• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT-8

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIT-8"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN: Bagaimanakah falsafah pendidikan memberikan pengaruh secara langsung terhadap pembentukan kurikulum pendidikan Malaysia?

8.1 Apakah pengertian kurikulum yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidikan? Tokoh (Tahun) Pengertian Kurikulum Daniel Tanner & Laurel Tanner Menurut Saylor, Alexander, dan Lewis (1981) Hilda Taba Harold B, Alberty (1965)

Pengalaman pembelajaran yang terencana dan terarah, yang disusunmelalui proses rekonstruksi pengetahuan dan pengalaman yang sistematis di bawah pengawasanlembaga pendidikan agar pembelajar dapat terus memiliki minat untuk belajar sebagai bagian darikompetensi sosial pribadinya.

Kurikulum sebagai suatu rencana yang berisi sekumpulan pengalaman belajar bagi anak didik. Sedangkan dalam UUSPN, “Seperangkat rencana dan

pengaturan mengenai isi dan bahan

pelajaran serta cara yang digunakan sebagai pedoman penyelenggaraan kegiatan belajar mengajar.” Hanya menekankan pada kemanfaatannya bagi guru dalam merencanakan kegiatan belajar mengajar

Kurikulum adalah sebuah rancangan pembelajaran, yang disusun denganmempertimbangkan berbagai hal mengenai proses pembelajaran serta perkembangan individu.

All of the activities that are provided for the student by the school.”Kegiatan yang disajikan oleh sekolah bagi para pelajar. Tidak ada pembatasan antara kegiatan didalam kelasdan diluar kelas

Rumusan anda tentang kurikulum:

Kurikulum merupakan kegaiatan yang disajikan di sekolah berupa instrument, rangkaianunit materi belajar yang telah disusun, dan seperangkat rencana yang berisi pengalaman belajar bagi pelajar atau anak didik, agar dapat merealisasikan bakatnya dan dapat mengemba ngkantaraf hidup dalam masyarakat berdasarkan kemampuan yang dimiliki sebelumnya. Oleh kerana itu kurikulum harus di organisasikan dengan baik agar sasaran dan tujuan pendidikan ditetapkan dapat tercapai

(2)

8.2 Apakah definisi kurikulum kebangsaan yang diwartakan dalam Akta Pendidikan 1996?

8.3 Analisiskan persamaan dan perbezaan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah.

Perkara Keterangan Persamaan

Reka bentuk kurikulum Komunikasi (lisan, membaca dan menulis)

Peruntukan masa Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris Pedagogi Kemahiran berfikir dalam P&P, implikasi kecerdasan pelbagai

dalam P&P, penggunaan TMK, pembelajaran akses kendiri

K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

2

Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Sekolah Persamaan

suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

(3)

8.4 Merujuk kepada Rajah 8.1, jelaskan sistem pendidikan yang terdapat di Malaysia. K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

3

PERINGKAT &

KATEGORI

PENDIDIKAN

TAHAP

PENDIDIKAN

KURIKULUM

KEBANGSAAN

Kurikulum kebangsaan -Peringkat kebangsaan -Penggubal

-Reka bentuk kurikulum modular berasaskan 6 tunjang iaitu komunikasi, kerohanian (sikap dan nilai), kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi, keterampilan diri.

-bahan kurikulum ialah dokumen standard kurikulum.

-fokus 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menghafal.

-element kreatif dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara eksplisit.

-Organisasi kurikulum tahap I (tahun 1,2,3) berasaskan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul elektif. Bagi tahap II (tahun 4,5,6) berasaskan Modul

Kurikulum sekolah -Peringkat sekolah -Penggubal

-Reka bentuk kurikulum Linear berasaskan 3 bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam kelilingnya, perkembangan diri individu.

-Bahan kurikulum ialah sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

-Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

-Element kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

-Organisasi kurikulum tahap I (tahun 1,2,3) dan bagi tahap II (tahun 4,5,6) adalah sama berasaskan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan.

Peringkat

(4)

Rajah 8.1: Sistem pendidikan Malaysia K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

4

KBSM/KSSM Kolej Vokasional (Diploma)

Pendidikan di Malaysia merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan. Sistem pendidikan kebangsaan merangkumi pendidikan dari pra-sekolah hingga pengajian tinggi. Pendidikan pra-tertiari (dari pra-sekolah hingga pendidikan menengah) adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia manakala pendidikan tertiari pula adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Visi kerajaan ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan.

Pendidikan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Pendidikan sekolah rendah (selama 6 tahun) dan sekolah menengah (selama 6 tahun) adalah percuma. Umur kemasukan ke sekolah rendah Tahun Satu ialah tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan suatu kewajipan untuk murid-murid berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Para pelajar akan menduduki peperiksaan umum pada akhir sesi pengajian sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas.

Pendidikan Menengah Lanjutan

Setelah penamatan pendidikan menengah, para pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah lanjutan selama 1 hingga 2 tahun yang merupakan kursus persediaan untuk memasuk universiti.

