NOTA KURSUS
TERNAKAN KAMBING
(COMPLETE)
KANDUNGAN NOTA MUKA SURAT
TAJUK 1: INDUSTRI TERNAKAN KAMBING NEGARA, PELUANG PERNIAGAAN, BAKA DAN PEMILIHAN
KAMBING 6
TAJUK 2: ASAS PENGURUSAN KAMBING JAMNAPARI 11
TAJUK 3: KANDANG DAN PERALATAN 13
TAJUK 4: PENGURUSAN ANAK BARU LAHIR HINGGA
CERAI SUSU 16
TAJUK 5: PENGURUSAN KAMBING MUDA, PEMBIAK
DAN PEJANTAN SERTA PEMBIAKAN 22
TAJUK 6: PEMAKANAN KAMBING 28
TAJUK 7: RUMPUT DAN MAKANAN HIJAU SERTA
PENANAMAN RUMPUT 34
TAJUK 8: KESIHATAN KAMBING 40
TAJUK 9: PENYIMPANAN REKOD 46
RUJUKAN 47
PERHATIAN
Nota ini disediakan sebagai panduan kepada para pelatih yang menjalankan kursus Ternakan Kambing Jamnapari
TAJUK 1: INDUSTRI TERNAKAN KAMBING NEGARA, PELUANG PERNIAGAAN, BAKA DAN PEMILIHAN KAMBING
KEDUDUKAN SEKARANG
Bilangan kambing yang rendah (JPH, Sem. Malaysia pd 2006 – 219,473 ekor)
Baka yang kurang produktif
Pengeluaran daging yang rendah
Permintaan daging yang tinggi
Per kapita pengambilan daging 0.5 kg per penduduk
Masih bergantung pada pengimportan kambing hidup (Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan) dan daging kambing (Australia dan New Zealand)
Kos makanan yang tinggi APA YANG PERLU DILAKUKAN
Meningkatkan bilangan ternakan dengan menambah ladang kambing
Meningkatkan bilangan penternak dan pengusaha
Transformasi sistem penternakan
Biosekuriti, sanitari dan fitosanitari
Pertanian campuran
Penyelidikan dan pembangunan – penyakit, makanan
Meningkatkan kualiti ternakan dan produk KAMBING
Kambing adalah ruminan kecil
4 bahagian perut dan ruminasi
Asalnya haiwan liar
Haiwan pencari makanan dan memilih
Berasal dari benua Asia, Eropah dan Afrika
Pemeliharaan (domestikasi) awal berlaku pada kambing di kawasan Asia Barat
BAKA
JENIS TENUSU ASAL
Saanen Eropah
Alpine Eropah
La Mancha Eropah
Toggenburg Eropah
JENIS DAGING
Boer Afrika Selatan
Ma Tou China
Katjang Malaysia
Pygmy Afrika Selatan
Black Bengal India, Pakistan JENIS TENUSU DAN DAGING
Damascus Syria
Barbari India, Pakistan
Jamnapari India, Pkistan
BULU
Kasmir Iran, China
Angora Turkey, Afrika Selatan
KULIT
Red Sokoto Afrika Barat
Sifat-sifat & ukuran Jamnapari
Tinggi puncak : 65 – 75 cm Lingkaran dada : 58 – 67 cm Panjang badan : 59 – 81 cm Panjang telinga : 10 – 28 cm Panjang tanduk : 5 – 10 cm Berat dewasa : 35 – 45 kg Berat karkas : 15 – 20 kg
PEMILIHAN KAMBING BAKA Asas pemilihan
Pemilihan ternakan berasaskan kepada keperluan pasaran dan permintaan setempat. Faktor pengeluaran turut diambil kira.
Permintaan – keperluan pasaran dan harga
Peningkatan berat badan yang cepat
Tahan penyakit dan cuaca panas dan lembab sperti di Malaysia
Pengeluaran susu yang tinggi Ciri-ciri baka Jamnapari
Upaya hidup dengan baik di negara panas dan banyak hujan seperti di Malaysia
Tahan lasak dan kurang penyakit
Berat anak semasa dilahirkan adalah tinggi
Kenaikan berat badan yang cepat
Mencapai 75 – 80 % berat badan maksimum pada umur 1 tahun
Keluaran susu yang tinggi – boleh menampong keperluan 2 – 3 ekor anak
Jarak kelahiran yang rapat Kenapa tidak baka Boer?
Sumber terhad
Harga
Perlukan kawasan Umur dan berat badan
Faktor berat badan adalah lebih baik untuk menilai prestasi kambing (juga ruminan lain) dari umur. Contoh: Dengan makanan yang baik, kambing akan cepat besar. Terdapat kambing yang berat badannya mencapai berat badan 70 – 75 % dari berat badan maksimum kurang se tahun. Kambing ini boleh dibiakkan awal.
Kambing yang sama jika tidak mendapat makanan yang bermutu tidak akan mencapai berat badan seperti di atas dan akan dibiakkan lebih lewat lagi.
Status kesihatan
Pilihlah kambing yang disahkan bebas dari penyakit yang berjangkit dan berbahaya. Perkhidmatan ini diberikan oleh jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
Kambing bebas dari penyakit berjangkit dan berbahaya seperti penyakit kuku dan mulut, brucellosis dan CLA
Kambing bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberikan rawatan yang sesuai
Kambing yang sehat tubuh badan, tidak cacat dari segi fizikal dan bukan kambing bantut.
Pemilihan trait (sifat) kambing baka Jamnapari bermutu
Bentuk tubuh badan yang cantik, kaki yang tegap dan lurus apabila berdiri
Kesihatan yang baik
Kadar pertumbuhan badan yang cepat
Pengeluaran susu yang tinggi
Kelahiran kembar – cuba dapatkan ibu dan jantan yang mempunyai kelahiran kembar. Dalam 2 tahun kambing akan beranak 3 kali. Dengan itu anda akan memperolehi 6 ekor anak dalam tempoh tersebut
Sifat bagi pemilihan jantan untuk baka Jamnapari
Sihat dengan tubuh yang besar, panjang dan tiada kecacatan
Dada yang lebar dan bidang
Tulang dada dan belakang serta dua pasang kaki hadapan dan belakang yang kuat.
Zakarnya perlulah baik dan berupaya keluar dan masuk.
Dua buah zakar yang sama besar dan tergantung dengan baik dan tidak terlabuh
Aktif dan mempunyai libido yang tinggi
Zakar yang anjal dan boleh melakukan ereksi
Daripada keturunan beranak kembar
Bulu yang bersih, berkilat dan sihat
Ternakan muda
Tiada pertalian darah dengan kambing betina di dalam kumpulan
Sifat bagi pemilihan betina untuk baka Jamnapari
Sihat, tidak terlalu gemuk
Tiada kecacatan
Kaki yang lurus dan kuat
Sistem peranakan normal
Keupayaan menjadi ibu (sifat keibuan )
Ambing susu perlu besar dan tergantung dengan baik.
