• Tidak ada hasil yang ditemukan

Topik 8 - Sirah.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Topik 8 - Sirah.pdf"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

T

T

OPIK 8

OPIK 8

HIJRAH RASULULLAH SAW

HIJRAH RASULULLAH SAW

HASIL PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini,

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat:pelajar akan dapat: 1.

1. Menjelaskan peristiwa Hijrah Rasulullah SAWMenjelaskan peristiwa Hijrah Rasulullah SAW 2.

2. Menganalisis hikmah pensyariatan hijrah dalam masyarakat IslamMenganalisis hikmah pensyariatan hijrah dalam masyarakat Islam 3.

3. Menghuraikan strategi dakwah Rasulullah SAW dalam menyebarkan IslamMenghuraikan strategi dakwah Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

PENGENALAN PENGENALAN

Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat daripada Kota Mekah ke Madinah Peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat daripada Kota Mekah ke Madinah atau

atau YathribYathrib merupakan satu peristiwa penting dan menjadi titik tolak dalam perkembangan merupakan satu peristiwa penting dan menjadi titik tolak dalam perkembangan dakwah Islam sehingga ke hari ini. Untuk itu, topik ini akan membincangkan kronologi dakwah Islam sehingga ke hari ini. Untuk itu, topik ini akan membincangkan kronologi

HIJRAH RASULULLAH SAW HIJRAH RASULULLAH SAW

Kronologi Peristiwa Kronologi Peristiwa Hijrah Rasulullah Hijrah Rasulullah

Pengertian Hijrah

Pengertian Hijrah Strategi DakwahStrategi Dakwah Rasulullah Rasulullah

Hikmah pensyariatan Hi Hikmah pensyariatan Hijrahjrah

Rasulullah SAW Rasulullah SAW

(2)

tentang peristiwa penghijrahan tersebut, strategi dakwah Rasulullah SAW dalam menyampaikan dan menyebarkan Islam serta hikmah pensyariatan hijrah kepada masyarakat Islam khususnya.

1. 0 KRONOLOGI PERISTIWA PENGHIJRAHAN RASULULLAH SAW

Bilangan masyarakat Islam di M ekah semakin meningkat sehingga tujuh puluh or ang, namun tekanan dan penyiksaan keatas orang-orang Islam Mekah ini semakin kuat disebabkan masyarakat kuffar Quraisy tahu tentang perhubungan mereka dengan kaum Khazraj di Madinah.

Keadaan ini menyebabkan orang-orang Islam di Mekah menemui Rasulullah SAW untuk meminta keizinan untuk berhijrah. Ibnu Saad dalam kitabnya ‘Al-Tabaqat Al-Kubra’ menceritakan apa yang telah diriwayatkan oleh Aisyah RA “akhirnya mereka (orang-orang Islam Mekah) pun mengadu nasib dan perasaan yang mereka tanggung kepada Rasulullah SAW sambil meminta izin untuk berhijrah, jawab Rasulullah SAW “sesungguhnya aku telah  pun diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, iaitu ‘Yathrib’. Siapa sahaja yang ingin berpindah bolehlah berpindah ke sana.” Kemudian mereka pun tolong menolong  bersiap-siap dan mengemaskan barang-barang masing-masing. Akhirnya, mereka keluar  berpindah secara sembu nyi dari kota Mekah. Orang yang pertama keluar ialah Abu Salamah  bin ‘Abdil Asad, diikuti ‘Amir bin Rabi’ah dan isterinya, Laila binti Abi Hasymah. Inilah

kumpulan pertama yang sampai di Yathrib. Lepas itu b erturut-turutlah

Pada tahun keempat belas Kenabian, bersamaan 12 September 622 tahun masihi (hari Khamis), ‘Parlimen Quraisy’ yang terdiri daripada pembesar-pebesar kuffar Quraisy telah mengadakan mesyuarat. Antara perkara perbincangan mereka ialah rancangan untuk membunuh Rasulullah SAW. Untuk tujuan itu, mereka telah menetapkan waktu yang sesuai  bagi menjalankan niat jahat mereka itu.

 Namun perancangan jahat kuffar Quraisy ini telah dimaklumkan oleh malaikat Jibril ‘Alaihissalam’ kepada Rasulullah SAW, sambil menyuruh Rasulullah SAW berangkat untuk  berhijrah dan melarang baginda tidur ditempatnya pada malam tersebut.

