal mesin taip

(9)

OUMM 2103 terbesar satu ketika dahulu iaitu Smith Corona Corporation menjadi muflis apabila munculnya komputer.

UNSUR PERSEKITARAN MAKRO SAMSUNG ELECTRONICS

Samsung Electronics adalah sebuah syarikat multinasional dengan penglibatan dalam pelbagai industri yang berkaitan dengan elektronik. Sebarang perubahan dalam ekonomi yang berkaitan dengan barang-barang elektronik akan memberi kesan kepada organisasi ini. Oleh itu ia adalah sangat penting bagi pasukan pembuat keputusan mereka untuk mengenali elemen-elemen persekitaran makro. Samsung Electronics mengeluar dan memasarkan produk di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Asia serta Eropah dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, mereka perlu mengiktiraf demografi kumpulan sasaran dan ini berbeza-beza antara negara yang berlainan. Sebagai contoh, golongan belia membentuk kebanyakan penduduk di negara-negara seperti Eropah dan India, manakala di beberapa bahagian Asia, kebanyakan pengguna terdiri daripada keluarga yang besar dengan sekurang-kurangnya 6-7 orang ahli.

Unsur-unsur semula jadi persekitaran makro tidak harus diabaikan oleh mana-mana organisasi terutama yang berkecimpung dalam industri elektronik di mana-mana penggunaan logam berat seperti merkuri dan kadmium adalah penting. Oleh itu Samsung Electronics tidak boleh menyelia mana-mana aspek pencemaran yang disebabkan oleh unsur-unsur ini untuk mengekalkan kepercayaan dan hubungan yang baik dengan pelanggan. Sebaliknya, keadaan turun naik harga bagi sumber-sumber semula jadi seperti yang diperlukan dalam pengeluaran LCD dan LED akan memberi kesan kepada kos pengeluaran mereka

Bagi Samsung Electronics, teknologi adalah merupakan suatu yang amat sinonim dalam persekitaran makro mereka. Ini dalah kerana Samsung merupakan salah satu daripada peneraju dalam teknologi untuk peralatan rumah serta telefon pintar berasaskan Android. Hakikat mereka sebagai penjual terbesar telefon pintar di dunia dan peralatan rumah di Asia, jesteru mereka perlu mengikuti atau menjadi pelopor kepada teknologi terkini disamping menjadikan kos pengeluaran lebih rendah atau berada di hadapan

(10)

OUMM 2103 dalam pasaran dengan produk teknologi terkini adalah strategi operasi Samsung Electronics.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, isu-isu politik dan undang-undang telah menjejaskan Samsung Electronics dalam pemasaran produk, terutama keluarga telefon pintar. Sebagai contoh, injunksi oleh Apple Inc untuk berhenti daripada memasarkan Samsung Galaxy siri telefon pintar di Eropah dan Amerika Syarikat, serta pelbagai pelanggaran hak cipta dakwaan masih pada perbicaraan antara Samsung Electronics dan Apple Inc. Secara ringkas, Samsung Electronics seperti setiap organisasi lain yang menghadapi banyak cabaran daripada unsur-unsur dari persekitaran makro. Oleh itu langkah-langkah yang perlu bagi mengenal pasti mereka perlu diambil dan dari situ akan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ini boleh dirancang dan dijalankan.

CADANGAN MENINGKATKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAKRO

Pengurusan persekitaran makro merujuk kepada langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi halangan yang disebabkan oleh unsur-unsur persekitaran makro untuk mengekalkan kelancaran operasi organisasi. Samsung Electronics dipengaruhi beberapa elemen persekitaran makro yang disenaraikan sebelum ini. Pertama sekali, demografi pengguna sasaran adalah penting untuk diiktiraf dan kemudian langkah-langkah yang perlu diambil sama ada untuk banyak memasarkan gajet terkini seperti telefon pintar atau lebih menumpukan kepada barangan konvensional seperti peralatan rumah. Sebagai contoh, di Eropah pasaran alat IT sedang mekar, oleh itu syarikat mempromosi dan memasarkan Samsung Electronics iaitu telefon pintar keluarga, manakala di negara-negara seperti Malaysia di mana permintaan untuk perkakas rumah adalah lebih ketara berbanding dengan alat IT, fungsi itu lebih perlu ditekankan dalam produk peralatan rumah yang dipasarkan di sini berbanding dengan telefon pintar. Ini adalah disebabkan oleh demografi Malaysia di mana purata umur yang berkahwin pada 23 tahun, maka kita mempunyai bilangan keluarga yang lebih ramai berbanding penduduk belia.