Kulit kelenjar lembut dan licin serta mempunyai pembuluh susu yang nyata
Kedua-dua puting susunya pula sederhana besar dan terletak dengan baik
Daripada keturunan beranak kembar
Bulu yang bersih, berkilat dan sihat
Ternakan muda
Kecacatan tubuh
Rahang yang tidak selari, atas dan bawah
Tanduk berpusing kearah leher
Hanya satu testis atau dua tetapi berlainan saiz
Tanda jangkitan, pembengkakan puting
Kaki membentuk ’ X ’
Mata buta
PELUANG PERNIAGAAN DI DALAM INDUSTRI KAMBING
Penternak
Pengumpul/Pembekal/Pengimport
Penjual daging & karkas
Pemeroses daging
Pembekal makanan, ubat-ubatan ternakan kambing
TAJUK 2: ASAS PENGURUSAN KAMBING JAMNAPARI
APA PENGURUSAN TERNAKAN?
Segala aktiviti yang dijalankan kepada haiwan ternakan untuk meningkatkan pengeluaran
Penternak perlu menguruskan keperluan asas kambing o Kandang
o Makan / minum o Kesihatan o Pembiakan dll
KENAPA PERLU PENGURUSAN?
Berlaku pemeliharaan ternakan (domestikasi) yang sebelum ini duduk di hutan
Perpindahan persekitaran (environmen)
Manusia meningkatkan pengeluaran untuk susu, daging, bulu & kulit
Mengurangkan keadaan seperti: o Pembesaran badan yg terencat o Ketidakseragaman
o Penyakit & kematian
SISTEM-SISTEM PENGURUSAN KAMBING 1. Sistem lepas bebas
Kambing di lepas bebas meragut di tepi jalan dan di kebun/ladang getah atau sawit
Menimbulkan masalah sosial – masuk sawah padi, kebun sayur dan makan bunga
Tiada kawalan penyakit. Jika berlaku serangan penyakit, kematian adalah tinggi
2. Sistem separuh intensif (semi-intensive)
Kambing meragut di padang ragut
Makanan konsentrat disediakan di dalam kandang
Ternakan bermalam di dalam kandang
Ternakan 24 jam di dalam kandang
Rumput dan konsentrat diberikan di dalam kandang
Kesihatan lebih terjamin kerana kambing tidak terdedah punca atau agen penyakit berjangkit
PENGURUSAN TERHADAP KAMBING JAMNAPARI
Secara am terdapat 2 jenis pengurusan. Ada pengurusan yang perlu dijalankan secara harian atau setiap hari dan ada yang dijalankan berkala (iaitu apabila tiba masa dan diperlukan)
Harian
Berkala
Pengurusan harian – makan/minum ( pemberian susu), rawatan, pembiakan, kebersihan kandang, penyimpanan rekod, pemerhatian terhadap ternakan
Pengurusan berkala – suntikan vaksin, rawatan cacing & kutu, pengenalan, pemotongan kuku, menimbang
Pengurusan juga berbeza mengikut jenis baka yang dipelihara berdasarkan baka dan peringkat umur kambing
Baka – daging, susu, bulu
TAJUK 3: KANDANG DAN PERALATAN
KENAPA PERLU KANDANG?
Kandang adalah keperluan asas bagi haiwan ternakan seperti kambing
Kandang melindungi kambing dari panas
Melindungi dari binatang liar seperti anjing dan kecurian
Membantu pengasingan ternakan
Memudahkan pengurusan – boleh dijalankan di dalam kandang mengikut kumpulan
PEMILIHAN LOKASI
Ada jalan keluar dan masuk untuk pemindahan input dan output
Tidak terlalu dekat dengan kawasan perumahan
Kawasan yang kering dan tidak menakong air
Kawasan yang berpokok untuk elak tegasan panas waktu tengahari
Mempunyai punca air bersih ke kandang KEDUDUKAN BINAAN KANDANG
Jika kandang yang panjang ingin dibina, kawasan yang dipilih hendaklah boleh menempatkan kedudukan kandang dengan arah utara-selatan bagi membolehkan kandang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang
Jika lebih dari satu kandang ingin dibina, jarak antara 2 kandang dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan kandang itu sendiri
PEMBINAAN KANDANG
Rangka kandang
o Pelbagai ukuran mengikut kesesuaian penternak
o Ada yang mendirikan lebar kandang 24 kaki dengan panjang yang melebihi 100 kaki
o Lebar 24 kaki ini akan membenarkan cahaya memasuki hingga ke tengah kandang pada waktu pagi atau petang
o Bila cahaya boleh memasuki kawasan kandang, lantai akan lebih kering dan baik untuk kesihatan kambing
o Kayu keras digunakan pada tiang, rasuk, alang untuk kegunaan yang lama. o Pemilihan kayu untuk lantai, dinding dan bumbung terpulang kepada
penternak kerana ia mudah diganti
Lantai
o Ketinggian 5 – 6 kaki bagi memudahkan pembuangan najis
o Jika terlalu rendah akan menyebabkan kambing terdedah pada perwapan ammonia yang terbentuk dari air kencing yang terkumpul di bawah kandang
o Lantai menggunakan kayu 1 in x 2 in dengan jarak 0.5 in
o Ruang lantai untuk se ekor kambing Jamnapari dewasa ialah 1.5 meter persegi dengan anak 0.5 meter persegi
Lantai bawah kandang
o Lantai tanah ( ditambah pasir) o Lantai simen
Atap
o Tinggi lantai dengan alang – 8 kaki
o Atap terbaik adalah dari aluminium kerana atap ini memantulkan cahaya panas. Suhu dalam kandang lebih rendah.
o Bahan-bahan atap dari zink dan asbestos akan menyerap haba dan ini menyebabkan suhu dalam kandang menjadi lebih tinggi
o Bumbung bentuk bertingkat atau pisang sesikat akan membantu pengeluaran haba
Dinding
o Ketinggian dinding dari lantai sekurang-kurangnya 4 kaki. o Bagi kambing jantan, 5 kaki adalah mencukupi
Tangga
o Tidak terlalu curam. Kecuraman 30 – 40 darjah o Kelebaran 3 – 4 kaki adalah mencukupi
Palong makanan
o Dipasang di luar kandang untuk mengelakkan najis memasuki palong makanan
o Menggunakan palong air plastik atau saloran air plastik 6” yang dibelah dua
o Palong makanan juga diperbuat dari papan dan kayu
Bekas minum air / “automatic drinker”
o Bekas minuman yang terdiri dari baldi atau bekas plastik adalah sesuai walaupun sukar elak najis dari memasuki bekas tersebut
o Bagi yang mampu air minuman boleh diperolehi dari ”automatic drinker”. Satu unit untuk 10 ekor adalah memadai
TAJUK 4: PENGURUSAN ANAK BARU LAHIR HINGGA CERAI SUSU
TANDA-TANDA BUNTING AKHIR
Pembesaran abdomen
Pembesaran ambing susu
Rembesan cecair seperti susu bermula
Vulva bengkak dengan lendir yang pekat
Abdomen relax dan ke bawah TANDA-TANDA KELAHIRAN
Resah
Mengasingkan diri
Sering duduk dan bangun
Kelihatan kencing beberapa kali
Kelahiran bermula PROSES KELAHIRAN Fasa 1
Proses kelahiran bermula apabila ibu kambing mula meneran dan ini menolak kandongan . Ibu kambing akan sama ada baring atau berdiri semasa kelahiran
Penolakan pundi air allantois dan amniotik ke arah cervik. Cervik terbuka luas dan membentuk laluan lurus. Pundi air allantois pecah
Fasa 2
Penolakan anak melalui cervik ke vagina selepas pundi air amniotik pecah. Penolakan dibantu oleh penguncupan otot rahim dan abdomen
Kedudukan anak yang normal adalah kepala dan kaki depan semasa kelahiran
Jika anak 2 – 3 ekor, kelahiran yang kedua atau ketiga berlaku 5 – 30 minit selepas kelahiran sebelumnya
Fasa 3
Nota:
- Proses kelahiran mengambil masa kira-kira 1 jam
- Sekiranya proses kelahiran tidak berlaku selepas 1 jam, bantuan adalag diperlukan Tempoh bunting Kuda - 336 hari Lembu - - 282 hari Kambing - 150 hari Babi - 114 hari Anjing - 63 hari ANAK KAMBING Selepas kelahiran
Bersihkan lendir pada mulut dan hidung anak untuk membantu pernafasan
Ibu akan turut menjilat lendir dan proses ini turut membantu pernafasan dan edaran darah
Anak mula berdiri Pengurusan anak baru lahir
Pengambilan kolostrum Rawatan pusat Pengenalan Timbang Rekod 1. Pengambilan kolostrum
Kolostrum adalah susu awal selepas kelahiran
Berwarna kuning dan pekat (pepejal yang tinggi)
Mengandungi antibodi yang boleh melindungi anak kambing dari serangan penyakit sehingga berumur 2 – 3 bulan. Anak mesti mendapat kolostrum untuk perlindungan dari penyakit. Jika tidak, anak akan mudah mendapat penyakit dan kadar kematian adalh tinggi
Beri bantuan pada anak yang menghadapi masaalah menghisap kolostrum dari puting susu ibu
Beri kolostrum secepat mungkin – dalam masa se jam selepas kelahiran, 2 – 3 kali sehari
Biasakan menyimpan kolostrum yang berlebihan (yang diperah sebelum 12 jam selepas kelahiran) dan bekukan di dalam petisejuk. Kolostrum ini boleh
digunakan apabila ibu mati atau kurang kolostrum selepas kelahiran.