Malaikat Jibril telah mengatur perjalanan hijrah Rasulullah SAW , dengan ditemani Saidina Abu Bakar mereka berdua bergerak meninggalkan Mekah ke arah selatan, mendaki  puncak gunung Jabal Thur serta mengambil keputusan berlindung di dalam gua.

(3)

Manakala orang-orang Quraisy yang telah mengepung rumah Rasulullah SAW terkejut melihatkan Saidina Ali RA yang berbaring ditempat pembaringan Nabi dan  bukannya Muhammad SAW. Tarikh Nabi SAW keluar meninggalkan rumahnya ialah pada 27 Safar, tahun ke empat belas kerasulan iaitu 12/13 September 622 Masihi ( Ibn Hisyam, 1/424 )

2.0 PENGERTIAN HIJRAH

Hijrah dalam konteks sirah ialah perpindahan Nabi Muhammad dan orang-orang Islam Makkah ke Madinah. Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti untuk berhijrah  bagi memastikan kejayaannya dari segi agama, moral, sosio-ekonomi dan politik. Yathrib atau Madinah telah dipilih sebagai tempat hijrah kerana kesesuaiannya dari segi agama, moral dan sosio-ekonomi. Rombongan pertama yang berhijrah ke Madinah ialah seramai 70 orang dan mereka berhijrah dalam kumpulan-kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh kaum Musyrikin Makkah.

( Ilustrasi diambil dari www.suatu perjalananmaya.com)

2.1 Faktor-faktor yang mendorong penghijrahan i. Perjanjian Aqabah ( Bai’at al-Aqabah)

(4)

Perjanjian Aqabah yang dimeterai antara orang-orang Yathrib dan Rasulullah telah mempermudahkan lagi proses penghijrahan masyarakat Islam Mekah. Perjanjian atau bai’ah ini telah dilakukan sebanyak dua kali. Pada b ai’ah pertama, seramai 12 orang-orang Ansar ini menemui Rasulullah dan berjanji tidak menyekutu dan mensyirikkan Allah serta beriman dengan Rasulullah. Selepas selesai bai’ah ini, Rasulullah SAW telah mengutuskan Mus’ab  bin Umair bersama-sama rombongan ini untuk mengajar mereka mempelajari dan membaca al-Quran. Seterusnya pada tahun berikut, berlaku pula bai’ah Aqabah II di mana seramai 73 orang-orang Ansar berjumpa dan berikrar di hadapan Rasulullah. Mereka bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang-orang Islam.

ii. Tekanan Musyrikin Mekah

Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka secara terbuka apabila Nabi tidak lagi menyebarkan Islam secara rahsia. Musyirikin Mekah bimbang kedudukan politik, ekonomi dan sosial mereka akan terjejas.

 Nabi juga telah menyebarkan Islam di dalam kalangan penduduk Taif namun, mereka tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.Penolakan dakwah masyarakat Taif ini juga menyebabkan  Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Yathrib atau Madinah. Kedatangan  penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan

Islam memberi satu gambaran dan harapan yang baik kepada Nabi. iii. Penolakan Dakwah di Taif

Penolakan dakwah di Taif menyebabkan Nabi telah mengalihkan perhatian ke Yathrib atau Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Selepas peristiwa penolakan dakwah ini, Nabi menghadapi pula dua peristiwa sedih iaitu kematian Abu Talib dan Saidatina Khadijah. Peristiwa ini menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walau- pun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

(5)

iv. Mencari tempat baru untuk berdakwah

 Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap  penduduk Mekah. Selama 13 tahun Nabi berdakwah di Mekah, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah. Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat memb antu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, dan di antara Aus dan Khazraj yang berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.

v. Kedudukan Madinah yang strategik

Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi po litik tetapi juga ekonomi.

vi. Kepercayaan penduduk Madinah kepada Agama Samawi

Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun,  penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding  penduduk Mekah.

vii. Wahyu

Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam  berhijrah. Ayat 30 Surah al-Anfal telah mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi dan orang-orang Islam supaya segera berhijrah ke Madinah.