Aspek ekonomi persekitaran makro adalah lebih sukar untuk diuruskan sendirian oleh syarikat dengan sendirinya kerana ia biasanya isu nasional atau global. Walau

(11)

OUMM 2103 bagaimanapun, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi penurunan dalam permintaan kerana aspek ekonomi ini. Samsung Electronics boleh tampil dengan pelan pembayaran ansuran untuk perkakas yang dipasarkan di negara yang mempunyai pendapatan per kapita lebih rendah. Selain itu, pilihan pelan pembayaran ansuran juga akan mengatasi kekurangan ketersediaan kredit kepada pengguna. Elemen semula jadi persekitaran makro mungkin merupakan salah satu aspek yang paling penting kerana undang-undang banyak serta peraturan yang digubal baru-baru ini mengenai alam sekitar. Pencemaran dan kekurangan sumber asli atau bahan mentah adalah isu biasa bagi semua kilang bahkan sejak era revolusi perindustrian di Eropah lagi.

Selaras dengan konsep hijau, terdapat banyak pilihan di pasaran untuk menapis atau mengionkan bahan buangan sebuah kilang industri untuk meneutralkan mereka untuk tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan kepada organisma biotik dan abiotik sebelum melepaskan mereka ke dalam ekosistem. Selain itu, sentiasa ada alternatif untuk menggantikan keperluan menggunakan bahan-bahan mentah yang menakutkan. Mengikuti teknologi terkini di pasaran, sama ada dari segi pengeluaran atau penggunaan pengguna, sentiasa satu tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, dengan pasukan pasukan pakar pereka 900 dan 500 saintis, Samsung Electronics seharusnya tidak mempunyai masalah untuk terus menjadi perintis industri dalam inovasi. Walau bagaimanapun, kajian pasaran yang teliti dan pelanggan memerlukan kajian harus dijalankan untuk memastikan bahawa inovasi yang diperkenalkan kepada pasaran adalah selaras dengan permintaan dan trend atau fesyen pengguna

Kesimpulannya, Samsung Electronics seperti mana-mana syarikat multinasional perlu menghadapi unsur-unsur persekitaran makro. Langkah-langkah untuk memperbaiki pengurusan persekitaran makro tidak harus dipandang ringan, kerana ia adalah sangat penting untuk menangani isu yang disebabkan oleh unsur-unsur persekitaran makro. Untuk sebuah syarikat multinasional yang besar seperti Samsung Electronics, walaupun perkara yang mudah seperti dasar atau peraturan baru digubal oleh kerajaan mungkin menyebabkan berjuta-juta ringgit hilang. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk lebih bersedia daripada maaf.

(12)

OUMM 2103 KESIMPULAN

Dengan pelbagai elemen persekitaran makro yang mempengaruhi organisasi, pengurusan yang betul parameter ini yang diperlukan, dan sebagai langkah untuk merancang pelbagai cadangan masa depan juga perlu diambil kira dan menganalisis. Hasil daripada demografi pelanggan, Samsung Electronics datang dengan banyak jualan promosi untuk peralatan rumah serta telefon bimbit termasuk perdagangan dalam lama untuk perkakas baru dan jaminan dilanjutkan untuk mengurangkan kos pembelian dan melanjutkan ketenangan fikiran pelanggan. Selain itu, Samsung Electronics juga mengamalkan strategi yang dikenali sebagai pemasaran produk terpilih berasaskan serantau, di mana keperluan pelanggan ditentukan berdasarkan demografi negara, dari situ ia memutuskan sama ada jenis produk adalah sesuai untuk banyak dipasarkan, sama ada telefon bimbit atau rumah-peralatan.