Kuantiti pengambilan kolostrum
Dianggarkan 10 % dari berat badan anak kambing untuk sehari
Jika anak mempunyai berat badan 2 kg, kolostrum diperlukan adalah 200 ml (10 %). Jika diberi 2 kali sehari, anak kambing akan minum kolostrum 100 ml disebelah pagi dan 100 ml lagi disebelah petang.
Jika diberi 3 kali sehari, anak kambing akan diberi anggaran 60 – 70 ml kolostrum setiap kali pemberian
Beri setiap hari sehingga susu bertukar kepada susu segar
Kandongan kolostrum
Kandongan Kolostrum (jam) Susu segar
0 12 24 Pepejal (%) 25 20 7 12 Lemak (%) 6 5.5 5 3.6 Protin (%) 11 9.6 7 3.2 Antibodi (mg/ml) 38 32 21 - 2. Rawatan pusat
Selepas kelahiran tali pusat masih lagi merupakan saluran yang membolehkan kuman memasuki abdomen anak kambing
Tali pusat akan putus semasa kelahiran. Jika panjang ia boleh dipotong sehingga 2 – 3 inci dari pusat
Sapu atau rendamkan tali pusat dengan tincture iodine untuk membunoh kuman
Lakukan sehingga pusat kering ( 4 – 5 hari)
Pusat yang tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan pada pusat (sakit pusat) dan merebak ke sendi (sakit sendi). Pusat dan lutut akan bengkak dan bernanah. 3. Pengenalan
Anak kambing diberikan pengenalan
Pengenalan adalah penting untuk sistem rekod yang berkesan 4. Timbang
Timbang anak yang telah dilahirkan selepas bulunya kering
Data yang diperolehi boleh digunakan untuk mengetahui kenaikan berat badan dan purata kenaikan berat harian. Angka ini juga boleh digunakan sebagai asas pemilihan kambing pada masa hadapan
5. Rekod
Catatkan butiran yang diperolehi ke dalam rekod kelahiran dan stok ternakan
Antara butiran yang berguna termasuklah: o Tarikh lahir
o No pendaftaran o Berat lahir
o Pengenalan ibu/bapa o Jantina dll
PENGURUSAN PEMAKANAN ANAK KAMBING
Makanan utama anak kambing adalah susu
Selepas 6 – 7 hari, kolostrum dari ambing susu ibu akan bertukar kepada susu segar. Berikan anak kambing menghisap susu segar dari ibunya
Jika ibu tidak mempunyai susu yang cukup, dapatkan susu segar dari ibu yang lain. Susu diberi sama ada membenarkan anak menghisap dari ibu tersebut. Jika tidak dibenarkan, perah susu segar tersebut dan berikan dengan menggunakan botol susu berputing
Pemberian susu tepong
Pemberian susu gantian juga menggunakan peratusan 10 % berat badan
Contoh:
o Jika anak kambing mempunyai berat badan 5 kg.
o Jumlah susu yang diperlukan adalah 500 ml (10 % berat badan) untuk sehari.
- Jika diberi 2 kali sehari, anak akan menerima 250 ml pada sebelah pagi dan 250 ml lagi disebelah petang
- Jika 3 kali sehari, berikan 80 – 90 ml susu setiap kali pemberian susu
Membancuh susu gantian
Susu segar dari ibu mempunyai pepejal 10 – 12 %. Dengan itu anda perlu membancuh susu gantian agar kandungan susu cair selepas dibancuh mempunyai peratus pepejal sekurang-kurangnya 10 %. Ini bermakna setiap 100 ml susu cair akan dibancuh
menggunakan 10 gm susu gantian dan dibubuh air sehingga menjadi 100 ml
Jika anak kambing memerlukan 250 ml susu, sebanyak 25 gm susu gantian perlu dibancuh dan dicampur dengan air sehingga 250 ml.
MAKANAN RUMPUT DAN KONSENTRAT
o Mulakan awal (minggu kedua) selepas kelahiran
o Sediakan konsentrat dan rumput pada jumlah yang kecil untuk dibiasakan dan dicuba oleh anak kambing
o Ini akan mencepatkan pembentukan perut untuk penghazaman makanan rumput dan konsentrat
o Sediakan air yang bersih pada setiap waktu
PEMBIAKAN
Tidak lagi penting pada masa ini. Anak jantan dan betina bersama ibu boleh dicampurkan bersama.
KESIHATAN
Cirit-birit berpunca dari terlebih susu atau jangkitan kuman Selsema
Jangkitaqn pusat dan sendi Patah/terseliuh
Ekto-parasit
PENCERAIAN SUSU
o Lakukan beransur-ansur selepas anak berumur kira-kira 2 bulan
o Pada umur ini anak kambing telah boleh mengambil rumput dan konsentrat o Anak diasingkan dari ibu sebelah pagi selepas menghisap susu, campurkan
dengan ibu semasa penyususan disebelah petang. Asingkan semula dari ibu selepas penyusuan sebelah petang.
o Lakukan kira 2 minggu sebelum diasingkan sepenuhnya dari ibu apabila telah mencapai umur 3 bulan.
TAJUK 5: PENGURUSAN KAMBING KUMPULAN MUDA, PEMBIAK DAN PEJANTAN SERTA PEMBIAKAN
1. KAMBING MUDA
Ini adalah kumpulan kambing yang telah dicerai susu (2 – 3 bulan) dan dipisahkan sepenohnya dari ibu mereka. Secara am kumpulan ini adalah anak kambing yang berumur dari 3 bulan hingga ke 6 bulan.