Pendidikan Tertiari

Pada peringkat pendidikan tertiari, institusi-institusi pengajian tinggi menyediakan program-program pengajian yang menganugerahkan kelayakan-kelayakan sijil, diploma dan ijazah sarjana muda. Program-program pengajian tinggi dalam bidang akademik dan profesional disediakan oleh kedua-dua sektor pendidikan awam dan swasta sepert

berikut:- Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dibiayai oleh kerajaan seperti universiti awam, kolej komuniti, politeknik dan maktab perguruan

 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dibiayai oleh pihak swasta seperti universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan universiti luar negara dan kolej

(5)

8.5 Merujuk kepada Rajah 8.2, bincangkan bagaimanakah FPK mempengaruhi pembentukan kurikulum pendidikan negara?

K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

5

FPK

KURIKULUM

PENGAJARAN

1. Bentuk Pendidikan 2. Proses Pendidikan 3. Matlamat Pendidikan a) Kurikulum Sekolah b)kurikulum kebangsaan d)kurikulum negeri c)kurikulum daerah f)kurikulum swasta e)kurikulum sekolah Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan Pelajaran/ Dokumen Standard Pelajaran g) Rancangan pelajaran tahunan h) Rancangan pelajaran harian Objektif/ Hasil Pembelajaran PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendidikan Swasta

Pendidikan swasta di Malaysia disediakan oleh dua organisasi swasta yang boleh dikategorikan seperti berikut berdasarkan peringkat pengajian yang ditawarkan:

 IInstitusi Pendidikan Swasta (IPS) atau sekolah swasta yang menawarkan pendidikan pra-sekolah, pendidikan sekolah rendah dan pendidikan sekolah menengah

 IInstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menawarkan pendidikan tertiari yang akan menganugerahkan kelayakan sijil, diploma dan ijazah sarjana muda

Peluang Pembelajaran di Institusi Pendidikan Swasta di Malaysia

Institusi pendidikan swasta yang dibiayai oleh pihak swasta ini lebih dikenali sebagai sekolah swasta. Sekolah swasta pertama yang mengikuti kurikulum kebangsaan dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditubuhkan pada awal tahun 1980-an. Kini, terdapat pelbagai jenis sekolah swasta yang memberi pilihan yang meluas

:- Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Akademik Swasta, mengikuti kurikulum kebangsaan

 Sekolah Antarabangsa, mengikuti kurikulum antarabangsa seperti kurikulum British dan Amerika

 garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(6)

Rajah 8.2: Penterjemahan FPK menerusi pengoperasian kurikulum dan pengajaran

8.6 Jelaskan pengaruh FPK dalam pembentukan kurikulum

Pengaruh FPK Huraian

Falsafah pendidikan Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ; K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

6

Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.

(7)

i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabung jalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.

ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.

iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.

v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.

vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.

vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.

viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.

ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.

x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.

xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.

Kehendak masyarakat Kurikulum digubal dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap kurikulum dan sumbangannya pada budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang

K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

7

(8)

pesat.

Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.

Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan

ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan,

kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokrati

Faktor politik

perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan

pemerintahanmenguatkan pengaruh mereka. Kerajaan

bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.

Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran

Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah

perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

8

(9)

Faktor pembangunan

negara dan

perkembangan dunia

perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi

Faktor

perubahan sosial

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.

Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang

pembangunan negara.

Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan

Faktor perancang dan pelaksana kurikulum

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.

Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

9

(10)

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat

Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak

penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).

Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut.

Faktor perkembangan ilmu dan

kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.

Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang.

Perekembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam

pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, mem[erkenalkan ilmu pengurusan dan perhubaungan ke dalam biodang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembvangan kuriklum itu sendiri. K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

10

(11)

8.7 Bagaimanakah kurikulum standard dioperasikan ke arah menterjemahkan hasrat FPK

Input Operasi Kurikulum Standard Sekolah Outcome

Prasekolah

menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun

Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan

Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga

berpendapatan rendah.

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar

Sekolah Rendah

bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.

Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis

Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini ialah bahasa pengantar yang digunakan.

Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

Bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

11

(12)

Sekolah Menengah Bermula dari umur 13

hingga 17 tahun.

Sekolah menengah awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah)

mengambil masa selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah

Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera.

Pada akhir Tingkatan Lima, para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

12

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengidentifikasi struktur kognitif siswa meliputi aspek isi, apa yang telah diketahui siswa, apa yang belum diketahui siswa, dan

Dengan ini diberitahukan bahwa Direktorat Jenderal Perhubungan Udara memberi kesempatan bagi Warga Negara Indonesia yang berijazah Diploma III (Terakreditasi oleh Ditjen

Fitoplankton sebagian besar terdiri dari alga (ganggang) bersel tunggal yang berukuran renik, akan tetapi, beberapa jenis diantaranya ada juga yang berbentuk

[r]

Untuk itu, penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah ada hubungan antara persepsi terhadap gambar peringatan kesehatan pada bungkus rokok dengan intensi

Jawaban sementara yang diberikan adalah laba akuntansi dan arus kas investasi berpengaruh terhadap harga saham pada perusahaan manufactur sektor barang konsumsi di

Sampel sebanyak 32 responden ibu nifas yang memenuhi kriteria inklusi yaitu ibu nifas hari ke-1 hingga hari ke 7 yang bersedia menjadi responden, memberikan ASI

Menurut Freud (dalam Samiun, 2006: 334-335) ada tiga bentuk kecemasan diantaranya; pertama, kecemasan realitistik atau kecemasan yang timbul karena penyesuaian diri