Ekonomi adalah sebuah ekosistem yang sangat halus, kedua-dua negara itu serta ekonomi global memberi kesan kepada kira-kira permintaan dan bekalan produk. Walau bagaimanapun, dalam persekitaran ekonomi mikro pemiutang semasa sering memberi penyelesaian sementara untuk pelanggan dengan sumber kewangan yang terhad untuk memenuhi keperluan atau kehendak mereka. Selain itu, terdapat pelan ansuran yang ada yang boleh digunakan untuk membiayai pembelian produk yang ditawarkan oleh Samsung Electronics. Oleh itu Samsung Electronics harus mempertimbangkan jenis produk yang ditawarkan kerana terdapat banyak pilihan alternatif untuk pelanggan untuk memilih.

Pada masa ini ia adalah sangat penting bagi syarikat besar untuk menggambarkan imej mengekalkan satu prosedur operasi hijau berikutan kebimbangan terhadap alam sekitar di kalangan orang ramai, oleh itu Samsung Electronics cuba tahap yang terbaik dengan datang dengan alat dan peralatan yang menggunakan kuasa yang kurang dan menjimatkan tenaga.

(13)

OUMM 2103 RUJUKAN

"Australia Says Samsung, Daewoo "Dumping" Washing Machines." 22 September 2003. ApplianceMagazine.com.

"Case 3: Samsung Electronics." Cartwright, Roger. Strategies for Hypergrowth. Oxford: Capstone, 2002.76-82.CSRWire.

"Samsung Intensifies Focus on Eco-Management." 28 July 2010. The Corporate SocialResponsibility Newswire. 13 December 2010 .

Brand Royalty: How the World's Top 100 Brands Thrive & Survive. Philadelphia: Kogan PageLimited, 2004.Kennemer, Quentyn.

"Samsung Hits 1 Million Galaxy Tabs Goal, Ups Ante to 1.5 Million." 03 December2010. phandroid: android phone fans. 13 December 2010

"Location Choices of Korean MNEs in East Asia: escaping the nutcracker." EconomicIntegration in East Asia: Perspectives from Spatial and Neoclassical Economics. Ed. Masahisa Fujita,Satoru Kumagai and Koji Nishikimi. Glos: Edward Elgar, 2008. 203-247.

"Samsung Eternal: From Rice Trading to $174 Billion in Sales." Kim, Myung Oak and Sam Jaffe. The NewKorea: An Inside Look at South Korea's Economic Rise. New York: AMACOM, 2010. 118-131.Kung, Michelle.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam Kompilasi Hukum Islam (KHI) diatur bahwa bagi calon suami dan istri tidak terdapat halangan perkawinan, dan diantara halangan perkawinan tersebut dituangkan

Laman web selain daripada laman web rasmi agensi yang diwujudkan untuk kegunaan tertentu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat

Dalam upaya pengembangan kapasitas diklat dilakukan peningkatan kualitas dan kuantitas sarana dan prasarana diklat melalui perbaikan, pembangunan, modernisasi dan

Penulis tertarik untuk melakukan penelitian mengenai manajemen redaksional majalah Cekidot dalam menarik minat pembaca anak muda di DIY dikarenakan adanya persaingan antar media

Peluang komoditi HS 1804 untuk produk kecantikan merupakan tindak lanjut dari Efek cokelat yang dianggap dapat memberikan ketenangan dan relaksasi dan seiring

Maka, sejajar dengan pernyataan tersebut, penciptaan suatu hasil kesenian sebagai kearifan tempatan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam menjadi cerminan martabat

Masalah dalam penelitian ini dirumuskan sebagai berikut; (1) Apa saja kesalahan ejaan, pilihan kata, dan struktur pada bidang pariwisata di ruang publik Kabupaten Rembang?;

Kode etik profesi auditor telah diatur dalam Standar Auditing (SA)– Standar Profesional Akuntan Publik (SPAP), maka adalah suatu keharusan bagi pribadi yang berada dalam