Tekanan (stress) dari proses cerai susu masih berlaku. Berikan anti-stress yang mengandungi vitamin minuman atau secara suntikan 3 – 5 hari sebaik saja diceraikan susu dan dipisahkan dari ibu.
Kambing muda yang terdiri dari jantan dan betina selepas cerai susu/ibu
Anak-anak jantan dan betina boleh disimpan ke dalam petak yang sama.
Pembiakan tidak berlaku pada masa ini.
Anak betina dan jantan (dikembiri) yang tidak sesuai untuk pembiakan dalam satu petak untuk penggemokan
Pembiakan
Aktiviti pembiakan masih tidak penting pada masa ini. Kesihatan
Aktiviti kesihatan
- saringan darah, pemvaksinan - berikan rawatan jika ada yang sakit
- nyah cacing dan nyah kutu dijalankan, jika perlu - potong kuku jika panjang
Makanan
Pemakanan & minuman dikawal rapi kerana ia akan mempengaruhi
tumbesar kambing seterusnya. Ini adalah masa di mana pembesaran badab berlaku dengan cepat
Cadangan makanan
o Konsentrat : 100 – 1500 gm/hari o Rumput : 3 – 4 kg sehari o Garam jilat disediakan
2. KAMBING PEMBIAK
Pada masa dulu, kambing betina dikatakan dewasa ketika berumur berumur 12 bulan (1 tahun). Jantan pula semasa berumur 18 bulan (1.5 tahun).
Kambing betina Jamnapari didapati menunjukakan tanda berahi (minta kahwin) ketika berumur 6 - 9 bulan. Tetapi pada masa ini perkembangan sistem peranakan dan ambing susu belum lagi terbentuk sepenohnya untuk menampong kebuntingan pada kali pertama. Perkahwinan yang dirancang akan dijalankan selepas kambing dara tersebut telah
mengalami 2 atau 3 kali pusingan berahi berikutnya.
Dengan sistem pengurusan yang lebih baik serta disokongan dengan makanan yang lebih bermutu, pembiakan kambing adalah dicadangkan apabila berat badan kambing dara dan jantan mencapai 70 % berat badan maksimum.
Jika:
Berat badan maksimum Jumnapari Jantan - 50 kg
Berat badan maksimum Jamnapari betina - 40 kg Ini bermakna:
Berat badan Jamnapari jantan mula membiak - 35 kg Berat badan jamnapari betina mula membiak - 30 kg
AKTIVITI PENGURUSAN Makanan
Pastikan kambing mendapat makanan/air yang mencukupi dengan makanan yang bermutu
Konsentrat : 100 – 150 gm sehari
Kesihatan
Kambing perlu berada di dalam tahap kesihatan yang tinggi
Beri vaksin supaya anak akan dilindungi dari penyakit
Beri rawatan cacing
Beri rawatan kutu, jika perlu
Potong kuku jika panjang Pembiakan
Masa lalu, umur yang menentukan masa untuk aktiviti pembiakan pada kali pertama.
Sekarang berat badan digunakan sebagai tanda kambing jantan dan betina telah bersedia untuk dibiakkan
Pada berat badan 70 % dari berat badan maksimum, kambing betina telah boleh dibiakkan. Begitu juga kambing jantan.
Perhatikan tanda berahi pada kambing betina kerana ini menandakan kambing betina anda telah mula sesuai untuk dibiakkan
Sistem peranakan akan berfungsi sepenuhnya apabila kambing betina menunjukkan tanda-tanda berahi pada kali 2
Supaya tidak lupa, rekod tarikh kambing betina anda menunjukkan tanda berahi supaya selepas tanda berahi kedua, anda telah boleh kahwinkan dengan kambing baka jantan yang terdapat di kandang anda
Tanda-tanda berahi:
o Alat kelamin luar (faraj) merah dan bengkak o Faraj mengeluarkan cairan lendir yang jernih o Kambing betina menggerakkan ekor berterusan o Kambing betina gelisah dan mengembek
o Nafsu makan menurun dan nafsu berahi naik sehingga membenarkan kambing lain memanjatnya
Bila kambing betina dikahwinkan?
o Kahwinkan kambing betina dengan kambing jantan 8 – 12 jam setelah mula tanda berahi dilihat
o Asingkan kambing betina yang mempunyai tanda berahi dari kambing betina dewasa yang lain dalam petak agar dapat bersama kambing jantan beberapa jam untuk mempastikan perkahwinan berlaku dan kambing betina bunting.
o Selepas beberapa jam ( 3 – 4 jam), kambing betina boleh dikeluarkan dari petak jantan dan masukkan ke dalam petak asal (petak kambing betina dewasa)
Data pembiakan Jamnapari
Umur mula membiak (bulan) : 18 (jantan), 12 (betina)
Tempoh pusingan berahi (hari) : 14 – 17
Tempoh berahi (jam) : 24 – 36
Berahi pertama (bulan) : 10 – 12
Jangkamasa bunting (hari) : 147 – 160
Jarak kelahiran (hari) : 207 – 259
Jumlah beranak dlm 2 tahun (kali) : 3
Jumlah anak (ekor) : 1 – 3
Berat lahir (anak tunggal) (kg) : 2.6 – 5
Berat kelahiran kembar (kg) : 2 – 3 kg
Umur cerai susu (bulan) : 2 – 3
Pengeluaran susu harian (kg) : 1.5 – 3
Tempoh laktasi (bulan) : 7 – 10
Bilangan laktasi produktif (kali) : 8 3. KAMBING BUNTING
o Tanda berahi tidak timbul lagi apabila kambing betina bunting o Tempoh bunting bagi kambing adalah dalam lingkongan 150 hari ( 5
bulan)
o Tanda-tanda umum kambing bunting: o Abdomen yang membesar o Pembesaran ambing susu Perhatikan:
o Makanan /air yang mencukupi. Beri konsentrat 200 – 250 gm sehari dengan rumput 5 kg sehari
o Kesihatan yang baik
o Lantai sentiasa kering agar tidak licin untuk elak kambing terjatuh yang boleh menyebabkan keguguran
4. KELAHIRAN Sila lihat TAJUK 4
5. IBU SEMASA PEMERAHAN SUSU
o Kelahiran menyebabkan pengeluaran kolostrum dari selepas kelahiran hingga seminggu
o Selepas itu ibu kambing akan mengeluarkan susu segar sehingga 5 – 6 bulan
o Makanan dan kesihatan adalah penting pada masa ini. Beri konsentrat 250 – 300 gm/hari dengan rumput 5 kg sehari
o Radang ambing (mastitis) perlu dirawat dengan segera, jika berlaku. Rawatan dengan antibiotik selama 3 – 5 hari berturut-turut secara suntikan akan menyembohkan penyakit tersebut
6. IBU SEMASA KERING
o Masa kering adalah penting untuk memulihkan sistem peranakan dan ambing susu ibu kambing
o Rehatkan sekurang-kurangnya dua bulan selepas susu kering sebelum ibu melahirkan anak semula