4.0 HIKMAH PENSYARIATAN HIJRAH

i. Mempergiatkan lagi penyebaran Dakwah Islamiah

Hijrah merupakan suatu proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan secara terancang dan teratur dari segi kerohanian dan kebendaan. Dengan penghijrahan ini,

(6)

 penyebaran dakwah Islamiah dapat diaturkan dengan lebih tersusun dan berorganisasi. Aktiviti dakwah Islamiah dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Ajaran Islam dapat diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja di seluruh pelusuk kota Madinah.

ii. Pemerkasaan masyarakat Islam dari sudut politik dan ketenteraan

Kedatangan Rasulullah SAW ke Madinah telah juga menyebabkan orang-orang Islam mempunyai suara dan kekuatan dalam bidang politik. Rasulullah telah dilantik menjadi  pemimpin masyarakat Madinah yang berlatar belakang penduduk yang bercirikan pelbagai  bangsa dan kepercayaan, namun Rasulullah berjaya memerintah dengan baik. Kekuatan kepimpinan ini secara langsung telah memperkukuhkan lagi kegiatan ketenteraan di mana ketenteraan Islam yang berpusat di Madinah berjaya menundukkan dua buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom.

iii. Penyebaran Islam Semakin Meluas

Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habs yah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir),  Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.

iv. Pengiktirafan terhadap kepimpinan Rasulullah SAW

Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah,  baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat dan sebagainya. Peranan Rasulllah SAW itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.

v. Mewujudkan kedaulatan ummah

Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan Allah. Madinah dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah ke Madinah juga terdapat banyak unsur- unsur mukjizat yang berkaitan dengan aspek

(7)

keagamaan secara langsung dan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam. Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Manakala golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikuti Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.

vi. Penubuhan Negara Islam

Kota Madinah menjadi negara Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota M adinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

vii. Perubahan Kehidupan masyarakat Madinah

Sebelum Nabi berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan fizikal manusia. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.

viii. Menamatkan Permusuhan Tradisi Antara Kaum Ansar dan Khazraj

Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka melalui ikatan semangat ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Buath  pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta  benda.

ix. Permulaan Kalendar Hijrah

Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634

(8)

M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.

x. Pertumbuhan Ekonomi

Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan kawasan yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk perdagangan. Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat Islam telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara Islam menjadi lebih makmur dan stabil.

xi. Sosial ( pembentukan ummah )

Semasa di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah sementara para  peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah menghapuskan nilai-nilai masyarakat

Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai murni berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidup berkabilah telah digantikan dengan sistem sosial d alam bentuk ummah.

Kesimpulannya, sejarah penghijrahan Nabi Muhammad (SAW) merupakan  perjuangan Baginda untuk menegakkan ajaran agama Islam. Baginda didorong dan didesak oleh keperluan untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripada  penghijrahan Rasullulah untuk meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam. Penghijrahan ini juga telah membuka satu lembaran baru dalam episod penyebaran dan  perkembangan agama Islam. Terlalu banyak kebaikan yang dinikmati oleh umat Islam dan

(9)

5.0 STRATEGI DAKWAH RASULLAH SAW

Strategi dakwah Rasulullah terbahagi kepada beberapa peringkat:

Menyeru orang perseorangan daripada kalangan keluarga yang terdekat dan sahabat-sahabat yang rapat.

Kebanyakan pengahut Islam pada peringkat ini dari kalangan hamba dan orang miskin

Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dijadikan sebagai pusat penyeruan Islam & mempelajari Islam secara sulit

Strategi dakwah secara sulit ini berjalan selama 3 tahun

 Orang yang mula menerima Islam antaranya:

 Kalangan wanita – Khadijah Al Khuwailid (isteri Rasulullah)

 Kalangan lelaki - Abu Bakar As Siddiq di ikuti sahabat lain spt Uthman b Affan Abd Rahman b. Au f dll

 Kalangan kanak-kanak – Ali bin Abi Talib

 Kalangan hamba – Bilal bin Rabbah

 Cara ini dilaksanakan setelah menerima perintah Allah melalui firman Allah

yang bermaksud :

“Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang terdekat”

 Setelah turun ayat ini, Rasulullah saw telah mengadakan jamuan di rumah Ali

 bin Abi Talib . Semua kaum keluarga dijemput dan Rasulullah menerangkan tentang dasar-dasar agama Islam . Sebahagian menerima & sebahagian lagi menentangnya.