o Jika radang ambing berlaku kerap di kandang anda, beri suntikan antibiotik (antibiotik jangkamasa panjang- long acting antibiotik) bagi mengawal radang ambing dari berlaku pada kelahiran yang akan datang o Beri konsentrat 150 – 200 gm sehari dengan rumput 5 kg sehari
7. KAMBING BAKA JANTAN
o Kambing jantan mula menunjukkan aktiviti seksual ketika berumur 8 - 9 bulan jika mendapat pengurusan yang baik
o Pejantan akan mula digunakan apabila berumur 12 bulan ke atas dan boleh digunakan sehingga berumur 5 – 6 tahun
o Beri konsentrat 200 – 250 gm sehari dengan rumput 5 kg sehari o Kriteria pemilihan kambing jantan:
1. Ibu yang tinggi pengeluaran susu 2. Cepat membesar
Sistem penggunaan baka pejantan 1. Baka jantan sentiasa diasingkan
Kambing betina dibawa ke kandang jantan untuk dikahwinkan 2. Kambing jantan sentiasa di kandang dengan kambing betina
Kambing jantan dimasukkan ke dalam petak sekumpulan kambing betina sehingga 45 hari (1.5 bulan)
Ini akan membolehkan ia melakukan perkahwinan untuk dua kali pusingan berahi kambing betina
Pada waktu ini kambing jantan boleh berkahwin sehingga 20 – 30 ekor betina
Keluarkan kambing jantan itu dan rehatkan hingga sebulan sebelum dimasukkan semula ke petak yang mengandungi 20 – 30 kambing betina dari kumpulan betina sebelumnya atau yang lain
Sistem ini adalah sesuai jika penternak tidak dapat mengesan berahi kambing betina
Pengurusan Pembiakan Semula Ibu Kambing
Pengurusan yang baik akan melihat kambing betina beranak 3 kali dalam tempoh 2 tahun
Ibu kambing dibiakkan semula 3 bulan selepas beranak dan sewaktu ibu kambing masih mengeluarkan susu sehingga 6 bulan
Selepas 6 bulan, susu ibu akan kering / dikeringkan selama 2 bulan bagi memberi masa untuk sel-sel ambing susu pulih semula
Selepas 2 bulan, anak kambing yang baru dijangka akan dilahirkan Carta Pembiakan dan Kelahiran Kambing Jamnapari
TAJUK 6: PEMAKANAN KAMBING
Makanan adalah penting untuk pengurusan kambing yang berkesan. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti (jumlah pengambilan) perlu diambilkira, kualiti makanan juga perlu diperhatikan.
Makanan yang cukup dan berkualiti akan mempengaruhi pembesaran, pembiakan dan kesihatan kambing.
Kambing yang mendapat makanan yang cukup akan membesar dengan cepat.
Penyelidikan pada ternakan menunjukkan makanan yang bermutu akan mempengaruhi peningkatan berat badan yang cepat. Dengan itu berat badan kambing betina pada pertama kali dibiakkan akan dicapai lebih awal (6 – 8 bulan) dari biasa (10 – 12 bulan). Pada kambing jantan, ia boleh dibiakkan lebih cepat lagi pada masa 9 – 10 bulan dan bukan 15 – 18 bulan seperti amalam yang lama.
Kambing yang tidak mendapat cukup makanan akan mudah diserang penyakit.
TUJUAN MEMBERI MAKANAN
Membekalkan tenaga
Pembesaran – cepat besar, cepat matang
Pengeluaran – susu, daging, bulu dan anak
Ketahanan melawan penyakit MAKANAN MEMBEKALKAN:
1. Karbohiderat
2. Protin
3. Lemak
4. Vitamin – A,D,E,K, B1, B2, C, Niacin
5. Galian – Ca, P, Cu, Mn, Mo
6. Air Nota:
1,2,3 – makanan primer =(bekal tenaga)
4,5,6 – makanan sekunder =(penting untuk hidup dan bukan sumber tenaga)
ASAS PEMAKANAN KAMBING
Kambing adalah ruminan yang mempunyai 4 bahagian perut
Ruminan juga melakukan ruminasi – aktiviti mengeluar dan mengunyah semula makanan (serat rumput) yang telah disimpan di dalam perut babat (perut pertama)
Ruminan perlukan rumput yang membekalkan serat (selulos)
Tetapi, makanan yang terdiri dari rumput sahaja tidak membekalkan zat makanan (nutrien) yang mencukupi
Dengan itu konsentrat perlu ditambah
JENIS MAKANAN KAMBING
Selain kolostrum dan susu bagi anak kambing, 3 jenis makanan lain untuk kambing adalah seperti berikut:
Rumput
Konsentrat
Garam galian RUMPUT
Rumput membekalkan serat untuk dicerna di dalam perut
Terdapat bakteria di dalam perut yang membantu pencernaan serat untuk menghasilkan bahan tenaga untuk kegunaan kambing
Serat tidak mudah dicerna. Ia akan berada lama di dalam perut
Kambing perlu rumput (serat sumber lain) anggaran 70 % dari jumlah makanan harian
Baki 30 % adalah dari konsentrat Contoh rumput
Rumput Guinea (Panicum maximum)
Rumput Napier – gajah (Pennisetum purperum)
Rumput Setaria
Petai belalang – jenis kekacang (Leucaenia leucocephala)
Kekacang
Daun nangka
ANALISIS MAKANAN
Bertujuan menentukan kandongan zat makanan yang terdapat di dalam makanan seperti rumput dan konsentrat
1 kg makanan dihantar ke makmal untuk ujian
Makmal akan menentukan kelembapan, serat, protin, lemak, galian dan tenaga Kandongan serat
Rumput gajah 24 %
Jerami padi 29 %
Pucuk tebu 35 %
Batang jagung manis 30 %
Kulit kacang soya 35 %
Pelepah sawit 45 %
Kulit nenas 10 %
Hampas tebu 31 % KONSENTRAT (DEDAK)
Bijirin dan hasil buangannya mempunyai selulos yang rendah
Zat makanan di dalam konsentrat adalah lebih tinggi dari rumput
Makanan ini mudah dicerna dan dikenali sebagai konsentrat (dedak)
Konsentrat adalah makanan tambahan untuk menampong kekurangan zat makanan pada rumput
CONTOH KANDONGAN ZAT MAKANAN PADA KONSENTRAT
Kelembapan 12 % Protin kasar 16 % Lemak kasar 6 % Kalsium 0.6 % Fosforus 0.5 % Tenaga metabolisma 10 MJ/kg
BAGAIMANA KONSENTRAT DISEDIAKAN?
Konsentrat mengandungi zat tenaga, protin dan garam galian dengan sukatan tertentu
Zat-zat makanan ini diperolehi dari sumber/bahan seperti berikut: Bahan protin - dedak isirong kelapa sawit
- dedak kacang soya - hampas tauhu - ikan baja
- hampas bir (brewers grain) Bahan tenaga - dedak isirong kelapa sawit
- jagong kisar - sekoi
- dedak gandum - hampas sagu rumbia - gula molases
Bahan galian - garam
- trikalsium fosfat (untuk kalsium & fosforus) - dikalsium fosfat (untuk kalsium & fosforus) - kapor ( limestone untuk kalsium)
Dengan menggunakan formula khas dan mencampurkan bahan-bahan yang menandongi protin, tenaga dan galian, maka konsentrat akan terhasil.
Contoh formula konsentrat 1 (sesuai untuk kambing/bebiri membesar dan penggemokan)
Hampas kelapa sawit 65 % 97.5 %
Beras hancur 32.5 % -
Garam 1 % 1 %
Trikalsium fosfat 1 % 1 %
Kapor (limestone) 0.5 % 0.5 %
Zinc oxide 0.1% (1 kg/tan campuran) 0.1 % --- ---
100 % 100 %
Contoh formula konsentrat 2 (sesuai untuk kambing/bebiri penusu)
Hampas kelapa sawit 74.5 %
Dedak soya 10.0 %
Jagong kisar 13.0 %
Garam 1.0 %
Trikalsium fosfat 1.0 %
Kapor (limestone) 0.5 %
Zinc oxide 0.1 % ( 1 kg/tan campuran) GARAM GALIAN
Garam galian terutama zat kalsium dan fosforus penting untuk keperluan tulang dan gigi
Walaupun zat galian terdapat dalam makanan yang diberikan kepada kambing, dikhuatiri kuantitinya tidak mencukupi.
Garam jilat boleh disediakan atau dibeli oleh penternak Contoh formula garam jilat
Garam 40 % (4 kg) Trikalsium fosfat 40 % (4 kg) Kapor (limestone) 20 % (2 kg) --- 100 % (10 kg) --- PANDUAN MEMBERI MAKAN KEPADA KAMBING
Secara umum kambing anda memerlukan rumput atau bahan hijau 10 % dari berat badan kambing
Bagi rumput yang dipotong dan diberikan di dalam kandang, anggaran 4 – 5 kg bagi kambing dewasa yang beratnya 40 – 50 kg
Bagi daun-daun hijau berikan 15 – 20 % dari berat badan sebab tak semua akan diambil oleh kambing seperti ranting dan batang
Sebaik-baiknya rumput disediakan secukupnya (ad lib)
Pemberian konsentrat pula berdasarkan tujuan dan peringakat umur ternakan dipelihara
o Aqiqah - 50 – 80 gm/hari o Membesar - 100 – 150 gm/hari o Pembiakan - 100 – 150 gm/hari o Menyusu - 250 – 300 gm/hari o Baka jantan - 200 – 250 gm/hari
KEKERAPAN PEMBERIAN MAKANAN
Beri makanan hijau dahulu dan diikuti makanan konsentrat
Elak kembong
Petang – tambah makanan hijau
AIR
Kambing Jamnapari memerlukan air yang bersih anggaran 1.5 – 2.5 liter sehari
Sediakan air yang bersih setiap masa
Kambing muda perlukan lebih banyak air dari kambing tua
Makanan konsentrat memerlukan lebih banyak air kerana ia kering
Suhu yang tinggi (cuaca panas) akan menyebabkan kambing mengambil air lebih
TAJUK 7: RUMPUT DAN MAKANAN HIJAU SERTA PENANAMAN RUMPUT
Penternak digalakkan menanam rumput sebagai sumber makanan untuk kambing. Rumput yang ditanam biasanya terdiri dari rumput terpilih yang biji benihnya diimport dari luar negara.
Selain dari rumput terpilih, kambing Jamnapari anda juga turut mengambil makanan hijau (foraj) yang boleh diperolehi dari daun-daun pokok (seperti nangka, mengkudu) dan kekacang (Centro, Peuro, Desmodium) dan rumput tempatan (rumput kerbau, selaput tunggul) dll.
Kambing juga boleh diberikan makanan buangan hasil pemerosesan pertanian seperti hampas soya dan sago, kulit pisang dan koko, batang jagong, hampas tebu dll.
Rumput membekalkan zat makanan (nutrien) yang mengandungi air, karbohiderat, protin, lemak, vitamin dan galian. Bagi ruminan seperti kambing, serat adalah bahagian yang penting untuk dicerna di dalam perut yang kemudiannya menghasilkan bahan tenaga yang akan digunakan oleh kambing untuk meneruskan kehidupan. Jika makanan hijau yang diambil berserta dengan konsentrat adalah mencukupi dan berkualiti, pembesaran berserta dengan proses pembiakan, kesihatan dan pengeluaran anak, susu, daging dan bulu akan berlaku secara optimum.
Serat juga boleh didapati dari hasil buangan seperti batang jagong, jerami padi, hampas batang tebu, dll
DEFINASI
Pastura – rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk ragutan
Foder - rumput yang ditanam dan diberikan kepada ternakan secara potong dan angkut (cut & carry)
Foraj - Makanan hijau ( termasuk pastura & foder)
KEBAIKAN MENANAM RUMPUT
Bekalan rumput dari tanaman sendiri
Kurangkan kos makanan dari rumput
PASTURA TERPILIH
Rumput Napier (rumput gajah)
Rumput Guinea Rumput Humidicola FORAJ Rumput terpilih Rumput tempatan o Rumput Israel o Selaput tunggul o Rumput kerbau Kekacang o Petai belalang o Turi o Peuro o Centro o Desmodium Dedaun tumbuhan o Daun dedap o Daun nangka o Kulit pisang o Kulit nenas
o Daun kelapa sawit
Rumput terpilih tidak sesuai untuk kambing (Kupram yang tinggi) o Rumput Bracharia decumbens (rumput signal)
o Rumput Brezanta
Rumput tempatan tidak sesuai untuk kambing o Kapal terbang o Senduduk o Tahi ayam o Sendayan o Semalu o Lalang tua o Resam o Paku pakis
KANDONGAN ZAT DALAM RUMPUT
Rumput-rumput berikut di potong se masa berumur 40 hari
Perkara Rumput Rumput Batang Daun
Napier Humidicola Jagong Sawit 1. Bahan kering (%) 15.3 18.8 16.4 33.1 2. Protin kasar (%) 13.5 10.2 12.5 10.9 3. Serat kasar (%) 32.8 30.4 30.8 34.9 4. Fosforus 9%) 0.36 0.30 0.20 0.25 5. Kalsium (%) 0.40 0.29 0.26 0.54 6. Tenaga metabolisma 7.43 7.84 8.4 4.62 (MJ/kg)
PENGHASILAN BAHAN KERING BEBERAPA JENIS RUMPUT Jenis rumput Penghasilan bahan kering
(Tan/Hektar/Tahun) 1. Napier 21.5 2. Setaria 18.2 3. Guinea 18 4. Bracharia humidicola 15.5 5.Petai belalang 15
BILA MENANAM RUMPUT?