1. Berdakwah secara rahsia

(10)

 Peringkat ini dijalankan oleh Rasulullah setelah turun perintah Allah dalam surah al

hijr ayat 94 :   bermaksud : Sampaikanlah secara

berterus terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan  jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin

 Apabila turun ayat ini Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta pembesar- pembesar Quraisy menghadiri perjumpaan di kaki bukit Safa dan menyeru mereka

kepada agama Islam dan menyembah Allah SWT.

 Dakwah pada peringkat ini menerima tentangan yang hebat dari kafir Quraisy. Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin menerima pelbagai  penyeksaan .

 Selepas peringkat ini, ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin  bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar Mekah.

5.1Sebab- sebab Rasulullah berdakwah secara rahsia (sulit)

 Bilangan penganut Islam masih sedikit

 Untuk mengelakkan penentangan terbuka dari kafir Quraisy

 Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah bertentangan dengan amalan biasa masyarakat Arab pada masa itu

 Dakwah secara sulit selaras dengan strategi dakwah yang berhikmah

 Ajaran Islam dapat sampaikan dan diterima tanpa gangguan

 Dapat menghindari penentangan terbuka dari kafir Quraisy

 Mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka

3. Berdakwah secara terus Terang kepada orang ramai ( umum)

(11)

 Iaitu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan penerima atau kumpulan sasarannya

 Baginda menjalankan dakwahnya kepada masyarakat dari peringkat hamba sehingga peringkat pemimpin / cerdik pandai dengan menggunakan pendekatan yang berbeza ( mengikut kesesuaian )

 Rasulullah telah menunjukkan sifat peribadi yang unggul dan contoh teladan yang baik,yang amat dikagumi oleh masyarakat ketika itu

 seperti berakhlak mulia, berlapang dada, pemaaf, amanah, pemurah dan lain-lain

 Akhlak dan kemuliaan peribadian baginda adalah faktor terpenting kejayaan baginda dalam usaha menyebarkan agama Islam.

 Rasulullah sangat petah dalam percakapan. Setiap hujahnya  bernas,jelas dan tepat berlandaskan petunjuk Allah. Setiap hujah

disertai contoh yang mudah difahami dan mudah diterima..

Teknik / Pendekatan

Dakwah Rasulullah

1. Berhikmah atau Bijaksana

2. Contoh Teladan dan Pengajaran yang Baik

Referensi

Dokumen terkait

Larutan DPPH pada penelitian ini digunakan sebagai radikal bebas yang nantinya akan direaksikan dengan senyawa antioksidan dari ekstrak jamur endofit biji juwet.. larutan DPPH

Hal ini disebabkan oleh unsur hara yang terkandung pada kompos jerami padi dan pupuk NPK sudah tercukupi sehingga dapat meningkatkan jumlah biji yang akan

Kedua, pembatasan kelahiran menurut Ali Yafie dan Mujiono Abdillah tidak secara langsung disebutkan dalam teori mereka, namun dari analisis fikih lingkungan tersebut

a) Kebutuhan akan Kredit Usaha Pembibitan Sapi (KUPS) agar dapat meningkatkan pendapatannya perbulan. Dengan dilakukan pembibitan sapi yang unggul sehingga menghasilkan

– Riset pada model ini menun(ukkan secara konsisten )ah.a manusia yang memiliki )er)agai level kemampuan dan mengamati )er)agai macam hal+ merevisi perkiraan a.al mereka pada

Dalam rangka mendukung pencapaian prioritas nasional sebagaimana telah ditetapkan dalam visi dan misi Presiden dan Wakil Presiden terpilih yang dijabarkan dalam RPJMN periode

(6) Apabila pagu jalur Perpindahan Tugas Orang tua tidak memenuhi ketentuan, maka sisa pagu jalur Perpindahan Tugas Orang tua akan digunakan bagi anak Guru yang

Framing Pemberitaan Pemilihan Umum Presiden dan Wakil Presiden Republik Indonesia Tahun 2014 di Harian Umum Kompas dan Republika Periode 10 Juni 22 Agustus 2014), Skripsi,