o Sekurang-kurangnya 60 hari sebelum memasukkan kambing o Rumput dipotong selepas 40 hari ditanam
KELUASAN TANAH
1. Meragut - 20 ekor dewasa/hektar atau 6 – 8 ekor/ekar
2. Potong-angkut - 0.5 ekar untuk 100 ekor dewasa dan anak-anak kecil
PENANAMAN RUMPUT NAPIER
o Nama siantifik – Pennisetum purpureum
o Disyorkan jenis (variety) Taiwan – dari Taiwan
o Ciri-ciri bagi rumput Napier dari Taiwan adalah sepert berikut: o Hasil yang tinggi
o Zat makanan yang tinggi. Protin boleh mencecah 20 % o Mudah dicernakan
o Tahan lasak- tahan kemarau, banjir dan diragut berlebihan o Pertumbuhan lepas diragut atau dipotong adalah cepat o Hasil daun tinggi berbanding batang
o Mudah dicampur dengan tanaman kekacang o Digemari oleh kambing
o Menguntungkan penternak jika dibanding dengan rumput lain
AKTIVITI PENANAMAN Penyediaan tanah
o Pilih tanah yang rata, tak menakong air. Lereng bukit yang tidak curam pun sesuai
o Bersihkan kawasan dari tumbuhan dan tanaman
o Gemburkan tanah. Jika kawasan kecil, memadai menggunakan cangkul o Bagi kawasan yang luas, gunakan trektor dengan alat membajak piring
(disc plough), mambajak sikat (harrow) dan memutar (rotovator) o Bagi tanaman rumput Napier, mebajak sehingga mambajak sikat adalah
pH tanah
o Baja kapor hanya digunakan apabila pH tanah rendah
o pH tanah yang diperlukan bagi penanaman rumput ialah antara 5 – 7 o Gunakan 1 tan baja kapor untuk meningkatkan pH pada tahap 0.5 Menanam rumput
o Sebaik-baiknya awal musim hujan untuk percambahan yang baik o Pengairan menggunakan sistem semburan (sprinkler system) amat baik
diamalkan Punca benih/keratan
o Hubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk keterangan lanjut. Benih boleh diperolehi di Padang Hijau, Kluang, Johor dengan kadar RM 400/tan
Menanam secara keratan tampang
o Keratan batang, jalaran (stolon) atau anak
o Penanaman keratan boleh dibuat secara cucuk atau baring mengikut barisan
o Keratan boleh ditabur rata dan diputar ke dalam tanah melalui ’rotovator’ Pembajaan rumput
o Taburkan baja permulaan. Baja permulaan ini ditabur 2 – 3 hari sebelum rumput ditanam atau semasa penanaman dibuat
Baja permulaan
o Gunakan baja dengan kandongan N:P:K (60 kg nitrogen:30 kg Phosphorus:30 kg Kalium) per hektar
o Bagi tanah baru di tanam rumput, tambah baja phosphate untuk pertumbuhan akar dengan menggunakan baja triple Super phosphate dengan kadar 350 kg/hektar
o Jika menanam kekacang bersama rumpu, memadai baja permulaan terdiri dari nisbah P:K (30:30)
o Baja pengurusan adalah baja yang ditabur selepas rumput diragut atau dipotong
Baja pengurusan
o Bagi rumput Napier yang dipotong dan angkut, penggunaan baja pengurusan adalah seperti berikut:
o 200 – 300 N (435 – 652 kg urea)
o 40 – 60 P ( 199 – 298 kg Triple Super Phosphate – TSP) o 100 – 150 K (200 – 300 kg Murate of Potash)
o Penggunaan baja kompos dari tinja ternakan atau air basuhan kandang juga adalah baik dan sangat digalakkan
Pemotongan rumput
o Potong rumput ketika berumur 6 minggu o Kawasan kecil – parang/sabit
o Kawasan besar - jentani Pemberian rumput
o Sebaiknya dirinchih sebelum diberikan kepada kambing dengan menggunakan mesin perincih rumput
o Potong secukupnya untuk kegunaan harian
Pengawetan rumput Tujuan:
Membolehkan penternak menyimpan lebihan bahan hijau lebih lama
Mengelakkan penternak keluar mencari bahan hijau setiap hari (bagi mereka yang tidak bertanah untuk tanam rumput)
Jenis pengawetan
Pengeringan – rumput kering (hay)
TAJUK 8: KESIHATAN KAMBING
Kambing yang sehat mudah dipelihara
Tanda-tanda kambing yang sehat adalah seperti berikut: 1. Mata yang bersinar dan bersih dari tahi mata
2. Kulit yang licin dan bulu berkilat. 3. Selera makan yang baik
4. Cergas
5. Tenang (tidak bising dan menggaru) 6. Najis keras dan bulat
7. Badan tidak kurus
8. Selaput basah yang tidak pucat PETUNJUK NORMAL
Suhu Badan : 38.0 – 39.5 darjah C
Pernafasan : 15 – 30 per minit
Denyutan nadi : 60 – 80 per minit KESIHATAN AMAT DIPERLUKAN KERANA:
Mengurangkan penyakit
Mengurangkan kematian
Mengurangkan kos rawatan
Meningkatkan pengeluaran PUNCA PENYAKIT KAMBING
Penyakit kambing berpunca dari agen penyakit seperti bakteria, virus, kulat, parasit. Penyakit juga boleh berpunca dari kesilapan pengurusan. Faktor persekitaran turut memainkan peranan yang penting.
Contoh:
Penyakit berpunca dari bakteria pada anak kambing adalah seperti sakit sendi dan pusat bernanah dan kembong. Bagi kambing dewasa penyakit Brucellosis akan menyebabkan keguguran dan perlekatan uri. Caseous lymphadenitis (CLA) menyebabkan bengkak bernanah pada nodus limfa di dagu, leher, bahu hadapan, ambing susu dll.
Kulat sering menjangkiti penyakit terutama jika kulit sering terdedah pada hujan dan basah. Walaupun boleh dirawat, bulu akan kusut dan turut tanggal.
Endo-parasit adalah kumpulan parasit di dalam perut dan usus yang boleh dibahagikan ke dalam 3 kumpulan iaitu cacing hati, cacing pita dan cacing gelang. Bagi kambing yang dipelihara di atas kandang, cacing pita dan gelang adalah penting. Rawatan perlu
dijalankan 3 – 6 bulan sekali.
Ekto-parasit pula adalah parasit yang duduk diluar badan iaitu di bahagian kulit kambing yang kebiasaannya dipanggil kutu. Selain menghisap darah, kutu juga boleh memasuki ke dalam kulit dan menyebabkan rasa gatal yang kuat dan bulu tanggal. Terdapat juga penyakit yang berpunca dari kelemahan pengurusan. Contoh : kembong, cirit birit, luka dan patah tulang. Ini boleh di atasi dengan memperbaiki lagi pengurusan pemberian makanan dan pembinaan kandang.
Kambing juga mudah mendapat selsema apabila kesejukan yang berlaku akibat hujan berterusan dan cuaca yang sejuk pada waktu malam. Dengan itu faktor persekitaran juga mempengaruhi kesihatan kambing anda.
Antara langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan kesihatan kambing termasuklah:
Pilih kambing yang disahkan sehat sebelum memasuki kandang kita.
Pastikan amalan pengurusan kita turut diberikan perhatian untuk elak masalah kesihatan pada kambing yang dipelihara.
Anak yang baru lahir mesti mendapat kolostrum yang cukup dan rawatan pusat dijalankan
Rawatan endo-parasit (cacing) dan ekto-parasit (kutu) dijalankan
Cegah penyakit melalui pemvaksinan. Contoh: vaksin untuk cegah selsema dan penyakit pneumonia (radang paru-paru)
PENYAKIT YANG BIASA PADA KAMBING JAMNAPARI
Cirit-birit
Sakit mata
Radang ambing susu (mastitis)
Selsema dan radang paru-paru (pneumonia)
Puru Luka Kembung Penyakit Brucellosis Ekto-parasit Endo-parasit CIRIT-BIRIT
Punca: Bakteria, virus, cacing dan coccidia
Tanda: Najis cair, bahagian ekor dan belakang yang kotor, demam, hilang selera makan, bulu kering
Rawatan: Terapi cecair, antibiotik, rawatan cacing + coccidia. Asingkan kambing berpenyakit
SAKIT MATA
Punca: Faktor fizikal seperti terkena ranting kayu, habuk Faktor agen penyakit seperti bakteria dan virus Tanda: Mata merah, berair atau bertahi mata
Rawatan: Jika jangkitan kuman, sembur dengan aerosol terramycin atau titisan antibiotik mata yang lain
RADANG AMBING SUSU (MASTITIS)
Asas: Mastitis berpunca dari kemasukan bakteria ke dalam ambing susu. Bakteria ini juga akan merosakkan susu
Punca: Bakteria pathogenik
Tanda: Demam, ambing keras, sakit dan bengkak, susu berketul, cair atau berdarah
Rawatan: Antibiotik (24 jam untuk 3 hari) Pencegahan: Antibiotik semasa tempoh kering susu
Asas: Penyakit Pneumonia pasteurellosis. Berlaku terutama semasa stress semasa hujan berterusan, pemindahan ternakan dan kesesakan kandang Punca: Bakteria – Mannheimia haemolytica A2
Tanda: Lelehan hidong dan mulut, batuk, sukar bernafas, demam, keletihan dan tidak makan, kematian hingga 40 %
Rawatan: Antibiotik dan pemvaksinan (KUSTEM) Pencegahan: Pemvaksinan ke dalam lobang hidung
PURU
Punca: Jenis pox virus,
Tanda: Pembentukan pastule dan keruping pada mulut dan hidung serta celah kaki Rawatan: Bersihkan keruping, sapu iodin. Garam juga didapati berkesan. Gosokkan
garam pada kawasan yang berkeruping
LUKA Luka biasa
Punca: Pergaduhan terutama antara kambing jantan, terlanggar objek yang tajam (paku, papan dinding,lantai)
Tanda: Berdarah, bengkak, bernanah
Rawatan: Bersihkan luka, sapu dengan ticture iodine dan sembur dengan aerosol anti-lalat (gusanex)
Luka berulat
Punca: Seperti di atas
Tanda: Luka berulat, bengkak, berbau busuk dan berdarah
Rawatan: Buang ulat dari luka, bubuh serbuk negasunt, sapu tincture iodine dan sembur aerosol anti-lalat (gusanex). Ulang sehingga tiada ulat dan luka sembuh.
KEMBONG
Asas: Buih terlalu banyak terkumpul di dalam perut
Punca: Berpunca dari pengambilan makanan tinggi protin (kekacang) atau makanan kering (konsentrat) terlalu banyak. Gas yang terbentuk tidak dapat dikeluarkan dan terkumpul sehingga perut membesar
Tanda: Pembesaran perut disebelah kiri, berhenti makan, nadi dan pernafasan cepat, mulut berbuih, terbaring dan mati
Rawatan: Minyak sayuran melalui tiub dan jika untuk pelepasan gas yang cepat melalui tusukan dengan ’trocar’ dan ’canula’ pada perut kambing disebelah kiri
BRUCELLOSIS
Asas: Brucellosis menyerang sistem pembiakan kambing betina dan menyebabkan keguguran dan perlekatan uri. Jika kambing jantan dijangkiti, bakteria akan dipindahkan kepada kambing betina semasa perkahwinan
Punca: Brucella abortus
Tanda: Keguguran pada kambing betina dan radang buah zakar (orchitis) pada kambing jantan.
Tindakan: Jalankan saringan darah sebelum menerima kambing yang baru. Ujian dilakukan oleh kakitangan Jabatan Haiwan. Haiwan yang positif diasingsingkir
EKTO-PARASIT
Asas: Ekto-parasit yang terdapat di bahagian kulit kambing.
Punca: 4 kumpulan utama iaitu tick (kutu babi), flea, louse dan mite yang dikenali sebagai kutu.
Tanda: Kegiatan menggaru pada bahagian yang dijankiti, kulit mengerutu, rambut gugur terutama dibahagian kepala, leher, telinga dan bahu
Rawatan: Malathion atau lain-lain racun kutu. Mandi, sembur atau benamkan sehingga bulu kambing basah dengan racun tersebut. Ulang sekali lagi selepas 10-14 hari kerana racun tidak berkesan pada telur dan larva kutu.
ENDO-PARASIT
Aas: Endo-parasit yang terdapat di dalam perut dan usus kambing Punca: Cacing gelang dan cacing pita yang dikenali sebagai cacing
Tanda: Berak cair, pucat, kurus, bengkak dagu (jika bilangan cacing tinggi), Bulu tidak terurus dan cacing/telor cacing pada najis
Rawatan: Racun cacing (anthelmintic) seperti Nilverm, Panacur, Ivermectin, Thiabendazole dll
BEKALAN TERNAKAN Pastikan:
Daripada kumpulan yang diketahui dan disahkan sehat dan bebas penyakit oleh JPH
Kambing bebas dari penyakit berjangkit spt Brucellosis, TB, CLA dll
Mempunyai rekod pembesaran badan yang baik
Jika tidak – anda akan memulakan projek dengan masaalah atau anda membawa bersama penyakit ke kandang anda
KETIKA MENERIMA KAMBING
Periksa ternakan untuk mengesan luka, kecederaan, tanda-tanda penyakit
Asingkan ternakan yang sakit dan rawat. Hubungi JPH untuk ambil sampel darah untuk saringan penyakit
Ubat anti-stress disediakan dalam air minuman
Tidak terus campur dengan ternakan sedia ada
Lakukan program nyah cacing dan nyah kutu
Jika tidak, penyakit akan merebak pada ternakan yang sedia ada dan menyebabkan kematian yang tinggi
TAJUK 9: PENYIMPANAN REKOD
PERANAN REKOD
1. Rekod yang baik akan membantu penternak membuat keputusan sama ada untuk menyimpan atau menyingkir kambing
2. Rekod juga akan membantu penternak menentukan pengurusan yang ingin dipilih serta memilih makanan, ubatan dan lain-lain input yang dibeli 3. Rekod perniagaan yang teratur akan membantu anda mengetahui samada
perniagaan kambing ini menuntungkan atau sebaliknya
JENIS-JENIS REKOD
Rekod kelahiran dan kematian
Rekod stok ternakan
Rekod ubat-ubatan
Rekod makanan ternakan
Rekod jual beli ternakan
BAGAIMANA MEWUJUDKAN SISTEM REKOD YANG TERATUR?
Pengenalan ternakan adalah asas kepada sistem rekod ternakan. Tanpa pengenalan ternakan yang sistematik tiada rekod yang boleh diwujudkan
Timbang anak kambing yang baru lahir. Ini penting jika kita ingin menilai kenaikan berat badan kambing kita pada setiap bulan
Isikan maklumat penting yang lain seperti tarik lahir, jantina, ibu/bapa (jika ada pengenalan)
Buat perkara yang sama jika membeli ternakan yang baru
Rekod mesti diuruskan setiap hari
Pastikan rekod-rekod yang lain dikemaskini setiap hari.
RUJUKAN
1. Syed Zulkifli Syed Zainulabidin, Kursus Pengurusan Ternakan Kambing Jamnapari,
2007
2. Panduan Pengeluaran Kambing Muda Kaprima, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, 2006
3. L.R. Humphreys, Tropical Pastures and Fodder Crops, Longmans, 1978 4. R.D. Frandson, Anatomy and Physiology of farm Animals, Lea & Febiger, 1981 5. Md Yusoff Sudin, Pemakanan Kambing Pedaging, 2007
6. Ahmad Shukri Abdullah, Nota Pengurusan, Kandang, Kesihatan, JPH Terengganu